Saturday, May 14, 2011

sapa yang kurang ajar...!!

Hide Isu Melayu, mana Najib ketika Soi Lek lelong maruah Umno?

Posted on Thursday, May 12 @ 21:02:34 PDT by tokdalang
Berita

KUALA LUMPUR : Kenyataan Presiden MCA, Dato' Seri Dr Chua Soi Lek yang berikrar akan menyokong Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) jika parti itu menggugurkan hak istimewa Melayu hanyalah satu usaha 'melelong' maruah Umno.

Demikian kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat kepada Harakah mengulas perkembangan terbaru mengenai kenyataan Soi Lek itu pada 1 Mei lalu.


"Mungkin MCA sudah tiada idea lain yang lebih bernas untuk menarik sokongan masyarakat Cina ekoran kekalahan rakan sekutunya SUPP di Sarawak maka Soi Lek memberi pengakuan akan mengundi KeADILan jika parti tersebut menggugurkan hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia," katanya.

Mengekalkan Hak istimewa orang Melayu yang terangkum dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia telah menjadi persetujuan bersama dalam Pakatan Rakyat, katanya.

Ianya termetri semasa konvensyen di Shah Alam tahun 2009, dan tidak mungkin disebabkan seorang tokoh kontroversi (Soi Lek) maka Pakatan Rakyat akan berubah sikap, kata Suhaizan.

Sebagai pemimpin senior dalam BN, Soi Lek sewajarnya mendidik masyarakat memahami mengapa adanya hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia, katanya.

Hak Istimewa orang Melayu bukan menjadi halangan orang bukan Melayu untuk hidup selesa di negara ini, katanya.

Hak Istimewa orang Melayu dilihat tempang kerana penghianatan Umno yang berlindung di sebalik dasar ini untuk mengumpul kekayaan kroni-kroni mereka, katanya.

"Bermaksud jika tiada penghianatan Umno dan negara diurus dengan adil dan saksama maka hak istimewa orang Melayu tidak menjadi perkara yang dipertikai.

"Tanpa penghianatan Umno, orang Melayu sudah lama maju di negara ini. Jika orang Melayu sudah maju dan kedudukan ekonominya sudah seimbang dengan kaum-kaum lain maka saya percaya orang Melayu sudah tidak perlukan lagi tongkat hak istimewa orang Melayu lagi.

"Buat waktu ini hak istimewa orang Melayu masih diperlukan. Saya sangat kuatir permainan politik Soi Lek mengenai hak Istimewa orang Melayu akan menambah parah lagi salah faham antara kaum dalam negara ini," katanya.

Ada banyak perkara lain yang boleh menarik perhatian masyarakat bukan Melayu untuk mengundi MCA selain sentimen perkauman, katanya.

Tetapi kata Suhaizan, Soi Lek sengaja mencari populariti membangkitkan isu yang sensitif bagi menarik perhatian masyarakat Cina khususnya untuk menyokong MCA.

Betapa murahnya harga perjuangan politik Soi Lek sehingga sanggup menjolok sarang tabuan demi mendapat secupak keuntungan politik, katanya.

Keceluparan Soi Lek ini juga melambangkan kegagalan Umno mengawalnya, katanya.

Suhaizan menyifatkan, Soi Lek umpama harimau yang sudah terlepas dalam kandang BN, dan menyentuh isu hak istimewa orang Melayu adalah maruah Umno.

"Memberi perakuan untuk mengundi KeADILan jika parti tersebut menggugurkan hak istimewa orang Melayu adalah umpama melelong maruah Umno di pasar Batu Pahat.

"Dimana Pemuda Umno ? Dimana Pemuda BN? Dimana Khiary Jamaluddin ? Saya cabar Umno yang diketuai oleh Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, Pengerusi BN bertindak tegas terhadap keceluparan Chua Soi Lek," luahnya.









.