Thursday, April 18, 2013

Prof Dr Ahmad Umar Hasyim


ULAMA AL AZHAR KETIKA PILIHANRAYA MESIR DAN POLITIK : SYEIKH PROF DR UMAR HASYIM. 1.Nama penuh beliau ialah Prof Dr Ahmad Umar Hasyim, dilahirkan pada 6 februari 1941. 2.Beliau adalah pakar hadith dan ulum hadith yang pernah memegang jawatan sebagai REKTOR AL AZHAR dari tahun 1995 hingga 2003. 3.Beliau memperkenalkan sistem DUA SEMESTER berbanding satu semester dan memansuhkan HAFAZAN AL QURAN 30 JUZU untuk pelajar asing dan diringankan kepada 8 juzu sahaja (walaubagaimana pun, pada tahun 2008, ketika Prof Dr Ahmad Tayyib menjadi rektor, beliau turunkan lagi dari 8 juzu kepada hanya 4 Juzu sahaja). PENGLIBATAN DALAM POLITIK ERA MUBARAK 4.Selepas PILIHANRAYA PARLIMEN MESIR 2005, Prof Dr Ahmad Umar Hasyim dilantik oleh MUBARAK sebagai salah seorang dari 10 anggota dewan rakyat Mesir yang dipilih terus oleh Presiden (tanpa perlu bertanding di mana2 kawasan).Menurut perlembagaan Mesir ketika itu, Presiden berkuasa melantik 10 orang anggota dewan rakyat dan utama pemilihan beliau adalah kerana ketokohan beliau dalam bidang agama. PENDIRIAN POLITIK SELEPAS REVOLUSI 5.Semasa pilihanraya presiden 2012, beliau mengumumkan akan menyokong AHMAD SYAFIQ bekas perdana menteri terakhir zaman regim yang berhadapan dengan calon sayap Politik Ikhwan Muslim, Dr Morsi. 6.Semasa PILIHANRAYA MESIR sama ada parlimen mahupun presiden, beliau TIDAK TERLALU MENJILAT ATAU MELUDAH mana2 parti politik atau calon sebaliknya, beliau sama seperti ulama Al Azhar yang lain, menegur pihak yang menggunakan AGAMA sebagai alat politik kepartian. 7.Selepas DR MORSI terpilih sebagai Presiden, beliau antara 10 nama teratas yang DILARANG terlibat dalam politik selama 10 tahun kerana didapati pernah bertugas dalam pejabat politik MUBARAK. 8.Beliau TIDAK PERNAH walaupun sekali kelihatan MENGUBAH PENDIRIAN bahkan beliau antara ulama yang terus dikenali sebagai PRO MUBARAK hingga hari ini, namun yang demikian, tugas beliau tetap sama seperti dahulu, berceramah, berkhutbah dan menyampaikan kelas2 hadith. P/S : Beliau adalah guru saya semasa tahun pertama di AL AZHAR, kuliah Syariah, bagi subjek ULUM HADITH.Saya masih ingat, satu hari selepas kelas beliau, saya jumpa beliau menyatakan kegusaran saya mendegar perkhabaran AL AZHAR yang mahu kembali mewajibkan 30 Juzu hafazan Al Quran.Kelas beliau sentiasa penuh walaupun di awal dan pertengahan semester satu sedangkan, kuliah bagi subjek lain waktu itu hambar.