Tuesday, March 29, 2016

Kemunculan Budaya Syiah di Alam Melayu: Satu Kajian Awal

Kemunculan Budaya Syiah di Alam Melayu: Satu Kajian Awal
Hasnul Hisham Md Saad
Hits: 2514
  • E-mail
Bottom of Form
Oleh
Mohd Samsuddin Harun & Azmul Fahimi Kamaruzaman

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor

Abstrak

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJoLiHVouNVHsr83oa0uj4xrYVbChDqLWwmh8FN3cnwfqEsyc27NnVvHRmNPCb0kw2GAx8PeB5epAHgq1wGblPdQG1SXSOHEg66moVU4QUUMNUtFUI9VihQAidGlpZJ_KCBSBvdMP0ASrY/s400/TANAH+MELAYUKemunculan ajaran dan pemikiran budaya Syiah menjadi salah satu aspek perbahasan yang penting dalam kajian para sarjana mengenai sejarah kedatangan Islam ke Alam Melayu. Pemikiran Syiah telah dibincangkan bersama pengaruh-pengaruh lain seperti Arab dan Parsi yang dianggap penyumbang terbesar dalam pemikiran keagamaan dan budaya umat Islam di rantau ini. Beberapa sarjana cuba menjelaskan bahawa aliran Islam yang terawal diterima oleh masyarakat melayu di Alam Melayu adalah fahaman Syiah sebelum dikuasai oleh aliran teologi Ashairah bermazhab Syafie. Kenyataan ini telah cuba dinafikan oleh beberapa sarjana yang menganggap bahawa Syiah tidak memiliki pengaruh teologi selain hanya telah bercampur aduk dengan budaya Arab-Parsi yang telah meresap dalam pemikiran tasawuf Sunni dan sastera Melayu klasik. Kajian ini dilakukan untuk membincangkan tentang kemunculan pemikiran budaya Syiah di Alam Melayu. Kajian ini juga akan menyentuh pengaruh Syiah dalam budaya Melayu, khususnya dalam bidang pemikiran tasawuf dan sastera Melayu. Kertas kerja ini akan membincangkan pemikiran budaya Syiah sejelasnya wujud di Alam Melayu bermula pada abad ke-12M, menerusi ajaran tasawuf falsafah. Pengaruh budaya Syiah in sangat ketara terdapat dalam beberapa amalan ritual dan sastera melayu klasik bersifat keagamaan dalam masyarakat Melayu. Perkembangan budaya Syiah telah dibantu dan diperkukuhkan lagi oleh peranan pendakwah golongan berketurunan Ahli Bayt dan kegiatan ahli tasawwuf falsafah yang dianggap mempunyai peranan yang sangat besar dalam penyebaran Islam di Alam Melayu. 


PENGENALAN 

Para sarjana tidak sepakat dalam menetapkan secara tepat tarikh Islam tiba ke kepulauan Melayu. Agama Islam hanya berkembang di sekitar semenanjung tanah Arab pada zaman Rasulullah s. a. w. Perluasan wilayah pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin menuju arah utara semenanjung Arab iaitu Syria, Iraq dan Afrika Utara. Semasa zaman pemerintahan khalifah cUthman bin cAffan dikatakan satu rombongan utusan khalifah ke China telah singgah di utara Sumatera, sehingga ada yang menyangka tarikh inilah Islam mula datang ke Alam Melayu. Namun perkembangan Islam di Alam Melayu pada tarikh ini tidak dapat dibuktikan dengan lebih jelas. Kegiatan dakwah Islam semakin meluas sehingga ke sebelah Barat Sepanyol dan sebelah Timur negeri China sewaktu kerajaan Bani Umayyah berkuasa. [1] W. P Groeneveldt dan Sayyid Alwi al-Haddad [2] telah menyatakan bahawa tarikh awal ketibaan orang Islam ke rantau Asia Tenggara adalah pada zaman pemerintahan Bani Umayyah. Demikian juga pandangan T. W. Arnold bahawa pada tahun 674M, iaitu semasa pemerintahan Mu’awiyah bin Abi Sufyan, terdapat sebuah perkampungan Arab-Islam di sebelah pantai barat Sumatera [3]. Pandangan ini menolak keputusan seminar kedatangan Islam di Aceh yang memutuskan bahawa Islam tiba di Sumatera pada abad pertama Hijrah. Begitu juga dengan pandangan keterlaluan orientalis yang menyatakan Islam mula bertapak di Alam Melayu pada abad ke-13M.
 

Para sarjana telah berselisih pendapat mengenai apakah aliran Islam yang terawal mula-mula tiba Islam di Alam Melayu. Zulkifli dalam tesisnya, The Struggle of The Shi‘is in Indonesia [4] menyatakan terdapat dua teori di kalangan sarjana dalam menetapkan sama ada fahaman Sunni atau Syiah merupakan aliran Islam yang terawal tiba di Indonesia (Alam Melayu). Pertama, teori yang diterima oleh kebanyakan sarjana sejarah dan sains sosial yang secara umumnya menolak kewujudan fahaman Syiah dan menyatakan Sunni merupakan aliran pertama yang tiba ke Indonesia (Alam Melayu) dan terus menerus menjadi pegangan majoriti masyarakat sehingga hari ini. Kedua, teori yang meyakini bahawa aliran Syiah telah wujud seawal kemunculan agama Islam di rantau ini, di mana fahaman Syiah dianggap telah memainkan peranan yang sangat penting dalam penyebaran Islam di rantau ini. Teori ketiga ialah fahaman Syiah juga datang ke Indonesia menerusi kegiatan sufi dan tasawuf. Ia telah dikemukakan oleh Umar Faruk Assegaf [5]. Dalam tulisan ini akan dikemukakan perbincangan sarjana berdasarkan ketiga-tiga teori di atas.
 

Sunni Sebagai Aliran Terawal di Alam Melayu: 

Terdapat teori yang menolak kewujudan fahaman Syiah secara ideologi agama dan kuasa politik sekali gus menyatakan Sunni merupakan aliran pertama yang tiba ke Indonesia (Alam Melayu) dan terus menerus menjadi pegangan majoriti masyarakat sehingga hari ini. Bagaimana pun mereka tidak menolak kemasukan pengaruh Parsi. Pendapat ini telah dikemukakan oleh Azyumardi Azra dan Hamka. Menurut Azra unsur-unsur pemikiran Syiah yang ada dalam masyarakat Melayu terawal sebenarnya berasal dari Parsi yang tidak semestinya Syiah. Syiah juga tidak pernah menjadi ideologi politik dan doktrin dalam masyarakat Melayu sehingga hari ini.
 

Azyumardi Azra juga mengkritik pendapat Baroroh Baried, M. Yunus Jamil dan A. Hasjmy yang menyatakan Syiah pernah menjadi kuasa politik di utara Sumatera menerusi kesultanan Perlak dan pertarungan Syiah -Sunnah yang pernah muncul dalam kerajaan tersebut. Azra juga menolak kewujudan perang antara pengikut Syiah dan Sunnah yang berlaku dalam kerajaan Samudera-Pasai. Menurut Azyumardi Azra -M. Yunus Jamil dan Hasjmy telah menggunakan sumber lokal yang belum diuji kesahihannya kerana kedua-duanya tidak menyebutkan sumber ambilan dan kedua-duanya tidak pernah menguji maklumat dari historiografi lokal tersebut dengan sumber-sumber yang lain.
 

Selain itu, menurut Azyumardi Azra berdasarkan penelitian mutakhir tidak ada bukti kukuh yang boleh dipegang bahawa pada pertengahan abad ke-9M telah wujud satu entiti politik Islam di kawasan Perlak apatah lagi dikuasai oleh Syiah. [6] Azra juga menolak berlakunya persaingan kuasa antara Sunni-Syiah dan perang saudara antara Sunni-Syiah kerana hubungan Syiah-Sunah tidak pernah menjadi rumit sehinggalah munculnya kerajaan Safawiyyah di Iran pada abad ke-16M. Hamka pula telah mendedahkan khayalan yang dicipta oleh Onggang Parlindungan dalam buku ‘Tuanku Rao’ mengenai kewujudan Syiah Karmatyah (Qaramitah) di Minangkabau selama 300 tahun adalah berdasarkan 98% sumber yang sudah terbakar [7]. Bagi Hamka, adalah perkara mustahil pengaruh sesebuah kerajaan Syiah selama 300 tahun dan memiliki 1800 mullah Syiah yang bengis terhadap Ahli Sunnah boleh dihapuskan oleh sebuah mazhab Syafie yang hanya berkuasa selepas itu selama 34 tahun sahaja [8].
 

Jelasnya, Azyumardi Azra dan Hamka menolak kewujudan Syiah secara ideology, agama dan politik sepanjang kedatangan awal Islam ke Alam Melayu. Walau bagaimanapun, Azra tidak menafikan pengaruh Parsi yang dianggap tidak semestinya Syiah dalam budaya dan pemikiran agama di rantau ini. Hubungan India-Parsi telah lama wujud antara India-Parsi dan kepulauan Melayu sebelum Islam. Thomas Arnold telah melaporkan kewujudan orang-orang Syiah berketurunan India dan Parsi di kawasan pantai Jawa dan Sumatera pada akhir abad ke-14. Ini telah meyakinkan beliau bahawa Islam telah diperkenalkan kepada masyarakat Indonesia adalah di bawah pengaruh kebudayaan Parsi-India oleh orang-orang Syiah.
 

Tarikh awal kedatangan aliran Sunni ke Alam Melayu tidak dapat dikesan dengan jelas oleh ahli sejarah. Tidak ada penjelasan terperinci mengenai penghantaran utusan ke China sejak pemerintahan ‘Uthman bin ‘Affan sehingga zaman Bani Umayyah yang singgah di utara Sumatera [9]. Teori Arab yang dikemukakan oleh Pijnappel, telah menyatakan orang-orang Arab yang bermazhab Syafi’i telah berhijrah dan menetap di wilayah India kemudian membawa Islam ke Indonesia. Aliran Sunni didakwa berjaya merebut kuasa di Perlak pada abad ke-9M, sebelum berkembang dengan lebih meluas pada abad ke-13M. Di Pasai, aliran Sunni bermazhab Syafie telah mendominasi wilayah tersebut sebelum aliran Syiah masuk dengan penghijrahan penganut Syiah dari Perlak. Kenyataan ini membuktikan Sunni lebih awal memasuki Pasai sebelum abad ke-10M, berbanding aliran Syiah.
 

Alasan paling kuat bagi menyokong bahawa Sunni adalah aliran terawal yang tiba di Alam Melayu ialah pemakaian aliran ‘Asha’irah sebagai pegangan aqidah dan mazhab Syafie dalam perundangan fiqh yang kekal dan menjadi pegangan majoriti masyarakat Islam di Alam Melayu sehingga kini. Aliran ‘Asha’irah dan mazhab Syafie di Alam Melayu didapati sama dengan pegangan masyarakat India di Gujerat, Malabar dan Koromandel seperti yang dinyatakan oleh Ibn Batutah, Arnold dan Morrison. [10] Aliran aqidah dan mazhab ini telah menjadi pegangan para tokoh pendakwah terawal di Alam Melayu khususnya selepas abad ke-13M.
 

Bagi menegakkan pandangan ini -Sunni merupakan aliran terawal – mereka terpaksa menolak kaitan golongan sayid-syarif serta tokoh-tokoh sufi dari Hadhramaut dan Parsi dengan fahaman Syiah yang dianggap sebagai pendakwah dan ahli tasawuf Sunni di Alam Melayu yang aktif bermula abad ke-12M. Antara yang berbuat demikian ialah Alwi al-Haddad, Muhammad Hasan al-cAydrus [11], Wan Mohd Saghir dan Tun Suzana [12].
 

Syiah Aliran Islam Terawal di Alam Melayu?: 

Dalam teori ini, para sarjana cuba menyatakan aliran Syiah telah wujud seawal kemunculan agama Islam di Alam Melayu. Menurut mereka, aliran Syiah lebih awal wujud dengan penghijrahan orang-orang Syiah secara individu (terutama yang berketurunan sayyidsyarif) dan berkumpulan, bahkan Syiah pernah bertapak sebagai mazhab rasmi negara Islam Alam Melayu yang terawal. Dengan itu aliran Syiah dianggap telah memainkan peranan yang sangat penting dalam penyebaran Islam di rantau ini. Kedatangan para pendakwah Syiah ini sering kali dikaitkan dengan dua alasan iaitu, kekejaman pemerintah terutamanya Bani Umayyah dan aktiviti penyebaran Islam dirantau ini.
 

‘Teori Syiah’ ini telah dikemukakan oleh S. Q Fatimi, Aboe Bakar Atjeh, A. Hajsmy, M. Yunus Jamil, turut disokong oleh Mahayudin Yahya, Abdul Rahman Abdullah dan lain-lain. Sebahagian besar teori ini sebenarnya dihubungkan kepada pendapat para sarjana barat bahawa pengislaman Alam Melayu berlaku melalui arah India-Parsi di samping tidak menolak usaha-usaha dari Tanah Arab. Teori Islam disebarkan ke Nusantara dari benua India merupakan pandangan sebilangan besar sarjana-sarjana dari Belanda. S. Q Fatimi dan Atjeh telah memberikan pandangan bahawa aliran Syiah telah datang ke Alam Melayu sebelum ketibaan aliran Sunni dan telah memiliki pengaruh yang memberangsangkan di rantau ini. Abu Bakar Atjeh menyatakan bahawa orang-orang Arab, Parsi atau India dari Gujerat, India semuanya adalah pengikut Syiah yang menjadi pendakwah pertama Islam di Alam Melayu.
 

Sayyid Alwi Al-Haddad menyatakan sekelompok Arab keturunan ‘Alawiyyin telah melarikan diri ke Champa dari kekejaman tentera al-Hajjaj. [13] S. Q Fatimi mengesahkan di Champa ada penemuan batu nesan seorang penganut Syiah bertarikh 431H / 1039M [14]. Dari arah Champa juga dikatakan segolongan ‘Alawiyyin belayar menuju ke Sila (Sulawesi) dan Sabah pada tahun sekitar 65H-86H / 685-705M. Al-Haddad memetik penjelasan al-Nuwayri (1955M) dalam kitabnya, Nihayah al-Arab fi Funun al-‘Adab yang menyatakan di sebelah Timur negeri China terdapat sekumpulan bangsa Arab yang terdiri daripada penyokong-penyokong ‘Ali bin Abi Talib dikenali sebagai ‘Alawiyyin mendiami Sila. Mereka datang ke Sila [15] menerusi Champa. Mahayudin Yahya menamakan golongan ini sebagai Syiah (‘Alawiyyin) yang melarikan diri dari tentera al-Hajjaj dan menyebarkan ajaran Syiah. Perincian mengenai pengaruh mereka tidak dapat dikesan dengan jelas.
 

Kedatangan individu Syiah, terutamanya dari Tanah Arab ke Alam Melayu untuk menyebarkan Syiah telah dilaporkan oleh beberapa sarjana. Abdul Rahman Abdullah menyatakan seorang ulama Zaydiyyah dari Yaman bernama Sulayman bin ‘Abdullah pernah tiba di Aceh pada tahun 850M. Namun tidak dapat dikesan sejarah dan pengaruhnya. Menurut Wan Hussein Azmi, Syiah dikatakan telah tiba ke timur Sumatera pada masa pemerintahan Bani Buwayh pada tahun 359H / 969M dan menetap di Siak. Parameswara turut didakwa telah diislamkan oleh seorang Syiah (kerana berketurunan Sayyid) yang bernama Sayid Abdul Aziz. [16]
 

Kamis Ismail dalam tesis beliau menyatakan pengaruh Syiah dikatakan telah meluas dalam politik Alam Melayu menerusi beberapa kerajaan Melayu terawal seperti Perlak, Pasai dan Acheh Darul-Salam. Beliau mengakui sumber sejarawan Islam terawal tidak pernah melaporkan tentang kewujudan negara Syiah di Alam Melayu menyebabkan terpaksa bergantung kepada sumber-sumber lokal seperti tulisan A. Hasjmy dan M. Yunus Jamil sebagaimana dilakukan oleh beberapa sarjana lain sebelumnya.
 

A. Hasjmy dan M. Yunus Jamil berdasarkan sumber dari kitab Izhar al-Haqqfi Mamlakah Ferlak karya Abu Ishaq Makarani al-Fasy, mengatakan bahawa pada tahun 173H / 789M (atau 800M, atau 817M), satu rombongan pendakwah Syiah yang terdiri daripada 100 orang pendakwah Arab, Parsi dan India Muslim yang diketuai oleh Nakhoda Khalifah telah tiba di Perlak. Mereka dikatakan telah diarahkan untuk berdakwah setelah gagal memberontak terhadap khalifah al-Ma’mun dari dinasti ‘Abbasiyyah. Salah seorang dari mereka ialah cucu kepada Imam Syiah yang keenam (Imam Jacfar al-Sadiq), bernama Ali bin Muhammad al-Dibaj bin Ali bin Jacfar al-Sadiq. ‘Ali (terkenal dengan gelaran al-Kharisiy)bin Muhammad al-Dibaj dikatakan telah berkahwin dengan adik Raja Perlak dan melahirkan Sayid ‘Abd. al-‘Aziz Syah, pemerintah pertama kerajaan Syiah di Perlak yang didirikan pada 225H / 840M. Keturunan beliau disebutkan sebagai dinasti ‘Aziziyyah yang memerintah sehingga tahun 888M, sebelum jatuh ke tangan Ahli Sunnah. [17]. Secara umumnya, Kamis Ismail merumuskan terdapat lima pemerintah Perlak yang berfahaman Syiah [18] dan ajaran Syiah dipercayai telah tersebar menerusi kerajaan ini di pantai barat Sumatera.
 

Kenyataan ini dibantah oleh Azyumardi Azra yang menafikan sebarang kewujudan entiti politik muslim di Perlak pada pertengahan abad ke 9M. Selain itu, kitab Umdat al-Talib fi‘Ansab’ Ali Abi Talib tidak pernah menyatakan penghijrahan ‘Ali bin Muhammad Dibaj ke Perlak selain ke Basrah ke al-Ahwaz dan beliau sebenarnya telah dikebumikan di Baghdad. [19] Manakala Hassan Muarif Ambary menolak kewujudan kerajaan awal Perlak berdasarkan kajian arkeologinya mengenai Islamisasi di Indonesia. [20]
 

Menurut Slamet Mulyana Syiah sampai ke Samudera Pasai pada permulaan abad ke-12M dengan dukungan kerajaan Fatimiyyah di Mesir. [21] Pendapat yang sama dikemukakan S. Warsito bahawa di Samudera-Pasai aliran Syiah dikatakan telah menguasai kerajaan di sana semasa pemerintahan Meurah Nor (raja keempat yang bergelar Sultan al-Kamil) pada 550-606H / 1155-1210M. Sultan al-Kamil dikatakan memiliki tiga orang ulama berketurunan India-Parsi yang dipercayai sebagai orang Syiah yang memegang jawatan besar dalam kerajaan. Bagaimanapun fungsi dan peranan ketiga-ketiga ulama’ ini dalam menyebarkan ajaran Syiah tidak dapat dikesan. Sebelumnya, Ahli Sunnah merupakan mazhab yang dominan di Pasai sejak tertubuhnya negara Islam pada 433H / 1042M di negara berkenaan dan pemerintah di Pasai mendukung aliran Sunni.
 

Pada masa pemerintahan Sultan al-Kamil dikatakan satu rombongan ulama’ Makkah dipimpin oleh Syeikh ‘Abdullah ‘Arif, seorang ahli sufi abad ke-6H / 12M dikatakan orang pertama bertanggungjawab menyebarkan ajaran Syiah di Aceh, Kedah dan Pattani menerusi kitabnya, Bahr al-Lahut. A. Hajsmy mengatakan gelaran Sultan al-Kamil ini telah diberikan oleh Syeikh Abdullah Arif kepada Meurah Noor. [22] Dra. Nurhayati berpendapat Syeikh ‘Abdullah ‘Arif adalah seorang ulama’ besar berfahaman Sunnah kerana datang ke Pasai dengan membawa kitab Ihya ’Ulum al-Din karangan Imam al-Ghazzali [23]. Pendapat yang sama dikemukakan oleh Wan Mohd Saghir. Boleh jadi kerana Syeikh ‘Abdullah ‘Arif dilaporkan pernah berguru dengan ulama’ tasawuf besar Ahli Sunnah iaitu Syeikh Abd. ‘Al-Qadir al-Jilani di samping memiliki dua rakan ulama’ Sunah bernama Syeikh Isma’il Dafi dan Burhanuddin. Bagaimanapun penyelidikan yang bersungguh-sungguh dari Mahayuddin Yahya tentang kitab Bahr al-Lahut, membuktikan kitab berkenaan dipenuhi ajaran Syiah yang bercampur baur dengan tasawuf falsafah. Justeru, beliau membuat kesimpulan bahawa Syeikh ‘Abdullah ’Arif adalah berfahaman Syiah dan bertanggungjawab menyebarkan ajaran itu di Alam Melayu menerusi kitabnya.
 

Selain itu, M Yunus Jamil melaporkan bahawa Syiah Ismailiyyah Batiniyyah telah muncul dalam kerajaan Pasai pada abad ke-15M. Semasa pemerintahan Ratu Nihrasiyah Rawangsa Khadiyu, puteri kepada Malik al-Zahir, Syiah begitu berpengaruh, berkuasa dan mendominasi pemerintahan negara. Ratu Nihrasiyah telah melantik seorang penganut Syiah Ismailiyyah, Ariya Bakoy Ahmad Permala seorang ketua kumpulan tarekat wujudiyyah sebagai Perdana Menteri (Mangkubumi). riya Bakoy mempunyai perwatakan kejam khususnya terhadap Ahli Sunnah. A. Hasjmy menyatakan Ariya Bakoy benar-benar menggunakan kedudukannya untuk mengembangkan ajaran Syiah dan menindas musuh politiknya yang beraliran Sunnah, dengan mengeluarkan perintah supaya membunuh kira-kira 40 orang tokoh ulama Ahli Sunnah. Tindakan kejam itu dikatakan berpunca dari cadangan Aria Bakoy untuk mengahwini anak kandungnya sendiri telah dibantah oleh ulama’-ulama’ Ahli Sunnah. Kejadian ini mengundang peperangan antara rakyat Pasai yang beraliran Sunnah menentang Ariya Bakoy. Akhirnya beliau dikalahkan dan dibunuh oleh Malik Mustafa, suami kepada Ratu Nihrasyiah yang berfahaman Sunnah, ketua gerakan rakyat pada masa itu. Pasai telah digabungkan dengan kerajaan Aceh semasa pemerintahan Sultan Husein Shah.
 

Dengan kekalahan itu, aliran Syiah telah berkubur di arena politik, namun terus berfungsi lebih-lebih lagi dalam aliran tasawuf, tarekat dan falsafah. [24] Ariya Bakoy sangat komited dalam menyebarkan fahaman Batiniyyah atau panteisme yang berasal dari ajaran Syiah. A. Hasjmy melaporkan Ariya Bakoy telah menghantar Syeikh ‘Abd. Jalil atau juga dikenali sebagai Syeikh Siti Jenar ke Pulau Jawa untuk menyebarkan fahaman tersebut.
 

Kerajaan Aceh telah didirikan pada 601H / 1205M dengan sultan pertamanya, Sultan Alaudin Johan Syah (601-631H / 1205-1234M). [42] orang Sultan kerajaan ini menganut aliran Ahli Sunah wa al-Jama’ah. Bagaimanapun pengaruh Syiah dapat dikesan menerusi tokoh-tokoh besar ulama yang memegang jawatan penting dalam negara. Pengaruh ini telah mencetuskan pergolakan dalam negeri yang mengakibatkan berlakunya perbezaan pendapat dan pergeseran politik hingga berlaku beberapa peristiwa seperti pembakaran buku-buku, penurunan takhta dan seumpamanya. Di Aceh telah berlaku pertentangan antara konsep wahdah al-wujud dengan wahdah al-syuhud. Fahaman wahdah al-wujud yang berasal dari ajaran Syiah telah diketuai oleh Hamzah Fansuri dan muridnya, SyamsuddinSumaterani. Manakala Nur al-Din al-Raniri dan Syeikh cAbd. Ra’uf Syiah Kuala menganut fahaman wahdat al-syuhud. Kedua-dua belah pihak telah menghasilkan kitab masing-masing.
 

Wahdatul Wujud, Insan Kamil, Nur Muhammad yang terdapat dalam ajaran tasawuf falsafah merupakan resapan dari ajaran Syiah. Ia telah berkembang semenjak kemasukan kitab Bahr Lahut yang diajarkan oleh Syeikh ‘Abdullah ‘Arif pada abad ke-12M di Kedah, Pasai dan Aceh. Menurut A. Hasjmy pada abad ke-16 dan 17M tokoh-tokoh ulama Syiah dan Sunnah silih berganti datang ke Aceh dari semenanjung Tanah Arab, Parsi dan India dengn tujuan memperkuatkan golongan masing-masing. Tiga ulama Arab dan Parsi telah mengunjungi Aceh, dua orang beraliran Sunnah dan seorang penganut Syiah ghulat. Peristiwa ini berlaku pada abad ke-18M ketika Sultan Ala’udin Riayat Syah memerintah antara tahun 989-995H / 1581-1587M. Ulama Syiah berkenaan ialah Shaykh Abu al-Khayr Ibn Hajar. Beliau membawa fahaman wujudiyyah dan a’yan al-thabitah dan telah disambut baik oleh Hamzah Fansuri dan Syamsuddin Sumaterani. Dua ulama aliran Sunnah ialah Syeikh Muhammad Yamin dan Muhammad Jilani bin Hasan (bapa saudara kepada Nur al-Din al-Raniri) yang datang dari Gujerat. Syeikh Muhammad Yamin membawa ajaran wahdatul syuhud yang bertentangan dengan Abu al-Khayr. Ajaran ini diterima oleh Nur al-Din al-Raniri dan Abd. Rauf Singkel dan pengikut mereka. Kedua-dua ulama’ Sunnah ini telah menyanggah ajaran Abu al-Khayr sehingga menimbulkan pergeseran. [25]
 

Pertembungan ini telah melarat di mana Nur al-Din dan ‘Abd Ra’uf telah menentang ajaran wujudiyyah yang dibawa oleh Hamzah Fansuri dan Syamsuddin Sumaterani. Hamzah Fansuri telah menghasilkan karya Ruba’i Fansuri dan Syamsuddin Sumaterani menulis karyanya Syarh Rubai Fansuri dan Tuhfah al-Mursalah ila Ruh al-Nabi yang mengandungi ajaran martabat tujuh. Syamsuddin Sumaterani telah dilantik sebagai kadi semasa pemerintahan Sultan Ala’udin Riayat Shah IV (1598-1604M), namun beliau tidak berjaya mengembangkan ajarannya. Nur al-Din al-Raniri menjadi kadi dalam kerajaan Sultan Ali Mughayat Syah Iskandar Thani (1636-1641M). Sebelum perlantikannya, pengikut wujudiyyah telah memulakan kekacauan di Acheh. Kerana faktor ini, Nur al-Din al-Raniri menasihati Sultan supaya mengambil tindakan keras dan menekan fahaman wujudiyyah. Hasilnya sultan mengarahkan semua karya wujudiyyah dibakar. Kitab-kitab Hamzah Fansuri dan Syamsuddin Sumaterani dibakar di Masjid Bayt Rahman. Malah dilaporkan berlaku pembunuhan kejam ke atas penganut wujudiyyah atas arahan pemerintah. Selepas itu ajaran wujudiyyah dikatakan terus berkembang dalam kerajaan Acheh khususnya di bawah pemerintahan empat orang ratu khususnya selepas kematian kadi Syeikh ‘Abd Ra’uf Syiah Kuala pada tahun 1695M, sehingga melibatkan campur tangan Syarif Makkah. [26]
 

Berdasarkan perbincangan di atas, tulisan ini sekurang-kurangnya telah cuba menunjukkan kewujudan pengaruh Syiah bermula sejak pemerintahan Bani Umayyah lagi. namun pandangan tersebut memiliki beberapa kelemahan, disamping perincian tentang sejarah serta pengaruh Syiah di kawasan tersebut tidak dapat dijelaskan dengan nyata. Namun kenyataan ini tidak menolak bahawa aliran Syiah juga turut meresapi perkembangan Islam di Alam Melayu secara individu. Kewujudan kerajaan Perlak sebagai negara pertama Syiah pada 840M yang dikemukakan oleh A. Hasjmy dan M Junus Jamil tidak dapat dibuktikan dengan jelas kerana bertentangan dengan sumber-sumber nasab dan arkeologi. Ia boleh dianggap sebagai sumber tidak memiliki autoriti walaupun popular di kalangan sarjana. Merujuk kepada fakta yang lebih jelas, aliran Syiah boleh dikatakan bermula berkembang menerusi ajaran wujudiyyah dan tasawuf falsafah yang lain selepas ketibaan Syeikh ‘Abdullah ‘Arif ke Alam Melayu pada abad ke 12M. Kenyataan ini membuktikan bahawa Sunni merupakan aliran terawal tiba dan menguasai beberapa kerajaan di Alam Melayu sebelum diresapi oleh Syiah.
 

Syiah Berkembang menerusi Aliran Tasawwuf: 

AH Johns, Azyumardi Azra dan beberapa sarjana lain sepakat menyatakan Islam di Alam Melayu disebarkan menerusi peranan ahli sufi dan tasawuf pada abad ke-12M walaupun Islam sudah bertapak sejak abad ke-7 atau 8M27. Sementara kaitan antara ajaran sufi dan tasawuf yang disebarkan di Alam Melayu pada abad ke-12M oleh Syeikh ‘Abdullah ‘Arif dan tokoh-tokoh sufi selepasnya dengan aliran Syiah menjadi fokus ramai para sarjana. Sehingga wujud kesimpulan bahawa pemikiran dan budaya Syiah telah berakar umbi dalam masyarakat Islam menerusi kegiatan tasawuf di Nusantara dan doktrin-doktrin yang diajarkan oleh ahli sufi tersebut. Begitu juga dalam pengaruh ajaran Syiah dalam budaya dan sastera Islam Melayu klasik yang turut melibatkan karya-karya tokoh sufi berkenaan. Aspek yang sangat penting tidak boleh dipisahkan dalam perbahasan ini termasuklah kedudukan keturunan Ahl Bayt atau sayyid-syarif yang merupakan kelompok utama pembawa ajaran sufi yang terlibat dalam kegiatan tasawuf di Alam Melayu serta memiliki peranan yang besar dalam penyebaran Islam di rantau ini. Sayyid Alwi al-Haddad menyatakan golongan Ba ‘Alawi dari Hadhramaut menganut fahaman Sunni bermazhab Syafie. Namun begitu, kalangan mereka merayakan beberapa perayaan Syiah seperti hari haul para habib, menyambut hari kematian Husayn, mengamalkan ratib-ratib seperti ratib al-Haddad dan sebagainya. Dalam masa yang sama kelompok ‘Alawiyyin ini memiliki sebilangan yang besar menjadi penganut ajaran Syiah, menjadi ketua-ketua bagi markas Syiah dan sejumlah besar dari kalangan menjadi intelektual syiah dan pakar bidang tasawuf falsafah yang sangat intim dengan ajaran Syiah, sebagai contohnya keluarga al-‘Attas di Malaysia pada masa kini. Mahayudin Yahya membuat kesimpulan bahawa golongan sayyid dan ‘Alawiyyin merupakan penyebar ajaran Syiah pertama di Alam Melayu.
 

Para pengkaji mengenai kerajaan Perlak, Pasai dan keturunan sayyid yang berlegar-legar di Alam Melayu tradisional, sering kali menghubungkan keturunan para sayyid ini kepada Imam Jacfar al-Sadiq, iaitu Imam keenam bagi aliran Syiah Imamiyyah menerusi datuk mereka bernama Ahmad bin ‘Isa al-Muhajir. Jalaluddin Rahmat tokoh besar Syiah Indonesia, mengatakan kelompok ‘Alawiyyin dari Hadhramaut sebenarnya bertaqiyyah di sebalik ajaran Sunni [28]. Menurut pengarang Sayyid Muhsin al-Amin dalam kitabnya yang terkenal, ‘Acyan al-Shicah -Ahmad bin ‘Isa al-Muhajir sebenarnya merupakan penganut Syiah Imamiyyah di Basrah dan memiliki dua riwayat dalam kitab al-Ghaybah karangan Shaykh al-Ta’ifah Abu Jacfar al-Tusi [29]. Amin bin Ahmad al-Sa’diy menyatakan, setelah berhijrah ke Yaman, Ahmad bin ‘Isa telah menghantar anaknya ‘Ubaydillah bin ‘Ahmad bin cIsa mempelajari kitab rujukan terawal bidang tasawuf Qut al-Qulub dengan pengarangnya sendiri, Abu Talib al-Makkiy (w. 386H) tokoh besar sufi di Makkah,. Dari sinilah ajaran sufi berkembang di Tarim, Hadhramaut. [30] Dari sini juga ajaran sufi dan tasawuf falsafah dibawa ke Alam Melayu.
 

Mengenai hubungan ajaran tasawuf falsafah dengan aliran Syiah, para pengkaji bidang sufi dan tasawuf telah membuat kesimpulan bahawa ajaran sufi yang berkembang selepas abad ke-2H atau ke9M, telah diresapi pengaruh falsafah asing seperti unsur-unsur Hinduism, Buddhism, Neo-Platonism, Majusi dan Syiah Batiniyyah menerusi percampuran budaya di Asia Barat. Ajaran sufi di dunia Islam dikatakan bermula di wilayah utara Khurasan, Parsi oleh bekas penganut Hindu-Majusi dan Neo-Platonism yang memeluk Islam dan menjadi Syiah. Malah salah seorang tokoh besar terawal sufi termasuk Jabir bin Hayyan merupakan pengikut Imam Jacfar al-Sadiq. Justeru, tidak menghairankan Seyed Hossein Nasr mendakwa bahawa Syiah merupakan punca atau asas kepada ajaran yang kemudiannya dinamakan tasawuf [31]. Setelah kejatuhan Baghdad pada abad ke-13M muncul pula tasawuf tarekat yang disandarkan kepada imam-imam Syiah sebagai wali dan qutb ajaran mereka.
 

Kebanyakan pengkaji Alam Melayu yang mengaitkan bahawa ajaran sufi dan tasawuf serta tarekat yang diimport dari Arab dan Parsi kebanyakannya dipengaruhi oleh ajaran Syiah, khususnya aliran Syiah Batiniyyah yang pada asasnya tidak berbeza dengan aliran Syiah Imam Dua Belas. Pengaruh Syiah dalam tasawuf dikatakan punca kepada berkembangnya beberapa doktrin seperti Nur Muhammad, konsep Imam al-Mahdi – rijal al-ghayb (penyelamat ummat), wujudiyyah, hulul wa ittihad, martabat tujuh, insan kamil dan perayaan-perayaan seperti maulid rasul, bubur ashura’, oyak-osen dan lain-lain di dalam masyarakat Alam Melayu tradisional. Christopher Marcinkowski menjelaskan Syiah memiliki akar sejarah yang lama di Indonesia dan Malaysia terutama dalam falsafah kesufian dan tarekat wujudiyyah termasuk beberapa aspek sastera Melayu klasik. Di Alam Melayu, pengaruh pemikiran ini telah dibawa masuk oleh tokoh-tokoh pendakwah Islam di kalangan ahli sufi dan tasawuf bermula abad ke-12M.
 

Pada tahun 1177M, Syeikh ‘Abdullah ‘Arif yang digelar wali Allah telah tiba di Aceh. Syeikh Abdullah ini dikatakan turut terlibat menyebarkan Islam di Pattani dan negeri Kedah. Antara sahabat beliau ialah dua orang tokoh sufi Sunni bernama Syeikh Isma’il Dafi yang mengislamkan sultan Merah Silu di Pasai dan Burhanuddin yang menyebarkan Islam di Minangkabau. Syeikh ‘Abdullah ‘Arif dan rakannya Syeikh Isma’il dikatakan pernah berguru dengan tokoh sufi Sunni yang terkenal, Syeikh ‘Abd. Al-Qadir al-Jilani (1079-1166M) yang bermazhab Hanbali. Pada masa tersebut doktrin al-hulul wa al-ittihad yang dipelopori oleh Mansur al-Hallaj (w. 922M) telah berkembang di Asia Barat. Hulul bermaksud Tuhan dan Manusia, meresap dalam satu tubuh sehingga dia bersatu (ittihad) dalam keadaan tidak sedarkan diri atau mabuk (fana’). Mansur al-Hallaj juga terkenal menerusi doktrin Nur muhammad atau Haqiqah Muhammadiyyah.
 

Perkara yang terpenting mengenai Syeikh ‘Abdullah ‘Arif ialah mengenai kitabnya yang terkenal, Bahr al-Lahut yang dianggap oleh MahayudinYahya sebagai salah satu manuskrip yang tertua ditemui di Alam Melayu. Kitab Bahr al-Lahut yang ditulis pada abad ke-12M mengandungi doktrin Nur Muhammad, Insan Kamil dan fahaman Wahdatul Wujud yang berasaskan konsep al-hulul wa al-ittihad. Doktrin-doktrin ini adalah sebahagian daripada ajaran kosmologi Syiah yang telah dipopularkan oleh ulama’ tasawuf termasuk Ibn ‘Arabi [32]. Mungkin perkara ini menyebabkan Syeikh Burhanuddin meninggalkan Syeikh ‘Abdullah ‘Arif dan menyebarkan Islam di Minangkabau.
 

Selanjutnya, Sunyoto menyokong pengaruh Syiah disebarkan di Alam Melayu menerusi kegiatan tasawuf dengan bukti penglibatan tokoh-tokoh Wali Songo, terutamanya dua orang tokoh Wali Songo yang bermazhab Syiah Imam Dua Belas, Sunan Kalijaga dan Syeikh Abdul Jalil yang terkenal dengan nama Syeikh Siti Jenar. Kedua-dua tokoh ini dilaporkan berbeza aliran dengan tokoh-tokoh Wali Songo yang lain yang dikatakan beraliran Sunni. Sebenarnya beberapa tokoh Wali Songo dikaitkan berasal dari keturunan Ahmad bin ‘Isa al-Muhajir, keturunan Imam Syiah yang keenam, Jacfar al-Sadiq. Ahmad bin ‘Isa al-Muhajir adalah penganut Syiah Imam Dua Belas. Menurut pandangan Jalaluddin Rahmat keturunan Ahmad bin ‘Isa al-Muhajir yang tersebar di rantau ini telah menyebarkan ajaran Syiah berselindung di sebalik ajaran ‘tasawuf Sunni’ mereka.
 

Syeikh Siti Jenar (turut dikenali sebagai Lemah Abang) yang berasal dari Baghdad dikatakan menganut fahaman bahawa Imam sepatutnya menjadi pemerintah tertinggi dalam sesebuah negara. Doktrin ini berkait rapat dengan fahaman wujudiyyah yang diperkenalkan oleh al-Hallaj. Syeikh Siti Jenar telah dihukum mati oleh Wali Songo yang lain kerana pegangannya. Kesan yang diterima oleh Siti Jenar ini, Sunan Bonang seorang tokoh moderat di kalangan Wali Songo telah mengemukakan -pilihan ketiga -iaitu dakwah berasaskan teologi Sunni menurut budaya Syiah yang telah memberikan kesan yang besar terhadap penduduk Islam di Pulau Jawa [33].
 

Pada Abad ke-17M, sewaktu pemerintahan Iskandar Muda di Aceh, pengaruh tasawuf lebih meluas dengan peranan oleh dua orang tokoh ulama’ terkenal iaitu Hamzah Fansuri dan Syamsuddin al-Sumaterani. Kedua-dua tokoh ini mempunyai kedudukan istimewa dalam kerajaan Aceh. Kedua-dua mereka dilaporkan menganut fahaman wahdah al-wujud berbentuk tasawuf falsafah yang telah diperkenalkan oleh Ibn ‘Arabi pada abad ke-10M. Perkembangan ajaran ini pada masa tersebut telah benar-benar menanamkan pengaruhnya bukan sahaja di kalangan rakyat jelata, bahkan sehingga menjadi pegangan rasmi pemerintah. Akibatnya timbul sanggahan daripada dua orang ulama terkenal yang lain iaitu Nur al-Din al-Raniri dan ‘Abd. Ra’uf Singkel yang membawa konsep wahdat al-syuhud. Sanggahan ini dianggap tidak memberikan kesan kerana Nur al-Din sendiri sebenarnya juga terpengaruh dengan pemikiran Ibn ‘Arabi.
 

Namun pada abad ke-18M pengaruh tasawuf telah beralih kepada aliran Sunni setelah kemasukan buku-buku karangan Imam al-Ghazzali seperti Lubab Ihya’ Ulumuddin dan Bidayah al-Hidayah. Bagaimanapun pengaruh Syiah-Tasawuf falsafi tidak pupus memandangkan kitab-kitab al-Ghazzali telah diterjemahkan oleh Abdul Samad Palembang menurut karya-karya tokoh-tokoh sufi falsafah seperti ‘Abd. al-Karim al-Jili, Ibn ‘Arabi juga termasuk karya Syamsuddin al-Sumaterani sendiri. Selain itu Abd. Samad juga menganut tarekat Khalwatiyyah bersama dengan Syeikh Muhammad ‘Arsyad al-Banjari. Kebanyakan tarekat tidak pernah lepas menerima pengaruh Syiah kerana sanad-sanad tarekat mereka sering kali dihubungkan kepada Imam-Imam Syiah sebagai wali-wali mereka.
 

Budaya Syiah dalam Masyarakat Islam Alam Melayu: 

Kemunculan budaya Syiah muncul dan boleh dikesan menerusi beberapa aspek seperti penghormatan terhadap Ahli Bayt, ritual-ritual agama dan sastera Melayu klasik. Penulis memfokuskan tiga aspek yang utama di bawah:
 

(1) Penghormatan Terhadap Ahli Bayt:
 

Sesuai dengan kedudukannya yang terhormat dan dakwaan bersambung dengan nasab Rasulullah s.a.w, golongan Ahli Bayt mendapat penghormatan yang tinggi di kalangan orang Melayu tradisional sehingga kini. Perlu diingat yang berhak mendapat gelaran Ahli Bayt di sisi Syiah hanya merangkumi Nabi Muhammad, ‘Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn dan mereka yang berkaitan dengan Husein selepasnya kerana Husayn mengahwini puteri raja Parsi. Pada awalnya Syiah Imam Dua Belas dan Syiah Ismailiyyah Batiniyyah hanya mengkhususkan anak-anak Husayn yang berketurunan Parsi sebagai Ahli Bayt dan layak menjadi Imam mereka sebelum keduanya berpecah kerana masalah penentuan jawatan Imam selepas kematian Imam keenam mereka, Jacfar al-Sadiq.
 

Justeru, anak-anak Husayn berpangkal nama sayyid-syarif yang bertebaran ke Alam Melayu dikaitkan adalah keturunan Husayn (sedikit sekali berketurunan Hasan). Cara penghormatan yang diberikan ini selari dengan ajaran Syiah yang mengutamakan Husayn yang menjadi punca nasab Imam-imam Syiah selepasnya. Sebagai contoh di Singapura, golongan ini dikatakan mempunyai kemampuan yang luar biasa seperti boleh memecahkan batu-batu yang besar, menyembuhkan penyakit yang ganjil, dan lain-lain kekuasaan yang tidak ada pada orang biasa. Dengan adanya sifat luar biasa itu mereka dianggap sebagai wali atau ahli keramat yang sentiasa dipandang tinggi dan jika bersalaman tangan-tangan mereka sering dicium dan dikucup [34].
 

Demikian juga ajaran-ajaran tarekat yang menghubungkan nasab syeikh-syeikh tarekat kepada imam-imam Syiah sebagai wali bagi ajaran mereka. Kebanyakan tarekat memiliki hubungan sanad ajaran mereka kepada Musa al-Kazim, Jacfar al-Sadiq sehingga kepada ‘Ali bin Abi Talib. Menerusi ruang inilah ajaran Syiah menembusi kebanyakan ajaran tarekat. Oleh sebab tokoh-tokoh tasawuf yang datang ke Alam Melayu mulai abad ke-12M berketurunan sayid dan mengajarkan ajaran tarekat maka menerusi inilah salah satunya cara Syiah masuk ke dalam pemikiran orang Melayu. Maka tidak hairanlah dengan kedudukan mereka yang didakwa bersambung keturunan dengan Rasulullah s.a.w, mengajar ilmu tasawuf dan tarekat, golongan ini yang datang dari Hadhramaut mendapat sambutan dan mendapat penghormatan yang sangat tinggi di mata masyarakat Melayu di Nusantara. Mereka juga dijadikan sebagai tempat rujukan dalam bidang keagamaan oleh masyarakat Melayu. [35] Perkahwinan dengan anak-anak raja berlaku sehingga menghasilkan keturunan-keturunan beberapa raja negeri Alam Melayu seperti di Brunei, Johor, Kelantan, Perlis, Perlis dan lain-lain.
 

(2) Ritual-Ritual Agama: 

Perayaan pertama yang muncul dalam agama Syiah ialah memukul badan dan mengelar badan-badan sempena meraikan kematian Husayn di Karbala oleh kelompok al-Tawwabun yang terdiri dari penduduk Syiah dan Khawarij di Kufah. Tindakan mereka menyesali perbuatan menulis ribuan pucuk surat kononnya menjemput Husayn bin ‘Ali r.a. untuk dibai’ah sebagai Imam tetapi bertindak membunuhnya pada 10 Muharram. Perayaan ini tidak pernah dikenali di dalam Islam sehingga muncul semasa kerajaan Fatimiyyah di Mesir yang menyambut tarikh ini sebagai hari berdukacita dengan disajikan beberapa jenis makanan dan para penyair pula melantunkan syair-syair sedih. Perayaan yang sama turut disambut oleh puak pemerintah Bani Buwayh semasa pemerintahan Muciz al-Dawlah (352H / 963M). Di Nusantara acara ini disambut dengan nama tabut Hasan dan Husayn seperti yang dilaporkan berlaku di Pariaman dan Padang. Istilah tabut yang dibuat seperti tandu pada setiap 10 Muharram (hari cAshura’) telah dikenali. Dalam sambutan itu mereka mengusungnya beramai-ramai sambil menyebut oyak-osein (Hasan-Husayn) dengan suara yang kuat.
 

Di Jawa dan Makassar, bubur Ashura’ atau suro, dilaporkan menjadi lambang hari perkabungan. Sultan Agung Hanjokro Kusumo Mataram telah menukarkan tahun Saka-Jawi dan menyesuaikannya dengan tahun Hijrah dengan menamakan bulan pertama dengan nama suro. Seorang pujangga Minang bernama Baginda Malim telah mengarang buku syair Hikayat Husayn Berperang Dengan Raja Yazid dan syair itu telah dinyanyikan pada 10 Muharram. Lain-lain laporan menjelaskan amalan ini dinamakan ta’ziyah di kalangan pengikut Syiah di Burma dan didakwa turut diraikan dalam bulan Muharram di kalangan masyarakat Sunni di Arakan. Selain itu di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia terkenal dengan masakan bubur Ashura’ pada bulan Muharram tanpa menetapkan tarikh 10 Muharram.
 

Dalam masyarakat Melayu Indonesia dan Malaysia seperti di Kedah, Perak dan Pulau Pinang masyarakat turut meraikan persembahan boria. Faisal Tehrani dalam tulisannya mengungkapkan:
 

“Boria adalah satu bentuk persembahan untuk mengenang kekejaman yang menimpa cucunda Rasulullah saw di Karbala. Boria dibawa masuk oleh askar-askar yang berkhidmat dalam rejimen ‘Syarikat Hindia Timur Inggeris’ yang berfahaman syiah. Mereka ditempatkan di negeri-negeri Selat termasuk Pulau Pinang. Askar-askar upahan dalam kalangan India Muslim ini akan diberi cuti sepuluh hari dalam bulan Muharam untuk meratapi kesyahidan Saidina Husin” [36]
 

Di Alam Melayu beberapa ritual agama yang baru telah dibawa masuk oleh ajaran Syiah seperti pembacaan kisah-kisah kelahiran nabi atau mawlid nabi, yang dilakukan kalangan pengikut sufi sejak abad ke 19M. Dua karya maulid yang terkenal ialah Qasidah al-Burdah oleh al-Busiri (w. 695H / 1296M) dan Mawlid al-Nabi oleh al-Barzanji (w. 1766M). Dalam Qasidah al-Burdah terdapat ajaran Nur Muhammad contohnya dalam salah satu baitnya berbunyi:
 

“…tanda-tanda kenabian yang dibawa oleh para yang mulia itu sesungguhnya masih berhubungan dengan nur muhammad, nabi-nabi yang lain adalah bintang-kemintangnya dan suria inilah yang menampakkan cahayanya bagi manusia dalam kegelapan”. [37]
 

Sementara dalam karya berzanji pula ditemui pada bait yang berbunyi: 

“.. ku pohonkan semoga Allah cucurkan rahmat dan selamat kepada junjungan yang nur-nya mula-mula dijadikan Allah di alam nyata. Nur berpindah-pindah daripada keturunan demi keturunan yang semuanya keturunan yang mulia”.
 

Mawlid berzanji yang sering menjadi bacaan pada majlis mawlid nabi, cukur jambul dan acara ini masih berkumandang dalam masyarakat Melayu Nusantara. Perayaan Mawlid Nabi sendiri bermula pada zaman dinasti Bani Buwayh yang berfahaman Syiah berkuasa di dalam kerajaan Bani ‘Abbasiyyah.
 

Antara ritual yang lain diresapi pengaruh Syiah di Nusantara ialah amalan ratib atau tahlil arwah yang diamalkan oleh masyarakat Melayu termasuk di Malaysia. Dalam tahlil mereka dimulakan dengan bacaan al-Fatihah kepada hadrat Nabi dan roh-roh si mati. Amalan ini menjadi tradisi kepada penganut Syiah di Iraq sejak zaman berzaman. Dalam tahlil arwah juga dibacakan oleh orang-orang Melayu, Ayat 33 daripada surah al-‘Ahzab yang diyakini oleh orang-orang Syiah sebagai bukti keturunan ‘Ali dan Fatimah adalah maksum. Selain itu orang-orang Melayu juga mengamalkan ratib Samman yang berbunyi, al-Hasan thumma al-Husayn ibu ‘Ali, Fatimah ya aini. Perkara ini juga terdapat dalam doa-doa Melayu dan jampi mantera di kalangan bomoh-bomoh tradisional. [38]
 

(3) Sastera Melayu Klasik: 

Sastera Melayu klasik tidak dapat melarikan diri dari pengaruh Hindu-Buddha yang pernah muncul sebagai pegangan orang-orang Melayu sebelum Islam. Dengan kemasukan Islam dari Arab menerusi Parsi, pengaruh Parsi dan Syiah telah muncul di kalangan beberapa karya Melayu Islam tradisional yang mencorak pemikiran masyarakat Islam di Alam Melayu. Antaranya ialah Hikayat Nabi Muhammad, Hikayat Ali Kahwin atau Hikayat Fatimah, Hikayat Nabi Mengajar Ali, Hikayat Muhammad Ali Hanafiyyah, Nazam Ratap Fatimah, Hikayat Amir Hamzah dan lagenda-lagenda lain. Wan Zailan menjelaskan hikayat-hikayat tersebut telah mempropagandakan keagungan Ali, Fatimah dan Hasan serta Husayn serta pahlawan-pahlawan Syiah. Keadaan ini turut mempengaruhi sastera dan kepercayaan orang Melayu. [39].
 

KESIMPULAN 

Berdasarkan kajian yang dikemukakan ini, jelasnya Syiah belum muncul sebagai kuasa politik pada awal ketibaan ajaran Islam ke Alam Melayu pada abad pertama Hijrah, kecuali menerusi penghijrahan kelompok ‘Alawiyyin secara berasingan yang mana pengaruh mereka tidak dapat dikesan. Ini disebabkan oleh status kerajaan Perlak sebagai kerajaan Syiah yang pertama pada 840M telah dipertikaikan oleh sarjana sejarah dan kehadiran ‘Ali al-Kharisi bin Muhammad bin Jacfar al-Sadiq ke Alam Melayu tidak dapat dibuktikan secara genealogi.
 

Aliran Syiah secara jelasnya dapat dikesan bermula sejak abad ke 12M menerusi dakwah Syeikh Abdullah ‘Arif berasaskan kitabnya Bahr al-Lahut. Ini menjelaskan aliran syiah yang pertama sampai ke Alam Melayu ialah fahaman Batiniyyah, bukannya aliran Imamiyyah. Pemikiran Syiah Batiniyyah yang meresap ke dalam pemikiran tasawwuf seperti doktrin wujudiyyah, hulul wa ittihad, Nur Muhammad, Insan kamil, rijal al-ghayb (imam mahdi) dan beberapa aspek lain yang dibawa oleh ulama’ tasawuf dan golongan sayyid-syarif. Peranan golongan sayyid-syarif dari Hadhramaut dalam penyebaran tasawuf falsafah yang berasal dari ajaran Syiah Ismailiyyah Batiniyyah tidak boleh dinafikan memandangkan keturunan tersebut menganut kepada aliran Syiah Imamiyyah pada peringkat awalnya dan telah mengembangkan pemikiran tasawuf falsafah di Alam Melayu mulai abad ke-12M.
 

NOTA HUJUNG 

[1] Mahayudin Yahya. Islam di Alam Melayu. hlm. 112.
 

[2] Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad. Sejarah Masuknya Islam diTimur Jauh, terj. S. Muhammad DhiyaSyahab, Penerbit Lantera: 1997 Cetakan ke-3, hlm. 40.
 

[3] T. W. Arnold, The Preaching of Islam, London: Constable & Company Ltd. Second Edition, 1913. Hlm. 364
 

[4] Zulkifli. 2009. The Struggle of The Shi‘is in Indonesia. Tesis Phd. Universiy of Leiden. hlm. 3 https: / / openaccess. leidenuniv. nl / bitstream / handle / 1887 / 14017 / struggle%20of%20shi%e2%80%98 is_ed_aug_3_09. pdf?sequence=1
 

[5] Umar Faruk Assegaf. Madhhab Ahl al-Bayt in Nusantara: The Past and Present. http: / / anu. academia. edu / assegaf / Papers / 296698 / madhhab_ahl_albayt_in_nusantara_the_past_and_present_
 

[6] Lihat AzyumardiAzra. Syiah di Indonesia: Antara Mitos dan Realitas dalam Syiah dan Politik Indonesia, hlm. 13.
 

[7] Hamka, Antara Fakta dan Khayal Tuanku Rao, Penerbit Bulan Bintang: Jakarta, 1974. hlm. 115.
 

[8] Ibid. hlm. 102.
 

[9] Hj Awang Mohd. Jamil Al-Sufri. Tarsilah Brunei Sejarah Awal dan Perkembangan Islam. Pusat Sejarah Brunei Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan: Bandar Seri Begawan, 2001, hlm. 56.
 

[10] AzyumardiAzra, Islam di Nusantara Jaringan Global dan LokalJakarta: Penerbit Mizan, 2002. m. s 26.
 

[11] Muhammad Hasan al-Aydrus. Penyebaran Islam di Asia Tenggara AsyrafHadramaut dan Peranannya. Penerbit Jakarta: Lantera 1996 hlm. 39.
 

[12] Tun Suzana Tun Hj. Othman. Menjejak Warisan Melayu Islam Beraja. Kuala Lumpur: Media Sateria Sdn, Bhd. 2008 hlm. 92-96.
 

[13] SayyidAlwi al-Haddad. , hlm. 40.
 

[14] S. Q Fatimi. Islam Comes To Malaysia. Singapore: Malaysian Sociological Research Institute Ltd. 1963, hlm 47.
 

[15] Sayid Alwi bin Tahir al-Haddad, hlm. 39-40.
 

[16] Lihat Memorandum daripada Majlis Syiah Malaysia kepada Yang Dipertuan Agong Malaysia bertarikh 6 Jun 2011.
 

[17] A. Hasjmy, 1981, Adakah Kerajaan Islam Perlak Negeri Islam Pertama di Asia Tenggara, dlm. Sejarah masuk dan Berkembangnya Islam di Indonesia. Acheh: P. t. al-Ma’arif, hlm. 146-148.
 

[18] Kamis Ismail, Shiah dan Pengaruhnya dalam bidang Politik dan Tasawwuf Falsafah di Alam Melayu, Tesis Phd Fakulti Sains Sosial dan kemanusiaan, UKM. 2003. m. s 147.
 

[19] Muhammad al-Dibaj bin Ja’far al-Sadiq memiliki tiga orang anak bernama Ali al-Kharisiy, al-Qasim dan al-Husayn. Boleh jadi Ali bin Muhammad al-Dibaj ini merupakan Ali al-Kharis ini. Menurut kitab Umdat al-Talib fi Ansab Al Abi Talib, Muhammad al-Dibaj meninggal di Jurjan wilayah Parsi. Sementara Ali al-Kharis pernah mengunjungi al-Ahwaz dan menjadi pengikut Imam Musa al-Kazim. Beliau telah meninggal dunia dan telah dikebumikan di Baghdad. Lihat Ibn Anbah, Jamal al-Din Ahmad bin Ali al-Husaini. Umdat al-Talib fi Ansab Ali Abi Talib dalam http: / / gadir. free. fr / Ar / Ehlibeyt / kutub2 / Umdatut_ Talib / umdatultalib / umdatultalib_038. htm. diakses pada 8 November 2011.
 

[20] Hasan Muarif Ambary. Menemukan Peradaban Jejak arkeologis dan Historis Islam di Indonesia Jakarta. PT Logos Wacana Ilmu 2001. hlm. 56.
 

[21] Slamet Mulyana, Runtuhnya kerajaan Hindu Jawa dan timbulnya negara-negara Islam di Nusantara, Penerbit Bharatara, Jakarta. 1968.
 

[22] Kamis Ismail, hlm. 162.
 

[23] Ibid.
 

[24] Kamis Ismail, hlm. 168.
 

[25] Khamis Ismail, hlm. 195-198.
 

[26] Ibid.
 

[27] Lihat Sumanto Al-Qurtuby. Arus-Cina-Islam Jawa, Bongkar Sejarah atas Peranan Tionghoa dalam Penyebaran Agama Islam di Nusantara Abad XV&XVI, Jogjakarta: INSPEAL. AHIMSAKARYA. 2003. hlm. 106-107
 

[28] Jalaluddin Rahmat. Dikotomi Sunni-Syiah Tidak Relevan Lagi dalam Syiah dan Politik di Indonesia Jakarta Penerbit Mizan: 2000, m. s 144.
 

[29] Lihat No. 1473 dan 1474 mengenai Ahmad bin Isa al-Muhajir. Sayyid Muhsin al-Amin, A’yan al-Shiah. Jil. 9, cetakan ke-2, Beirut: Matba’ah al-Insaf, 1960, hlm. 137.
 

[30] Lihat Amin bin Ahmad al-Sa’dy. al-Sufiyyah fi Hadramawt. al-Riyadh: Dar al-Tawhid li al-Nashr, Cetakan Pertama, 2008. hlm. 79-81.
 

[31] Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali. Aliran Syiah di Nusantara: Perkembangan, Pengaruh dan Kesan, Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya 1994. hlm. 81.
 

[32] MahayuddinYahya, hlm. 101.
 

[33] Zulkifli, hlm. . 5
 

[34] MahayudinYahya, Sejarah Orang Syed di Pahang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1984 hlm. 16
 

[35] ParidahRamli. Orang Arab di Kedah. Tesis, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia. 1984. hlm. 46
 

[36] Lihat Artikel Dari Faisal Tehrani -'Sejarah Alternatif’ Dalam Ta’ziyeh (Iran) Dan Boria (Pulau Pinang): Upaya Pemugaran Sejarah Yang Dinafi Penguasadlm. http: / / boriakita. blogspot. com / 2010 / 10 / artikel-dari-faisaltehrani-sejarah. html diakses pada 14 November 2011.
 

[37] Wan ZailanKamaruddin Wan Ali, hlm. 71.
 

[38] Ibid, hlm. 87-91
 

[39] Wan ZailanKamaruddin Wan Ali, hlm. 79 dan Dr. Ismail Hamid. Peradaban Melayu dan Islam, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. , 1985. hlm. 64-65 dan 70.
 

RUJUKAN
 

A. Hasjmy, 1981. Adakah Kerajaan Islam Perlak Negeri Islam Pertama di Asia Tenggara, dlm. Sejarah masuk dan Berkembangnya Islam di Indonesia. Acheh: P. t. al-Ma’arif,
 

Amin bin Ahmad al-Sa’dy. 2008. al-SufiyyahfiHadramawt. al-Riyadh: Dar al-Tawhid li al-Nashr, Cetakan Pertama,
 

Awang Mohd. Jamil Al-Sufri. 2001. . Tarsilah Brunei Sejarah Awal dan Perkembangan Islam. Pusat Sejarah: Bandar Seri Begawan: Brunei Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan,
 

AzyumardiAzra, 2002. Islam di Nusantara Jaringan Global dan LokalJakarta: Penerbit Mizan,
 

AzyumardiAzra. 2000. Syiah di Indonesia: Antara Mitos dan Realitasdlm. Syiah dan Politik Indonesia, Jakarta: Penerbit Mizan,
 

Hamka, 1974. Antara Fakta dan Khayal Tuanku Rao, Penerbit Bulan Bintang: Jakarta,
 

Hasan Muarif Ambary. 2001. Menemukan Peradaban Jejak Arkeologis dan Historis Islam di Indonesia Jakarta. PT Logos Wacana Ilmu
 

Ismail Hamid. 1985. Peradaban Melayu dan Islam, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
 

Jalaluddin Rahmat. 2000. Dikotomi Sunni-Syiah Tidak Relevan Lagi dalam Syiah dan Politik di Indonesia Jakarta: Penerbit Mizan,
 

Kamis Ismail, 2003. . Shicah dan Pengaruhnya dalam bidang Politik dan Tasawwuf Falsafah di Alam Melayu, Tesis Phd. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM.
 

Mahayudin Yahya. 2001. Islam di Alam Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
 

Mahayudin Yahya, 1984. . Sejarah Orang Syed di Pahang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
 

Muhammad Hasan al-cAydrus. 1996. . Penyebaran Islam di Asia Tenggara AsyrafHadramaut dan Peranannya. Jakarta: Penerbit Lantera
 

S. Q Fatimi. 1963. Islam Comes To Malaysia. Singapore: Malaysian Sociological Research Institute Ltd.
 

Sayyid Muhsin al-Amin, 1960. A’yan al-Shicah. Jil. 9, Cetakan ke-2, Beirut: Matbacah al-Insaf,
 

Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad. 1997. Sejarah Masuknya Islam diTimur Jauh, terj. S. Muhammad Dhiya’ Syahab, Jakarta:. Penerbit Lantera Cetakan ke-3,
 

Sumanto Al-Qurtuby. 2003. Arus-Cina-Islam Jawa, Bongkar Sejarah atas Peranan Tionghoa dalam Penyebaran Agama Islam di Nusantara Abad XV&XVI, Jogjakarta: Inspeal. Ahimsakarya.
 

T. W. Arnold. 1913. The Preaching of Islam, London: Constable & Company Ltd. Second Edition,.
 

Tun Suzana Tun Hj. Othman. 2008. Menjejak Warisan Melayu Islam Beraja. Kuala Lumpur: Media Sateria Sdn, Bhd.
 

Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali. 1994. Aliran Syiah di Nusantara: Perkembangan, Pengaruh dan Kesan, Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya.
 

Ibn Anbah, Jamal al-Din Ahmad bin Ali al-Husaini. Umdat al-Talib fi Ansab Ali Abi Talib dalam
gadir.free.fr/Ar/Ehlibeyt/kutub2/Umdatut_Talib/umdatultalib/umdatultalib_038. htm 

Zulkifli. 2009. The Struggle of The Shi‘is in Indonesia. Tesis Phd. Universiy of Leiden. hlm. 3
 openaccess.leidenuniv.nl/bitstream/handle/1887/14017/ struggle%20of%20shi%e2%80%98 is_ed_aug_3_09. pdf?sequence=1

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
Teks PDF disini:
 www.ukm.my/nun/Artikel%20EDITED%20OK%20(PDF)/39%20305-314%20Mohd%20Samsuddin%20&%20Azmul%20Fahimi.pdf

Monday, March 28, 2016

Petua Untuk Memujuk Hati Wanita Yang Suka Buat Perangai


Petua Untuk Memujuk Hati Wanita Yang Suka Buat Perangai
Wanita mempunyai perangai unik di dalam perhubungan iaitu gemar merajuk dan ‘membuat perangai’. Sikap ini bukan sahaja melanda wanita di usia lingkungan 20-an yang boleh disifatkan sebagai kurang matang, tetapi juga wujud di kalangan wanita yang berusia 30 dan ke atas.
Kenapa Wanita mudah ‘membuat perangai’?
1. Wanita merasakan apabila merajuk, mereka comel
2. Wanita merasakan apabila membuat perangai mereka akan mendapat perhatian yang lebih daripada lelaki
3. Wanita merasakan apabila lelaki tahu mereka tidak puas hati, mereka menang dan lelaki akan mengalah kepada tuntutan dan ugutan mereka
Tetapi kebanyakan wanita yang melakukan sikap keanak-anakkan ini tidak perasan bahawa dengan berperangai begitu akan menimbulkan reaksi dan emosi yang negatif di pihak lelaki. Kaum lelaki adalah insan yang ringkas.
Mereka lebih sukakan sesuatu yang terus terang. Berteka-teki untuk meneka mengapa wajah isteriku tiba-tiba mencuka atau memikirkan apakah salah mereka, akan menambahkan tekanan yang tidak memperbaiki perhubungan.
1. Lelaki akan berasa serba salah dan sering tidak begitu tahu apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki keadaan.
2. Lelaki akan mencari jalan untuk tidak berkata benar hanya untuk melepaskan diri daripada mengalami episod ‘buat perangai’.
3. Lelaki akan bosan dengan sikap begitu dan lama-lama akan bosan dengan perhubungan yang sering mengundang duka, berbanding ceria.
Senario merajuk dan buat perangai ini tidak akan muncul di awal-awal perhubungan. Hanya selepas pasangan mengakui perasaan cinta masing-masing dan sudah tidak ada ragu-ragu bahawa lelaki itu dia punya, wanita akan mula ‘menduga’ dengan merajuk dan menuntut perhatian menggunakan cara merajuk dan membuat perangai.
Sebagai contoh, teman lelaki terlupa telefon kerana sedang bermesyuarat. Oleh kerana tidak sabar, teman wanita mendail telefon bimbit berkali-kali dan tiada jawapan. Apabila teman lelaki menjelaskan kedudukannya yang berada di dalam bilik mesyuarat, teman wanitanya tidak akan menerima secara terus tetapi akan menyukarkan lelaki tersebut dengan soalan-soalan yang berbentuk tuduhan yang akan berakhir dengan teman wanita merajuk tidak tentu pasal.
Bagi mereka yang sudah berumahtangga, isteri sering cenderung untuk curiga apabila suami keluar berjumpa rakan-rakan. Maka SMS pun bertalu-talu dihantar bertanyakan bila suami nak balik walaupun dia baru sahaja keluar 10 minit. Apabila 15 minit tidak balik, telefon pula dengan alasan anak menangis, kepala pening dan sebagainya untuk membuatkan suami balik cepat.
Untuk mengikis sikap ini daripada terus bermaharajalela dalam perhubungan, orang lelaki atau suami perlu tegas membimbing isteri. Bukanlah lelaki atau suami tidak boleh memanjakan isteri, atau kaum wanita langsung tidak boleh buat perangai dalam perhubungan, tetapi biarlah munasabah dan jangan kerap berlaku
Lelaki harus tegas dalam perkara ini. Memanglah sayang teman wanita dan isteri, tetapi jangan sampai isteri yang menjadi nakhoda dalam kapal rumahtangga. Apabila merajuk itu tidak kena pada tempatnya, jangan dilayani. Sikap manusia terbentuk kerana kebiasaan atau “conditioning”.
Apabila merajuk dan dilayan (positif), orang yang merajuk akan melakukannya lagi, kerana ‘habuan’ yang diterimanya berpihak kepada apa yang dia mahu. Apabila kerap tidak dilayan tatkala merajuk kerana perkara-perkara remeh, sikap itu akan cuba diubah kerana dia tidak mendapat ‘habuan’ yang dikehendakinya. Justeru, untuk menyelesaikan masalah ini, jangan dilayan apabila teman wanita atau isteri merajuk atau buat perangai kerana perkara yang tidak munasabah
Namun begitu, jangan melakukan petua ini tanpa menerangkan terlebih dahulu kepada teman wanita dan isteri. Jelaskan kepada dia kenapa anda tidak melayan apabila dia buat perangai. Amat penting sekali untuk anda memastikan bahawa anda tidak melayan dia apabila dia merajuk tidak tentu hala. Pun begitu, kita perlu diingat bahawa apabila merajuknya bertempat, jangan lupa pujuk.
Bagi kaum wanita pula, merajuk sesekali itu mungkin comel tetapi kalau kerap sekali, memualkan. Perhubungan yang sihat ialah apabila masalah atau ketidakpuasan hati dapat diselesaikan dengan interaksi dan komunikasi antara pasangan. Cakap terus terang dengan teman lelaki atau suami apa yang menyakitkan hati anda, dan cuba untuk menyelesaikannya. Tinggalkan ‘buat perangai’ dan merajuk ini kepada budak belasan tahun yang baru untuk bertatih bercinta
Like

Friday, March 25, 2016

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan haram berkuat kuasa serta-merta. KDN pastinya mempunyai alasan kukuh mengapa pertubuhan itu perlu diharamkan

BH 28Julai2013
Rabu lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan haram berkuat kuasa serta-merta. KDN pastinya mempunyai alasan kukuh mengapa pertubuhan itu perlu diharamkan. Sebelum ini pun, ada gesaan dan desakan kuat daripada masyarakat termasuk tokoh agama, ulama’ dan mufti negeri supaya kerajaan tidak membenarkan fahaman Syiah berkembang dan diamalkan di negara ini. Antara alasan utama yang diberikan ialah fahaman dan ajaran Syiah adalah sesat dan bertentangan dengan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan utama umat Islam. Wartawan BH, Mohd Anwar Patho Rahman menemubual Ketua Unit Kajian Syiah, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Mohamad Ismail bagi memberi gambaran sejauh mana gerakan Syiah boleh memudaratkan ketenteraman awam dan menggugat perpaduan umat Islam di negara ini.
Wartawan:  Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Rabu lalu mengharamkan Pertubuhan Syiah Malaysia berkuat kuasa serta merta pada Rabu lalu. Sebelum mengulas lebih jauh keputusan itu dan kaitannya dengan fahaman Syiah, boleh saudara jelaskan sejarah kemunculan fahaman Syiah di negara ini?
Mohamad Ismail:  Saya boleh katakan begini. Sejarah bertapaknya Syiah di Malaysia ialah selepas tercetusnya Revolusi Iran 1979 pimpinan Ayatollah Khomenei menumbangkan pemerintahan Shah Mohammad Reza Pahlavi atau Shah Iran. Sekitar 1980-an itulah bibit-bibit fahaman Syiah mula masuk ke negara ini. Ketika itu, media Barat cukup hebat memainkan propaganda mengangkat imej Ayatollah sebagai pemimpin pembaharuan Islam dan memberi gambaran beliau pemimpin Islam hebat serta perlu diikuti dunia Islam.
Hasilnya, umat Islam seluruh dunia terpengaruh dengan propaganda ini termasuk di Malaysia. Ia boleh dilihat apabila ada orang Islam di Malaysia pada waktu itu yang terpengaruh dengan Revolusi Iran memberi nama Ayatollah Khomeni dan Rafsanjani pada anak mereka kerana menganggap ia bapa gerakan kebangkitan Islam dunia. Iran pula ketika itu dilihat memusuhi Amerika Syarikat (AS), maka bertambahlah rasa taksub kepada gerakan Islam di Iran. Selepas Ayatollah menjadi Presiden, beliau menjemput ramai pemimpin Islam seluruh dunia terutama pemimpin parti dan pertubuhan Islam untuk bertemu dengannya.
Dari Malaysia, ada beberapa pemimpin Islam yang memenuhi jemputan itu termasuk dari PAS, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan UMNO. Saya tahu siapa yang pergi tetapi tidak perlu saya sebutkan. Beberapa tahun selepas Revolusi Iran, ada orang kita menghantar anak-anak mereka belajar di Iran kerana terpengaruh dengan Revolusi Iran. Masa itu umat Islam di sini tidak begitu sedar Revolusi Iran itu adalah satu agenda untuk menonjolkan fahaman Syiah. Apabila anak-anak ini pulang, mereka mula membawa fahaman Syiah ke Malaysia. Pada saya, itulah bermulanya fahaman Syiah mula muncul di negara ini. Masa itu, kita tidak sedar Iran, negara yang berpegang kepada fahaman Syiah Imamiah adalah ancaman terbesar akidah kepada seluruh dunia Islam yang berpegang dengan iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah.
S:  Selepas fahaman Syiah muncul di negara, bilakah pula berlakunya gerakan menyebar dan mengembangkan fahaman Syiah secara terancang di negara ini?
J: Ia bermula sekitar 1990-an dan berkembang di Universiti Malaya (UM) kerana ramai lepasan institusi dari Iran yang sudah terpengaruh dengan fahaman Syiah kembali ke tanah air bekerja dan bertugas di situ. Mereka yang pulang dari Iran inilah yang menyebar dan menyerapkan pengaruh serta ideologi Syiah kepada golongan pelajar dan di Malaysia. Mujur juga pada waktu itu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak memberi muka kepada penganut Syiah. Beliau amat tegas membanteras penyebaran fahaman Syiah.
Pada zaman pemerintahan beliau, ramai pemimpin Syiah ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Maka, gerakan penyebaran Syiah menjadi terkawal walaupun masih dilakukan secara senyap dan tertutup. Dalam hal ini, kita perlu melihat kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1985 yang mewartakan hanya fahaman Syiah Zaidiyah dan Jaafariyah saja dibenarkan diamalkan  di Malaysia. Akan tetapi selepas 3 Mei 1996, Majlis Fatwa Kebangsaan mewartakan semua ajaran Syiah tanpa mengira kumpulan diharamkan sepenuhnya di Malaysia. Justeru, apabila KDN mengumumkan Syiah diharamkan di negara ini, kita mahu supaya individu yang terbabit secara langsung dengan Syiah ditahan atau ditangkap supaya dapat mengekang penyebaran fahaman itu. Kerajaan perlu tegas dalam tindakannya kali ini demi menjaga akidah umat Islam, perpaduan umat dan keselamatan negara.
S:  Ada umat Islam di Malaysia yang bertanya, mengapa fahaman dan ajaran Syiah perlu ditolak, sedangkan mereka juga beragama Islam dan amalan mereka tidak nampak berbeza dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah atau fahaman lain?
J:  Banyak sebab mengapa fahaman Syiah perlu ditolak dan diharamkan kerana ajarannya menyeleweng, menyimpang daripada ajaran Islam sebenar serta boleh menimbulkan bahaya kepada umat Islam. Kalau kita kaji kitab tulisan pemimpin Syiah, kita akan dapati ajarannya merosakkan akidah umat Islam. Sebagai contoh, Syiah menetapkan syarat sah solat ialah wajib beriman kepada Saidina Ali bin Abi Talib dan 12 imam besar mereka. Orang Syiah juga hanya menunaikan solat tiga kali setiap hari kerana menghimpunkan waktu Zuhur dengan Asar serta Maghrib dengan Isyak. Syiah menyanjung Saidina Ali berlebih-lebihan sehingga tarafnya disamakan dengan Rasulullah SAW. Bahkan dalam beberapa hal, Saidina Ali dianggap lebih tinggi berbanding Nabi Muhammad SAW. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Usul Min Kafi karangan al-Kulaini. Malah, golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad SAW.
Syiah juga meyakini bahawa imam mereka terpelihara daripada dosa kecil dan besar daripada peringkat kanak-kanak sehinggalah meninggal dunia. Kedudukan mereka juga disamakan seperti Nabi diutuskan Allah. Perkara ini dijelaskan dalam Kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar. Golongan Syiah turut mempercayai selepas Rasulullah SAW wafat, semua sahabat Baginda khasnya Saidina Abu Bakar, Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Uthman ibnu Affan menjadi murtad. Syiah juga mengamalkan al-Taqiyyah iaitu menyembunyikan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar daripada kandungan hatinya. Maknanya, kalau golongan Syiah ini berada dalam kelompok Ahli Sunnah Wal Jamaah, mereka akan berpura-pura menjadi ahli Sunnah, beramal sama seperti yang ahli Sunnah lakukan bagi mengelak identiti dan fahaman Syiah mereka terdedah. Ini dinamakan pembohongan agama yang terang-terangan tidak boleh diterima dalam Islam. Sebab itu fahaman Syiah ini perlu ditolak kerana ia sesat. Bahkan dalam aspek tertentu, pengaruh Yahudi dan Kristian meresap dalam fahaman dan amalan Syiah yang amat bertentangan dengan ajaran Islam disepakati Ahli Sunnah Wal Jamaah.
S:  Pada 6 Jun 2011, Majlis Syiah Malaysia menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri meminta agar semua warta pengharaman Syiah dikaji semula dan dimansuh pada peringkat negeri dan kebangsaan. Dalam memorandum itu, mereka mendakwa fahaman Syiah sudah lama wujud dan diamalkan di negara ini iaitu sebelum kehadiran penjajah Eropah lagi. Apa pandangan saudara dalam hal ini?
J:  Jika orang Syiah mendakwa fahaman Syiah sudah lama bertapak di Malaysia termasuk di Nusantara sebelum kehadiran penjajah Eropah, mereka perlu kemukakan fakta yang boleh membuktikan dakwaan mereka.  Timbul persoalan, jika benar ajaran dan fahaman Syiah sudah lama bertapak di Nusantara, mengapa pada hari ini majoriti umat Islam di rantau ini berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan bukan mengikut fahaman Syiah.
S:  Ada pihak mendakwa, kemunculan gerakan yang menuntut supaya fahaman Syiah dibenarkan untuk disebar dan diamalkan di Malaysia tanpa sebarang sekatan pada hari ini adalah antara ‘grand design’ kuasa asing untuk merosakkan perpaduan umat Islam, menimbulkan huru hara dalam masyarakat Islam, sekali gus mereka menguasai negara ini. Apa pendapat saudara?
J:  Ya, memang tidak mustahil gerakan itu ada untuk melemahkan Islam di Malaysia, sekali gus meruntuhkan kerajaan yang sah yang wujud dan berkuasa pada hari ini. Sejarah sudah membuktikan, banyak negara Islam mengalami keruntuhan disebabkan perpecahan umat Islam yang berpunca daripada pengaruh Syiah dengan bantuan kuasa asing.
Kalau kita lihat sejarah kejatuhan Empayar Abbasiyyah pada 656 Hijrah kepada Hulagu Khan, ia berpunca daripada pembelotan dilakukan pemimpin Syiah bertaraf menteri iaitu Mu’yyiduddin Muhammad Ibnul Alqamy. Maka dalam hal ini, tidak mustahil kuasa asing menggunakan Syiah untuk melemahkan negara ini. Kuasa asing ini tahu selagi Ahli Sunnah Wal Jamaah wujud di Malaysia, mereka tidak dapat melemahkan kerajaan dan umat Islam. Justeru, mereka merosakkan Islam dari dalam dengan memasukkan fahaman Syiah ke dalam masyarakat.
Fahaman Syiah juga berbahaya kepada negara lebih-lebih lagi yang diperintah Ahli Sunnah. Orang Syiah tidak akan menerima atau tunduk dengan kerajaan yang pemimpinnya Ahli Sunnah. Sebab itu ada beberapa individu penganut Syiah di negara ini menulis dalam laman sosial yang mereka kecewa tidak berlaku huru-hara, kerosakan harta benda dan keganasan dalam perhimpunan Blackout 505.
Berita Harian 28 Julai 2013
Muka surat 34 dan 35