Thursday, May 19, 2011

PAS dalam Pakatan Rakyat

Full View
[pakbelang] Fw: Sejak PAS Bersama Pakatan Rakyat......
From:
To: zzxmelayucyber


Sejak PAS Bersama Pakatan Rakyat......
Posted by Love Perak

Sejak PAS bersama dengan Pakatan Rakyat, maka terdapat suara sumbang supaya PAS jangan bersama Pakatan, barulah kami akan sokong PAS. Persoalannya ketika PAS bersendirian pun puak ini tidak menyokong PAS juga.

Ini hanya golongan mencari alasan sahaja. Sebenarnya mereka ialah orang yang diperalatkan oleh Umno termasuk melalui doktrin yang dibawa melalui Biro Tatanegara.

Berbagai alasan supaya PAS keluar daripada Pakatan, barulah dapat melaksanakan agenda Islam yang lebih terancang, sehingga pipi tersorong-sorong untuk menyuruh PAS berpakat dengan Umno.

Sengaja saya meletakkan tajuk ini supaya menjelaskan bahawa Melayu tidak rugi kalau menjauhkan diri dari Umno. Selama ini pemimpin Umno, menganggap mereka sahaja boleh menjaga Melayu.

Sebenarnya yang rugi bila PAS bersama Pakatan ialah Umno. Umno rugi kerana tidak dapat memfaraid harta rakyat dengan rakus. Terutama negeri-negeri yang kaya seperti Selangor. Memerintah Selangor seperti memerintah Malaysia kerana di sini ialah lubuk emas.

Pemimpin Umno teringin untuk mendapat Selangor sehingga meleleh air liur apabila mengenangkan banyak projek yang selama ini diperolehi oleh suku sakat mereka sudah tidak ada lagi.
Selangor ialah sebuah negeri ndustri, pelabuhan, lapangan terbang dan pusat pengajian tinggi. Jika PAS tidak bersama dengan PR sudah tentu pemimpin Umno menjadi korporat, Melayu merempat.

Umno rugi tidak boleh mematikan majlis ilmu yang diimarahkan di seluruh masjid negeri Pakatan Rakyat. Mereka mengetahui apabila rakyat berilmu dan beragama maka tidak ada harapanlah untuk bersama dengan Umno.
Ulama muttaqin

Apabila rakyat memahami Islam yang syumul maka rakyat akan mengetahui bahawa Islam yang dihayati oleh Umno tidak menepati dengan kehendak agama yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Melayu untung bila bersama dengan Pakatan Rakyat kerana dapat mendampingi ulama yang muttaqin yang sering menyampaikan risalah Islam di masjid dan surau. Sama ada melalui ceramah, forum, kuliah dan wacana ilmu.

Selama ini orang Melayu dijauhkan dengan ulama yang muttaqin. Ulama diburu seperti komunis bintang tiga. Rakyat Selangor tidak akan lupa bagaimana Datuk Dr Harun Din, almarhum Datuk Ishak Baharom, bekas mufti kerajaan Selangor, diburu dan hendak ditangkap semata-mata kerana hendak menyampaikan risalah agama.

Sebenarnya Umno yang rugi kerana gagal menjauhkan rakyat dengan ulama yang muttaqin. Walaupun mereka cuba mempopularkan ulama mereka melalui media namun selera rakyat tetap tidak beralih kepada ulama yang Umno taja. Umno rugi kerana ulamak yang muttaqin ini tidak bersama dengan Umno dan tidak sealiran dengan perjuangan Umno, sebaliknya ia lebih selari dengan perjuangan PAS.

Melayu untung kerana dapat menikmati limpahan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT di negara ini kerana Pakatan memerintah negeri mereka. Selama ini rakyat tidak pernah terfikir mendapat air percuma setiap bulan. Apabila mati waris mendapat wang RM2500.

Malahan rakyat yang diperintah oleh Umno begitu cemburu dengan apa yang diperolehi oleh rakyat di negeri Pakatan. Pemimpin Umno tidak pernah terfikir untuk memberi kembali kepada rakyat, yang paling menyedihkan rakyat, apa sahaja program yang dibuat oleh negeri Pakatan Rakyat maka mereka menuduh negeri tersebut akan bankrap.

Masuk kantong sendiri

Umno merasa rugi kerana lebihan wang negeri dikembalikan kepada rakyat. Selama ini wang ini akan masuk kantong mereka sendiri, dengan membiarkan rakyat hidup susah. Kesusahan rakyat akan menjadi simpanan tetap Umno setiap kali pilihanraya. Melayu yang senang tidak bersama dengan Umno. Sekarang Melayu senang , pemimpin Umno yang susah.

Melayu untung dapat menyampai dakwah Islam secara bebas menepati dengan manhaj Rasulullah SAW tanpa sekatan. Lebih daripada itu Islam dapat dilihat oleh orang bukan Islam secara praktikal, bukan sahaja teori.

Bagaimana rakan-rakan Pakatan yang bukan Islam begitu berminat untuk mengetahui ajaran Islam, fenomena ini berbeza dengan MCA rakan karib Umno, walaupun sudah bersahabat hampir 54 tahun, tetapi tidak memahami Islam dan sensitiviti orang Islam.

Keceluparan mulut (presiden MCA) Dr Chua Soi Lek adalah bukti gagalnya Umno mendidik rakan politik mereka. Ucapan beliau yang mengguris perasaan orang Melayu seperti memperlekeh Cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan lelaki yang bukan mahram.

Ketika isu ini dibangkitkan maka rakan-rakan bukan Islam dalam Pakatan tolong menjelaskan kepada orang bukan Islam. Inilah manfaat yang cukup berharga diperolehi oleh orang Melayu apabila berjaya menyampaikan Islam kepada bukan Islam.

Suasana ini tentulah merugikan Umno, kerana mereka berusaha untuk memastikan supaya orang bukan Islam tidak nampak kebaikan Islam, dengan ini mudah untuk mereka mengekalkan kuasa mereka.

Melayu untung kerana mereka boleh berniaga berdasarkan merit dan kebolehan bukan berdasarkan di mana kamu menjadi ahli cawangan Umno. Trend perniagaan ini telah ditamatkan di bawah Pakatan Rakyat.
Merugikan Umno

Keadaan ini merugikan Umno, selama ini mereka hanya bertindak sebagai broker dengan memakan persen sahaja bukan kerana kebolehan mereka. Akhirnya projek kepentingan negara hangus dan hancur kerana diberi kepada bukan ahlinya. Buat stadium runtuh, kapal selam tidak boleh menyelam, jambatan MRR2 retak,
semuanya angkara kroni Umno.

Melayu untung kerana dapat melihat orang agama mentadbir negeri dengan baik dan teratur. Selama ini Umno ajar orang Melayu, bahawa ustaz atau Tuan Guru hanya boleh membaca kitab di dalam masjid.

Kemampuan Tuan Guru Nik Aziz yang memerintah Kelantan lebih 20 tahun walaupun mempunyai kekangan kewangan namun lebih berjaya daripada negeri yang diperintah oleh Umno.

Begitu juga kemampuan Datuk Seri Azizan Razak yang telah menunjukkan rekod cemerlang menguruskan Kedah walaupun terpaksa memikul bebanan hutang peninggalan BN RM2.3 bilion.

Apa yang mengejutkan, Kedah telah menunjukkan prestasi kewangan dengan lebihan RM19 juta untuk kewangan 2010. Negeri yang diperintah oleh Umno, pengurusan kewangan mereka boleh diletakkan di dalam Wad "ICU". Jika sekiranya tanpa bantuan pusat mungkin rakyatnya akan dilelong.

Melayu untung apabila PAS bersama dengan Pakatan, kerana taraf hidup rakyat berjaya ditingkatkan. Kebetulan rakyat miskin di negara ini majoriti rakyatnya ialah orang Melayu.

Kelantan sewaktu tahun 1990, negeri ini nombor dua termiskin, sekarang berada di tangga keenam. Ini menunjukkan PAS akan berusaha untuk memastikan kualiti hidup rakyat lebih terbela.

Ia berlainan daripada tindakan Umno. Rakyat miskin akan menjadi simpanan tetap Umno setiap kali pilihanraya. Tidak hairanlah kepada kita bagaimana miskin memang dirancang supaya rakyat sentiasa di tahap miskin.
__._,_.___

__,_._,___

Wednesday, May 18, 2011

jika SENDIRI

♥ Jika SENDIRI jangan merasa sepi. Ada Allah yang MENGAWASI
♥ Jika SEDIH jangan pendam dalam hati. Ada Allah tempat BERBAGI

♥ Jika MARAH, jaga fikiran & hati. Ada Allah tempat MENENANGKAN DIRI
♥ Jika SUSAH jangan merasa pilu. Ada Allah tempat MENGADU

♥ Jika GAGAL jangan berputus asa. Ada Allah tempat MEMINTA
♥ Jika BAHAGIA jangan menjadi lupa. Ada Allah tempat MEMUJA

★❤★ INGAT ADA ALLAH DI SETIAP WAKTU KITA ★❤★

Monday, May 16, 2011

malaysia...oh malaysia

Mohd Rashidi Hassan
Negara Malaysia yang rakyatnya terdiri di kalangan masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama, senantiasa hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

Keharmonian rakyat Malaysia, tidak seharusnya dijadikan alat untuk perjudian politik atau perbalahan parti-parti politik dalam merebut kuasa.

Keharmonian negara wujud kerana semua rakyat jelata menerima dan mempraktikkan Perkara 11 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan bahawa Islam merupakan Agama rasmi Persekutuan. Sungguh pun begitu setiap orang berhak mempraktikkan agamanya sendiri.

Soal bangsa lain atau agama lain hendak menuntut hak sebagai agama rasmi selain Islam tidak wujud sama sekali. Perkara ini tidak berbangkit kerana majoriti penduduk dan pemimpin negara dari pelbagai parti politik, adalah mereka yang beragama Islam.

Malah semua kaum dan agama, menerima Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Ketua Negara dimestikan daripada Raja-Raja Melayu yang beragama Islam.

Oleh kerana itu sebarang usaha untuk menidakkan ketuanan Islam dalam negara tidak wujud dan tidak harus wujud sama sekali.

Justeru apakah yang mendorong perbalahan kaum dan agama ini wujud atau kembali diwujudkan?

Kita imbau sejarah, kali terakhir krisis perkauman dalam negara berlaku 42 tahun yang lalu, iaitu pada 13 Mei 1969.

Peristiwa 13 Mei menjadi peristiwa berdarah, kerana berlakunya pembunuhan antara kaum Melayu dan Cina, akibat daripada kefahaman ekstremisme yang melampau.

Pada tahun 1987, apabila berlaku krisis hebat dalam Barisan Nasional antara Umno dengan MCA, rakyat diheret kepada sentimen perkauman semula.

Jika diamati betul-betul, sentimen perkauman dan agama boleh berlaku kerana pertama; Akibat daripada kepentingan politik atau kedua; Wujud penindasan dan ketidakadilan kepada kaum atau agama tertentu.

Sudah menjadi lumrah tipa-tiap kaum atau agama untuk memelihara kepentingan mereka. Atas apa sebab sekalipun kepentingan kaum dan agama sentiasa akan menjadi keutamaan. Kedua-duanya adalah perkara sensitif yang harus ditangani secara adil dan saksama.

Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, perkara sensitif mudah berlaku. Ketegangan kaum dan agama akan mudah berlaku, jika pemimpin-pemimpin memperjudikannya untuk kepentingan politik.

Umum mengetahui kebanyakan parti politik yang menjadi komponen BN adalah diasaskan kepada kepentingan dan memperjuangkan kepentingan kaum yang diwakili. Secara sinonimnya kaum Melayu, majoritinya beragama Islam, kaum Cina beragama Buddha manakala India beragama Hindu.

Namun kesepakatan di antara parti-parti dalam BN ini sudah tidak wujud. Persefahaman yang dibina hanyalah ibarat 'api dalam sekam' atau 'duri dalam daging'. Kepercayaan sudah tidak wujud dalam BN kerana komponennya bercakaran sesama sendiri. Percakaran ini mengakibatkan kuasa mereka semakin terhakis.

Justeru Umno dilihat tidak mempunyai pilihan selain cuba untuk menyemarakkan api perkauman dan sentimen agama, untuk menarik kembali sokongan rakyat terhadap BN.

Usaha pemimpin Umno menerusi akhbar milik mereka Utusan Malaysia khususnya dalam penonjolan nasionalisme melampau orang Melayu dan mendakwa wujud konspirasi golongan Kristian, boleh memudaratkan keselamatan negara.

Umno cuba mencetuskan perbalahan kerana Umno sedar kuasa mereka semakin terhakis.

Namun kita amat bersyukur kerana kesepakatan dan kebijaksanaan pemimpin Pakatan Rakyat. Kita bersyukur kerana mempunyai rakyat yang toleran dan tidak mudah dipermainkan sentimen mereka.

Justeru, ancaman keselamatan negara yang dicetuskan Umno harus dihentikan segera. Tiada cara lain untuk menghentikannya selain membuang mereka dari tampuk kuasa.

Saturday, May 14, 2011

sapa yang kurang ajar...!!

Hide Isu Melayu, mana Najib ketika Soi Lek lelong maruah Umno?

Posted on Thursday, May 12 @ 21:02:34 PDT by tokdalang
Berita

KUALA LUMPUR : Kenyataan Presiden MCA, Dato' Seri Dr Chua Soi Lek yang berikrar akan menyokong Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) jika parti itu menggugurkan hak istimewa Melayu hanyalah satu usaha 'melelong' maruah Umno.

Demikian kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat kepada Harakah mengulas perkembangan terbaru mengenai kenyataan Soi Lek itu pada 1 Mei lalu.


"Mungkin MCA sudah tiada idea lain yang lebih bernas untuk menarik sokongan masyarakat Cina ekoran kekalahan rakan sekutunya SUPP di Sarawak maka Soi Lek memberi pengakuan akan mengundi KeADILan jika parti tersebut menggugurkan hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia," katanya.

Mengekalkan Hak istimewa orang Melayu yang terangkum dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia telah menjadi persetujuan bersama dalam Pakatan Rakyat, katanya.

Ianya termetri semasa konvensyen di Shah Alam tahun 2009, dan tidak mungkin disebabkan seorang tokoh kontroversi (Soi Lek) maka Pakatan Rakyat akan berubah sikap, kata Suhaizan.

Sebagai pemimpin senior dalam BN, Soi Lek sewajarnya mendidik masyarakat memahami mengapa adanya hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia, katanya.

Hak Istimewa orang Melayu bukan menjadi halangan orang bukan Melayu untuk hidup selesa di negara ini, katanya.

Hak Istimewa orang Melayu dilihat tempang kerana penghianatan Umno yang berlindung di sebalik dasar ini untuk mengumpul kekayaan kroni-kroni mereka, katanya.

"Bermaksud jika tiada penghianatan Umno dan negara diurus dengan adil dan saksama maka hak istimewa orang Melayu tidak menjadi perkara yang dipertikai.

"Tanpa penghianatan Umno, orang Melayu sudah lama maju di negara ini. Jika orang Melayu sudah maju dan kedudukan ekonominya sudah seimbang dengan kaum-kaum lain maka saya percaya orang Melayu sudah tidak perlukan lagi tongkat hak istimewa orang Melayu lagi.

"Buat waktu ini hak istimewa orang Melayu masih diperlukan. Saya sangat kuatir permainan politik Soi Lek mengenai hak Istimewa orang Melayu akan menambah parah lagi salah faham antara kaum dalam negara ini," katanya.

Ada banyak perkara lain yang boleh menarik perhatian masyarakat bukan Melayu untuk mengundi MCA selain sentimen perkauman, katanya.

Tetapi kata Suhaizan, Soi Lek sengaja mencari populariti membangkitkan isu yang sensitif bagi menarik perhatian masyarakat Cina khususnya untuk menyokong MCA.

Betapa murahnya harga perjuangan politik Soi Lek sehingga sanggup menjolok sarang tabuan demi mendapat secupak keuntungan politik, katanya.

Keceluparan Soi Lek ini juga melambangkan kegagalan Umno mengawalnya, katanya.

Suhaizan menyifatkan, Soi Lek umpama harimau yang sudah terlepas dalam kandang BN, dan menyentuh isu hak istimewa orang Melayu adalah maruah Umno.

"Memberi perakuan untuk mengundi KeADILan jika parti tersebut menggugurkan hak istimewa orang Melayu adalah umpama melelong maruah Umno di pasar Batu Pahat.

"Dimana Pemuda Umno ? Dimana Pemuda BN? Dimana Khiary Jamaluddin ? Saya cabar Umno yang diketuai oleh Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, Pengerusi BN bertindak tegas terhadap keceluparan Chua Soi Lek," luahnya.









.

Tuesday, May 10, 2011

huluran UMNO >< PAS

HULURAN UMNO & PAS
Siapa Pengkhianat Islam?
Nasrudin Hassan at Tantawi
1. Mereka yang menghalang penyatuan UMNO dan PAS digelar pengkhianat Islam oleh Mufti Perlis. Sekilas pandang, siapa jua yang menghalang usaha penyatuan adalah pengkhianat. Justeru penyatuan secara asasnya adalah suci malah dituntut. Tiada siapa yang mahu berpecah dan berpisah tanpa sebarang sebab atau alasan yang kukuh. Tetapi apabila bercakap soal penyatuan antara PAS dan UMNO, saya sarankan sohibus samahah Mufti Perlis mengkaji terlebih dahulu secara mendalam dan teliti.

2. Antara PAS dan UMNO jangan hanya dilihat pada bangsa dan warna kulit semata - mata lalu disogok agenda penyatuan bangsa melayu. Sebaliknya perlu dilihat bagaimana pula sikap kedua - dua parti melayu itu [PAS dan UMNO] terhadap Islam. Sikap terhadap Islam dan bagaimana mereka menanggapi Islam adalah kayu ukur yang paling penting untuk bercakap soal penyatuan antara kedua parti ini.

3. Sungguhpun Islam menggalakkan malah menyuruh supaya ummatnya bersatu padu, namun Islam meletakkan syarat serta garis panduan yang jelas bagaimana penyatuan itu wajar dilakukan atau sebaliknya. Antaranya Firman Allah yang bermaksud :

Wahai orang - orang yang beriman, bertaqwalah kamu dengan sebenar - benar taqwa dan jangan kamu mati melainkan kamu tunduk menyerah diri kepada Allah swt. dan berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah dan jangan sekali - kali kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika dulunya kamu saling bermusuhan maka Allah telah menyatukan hati - hati kamu, lalu dengan nikmat Allah itu kamu bersaudara sedang kamu telah berada di jurang api neraka, lantas Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah dijelaskan oleh Allah kepada kamu ayat - ayatNya, mudah - mudahan kamu beroleh petunjuk.

Surah Aali Imran 103

4. Ayat di atas jelas meletakkan syarat utama untuk tidak berpecah belah ialah berpegang teguh dengan Tali Allah iaitu Al Quran atau Al Islam bukan bangsa atau warna kulit jauh sekali harta benda, pengaruh dan pangkat. Lantaran penyatuan manusia adalah melibatkan penyatuan hati dan hati tidak boleh dijinakkan dengan harta benda dunia. Firman Allah swt yang bermaksud :

Dialah [Allah] yang telah menyatukan antara hati - hati mereka. sekiranya engkau membelanjakan keseluruhan apa yang ada di atas muka bumi ini, nescaya engkau tidak boleh menyatukan hati - hati mereka akan tetapi Allah swt telah menyatukan antara mereka sesungguhnya Ia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Surah al Anfaal 63

5. Islam adalah asas penyatuan. Tanpa Islam bagaimana mungkin penyatuan itu boleh direalisasikan. Sementara kebajikan dan taqwa pula menjadi objektif utama kepada penyatuan yang dianjurkan oleh syariah. Firman Allah swt yang bermaksud :

dan bertolong bantulah kamu dalam perkara yang membawa kepada kebajikan dan taqwa dan jangan kamu bertolong bantu dalam perkara yang mengundang dosa dan permusuhan. Bertaqwalah kepada Allah swt sesungguhnya balasan Allah sangat dahsyat.

Surah al Maaidah 2

6. Ayat di atas pula bukan sahaja menyuruh kita bertolong bantu, bekerja sama dan bersatu padu untuk melakukan amal kebajikan dan bertaqwa kepada Allah [ dengan melaksanakan apa yang diperintah oleh Allah swt dan meninggalkan apa jua yang telah dilarang oleh Allah swt.] tetapi nas di atas juga melarang sebarang kerjasama dan penyatuan yang menumbuhkan bibit dosa serta menyuburkan permusuhan sesama ummat manusia.

7. Penyatuan antara PAS dan UMNO mesti disokong malah wajib diusahakan jika ianya berteraskan Islam dan berobjektifkan taqwa kepada Allah swt. Pengusahanya dijulang dan penyokongnya dialu - alukan. Sementara penentangnya adalah jahat dan pengkhianat.

8. Sebaliknya penyatuan antara PAS dan UMNO tidak boleh dilaksanakan jika ianya tidak diasaskan kepada Islam dan pula berobjektifkan dosa kepada Allah swt. Pengusahanya dilarang dan penyokongnya pula sia - sia. Sementara penentangnya pula adalah hebat dan berwibawa.

9. Bahkan kerjasama yang disertai PAS bersama Pakatan Rakyat adalah kerana Islam dan ianya dilandaskan di atas konsep Tahaaluf Siasi [kerjasama politik] untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional guna menamatkan siri penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, kezaliman, penindasan yang dilakukan oleh Barisan Nasional sejak lebih 50 tahun yang lalu.

10. Tanpa perlu membuang masa lagi, saya mengundang UMNO meninggalkan Barisan Nasional dan meninggalkan segala perbuatan mungkar demi masa depan agama, rakyat dan negara. Ayuh kita bersatu dan bersama dengan Pakatan Rakyat untuk membina masa depan dan peradaban baru yang lebih dinamis, jauh dari pengaruh mungkar yang dimurkai oleh Allah swt. Pengusaha yang gigih untuk menamatkan siri keangkuhan kuasa dan sombong dengan dosa yang dilakukan oleh mereka adalah pejuang sementara Penentang usaha inilah pengkhianat Islam !


Murnikan Perjuangan dan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Monday, May 09, 2011

harithah


Haritsah bin Syuraqah


Suatu hari ketika Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berjalan di kota Madinah beliau berpapasan dengan seorang sahabat yang bernama Haritsah bin Suraqoh.

Maka seraya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya kepadanya dan mengatakan: "Ya Haritsah bagaimana keadaanmu di pagi hari ini?".

Maka menjawab Haritsah: "Ya Rasulallah aku di pagi hari ini telah mencapai hakekat keimanan".

Ketika mendengar jawaban tersebut Rasul pun berkata kepadanya: "Ya Haritsah segala sesuatu ada buktinya, dan mana bukti dari hakekat imananmu?".

Maka berkata Haritsah: "Ya Rasulallah telah keluar dari hatiku mahabbah kepada dunia sehingga emas dan batu sama nilainya di mataku. Ya Rasulullah seakan akan arsy tuhanku dihadapanku sangat jelas, seakan akan penghuni surga mendapatkan ni'mat di surga dihadapanku sangat jelas, dan seakan akan penghuni neraka di neraka mendapatkan azab di neraka dihadapan mataku sanagat jelas. Ya Rasulallah di malam hari aku bergadang (bermunajat) dan di siang hari aku berpuasa".

Ketika Rasul mendengar jawaban Haritsah seraya beliau mengatakan: "(Engkau adalah) hamba Allah yang telah memperoleh cahaya di hatimu. Ya Haritsah engkau telah mengetahui maka lazimilah".

Maka haritsah berkata kepada rasulullah: "Ya Rasulullah doakan aku, aku ingin mati syahid di jalan Allah". Maka Rasul-pun mendoakan agar haritsah mati syahid di jalan Allah.

Dan kebetulan di hari itu Rasulullah dan para sahabat keluar dari kota Madinah untuk memerangi orang kafir Quraiys di perang Badr dan jumlah tentara orang kafir lebih dari 950 prajurit sedang tentara Rasulullah hanyalah 313 prajurit dan tidak memiliki persenjataan pelaikan sangat sedikit sekali dan sangat terbatas. Akan tetapi kemenangan dari Allah diberikan kepada Rasulullah dan para sahabat.

Sehingga di riwayatkan bahwa yang terbunuh dari orang orang kafir 70 prajurit, dan yang tertawan 70 prajurit. Adapun yang mati syahid dari kaum muslimin 14 sahabat dan diantara mereka adalah Haritsah bin Suraqoh.

Maka ketika kembali Rasulullah dan para sahabat dari medan perang beliau dihadang oleh ibu Haritsah dan seraya mengatakan kepada rasulullah: "Ya Rasulullah dimana anakku Haritsah?".

Maka dijawab oleh Rasulullah: "Wahai ibu Haritsah sabarlah sesunggahnya anakmu terbunuh dijalan Allah".

Maka diulangi pertanyaan tersebut oleh ibu Haritsah kepada Rasulullah. Dan dijawab oleh Rasul dengan jawaban yang serupa. Lantas di ulangilah untuk ketiga kalinya pertanyaan tersebut oleh ibu Haritsah dengan menanyakan: "Ya Rasulallah aku tahu kalau anakku terbunuh di jalan Allah akan tetapi dimana anakku apakah di surga atau di neraka?".

Maka Rasulullah menjawab: " Wahai ibu Haritsah apakah kau tidak tahu? Sesungguhnya surga itu bukanlah hanya satu surga, akan tetapi surga itu banyak sekali tingkatannya. Dan sesungguhnya anakmu telah mencapai surga Firdaus yang paling tinggi".

Diriwayatkan oleh para ahli sejarah bahwa Haritsah terbunuh di jalan Allah ketika beliau berusia 17 tahun.

[mihrabonline.com]

Sunday, May 08, 2011

sejarah hari ibu

tatapan
raja jaidi
Sebahagian Sejarah Hari Ibu

* Posted by raja jaidi on May 10, 2010 at 8:37am in Edisi Siasat
* Send Message View Discussions

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

moga peringatan utk sesama umat Islam sebagi kesedaran & ingatan

Thursday, May 05, 2011

semangat dari orang

Masa saya sekolah dulu, seperti ramai remaja, kita minat dengan celebrity barat. Salah satu sebab utama saya memulakan perjalanan saya untuk mengejar kejayaan adalah inspirasi yang saya terima melalui bintang-bintang ini.

Bila menyelidik latar belakang celebrity yang terkenal, amat menakjubkan apabila mendapati…

Brad Pitt pernah menjadi penghantar peti sejuk
Jim Carrey pernah menjadi janitor
Jerry Seinfeld pernah menjadi jurujual mentol
Robbin Williams pernah menjual ais krim
Denzel Washington pernah menjadi tukang membawa sampah (garbage man)
Mariah Carrey pernah bekerja sebagai peneliti topi (cek topi rosak atau tidak sebelum dijual)
Jack Nicholson pernah bekerja sebagai membahagi/megurus surat
Ashton Kutcher pernah bekerja sebagai pencuci lantai (eh… macam saya je!)

Mudah-mudahan remaja zaman kini melihat idola-idola stars bukan sekadar mereka handsome atau cantik atau pandai berlakon, tetapi, mereka telah berusaha daripada bawah sehingga menjadi bintang yang kita kenali pada hari ini.

Tiada siapa yang dilahirkan terus menjadi bintang! :)

ps: Mungkin sebab saya minat bintang-bintang hollywood masa kecil dulu, secara tidak langsung (sub-concious) membawa diri saya ke arah media & penyiaran. hmmm

Monday, May 02, 2011

Hukum menjilat kemaluan

Allah s.w.t menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya’ dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks’ tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.

Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks’, adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.

Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Yang mengharuskan :

Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex’ atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks’ tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.

Pandangan ‘harus’ atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri ‘Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.

Perbincangan ringkas

Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.

Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang ceceair dikeluarkan semasa aktivti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.

Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.

Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.

Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.

Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.

“Oral seks” juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.

Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta’zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.

Ulama Yang Mengharamkan

Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut [1] :-

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al’Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,

“Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.

Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.

Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex’ dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.

Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-

“Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu ‘alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim – dan keadaannya seperti ini – merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan”

Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.

Tindakan men’generalize’ semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks’?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.

Kesimpulan

Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-

1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perkara khilaf.

2) Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.

3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia)

4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah’ kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.

5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, “Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua”

Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.

Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak Fikirkan…

Creadit To : Pencacai Dhoif

Sunday, May 01, 2011

10 RAMUAN UBAT DOSA


10 ramuan ubat dosa

1. Ambil oleh mu akar kayu fakir dan akar kayu tawaduk
2. Campurkan dengan pencuci kotoran perut bernama taubat.
3. Lalu masukkan semua ke dalam lesung redha
4. Giling sampai halus dengan pengetam Qana’ah.
5. Kemudian masukkan ke dalam periuk taqwa
6. Tuangkan ke dalamnya air haya’ (malu).
7. Lalu didihkan dengan api mahabbah (cinta).
8. Selepas itu pindahkan dia ke dalam mangkuk syukur
9. Kipaskan dengan kipas angin raja’ (harapan).
10. Kemudian minumlah dia dengan sudu pujian.


Jika engkau perbuat semua itu, maka dia bermanfaat bagimu, untuk melindungi dirimu dari semua penyakit serta bala di dunia dan di akhirat”. “Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami.” (Ali Imran 250)

jamaah untuk islam @ jamaah islamiah

Jemaah adalah alat untuk mengislamkan penghayatan masyarakat, melaksana dan menjayakan projek dan gagasan Islam yang besar. Oleh itu sesebuah Jemaah Islam mestilah merupakan sebuah jemaah yang syumul (menyeluruh) dan bukan semata-mata sebuah parti politik. Rasulullah saw menggunakan jemaahnya untuk membina dan menegakkan Islam di seluruh pelusuk dunia, bermula dengan membina individu (fard) muslim, keluarga Islam, masyarakat Islam sehingga memerintah dunia.

Di sana juga terdapat perbezaan di antara Jemaah Islam dengan parti Islam. Parti politik bukan lahir dari penghasilan-penghasilan Islam akan tetapi ia lahir dari tamadun Barat. Ia juga adalah salah satu kenderaan untuk mencapai seseorang kepada kerusi pemerintahan. Adapun jemaah, ia adalah alat menyeluruh untuk mengislamkan penghayatan umat. Oleh itu jemaah mempunyai projek yang besar bagi setiap aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, tarbiyah, pembangunan dan tamaddun. Dari jemaah lahirnya parti politik, pertubuhan-pertubuhan, sekolah-sekolah dan pelbagai institusi yang menjadi alat yang dibina asas-asas agama di atasnya ialah jemaah, bukan parti politik.

Yang mengikat ahli di dalam parti ialah etika kepartian, akan tetapi yang mengikat ahli di dalam jemaah ialah Ukhuwwah (kasih sayang didasari Iman) dan Theqah (keyakinan ahli terhadap pimpinan yang melahirkan cinta, hormat dan iltizam/committment). Ahli sesebuah jemaah mempunyai sifat iltizam yang tinggi serta mentaati keputusan Syura jemaah berkenaan.

Ir. Khairat Syatir

Sebagai contoh, Ikhwan Muslimin di Mesir sendiri kini berada di fasa membina Masyarakat dan Kerajaan Islam. Mereka tidak mahukan kerusi pemerintahan akan tetapi mereka mahukan sebuah kerajaan yang memastikan tertegaknya kehidupan masyarakat di atas asas dan panduan Islam seperti yang dijelaskan oleh Naib Mursyidnya, Ir. Khairat Syatir.

Jemaah Islam bukanlah wakil-wakil dari sesebuah umat yang akan menegakkan tamaddun umat, akan tetapi mereka adalah sebahagian dari umat itu sendiri dalam menegakkan Tamaddun Islam bersama-sama.

(Sedutan sebahagian dari ucapan Ir Khairat Syatir di Iskandariah, Mesir minggu lalu dalam menjawab langkah-langkah Ikhwan Muslimin selepas Revolusi 25 Januari yang berjaya menamatkan era diktator Mubarak).

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,
Ketua Biro Dakwah,
Ikatan Muslimin Malaysia