Wednesday, March 27, 2013

tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah

Sabda Rasulullah s.a.w : Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih dilautan... 1. Bismillahhirrahmannirahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 2. Alhamdulillah: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu. 3. Astagfirullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk. 4. Insyaallah: jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang. 5. Lahaulawalaquatai llahbillah: bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk. 6. Innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian. 7. Lailahaillallah: bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang terpilih olah Allah...

Monday, March 25, 2013

Sifat Buruk Orang Melayu ~ " Malay Sketches", Frank Swettenham

Sifat Buruk Orang Melayu Menurut Pandangan Frank Swettenham a. Dalam karya yang terkenal, " Malay Sketches", Frank Swettenham telah memberi gambaran tentang orang Melayu di zamannya mengikut perspektif dan pengalaman peribadi beliau mungkin sejak tahun 1871, iaitu kali pertama beliau berada di Tanah Melayu. Pandangan Swettenham tentang orang Melayu ini menjadi bicara utama dalam bab pertama naskah beliau. Bab tersebut diberi tajuk "The Real Malay". Naskah "Malay Sketches" ini dihasilkan pada tahun 1895, maka boleh disimpulkan bahawa orang Melayu yang digambarkan dalam naskah ini adalah hasil pengalaman beliau hidup dalam alam melayu selama 24 tahun. b. Dalam membicarakan perihal orang melayu, Frank Swettenham tidak mengambil sikap populis dengan hanya menceritakan apa yang baik, sebaliknya beliau turut menyingkap sisi gelap masyarakat melayu pada zaman itu. Antara tabiat atau sifat buruk orang Melayu adalah seperti berikut: 1. Orang Melayu suka meminjam wang, tetapi liat untuk membayar balik. 2. Orang Melayu suka mengambil tahu hal ehwal jiran tetangga dan mengumpat. 3. Suka mempercayai hal yang karut marut. 4. Orang Melayu suka berjudi, bersabung ayam dan perkara yang seumpamanya. 5. Tidak mudah menerima sebarang perubahan sampai bila-bila. 6. Orang Melayu adakalanya malas, malah perkara yang rutin juga dilalaikan. 7. Orang Melayu tidak menghargai masa. 8. Rumah orang Melayu kadang-kadang dilihat tidak kemas, malah kotor. 9. Orang Melayu suka berdendam, dan jika dendam itu tidak dapat dibalas pada orang yang sepatutnya, sesiapa sahaja yang kebetulan berada berhampiran akan menjadi mangsa, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda. 10. Orang Melayu suka mengamuk, lebih-lebih lagi wanita. 11. Walaupun orang Melayu suka berbudi, mereka sebenarnya mengharapkan balasan. 12. Orang Melayu suka berpuak-puak. 13. Orang Melayu amat menitik beratkan soal darjat serta keturunan, terutama dalam soal perkahwinan. KESIMPULAN: Sikap buruk ini walaupun tidak sedap dibaca, ianya harus menjadi pengajaran kerana inilah apa yang dilihat oleh orang luar. Akan tetapi mungkin telah ada di antara sikap buruk tersebut yang sudah pun terhakis dari masyarakat Melayu kini. Senarai "buruk" ini harus menjadi pengajaran bagi orang Melayu zaman mutakhir dalam meningkatkan sahsiah mereka agar dipandang tinggi, jangan terlalu dibuai oleh syair dan gurindam akan keindahan bangsa Melayu, tetapi harus tegar memperbaiki diri bila ditegur. والله أعلم بالصواب

Sunday, March 24, 2013

Sejarah Parti Islam Semalaysia (PAS)

Sejarah Parti Islam Semalaysia (PAS) - Akhir Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua Agung/Presiden iaitu 1. Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), 2. Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), 3. Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), 4. Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), 5. Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), 6. Dato' Fadzil Mohd Noor (1988-2002) 7. Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang). Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu a- kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), b- kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), c- kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan d- kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang)3. Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu a- tahap kemunculan (1951-1959), b- tahap kebangkitan (1959-1973), c- tahap kemuncak (1973-1977), d- tahap kejatuhan (1977-1990) dan e- tahap kebangkitan semula (1990-sekarang) Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu a- fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), b- fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan c- fasa pengukuhan idelogi (1982-1995)5. ------------------------------------ 1 Burhanuddin al-Helmy (1957), Panduan Jiwa Pergerakan, dlm. Suara Islam, Thn. 2, Bil. 1, Disember. 2 Burhanuddin al-Helmy (1960), Sambutan Kemerdekaan Kali Ketiga, Utusan Melayu, 31 Ogos. 3 Mohd Fadli Ghani (2003), Dewan Pemuda PAS: Suatu Kajian Terhadap Tahap-tahap Perkembangan Organisasi Dalam Era Bertindak, 1975-2003, Tesis Sarjana Sastera, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, h. 27. 4 Wan Abdul Rahman Latif (1992), Parti-parti Politik di Malaysia: Asas Perjuangan dan Penerimaan Masyarakat, dlm. Dunia Islam, Feb., h. 35. 5 Zambry Abd Kadir (1995), Religion and Politics: The Search for Political Legitimacy of The Pan-Islamic Party of Malaysia, Tesis PhD, Temple University, h. 25-28. Sumber : http://www.pas.org.my/v2/index.php/info/sejarah Semoga dengan mengetahui sejarah PAS ini menjadikan kita lebih sayang kepada jamaah PAS yang sekian lama bertapak di negara kita.. Jangan dimusnahkan bahtera perjuangan ini yang sekian lama telah dibina kukuh oleh orang-orang terdahulu..Justeru kita sebagai generasi sekarang seharusnya kita menghargai perjuangan mereka.. Baarakallahufikum...

Saturday, March 23, 2013

SYAHIDNYA SYAIKH RAMADHAN AL-BUTHI

SYAHIDNYA SYAIKH RAMADHAN AL-BUTHI ( antara ulamak yang saya pernah jumpa ) Said Ramadan dilahirkan pada 1929 di perkampungan JIlka, Turki. Appbila beliau berusia empat tahun, beliau telah berpindah ke Damascus, Syria . Pada tahun 1955, beliau bergraduasi dari Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang keagamaan. Beliau pernah menjadi Dekan di Universiti Damascus pada tahun 1960-an sebelum melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Universiti Al-Azhar dalam jurusan undang-undang Islam. Kini, beliau adalah pensyarah di Universiti Damascus dan bergiat aktif di dalam persidangan serta seminar di peringkat antarabangsa. Sehingga kini, beliau telah menulis tidak kurang dari 40 buku dalam bidang kesusasteraan, falsafah, sosiologi dan keagamaan. Kecerdasan inteleknya terserlah di dalam kuliah-kuliah dan ceramah yang disampaikan di serata Syria. Sebagai seorang ahli akademik, beliau juga menganggotai Majlis Tertinggi Akademi Oxford, England dan ‘Royal Society of The Islamic Civilisation Researches’ yang berpusat di Amman, Jordan. Antara buku beliau yang terkenal adalah Fiqh Sirah yang menjadi rujukan di seluruh dunia. INNALILLAHI WA INNA ILAIHI ROJI`UN...... Telah berpulang ke Rahmatullah ulama dunia AL'ALIM AL `ALLAMAH ASY SYAIKH SAID RAMADLAN AL BUTHI rahimahullahuta`ala tepat saat beliau mengisi Ta`lim di Masjid Al Iman di Kota Damaskus, Suriah, ba`da maghrib Kamis, 21 Maret 2013. Beliau wafat karena serangan bom bunuh diri yg diduga dilakukan oleh kelompok teroris Salafi di Suriah. Informasi awal menyebutkan bahwa 23 murid Syeikh Al Buty yang juga sedang menghadiri mejelis itu terbunuh dan 40 lainnya menderita luka-luka. SUNGGUH BELIAU ADALAH ULAMA YANG SHOLEH DIMASA KINI MIN AHLISSUNNAH WAL JAMAAH. Semoga Allah meridhoinya dan beliau ditempatkan di Surga Nya bersama Rosul Shollallohu alaihi wasallam.....

Friday, March 22, 2013

Syahidnya Mujtahid Ummah Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti

Kata Al-Habib Ali-Al-Jufri "Aku telah menelefonnya dua minggu lepas dan beliau (Dr Ramadhan Al-Buti) berkata pada akhir kalamnya " "Tidak tinggal lagi umur bagi aku melainkan beberapa hari yang boleh dikira. Sesungguhnya aku sedang mencium bau syurga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk mendoakan aku" Pada beberapa hari sebelum kewafatannya, beliau berkata "Setiap apa yang berlaku padaku atau yang menuduhku daripada ijtihadku, maka aku harap ia tidak terlepas dari ganjaran ijtihad" (yang betul mendapat dua ganjaran dan yang tidak mendapat satu ganjaran) *Sheikh Ramadhan Al-Buti Syahid setelah dibom beberapa jam lepas di dalam Masjid Iman di Dimasyq. Beliau akhir-akhir ini mendoakan kehancuran kepada rejim Syiah Nusairiah, dan sedang dikawal ketat oleh pihak tentera. Dalam usahanya untuk keluar dari Syria beliau bersama pengikutnya dibom dan mendapat ganjaran Syahid. Moga Allah merahmati dan memberi ganjaran yang sebanyak-banyaknya kepada Guruku dan Mujtahid Ummah Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti. Hidupnya sebagai ulama, matinya sebagai syuhada. al-fatihah.. Moga rohnya bersama para syuhada', orang2 solehin & Nabi2..

Thursday, March 21, 2013

napa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno

INFO: Mungkin ramai yang belum faham kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno. Buat yang belum tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini: 1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat. 2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam. 3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa? 4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan. 5) DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah sedangkan ustaz tersebut lulusan Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri. 6) DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru sekarang untuk berbuat demikian. 7) DAP tidak pernah menggadaikan tanah orang Melayu, tetapi sejak merdeka tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7 juta hektar sahaja. Ini angkara siapa.? 8) DAP tidak pernah mempertikaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara tetapi siapa pula yang memperkenalkan PPSMI? 9) DAP tidak pernah merampas dan menganiaya negeri orang Melayu dan umat Melayu tetapi kerajaan Umno/BN menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu. 10) DAP setia kepada persefahaman dan persepakatan tetapi Umno lah yang menghalau PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1974 kini Umno gila talak dan kembali rujuk kepada PAS. 11) Ketika Umno/BN kuat, PAS dipandang sebelah mata, bila Umno/BN lemah, PAS seringkali diajak bergabung 12) Umno BOLEH bergabung dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu/Islam sebanyak 11 parti dalam BN, tetapi PAS bergabung dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu PKR dan DAP TAK BOLEH pula? 13) PAS bukan parti berasaskan perkauman tetapi Umno adalah perkauman sempit sama seperti MCA dan MIC. PAS menentang dasar berjuang atas perkauman atau Assobiyyah. 14) PAS menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat atas dasar apa sekalipun. Banyak sekali contoh kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN seperti menafikan royalti, bantuan perkapita kepada negeri PR (diberi tidak sepenuhnya dan dilengah-lengahkan), bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dihentikan, harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan sebagainya. 15) PAS menentang pembaziran yang menjadi amalan kerajaan Umno/BN dengan projek-projek mega yang sebahagian besarnya tidak memberikan manfaat kepada rakyat ....... 16) DAP dan PKR menerima dan memeterai perjanjian bahawa Islam tetap menjadi agama Rasmi Malaysia, Sistem Raja Berpelembagaan tetapi dipertahankan, Hak Istimewa Melayu iaitu Perkara 152 & 153 dipertahankan, Bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Rasmi Malaysia. Yang sebenarnya masih banyak lagi antara sebab-sebab tetapi 16 nurkilan kami di atas adalah penyebab utamanya. Moga tulisan ringkas ini mampu menjadi panduan ringkas kepada para sahabat semua. via:sahabat.

Tuesday, March 19, 2013

Ilmu hak umat islam seluruh dunia

Ilmu hak umat islam seluruh dunia.... tolong "SHARE" & "LIKES" Tolong sebarkan ini kepada Saudara kita yang lainnya agar berhati hati dalam memilih makanan, Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi.. Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi. Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi: 1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan. 2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi. 3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg. 4. Boar:Babi liar. 5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun. 6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi. 7. Ham:Daging pada bahagian paha babi. 8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan). 9. Sow Milk:Susu babi. 10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg. 11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi. Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat. Dibawakan Oleh: Suami, Isteri & Doktor

Monday, March 18, 2013

Perginya seorang Srikandi

Perginya seorang Srikandi... Di saat perpisahannya dengan putera sulungnya Farhaat, dia dan anaknya saling berpelukan dan berkata, “Ibu tidak dapat membendung air mata tetapi jangan percaya dengan air mata ibu ini anakku… Ini adalah air mata bangga menjelang hari pertemuanmu dengan bidadari. Pergilah menemui Rabb-Mu dan berjihadlah. Tetapkanlah hatimu thabatlah, kekallah seperti itu sampai engkau bertemu Allah Taala”. Baca lagi : http://zainurrashid.com/perginya-seorang-srikandi/

Sunday, March 17, 2013

Membangun Mahligai Cinta Bersama Mu

BismillahiRRahmaaniRRahiim ♥ ✽ Membangun Mahligai Cinta Bersama Mu ✽ ✽ Ketika Allah menyibakkan Tabir Taqdir_Nya untukmu, Ketika Allah pertemukan dua hati yang menyatu... ✽ Dialah orang yang belum pernah membayang di setiap anganmu, Dialah orang yang belum pernah hadir di setiap mimpi2mu, Dan dialah yang belum pernah engkau tahu jauh sebelumnya. ✽ Ingatlah !! Bukan dia yang sengaja memilih dirimu, Bukan dirimu yang sengaja memilihnya, Namun Allah lah yang telah mempersiapkan jauh2 hari sebelum kita terlahir dimuka bumi ini. ✽ Allah lah yang sengaja memilihkan untukmu,Sudah berapa banyak orang lain yang telah kau tolak atau sudah berapa banyak orang yang telah menolakmu... ✽ Jika engkau tahu itu adalah pilihan_Nya, Maka jangan pernah ada ragu dan Yakinlah dia adalah pilihan terbaik untukmu,pilihan_Nya. ✽ Lihatlah...!! Betapa dalamnya lautan dan luasnya Samudra terbentang, Seperti itulah dalamnya kamu mencintainya.. ✽ Walaupun dia bukanlah seseorang yang sempurna bagimu namun cintailah dia dengan sempurna. Kesempurnaan itu akan hadir disaat kita ikhlas menerima segala kekurangannya. Sehingga tiada niat untuk berpaling dan menggantikan dirinya dengan yang lain. ✽ Engkau juga lihat betapa tingginya langit yang di junjung. Seperti itulah tingginya kau menghargai dan memahami akan dirinya. ✽ Betapa kagumnya kita melihat indahnya gunung,Namun butuh perjuangan dengan berbagai hambatan menuju puncaknya. Seperti itulah dirimu bersamanya penuh dengan perjuangan. ✽ Tak selamanya kebahagiaan di ukir dengan Intan dan Permata namun adakalanya ada duri dan tanjakan yang menghadang. ✽ Tak selamanya kebahagiaan berhias canda dan tawa adakalanya harus di basuh dengan air mata. ✽ Apabila bahtera mu jenuh dan kau tak suka dengan bagian sisinya, Maka janganlah kau rusak dan hancurkan kapalnya, Sehingga bahtera dikaramkan. ✽ Pada saat itulah di minta kebesaran hatimu untuk memperbaikinya dan saling bergandengan tangan bukan berlepas tangan. ✽Bawalah bahtera rumah tanggamu berdermaga menuju Syurga_Nya di bawah bendera panji Syari'at_Nya. ✽ Semoga Menjadi Sakinah Mawaddah wa Rahmah bersamanya...Aamiin Allahumma ya Allah ya Rabbal 'alamiin Silahkan di Tag/Share, Semoga bermanfaat © Salam Mahabbah Fillah Untuk Muslimah ©

Saturday, March 16, 2013

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai Seorang Rasul dan Suami..

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai Seorang Rasul dan Suami.. 1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. 2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. 3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.' 4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda. 5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,'Isteriku sangat keraskepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?' 6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhu'nya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikit pun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat. 7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. 'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan didunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.' 8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikit pun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor. 9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencingi si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu. 10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH S.W.T dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah S.A.W menolak sama sekali rasa ke tuanan. 11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. 12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. 13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.' Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT..' ~ SubhanALLAH, indahnya akhlak Rasulullah S.A.W dan sewajarnyalah kita menjadikannya sebagai sebaik-baik contoh ikutan...Semoga kita kelak kita akan bersama-sama dengan Baginda di Syurga..Marilah kita sama-sama usaha yang sungguh-sungguh agar cinta terhadapnya tetap subur dengan mengamalkan sunnah Baginda S.A.W...Insya'ALLAH ~ Silakan SHARE **Jom sama2 Cahaya Cinta Hati Menanti Kekasih Halal

Thursday, March 14, 2013

MUDAHNYA dapat PAHALA bagi pasangan SUAMI ISTERI

Cium ISTERI dapat PAHALA, Tengok ISTERI dapt PAHALA, Senyum pada ISTERI dapat PAHALA, Pegang tangan ISTERI dapat PAHALA, Peluk ISTERi dapat PAHALA, Sentuh ISTERI dapat PAHALA, Kenyet mata pada ISTERI dapat PAHALA.. MUDAHNYA dapat PAHALA bagi pasangan SUAMI ISTERI... :) ♥ Untuk Dapatkan Tips,Petua,Doa Kehidupan Rumahtangga, Suami Isteri, Kekeluargaan, Silakan LIKE ♥ Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim ♥ Syukran :)

Tuesday, March 12, 2013

AIRMATA RASULULLAH SAW

AIRMATA RASULULLAH SAW آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizin kannya masuk, 'Maafkan lah,ayahku sedang demam, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuat kan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. 'Ya Allah, dahsyat nya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.' Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. 'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihih Betapa cintanya Rasulullah kepada kita... marilah kita berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w.. آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ ♥ Dapatkan TIPS,DOA, PETUA dlm khdpn Rumahtangga, Suami Isteri dan Anak-Anak di Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim (Silakan LIke) Syukran

Monday, March 11, 2013

Teman

Teman.. Kita insan biasa Yang dicipta untuk menyembahNYA semata-mata.. Kita insan hebat yang dicipta Untuk jadi khalifah di atas muka bumiNYA.. Kita sebaik-baik kejadian Yang dicipta untuk terbilang di sisiNYA.. Maka bersyukurlah wahai teman Setiap kali hadirnya pagi ungkapkanlah Alhamdulillah padaNYA yang satu.. "Selamat Pagi Temanku Yang Budiman

Sunday, March 10, 2013

KEINGINAN TERBESAR SETIAP WANITA"

KEINGINAN TERBESAR SETIAP WANITA" Keinginan terbesar bagi setiap Wanita adalah menjadi seorang isteri yang baik bagi suaminya. Yang pada akhirnya akan membawanya menjadi seorang Ibu dari anak-anaknya. Itulah salah satu alasan bagi setiap wanita mengapa ia begitu merindukan apa yang disebutnya sebagai "PERNIKAHAN". Merindukan seorang lelaki yang benar-benar punya komitmen yang jelas untuk menjadi Imamnya. Ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk memujinya. Ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk merayunya. Ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk memacarinya. Dan ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk mempermainkan hati dan perasaannya. Akan tetapi, Ia sangat merindukan sosok seorang pemimpin yang mau menuntunnya menjadi seorang Wanita yang bisa membawanya untuk menyempurnakan ibadahnya. Yang mampu menjadikan dirinya menjadi seorang Wanita mulia di hadapan Rabbnya. Yang mampu menjadikan dirinya menjadi seorang Wanita yang mengabdi kepada imamnya. Karena ia yakin bahwa itulah jalan yang akan membawanya menuju Ridha-Nya.

Saturday, March 09, 2013

Najib mengaku bayar RM94 juta kepada FBC Media guna duit rakyat

Najib mengaku bayar RM94 juta kepada FBC Media guna duit rakyat! Joshua Trevino, bekas penulis ucapan presiden Amerika Syarikat George W. Bush memfailkan rekod kepada kerajaan AS yang mengesahkan beliau dibayar oleh kerajaan Malaysia menerusi APCO Worldwide di dalam kempen mempromosi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rekod tersebut mendedahkan Trevino dibayar AS$389,724.70 oleh kerajaan Malaysia, parti pemerintah UMNO-BN ataupun kepentingan yang berkaitan. Bayaran Trevino kepada konco-konconya Pada Ogos tahun lepas, Trevino dipaksa meletak jawatan sebagai kolumnis di akhbar UK, the Guardian. Ini berikutan beliau tidak mengumumkan peranannya sebagai konsultan kepada FBC Media, di mana beliau menulis memuji tentang ciri-ciri ‘kesederhanaan’ Najib. Pada 2011, Najib mengakui bahawa kerajaan membayar RM94 juta kepada FBC Media antara 2007 hingga 2010. FBC turut membayar AS$70,000 kepada APCO Worldwide untuk melobi kerajaan AS mewakili pentadbiran Najib. Apabila skandal pembayaran dan pengaturan berita ini didedahkan, BBC dan CNBC menamatkan kontrak FBC kerana melanggar etika kewartawanan. Ironisnya, ketika UMNO-BN terus-menerus menyerang Anwar sebagai pro-Israel di dalam propaganda dalam negara, Trevino dan konsultan-konsultan lain bekerja keras untuk menggambarkan Anwar sebagai anti-Israel di luar negara. Najib perlu menjawab persoalan-persoalan berikut yang timbul daripada skandal ini: a) Berapa banyakkah wang rakyat yang dibayar kerajaan kepada konsultan perhubungan awam, khususnya luar negara untuk menulis bahan-bahan anti-Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim? b) Selain daripada APCO di AS dan FBC di UK, di manakah lagi BN melantik konsultan untuk menyerang pembangkang? c) Siapakah yang terlibat di dalam perlantikan dan koordinasi konsultan-konsultan ini? Apakah arahan yang diberikan kepada konsultan-konsultan ini mengenai bahan-bahan berkaitan Anwar Ibrahim memandangkan kebanyakan kerja yang dibuat adalah menyerang Anwar semata-mata? e) Adakah kerajaan sedar bahawa ramai konsultan yang dilantik terkenal dengan pandangan ekstrem dan anti-Islam mereka, yang menghina Islam, Ikhwanul Muslimin dan umat Islam di Amerika? f) Adakah kerajaan sedar bahawa konsultan-konsultan yang dilantik adalah penyokong tegar Israel yang menentang hak rakyat Palestin? Najib mestilah menjawab perkara ini dengan pilihan raya yang bakal tiba. Meskipun Najib terus membelanjakan jutaan ringgit wang rakyat bagi tujuan propaganda dan fitnah, beliau terus menolak gesaan Anwar untuk perbahasan polisi bagi kepentingan rakyat Malaysia. * Kenyataan Media oleh NIK NAZMI NIK AHMAD, PENGARAH KOMUNIKASI, PARTI KEADILAN RAKYAT*

Friday, March 08, 2013

Cara berkasih sayang mengikut sunnah Rasulullah saw

. 1. Tidur satu selimut bersama isteri 2. Memakai wangi-wangian 3. Mandi bersama isteri 4. Menyikat rambut suami 5. Membantu isteri di dapur 6. Minum bergantian pada bekas yang sama 7. Membelai isteri 8. Tidur dipangkuan isteri 9. Memanggil dengan kata-kata mesra 10. Berjalan berpegangan tangan Semoga kita semua dapat mencontohi Baginda. InsyaALLAH ♥

Wednesday, March 06, 2013

Keutamaan Hati yang bersih

:- Keutamaan Hati yang bersih -:: Dari Sufyan bin Dinar, ia berkata: Aku berkata kepada Abu Basyar: ”Beritahukan kepadaku tentang apa yang dilakukan orang-orang sebelum kita.” Abu Basyar berkata: ”Mereka melakukan pekerjaan yang ringan akan tetapi mereka mendapat pahala yang banyak”. Sufyan berkata: ”Mengapa bisa demikian?” Abu Basyar menjawab: ”Karena hati mereka bersih.” Sahabat KKH pernah membaca kisah sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang dijamin masuk surga karena hatinya bersih dari sifat "dengki" ? Silahkan baca di FP Belajar Al-Quran Dan Hadist. Semoga Bermanfaat.

Tuesday, March 05, 2013

NI BARU ISTERI TELADAN

INI BARU ISTERI TELADAN Isteri yang tidak merasa berat hati kalau hanya untuk sekedar mencuci pakaian suami. Isteri yang tidak merasa terbebani kalau hanya untuk sekedar mempersiapkan sarapan pagi untuk suami. Isteri yang tidak merasa malas diri kalau hanya untuk sekedar memasangkan kaos kaki suami. Isteri yang tidak merasa berat di lidah kalau hanya untuk sekedar mendoakan suami saat bekerja. Isteri yang tidak merasa pelit kalau hanya untuk sekedar tersenyum menyambut kepulangan suami dari kerja. Isteri yang tidak merasa rendah diri kalau hanya untuk sekedar mencium tangan suami. Isteri yang tidak merasa risih kalau hanya untuk sekedar merias diri untuk kebahagiaan suami. Andai saja para Isteri tahu.. Di situlah sebenarnya ridha suami bakal didapati. Di situlah sebenarnya ada pintu bagi Isteri untuk menjadi seorang bidadari. Di situlah sebenarnya tersimpan salah satu bentuk pengabdian yang suci kepada suami. Dan di situlah sebenarnya ridha Ilahi tersembunyi. Yang akan menuntun para Isteri untuk mendapat Ridha Allah menuju surga-Nya. Bagaimana dengan sahabat? Sudah siapkah menjadi Isteri yang demikan?

Monday, March 04, 2013

Saturday, March 02, 2013

AKHLAK NABI MUHAMMAD SAW TERHADAP ISTRINYA

AKHLAK NABI MUHAMMAD SAW TERHADAP ISTRINYA ... Nabi Muhammad saw pernah membuat khawatir hati Aisyah ra. Ketika menjelang subuh, Aisyah tidak mendapati sang suami berada disampingnya. Kemudian Aisyah ra keluar membuka pintu rumah. Betapa ia terkejut bukan kepalang melihat suaminya tidur di depan pintu. Aisyah bertanya, “Mengapa engkau tidur disini ya Rosul?” Dengan lembut, beliau menjawab, “Aku pulang sudah larut malam. Aku khawatir mengganggu tidurmu karenanya, aku tidak mengetuk pintu. Akhirnya aku tidur di depan pintu”. Subhanallah.... Sumber:Dunia Islam dan Baca Juga "MERINDING : TERNYATA MALAIKAT MAUT MENGINTAI KITA 70X SEHARI" di Halaman->Dunia Islam

Friday, March 01, 2013

Kewajiban Suami Kepada Isterinya

1. Allah Taala berfirman, yang bermaksud: "Dan gaulilah mereka (isteri-isterimu) dengan cara sebaik-baiknya." (An Nisa 19) 2. Dan Allah berfirman lagi: 'Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajiban menurut cara yang baik akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan atas isterinya." (Al Baqarah : 228) 3. Diceritakan dari Nabi SAW bahwa baginda bersabda pada waktu haji widak (perpisahan) setelah baginda memuji Allah dan menyanjung-Nya serta menasehati para hadirin yang maksudnya: 'Ingatlah (hai kaumku), terimalah pesanku untuk berbuat baik kepada para isteri, isteri-isteri itu hanyalah dapat diumpamakan tawanan yang berada di sampingmu, kamu tidak dapat memiliki apa-apa dari mereka selain berbuat baik, kecuali kalau isteri-isteri itu melakukan perbuatan yang keji yang jelas (membangkang atau tidak taat) maka tinggalkanlah mereka sendirian di tempat tidur dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai. Kalau isteri-isteri itu taat kepadamu maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka. Ingatlah! Sesungguhnya kamu mempunyai kewajiban terhadap isteri-isterimu dan sesungguhnya isteri-isterimu itu mempunyai kewajiban-kewajiban terhadap dirimu. Kemudian kewajiban isteri-isteri terhadap dirimu ialah mereka tidak boleh mengijinkan masuk ke rumahmu orang yang kamu benci. Ingatlah! Kewajiban terhadap mereka ialah bahwa kamu melayani mereka dengan baik dalam soal pakaian dan makanan mereka. (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah) 4. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kewajiban seorang suami terhadap isterinya ialah suami harus memberi makan kepadanya jika ia makan dan memberi pakaian kepadanya jika ia berpakaian dan tidak boleh memukul mukanya dan tidak boleh memperolokkan dia dan juga tidak boleh meninggalkannya kecuali dalam tempat tidur (ketika isteri membangkang)." (Riwayat Abu Daud) 5. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Siapa saja seorang laki-laki yang menikahi perempuan dengan mas kawin sedikit atau banyak sedangkan dalam hatinya ia berniat untuk tidak memberikan hak perempuan tersebut (mas kawinnya) kepadanya. maka ia telah menipunya, kemudian jika ia meninggal dunia, sedang ia belum memberi hak perempuan tadi kepadanya maka ia akan menjumpai Allah pada hari Kiamat nanti dalam keadaan berzina." 6. Nabi SAW bersabda yang bermaksud "Sesungguhnya yang termasuk golongan mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang baik budi pekertinya dan mereka yang lebih halus dalam mempergauli keluarganya (isteri anak-anak dan kaum kerabatnya). " 7. Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Orang-orang yang terbaik dari kamu sekalian ialah mereka yang lebih baik dari kamu dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah orang yang terbaik dari kamu sekalian dalam mempergauli keluargaku." (Riwayat lbnu Asakir) 8. Diceritakan dari Nabi SAW bahwa baginda bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang sabar atas budi pekerti isterinya yang buruk, maka Allah memberinya pahala sama dengan pahala yang diberikan kepada Nabi Ayub a.s karena sabar atas cobaan-Nya." ( Cobaan ke atas Nabi Ayub ada empat hal: Habis harta bendanya., Meninggal dunia semua anaknya., Hancur badannya., Dijauhi oleh manusia kecuali isterinya benama Rahmah ) " Dan seorang isteri yang sabar atas budi pekerti suaminya yang buruk akan diberi oleh Allah pahala sama dengan pahala Asiah isteri Firaun". 9. Al Habib Abdullah Al Haddad berkata: "seorang laki-laki yang sempurna adalah dia yang mempermudah dalam kewajiban-kewajiban kepadanya dan tidak mempermudah dalam kewajiban-kewajibannya kepada Allah. Dan seorang laki-laki yang kurang ialah dia yang bersifat sebaliknya." Maksud dan penjelasan ini ialah seorang suami yang bersikap sudi memaafkan jika isterinya tidak menghias dirinya dan tidak melayaninya dengan sempurna dan lain-lain tetapi ia bersikap tegas jika isterinya tidak melakukan sholat atau puasa dan lain-lain, itulah suami yang sempurna. Dan seorang suami yang bersikap keras jika isterinya tidak menghias dirinya atau tidak melayaninya dengan sempurna dan lain-lain tetapi bersikap acuh tak acuh (dingin) jika isteri meninggalkan kewajiban-kewajiban kepada Allah seperti sholat, puasa dan lain-lain, dia seorang suami yang kurang.Dianjurkan bagi seorang suami memperhatikan isterinya (dan mengingatkannya dengan nada yang lembut/halus) dan menafkahinya sesuai kemampuannya dan berlaku tabah (jika disakiti oleh isterinya) dan bersikap halus kepadanya dan mengarahkannya ke jalan yang baik dan mengajamya hukum-hukum agama yang perlu diketahui olehnya seperti bersuci, haid dan ibadah-ibadah yang wajib atau yang sunat. 10. Allah Taala berfirman yang bermaksud: 'Hai orang-orang yang beriman! Jagalah dirimu dan ahli keluargamu dari api Neraka." (At Tahrim : 6) Ibnu Abbas berkata: "Berilah pengetahuan agama kepada mereka dan berilah pelajaran budi pekerti yang bagus kepada mereka." Dan Ibnu Umar dari Nabi SAW bahwa baginda bersabda: 'Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas yang dipimpinnya. Seorang imam yang memimpin manusia adalah pemimpin dan ia bertanggung jawab at,is rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin dalam mengurusi ahli keluarganya. Ia bertanggung jawab atas yang dipimpinnya. Seorang isteri adalah pemimpin dalam rumah tangganya dan bertanggung jawab alas keluarganya. Seorang hamba adalah pemimpin dalam mengurus harta tuannya, ia bertanggung jawab atas peliharaannya. Seorang laki-laki itu adalah pemimpin dalam mengurusi harta ayahnya, ia bertanggung jawab atas peliharaannya. Jadi setiap kamu sekalian adalah pemimpin dan setiap kamu harus bertanggung jawab alas yang dipimpinnya." (Muttafaq 'alai ) 11. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Takutlah kepada Allah dalam memimpin isteri-istrimu , karena sesungguhnya mereka adalah amanah yang berada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan sholat kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya." 12. Allah Taala berfirman yang bermaksud: "Perintahkanlah keluargamu agar melakukan sholat." (Thaha:132) Diceritakan dan Nabi SAW bahwa baginda bersabda yang bermaksud: "Tidak ada seseorang yang menjumpai Allah swt dengan membawa dosa yang lebih besar daripada seorang suami yang tidak sanggup mendidik keluarganya." KESIMPULAN TANGGUNG JAWAB SUAMI 1. Menjadi pemimpin anak isteri di dalam rumah tangga. 2. Mengajarkan ilmu fardhu 'ain (wajib) kepada anak isteri yaitu ilmu tauhid, fiqih dan tasawuf. Ilmu tauhiddiajarkan supaya aqidahnya sesuai dengan aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Ilmu fiqih diajarkan supaya segala ibadahnya sesuai dengan kehendak agama. Ilmu tasawuf diajarkan supaya mereka ikhlas dalam beramal dan dapat menjaga segala amalannya daripada dirusakkan oleh rasa riya' (pamer), bangga, menunjuk-nunjuk orang lain dan lain-lain. 3. Memberi makan, minum, pakaian dan tempat tinggal dari uang dan usaha yang halal. Ada ulama berkata: 'Sekali memberi pakaian anak isteri yang menyukakan hati mereka dan halal maka suami mendapat pahala selama 70 tahun." 4. Tidak menzalimi anak isteri yaitu dengan: -Memberikan pendidikan agama yang sempurna. -Memberikan nafkah lahir dan batin secukupnya. -Memberi nasihat serta menegur dan memberi panduan/ petunjuk jika melakukan maksiat atau kesalahan. -Apabila memukul jangan sampai melukakan (melampaui batas). -Memberi nasihat jika isteri gemar bergunjing/bergosip, mengomel serta melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perintah agama. -Melayani isteri dengan sebaik-baik pergaulan. -Berbicara dengan isteri dengan lemah-lembut. -Memaafkan keterlanjurannya tetapi sangat memperhatikan kesesuaian tingkah lakunya dengan syariat. -Kurangkan perdebatan. -Memelihara harga diri / kehormatan mereka.