Thursday, January 30, 2014

Jangan Kedekut Memberi Ilmu


Jangan Kedekut Memberi Ilmu Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.” Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi

Wednesday, January 29, 2014

Pintu-pintu Amal Kebajikan


\ Pintu-pintu Amal Kebajikan Hadith : Abu Hurairah r.a menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa menafkahkan di jalan Allah sepasang binatang nescaya diseru dia di pintu-pintu syurga : “Hai hamba-hamba Allah, ini suatu kebajikan.” Dan sesiapa berada dari golongan orang yang bersembahyang dipanggil dia dari pintu sembahyang. Orang yang masuk di kalangan ahlul jihad dipanggil dia dari pintu al-Jihad. Sesiapa yang masuk dari golongan orang yang berpuasa diseru dia dari pintu al-Rayyan. Dan sesiapa yang masuk dari kalangan orang yang bersedekah diseru dia dari pintu sedekah. Maka berkatalah Abu Bakar: “Engkau ku tebus dengan ibu dan ayah ku, ya Rasulullah. Tiada suatu kemelaratan bagi orang-orang yang diseru dari pintu-pintu itu. Maka adakah seseorang yang akan dipanggil dari semua pintu? Nabi menjawab : “Ya! Dan aku harapkan engkau termasuk ke dalam golongan itu.” (al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, January 28, 2014

Mengekalkan Akhlak Yang Baik


Mengekalkan Akhlak Yang Baik Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding.” Riwayat at-Tarmizi

Monday, January 27, 2014

Petua Untuk Mengecutkan Rahim Selepas Bersalin


Petua Untuk Mengecutkan Rahim Selepas Bersalin Pilihan 1: Rendamkan beberapa helai daun pegaga bersama akarnya dengan air suam. Kemudian, tapis dan minum airnya. Sebelum tidur malam, lakukan senaman pengecutan (kemutan) sebanyak 20 kali. Rahim anda akan mengecut dan menjadi seperti sedia kala. Elakkan memakan nanas. Pilihan 2: Rebuskan halia tua dengan gula merah, kulit kayu manis, jintan manis dan daun pandan. Minum air rebusan ini beberapa kali sehari. Pilihan 3: Selepas bersalin anda dinasihatkan meminum air kunyit muda ditumbuk bersama putih telur mentah. Minum selama 3 hari berturut-turut. Ia dapat mengecutkan rahim/peranakan anda ke tempat asal.

Sunday, January 26, 2014

Petua Untuk Mengurangkan Batuk


Pilihan Petua Untuk Mengurangkan Batuk 1. Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi. 2. Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya. 3. Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum 2 kali seminggu. 4. Campurkan 2 sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut 3 kali sehari. 5. Ambil 2 sudu nasi panas yang baharu masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya. 6. Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. 7. Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu lebah. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.

Friday, January 24, 2014

Petua Untuk Hidup Sentiasa Gembira Sepanjang Masa


Petua Untuk Hidup Sentiasa Gembira Sepanjang Masa 1. Bersyukur - Bersyukur kerana anda masih diberi nafas semasa bangun dari tidur dan dapat melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah s.w.t.. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan untuk melakukan dan menjadi yang terbaik dan pastinya lebih baik daripada yang semalam. 2. Tekad Bermotivasi.- Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan-bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca surat khabar, baca gosip-gosip bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari. 3. Tingkatkan motivasi diri dengan mencari motivasi terbaik. Motivasi harus dijaga. Motivasi sekiranya tidak dipelihara akan menjadikan kita tidak bersemangat. 4. Dalam apa jua yang anda buat, mulakan dengan Bismillah. Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan Bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was. 5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai. 6. Maafkan semua orang sebelum dan selepas bangun daripada tidur. Maafkan insan di sekeliling anda. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila anda memaafkan insan lain. 7. Berani dan bersedia untuk berubah dan berhijrah bagi kecemerlangan hidup. Sentiasa yakin Allah sebagai pelindung kita. Hakikatnya kita sendiri yang dapat mengubah kehidupan kita. —

Thursday, January 23, 2014

Petua Untuk Meluahkan Rasa Cinta


Petua Untuk Meluahkan Rasa Cinta a. Ungkapkan cinta dengan sesuatu - Ungkapan cinta tidak hanya dengan ucapan, tetapi seharusnya ada elemen lain, misalnya, selitkan bersama sesuatu yang amat digemarinya. Jika anda lelaki, berikan si gadis bunga mawar atau cincin, kerongsang. Jika anda wanita, cukup dengan senyuman dan kata cinta. b. Ungkapkan cinta secara langsung - Si dia akan lebih menghargai jika anda berbicara secara langsung. Jangan mengatakan cinta melalui perantara seperti teman, telefon, surat atau e-mel. c. Kenali si dia dengan baik - Hal ini penting supaya anda tidak kecewa pada saat menuturkan rasa cinta yang membara itu. Jika yakin anda akan diterima, jangan ragu-ragu. d. Siapkan Minda - Ini juga perkara paling penting supaya semua rancangan tidak tergendala di tengah jalan. Jangan sampai suara tidak terkeluar atau peluh ketika mengucapkan kata cinta. e. Berdoa sebelum mengungkapkan cinta - Perkara ini adakalanya dilupakan atau kadangkala dianggap remeh. Dengan berdoa, rancangan anda lebih membawa keberkatan. Jika ditolak, biarkan sahaja dan anda harus pasrah atau redha.

Wednesday, January 22, 2014

Petua Untuk Membersih dan Memutihkan Wajah


Petua Untuk Membersih dan Memutihkan Wajah 1. Ambil 4 hingga 5 helai pucuk jambu dan bersihkannya. 2. Tumbuk ia sampai hancur dan campurkan dengan sedikit air bersih. 3. Kemudian, sapu serta gosokkan secara perlahan-lahan bahan tadi ke muka anda. 4. Lakukan langkah no. 3 sekurang-kurang dalam 5 minit. 5. Selepas itu, cuci muka anda dengan air bersih dan lapkannya dengan tuala lembut. 1. Ambil 4 hingga 5 helai pucuk jambu dan bersihkannya. 2. Tumbuk ia sampai hancur dan campurkan dengan sedikit air bersih. 3. Kemudian, sapu serta gosokkan secara perlahan-lahan bahan tadi ke muka anda. 4. Lakukan langkah no. 3 sekurang-kurang dalam 5 minit. 5. Selepas itu, cuci muka anda dengan air bersih dan lapkannya dengan tuala lembut.

Tuesday, January 21, 2014

Khasiat Kangkung


Khasiat Kangkung 1. Penawar busung, lemah badan dan keputihan pada faraj. Masukkan sayur kangkung ke dalam masakan bubur, kemudian dimakan. Amalkan selalu. 2. Penawar batuk. Rebus airnya kemudian minum. 3. Penawar gelisah, tidur tidak lena serta sakit kepala.. Banyakkan memakan sayur kangkung untuk menenangkan perasaan gelisah. 4. Rawatan kencing manis. Terdapat juga kangkung yang berwarna ungu yang mempunyai khasiat sebagai ubat herba untuk merawat diabetes. 5. Merawat bisul, jangkitan kulit, terseliuh dan bengkak-bengkak. Tumbuk halus atau kisarkan kemudian ditampalkan pada tempat yang sakit sebagai ubat luaran. 6. Rawatan buasir. Rebus akarnya dan amalkan selalu.

Monday, January 20, 2014

Petua Untuk Lelaki Memahami Hati Wanita


Petua Untuk Lelaki Memahami Hati Wanita 1. Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membangkitkan perasaannya. 2. Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan. 3. Dia amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya. 4. Dia suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya, malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya. 5. Dia berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding akalnya. 6. Dia cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.

Sunday, January 19, 2014

Petua Penjagaan Wajah Dengan Sayur-Sayuran


Petua Penjagaan Wajah Dengan Sayur-Sayuran a. Daun Pegaga: 1. Ambil daun pegaga dan basuh sampai bersih. 2. Tumbuk daun pegaga tadi sehingga hancur. 3. Campurkannya dengan sedikit air. 4. Kemudian, campurkan pula bedak sejuk dengan daun pegaga. 5. Kacau semua campuran tadi sehingga sebati. 6. Akhir sekali, sapukanlah ramuan tersebut pada muka anda setiap malam sebelum tidur. b. Lobak Merah: 1. Ambil sebiji terung muda. 2. Kemudian, gosok bahagian dalam terung (bahagian permukaan yang dipotong tadi) ke muka anda, terutamanya di bahagian dahi dan pipi. 3. Selepas itu, jangan dibuang dulu terung tadi. Sebaliknya, potonglah lagi selapis bahagian dalam terung itu tadi. Kemudian, ulanglah langkah no. 2 di atas. 4. Anda boleh melakukannya beberapa kali sehinggalah permukaan terung telah habis digunakan. c. Cekur: 1. Sediakan cekur kira-kira sebesar ibu jari. 2. Giling cekur tadi sampai lumat. 3. Seterusnya, campurkan cekur yang telah digiling dengan bedak sejuk. 4. Sapukan campuran tadi ke muka anda. 5. Biarkan kira-kira 15 hingga 20 minit. 6. Setelah ia kering, lapkan muka anda dengan kain lembap untuk menanggalkan segala kotoran. 7. Kemudian, basuh muka anda dengan air suam. 8. Amalkanlah selalu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. — with Tilat Arfafi.

Saturday, January 18, 2014

Petua Remaja Yang Berniat Untuk Kahwin Muda


Petua Remaja Yang Berniat Untuk Kahwin Muda 1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan. 2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda. 3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri. 4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim. 5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda. 6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik. 7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak. 8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka. 9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.

Friday, January 17, 2014

Petua Untuk Menawan Hati Suami


Petua Untuk Menawan Hati Suami 1. Nyatakan dengan hikmah kepada suami jika tidak menyukai pilihan suami. (Contohnya, pakaian, tempat makan, lauk pauk, tempat bercuti, dan sebagainya). Ada sesetengah suami yang tidak suka ditegur, pantang dia kena tegur. Puji suami dahulu, kemudian baharu tegur. 2. Tunjukkan simpati dan tolong suami mencari sesuatu jika dia terlupa di mana dia letakkan barangnya. 3. Jangan menyuruh suami melakukan sesuatu yang sememangnya ingin dilakukannya. Ini akan menyebabkan suami tawar hati. 4. Kebanyakan suami merasa seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru itu, isteri harus sanggup berbual dan bercerita tanpa banyak tindak balas dari suami. Kebanyakan suami memang kurang bercakap dengan isteri. 5. Apabila berselisih faham/berkrisis/bertengkar dengan suami, fokus kepada masalah semasa dan jangan ungkit perkara yang lalu. 6. Beri dan perbaharui kepercayaan kepada suami sepenuhnya setiap masa. Jangan suka mengenang "rekod lama" dan jangan melabel suami berdasarkan rekod tersebut. 7. Jangan engkar mengenai apa yang dipersetujui. Suami akan berkecil hati bila isteri menyatakan/ mempamerkan persetujuan tetapi tidak bertindak mengikut apa yang telah dipersetujui bersama. 8. Berkongsi perasaan negatif dengan suami secara terbuka dengan tidak menyalahkan suami. 9. Elakkan dari membuat suami merasa tidak mampu/tidak layak / atau tidak berkebolehan.

Thursday, January 16, 2014

Petua Untuk Merawat Sihir Pemisah Rumahtangga


Petua Untuk Merawat Sihir Pemisah Rumahtangga Tanda-Tandanya: a. Sering melihat wajah suami/isteri dalam keadaan yang buruk,sakit kepala ketika melihat pasangan atau datang perasaan benci bila bertemu tetapi bila berjauhan datang rindu. b. Sering bermimpi melihat binatang atau berada di tempat tinggi. c. Sakit pinggang, dada dan kepala pada waktu asar ke atas. d. Lemah tenaga batin dan tidak bernafsu tetapi fizikalnya sihat. e. Sering bertengkar pada waktu petang dan malam kerana hal yang kecil/remeh-temeh. f. Sakit di bahagian ari-ari. g. Sikap berubah dengan mendadak. h. Panas baran. Jika anda suami isteri yang bermasalah dalam rumahtangga dan mempunyai kebanyakan simptom tersebut, maka sahlah anda terkena sihir pemisah rumahtangga di mana tujuan utama sihir ini adalah supaya anda bercerai-berai. Petua: 1. Sediakan 4 botol besar air mineral dan buka penutupnya. 2. Orang yang sihat/waris terdekat pada mangsa sila bacakan: al Fatihah 1 kali al Baqarah (Ayat 102) 3 kali al A`raf (117-122) 3 kali Yunus (81-82) 3 kali Thaha (69) 3 kali 3 Kul 1 kali 3. Tiup 10 saat pada air tersebut, pesakit suami isteri itu perlu minum secawan air tersebut pada waktu asar dan malam sebelum tidur, selama 7 hari berturut-turut. إن شاء الل

Tuesday, January 14, 2014

paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya


"Sesugguhnya orang paling saya cintai dan yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya di antara kalian. Sedangkan orang yang saya benci dan paling jauh denganku dari kalian kelak di akhirat adalah orang yang paling buruk akhlaknya di antara kalian. Yaitu mereka yang banyak berbicara dan suka mencemooh manusia dengan kata-katanya." (HR. Ahmad; shahih li ghairihi)

Monday, January 13, 2014

Kata Mutiara Cinta


Kata Mutiara Cinta Setetes kebencian di dalam hati Pasti akan membuahkan penderitaan Tapi setetes cinta di dalam relung hati akan membuahkan kebahagiaan sejati Kalahkan Kemarahan dengan Cinta Kasih Kalahkan Kejahatan dengan Kebajikan Kalahkan kekikiran dengan Kemurahan Hati Kalahkan Kesombongan dengan Kejujuran Nafsu hanya akan memberikan kebahagiaan sesaat tapi cinta yang tulus dan sejati akan memberikan kebahagiaan selamanya Jika kita mencintai seseorang Berusahalan untuk tampil apa adanya karena Cinta sejati selalu dapat Menerima Kelebihan dan Kekurangan Bahagialah bagi orang yang mengerti akan arti cinta, Karena Cinta itu akan memberikan warna bagi kehidupannya Cinta yang teramat besar kadang dapat membuat kita tak bisa mencintai lagi Luruhnya hati bukanlah suatu dosa, Maka Jangan Pernah Takut untuk Jatuh Cinta Cinta Tak Harus Saling Memiliki Kadang Kala Mereka Harus Melepaskan Cinta Tersebut Karena Cinta yang Sejati Selalu Ingin Membahagiakan Orang Yang dicintai Cinta itu seperti art yang indah dan agung, berbahagialah yg pernah mendapatkannya meskipun tidak abadi Cinta tidak membuat dunia berputar Cinta inilah yang membuat perjalanan tersebut berharga Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama. Bel bukanlah bel sebelum engkau membunyikannya Lagu bukanlah lagu sebelum engkau menyanyikannya Cinta di dalam hatimu tidak diletakkan untuk tinggal di sana Cinta bukanlah cinta sebelum engkau memberikannya Nafsu adalah emosi Cinta adalah pilihan Cara untuk mencintai sesuatu adalah dengan menyadari Bahwa sesuatu itu mungkin hilang Cinta adalah kunci induk yang membuka gerbang kebahagiaan Kekasih yang bijaksana tidak menghargai hadiah dari kekasihnya Sebesar cinta dari si pemberi Jika anda ingin dicinta, mencintalah dan jadilah orang yang pantas dicinta Di antara mereka yang saya sukai atau kagumi, saya tidak dapat menemukan suatu kesamaan Tetapi di antara mereka yang saya kasihi, saya dapat menemukannya: mereka semua membuat saya tertawa Persahabatan sering berakhir dengan cinta Tetapi cinta kadang berakhir bukan dengan persahabatan Kita harus sedikit menyerupai satu sama lain untuk mengerti satu sama lain Tetapi kita harus sedikit berbeda Untuk mencintai satu sama lain Cinta yang belum matang berkata: “Aku cinta kamu karena aku butuh kamu” Cinta yang sudah matang berkata: “Aku butuh kamu karena aku cinta kamu” Cinta memasukkan kesenangan dalam kebersamaan kesedihan dalam perpisahan harapan pada hari esok kegembiraan di dalam hati Siapa pun yang mempunyai hati penuh cinta selalu mempunyai sesuatu untuk diberikan Cinta sejati dimulai ketika tidak sesuatu pun diharapkan sebagai balasan Segera sesudah kita belajar mencinta, Kita akan belajar untuk hidup, Cinta…, Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain, Dan jika anda tidak memilikinya, apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak berarti Cinta tidak dapat dipaksakan, Cinta tidak dapat dibujuk dan digoda, Cinta muncul dari Surga tanpa topeng dan tanpa dicari Cobalah bernalar tentang cinta dan engkau pun, akan kehilangan nalarmu Lebih mudah mengubah persahabatan menjadi cinta, daripada mengubah cinta menjadi persahabatan Seorang wanita yang berpura-pura menertawai cinta itu seperti seorang anak kecil yang menangis di malam hari karena ketakutan Terkadang cinta yang baru malah datang dari kawan lama. Terkadang kekasih yang baik adalah orang yang selalu ada untuk kita. Tanpa cinta, kecerdasan itu berbahaya; dan tanpa kecerdasan, cinta itu tidak cukup. Hal yang paling penting dilakukan di dunia ini adalah mendapatkan makanan, minuman dan seseorang yang mencintaimu. Setelah meneliti orang yang dicintai dan orang yang tidak dicintai, kami menemukan orang yang dicintai jarang sekali mencoba menipu orang lain PAGE - 1 - 2 - Selanjutnya.... Cinta memang bukan sesuatu yang paling indah, cinta bukan surge dunia, cinta adalah sebuah dinamika dimana di dalamnya kita akan merasakan kepedihan serta kegembiraan yang terus dating silih berganti. Maka dari itu, bijak rasanya jika apapun masalah yang mengiringi perjalanan cinta dihadapi dengan pikiran terbuka. Semoga Kata Mutiara Cinta di ata bisa memberikan solusi terbaik tentang langkah apa yang seharusnya kita tempuh. DMCA Protection on: http://www.lokerseni.web.id/2014/01/kata-kata-mutiara-cinta.html#ixzz2qCUyfXGD

Saturday, January 11, 2014

Terbitnya HIKMAH


Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook. HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam. Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan. ------------------------ Nota (ditulis malam Jumaat 25 Julai 2013 bersamaan 17 Ramadhan 1434, malam Nuzul Quran). Adapun penulisan di atas dibuat ketika HIKMAH sedang bersedia untuk mengadakan acara keduanya iaitu di Melaka 25 Nov 2012. Selepas itu acara ketiga telah diadakan di Lumut, Perak 27 Jan 2013, keempat di Kandis, Bachok, Kelantan 16 Mac diikuti kelima di Kuala Terengganu 5-8 Jun, kali pertama acara HIKMAH diadakan melebihi 1 hari. Selepas itu pengasas HIKMAH iaitu saudara Radzi Sapiee bercadang cuma akan membuat lagi acara pada hujung tahun. Itupun untuk memenuhi janji kerana Datuk Seri Ali Rustam pernah mengisytiharkan HIKMAH Melaka sebagai acara tahunan ketika beliau masih Ketua Menteri. Untuk makluman Radzi perlu berehat menanti penyembuhan kecederaan kaki yang agak teruk akibat jatuh tergelincir 23 April. Beliau juga ingin kembali pada satu usaha penulisan buku yang tergendala setahun lalu. Ternyata usaha yang tergendala mengandungi hikmah. Ia membawa Radzi untuk mengisi masa dengan hal lain lalu tanpa diduga lahirlah HIKMAH 12 Okt 2012. Namun di kala beliau masih merawat kecederaan yang dijangka memakan masa lagi 6 minggu untuk sembuh timbul permintaan baru yang membuat beliau rasa harus memenuhinya. Kini pihak kami sedang bersiap-sedia untuk mengadakan acara keenam di Shah Alam 7 September merangkap sambutan hari raya. Sambil itu ada pihak di utara meminta untuk menjadi penganjur acara ketujuh lalu kami mencadangkan agar ia dibuat minggu ketiga bulan Oktober. Pihak tersebut ingin menaja segala kos dan meminta agar ia diadakan selama 3 hari. Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut... HIKMAH - Bagaimana ia bermula Acara pertama HIKMAH di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012 Acara kedua HIKMAH di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 Nov 2012 Acara ketiga HIKMAH di Marina Hall, Lumut 27 Jan 2013 Acara keempat HIKMAH di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013 Acara kelima HIKMAH di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu, 5-8 Jun 2013 Acara keenam HIKMAH di Galeri Shah Alam 7 Sept 2013 Acara ketujuh HIKMAH di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 Nov 2013

Thursday, January 09, 2014

Hizb Bahr Imam Abu Hassan Al-Syadzili


------------------------------- Hizb Bahr Imam Abu Hassan Al-Syadzili ---------------------------------- بِسْمِ اللهِ الَّرحْمَنِ الرَّحْيْمِ. اَللَّهُمَّ يَاالله يَاعَلِيُّ يَاعَظِيْمُ يَاحَلِيْمُ يَاعَلِيْمُ. اَنْتَ رَبِّيْ وَعِلْمُكَ حَسْبِيْ فَنِعْمَ الرَّبُّ رَبِّيْ وَنِعْمَ اْلحَسْبُ حَسْبِيْ تَنْصُرُ مَنْ تَشَاءُ وَاَنْتَ اْلعَزِيْزُ الرَّحِيْمُ. نَسْاَلُكَ الْعِصْمَةَ فِى الْحَرَكَاتِ وَالسَّكَنَاتِ وَالْكَلِمَاتِ وَالْاِرَادَاتِ وَالْخَطَرَاتِ.مِنَ الشُّكُوْكِ وَالظُّنُوْنِ وَاْلاَوْهَامِ السَّاتِرَةِ لِلْقُلُوْبِ عَنْ مُطَالَعَةِ الْغُيُوْبِ فَقَدِ (ابْتُلِيَ الْمُؤْمِنُوْنَ وَزُلْزِلُوْا زِلْزَالاً شَدِيْدًا)(وَاِذْ يَقُوْلُ اْلمُنَافِقُوْنَ وَالَّذِيْنَ فِى قُلُوْبِهِمْ مَرَضُ مَا وَعَدَنَا اللهُ وَرَسُوْلُهُ اِلاَّغُرُوْرًا) فَثَبِّتْنَا وَانْصُرْنَا وَسَخِّرْلَنَا هَذَا اْلبَحْرَ كَمَا سَخَّرْتَ اْلبَحْرَ لمُوْسَى وَسَخَّرْتَ النَّارَ ِلاِبْرَاهِيْمَ وَسَخَّرْتَ اْلجِبَالَ وَاْلحَدِيْدَ لِدَاوُدَ وَسَخَّرْتَ الرِّيْحَ وَالشَّيَاطِيْنَ وَاْلجِنَّ لِسُلَيْمَانَ وَسَخِّرْلَنَا كُلَ بَحْرٍهُوَ لَكَ فِى اْلاَرْضِ وَالسَّمَاءِ وَاْلمُلْكِ وَ اْلمَلَكُوْتِ وَبَحْرَ الدُّنْبَا وَبَحْرَ اْلاخِرَةِ وَسَخِرْلَنَا كُلََّ شَيْءٍ. يَامَنْ بِيَدِهِ مَلَكُوْتُ كُلُّ شَيْءٍ (كهيعص)(ثَلاَثًا) اُنْصُرْنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ النَّاصِرِيْنَ وَافْتَحْ لَنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ الْفَاتِحِيْنَ وَاغْفِرْلَنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ اْلغَافِرِيْنَ وَارْحَمْنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ الرَّاحِمِيْنَ وَارْزُقْنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ الرَّازِقِيْنَ وَاهْدِنَا وَنَجِّنَا مِنَ اْلقَوْمِ الظَّاِلمِيْنَ وَهَبْ لَنَا رِيْحًا طَيْبَةً كَمَا هِيَ فِى عِلْمِكَ وَانْشُرْهَا عَلَيْنَا مِنْ خَزَاِئنِ رَحْمَتِكَ وَاحْمِلْنَا بِهَا حَمْلَ اْلكَرَا مَةِ مَعَ السَّلاَمَةِ وَ الْعَافِيَةِ فِي الدِّ يْنِ وَالدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ اِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ. اَللَّهُمَّ يَسِّرْلَنَا اُمُوْرَنَا مَعَ الرَّاحَةِ لِقُلُوْبِنَا وَاَبْدَانِنَا وَالسَّلاَمَةِ وَاْلعَافِيَةِ فِى دِيْنِنَا وَدُنْيَانَا وَكُنْ لَنَا صَاحِبًا فِى سَفَرِنَا وَخَلِيْفَةً فِى اَهْلِنَا, وَاطْمِسْ عَلَى وُجُوْهِ اَعْدَائِنَا وَامْسَخْهُمْ عَلَى مَكَانَتِهِِمْ فَلاَ يَسْتَطِيْعُوْنَ اْلمُضِيَّ وَلاَاْلمجَِيْ ءَ اِلَيْنَا (وَلَوْ نَشَاءُ لَطَمَسْنَا عَلَى اَعْيُنِهِمْ فَاسْتَبَقُوْا الصِّرَاطَ فَانَّى يُبْصِرُوْنَ* وَلَوْنَشَآءُ لمََسَخْنَاهُمْ عَلَى مَكَانَتِهِمْ فَمَااسْتَطَاعُوْا مُضِيًّا وَلاَيَرْجِعُوْنَ (يس وَاْلقُرْآنِ الْحَكِيْمِ* اِنَكَ لَمِنَ اْلمُرْسَلِيْنَ* عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ* تَنْزِيْلَ اْلعَزِيْزِ الرَّحِيْمِ* لِتُنْذِرَ قَوْمًا مَا اُنْذِرَ آبَاؤُهُمْ فَهُمْ غَافِلُوْنَ* لَقَدْحَقَّ اْلقَوْلُ عَلَى اَكْثَرِهِمْ فَهُمْ لاَيُؤْمِنُوْنَ* اِنَاجَعَلْنَا فِى اَعْنَاقِهِمْ اَغْلاَلاً فِهَيَ اِلَى اْلاَذْقَانِ فَهُمْ مُقْمَحُوْنَ* وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ اَيْدِيْهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَاَغْشَيْنَهُمْ فَهُمْ لاَيُبْصِرُوْنَ* شَاهَتِ اْلوُجُوْهُ(ثَلاَثًا) وَعَنَتِ اْلوُجُوْهُ لِلْحَيِّ اْلقَيُّوْمِ. وَقَدْ خَابَ مَنْ حَمَلَ ظُلْمًا(طس)(حم. عسق)(مَرَجَ اْلبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ* بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لاَيَبْغِيَانِ)(حم)(سَبْعًا) حُمَّ اْلاَمْرُ وَجَاءَ النَّصْرَ, فَعَلَيْنَا لاَ يُنْصَرُوْنَ (حم* تَنْزِيْلُ الْكِتَابِ مِنَ اللهِ الْعَزِيْزِ الْعَلِيْمِ* غَافِرِالذَّنْبِ وَقَابِلِ التَّوْبِ شَدِيْدِ الْعِقَابِ ذِى الطَّوْلِ لآ اِلَهَ اِلاَّهُوَ. اِلَيْهِ الْمَصِيْرُ)(بِسْمِ اللهِ)باَبُنَا(تَبَارَكَ) حِيْطَانُنَا(يَس) سَقْفُنَا(كَهَيَعَصَ) كِفَايَتُنَا(حم.عسق) حِمَايَتُنَا(فَسَيَكْفِيْكَهُمُ اللهُ وَهُوَالسَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ)سِتْرُ الْعَرْشِ مَسْبُوْلٌ عَلَيْنَا وَعَيْنُ اللهِ نَاظِرَةٌ اِلَيْنَا بِحَوْلِ اللهِ لاَيُقْدَرُ عَلَيْنَا (وَاللهُ مِنْ وَرَائِهِمْ مَحْفُيْطٍ . بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مَجِيْدٌ . فِى لَوْحٍ مَحْفُوْظٍ) (فاللهُ خَيْرٌ حَافِظًا وَهُوَ اَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ) (ثَلاَثًا) (اِنَّ وَلِيِّيَ اللهُ الَّذِيْ نَزَّلَ الْكِتَابَ . وَهُوَ يَتَوَلَّى الصَّالِحِيْنَ) (حَسْبِيَ اللهُ لآ اِلَهَ اِلاَّهُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ) (ثَلاَثًا) بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِى اْلاَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَآءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ (ثَلاَثًا) وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَ اِلاَّبِا للهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ ( اِنَّ اللهَ وَمَلآ ئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّ , يَآ ايُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا) (الله لآ اِلَهَ اِلاَّهُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ ....)

Wednesday, January 08, 2014

Sepuluh Kebaikan Menanti Orang Mukmin Yang Bersifat Sabar


Sepuluh Kebaikan Menanti Orang Mukmin Yang Bersifat Sabar pada 17hb Ogos 2011 pukul 5.55 ptg أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat yang dirahmati Allah, Sekiranya kita diuji dengan fitnah daripada orang yang iri hati diatas kejayaan kita , diuji dengan kemiskinan, diuji dengan keretakan rumah tangga hingga berlaku perceraian sebagai suami-isteri, diuji dengan penyakit dan mendapat kemalangan, diuji dengan kematian insan yang dikasihi atau diuji dengan kerugiaan dalam perniagaan maka bersabarlah ini semuanya ada hikmah yang baik untuk diri kita sendiri sedangkan kita tidak mengetahui hikmah Allah berikan ujian tersebut . Ianya mungkin kafarah atau penghapusan dosa-dosa kita yang pernah kita lakukan kepada Allah SWT atau ianya sebagai satu cara Allah SWT ingin meningkatkan iman dan takwa kita kepada-Nya dan Dia mengasihi kita supaya dapat memasuki syurga-Nya nanti kerana salah satu jalan seseorang dimasukkan kedalam syurga kerana adanya kerana sifat sabar semasa di dunia. Terdapat sepuluh kebaikan-kebaikan yang akan Allah SWT kurniakan pada hamba-hamba-Nya yang sabar. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut : Pertama : Di ampunkan dosa untuknya. Dalam hadis qudsi berkata Syaddad bin Aus r.a. bahwasanya Nabi SAW. bersabda maksudnya : “Allah telah berfirman: 'Sekiranya Aku uji salah seorang hamba-Ku yang mukmin, lalu ia memuji-Ku seraya bersabar atas (penderitaan) apa yang Aku mengujinya. Maka ia akan bangun dari tempat pembaringannya, bagaikan anak yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih dari dosa. Lantas Tuhan akan memerintahkan malaikat Pencatat Amal: Sesungguhnya Aku telah menahan hamba-Ku ini dan Aku telah mengujinya, maka kini catatkanlah baginya apa yang kamu selalu catatkan sebelum itu dari pahala-pahala amalannya.” (Hadis Riwayat Ahmad) Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslirn) Kedua : Allah SWT merasa malu kepadanya semasa di neraca timbangan dan membuka buku catatannya diakhirat. Berkata Anas ra. bahawasanya Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Allah telah berfirman: 'Jika Aku menimpakan suatu mushibah ke atas salah seorang hamba-Ku pada badannya, atau hartanya, atau anaknya, lalu dia menerima mushibah itu dengan penuh kesabaran, nescaya di hari kiamat Aku malu akan menegakkan baginya neraca timbangan atau membuka buku catatan amalnya.” (Hadis riwayat Qudha’i, Dailami, Hakim dan Tirmidzi) - hadis qudsi. Ketiga : Allah SWT ingin mendengar sendiri ucapan hamba yang diuji-Nya . (mukmin tersebut sentiasa memuji-muji kebesaran Allah SWT dengan dia bersabar dan tidak mengeluh) Berkata Abu Umamah ra. bahwasanya Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Allah telah berfirman: 'Wahai malaikat-ku. Pergilah kepada hamba-Ku, dan timpakan ke atasnya bala'. Maka para malaikat pun menimpakan bala ke atasnya dan orang itu memuji Allah. Para malaikat lalu kembali mengatakan, 'Wahai Tuhan kami ! Kami telah menimpakan atasnya sebagaimana yang Engkau perintahkan'. Berfirman Tuhan: 'Kembali semula kepadanya, Aku ingin mendengar apa katanya'.” (Hadis riwayat Thabarani) - hadis qudsi. Keempat : Di bebaskan daripada seksaan api neraka. Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya ia bersama dengan Rasulullah SAW menjenguk orang yang sakit kerana demam, lalu Rasulullah SAW. bersabda maksuanya : “Bergembiralah, kerana Allah telah berfirman: 'Itu adalah api-Ku, yang Aku kuasakan terhadap hamba-Ku yang mukmin di dunia agar menduduki (sebagai pengganti) bagian apinya di akhirat'.” (Hadis riwayat Ibnu Majah) - hadis qudsi. Kelima : Di berikan kesihatan yang lebih baik daripada sebelumnya. Dari Abu Hurayrah r.a., bahwasanya Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : “Berfirman Allah Ta’ala: 'Apabila Aku menimpakan bala ke atas hamba-Ku yang mukmin, lalu ia bersabar (atas penderitaan itu), tiada ia mengadu atau mengeluh kepada pengunjung-pengunjungnya, nescaya akan Aku lepaskan dia dari tahanan-Ku (penderitaan itu), kemudian Aku tukarkan dagingnya dengan daging yang lebih baik, dan darahnya dengan darah yang lebih baik, sehingga ia dapat bekerja semula (yakni: setelah semua dosa dan kesalahan yang lalu Allah ampunkan semuanya)'.” (Hadis riwayat Hakim) Keenam : Di berikan ganjaran pahala tanpa batas. Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (tanpa batas) " (Surah az-Zumar ayat 10). Dalam sebuah hadis lain Rasulullah SAW. juga pernah bersabda yang bermaksud: "Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah SWT dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat." Ketujuh : Mendapat selawat dan rahmat daripada Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya : "Dan berilah khabar gembira kepadaorang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.' Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya." (Surah al-Baqarah, ayat 155-157). Kelapan : Mendapat balasan syurga. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda didalam Hadis Qudsi: Allah SWT berfirman yang maksudnya :"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Bukhari). Kesembilan : Jaminan mendapat pertolongan Allah SWT. Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Ya (cukup), jika kamu semua bersabar dan bertakwa. Dan (seandainya) mereka menyerang kamu semua seketika itu juga, nescaya Allah akan menolong kalian dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda." (Surah Ali-Imran ayat 125). Kesepuluh : Di berikan oleh Allah SWT sifat penyabar. Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Sahabat yang dimuliakan, Alangkah beruntungnya seseorang mukmin yang memiliki sifat sabar dan dia praktikan kesabarannya tanpa mengeluh dan bersikap negatif . Sentiasa reda dengan ketentuan Allah SWT dan berbaik sangka dengan Allah SWT. Sifat orang fasik dan munafik akan cepat marah dan putus asa dengan rahmat Allah, tidak reda dengan musibah yang menimpa dirinya dan mudah menyalahkan orang lain. Jika kalian berhajat untuk menjadi hamba-hamba Allah SWT yang mendapat reda dan rahmat-Nya maka kalian perlulah sentiasa bersabar, tenang dan berfikiran positif dan meyakini setiap sesuatu perkara itu mengandungi 1000 hikmah kebaikan di sisi Allah SWT.

Tuesday, January 07, 2014

Pengertian Sunnah


Pengertian Sunnah ialah Sunnah Rasulullah s.a.w., pengertian Jemaah ialah kumpulan Sahabat dan Tabien yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang kepada al-Quran, al-Sunnah dan pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Mazhab-mazhab Fekah ialah aliran hukum Syarak yang sah didasarkan di atas tafsiran tertentu terhadap nas-nas Syarak oleh ulama Mujtahidin mengikut kaedah Istinbat yang muktabar. Majlis tidak terikat kepada mana-mana satu mazhab tertentu. Di dalam Mazhab mana pun yang jelas dan nyata pendapat mereka itu dari kitab Allah atau Sunnah Rasulnya atau Jemaah Sahabat Rasulullah s.a.w. maka Majlis sedia menerima dan beramal dengannya. Adapun Mazhab-mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali pada pandangan rasmi Majlis adalah terhitung di dalam Mazhab-mazhab yang muktabar yang tergolong di dalam istilah Ahli Sunnah Wal Jemaah. Majlis Agama Islam Perlis memang berpandukan kepada Mazhab itu dan mengambil pendapat-pendapat mereka yang ada alasan daripada Al-Quran, As-Sunnah dan Jemaah Sahabat Rasulullah s.a.w. Pengertian ini berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah Keterangan/Hujah: DALIL-DALIL DARIPADA AL-QURAN:- 1. Firman Allah S.W.T. dalam Surah at-Taubah ayat 100: Maksudnya: "Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah memberi bantuan) darikalangan orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar." 2. Firman Allah S.W.T. di dalam Surah al-An"am ayat 153: Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku (Agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai beraikah kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa. DALIL-DALIL DARIPADA AL-HADIS 1. Sabda Rasulullah s.a.w: Ertinya: Dari Sariah ( ) r.a. berkata: Sabda Rasulullah s.a.w.: Aku berwasiat kepada kamu dengan takutkan Allah Taala dan mendengar ajaran dan bertaat akan pemerintah walaupun hamba Habsyi, maka sesungguhnya mereka yang panjang umurnya hidup ia hingga kemudian daripada aku, tentu lihat ia akan bersalah-salahan yang banyak, ketika itu lazimlah kamu berpegang sunah aku dan sunah segala Khalifah-khalifah yang menunjuk mereka itu akan jalan yang sebenar, perpeganglah kamu dengannya dan gigitlah kamu akan dia dengan geraham kamu, maknanya berpegang teguh dan jauhkan kamu dari perkara-perkara yang dibaharukan (yang bukan daripada sunah nabi), maka bahawasanya tiap-tiap yang bukan sunah nabi itu bid"ah dan tiap-tiap bid"ah itu sesat dan tiap-tiap sesaat itu di dalam neraka. (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi) 2. Sabda Rasulullah s.a.w: Ertinya: Dari Ibnu Mas"ud r.a. Sabda Rasulullah s.a.w.: Sebaik-baik manusia ialah kurunku (Zaman Nabi) kemudian zaman mereka yang datang sesudahnya (zaman Sahabat) kemudian zaman mereka yang sesudahnya (zaman Tabien) dan sesudah itu datanglah zaman orang yang suka memperlambangkan kebohongan dan janganlah kamu bergantung kepada perkataan dan perbuatan mereka. (Hadis Riwayat at-Tabrani) Dalam menimbang untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis berpandukan Fatwanya itu atas dasar-dasar yang di bawah ini mengikut keutamaan seperti berikut: 1. Al-Quran al-Karim. 2. Hadis Sahih. 3. Ijma"Sahabat. 4. Fatwa Sahabat yang lebih hampir kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. 5. Hadis Mursal dan Daif. 6. Qiyas ketika darurat. 7. Mashalih al-Mursalah. 8. Saddu Zarai". 9. Istihsan dan Istishab. 10. U"ruf. 11. Qawaid Fiqhiah.

Sunday, January 05, 2014

PRODUK: BIO VELOCITY SLEEP MATE


PRODUK: BIO VELOCITY SLEEP MATE KEISTIMEWAAN 1. Meningkatkan metabolism 2. Mengaktifkan fungsi-fungsi sel 3. Menggalakkan peredaran darah 4. Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun 5. Meningkatkan tahap medan tenaga 6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan 7. Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan 8. Bersemangat dan bertenaga 9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi 10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal 11. Melegakan kepenatan dan kesakitan 12. Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik 13. Menggalakkan fungsi jantung 14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti MANFAAT Melegakan sakit kepala, angin,menghilangkan kesakitan otot, melegakan kesakitan gastrik,melegakan sakit belakang, melegakan ketegangan leher, melegakan rasa kebas,segala penyakit yang berkaitan dengan saraf,athma,ghout dan sebagainya dengan izin Allah. Hubungi Kami Untuk mendapatkan maklumat yang terperinci demo berkenaan produk ini, sila hubungi : Sham : 013-2256464/011-21956442 Liza : 013-9773955/013-9843955 Mr. Aaron : 014-9399170 /016-3579211