Tuesday, November 22, 2011

Rindu Seribu Tahun

Seribu malam yang lalu,
di atas kakiku yang telanjang bulat,
aku berjalan meniti untaian benang rindu,
yang terbentang di antara hampa bayangmu.

Letih ini berjanji setia jadi saksi,
dan menemani ketika muram durja menerpa,
bagai sirip ikan yang menari di air dangkal,
aku menggelepar dalam penantian.

Di hamparan hati yang tak pernah terbagi,
kusematkan sebuah lencana atas namamu,
dan atas nama rasa yang tak mampu bicara,
kucuba sembunyikan seulas senyum palsu.

Seribu malam yang lalu,
apalah bedanya dengan malam ini,
sebilah rindu di dada tak jua melentur,
semakin tajam kala dingin malam menghujam
...............ohhhhh

aku tahu…....
kirah merinduiku
dan aku terlalu suka
menikmati kerinduanmu

Monday, November 21, 2011

Rahsia Cara Bank Di Dunia Buat Duit

Ida Syuhada
Rahsia Cara Bank Di Dunia Buat Duit

* Posted by Ida Syuhada on November 19, 2011 at 10:10pm in Edisi Siasat
* Send Message View Discussions



Tahukah anda bagaimana duit kertas mula diperkenalkan? Di mana dan bilakah bank mula wujud?

Itu merupakan dua pertanyaan yang jarang ditanya oleh kebanyakan orang, tetapi justeru itulah yang harus mereka persoalkan. Sejarah penggunaan duit kertas memang menarik, dan dari satu sudut kita dapat perhatikan dengan mudah golongan yang menang dan mereka yang rugi melalui sistem ini. Sebelum saya mula menerangkan fenomena ini, sebagaimana yang anda jangkakan, saya dengan yakin menyatakan bahawa anda BUKAN pemenangnya!











Ceramah oleh Sheikh Imran Hossein mengenai sistem kewangan antarabangsa dari sudut Islam. Sistem yang menindas kesemua umat manusia ini diasaskan dengan penipuan oleh pihak yang mahu menghambakan manusia dan menakluki dunia. Tontonan wajib bagi mereka yang mahu melihat dunia ini dari sudut yang berbeza. Muat-turun di YouTube.




Duit hanyalah satu ILUSI; lebih-lebih lagi dalam era elektronik seperti sekarang. Hakikatnya, anda korbankan seluruh hidup untuk mendapatkan duit yang sebenarnya tidak wujud. Tetapi selagi ilusi tersebut terus ditayangkan, sistem tersebut berfungsi.


Masalahnya ialah orang seperti anda dan saya sendiri bekerja keras, seringkali hanya untuk bayaran yang rendah, sementara satu-satunya pihak yang mendapat keuntungan ialah si pemegang wang (bank).


Jadi bagaimana sistem ini berfungsi? Baik, jika anda ada RM1000, anda boleh pinjamkannya kepada seseorang. Tetapi sekiranya bank memiliki RM1000, ia boleh memberi pinjaman sehingga 10 kali ganda daripada jumlah tersebut, dan mengenakan faedah ke atasnya.


Ini bermakna duit fizikal sebenarnya cuma ada RM1000, tetapi seperti magik, pihak bank kini telah memberi pinjaman lebih daripada RM10,000. Dari manakah duit selebihnya datang?


Dari ILUSI yang diciptakan oleh pihak bank. RM9,000 lebih lagi tidak bermakna apa-apa; duit ini TIDAK WUJUD, dan TIDAK AKAN PERNAH ADA!


Jadi jika semua orang dan syarikat dalam sesebuah negara ingin mengeluarkan semua duit mereka secara serentak, pihak bank bukan sahaja akan berakhir dengan baki 0, bahkan dengan jumlah negatif yang besar. Pihak bank akan bankrap sekelip mata, kerana duit fizikal yang ada di bank hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada kitaran wang, dengan mengenakan faedah ke atas duit yang tidak wujud.


Apabila seseorang atau sesebuah syarikat meminjam duit dari bank, bank itu sebenarnya tidak mencetak wang kertas atau syiling yang baru. Kerani bank cuma memasukkan angka ke dalam skrin komputer dan pinjaman pun ditetapkan. Bermula saat itu, anda secara perundangan terikat untuk membayar semula apa yang sebenarnya tidak wujud.


Sebenarnya angka pada skrin komputer tadi mewakili nilai emas dan/atau perak. Seandainya ini benar, adakah bank tersebut memiliki simpanan emas dan perak di suatu tempat yang merangkumi semua duit yang mereka pinjamkan kepada orang ramai?


Jawapannya ialah TIDAK! Duit kertas dan digit-digit komputer hanyalah ILUSI yang dicipta oleh golongan Bankers untuk mencipta duit daripada tiada, yang meningkatkan kekayaan mereka secara eksponen, serta membantu mereka mengawal orang lain dan masyarakat, kerana bank juga meminjamkan duit kepada kerajaan dan mengenakan faedah ke atasnya, sekaligus menjadikan sesebuah kerajaan berhutang.


Kesinambungan daripada hal ini, pihak banklah yang sebenarnya mengawal negara selagi mereka dapat menjerumuskan sesebuah kerajaan ke dalam lembah hutang. Secara teori, mereka memberitahu kerajaan untuk melangsaikan hutang dalam tempoh masa tertentu, dan jika kerajaan gagal (kerana tidak mempunyai wang untuk membayar faedah), pihak bank akan menawarkan kata dua yang menjayakan kepentingan mereka.


Justeru itu, kuasa SEBENAR berada di tangan International Bankers. Dunia sebenarnya dikawal oleh ILUSI duit.


Apa akibatnya jika anda gagal membayar semula jumlah duit yang sebenarnya tidak wujud? Pihak bank akan mengambil tindakan undang-undang dan merampas harta benda anda sehingga anda melangsaikan jumlah hutang (yang sebenarnya tidak pernah dipinjam), termasuklah duit faedah.


Jika seseorang memalsukan not-not wang dan menyebarkannya, ia adalah satu jenayah, dan jika tertangkap dia akan dipenjarakan. Tetapi pada satu sisi yang lain, inilah yang dilakukan oleh pihak bank sehari-hari; dalam jumlah yang besar. Penjenayah mencipta duit daripada tiada dan dia dihukum, tetapi pihak bank melakukan perkara yang sama dan mereka menggelarkan ‘perbankan’.


Inilah hakikat ilusi kewangan dunia pada masa kini. Money scam ini telah bermula semenjak zaman purba lagi. Sedarlah apa yang berlaku di sekitar anda. Celikkan hati dan mata terhadap hajat ‘kerajaan’ dan ‘ahli politik’. Jangan bunuh diri anda hanya semata-mata kerana digit-digit di skrin komputer (bunuh diri sebab hutang keliling pinggang).


* Tulisan ini dirujuk dan diterjemah daripada sumber berikut:

Saturday, November 19, 2011

Syaksiyah Mukminah qawiah Muasirah

Sebenarnya kita kehilangannya! Kita kehilangan Model. Masyarakat juga kehilangan model. Model yang dapat merubah kehidupan ini menjadi kehidupan yang diredhai Allah dan dapat kita merasakan nikmat islam dan iman berjalan dan bergerak disekeliling kita. Kita kasihan melihat masyarakat yang kini mabuk dan tercari cari. Malah keluarga disekeliling kita juga tercari cari. Mereka tidak tahu siapa yang harus mereka ikuti. Sebab itu kita harus menjadikan diri kita model itu kerana kita telah melalui proses itu. proses Tarbiyah islam. Dan ini menjadi satu tanggungjawab yang besar kepada kita selain dari tanggungjawab harian kita. Inilah Wa’ islam yang perlu kita fahami agar kita tidak larut dengan tarbiyah dan meninggalkan manusia sekeliling kita dan menjadikan tarbiyah dan jamaah sebagai aset untuk kita berbangga bangga sedangkan tarbiyah dan jamaah itulah yang patut kita sebarkan ditengah ummah ini. Bukan untuk kita pendamkan dan bermegah dengan nya bahawa kita lebih hebat dari orang lain dengan kefahaman yang tinggi.

Sikap ini telah menyerang para da’i dan dai’yah dan tandanya ialah mereka tidak dapat melahirkan ramai murabbi @ murabbiyah walau pun telah lama membimbing halakah dan usrah. Kita telah kehilangan Syaksiyah Mukminah qawiah Muasirah ( Keperibadian mukmin yang kuat dan memberi kesan pada orang lain ) sehingga kita tidak mampu merubah waqi’ hidup yang rosak dan kotor untuk ditegakkan syaksiyah yang suci dan murni. Sekali pun kita telah merubah waqi’ hidup kita namun kita tak dapat menjelmakan nya kepada orang lain disebabkan tidak ada usaha yang bersungguh sungguh kearah itu.

Oleh itu kita sebagai da’i ini kena kembali merubah dan merubah. Jangan terpedaya dengan sifat ” syok sendiri” atau syok dengan kumpulan kumpulan kita sahaja kerana Islam amat mendambakan kita dengan dambaan yang teramat sangat kerana kita umat terpilih untuk menyelamat seberapa ramai manusia dan fokus kita adalah fokus yang jauh. Dan ingat Noktah bidayah ( titik tolak ) kita bukan untuk membangunkan Universiti Islam atau hospital Islam atau apa pun jenama islam yang lain tetapi paling utama adalah menyelamatkan aqidah manusia. Itulah priority kita. Bukan keluar dari tarbiyah untuk membina kepentingan diri semata. Memang permasaalahn ekonomi dan apa apa yang berkaitan dengan islam itu penting tetapi Pembangunan aqidah adalah matlamat utama kita dan tidak boleh kita kesampingkan.

Untuk ini kita tidak boleh berdiam diri. Kita kena mengislah diri. pengislahan diri dari suasana fasad dan tidak yakin pada Allah dan Rasulnya. Pengislahan diri kita sehingga kita sampai keperingkat dapat memberikan kecontohan islam kepada orang lain dengan sifat sifat keperibadian islam yang jitu dan mapan dengan hidup dalam suasana mujahadah yang berterusan sehingga kita lahir sebagai rajul aqidah yang benar didalam dan diluar dan akhlaq yang kuat lagi kukuh berlandaskan quran dan sunnah.

Daripada pengislahan ini semestinya terpancar dalam diri kita satu masuliyah untuk mengajak orang lain kedalam saf Islam, supaya dari masa kemasa akan bertambah rajul aqidah dan imaraah aqidah untuk bersama sama kita meng halilintarkan bumi ini dengan Kalimah Laila halilalah. Cukuplah selama ini kita hanya duduk dalam usrah dan halaqah tanpa melakukan apa apa untuk dakwah ini. Tarbiyah memerlukan output dan kini kita harus keluar dari zone itu dengan berbekalkan teori syajaah untuk melaksanakan dakwah dengan lebih tersusun dan berani. Kita tidak boleh diam sahaja dan berpuas hati dengan program program kita. Kita sudah sampai keperingkat bekerja dan membangunkan ummah. Waqi’ amat mendesak sekarang untuk kita bekerja dan berkhidmat dengan penuh iltizam. Kita amat kurang kepimpinan dimana sahaja. Kekurangan Naqib. Kekurangan Murabbi dan berbagai lagi dan saf islam semakin memerlukan kita untuk membangunkan generasi baru untuk mengantikan generasi lama yang kian lemah tubuh badannya. Mari kita membangun ummah dengan padu, bermahabbah dengan penuh kesungguhan sehingga terlaksana Kesultanan Allah dibumi ini

Allah telah menjanjikan kepada orang orang beriman dan beramal soleh, bagi mereka maghfirah dan balasan yang besar disisi Allah ~ AlFath 69

Akhirnya ~ Marilah kita tanamkan kesedaran ini dan cita cita untuk bangun dari khayalan dan letakkan kesabaran sebagai senjata kita.

Imam Ghazali pernah menyebut:

Kesabaran itu ada dua jenis, Kesabaran badani dan kesabaran nafsi

Dan kesabaran nafsi itu adalah kesabaran semata mata kerana Allah maka ia akan menjadi ibadah. Hendaklah kita bersabar dalam jalan ini baik perkara kecil mahu pun besar.

Hanya sedikit ini sebagai zikr dari saya dan bukanlah ilmu yang tidak pernah didengar. Semuga dipelihara kita dalam iman dan amal yang berterusan.

Friday, November 18, 2011

C.I.N.T.A

Cinta…

Seperti...

Cintanya Ibunda hajar kpd Ibrahim a.s..

Cintanya Zulaikha kpd ...yusuf a.s..

Cintanya Balqish kpd Sulaiman a.s..

Cintanya Khadijah kpd Muhammad S.A.W..

Cintanya Fatimah kpd Ali bin Abi thalib..

Cintanya berharga krn Bilangan AsmaNya senantiasa memenuhi hati dan Jiwa..

Disatukan atas KehendakNya…

Halal atas keberkatanNya..

Seperti MUtiara ya...

Friday, November 11, 2011

ANAK TERBAIK DARI BUMI AFRIKA - ANAK TERBAIK DARI DUNIA ARAB

ANAK TERBAIK DARI BUMI AFRIKA - ANAK TERBAIK DARI DUNIA ARAB


SELAMAT JALAN YA RAFIQ

SURAT AKHIR UNTUK GADDAFI

Tuan yang saya muliakan,

Ini adalah surat akhir dari saya. Saya berharap dua surat awal dahulu telah membuka mata hati tuan. Saya juga berharap surat awal itu telah memberi sadikit latar untuk kita sama-sama memahami bahawa apa yang kita baca dan apa yang didedahkan ke hadapan mata kita sebenarnya hanyalah gula untuk mengula-gulakan kita semua.

Saya telah menerima banyak keritikan malah ada juga tempelakan yang menuduh saya cuba melupakan jenayah dan kejahatan Gadaffi terhadap warga Libya. Tuan yang saya muliakan, saya tidak menafikan adanya kezaliman yang memusnahkan hak asasi warga Libya. Saya juga tidak menafikan adanya tahanan politik di Libya. Ada juga suara yang nemimbulkan pekara bagaimana Muammar Gadaffi telah menindas kumpulan Islam atau memenjarakan ‘jihadis’. Tetapi bukan ini intipati yang ingin saya paparkan.

Dalam hal – Jihadis Islam - saya agak berhati-hati kerana saya amat sedar peranan CIA yang membina dan menganjurkan jaringan kumpulan Islam. Sejarah politik telah membuktikan bagaimana CIA telah bekerjasama dengan kumpulan yang memanggil diri mereka Islam. Dari Indonesia, ke Pakistan, ke Iraq, ke Mesir hinggalah ke Afghanistan kita bertemu dengan kumpulan ini. Hari ini telah terbukti bahawa Al-Qaeda dan Osama sendiri telah dieram dan dinetaskan oleh CIA. Ini fakta sejarah. Jadi, kita tidak perlu berbuih mulut menelan Viagra untuk menegakkan benang basah ini.

Dalam surat akhir ini saya ingin menyatakan secara terbuka bahawa pendemokrasian Libya bukan tugas Nato atau Amerika atau tugas negara Eropah. Mendemokrasikan Libya adalah tugas warga Libya sendiri. Ini sama seperti tugas menumbangkan kerajaan yang dikepalai oleh gerombolan United Malay National Organisation. Ini kerja politik dalaman warga Malaysia sendiri. Menumbangkan gerombolan United Malay National Organisation bukan kerja Amerika , China, Singapura atau Saudi Arabia. Menjatuhkan United Malay National Organisation bukan tugas Nato atau Obama atau Sarkozy. Ini tugas anak semua bangsa warga yang cintakan negara kita ini. Saya harap pekara ini jelas.

Untuk sedar apa yang wajib kita lakukan hari ini maka biar saya surahkan sadikit latar sejarah politik dunia agar kita sama dapat menerima pencerahan. Memahami yang dulu agar kita dapat melihat apa yang akan datang. Pada tahun 1945 perang dunia kedua tamat. Benua Eropah telah terbahagi kepada dua blok yang mengamalkan dua sistem ekonomi yang berlawanan. Eropah Barat dengan sisetm ekonomi kapitalis manakala Eropah Timur dengan sistem ekonomi Sosialis. Sistem ekonomi kapitalis dipimpin oleh Amerika Syarikat manakala sistem ekonomi sosialis dipimpin oleh Russia yang telah mendirikan Soviet Russia semenjak berjayanya Revolusi Bolshevik pada tahun 1917.

Sistem ekonomi kapitalis berkiblatkan keuntungan maksima untuk dimasukkan ke dalam saku kaum pemodal. Manakala sistem ekonomi sosialis berkemudikan kebajikan umum untuk orang ramai. Kesejahteraan ummah menjadi panduan sistem ekonomi sosialis. Dua perbezaan yang amat jelas. Negara Eropah pengamal sistem kapitalis menganggap negara sosialis sebagai musuh. Perlawaanan dua sistem ekonomi ini dipanggil Perang Dingin. Perlawanan ini cukup sengit dan mengancam dunia. Contohnya pada tahun 1962 – peluru berpandu nuklear hampir meledakkan dunia apabila Russia memasang senjata ini di Cuba yang hanya 200 batu dari pantai Amerika

Dalam kancah Perang Dingin kaum pemodal merasa mereka terancam. Mereka tidak dapat mengembangkan modal mereka untuk menjarah dan merembat harta kekayaan negara-negara bekas tanah jajahan di Asia , Afrika dan Amerika Latin. Kaum kapitalis melihat sistem ekonomi sosialis menjadi halangan untuk kaum kapitalis mengaut keuntungan maksima.

Untuk memastikan keuntungan terus berlipat ganda dan segala rintangan dihapuskan kaum pemodal telah menggunakan universiti sebagai kubu pusat. Kaum kapitalis telah mengeluarkan dana yang lumayan untuk mengupah pemikir di universiti dan di lembaga-lembaga keilmuan. Para ilmuan dan ahli akademik ini dibayar untuk mengeluarkan buku , kertas kerja atau berkonferensi dengan tujuan mengeluarkan dakyah dan tohmah yang licik dan teratur. Semua ini dilakukan untuk memastikan sistem ekonomi sosialis ini tidak dapat mengampuh dunia. Radio dan Tv diwujudkan untuk memastikan kefahaman orang ramai terhadap apa itu sosialisma terus songsang dan tunggang terbalik.


Hasil dari kempen yang licik lagi teratur ini ramai warga dunia telah diperangkap untuk diternak dan diasuh untuk melihat sosialisma sebagai musuh. Dalam reban CIA ini ternakan yang paling setia datang dari kumpulan-kumpulan Islam. Kumpulan ini terpengaruh dengan dakyah CIA yang mengatakan sosialisma tidak percaya kepada tuhan. Kumpulan ini telah tidak mendapat penerangan secara tuntas tentang sosialisma sebagai satu sistem ekonomi bukannya agama atau sistem kepercayaan. Sama seperti sistem ekonomi kapitalis sistem ekonomi sosialisma juga tidak beragama dan tidak bertuhan.

Di negara-negara yang majoriti penduduknya menganut Islam, kumpulan Islam ini telah digunakan untuk menentang Parti Sosialis, Parti Komunis atau parti yang menentang kapitalis. Dengan bijak kaum pemodal Anglo-Amerika telah berjaya menetaskan budak-budak suruhan mereka untuk mempertahan sistem ekonomi kapitalis. Usama bin Laden termasuk ke dalam bakul ini.



Tuan yang saya hormati,

Surah diatas telah berlaku di zaman Perang Dingin. Serangan dan kepungan kaum pemodal Anglo-Amerika telah berjaya meruntuhkan sistem ekonomi kapitalis. Pada tahun 1989 Tembok Berlin runtuh dan negara Eropah Timur kembali menjadi pengamal sistem ekonomi kapitalis.

Sekali lagi kaum pemodal antarabangsa telah mengupah para pemikir dan ilmuan untuk merencana satu strateji baru – strateji pasca Tembok Berlin. Para pemikir kanan yang telah lama bersarang di Rumah Puteh telah menetaskan apa yang dipanggil : Project for the New American Century (PNAC).

Para pemikir yang menelorkan PNAC ini adalah ahli falsafah kanan dan saki baki wira-wira dan penjihad Perang Dingin. Kekalahan Russian dalam Perang Dingin telah meyakinkan mereka bahawa anak semua bangsa dalam dunia tidak ada lagi pilihanan melainkan menghambakan diri dibawah telunjuk Empire Amerika.

Falsafah PNAC inilah yang telah dan sedang diguna pakai oleh pentabiran Rumah Puteh semenjak George W.Bush menjadi Presiden. Falsafah PNAC ini bukan susah untuk difahami. Asas utamanya ialah : Amerika menang dalam Perang Dingin maka Amerika tidak akan membenarkan negara mana-mana pun berpeluang untuk menandingi kekuatan Amerika seperti di zaman bertelagah dengan Russia dahulu. Amerika akan memastikan tidak ada negara baru akan muncul untuk berani bersaing atau menandingi kekuatan bala tentera Amerika.

PNAC memiliki 4 rukun imannya:

- Amerika perlu meneruskn perbelajaan persenjataan
- Amerika wajib menyokong kawan dan menibai musuh
yang bertentangan dengan budaya dan sistem Amerika
- Kebebasan politik dan ekonomi kapitalis wajib diluaskan ke seluruh dunia
- Amerika wajib menerima tanggungjawab yang unik untuk menjaga dan mengawal dunia agar dunia ini aman untuk keselamatan, kekayaan dan dapat ditegakkan prinsip yang dipegang Amnerika.

Tuan yang saya muliakan,

Apa yang ingin saya terangkan dalam surat akhir ini ialah kita semua pada ketika ini adalah dalam kongkongan Empire Amerika. Dari laporan tahun 2003 untuk Jabatan Pertahahan Amerika kita diberitahu bahawa pada ketika ini Amerika memiliki 6000 buah pengkalan tentera dalam negara. Amerika juga memiliki 702 pengkalan tentera laut, darat dan udara di 130 buah negara dalam dunia ini. Ada yang disewa dan ada yang diikat dengan penjanjian persenjataan. Seramai 253,288 soldadu Amerika bertugas dipengkalan luar negara ini. Seramai 44,446 anak tempatan bekerja di pengkalan-pengkalan Amerika ini.

Apakah maknanya semua ini?

Apa yang ingin saya terangkan disini ialah pembunuhan Saddam Hussein, pembunuhan Mummar Gadaffi , kacau di Iran, kacau di Pakistan, kacau di Syria – semua ini hanyalah babak-babak penglaksanaan rukun iman PNAC. Apakah tuan tidak sedar bahawa rancangan untuk menyerang Iraq telah wujud lebih awal lagi - pada bulan September tahun 2000 lagi. Menyerang Iraq dan mengubah sistem politik Iraq adalah sebahagian dari rancangan PNAC. Rancangan ini telah ditelorkan oleh para pemikir kanan PNAC satu tahun sebelum George W Bush menjadi Presiden



Tuan yang saya muliakan,

Sebelum saya akhiri surat saya ini ingin saya nyatakan bahawa ledakan dua pesawat udara ke bangunan WTC di New York pada 9 September 2001 itu juga adalah sebahagian dari perancangan dan strateji yang telah ditelorkan oleh PNAC. Ledakan itu telah terbukti sebagai ‘kerja orang dalam’ sebagai strateji untuk memastikan falsafah PNAC diterima oleh warga Amerika. Warga Amerika perlu dikejutkan dahulu dan kemudian dilalikan dengan falsafah PNAC. Pasti ramai yang akan menangkis apa yang saya tulis ini sebagai fakta sasau dan hujah dari perawi gila. Tidak mungkin Amerika membunuh 3000 warganya sendiri?

Untuk ini jawapan saya hanya angka dan jumlah. Ketika saya menulis ini angka pertama ialah 1,455,590 warga Iraq telah gugur. Angka kedua ialah 4,801 soldadu Amerika telah juga tewas di Iraq dan 2,794 tewas di Afghanistan. Pada hemat saya kaum kapitalis yang berkiblatkan keuntungan tidak mempedulikan nilai nyawa manusia – sama ada manusia warga negara atau warga luar negara.

Tuan yang saya muliakan, rasa saya tugas kita pada ketika ini ialah untuk melihat babak babak yang terbuka dihadapan mata kita dengan kaca mata yang tajam. Dengan hati yang jujur. Sya berharap tuan dapat menganalisa satu perisiwa dari dalam atau dari luar negara dengan tepat. Hendaknya janganlah tuan cepat melocat apabila mendengar laugan jihad. Bukalah mata dan pasang telinga untuk berhati-hati kerana CIA dan para sekutunya pandai melaungkan jihad ke jalan Allah.

Wednesday, November 09, 2011

urutan KHALIFAH ISLAMIAH

Urutan Khalifah Dalam Sejarah Islam

Posted by BudakComot on September 30, 2011 at 6:42pm in Dokumentari Serata Dunia
Send Message View Discussions

Kebanyakan diantara umat muslim mengetahui tentang Khilafah, tapi mungkin tidak ramai yang tahu tentang urutan-urutan khilafah sepanjang sejarah Islam. Pada kesempatan ini saya mencoba memposting artikel tentang urutan khilafah Islamiyah, dengan harapan ianya bermanfaat bagi kita semua.


Setelah wafatnya Rasulullah SAW pada tahun 623 M, umat Islam segera membai'ah Syaidina Abu Bakar ra sebagai pengganti menjadi khalifah yang pertama. Istilah pengganti ini dalam bahasa Arab adalah khalifah. Lengkapnya, khalifatu rasulillah atau pengganti Rasulullah. Maksudnya bukan menggantikan tempat kenabian Muhammad SAW, melainkan posisi beliau sebagai pemimpin tertinggi umat Islam. Sebab nabi kita itu selain sebagai Rasul, juga berperanan sebagai pemimpin tertinggi umat Islam.

Selain itu, ada juga sebutan lain buat posisi tertinggi umat Islam sedunia, yaitu istilah Amirul Mukminin. Artinya adalah pemimpin umat Islam.

1. Khilafah Rasyidah
Khilafah Rasidah berdiri tepat di hari wafatnya Rasululllah SAW. Terdiri dari 4 orang atau 5 orang sahabat nabi yang menjadi khalifah secara bergantian. Mereka adalah:

• Abu Bakar as-Shiddiq ra (tahun 11-13 H/632-634 M)
• 'Umar bin Khatthab ra (tahun 13-23 H/634-644 M)
• 'Othman bin 'Affan ra (tahun 23-35 H/644-656 M)
• 'Ali bin Abi Thalib ra (tahun 35-40 H/656-661 M) dan
• Al-Hasan bin 'Ali ra (tahun 40 H/661 M)



Masa berlakunya selama kurang lebih 30 tahun. Disebut juga sebagai khilafah rasyidah karena kedudukan mereka sebagai sahabat nabi yang mendapat petunjuk. Dan memang ada pesan dari Rasulullah untuk mentaati para khalifah rasyidah ini.


2. Khilafah Bani Umayyah
Khilafah ini berpusat di Syiria, iaitu di kota Damaskus. Kerajaan ini bertahan untuk jangkamasa 89 tahun, setelah era khulafa ar-rasyidin selesai. Khalifah pertama adalah Mu'awiyyah. Sedangkan khalifah terakhir adalah Marwan bin Muhammad bin Marwan bin Hakam. Adapun waktu pemerintahan mereka sebagai berikut:


• Mu'awiyyah bin Abi Sufyan (tahun 40-64 H/661-680 M)
• Yazid bin Mu'awiyah (tahun 61-64 H/680-683 M)
• Mu'awiyah bin Yazid (tahun 64-65 H/683-684 M)
• Marwan bin Hakam (tahun 65-66 H/684-685 M)
• Abdul Malik bin Marwan (tahun 66-86 H/685-705 M)
• Walid bin 'Abdul Malik (tahun 86-97 H/705-715 M)
• Sulaiman bin 'Abdul Malik (tahun 97-99 H/715-717 M)
• 'Umar bin 'Abdul 'Aziz (tahun 99-102 H/717-720 M)
• Yazid bin 'Abdul Malik (tahun 102-106 H/720-724M)
• Hisyam bin Abdul Malik (tahun 106-126 H/724-743 M)
• Walid bin Yazid (tahun 126 H/744 M)
• Yazid bin Walid (tahun 127 H/744 M)
• Ibrahim bin Walid (tahun 127 H/744 M)
• Marwan bin Muhammad (tahun 127-133 H/744-750 M)


Sebenarnya khilafah Bani Ummayah ini punya salasilah yang panjang, sebab satu dari keturunan mereka ada yang menyeberang ke semenanjung Iiberia dan masuk ke Sepanyol. Di Sepanyol mereka kemudian mendirikan khilafah tersendiri yang bebas dari khilafah besar Bani Abbasiyah.


3. Khilafah Bani Abbasiyah
Kemudian pemerintahan kekhilafahan beralih ke tangan Bani 'Abasiyah yang berpusat di Baghdad. Tempoh masa pemerintahan khilafah ini sekitar 446 tahun. Khalifah pertama adalah Abu al-'Abbas al-Safaah. Sedangkan khalifah terakhirnya Al-Mutawakil 'Ala al-Allah.


Secara lengkapnya masa kekuasaan mereka sebagai berikut:


• Abul 'Abbas al-Safaah (tahun 133-137 H/750-754 M)
• Abu Ja'far al-Manshur (tahun 137-159 H/754-775 M)
• Al-Mahdi (tahun 159-169 H/775-785 M)
• Al-Hadi (tahun 169-170 H/785-786 M)
• Harun al-Rasyid (tahun 170-194 H/786-809 M)
• Al-Amiin (tahun 194-198 H/809-813 M)
• Al-Ma'mun (tahun 198-217 H/813-833 M)
• Al-Mu'tashim Billah (tahun 618-228 H/833-842M)
• Al-Watsiq Billah (tahun 228-232 H/842-847 M)
• Al-Mutawakil 'Ala al-Allah (tahun 232-247 H/847-861 M)
• Al-Muntashir Billah (tahun 247-248 H/861-862 M)
• Al-Musta'in Billah (tahun 248-252 H/862-866 M)
• Al-Mu'taz Billah (tahun 252-256 H/866-869 M)
• Al-Muhtadi Billah (tahun 256-257 H/869-870 M)
• Al-Mu'tamad 'Ala al-Allah (tahun 257-279 H/870-892 M)
• Al-Mu'tadla Billah (tahun 279-290 H/892-902 M)
• Al-Muktafi Billah (tahun 290-296 H/902-908 M)
• Al-Muqtadir Billah (tahun 296-320 H/908-932 M)
• Al-Qahir Billah (tahun 320-323 H/932-934 M)
• Al-Radli Billah (tahun 323-329 H/934-940 M)
• Al-Muttaqi Lillah (tahun 329-333 H/940-944 M)
• Al-Musaktafi al-Allah (tahun 333-335 H/944-946 M)
• Al-Muthi' Lillah (tahun 335-364 H/946-974 M)
• Al-Tha`i' Lillah (tahun 364-381 H/974-991 M)
• Al-Qadir Billah (tahun 381-423 H/991-1031 M)
• Al-Qa`im Bi Amrillah (tahun 423-468 H/1031-1075 M)
• Al-Mu'tadi Bi Amrillah (tahun 468-487 H/1075-1094 M)
• Al-Mustadhhir Billah (tahun 487-512 H/1094-1118 M)
• Al-Mustarsyid Billah (tahun 512-530 H/1118-1135 M)
• Al-Rasyid Billah (tahun 530-531 H/1135-1136 M)
• Al-Muqtafi Liamrillah (tahun 531-555 H/1136-1160 M)
• Al-Mustanjid Billah (tahun 555-566 H/1160-1170 M)
• Al-Mustadli`u Biamrillah (tahun 566-576 H/1170-1180 M)
• Al-Naashir Lidinillah (tahun 576-622 H/1180-1225 M)
• Al-Dhahir Biamrillah (tahun 622-623 H/1225-1226 M)
• Al-Mustanshir Billah (tahun 623-640 H/1226-1242 M)
• Al-Musta'shim Billah (tahun 640-656 H/1242-1258 M)
• Al-Mustanshir Billah II (tahun 660-661 H/1261-1262 M)
• Al-Haakim Biamrillah I (tahun 661-701 H/1262-1302 M)
• Al-Mustakfi Billah I (tahun 701-732 H/1302-1334 M)
• Al-Watsiq Billah I (tahun 732-742 H/1334-1343 M)
• Al-Haakim Biamrillah II (tahun 742-753 H/1343-1354 M)
• Al-Mu'tadlid Billah I (753-763 H/1354-1364 M)
• Al-Mutawakil 'Ala al-Allah I (th. 763-785 H/1364-1386 M)
• Al-Watsir Billah II (tahun 785-788 H/1386-1389 M)
• Al-Musta'shim (tahun 788-791 H/1389-1392 M)
• Al-Mutawakil 'Ala al-Allah II (th. 791-808 H/1392-1409 M)
• Al-Musta'in Billah (tahun 808-815 H/1409-1416 M)
• Al-Mu'tadlid Billah II (tahun 815-845 H/1416- 1446 M)
• Al-Mustakfi Billah II (tahun 845-854 H/1446-1455 M)
• Al-Qa`im Biamrillah (tahun 754-859 H/1455-1460 M)
• Al-Mustanjid Billah (tahun 859-884 H/1460-1485 M)
• Al-Mutawakil 'Ala al-Allah III (th 884-893 H/1485-1494 M)
• Al-Mutamasik Billah (tahun 893-914 H/1494-1515 M)
• Al-Mutawakil 'Ala al-Allah IV (th 914-918 H/1515-1517 M)





Khilafah Bani Abbasiyah dihancurkan oleh pasukan Tartar (Mongol), sehingga umat Islam sempat hidup selama 3.5 tahun tanpa adanya khalifah. Namun kurun waktunya hanya terpaut 3 tahun setengah saja dan kemudiannya tertegak kerajaan khilafah Osmaniyah.


4. Khilafah Bani Osmaniyyah
Khilafah Bani Osmaniyyah tercatat memiliki 30 orang khalifah, yang berlangsung mulai dari abad 10 Hijriah atau abad ke enam belas Masihi. Nama-nama mereka sebagai berikut:


• Salim I (tahun 918-926 H/1517-1520 M)
• Sulaiman al-Qanuni (tahun 926-974 H/1520-1566 M)
• Salim II (tahun 974-982 H/1566-1574 M)
• Murad III (tahun 982-1003 H/1574-1595 M)
• Muhammad III (tahun 1003-1012 H/1595-1603 M)
• Ahmad I (tahun 1012-1026 H/1603-1617 M)
• Mustafa I (tahun 1026-1027 H/1617-1618 M)
• 'Osman II (tahun 1027-1031 H/1618-1622 M)
• Mustafa I (tahun 1031-1032 H/1622-1623 M)
• Murad IV (tahun 1032-1049 H/1623-1640 M)
• Ibrahim I (tahun 1049-1058 H/1640-1648 M)
• Muhammad IV (tahun 1058-1099 H/1648-1687 M)
• Sulaiman II (tahun 1099-1102 H/1687-1691 M)
• Ahmad II (tahun 1102-1106 H/1691-1695 M)
• Mustafa II (tahun 1106-1115 H/1695-1703 M)
• Ahmad III (tahun 1115-1143 H/1703-1730 M)
• Mahmud I (tahun 1143-1168 H/1730-1754 M)
• 'Utsman III (tahun 1168-1171 H/1754-1757 M)
• Mustafa III (tahun 1171-1187 H/1757-1774 M)
• 'Abdul Hamid I (tahun 1187-1203 H/1774-1789 M)
• Salim III (tahun 1203-1222 H/1789-1807 M)
• Mustafa IV (tahun 1222-1223 H/1807-1808 M)
• Mahmud II (tahun 1223-1255 H/1808-1839 M)
• Abdul Majid I (tahun 1255 H-1277 H/1839-1861 M)
• 'Abdul 'Aziz I (tahun 1277-1293 H/1861-1876 M)
• Murad V (tahun 1293-1293 H/1876-1876 M)
• 'Abdul Hamid II (tahun 1293-1328 H/1876-1909 M)
• Muhammad Risyad V (tahun 1328-1338 H/1909-1918 M)
• Muhammad Wahiddin (II) (th. 1338-1340 H/1918-1922 M)
• 'Abdul Majid II (tahun 1340-1342 H/1922-1924 M).


Khalifah terakhir umat Islam sedunia adalah 'Abdul Majid II. Selepas tumbangnya khilafah terakhir ini, berarti umat Islam telah hidup lebih dari (2011-1924= 87 tahun) tanpa kerajaan khilafah yang menyatukan.


Kepastian Kembalinya Khilafah


Lepas dari realiti di lapangan yang kurang menggembirakan, di mana umat Islam saat in menjadi pengikut negara barat, kekayaan alam mereka dijarah, ekonomi mereka dikawal, nilai mata wang mereka sangat rendah, hutang luar negera mereka bertompok tak terbayar, pemuda pemudi mereka dirosakkan akhlaknya, wanita mereka menjadi hamba syahwat, bahkan masih ditambah lagi dengan Islam liberal dan sebagainya, namun masih ada harapan.


Kita masih menemukan satu hadits dari Rasulullah SAW yang cukup melegakan, yaitu khabar gembira dari Rasulullah bahwa suatu saat, khilafah ini akan kembali terbentuk, bahkan dengan kualiti yang rasyidah itu.



Sabda Rasulullah saw, "Kemudian akan tegak Khilafah Rasyidah yang sesuai dengan manhaj Nabi”.





Namun tentunya khilafah ini tidak akan terbentuk begitu saja, hanya dengan doa dan diam saja. Atau hanya dengan bercakap dan demonstrasi saja. Setiap umat Islam meski bertenaga dan bersemangat untuk saling menguatkan dan saling menyokong semua upaya untuk kembali kepada khilafah Islamiyah. Sebab setiap elemen umat punya potensi yang mungkin tidak dimiliki oleh saudaranya yang lain. Maka seruan untuk kembali kepada khilafah seharusnya bukan sekedar gerakan bibir, namun harus diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh, pembinaan dan pengkaderan 1.5 billion umat, pendidikan dan sekian banyak pos-pos penting umat. Lantas diiringi juga dengan kebesaran hati, sikap terbuka serta jiwa kepemimpinan dunia Islam yang mumpun. Setiap perbezaan pendapat tidak dijadikan sebagai punca perbalahan dan perpecahan ummah. Seharusnya kita meraikan perbezaan tersebut selagi ia tidak lari dari perkara pokok.

Monday, November 07, 2011

Demi Yg Tercantik

Demi yang kukagumi,

aku memberanikan diri,

untuk menulis sebuah puisi,

yang tak seindah pelangi,

namun sebuah kejujuran hati,



Demi yang kurindu,

aku rela menjadi debu,

dan tak pernah merasa jemu,

berdiri mematung untuk menunggu,

pembebasan jiwa yang terbelenggu.



Demi yang kupuja,

biarlah aku menjadi lupa,

tentang diriku yang sebenarnya,

kerana aku takkan pernah ada,

tanpa hembusan sebuah sabda.



Demi yang terindah,

aku sedar begitu rendah,

sedikitpun tak terlihat gagah,

berjalan harus dipapah,

agar tidak terjerembab ke tanah.



Demi yang tercantik,

lemah bibirku berbisik,

melantunkan kata terbaik,

tanpa dilapisi warna-warni lipstik,

tentang kebenaran yang setitik,



Demi yang tiada cacat,

aku selalu ingin mencatat,

makna-makna yang tersirat,

di antara dunia penuh siasat,

agar aku senatiasa selamat.



Demi keagunganNya,

aku selalu memuja,

aku selalu mengagumi,

aku selalu merindu,

akan semua keindahanNya

Sunday, November 06, 2011

Renungan: Wanita Islam Adalah Ratu

*

Pada suatu hari, seorang lelaki British datang kepada seorang lelaki muslim dan bertanya, “Kenapa wanita Islam tidak dibenarkan untuk berjabat tangan lelaki?”


Lelaki muslim itu bertanya kembali, “Bolehkah kamu bersalam dengan Queen Elizabeth?”


Lelaki British itu menjawab, “Sudah tentu tidak, hanya orang tertentu sahaja dibenarkan untuk bersalam Queen Elizabeth.”


Lelaki muslim itu tersenyum lalu berkata. “Wanita muslim adalah ratu dan ratu tidak bersalam dengan lelaki asing.”





*

Thursday, November 03, 2011

Membina Rumah Cara Islam

Membina Rumah Cara Islam

Posted: 01 Nov 2011 05:56 PM PDT

Membina Rumah Cara Islam

Islam ada panduan cara membina rumah.Namun kita lihat sering orang Islam ramai yang terpengaruh menggunakan Feng Shui yang berasal dari budaya Cina. Padahal, tidak semuanya selaras dengan ajaran Islam. Jika tidak berhati hati dan keliru, boleh jatuh syirik karena mempercayai Feng Shui selain Allah.

Apa yang saya ingin terangkan di sini Islam ada panduan atau langkah langkah tersendiri tentang cara memilih tempat tinggal dan membina rumah.Sebagai seorang Muslim kita harus ikut cara Islam dan bukan meniru cara orang kafir buat.

Namun apa yang akan saya bentangkan ini bukan perkara wajib syarii yang perlu di tunaikan.Tanya lah Iman dan buat lah setakad mana yang mampu.

Perkara perkara berikut perlu di rancang sebelum memilih tempat tinggal dan mula membina rumah selain perancangan reka bentuk fisikal nya.Di antaranya ialah:

1. Jiran Tetangga yang Baik

Pilihlah tempat tinggal yang jiran tetangga nya baik baik. Sebab jika jiran tetangga kita tidak baik, maka hidup kita akan rasa terganggu dan kurang senang. Bayangkan jika jiran tetangga kita adalah, kaki gaduh, atau kaki gossip, jenis yang sombong dan ego yang tidak mahu campur orang.Atau yang jenis penting diri sendiri, suka buat hal sendiri. Bila ada kematian baru nak cari orang.

Maka pilihlah jiran tetangga sebelum memilih rumah. Buat lah survey, tanya masyarakat di situ tentang bakal jiran anda itu. Yang di maksudkan jiran ialah lingkungan 40 buah rumah di sekeliling rumah anda.

(Hadis Riwayat Ibnu ‘Asakir) Tiap empat puluh rumah adalah tetangga-tetangga, yang di depan, di belakang, di sebelah kanan dan di sebelah kiri (rumahnya).

2. Hendaknya rumah cukup luas (tidak terlampau luas tetapi juga tidak terlampau sempit).

Di antara kebahagiaan seorang muslim ialah mempunyai jiran tetangga yang soleh, rumah yang luas dan kenderaan yang sempurna. (Hadis Riwayat Ahmad dan Al Hakim)

Sekiranya semua orang bina rumah rumah banglo yang terlampau besar,ini akan menghasilkan masyarakat yang hidup sendiri sendiri, di mana jiran tetangga akan jadi tidak kenal di antara satu sama lain kerana para penghuni banglo tersebut hanya asyik berseronok di dalam “Istana” mereka masing masing.

Sebaliknya rumah yang terlalu kecil dan sempit pun tak baik, kerana akan cenderung membuat penghuninya tidak selesa di rumah sehingga akhirnya banyak menghabiskan waktunya bergosip di luar.

Rumah yang paling baik dalam Islam adalah rumah yang sederhana besarnya.

3. Jangan membina Rumah Megah

Dalam membina rumah, janganlah terlalu mewah sehingga jadi bermegah-megahan. Ini tidak disukai Allah dan merupakan satu sifat dari orang-orang yang buruk di akhir zaman.

Rumah yang di bina dengan bermegah akan menjemput mala petaka.Terutama dari orang orang yang hasad dengki, pencuri dan perompak.

“Bermegah-megahan telah melalaikan kamu” [Al Quran At Takaatsur:1]

Ketika ditanya tanda-tanda Hari Kiamat Nabi menjawab: “Apabila mereka saling bermegah-megahan dengan bangunan nya” [HR Muslim]

Belum akan datang Kiamat sehingga manusia berlumba-lumba dengan bangunan-bangunan yang megah. (HR. Bukhari)

Jangan membina rumah yang terlampau tinggi sehingga akhirnya mengganggu jiran tetangga hingga tidak mendapat sinar matahari atau angin.

Ketika ditanya tanda-tanda Hari Kiamat Nabi menjawab:

“Seorang hamba wanita melahirkan tuannya. Orang-orang yang berkaki ayam, setengah telanjang, melarat dan penggembala unta masing-masing berlumba membangun bangunan bertingkat.” [Hadis Riwayat Muslim]

4. Buatlah Rumah yang Baik

Katakanlah: “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah hai orang-orang yang berakal, agar kamu mendapat untung.” [Al Maa-idah:100]

Rumah yang baik adalah rumah yang sehat. Yaitu tingkapnya cukup agar sinar matahari dapat masuk dan rumah tidak menjadi lembab. Selain itu ia dapat mempertingkatkan pengedaran udara bersih. Jarak antara lantai dan atap sebaiknya agak tinggi kerana ini akan mengurangkan suhu panas.

5. Rumah juga perlu teguh dan kuat.

Misalnya dengan menggunakan dinding batu dan simen, rumah jadi lebih selamat. Jika menggunakan kayu, pilih kayu yang kuat serta beri rawatan anti serangga saperti anai anai sehingga tidak mudah reput. Elak kan sedaya upaya dari membina rumah dari bahan bahan yang mudah terbakar.

Sebaiknya rumah Muslim mempunyai sekurang kurangnya 3 bilik .Satu untuk suami-isteri, satu untuk anak laki-laki, dan satu lagi untuk anak perempuan.Jika ada kemampuan tambah satu lagi bilik buat tetamu.

6. Buatlah Rumah yang cantik, Allah senang kepada kecantikan.

Manusia pun banyak yang suka akan kecantikan. Oleh kerana itu buatlah rumah yang cantik dan indah. Tapi ingat, mempamerkan kecantikan dan keindahan tidak sama dengan mempamerkan kemewahan atau kemegahan.

“Sesungguhnya Allah itu indah dan senang kepada keindahan. Bila seseorang keluar untuk menemui kawan-kawannya hendaklah menghiaskan dirinya. (Hadis Riwayat. Al-Baihaqi)

7. Tandas Jangan Mengarah atau Membelakangkan Kiblat (Ini penting)

Dari Abu Ayyub Al-Anshari ra.: “Bahawa Nabi saw. bersabda: Apabila engkau ke tandas, janganlah menghadap kiblat atau membelakanginya ketika buang air kecil atau buang air besar, tetapi menghadaplah ke timur atau ke barat.” (Shahih Muslim No. 388)

Usahakan seboleh boleh nya agar rumah anda mengarah ke Kiblat. Jika tidak, sebaiknya tempat solat anda tidak mengarah ke tandas.

Usahakan di rumah ada paip air dan paip hujan, supaya anda boleh mandi wajib dan wudhu dengan lebih sempurna dengan air yang mengalir.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Janganlah seseorang di antara kamu mandi dalam bekas air yang tidak mengalir ketika dalam keadaan junub.” (Hadis Riwayat Muslim).

Sebaiknya tempat wudlu dipisah dari tandas supaya kita boleh membaca doa sebelum atau sesudah wudlu.(Di larang membaca doa di dalam tandas).Kalau baca doa keluar/masuk tandas sekali pun kena baca di luar tandas.

Seboleh boleh nya jangan buat tandas dalam bilik tidur.Tandas atau jamban ada lah sarang tempat tinggal syaitan.Kalau ada tandas dalam bilik tidur bererti kita sentiasa berada bersama syaitan ketika tidur.

Ada yang mengatakan tandas zaman ini adalah bersih tidak saperti tandas zaman dahulu.Ia sentiasa di besihkan bahkan di bubuh wangi wangian pula.Maka syaitan tidak akan berada di dalam tandas yang bersih.

Bagi saya bersih di sini adalah bersih pada pandangan fisikal. Ambil contoh. Air minuman saperti kopi, sirap dan lain lain itu bersih, tetapi mengapa tidak suci untuk di buat berwuduk?

Begitu juga dengan tandas atau jamban. Walaupun nampak bersih pada pandangan mata, ia tetap tempat yang tidak suci.Walaupun di wangikan dengan wangian seribu bunga.Maka jangan sekali kali kita tertipu dengan bisikan syaitan yang mengatakan tandas di dalam bilik kita itu suci!

Ramai yang kena gangguan syaitan saperti hysteria, boring dan rungsing apabila balik ke rumah,bergaduh suami isteri, bergaduh anak beranak,sakit yang tidak tahu punca nya, rumah tangga dan famili yang kucar kacir.Yang sebenarnya, di antara sebabnya berpunca dan datang dari syaitan yang mengganggu yang kita sendiri pelihara di tandas bilik tidur .

Sebaik baik (tetapi susah orang zaman sekarang nak ikut) buat tandas di luar rumah.

8. Rumah Harus Bersih

Rumah yang kotor tidak sihat. Ini akan mengundang berbagai penyakit. Oleh kerana itu, rumah harus bersih dan mudah dibersihkan.

“Sesungguhnya Allah baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan, murah hati dan senang kepada kemurahan hati, dermawan dan senang kepada kedermawanan. Kerana itu bersihkanlah halaman rumahmu dan jangan meniru-niru orang-orang Yahudi.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Penjelasan: Orang-orang Yahudi suka mengumpul sampah di halaman rumah

9. Jangan letak Patung sebagai hiasan di dalam Rumah

Rumah yang ada hiasan patung serupa macam kuil.Malaikat rahmat tidak akan masuk kerumah yang ada patung.Sebaliknya jadi sarang syaitan tempat berteduh.

Ibnu Abbas pernah solat tempat ibadah agama lain kecuali tempat ibadat mereka yang ada patung di dalamnya. [HRBukhari]

10. Jangan Memelihara Anjing

Hadis riwayat Ibnu Umar ra., ia berkata : “Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa memiliki anjing selain anjing penjaga ternak dan anjing pemburu maka setiap hari pahala amalnya berkurang dua qirath.” (Shahih Muslim No.2940)

11. Peliharalah Anak Yatim

Jika anda berkemampuan, asuhlah anak yatim dan didiklah dengan baik.

“Sebaik-baik rumah kaum Muslimin ialah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang diasuh dengan baik, dan seburuk-buruk rumah kaum Muslimin ialah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim tapi anak itu diperlakukan dengan buruk. (HR. Ibnu Majah)

12. Tanamlah Pokok agar Teduh dan Sejuk

Tanamlah pokok dan pokok hiasan di rumah anda sehingga rumah anda teduh dan mendapat udara segar dari oksigen yang dikeluarkan pohon tersebut.

Kenyamanan naungan pohon ini digambarkan Allah sebagai berikut: “Dan naungan (pohon-pohon Syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya. ” [Al Insaan:14]

Jika rumah anda luas mungkin anda boleh menanam pokok besar yang kuat. Jika sedang, anda boleh menanam pohon ukuran sedang seperti rambutan atau mangga.Hindar menanam pokok besar yang rapuh dan berbahaya seperti pokok sena.

13. Apabila rumah siap di bina

Di anjurkan setelah rumah siap di bina panggil Ketua kampung,Imam, jemaah Masjid atau surau dan jiran tetangga untuk sama sama berdoa kehadrat Allah agar rumah yang telah siap di bina itu akan dapat keridhaan Allah, dan perlindungan darinya dari segala kejahatan makhluk saperti jin dan syaitan dan juga minta perlindungan dari pada kejahatan manusia

Di kesempatan ini kita berpeluang juga berkenal kenal, bermesra dan mula menjalin ukhwah bersama jiran jiran baru kita.

Semoga bermanfaat … Wallahu ‘alam.

Dari laman blog Hembusan Amal

Wednesday, November 02, 2011

kisah gadis memeluk Islam

*


Setelah memeluk agama Islam, namanya menjadi Asiya Abdul Zahir. Kedua orang tuanya adalah pemeluk agama Budha, tapi ia lebih merasa sebagai seorang Kristian kerana ia bersekolah di sekolah Kristian dan berada di persekitran umat Kristian.



“Saya selalu meyakini kewujudan satu-satunya Pencipta, dimana semua yang ada sangat bergantung pada Penciptanya. Sejak usia 13 tahun, pada Pencipta tunggal inilah, setiap hari saya berdoa dan memohon petunjuk,” kata Asiya menceritakan kehidupannya sebelum masuk Islam.
“Sayang, semasa itu pengetahuan saya tentang Islam masih sedikit. Saya memandang Islam sebagai agama yang aneh, hanya untuk segelintir bangsa-bangsa yang masih terbelakang, yang kebanyakan berada di Timur Tengah, agama yang membatasi gaya hidup, khususnya bagi kaum perempuan,” sambungnya.
Asiya yang ketika itu belum mengenal Islam lebih dalam, menganggap Islam merendahkan kaum perempuan, perempuan dalam Islam diperlakukan sebagai budak, mengalami kekerasan fizikal dan dipaksa untuk bersaing diantara empat perempuan untuk merebut kasih sayang suami (poligami) dan suami boleh melakukan apa sahaja terhadap isteri-isterinya.
Asiya mengakui bahwa penilaiannya itu berdasarkan apa yang sering ia dengar saja dan beberapa program dokumentari yang pernah ia saksikan di televisyen.

Pandangannya mulai berubah ketika ia mengikuti kuliah di Institut perguruan tinggi dan berinteraksi dengan beberapa mahasiswa muslim dari berbagai latar belakang.

“Aneh, malah saya merasakan diri saya aneh, saya tertarik dengan mereka dan berkeinginan ingin mempelajari dan memahami agama mereka lebih jauh.”

“Saya perhatikan mereka sangat bahagia, saya terkesan dengan keterbukaan dan kemesraan mereka pada saya dan pada orang lain. Tapi yang lebih penting, saya terkesan dengan kebanggaan dan rasa memiliki terhadap agama yang selama ini selalu dianggap dengan hal-hal negatif,” kata Aisya.

Sedikit demi sedikit, ia merasa kagum pada Islam, dan melalui proses edukasi, penghormatanya terhadap agama Islam bertambah tinggi, bahkan jika dibandingkan dengan penghormatan terhadap agama Kristian yang selama ini ia kenali.

Asiya tercengang ketika menyedari kesalahan tentang pandangannya selama ini terhadap Islam, terutama panilaiannya yang salah tentang kedudukan perempuan dalam Islam. “Saya menyedari realiti tentang gaya hidup Islam dan kebenaran dikaitkan dengan istilah yang diciptakan orang-orang Amerika tentang ‘fundamentalisme Islam’,” kata Asiya.

“Makin banyak literatur, tanda-tanda dan bukti yang diungkapkan pada saya, daya intelektual saya makin terstimulasi dan jiwa saya, merasakan suka. Saya ingin tahu semuanya tentang Islam dan saya sudah merasakan persaudaraan dan rasa memiliki diantara orang-orang Islam,” jelasnya.

Asiya memberitahu, yang paling membuatnya terkesan pada Islam adalah, Islam adalah agama yang praktik dan bagaimana Islam memberikan mengatur kehidupan semua makhluk hidup.

“Dan atas kurnia Allah, saya akhirnya memahami kesalahan konsep teologi agama Kristian dan konsep yang sebelumnya saya terima tanpa pertanyaan,” tambah Asiya.

Klimaks dari itu semua terjadi pada 4 Ogos 1994. Di hadapan 20 saksi, Asiya mengucapkan dua kalimat syahadat dan secara rasmi menjadi seorang muslim.

“Saya tidak akan pernah melupakan hari penuh rahmat itu, dan bagaimana hidup saya berubah drastik hanya dalam waktu satu tahun. Saya sering ditanya, bagaimana rasanya menjadi mualaf dan kesukaran apa yang saya hadapi. Walaupun saya tidak mahu membicarakan masalah ini, saya tetap memberikan contoh apa saja kesukaran yang saya alami,” ujar Asiya.

Ia mengakui beratnya tantangan semasa ia menjalani puasa pada bulan Ramadan pertamanya. Belum lagi sikap keluarganya yang belum boleh menerima keislaman Asiya.

Asiya sering menerima umpatan kasar bahkan ancaman dari keluarganya. Dalam berbagai kesempatan, Asiya juga mengalami serangan keganasan, biliknya dirosak-rosak, buku-bukunya banyak yang hilang secara misteri dan pesanan sms berisi fitnah terhadapnya, yang dikirim ke teman-teman dan orangtua teman-teman Asiya.

“Jika saya ingin membaca, atau bercakap di telefon, semuanya dilakukan dengan cara diam-diam. Begitu pula jika saya ingin pergi ke masjid atau tempat-tempat yang menggadakan acara keislaman. Jika Saya mahu solat, saya memastikan tidak ada orang di sekitar saya, dan saya juga tidak boleh menunjukkan kegembiraan saya semasa Ramadan tiba, dan tidak bersama mengecap kebahagiaan melihat teman-teman muslim yang sudah mengenakan tudung,” kata Asiya.

Tapi Asiya tidak menganggap semua itu sebagai penderitaan hidupnya, kerana setelah memeluk Islam, Asiya merasakan kepuasan dan kedamaian yang belum pernah ia rasakan sebelumnya.