Sunday, July 31, 2011

hati2 ngn facebook


Bila sebut Facebook saja semua orang kenal. Semua ada akaun Facebook. budak sekolah rendah pun dah ada Facebook. :) Best kan? Tapi kali ini saya nak cakap pasal jenayah siber pulak. Mesti korang akan fikir pengodam bukan? Semakin hari, semakin canggih teknik jenayah siber. Jika anda perasan, penguna Facebook sememangnya amat terdedah kepada penjenayah siber. Bayangkan jika identiti ada digunakan untuk jenayah. Antara identiti anda yang terdedah ialah, nama sekolah, tempat kerja, tarikh lahir, gambar, pekerjaan, nombor telefon, alamat tempat tinggal, e-mel. Biar saya dedahkan satu per satu.



1) Gambar
Biasanya perempuan yang suka upload gambar ni. Nak tunjuk diri tu cantik konon. Lagipun tambah dosa upload gambar yang tak tutup aurat tu. Kembali kepada topik kita tadi. Bayangkan jika gambar anda digunakan untuk jenayah. Sekarang ni kat Facebook popular dengan profil palsu dengan mengunakan gambar orang lain. So, si penjenayah ni bebas gunakan gambar tu untuk tujuan jahat. Kalau gambar yang seksi-seksi tu penjenayah akan download, lepas tu upload ke laman web lain. Tak malu ke??? Saya menyarankan anda memuat naik gambar yang tiada kaitan dengan diri anda. Seperti haiwan, kartun dan sebagainya.

2) Alamat
Tak kisah la alamat tempat kerja ataupun alamat rumah mahupun alamat emel. Penjenayah boleh gunakan alamat ini untuk menyamar. Kita biasa dengar penjenayah mengunakan alamat palsu untuk melakukan jenayah. Tolong jangan dedahkan alamat anda di Facebook

3) Nombor telefon
Pernah tak anda mendapat mesej atau panggilan palsu yang mengatakan bahawa anda menang beribu-ribu ringgit? Saya rasa pasti pernah. Kebanyakkan nombor telefon mereka perolehi dari Facebook. Sebenarnya buaya gatal (lelaki) akan gunakan nombor telefon ni untuk tackle awek kat Facebook. Bodoh sungguh. Jadi jangan dedahkan nombor telefon anda di Facebook.

Saya rasa cukup dengan ini sahaja. Tapi apa yang ingin saya sarankan disini adalah, jangan sesekali anda dedahkan maklumat diri anda di Facebook atau di laman web yang seumpama dengannya. Otak penjenayah ini sememang hebat untuk melakukan jenayah. Bayangkan jika akaun Facebook anda diklon oleh penjenayah. Bahaya bukan? So, tak salah mengunakan Facebook jika anda pandai mengunakannya. Tak ada yang mustahil jika anda akan menjadi salah seorang jadi mangsanya. Saya tak ingin dedahkan cara mengodam akaun Facebook. Sebab saya tak nak dituduh sebagai pengodam akaun Facebook. Gunakan teknologi secara bijak.

Saturday, July 30, 2011

Hukum Lelaki Mengahwini Wanita Yang Berzina Dengannya

Lelaki dan wanita yang berzina apabila mereka bertaubat kepada Allah taala, dan mereka berdua hendak keluar dari perbuatan yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang keji kepada kehidupan yang bersih, maka perkahwinan mereka adalah sah dengan kesepakatan para ulama. Disamping kebanyakan para fuqaha tidak mensyaratkan taubat untuk menjadikan pernikahan mereka sah. Sepertimana yang diriwayatkan bahawasanya ‘Umar RA:

ضرب رجلاً وامرأة في الزنى، وحرص على أن يجمع بينهما

Maksudnya: “(‘Umar) Telah menyebat lelaki dan wanita yang berzina, dan dia menggalakkan untuk disatukan antara mereka berdua." (1)

Ulama yang mensyaratkan taubat adalah ulama dari mazhab al-Hambali berdasarkan firman Allah taala:

الزَّانِي لا يَنْكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لا يَنْكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: “Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina ataupun perempuan musyrik,dan perempuan yang berzina tidak mengahwini melainkan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan ke atas orang-orang yang beriman.” (al-Nur: 3)

Adapun persoalan iddah, apakah wajib ke atas wanita yang berzina itu terlebih dahulu melepasi iddah ataupun tidak? Dalam perkara ini ada perbezaan pendapat di kalangan ulama fiqh.

Yang kami pilih ialah pandangan ulama-ulama mazhab Hanafi, Syafie dan al-Thauriy yang berpendapat: “Wanita yang berzina tidak ada iddah padanya. Walaupun dia hamil daripada zina. Pendapat ini diriwayatkan daripada 3 orang sahabat al-Khulafa’; Abu Bakr, ‘Umar dan ‘Ali R.’anhum. mereka berdalilkan dengan hadith:

الولد للفراش، وللعاهر الحجر

Maksudnya: “Anak itu bagi sisuami (pasangan wanita) dan bagi penzina itu adalah hukuman rejam.” (al-Bukhari dan Muslim)

Ini kerana iddah itu disyariatkan untuk membersihkan rahim sebagai memelihara nasab, sedangkan zina tidak ada kaitan dengan penthabitan nasab, maka tidak diwajibkan iddah.

Maka apabila seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan yang hamil daripada zina bukan dengannya, sah pernikahan itu disisi Abu Hanifah dan sahabatnya Muhammad (Hasan al-Syaibani). Akan tetapi lelaki itu tidak boleh menyetubuhi wanita tersebut sehinggalah wanita itu bersalinkan anak tersebut, berdasarkan hadith:

‏لَا يَحِلُّ لِامْرِئٍ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ أَنْ يَسْقِيَ مَاءَهُ زَرْعَ غَيْرِهِ

Maksudnya: “Tidak dihalalkan bagi seorang lelaki yang beriman kepada allah dan hari akhirat, memasukkan benihnya ke ladang orang lain. (yakni wanita yang hamil bukan dari benihnya” (HR Ahmad dan Abu Daud)

Ini berbeza jika wanita itu hamil dari benihnya sendiri, maka pernikahan mereka harus dengan kesepakatan ulama-ulama mazhab Hanafi, apabila harus pernikahan mereka maka harus juga persetubuhan mereka di sisi ulama-ulama mazhan Hanafi kesemuanya, kerana benih yang ada dalam kandungan wanita itu adalah benihnya dan kehamilan itu daripadanya.

--------------

[1] Daripada Abdillah Ibn Abi Yazid daripada bapanya: “Bahawasanya seorang lelaki telah mengahwini seorang perempuan, dan perempuan itu ada seorang anak perempuan yang bukan dari lelaki tersebut, manakala lelaki itu pula memiliki seorang anak lelaki yang bukan dari wanita tersebut. Lalu budak lelaki itu berzina dengan budak perempuan tersebut, lalu budak perempuan itu hamil, ketika ‘Umar datang ke Mekkah perkara tersebut diangkat kepadanya, lalu ‘Umar bertanya kepada budak lelaki dan perempuan itu, dan mereka memperakuinya, lalu ‘Umar menjatuhkan hukuman hukuman Had ke atas mereka berdua, dan ‘Umar menggalakkan supaya mereka disatukan (dikahwinkan), akan tetapi budak lelaki itu tidak mahu.” (al-Imam a l-Syafie meriwayatkan athar ini dalam Musnadnya dan di dalam al-Umm, demikian juga ‘Abd al-Razak di dalam al-Musannaf, Said ibn Mansur di dalam al-Sunan, Ibn Abi Syaibah di dalam al-Musannaf dan al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra

Friday, July 29, 2011

kaifiat doa u mustajab o Rasullullah SAW

1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” akan ditolak.”

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. “Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.”

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. “Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”

7. Ata bin Abi Rabah berkata: “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”

8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: ‘Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.’



9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: “Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”

Wednesday, July 27, 2011

tautan ramadhan

DAH NAK SAMPAI

Alhamdulillah.. Segala kepujian tertinggi diutus buat Pemilik bagi segala pemilik, yang Mencipta dan menjadikan segala sesuatu. Yang berada di langit mahupun di bumi. Hanya Dialah Allah.. Rabbul Jalil.. Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Indah.

Syahru Ramadhan adalah bulan bagi pencinta ibadah. Pecinta ganjaran dengan dibukakan segala pintu kebaikan lalu ditutup segala pintu kejahatan. Ruang serta peluang bagi para hambanya mengejar segala kemanisan di dalam ibadah.

Kehadiran dan kedatangan Ramadhan ini bisa membuatkan kita berfikir sejauh mana tahap dan kesediaan kita di dalam menyambut bulan yang penuh mulia ini. Adakah seperti bulan-bulan Ramadhan yang lepas? Mudahan-mudahan kali ini membuahkan sedikit kenikmatan serta penghayatan di dalam beribadah.

Mudahan-mudahan Ramadhan kali ini mampu mengubah akhlak dan mengembalikan Iman yang semakin pudar dan samar. Ya Allah bantulah kami di dalam mencari cinta dan redha-Mu. Amin...

شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُ‌ۖ وَمَن ڪَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ‌ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 185)

Monday, July 25, 2011

Bukti-bukti yang menunjukkan agama rasul terdahulu juga adalah Islam

Bukti-bukti yang menunjukkan agama rasul terdahulu juga adalah Islam

Posted by ☺Darum♫♫♪☺Irmaz☺ on July 23, 2011 at 6:11pm in Agama Islam
View Discussions

Al-Quran menjelaskan agama rasul-rasul terdahulu adalah Islam. Islam bermaksud tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT. Setiap rasul menyeru masyarakatnya ke arah mengabdikan diri kepada Allah SWT semata-mata dan mematuhi syariatNya yang diutuskan kepada setiap rasul ini.

Setiap rasul berpegang dengan syariat yang diutuskan oleh Allah kepadanya yang sesuai dengan masa dan masyarakatnya. Begitulah juga nabi Muhammad SAW diutuskan oleh Allah bagi menegakkan aqidah nabi-nabi terdahulu dan melaksanakan syariat yang diutuskan kepada baginda untuk seluruh umat manusia sehingga berlakunya hari kiamat.

Ini bermakna syariat Muhammad SAW adalah penyudah atau pelengkap dalam menyempurnakan segala syariat nabi-nabi terdahulu dan sesuai dengan suasana manusia yang hidup di akhir zaman hinggalah ke hari Kiamat (D'day). Berdasarkan keterangan ini jelas menunjukan agama para rasul terdahulu adalah islam kerana mereka menyeru manusia ke arah ketundukkan dan kepatuhan kepada segala yang diperintahkan oleh Allah SWT, sebagaimana juga nabi Muhammad SAW diperintahkan menyeru manusia ke arah ketundukan dan kepatuhan kepada segala yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Pada prinsipnya semua Rasul memeluk dan mengajar agama tauhid atau Islam. Sebagai contoh:

Nabi Adam
Nabi Adam yang diperkirakan hidup lebih kurang 930 tahun merupakan manusia pertama yang bergelah khalifah Allah dimuliakan dan ditinggikan darjatnya menjadi nabi yang pertama. Baginda diutuskan kepada anak cucunya agar menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Maka diantara mereka ada yang taat dan adapula yang membangkang.

Nabi Idris
Nabi Idris as. merupakan keturunan Nabi Sits as. diutus oleh Allah kepada anak cucu Qabil agar bertaubat dan menyembah Allah SWT, namun mereka terus menerus membangkang perintah Allah SWT. Begitu juga Nabi Nuh as. merupakan keturunan nabi Idris as. yang diutus Allah kepada kaum kafir. Baginda menyeru supaya semua manusia menyembah Allah, tetapi ajakan Nabi Nuh ditolak, akhirnya orang-orang yang ingkar atau kafir itu tenggelam dalam banjir yang besar.

Nabi Hud
Nabi Hud as. adalah keturunan Yafit bin Nuh, bertempat tinggal di Hadharal Maut Utara. Baginda diutus Allah kepada kaum Aad kerana bangsa itu menyembah patung. Kemudian Nabi Nuh menyuruh mereka supaya menyembah Allah, tetapi mereka ingkar, akhirnya mereka menerima seksaan dengan ditimpa badai dan udara yang sangat dingin selama tujuh hari lapan malam. Begitu juga Nabi Salleh merupakan keturunan Sam bin Nuh yang diutuskan Allah kepada bangsa Tsamud disebelah selatan Palastin. Kebudayaan mereka sudah tinggi tetapi mereka menyembah dewa dan patung, kemudian Nabi Salleh menyuruh kepada mereka agar menyembah Allah, sebahagia besar bangsa Tsamud menolak untuk memeluk agama Allah. Mereka ingkar kepada larangan Nabi Salleh. Pada hari pertama muka mereka berwajah kuning, hari kedua menjadi merah,hari ketiga menjadi hitam, akhirnya mereka disambar petir.

Nabi Ibrahim
Nabi Ibrahim as. juga keturunan Sam bin Nuh yang diutuskan Allah kepada kaum Namrud di negeri Babilon lebih kurang 4000 tahun sebelum Masehi. Kaum Namrud menyembah berhala bahkan akhirnya Namrud menganggap dirinya sebagai Tuhan. Nabi Ibrahim juga menyerukan ajaran tauhid atau Islam kepada mereka namun mereka tetap ingkar, akhirnya Allah mendatangkan kepada mereka tentera nyamuk sebagai balasan, maka musnahlah kaum yang ingkar. Begitu halnya dengan Nabi Luth as. adalah bersaudara dengan nabi Ibrahim yang diutuskan kepada kaumnya di negeri Sadum, supaya kaumnya menyembah Allah SWT, namun mereka ingkar. Allah SWT membalas keingkaran mereka dengan dibalik bumi Sadum sehingga musnah negeri tersebut.

Nabi Ismail
Nabi Ismail as. adalah anak Nabi Ibrahim melalui perkahwinannya dengan Siti Hajar. Baginda diutus kepada bangsa Arab di negeri Yaman, kerana mereka belum kenal dengan agama tauhid atau Islam. Mereka juga diperintahkan supaya berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji. Baginda mempunyai 12 orang anak lelaki yang seluruhnya disebut dengan Bani Ismail atau Adnanniyun. Dari keturunan inilah lahirnya suku Quraisy yang melahirkan Nabi Muhammad SAW.

Nabi Ishaq
Nabi Ishaq as. adalah anak kandung Nabi Ibrahim melalui perkahwinan dengan Siti Sarah. Baginda diutus oleh Allah di negeri Kan'an untuk menyembah Allah, mengajarkan tauhid, menyuruh membayar zakat, berpuasa dan menunaikan haji. Nabi Ishaq berkahwin dengan Rifka dan mendapat anak kembar iaitu ish dan Ya'kub. Nabi Ishaq wafat dalam usia 170 tahun dan dimakamkan di Baitul Maqdis daerah Palastin. Begitu juga dengan Nabi Ya'kub as. diutus oleh Allah SWT di negeri Kan'an kerana penduduknya telah ramai menyembah berhala. Nabi Ya'kub mengajar kaumnya supaya menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Baginda wafat dalam usia 148 tahun dan beliau mempunyai 12 orang anak lelaki.

Nabi Yusuf
Nabi Yusuf as.anak Nabi Ya'kub as yang diutus oleh sebagai nabi kepada bangsa Mesir untuk mengajarkan agama tauhid iaitu agar menyembah Allah, Tuhan yang Maha Esa. Disampaing baginda seorang nabi ia juga seorang raja dengan dasar pemerintahannya adalah Islam. Beliau wafat dalam usia 120 tahun dan dimakamkan ditepi sungai Nil. Kemudian Nabi Ayub as. anak Amus bin Tarikh bin Rum bin Ish yang diutuskan oleh Allah SWT ke negeri Rom untuk mengajarkan agama tauhid iaitu menyembah Allah SWT. Beliau wafat dalam usia lebih kurang 93 tahun dan dimakamkan di suatu tempat di daerah Itali.

Nabi Zulkifli
Nabi Zulkifli as. adalah anak Nabi Ayub as. diutus oleh Allah SWT ke negeri Rom. Disamping beliau seorang nabi juga seorang raja yang tetap mengajarkan agama tauhid iaitu supaya menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa.Beliau menyeru kepada kaumnya supaya meninggalkan penyembahan berhala dan melaksanakan syariat Islam supaya solat dan membayar zakat. Beliau wafat dalam usia 95 tahun dan dimakamkan di Napoli, daerah Rom Selatan. Begitu juga Nabi Syuib as. keturunan Nabi Luth as, diutus oleh Allah ke negeri Madyan, Palastin Selatan agar mengajar agama tauhid iaitu menyembah Allah SWT. membayar zakat dan berlaku jujur kepada kaumnya.Ramai kaumnya yang tidak beriman, akhirnya ditimpa bencana daripada Allah berupa gempa dan kepingan awan panas daripada langit.

Nabi Musa
Nabi Musa as dan Nabi Harun as. diutus oleh Allah SWT kepada kaumnya Bani Israil supaya menyembah Allah, membayar zakat, berpuasa dan berlaku jujur. Bani Israil ramai yang ingkar sehingga mereka menyembah patung anak sapi yang dipelopori oleh Samiri. Nabi Musa as. mendapat kitab Taurat daripada Allah SWT dan diberi mukjizat. Kemudian Nabi Daud as.dibekalkan oleh Allah dengan kitab Zabur mengajarkan kepada kaumnya agar menyembah Allah dan mengerjakan ibadah puasa. Nabi Daud as. wafat dalam usia lebih kurang 100 tahun, lalu dimakamkan di Palastin.

Nabi Sulaiman
Nabi Sulaiman as. adalah anak Nabi Daud as. beliau seorang nabi dan raja. Nabi Sulaiman berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kepadanya kerajaan yang tidak akan diperolehi seorangpun sesudahnya. Doa beliau dikabulkan Allah, sehingga beliau dapat menguasai semua makhluk termasuk jin dan binatang. Nabi Sulaiman mengajak semua kaumnya agar menyembah Allah dan menghindari daparipada mensyirikkannya. Kemudian Nabi Ilyas as. merupakan keturunan Nabi Harun diutus Allah sebagari rasul di negeri Balbik di Lebanon Selatan kerana orang Balbik ramai yang telah menyembah berhala. Patung terbesar sembahan mereka bernama "Ba'al" dibuat dari emas. Nabi Ilyas as. mengajak kaumnya agar menyembah Allah SWT iaitu agama tauhid, namun ramai yang ingkar, sehingga kebanyakan mereka ditimpa musibah gempa yang dahsyat. Nabi Ilyas wafat dan dimakamkan di daerah Lebanon Selatan.

Nabi Ilyasa
Nabi Ilyasa' as. diutus Allah SWT kepada Bani Israil, agar mengajarkan agama tauhid berdasarkan kitab Taurat dan kitab Zabur. Kerana kederhakaan dan pembangkangan mereka terhadap Allah dan Rasul-Nya akhirnya orang-orang yahudi dijajah oleh raja dari Babil bernama Nebukad Nezar. Kemudian Nebekud Nezar dikalahkan oleh Cyrus raja dari Persia. Pada tahun 70 Sebelum Masehi raja Rom bernama Titus memasuki Palastin dan merosak seluruh kota Jerusalam, kecuali Baitul Maqdis. Begitulah bangsa Yahudi mendapat kutukan dan laknat daripada Allah dan Rasul-Nya sehingga bertebaranlah mereka ke seluruh pelosok, dikutuk dan dihina oleh bangsa-bangsa lain di dunia.

Nabi Yunus
Nabi Yunus as. keturunan Nabi ya'kub as. diutus oleh Allah kepada bangsa Ninawa didaerah Mansul dalam kerajaan Babil. Beliau mengajak kaumnya agar menyembah Allah , namun ajakan beliau ditentang bahkan diejek. Akhirnya Nabi Yunus meninggalkan kaumnya dan berdoa kepada Allah agar diturunkan azab kepada mereka. Ketika tanda-tanda azab akan turun, maka seluruh penduduk mencari nabi Yunus kerana ingin bertaubat, namun nabi Yunus telah meneruskan pelayarannya. Mereka semuanya beriman kepada Allah serta menyesal kerana melawan Rasul Allah. Nabi Yunus diuji Allah ketika berada didalam perut ikan Nun. Setelah kembali ke Ninawa dilihatnya mereka semua telah beriman, maka nabi Yunus meneruskan dakwahnya, sehingga negeri tersebut menjadi aman dan makmur. Nabi Zakaria as dan Nabi Yahya as. diutus kepada bangsa Yahudi, agar mereka menyembah Allah SWT, berlaku jujur, adil dengan memegang petunjuk yang ada dalam kitab Allah. Kemudian nabi Yahya dibunuh, kepala baginda dipenggal. Begitu juga dengan Nabi Zakaria dibunuh ketika itu juga. Kedua nabi tersebut telah mati syahid. Begitu sombong bangsa Yahudi sehingga hati mereka menjadi tertutup dalam menerima kebenaran. Hanya seksa Allah yang sesuai bagi mereka yang ingkar.

Nabi Isa
Nabi Isa as. adalah insan yang lahir dari tubuh Maryam tanpa ayah, kemudian diangkat martabatnya menjadi nabi dan Rasul. Sedangkan Hawa dilahirkan dari tubuh Adam tanpa ibu di dalam syuga. Kemudian ditakdirkan oleh Allah SWT menjadi ibu dari seluruh umat manusia. Maka agar tidak keliru dalam beriman atau beriktikad, kita lihat firman Allah SWT maksudnya: "Sesungguhnya perbandingan kejadian Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti kejadian Nabi Adam, Allah telah menciptakan Adam dari tanah, lalu berfirman kepadanya: 'Jadilah engkau! maka menjadilah ia' ".

(Surah Ali Imran ayat 59)

Nabi Isa as. diutus oleh Allah kepada kaumnya sendiri iaitu Bani Israil di daerah Palastin agar tetap taat kepada Allah SWT. Belaiu diberi kitab Injil yang melengkapi kitab Taurat dan Zabur. Segala firman Allah yang diwahyukan kepada beliau ditulis oleh pengikut-pengikutnya dengan tulisan Ibrani (Hebrew bahasa Ibrani Yahudi).

Dapatkah kita menemukan kembali kitab Injil peninggalan Nabi Isa as. itu? Untuk meyakinkan diri kita mari kita perhatikan ayat-ayat Allah dibawah ini:

Firman Allah SWT maksudnya: "Ia menjawab: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab Injil dan ia telah menjadikan daku seorang Nabi".

(Surah Maryam ayat 30)

Firman Allah SWT maksudnya: "Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Dia, inilah jalan yang betul atau lurus".
(Surah Maryam ayat 36)

Ayat-ayat diatas membuktikan dengan jelas bahawa Nabi Isa as. hanyalah seorang nabi dan Rasul bukanlah sebagai anak Tuhan seperti yang didakwakan sesetengah pengikutnya. Kitab Injil yang asal dengan tegas dan jelas menyuruh para pengikutnya agar menyembah Allah semata tidak menyekutukannya dengan yang lain. Namun kebanyakan pengikut nabi Isa telah merubah Kitab Injil yang asli itu menurut selera mereka sendiri, maka lahirlah beratus-ratus kitab Injil bahkan beribu-ribu jumlahnya.

Kerana terlalu keras tentangan kaumnya terhadap ajaran tauhid, bahkan beliau diancam akan dibunuh, maka nabi isa dibawa hijrah oleh bondanya ke negeri Mesir selama 12 tahun. Kemudian berpindah lagi ke negeri Nazaret daerah Palastin. Di negeri ini beliau mulai ada pengikut yang membenarkan ajarannya iaitu Mengesakan Allah SWT.

Di antara orang-orang Yahudi tersiar berita nabi Isa yang mempunyai ibu tanpa bapa itu sudah ditangkap oleh Yudas Iskariot, lalu diserahkan kepada penguasa Romawi, kemudian disalib di bukit Golgota. Ada pula yang berkata bukan Isa yang ditangkap tetapi Yudas kerana dia berkhianat. Sebahagian orang meyakinkan diri berkata bahawa bukan Nabi Isa, bukan Yudas tetapi orang lain yang serupa dengan benar dengan beliau. Nabi Isa sendiri selamat dari bencana malapetaka dunia. Sesungguhnya Allah telah mengangkatnya ke atas langit.

Memang banyak sekali pendapat manusia bahkan antara satu dengan yang lainnya bertentangan. Maka sebaiknya beriman sesuai dengan ketentuan didalam Al Quran. Firman Allah maksudnya: "Demi sesungguhnya, telah kafirlah orang-orang yang berkata; bahawasanya Allah ialah Al Masih Ibni Maryam. Padahal Al Masih sendiri berkata: "Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim.

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Tuhan Yang Maha Esa. Dan jika tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya".

(Surah Al Maidah ayat 72-73)

Nabi Muhammad
Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada tahun 571 Masehi melalui perkahwinan Aminah dengan Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim. Baginda adalah keturunan Nabi Ismail as. bin Nabi Ibrahim as. Nabi Muhammad SAW adalah insan termulia melebihi tingkat dan darjat dari seluruh nabi-nabi dan umat manusia, bahkan seluruh makhluk-makhluk Allah SWT. Sebab itu Rasulullah (Nabi Muhammad SAW) bergelar "Rahmatan Lil Alamin". ertinya "Rahmat bagi seluruh alam".

Rasulullah diberi kitab Al Quran, diutus oleh Allah untuk seluruh bangsa di dunia ini. Seperti nabi-nabi atau rasul-rasul Allah terdahulu bagindapun mengajar dan menyeru manusia supaya menyembah Allah. Nabi Muhammad SAW adalah penutup dari sekalian nabi dan rasul, jadi agama Allah yang diwahyukan semenjak nabi Adam secara bertahap-tahap lagi teratur dilengkapi dan disempurnakan Allah pada kenabian Muhammad SAW. Sebab itu tidak akan ada lagi nabi dan wahyu sesudah baginda.

Bahkan dalam kitab-kitab yang sebelumnya menyatakan tentang kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai rasul yang terakhir. Dalam hal ini Nabi Isa as. sendiri menjelaskan kepada kaumnya tentang akan munculnya seorang nabi terakhir sesudahnya. Di dalam Al Quran dijelaskan ungkapan Nabi Isa as tersebut sebagai berikut. Firman Allah SWT maksudnya: "Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika nabi Isa Ibni Maryam berkata: Wahai Bani Israil sesungguhnya aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama Ahmad. Maka tatkala ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: ini ialah sihir yang jelas nyata".

(Surah As Saaf ayat 6)

Firman Allah SWT lagi maksudnya: "Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
(Surah Al Ahzab ayat, 40)

Sunday, July 24, 2011

Kenapa wanita lepas ada anak aktiviti seks dingin?

Seperti juga kaum lelaki yang mengahadapai masalah impotensi wanita juga mengalami yang seumpama sedemikian yang dikenali sebagai frigiditi atau nafsu seks dingin. Kalau impotensi pada pihak lelaki merupakan musibah seks mereka begitu pula frigiditi pada kaum wanita merupakan musibah seks kaum hawa. Frigiditi adalah sesuatu keadaan di mana seorang wanita bersikap dingin dan tak acuh terhadap hubungan seks.

Tugas seorang wanita dalam perkahwinan antara lain memupuk rasa cinta dan kasih sayang di antara kedua mereka untuk mencapai kerukunan dan kedamaian rumah-tangga. Tugas seperti itu boleh berhasil bilamana seorang isteri sanggup dan pandai melayani keperluan suaminya baik dari segi zahir mahupun batin.

Keperluan zahir isteri bukan menjadi persoalan bila suami dapat memberi perbelanjaan yang cukup. Akan tetapi persoalannya merupakan aspek batiniah isteri. Mengapa demikian? Ketahuilah bahawa keperluan batiniah ini merupakan keperluan seks dan isteri memainkan peranan penting sebagai faktor yang mempengaruhinya.

Seorang suami perlu menyalurkan libido seksnya dengan wajar dan tenang. Sebab itulah lelaki mengikatkan diri hidup dalam perkahwinan dan dengan itu mahu menanggung risiko menyara kesemua keperluan isterinya. Sebagai imbalannya, pihak isteri patutlah melayani dan berusaha memberi keperluan seks kepada suaminya dengan baik dan memuaskan. Ini merupakan tugasnya dan dia tidak patut mengabaikannnya.

Timbul pula tanda tanya samaada tugas itu dapat dilaksanakan bila seorang isteri itu frigid atau nafsu seknya dingin. Seorang wanita yang frigid dia tentu tidak dapat melaksanakan tugas seksnya dengan baik. Bahkan dia menganggap hubungan seks sebagai jijik dan tidak menyelerakan lantas tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan baik. Bahkan dia menganggap hubungan seks sebagai perkara yang memuakkan dirinya.. Dia tidak boleh menikmati hubungan seks dan tidak dapat menghargai belaian dan pujuk rayu suaminya. Dia juga tidak mampu mencapai orgasme. Tegasnya kehidupan seknya sudah menjadi tidak normal seperti orang lain. Dia mengalami masalah frigiditi.

Menurut bentuk dan sifatnya frigiditi pada wanita itu ada dua kemungkinan. Pertama, frigiditi sementara sedangkan yang kemungkinan kedua frigiditinya bersifat mutlak. Frigiditi mutlak jarang sekali berlaku. Jenis ini merupakan yang lumrah menimpa para wanita. Frigiditi ini bersifat sementara.

Untuk lebih mengetahui masalah frigiditi ini kita perlu mengkaji satu per satu kedua bentuk dan sifat frigiditi itu. Kerana dengan mengetahui selok-belok frigiditi itu, sedikit sebanyak ia akan membantu pasangan suami-isteri mengatasinya.

Terdapat pelbagai sebab serta bentuk frigiditi sementara iaitu:

I. Frigiditi Semu.

Frigiditi semu atau pseudo frigiditi ini banyak menimpa para wanita kerana mereka belum pernah dirangsang dengan baik nafsu seksnya.

Jadi, tidak ada sebab utama yang serius. Mereka tidak sungguh-sungguh frigid, hanya mereka tidak dapat mencapai orgasme sewaktu bersetubuh.

Untuk mengatasi frigiditi semu mudah, asal suami pandai melayani perasaan isteri dan melaksanakan peranan seksnya dengan baik. Suami dalam soal ini mempunyai kewajipan untuk merangsang isteri sebelum melakukan seks. Cumbu rayu memainkan peranan yang penting. Kealpaan suami dalam hal ini sudah tentu akan menyebabkan isterinya merasa semakin dingin untuk mengadakan hubungan seks. Pihak suami perlu membangkitkan nafsu isteri dengan belaian, ciuman, rayuan dan kasih sayang. Usahakan pelbagai cara untuk menaikkan ghairah seks isterinya. Carilah tempat-tempat yang erotis di bahagian tubuhnya. Kemudian bangkitlah nafsunya melalui tempat-tempat erotisnya. Mulut, muka, pangkal tengkok, daun telinga, leher, puting buah dada, pinggang, pangkal peha, tumit atau lain-lain merupakan tempat-tempat yang mempunyai saraf yang mudah dirangsang. Bila kelihatan kemerah-merahan pada pipinya bererti ghairah seksnya sudah mulai bangkit. Pada saat itulah suami harus berusaha meningkatkan ghairahnya sehingga kalau boleh, mencapai orgasme dalam persetubuhan. Bila sekali ia telah merasakan nikmat orgasme pastilah kedinginan seksnya akan cair lantaran keperihatinan suaminya terhadap kehendak seksnya. Ia akan menyambut dengan hangat setiap kali diajak bersetubuh, bahkan lebih agresif daripada sebelumnya sewaktu mengalami frigiditi semu. Demikian seterusnya sehingga fenomena frigiditi semu itu akan pupus langsung.

Jadi di dalam usaha menyembuhkan wanita yang mengalami frigiditi semu ini suami perlu mengamalkan kaedah Nabi s. a. w. iaitu didahului dengan ciuman dan rayuan terlebih dahulu. Ia merupakan petua yang sangat mujarab.

II. Frigiditi Sepintas Lalu.

Frigiditi ini umumnya berpunca dari gangguan jiwa disebabkan perilaku suami yang tidak perihatin. Wanita yang sedemikian biasanya mempunyai keinginan seks yang sedang walaupun sudah dibangkitkan keghairahannya. Akan tetapi di lain waktu ghairahnya akan padam kembali. Dia boleh mencapai orgasme pada tingkat yang rendah dan lemah. Malahan kadang-kadang dia sama sekali tidak dapat merasakan orgasme. Sebagaimana yang telah diperkatakan frigiditi jenis ini terjadi kerana perilaku suami. Suaminya memuakkan perasaannya menurut penilaiannya, sehingga ia menjadi tertekan jiwa dan mentalnya. Walaupun demikian ada sebab-sebab lain yang juga boleh menyebabkan frigiditi jenis ini. Kehidupan yang terlalu aktif dan memerlukan tenaga yang banyak; keletihan jasmani dan pekerjaan yang bersifat tekanan yang tinggi dan yang meletihkan otak. Sebab-sebab tersebut ini merupakan pengaruh terbesar yang menyumbang kepada keletihan jasmaniah. Keadan yang demikian boleh diatasi dengan suami meningkatkan jatidirinya supaya tidak terlalu egoistik dalam pergaulannya hari-hari. Pihak suami perlu perlu menjaga kesihatan badan/jasmaniah dan mental isterinya. Dia juga wajib memperlihatkan kasih-sayang secara terang dan menyatakannnya, seterusnya dia patut mem beri kesenangan hati pada isterinya . Ini akan membuat isterinya merasa jinak untuk bersenggama . Ini mungkin akan memulihkan perhubungan seksual mereka. Seperti frigiditi semu, frigiditi jenis ini memerlukan keperhatinan suaminya terutama terhadap perasaannya. Pihak suami boleh melegakan isterinya daripada tugas mencari nafkah dan juga memberi semangat dan dorongan untuk menawan hatinya kembali kepada suasana kasih-sayang.

III. Frigiditi Relatif

Wanita yang mengalami fenomena ini sebenarnya tidaklah frigid. Hanya mungkin kerana dia merasa tidak sesuai dengan pasangannya lantas dia merasa dingin setiap kali diajak untuk bersenggama. Hal ini terjadi disebabkan dia kena kahwin paksa. Pihak isteri yang didesak mengahwini lelaki yang tidak disetujuinya menyebabkan dia merasa benci terhadap suaminya. Maka dalam soal ini tidak ada kaedah perubatan sebagai jalan penyelesaian. Jalan terbaik adalah untuk suami membebaskan isterinya daripada ikatan perkahwinan. Sekiranya bekas isteri itu berkahwin dengan jejaka lain yang disenanginya pula, secara otomatik frigiditinya hilang dengan sendirinya.

IV. Frigiditi Pathologi

Frigiditi seumpama ini dikategorikan sebagai penyakit dari aspek perubatan. Pesakit frigiditi pathologi mempunyai keinginan seks yang kuat. Dia boleh melibatkan dirnya secara aktif dan agresif dalam bercumbu rayu. Namun dia sukar mencapai orgasme. Kecacatan ini dikenali sebagai anorgasme dalam istilah saintifik.. Setiap kali ia akan mencapai orgasme, tiba-tiba ia lenyap. Pendekata wanita penghidap fenomena ini tidak pernah mencapai orgasme, kerana walaupun orgasmenya di ambang waktu pencapaiannya sewaktu coitus, ia lenyap sebelum ia dapat dicapai. Sebab lain wanita mengalami frigiditi pathologi ialah kerana sering melakukan masturbasi untuk memenuhi keperluan seksnya. Ia tidak disalurkan secara coitus yang normal. Cara mengatasi frigiditi jenis ini agak sukar berbanding dengan yang lain.. Akan tetapi menghentikan hubungan kelamin semasa melakukan usaha rawatan adalah langkah yang baik dan tepat.

Mengenai frigiditi mutlak atau frigiditi sejati pula ia juga tetap perlu diketahui, walaupun ini jarang menimpa kaum wanita terutama di zaman sekarang kerana mereka sudah terdedah kepada perbincangan terbuka berkenaan seks.

Wanita yang mengalami frigiditi jenis ini biasanya bertanggapan salah terhadap alat kelaminnya. Seakan-akan dia kecewa dilahirkan sebagai seorang wanita. Dia menyifatkan kewanitaannya hina kerana dia tidak mempunyai hak dan pengiktirafan masyarakat. Ada pula yang beranggapan bahawa hubungan seks adalah perbuatan haiwan yang tidak patut dilakukan oleh manusia. Anggapan sedemikian mengakibatkan seorang wanita terlalu apatisi terhadap seks. Akhirnya ia mengalami frigiditi mutlak.

Dari keterangan di atas dapatlah digariskan sebab-sebab frigiditi atau nafsu seks dingin adalah seperti yang berikut, yang diakibatkan oleh gangguan mental:

* Kecurigaan terhadap kaum lelaki. Curiga kerana ketiadaan perasaan cinta terhadap suaminya.
* Takut hamil merupakan sebab seorang wanita takut dan benci bersetubuh.
* Takut mendapat luka pada alat-alat kelamin.
* Adanya kegoncangan mental dan jiwa.
* Perasaan benci terhadap suami.
* Tanggapan negatif mengenai seks.


Semakin banyak kemajuan dan pandangan dalam permasalahan kehidupan seks, semakin banyak pula persoalan-persoalan seks timbul di antara suami-isteri. Bila persoalan-persoalan ini tidak diambil perhatian oleh suami-isteri ia akan memberi kesan mental terhadap hak dan kewajipan isteri di dalam hubungan antara mereka berdua. Timbulah kepincangan dari aspek komunikasi seks yang tidak sihat yang mengakibatkan isteri menjadi bersifat acuh tak acuh dalam menangani kehendak suaminya. Masalah frigiditi dapat diatasi sekiranya suami-isteri ada persefahaman yang baik bersangkutan masalah peribadi atau masalah rumahtangga.





BudakComot: Ini adalah salah satu keluhan yang biasa didengar dari pihak suami. Namun, daripada membincangkan soalan ini dengan teman-teman minum kopi atau minum teh anda, pernahkah anda berbincang secara baik dengan isteri masing-masing?

Sebagai wanita pula, DakComot tahu, agak sukar untuk kita membincangkan masalah tentang hubungan intim (di antara suami isteri) kepada orang lain bukan? Sesetengah wanita terutamanya, takut disalah tafsir oleh orang luar, dan dalam masa yang sama mereka tidak mencari inisiatif untuk berbincang dengan suami. Tidak dinafikan, ada juga sesetangah suami seperti tidak boleh menerima kenyataan mengapa isteri mereka menjadi dingin, terutama sekali selepas melahirkan cahaya mata.


Masalah hubungan intim ini sebenarnya tidak boleh diambil ringan. Jika kita bernasib baik, pasangan (baik suami, mahupun isteri) masih boleh bersabar dengan sikap dingin tersebut. Jika tidak, pelbagai perkara yang tidak diingini mungkin berlaku.

Saturday, July 23, 2011

0 perkara tentang perempuan yang boleh buat laki suka dan hilang suka..

10 perkara tentang perempuan yang boleh buat laki suka dan hilang suka..

Korang rasa ape 10 perkara tentang perempuan yang boleh buat lelaki suka dan boleh hilang suka?..hehe..jangan marah ye korang kalau apa yang niesz cakap ni tak betul..saja je niesz buat entry ni..sekadar untuk menghiburkan..korang tak marah kan? ok, jom check apa yang niesz list kan ni betul atau tak..

Perempuan takut time nak beranak TAPI Lelaki dah tak sabar2 nak jadi bapak..
Perempuan takut tayar kereta pancit tepi jalan TAPI Lelaki dapat tolong dapat berkenalan..
Perempuan takut dengan gelap TAPI Lelaki time ni lah tangan duk merayap..
Perempuan takut hilang dara TAPI Lelaki maintain teruna..
Perempuan takut hidup bermadu TAPI Lelaki dah ter pk2 nak tambah lagi satu..


Perempuan suka time dapat cuti period TAPI Lelaki terpaksa kawal diri, hilang mood..
Perempuan suka bila dapat shopping TAPI Lelaki duk kira2 duit yang tinggal brapa keping..
Perempuan suka jaga penampilan TAPI Lelaki anggap tu semua punca kelambatan..
Perempuan suka dipuji TAPI Lelaki, nak cakap tu, mak ai!ego tinggi..
Perempuan suka complicated kan keadaan TAPI Lelaki yang simple tu lagi berkesan..

Image Hosted At MyspaceGens

Friday, July 22, 2011

Rahsia Bintang Enam Israel


Rahsia Bintang Enam Israel

Jumaat 24 April 09, merupakan hari bersejarah dalam hidup saya dan rombongan apabila ia merupakan hari pertama di dalam hidup kami menjejaki kaki ke al-Aqsa. Saya menunaikan solat Tahyatul Masjid. Sebelum khutbah bermula, kami mendengar bayan (syarahan) yang disampaikan oleh Imam al-Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sunainah. Di dalam bayannya, beliau mengutuk Israel dengan suara yang lantang

Ketika khutbah bermula, beliau menegaskan agar semua anak-anak muda Palestin balik merujuk kepada sejarah kerana orang Yahudi telah mula mahu menipu sejarah. Mereka mengatakan bahawa tanah Palestin adalah tanah asal mereka.

Ketika selesai menunaikan solat Jumaat, saya dan rombongan berjalan-jalan sekitar al-Aqsa. Saya menghampiri mimbar al-Aqsa. Ia merupakan mimbar lama hampir berumur 1000 tahun.



Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem , beliau membawa dua mimbar dari Halab ( Aleppo ) Syria , tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid . Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib. Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula

Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s)

Ketika saya menghampiri mimbar Salahuddin di al-Aqsa ini, saya mengerutkan dahi. Kenapa di mimbar ini ada bintang enam? lambing negara Israel.

Gelagat saya diperhatikan salah seorang penjaga al-Aqsa. Dia menghampiri saya, memberi salam dan memegang bahu saya.

"Aku tahu apa yang engkau fikirikan" kata beliau.

'Kamu tentu hairan kenapa ada lambang Israel di mimbar ini kan "? Beliau menambah.

Saya hanya menganggukkan kepala.

Penjaga ini menarik tangan saya, pergi ke tepi masjid. Dia kemudian menudingkan jarinya ke arah tingkap berhampiran dengan syiling al-Aqsa.

" Cuba kamu lihat, ditingkap itu pun ada lambang bintang enam ini, di dinding ini pun ada," katanya sambil menunjukkan arah dinding al-Aqsa.


"Emmm, kenapa ya?" Tanya saya ingin mengetahui lanjut.

"Sebenarnya, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan'an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan'an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan'an yang telah Islam. "

"Orang Kan'an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. "

"Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan marmar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan'an di sini ".

Penjaga ini menerangkan kepada saya dengan panjang lebar.

"Oh, baru saya faham. Rupanya bintang enam ini bukannya lambang asal Israel ." Kata saya.

Apa ada pada lambang? Ia merupakan simbol. Orang yang memakai lambang sesuatu kaum dia akan termasuk di dalam kaum itu.

Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud,


"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum,
maka dia akan tergolong di dalam kaum itu".

Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan'an adalah penduduk asal di sini.

Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah.

Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jatidirinya. Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di sekolah rasmi. Enam puluh tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah.

Saya bertemu dengan penduduk Palestin yang merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih selesa dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih bangga memakai passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan .

Pada mereka, saudara di Gaza hal mereka. Sebab itu, dari Palestin sendiri, tidak banyak bantuan yang datang ke Gaza . Orang kaya semakin kaya dengan syarikatnya. Coca cola tidak diboikot di Palestin. Iklan terpampang besar di sana sini.

Perkataan CocaCola Bermaksud : Tiada Nabi Tiada Allah

Benarlah kata hukama':-
"Jika mahu membunuh tanamam, racunlah akarnya, jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka"

Jika ini dibiarkan, maka generasi Palestin yang akan datang akan lebih selesa bersama Israel dari bersama orang Arab. Semoga, iman dan ilmu akan menyelamatkan mereka. Dan semoga ia menjadi iktibar buat kita di Malaysia.

Thursday, July 21, 2011

Cinta Manusiawi

Allahu Rabbi

Aku datang di hadapan-Mu dengan hati yang tercela

Dengan hati yang sarat dengan beban dan dosa

Dengan jiwa yang lemah dan longlai

Dengan kekuatan yang pudar

Dengan semangat yang tiada tersisa.

Ampunkan daku ya Allah

Aku tidak pandai memujuk diri supaya bersabar

Aku tidak pandai mendidik diri supaya redha

Aku tidak pandai beradab menerima ujian daripada-Mu.

Allahu Rabbi

Engkau yang memberi nikmat bahagia padaku

Engkau jua yang memberikan rasa sakit dalam deritaku

Segala ujian dan nikmat itu dari-Mu

Maka...aku pohon penawarnya ya Allah

Hilangkanlah segala duka dan sakit hatiku ini

Hilangkanlah segala rasa sedih dan terluka ini

Kerana Engkau yang memegang hati-hati hamba-MU.

Aku tidak yakin pada diriku sendiri

Oleh itu, hanya pada-Mulah aku bergantung harap

Pada-Mulah aku menyerahkan segala pergantungan

Kerana kutahu Engkau tahu memujuk hatiku,

membelai jiwaku

dan meniupkan cinta-Mu dalam hatiku.

Kini, kutagih kasih daripada-Mu

Dakaplah daku dalam cinta-Mu

Usirlah kesepian dan duka yang sebati dalam hatiku ini

Gantikanlah ia dengan cinta-Mu yang luhur dan suci

Cinta-Mu yang Agung dan tidak bertepi.

Amin

Tuesday, July 19, 2011

KEHIDUPAN

KEHIDUPAN
Kesenangan yang datang tak akan selamanya,
Begitulah selepas susah ada kesenangan,
Seperti selepas malam datangnya siang,
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan.
Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman,
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan,
Apa guna sesalan hanya menekanjiwa.
Jangan difikir derita akan berpanjangan,
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan,
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan,
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali.
Ujian adalah tarbiyah dari Allah,
Apakah kita kan sabar atau pun sebaliknya,
Kesenangan yang datang selepas kesusahan semuanya adalah nikmat dari Tuhan.

Monday, July 18, 2011

Solat & Gelombang

Frekuensi gelombang otak mempunyai 4 tahap utama iaitu:

1. Sedar (Beta: 15-30Hz)
2. Bawah Sedar (Alpha:9-14Hz)
3. Bawah Sedar (Theta: 4-8Hz)
4. Tidak Sedar (Delta: 1-3Hz)

Frekuensi Otak

Sesetengah buku mengatakan frekuensi otak adalah kegiatan otak di dalam pusingan sesaat. Mungkin ia tidak berapa jelas. Sebenarnya frekuensi ini adalah cetusan elektrokimia yang berlaku di dalam otak apabila kita berfikir. Ia melibatkan neuron otak untuk menghantar signal-signal ketika proses berfikir berlaku. Inilah yang dimaksudkan dengan kadar kegiatan otak iaitu kadar cetusan elektrokimia (signal) dalam masa sesaat yang berlaku di dalam otak. Banyak berfikir, lagi banyak cetusan elektrokimia dan makin laju kadar cetusan per saat (frekuensi).


1. Sedar (Beta: 15-30Hz)

Di tahap ini, kita berada di dalam keadaan sedar. Segala analisis, pilihan dan semua aktiviti yang melibatkan kita berfikir berada di bawah frekuensi beta. Dengan kata lain, apabila kita banyak berfikir secara sedar, kita berada di frekuensi ini.

Tahap fikiran di frekuensi ini merupakan realiti fikiran. Kita akan memikirkan sesuatu itu berdasarkan apa yang kita nampak dan rasakan mengikut daya pemikiran kita ketika itu.

Jika kita memberi arahan kepada mereka yang berada di frekuensi ini, arahan tersebut akan dianalisis terlebih dahulu mengikut pendapat orang yang menerimanya. Sebab itu agak sukar untuk memberi arahan seperti apa yang kita inginkan kepada orang yang berada di frekuensi ini.

Sebab itu ketika kita ingin menasihati seseorang, kita perlu elakkan menasihat mereka ketika mereka berada di dalam keadaan beta.

Contoh yang jelas adalah ketika saudara mula-mula belajar memandu kereta. Saudara pasti berfikir sebelum menekan pedal minyak, pedal break, menukar gear dan sebagainya. Ketika ini pemanduan menjadi agak sukar kerana saudara perlu berfikir sebelum melakukan sesuatu.

2. Bawah Sedar (Alpha: 9-14Hz)

Di tahap ini, kita berada di dalam keadaan bawah sedar atau dengan nama lain sedang dalam keadaan asyik dan fokus. Ini adalah frekuensi terbaik ketika belajar.

Di tahap ini, kita hanya boleh menerima tetapi tidak mampu membuat tindak balas. Semua arahan yang diberikan akan kita ikuti tanpa membuat analisis terlebih dahulu.

Tahap ini mempunyai kebaikan dan keburukan. Kebaikan adalah kerana di saat ini, apa yang masuk ke fikiran tidak lagi ditapis oleh fikiran kita. Jika kita memberi nasihat kepada anak dalam keadaan ini, ia terus akan masuk ke dalam fikiran anak kita dan terus diingati.

Jika kita berada di frekuensi ini, kita berada di dalam keadaan tenang dan tenteram. Fikiran tidak celaru dan berserabut kerana otak kita tidak banyak berfikir ketika ini.

Contoh yang jelas adalah ketika kita sudah pandai memandu kereta. Kita tidak perlu berfikir untuk menukar gear, menekan pedal minyak atau menekan break. Kita dapat lakukan tanpa kita sedari. Segalanya berlaku secara automatik.

Keburukan di frekuensi ini adalah, saudara seolah-olah dipukau ketika ini. Orang yang menjalankan pemasaran dan juga jualan dari rumah ke rumah atau di pasar-pasar raya akan cuba menurunkan frekuensi saudara ke tahap ini.

Kemudian apabila saudara sudah berada di tahap ini, saudara tidak berdaya untuk berbuat apa-apa kerana setiap arahan akan saudara ikuti tanpa banyak cerita. Saudara tidak mampu untuk melakukan apa-apa tindak balas sehinggakan saudara tidak sedar menghulurkan segala wang ringgit saudara kepada penjual yang berjaya memukau saudara.

Pastikan saudara berada di dalam keadaan Beta ketika membeli belah atau berada di tempat awam. Jika tidak, saudara akan dipukau di dalam keadaan terjaga.

Frekuensi ini bagus ketika membaca, membuat penyelidikan dan sebagainya. Frekuensi ini juga bagus untuk menasihati ahli keluarga dan orang di sekitar kita.

3. Bawah Sedar (Theta: 4-8Hz)


Di tahap ini, kita masih terjaga tetapi kita sangat asyik dan dikatakan khusyuk. Khusyuk di dalam solat seharusnya berada di frekuensi ini. Ketika ini kita tidak mampu menganalisis atau menafsir apa-apa pun.

Jika frekuensi Alpha, kita hanya menerima dan boleh menafsir tetapi tidak boleh memberi tindak balas. Frekuensi Theta pula kita hanya menerima tetapi tidak mampu menafsir apatah lagi untuk memberi tindak balas.

Ketika ini, kita tidak sedar apa yang berlaku disekeliling kita akibat terlalu khusyuk dengan satu perkara. Jika kita bersolat, yang ada ketika ini adalah perasaan CINTA pada Allah dan hanya Allah yang hadir ketika ini. Tiada yang lain.


Gelombang Theta menyebabkan seseorang tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling

Sebab itu di zaman Rasullullah, sahabat yang terkena anak panah di betis hanya melakukan solat sunat sahaja disamping sahabat lain mencabut anak panah tersebut. Khusyuknya sehingga tidak berasa apa-apa pun kesakitan.

Jika kita berada di dalam frekuensi ini, kita akan berasa sangat tenang.

4. Tidak Sedar (Delta: 1-3Hz)

Tahap ini merupakan tahap tidak sedar di mana kita berada di dalam keadaan tidur. Namun tidur ini adalah tidur yang dikatakan tidur mati. Kita tidak bermimpi. Tidur yang sangat puas dan cukup. Walaupun mungkin 10 minit tetapi kita akan rasakan cukup segar setelah bangun.

Jika kita tidur tetapi kita bermimpi, kita sebenarnya masih berada di dalam keadaan Beta. Bukan delta. Ini bermakna otak masih berfikir. Sebab itulah datangnya mimpi yang mengarut. Kita menjadi sangat penat apabila bangun jika kita tidur tetapi masih di dalam beta.


Solat di pertiga malam membuatkan tidur lena dan puas walaupun sekejap

Orang yang selalu bersolat di pertiga malam yang menyerahkan 100% jiwa dan raga pada Allah dengan penuh rasa CINTA mampu tidur dalam keadaan delta. Tidur mereka sedikit tetapi puas dan tidak mengantuk di siang harinya. Begitu juga dengan mereka yang sering melakukan tafakur cara Islam.

Penutup

Semua frekuensi ini boleh dicapai dengan cara sengaja atau dengan kata lain mengikut kehendak kita. Ia memerlukan banyak latihan dan kita mampu mencapai di mana saja tahap frekuensi yang kita inginkan.

Sebab itu, apabila kita mampu untuk berada di mana-mana frekuensi, maka dengan mudah kita dapat berada di tahap khusyuk ketika solat.

Khusyuk ketika solat adalah sangat tenang. Sebab itu mereka yang merasainya sentiasa tenang, ceria dan sebagainya.

Berkomunikasilah dengan Allah agar kita dimudahkan untuk berdaya berada di frekuensi yang kita kehendaki. Banyak sangat kebaikannya. Ketika inilah kita mampu untuk menyerahkan 100% jiwa dan raga kita pada Allah SWT.

Sentiasa ingat dan sebut nama Tuhanmu

Friday, July 15, 2011

pembunuhan Mustakizah

Dari arkib sejarah:
Sewaktu Haniff Omar menjadi Ketua Polis Negara dulu negara kita dikejutkan dengan berita pembunuhan kejam seorang wanita yang menjadi eksekutif video bernama Mustakizah. Beliau telah dibunuh kejam dengan ditembak dan dikapak kepalanya oleh tiga orang lelaki Cina sewaktu sedang mengelap cermin keretanya pada jam 7.30 pagi sebelum keluar bekerja, di depan rumahnya sendiri. Haniff Omar, dalam gerakan memburu pembunuh berkenaan nampaknya menghadapi kesulitan kerana cara pembunuhan tersebut dilakukan begitu profesional.

Pihak polis terpaksa melakonkan semula cara pembunuhan tersebut dan ditayangkan di tv dengan harapan mencari maklumat daripada orangramai yang ada ternampak kejadian berkenaan, baik secara langsung ataupun tidak.

Ekoran daripada itu, pihak polis akhirnya berjaya menemui 'punca' kepada pembunuhan kejam tersebut bilamana akhbar harian (tarikh dan tahunnya saya dah lupa) melaporkan dalam berita kakinya, " Timbalan Menteri Ditangkap ? " - dengan menyiarkan berita penafian KPN Haniff Omar bahawa seorang Timbalan Menteri telah ditangkap oleh polis ekoran pembunuhan kejam Mustakizah. Bangkai gajah, manakan boleh ditutup dengan nyiru ! Selepas itu berita merebak begitu cepat bahawa Timbalan Menteri yang dimaksudkan itu ialah Megat Junid.

Demi melindungi pembunuhan tersebut, PM Shit telah mengarahkan Haniff Omar melanjutkan 'pelajarannya' ke London. Bila Haniff kembali semula 2 tahun kemudian, isu tersebut sudahpun reda. Bijak sungguh PM PukiMak itu melindungi konspirasi pembunuhan yang dilakukan oleh Megat Junid. Kesian Mustakizah, sudahlah mengandungkan benih haram Megat Junid, dibunuh kejam pulak. Apa dosanya terhadap Megat Junid, hanya Allah dan Megat Junid saja yang tahu. Pembunuh upahan tersebut nampaknya lepas bebas dan mendapat upah yang lumayan pulak, manakala Megat Junid si pembunuh itu dinaikkan pangkat menjadi Menteri penuh pulak. Hebat ! Hebat ! Hebat sungguh politik PM PukiMak itu. Seolah-olah negara kita ini diperintah oleh Ketua Mafia ! Pembunuh sentiasa dilindungi asalkan tidak derhaka kepada ketua.

Lihatlah apa yang terjadi kepada Prebet Adam. Beliau mengamuk dan membunuh di Chow Kit kerana membalas dendam akibat kesedihan yang tak tertanggung bila mana adiknya mati dipukul dengan kayu golf oleh Sultan Johor, yang ketika itu menjadi YDP Agong. Sebagai membalas 'jasa' PM PukiMak yang melindunginya dari berita pembunuhan tersebut, Sultan Johor menganugerahkan pula pingat D.K kepada PukiMak tersebut. Satu-satunya Perdana Menteri yang mendapat gelaran tertinggi yang menyamai taraf seorang sultan, dengan penganugerahan pingat tersebut. Mungkin dek kerana memiliki pingat kebesaran diraja D.K tersebut, maka PukiMak sekarang benar-benar merasakan dirinya menjadi Maharaja Malaysia. Dia lah raja teragung bagi negara ini sehingga sultan-sultan pun terpaksa tunduk melutut kepadanya.

Itulah antara peristiwa-peristiwa hebat yang terjadi sewaktu Haniff Omar menjadi KPN dulu. Kini, dengan gelaran KPN (Ketua Penjudi Nasional) baru, Haniff kembali ke pentas lakonan filem mafia penghujung dekad 90an, di bawah arahan PukiMak iblis itu. Kembali untuk merealisasikan kejayaan konspirasi arahan PM iblis laknat tersebut dengan memperalatkan dirinya menjadi saksi bohong yang durjana. Demi menjaga temboloknya, Haniff keparat tersebut sanggup mereka-reka cerita 'kunun' nya Anwar sudah kemaruk dengan kegiatan liwat itu semenjak dahulu kala lagi.

Wahai Haniff Omar yang bebal, yang bangang, yang bodoh, yang dungu ! Ketahuilah engkau, bahawa jika benar Anwar itu seorang kaki liwat, sudah lama beliau disambar petir ketika berkhutbah Jumaat dulu. Sudah lama beliau tercabut imannya. Sudah lama beliau tidak dapat solat. Sudah lama beliau hilang 'keinginan' terhadap Wan Azizah. Orang yang melakukan dosa terkutuk itu tidak akan diberikan 'nur' ke dalam hatinya oleh Allah, untuk mengerjakan ketaatan terhadapNya. Sedangkan apa yang aku tengok, Anwar tu sentiasa berdamping dengan para alim ulama. Orang jahat dan ahli dosa mana mungkin menyukai ulama. Haniff, kau lihatlah PM Shit ahli dosa dan ahli neraka tu, mana ada dia menyukai ulama, bahkan Nabi s.a.w. pun dicerca dihinanya.

Kenapa sekarang baru engkau nak timbulkan cerita hindustan engkau ni wahai Haniff bahalol ? Takut tak dapat jadi Ketua Penjudi Nasional lagi kah? Kenapa Megat Junid yang membunuh Mustakizah dulu engkau tak ambil tindakan ? Kenapa? Kenapa ? Sial sungguh engkau ni Haniff. Lebih baik ibu mu tidak melahirkan engkau ke dunia ini daripda engkau hidup menjadi anjing kepada PM PukiMak itu.

WAHAI RAKYAT MALAYSIA SEKALIAN... DENGARLAH.... SEDARLAH.... INSAFLAH ... BERFIKRILAH DENGAN AKAL DAN HATI YANG TUHAN BERIKAN KEPADAMU... MASIH BELUM SEDARKAH ANDA SEMUA BAHAWA YANG MENJADI PEMIMPIN KITA SEKARANG INI ADALAH TERDIRI DARI PEMBUNUH, PEROMPAK, PERASUAH, PENZINA, PENYAMUN, PENYANGAK, PENJAHAT, PENJADAH, PENIPU, PEMBOHONG DAN SEGALA SIFAT-SIFAT KEJAHATAN YANG TIADA TOLOK BANDINGNYA. INIKAH ORANG YANG KITA MAHU LANTIK DAN KEKALKAN SEBAGAI PEMIMPIN ?

SEDARLAH, BAHAWA PEMIMPIN YANG MEMERINTAH NEGARA KITA INI TIDAK UBAHNYA SEPERTI BAJINGAN IBLIS, YANG MEMERAS KERINGAT RAKYAT MARHAIN TETAPI MENGUTAMAKAN GOLONGAN NINGRAT KEPARAT !
BUKALAH MATAMU WAHAI MEREKA YANG MASIH BELUM SEDAR ! INGATLAH , BAHAWA BENTUK KEZALIMAN DI ZAMAN MODEN INI BUKAN LAGI BILAMANA ALGOJO-ALGOJO PEMERINTAH DATANG MEMBUNUH DAN MEMPERKOSA ANAK ISTERI KITA, TETAPI MEREKA YANG MEMBUNUH DAN MEMPERKOSA KEBEBASAN DAN KEMERDEKAAN KITA DAN MERAMPAS HAK-HAK KITA, DENGAN MENJADIKAN KRONI-KRONI MEREKA SEBAGAI JUTAWAN DAN HARTAWAN. MEREKALAH PEMIMPIN YANG MEMAKAN SEGALA ISI DAGING KEKAYAAN NEGARA TETAPI MEMBERIKAN SISA TULANG BELULANG UNTUK DIREBUT OLEH RAKYAT.

JIKA DIBENARKAN LAGI PENYANGAK-PENYANGAK IBLIS ITU MEMERINTAH SELEPAS PILIHANRAYA NANTI, NESCAYA KITA SEMUA AKAN MENJADI HAMBA ABDI TANPA DISEDARI. KALAU FIRAUN DI ZAMAN NABI MUSA DULU TERANG-TERANGAN MEMAKSA RAKYATNYA, TETAPI FIRAUN YANG MEMERINTAH BUMI MALAYSIA SEKARANG INI MEMAKSA RAKYAT SECARA 'HALAL' DENGAN BERSELINDUNG DI SEBALIK UNDANG-UNDANG DAN AKTA TERTENTU.

Lihatlah 'paksaan' terbarunya ke atas kakitangan kerajaan dengan memaksa mereka berpindah ke Putrajaya, semata-mata hanya untuk memenuhi nafsu rakus seorang yang bernama PM ! Walhal jika dipandang dari segi kesusahan dan masalah yang dialami oleh kakitangan ke sana bukannya sedikit. Masalah nak pegi kerja lagi, masalah kos kewangan yang bertambah lagi, masa yang dihabiskan lagi, nak menghantar anak-anak ke sekolah lagi, nak bayar tol lagi, minyak petrol lagi dan seribu satu kepayahan yang terpaksa ditelan demi memenuhi hasrat nafsu rakus seorang yang bernama Mahathir ! Bukankah ini semua suatu bentuk 'perhambaan' yang dipaksakan? Malah kalau ditanya kepada kesemua kakitangan kerajaan, dari KSN hinggalah kepada budak pejabat, tidak ada seorang pun yang ingin berpindah ke Putrajaya, tempat jin bertendang itu.

Walaupun tulisan saya ini meleret dari tajuk asal di atas, tetapi demi membuka mata rakyat semua dan membongkar kejahatan pemimpin sial itu, rasanya anda semua tidak keberatan untuk melihatnya dari kaca mata yang lebih luas. Anda tahu kenapa perpindahan ke Putrajaya dibuat secara tergesa-gesa walhal masih banyak kerja-kerja pembinaan yang belum siap. Hatta Pejabat KSN sendiri pun penuh dengan debu dan habuk kerja-kerja yang sedang dilakukan. Jalannya apatah lagi. PukiMak itu tergesa-gesa mengarahkan berpindah ke Putrajaya kerana tidak mahu 'kempunan' dari merasai duduk di mahligainya kerana menurut sumber perisikan SB, Barisan Nasional akan kalah teruk dalam pilihanraya akan datang.

Menyedari mungkin inilah hari-hari terakhir beliau menjadi PM, PukiMak tersebut dengan tergesa-gesa mahu berpindah ke Putrajaya kerana dibimbangi jika BN kalah dalam pilihanraya nanti, beliau tidak akan merasa sama sekali untuk tinggal di Mahligai Kayangannya itu. Sedangkan jika diikutkan struktur pembinaan kompleks di Putrajaya tersebut, seawal mungkin yang sesuai berpindah ialah pada tahun depan.

WAHAI RAKYAT MALAYSIA, WAHAI MEREKA YANG BELUM TERBUKA HATINYA, INSAFLAH, SEDARLAH, KITA KINI SEBENARNYA SEDANG DIPERKOTAK-KATIK DAN DIPERBODOHKAN OLEH PM PUKIMAK ITU. AYUHLAH KITA TUMBANGKAN KERAJAAN YANG ZALIM DAN JAHAT INI. MARILAH KITA BINA SEBUAH KERAJAAN YANG BERSIH DAN AMANAH DALAM MENJAGA HAK-HAK RAKYAT, YANG MENJANJIKAN MASA DEPAN YANG GEMILANG UNTUK ANAK-ANAK KITA DAN GENERASI KITA DI MASA DEPAN. BUKANNYA MENGANGKAT MEREKA YANG BERLAGAK SEPERTI MAFIA, YANG MEROMPAK DAN MEMPERKOSA HAK-HAK RAKYAT.

ALLAHU AKBAR !! ALLAHU AKBAR !!
YA ALLAH, TUHAN YANG MEMPUNYAI KERAJAAN, ENGKAU MEMBERIKAN KERAJAAN KEPADA SIAPA YANG ENGKAU KEHENDAKI DAN ENGKAU MENCABUT KERAJAAN DARIPADA SIAPA YANG ENGKAU KEHENDAKI. KAMI MEMOHON KEPADAMU YA ALLAH, JATUH RANAP DAN BINASAKANLAH KERAJAAN BARISAN NASIONAL YANG KEJAM DAN ZALIM INI SEPERTI MANA ENGKAU MERANAPKAN DAN MENGHAPUSLENYAPKAN KERAJAAN FIRAUN, NAMRUD, ABU JAHAL, SHAH IRAN, MARCOS DAN KESEMUA MEREKA YANG ZALIM. LAKNAT ENGKAU KE ATAS MEREKA YANG TERLAKNAT ITU YA ALLAH.
*******

Wednesday, July 13, 2011

20 Fakta Menarik Ttg ISLAM

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Islam yang saya petik dari beberapa senarai di intenet.
1. Tahukah Anda? Ternyata Nama yang Paling Banyak Diguna di Dunia adalah “Muhammad” disusuli dengan nama “Jack”
2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam
3. Perkataan-perkataan berikut ini adalah berasal dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan `Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti “bubuk” yang kemudiannya diserap ke dalam bahasa Inggeris.
4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita (secara perhitungan matematik). Kata “Lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24. clik sini untuk melihat persamaan matematik yang lain
5. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dijangkakan akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030. lihat video disini
6. Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur’an akan segera direcover oleh jutaan muslim, yang disebut “Huffaz” yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur’an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.
7. Pemeluk Islam bertambah 2,9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2,3% per tahun.
8. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dianggarkan seramai 15,000 orang yang beragama Islam berkhidmat dalam US Militari ( Stats 1997).
9. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20.000 orang AS masuk Islam setiap tahun setelah peristiwa 9/11. klik untuk lihat video
Makam Nabi Muhammad S.A.W.
10. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, namun kedua2nya gagal dan salah satu yang mencuri dihilangkan oleh Allah dari bumi
11. Al Qur’an adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz/penghafal Al Qur’an) sehingga keaslian/kesuciannya selalu terjaga.
12. Jika agama lain mempunyai lebih dari 4 versi kitab suci yang berbeda satu dengan lainnya, maka Al Qur’an hanya ada satu dan tak ada pertentangan di dalamnya:
13. Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir), radiasi tersebut menembus planet mars dan masih berlanjutan. Peneliti mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat. artikel lanjut di sini
14. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii …ummatii” yang mengungkapkan betapa besar cinta Baginda kepada umatnya.
15. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah Saw menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama 16 bulan.
16. Sebanyak 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan yang di derita kaum muslimin, yakni, perang uhud.
17. Musa A.S adalah nama yang paling sering disebut dalam Al-Qur’an, sedangkan Maryam adalah satu2nya nama perempuan yang disebut dalam Al-Qur’an.
18. Semua anak Nabi Muhammad, yakni, Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.
19. Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.
20. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

Tuesday, July 12, 2011

syair PAS

PAS: Saf baru, tambah perkasa

Muktamar berlalu nada membara
Saf baru tambah perkasa
Membawa impi menawan Putrajaya
Langkah disusun menunggu jaya

Pimpinan terpilih penuh gaya
Tiada rasa hilang upaya
Jangan tertawan tipu daya
Helah musuh sudah diteka

Pemuda Muslimat Ulamak bersua
Dewan Himpunan turut berada
berkongsi usul dengan mesra
Tanda Pakatan maju sentiasa

Islam dibangun kebajikan dijaga
Rakyat dilindung tanpa prasangka
Berlain bangsa juga agama
Kerana Islam untuk semua

Budaya fitnah amalan dicerca
Jangan kita ikut sama
Bukan cara amlan kita
Itu semua Umno angkara

Ayuh bangkit pemuda bangsa
menentang arus ubah negara
Slogan dibina Pemuda beria
Jom Ubah tawan Putrajaya

Banyak kata tidak berpada
Ayuh bangkit jangan lupa
Sembilan Julai kita bersua
Himpunan Bersih cuci negara


Info syair:

Syair merupakan sejenis puisi berlagu yang dikatakan berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam.

Syair telah diubahsuaikan mengikut kesesuaian Bahasa Melayu Klasik ketika itu.

Terdapat beberapa pandangan tokoh sastera mengenai kemunculan syair ini.

A. Teeuw berpendapat bahawa syair merupakan puisi Melayu lama yang telah sedia wujud tetapi namanya telah ditukar.

Terdapat bukti bahawa bentuk syair itu sendiri telah wujud sebelum kejatuhan Kerajaan Melaka, sebagaimana yang tersurat dalam kata-kata yang tertulis pada sebuah batu nisan tua yang telah di-jumpai di Minye Tujuh, Acheh, bertarikh kira-kira pada T.M. 1380 itu, ialah berbentuk syair; bagitu juga hasil-hasil sastera yang berbentuk syair bait, seloka, gurindam, istimewa pula pantun, harus telah sedia di ketahui oleh orang Melayu sebelum zaman kejatuhan Melaka atau pun tatkala buku Sejarah Melayu di karang; buktinya boleh di pastikan dalam kisah "Meminang Puteri Gunung Ledang" di dalam buku Sejarah Melayu itu, yang menyebutkan demikian


Syed Naquib al-Attas berpendapat bahawa syair dicipta oleh Hamzah Fansuri sendiri selepas kedatangan Islam iaitu pada tahun 600 Masihi. Za'aba pula mendakwa bahawa syair berasal daripada perkataan "syir" yang membawa maksud perasaan serta pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang indah dan menarik.

Syair disampaikan dalam bentuk rangkap dan menjadi kegemaran masyarakat Melayu lama. Syair tidak mempunyai pemilik atau penulis yang khusus. Syair dianggapa milik bersama oleh masyarakat Melayu lama. Hamzah Fansuri telah menghasilkan syair yang lebih bersifat Melayu dan menyebabkan syair Melayu sudah menyimpang daripada bentuk syair Arab.

Ciri-ciri syair :

Terdiri daripada 4 baris serangkap (tetapi sesetengah syair boleh juga dihasilkan dalam 2 atau 3 rangkap).

Syair tidak mempunyai pembayang maksud (berbeza dengan pantun).

Setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu.

Sebuah syair biasanya menceritakan suatu kisah.

Bilangan perkataan dalam setiap baris adalah sama iaitu 4 perkataan dan 8-12 suku kata dalam satu baris.

Syair boleh terdiri daripada syair romantik, syair sejarah, syair ibarat dan juga syair keagamaan dan lain-lain lagi.

Sunday, July 10, 2011

BERSIH 2.0 2011

Tema Aidil Fitri tahun ini ialah : Kuning



1. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia dan seluruh warganya mengucapkan sejuta tahniah dan syabas buat seluruh anak muda negara yang mempamerkan satu kebangkitan luarbiasa pada 9 Julai 2011 dalam memperjuangkan 8 tuntutan BERSIH 2.0 agar ia menjadi satu realiti kelak insyaallah. Sekaligus mempamerkan kualiti solidariti rakyat yang semakin baik dan erat dari pelbagai bangsa, bahasa dan warna kulit dalam memperjuangkan hak bersama.



2. Biarpun tanpa baju BERSIH 2.0 berwarna kuning yang tertera senarai 8 tuntutan, namun kandungan 8 tuntutan itu telah menjadi slogan dan laungan para peserta BERSIH 2.0 sepanjang himpunan berlangsung di bawah siraman water canon dan tembakan gas pemedih mata. Tidak hilang seri himpunan BERSIH 2.0 tanpa baju rasmi himpunan kerana fokus adalah kepada senarai 8 tuntutan yang dikemukakan, bukan pada warna bajunya semata - mata.



3. Peserta tidak memakai baju BERSIH 2.0 kerana mematuhi ketetapan penganjur yang memberi kebebasan kepada peserta himpunan untuk tidak memakai baju rasmi BERSIH 2.0 ekoran tekanan menggila dari pihak pemerintah. Bagai hilang aqal dan rasional, mereka rakus menangkap sesiapa sahaja yang memakai baju BERSIH 2.0 tanpa soal dan usul simpati.



4. Biarpun sekatan dikenakan dari segenap penjuru alam beserta ugutan, ancaman, tekanan, fitnah, tohmahan, tangkapan dan halangan, ternyata tidak mampu menghalang rakyat dari seluruh negara mewakili keseluruhan rakyat yang prihatin memasuki ibukota untuk menjayakan himpunan BERSIH 2.0 tersebut. Pastinya mereka kehairanan, setelah sedemikian rupa tindakan mereka ke atas BERSIH 2.0 termasuklah menggunakan televisyen, radio dan iklan sebagai propoganda membusuk dan mengotorkan imej BERSIH 2.0 namun BERSIH 2.0 tetap bersih dan himpunannya tetap mencapai matlamat serta objektif penganjurannya.



5. Bermula waktu malam pada 8 Julai dan pagi 9 Julai, ibukota bagai dilanggar garuda juga seperti bandar terbiar selepas perang. Sunyi dan sepi tanpa kelibat kenderaan seperti hari - hari biasa yang terkenal dengan lokasi yang paling padat kenderaan dalam negara kita. Namun pendek aqal dan panas baran sang pemerintah, mereka mengeluarkan arahan agar ibukota dikosongkan dan peniaga tutup kedai sebelum himpunan BERSIH 2.0 berlangsung pada jam 2.00 pm 9 Julai 2011. Kemudian mereka pamerkan kebodohan diri sendiri dengan memfitnah bahawa BERSIH 2.0 menjadi punca peniaga alami kerugian dan ibukota menjadi lumpuh sedang mana - mana peniaga yang degil dan tetap berniaga pada hari itu, telah alami keuntungan berlipat kali ganda berbanding hari - hari biasa.



6. Lebih jelas kebodohan tersebut apabila mereka mendakwa himpunan BERSIH 2.0 gagal dan hanya dihadiri sekitar 6 ribu orang sahaja sedang jumlah tangkapan sahaja hampir 2000 orang. Setelah mereka sekat semua jalan masuk ke ibukota, menahan puluhan ribu penyokong BERSIH 2.0 di jalan - jalan utama, tol dan highway serta menyediakan ribuan pasukan FRU yang lengkap dengan water canon dan gas pemedih mata, ditambah pula perintah mahkamah terhadap 91 orang yang terdiri dari pimpinan parti dan ngo tidak dibenarkan masuk Kuala Lumpur, pula janji hendak sediakan stadium, kemudiannya memungkiri janji sendiri, tiba - tiba hari ini mereka mendakwa himpunan BERSIH 2.0 gagal kerana tidak mencapai 100 ribu peserta.



7. Andai 8 tuntutan yang dikemukakan masih tidak dipedulikan oleh kerajaan UMNO dan BN, bak kata Datuk Seri Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang bahawa, kebangkitan rakyat melalui himpunan BERSIH 2.0 adalah merupakan muqaddimah kebangkitan rakyat khasnya anak - anak muda yang mahukan keadilan dan ketelusan berlaku dalam sistem demokrasi dan pengendalian pilihanraya negara ini.



8. Saya juga memberi perhatian kepada cadangan sahabat saya Al Fadhil Dr Mohd Asri Zainal Abidin agar dianjurkan minggu BERSIH dengan menghidupkan elemen perjuangan BERSIH 2.0 sepanjang minggu dalam pelbagai aktiviti harian samada secara rasmi atau tidak. Cuma saya menambah lagi agar momentum BERSIH 2.0 ini dikekalkan sehinggalah 8 tuntutan tersebut menjadi kenyataan. Momentum ini boleh diterjemah atau direalisasikan oleh rakyat dalam apa jua aktiviti dan kreativiti mereka.



9. Saya mengusulkan kepada semua rakyat Malaysia khasnya anak - anak muda negara sebagai salah satu usaha untuk menghidupkan elemen perjuangan BERSIH 2.0 agar menjadikan tema pakaian dan perhiasan sempena sambutan Aidil Fitri tahun ini ialah warna kuning. [ tidak mengapalah tema kuning itu menampilkan warna kuning air, kuning emas, kuning bercorak, kuning bersulam, kuning berjalur, kuning berpetak, kuning sedondon, kuning berbatik dan sebagainya. Asalkan temanya kuning.] Pendek kata semuanya kuning termasuk perhiasan langsir, sampul kusyen, cat dinding dan sebagainya dengan segala apa yang boleh kita lakukan kecuali pada 4 perkara yang dilarang kuning sama sekali, iaitu :



a - gigi kuning

b - demam kuning

c - otak kuning

d - budaya kuning



10. Namun usaha ini tidaklah terhenti pada warnanya semata - mata, kreativiti boleh disempurnakan lagi dengan memahat, menulis, mencetak , mempamer, melekatkan di mana sahaja senarai 8 tuntutan BERSIH 2.0 seperti di dinding kereta, poster dinding, banner, badge, cetakkan bag sandang, bag galas, penanda buku dan seumpamanya sehingga 8 tuntutan ini insyaallah turut terpahat di dalam kepala YAB datuk Seri Najib Tun Abd Razak dan Pengerusi SPR lalu mereka melunaskannya insyaallah. Kita mulakan kempen mengekalkan momentum BERSIH 2.0 ini dengan kempen BERSIHkan jiwa dari dosa, noda, mazmumah [ sifat keji ] dan tentunya kehadhiran bulan Ramadhan al Mubarak menjadi kesempatan terbaik untuk memulakan kempen BERSIHkan jiwa. Hanya insan yang BERSIH jiwa raganya sahaja berhak menang untuk memikul amanah rakyat sebagai pemimpin dan pemegang amanah negara .



Selamat berjuang dari saya.



Nasrudin bin Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Saturday, July 09, 2011

facebook - noda & dosa

Facebook Dan Dosa-Dosa



Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.


Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status
mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Ada yang mendesak suami beli rumah, kereta, pinggan, perabot, baju, dan macam-macam lagi melalui status mereka. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah suami serba salah.


Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban
yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.



Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.


Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.



2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin
ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya , aksi dan fesyen yang pelbagai.



Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.



Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan dating, kahwin - padahal wanita telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.



Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.



Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook.



3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang
wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di
internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.



Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.



4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan rupawan ini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah
ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingk an wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.


5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga telah pernah diulas oleh beberapa penulis lain seperti Sdr Shahmuzir dan Ust Abu Umair.



Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend punya rakan (friend).



Ini boleh menjadi dosa, kerana :-



a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu
diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.



6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan



Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution
dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.



Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.



Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah, tidak suci dan sebagainya?. Demikian juga ayat-ayat lain di atas.? Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah
wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.





KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali
boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak
kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian

Friday, July 08, 2011

facebook-adab2 penulisan

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkanfriend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semuafriend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.


KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
3 Mei 2010