Monday, August 13, 2012

Lelaki kacak

Lelaki kacak

Lelaki kacak? Iya sejujurnya saya juga adalah di antara wanita yang gemar melihat kekacakan lelaki. Tapi… bukannya kekacakan yang terpampang pada paras rupa, sebaliknya sifat kacak dari dalam lelaki itu sendiri.

Jangan tanya saya kenapa kerana umum sudah mengetahui makna kecantikan pada setiap insan itu adalah subjektif. Bergantung kepada siapa yang menilainya.

Okey selesai mukadimah tidak seberapa mengenai lelaki kacak, apa kata kita terus masuk ke dalam sifat lelaki yang betul-betul menampakkan kekacakan mereka di mata saya. Baca sehingga korang termuntah.


1. Lelaki kacak adalah kalangan lelaki yang rajin bekerja.
Cuba bayangkan sekiranya teman lelaki atau suami korang seorang yang pemalas. Tambah parah bila dia sendiri dengan rela hati bertukar profession daripada seorang yang patut menyara keluarga kepada yang disara. Alahai… tak ke sakit hati dibuatnya. Time kita sibuk membanting tulang di tempat kerja, suami atau teman lelaki pula sibuk menambah negara baharu dalam peta dunia yang terdapat pada bantal busuknya. Apa yang dia tahu, meminta duit poket kamu pada setiap hujung bulan. Kalau nak harapkan duit poket daripadanya, sampai kucing bertanduk gamaknya. Agak-agak korang, masih adakah kekacakan yang tinggal pada lelaki jenis ni?

2. Lelaki kacak tidak suka mengambil kesempatan.
Setuju tak kalau saya katakan bahawa kebanyakan lelaki kacak adalah daripada golongan yang berkerja? Betul! Bukan Mama Murai yang kata macam tu, tapi proffesor serba tahu sendiri yang mengiyakannya. Apa yang saya perhatikan pada lelaki-lelaki good looking ini ialah kebanyakan daripada mereka adalah lahir daripada golongan smart yang serius menjaga penampilan diri even pada waktu senggang mereka. Dan percaya atau tidak totally most of them adalah golongan yang kita panggil lelaki skema yang berkerjaya. So kalau dah berkerjaya tu, secara automatiknya mereka juga akan kurang mengambil kesempatan kepada kaum hawa. Tak kiralah dari segi kewangan mahu pun materiel kerana mereka sudah mampu berdikari.

By the way, lelaki kacak juga tidak akan mengambil kesempatan daripada sifat lemah seorang wanita. I mean mereka akan sentiasa menjaga dan menghormati maruah seorang wanita sehinggakan nak berpegangan tangan pun depa fikir dua tiga ratus kali sebelum melakukannya. Sweet dan cool kan dapat lelaki macam ni

3. Lelaki yang kacak tidak akan menjadi suami yang masih suka berlagak seperti orang bujang.
Okey serius sifat lelaki yang satu ni buat saya mendidih. Setiap hari kerjanya asyik nak bergaya je, pakai baju itu, sembur pewangi ini dan bubuh kaca mata besar yang kononnya up to date sebagai menjaga penampilan dan gaya beliau. Paling tak boleh blah bila dia siap pasang impian untuk bertanding dengan orang muda, siapa yang lebih muda remaja giteww. Tak kacak… memang sampai bila-bila pun tak akan masuk dalam kategori lelaki kacak idaman saya. Pada saya lelaki kacak perlulah seiring dengan status dirinya. Nak tahu macam mana? Hah, dengan memakai kopiah dan duduk dalam surau mendalami agama.

Hehe… yang tu drastik sangat kot. Macam tak nampak kacak secara alami rite. Baiklah tak mau main, sebenarnya saya lebih suka lelaki yang bersederhana dalam serba-serbi. Maksud saya lelaki yang tahu tanggungjawabnya sebagai ayah kepada anaknya yang berdozen. Yang tahu bagaimana memperlakukan isterinya seperti mana time bercinta dulu. Juga yang tahu bagaimana menghabiskan masa dengan keluarganya. Paling penting dia tahu beza di antara seorang lelaki bujang dengan lelaki kacak yang sudah beristeri. Serius saya rasa lelaki yang macam tu bertimpa-timpa kacaknya…

4. Lelaki yang kacak sentiasa berbuat baik kepada isterinya.
Pernah tak korang dengar peribahasa pijak semut pun tak mati? Off course pernahkan, especially mereka yang rajin membaca majalah mingguan wanita tu. Kononnya kalau depan isteri merekalah lelaki terbaik dan sempurna. Sedang di belakang sebenarnya perangai mereka tak ubah seperti hantu raya. Hah, untuk pengetahuan korang, lelaki kacak tak berperangai seperti tu tau. Depa selalunya baik setiap masa kepada isteri, tak kiralah sama ada di depan atau belakang isteri masing-masing.

5. Lelaki kacak pandai mengawal perasan marahnya dan menghargai wanita.
Lelaki jenis ni memang terserlah kekacakannya. Apa lagi kalau dia boleh bersabar dengan segala tingkah laku pasangan even sudah puluhan tahun berumahtangga. Kalau boleh dia yang terlebih dahulu mengalah bila berlakunya perselisihan faham dan mengambil inisiatif yang kreatif untuk menasihati pasangannya. Malah lelaki jenis ini tidak akan pernah terfikir sedikit pun untuk menyakiti pasangan mereka. Walaupun amarah mereka sudah berada di tahap gaban. Kacak bukan?

6. Lelaki kacak tidak suka bermuka-muka dan berbohong.
Agak-agak korang, kacak ke seorang lelaki yang mempunyai raut wajah seperti Brad Pitt tapi mempunyai tabiat buruk iaitu suka berbohong dan bermuka-muka pada kamu? Confirm menyampahkan. Dan bayangkan bagaimana perasaan korang bila hampir setiap hari dibohongi oleh lelaki yang hanya berniat mengaut untung daripada kebodohan korang. Pendek kata segala katanya lebih banyak yang tipu berbanding yang betul. Alahai… nasihat saya tinggalkan je lelaki tak kacak macam ni. Berbaloi-baloi.


7. Lelaki kacak dan mantap rajin mengerjakan suruhan agama.
Tinggal solat lima waktu? Tak mainlah beb! Lelaki kacak akan sentiasa memastikan solatnya berjaga, bukan hanya sembahyang sekali dalam setahun iaitu Solat Sunat Hari Raya. Bahkan seluruh ahli keluarganya turut diperintah untuk mengerjakan suruhan-NYA. Sejuk tau hati memandang.

8. Lelaki yang sentiasa menghulurkan duit kepada isterinya.
Jangan tak tahu, pengertian lelaki kacak di mata seorang wanita zaman ini sebenarnya bukan hanya diukur dari luaran lelaki tersebut, bahkan juga menjurus kepada sifat yang ada dalam diri lelaki tersebut iaitu tidak kedekut menghulurkan Ringgit Malaysia kepadanya. Hehe… tipu saya katakan kalau ada di kalangan wanita *la ni yang tak pandang kepada wang dan materiel (kecuali dalam filem Hindi). Sedikit sebanyak wang ringgit juga memainkan peranan penting. Rasional sikit okey.

9. Lelaki kacak tidak akan minum arak, berjudi, berbohong dan kaki perempuan.
Ingat! Kalau dapat lelaki kacak tang ni, korang jangan lupa untuk melakukan sujud syukur. Sebab kalau nak tahu, kombinasi keempat-empat sikap ini memang jarang dipenuhi oleh lelaki berkualiti zaman millenium ni. Kebanyakannya mesti akan mempunyai salah satu sifat di atas. Paling koman pun suka berbohong.

10. Lelaki yang lebih mementingkan rumahtangga berbanding hobi dan rakan-rakan.
Kalau korang nak tahu, perangai lelaki kacak yang satu inilah sangat disukai oleh wanita bernama isteri. Tambah membahagiakan bila suami dengan rela hati berkongsi hobi dengan keluarga dan membuang terus sifat melepak dengan rakan-rakan demi kebahagiaan keluarga.

Selain daripada senarai di atas, seorang lelaki kacak dan mantap di mata saya perlulah mempunyai sifat-sifat or at least salah satu sifat di bawah. Rasanya tak perlulah saya huraikan satu persatu isi di bawah kerana apa yang ada di atas pun belum tentu habis korang baca. Betul tak? Hehe… jadi saya skipkan penerangan tu ek.

1. Lelaki kacak yang tidak merokok super cool kacaknya.
2. Lelaki kacak yang pemurah dan tidak lokek menghulurkan sedekah kepada mereka yang memerlukan.
3. Lelaki kacak yang sentiasa berpakaian sopan dan kemas.
4. Lelaki kacak menjalankan tanggungjawab kepada adik beradik dan keluarga.
5. Lelaki kacak yang bersifat gentleman.
6. Lelaki yang raut wajahnya sentiasa tenang, memang sejuk mata memandang…
7. Lelaki yang mudah diajak berbincang dan sentiasa bertolak-ansur dalam sebarang keputusan yang dibuat.
8. Lelaki yang kacak tidak mementingkan diri sendiri.
9. Lelaki kacak yang sentiasa menghormati isteri dan ahli keluarganya.
10. Lelaki yang tahu mengenang budi.
11. Lelaki yang berpandangan jauh dan sentiasa berusaha untuk maju.

So selepas membaca kesemua ciri-ciri lelaki kacak di atas, apa kata tanya kembali kepada diri masing-masing, di tahap manakah kekacakan yang ada pada diri korang? Saya percaya dengan berbuat demikian, korang pasti akan menjadi lelaki yang jauh lebih kacak daripada apa yang korang ada *la ni.