Kini guru merupakan kerjaya yang paling ramai dipohon di negara ini. Terdapat beberapa kes di mana guru KPLI yang diambil masuk sebelum ini bekerja sebagai peguam, jurutera, arkitek dan doktor perubatan. Namun apakah yang mendorong mereka menceburi bidang perguruan ini. Beberapa kajian rambang yang dijalankan menunjukkan beberapa sebab popular iaitu;
1). Masih ada persepsi bahawa kerjaya guru ini mudah.
2.Guru dianggap sebagai kerjaya yang paling singkat masa bekerja (7.30 pagi - 1.30 ptg)
3). Guru dianggap sebagai kerjaya yang paling banyak cuti iaitu hari bekerjanya hanya sekitar 190 - 200 hari setahun.
4). Kerjaya guru paling banyak ditawarkan setiap tahun.
5). Gaji permulaan yang baik (mula sekitar RM1900 tidak termasuk elaun-elaun lain)
6). Ada peluang melakukan kerja sampingan lain untuk menambah pendapatan
7). Peluang menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
8). Kemudahan pinjaman daripada kerajaan dan bank
9). Peluang mendapat kerja kerajaan dengan ijazah yang tak berkaitan.
10). Itu sahaja peluang setelah gagal mendapat kerja lain.
Janganlah menjadi guru kerana sebab-sebab yang saya sebutkan di atas kerana ia akan merendahkan martabat profesion keguruan itu sendiri.
Hakikatnya guru masa kini:
1). Dibebani dengan berbagai kerja perkeranian sehingga tugas hakiki mengajar terganggu.
2). Masuk pukul 7.00 pagi dah sampai ke sekolah bertugas dan jam 3.00 petang belum tentu pulang sebab ada kerja lain seperti latihan sukan dan sebagainya.
3). Cuti pada cuti sekolah kerap dipanggil berkursus dan aktiviti lain seperti perkhemahan, kelas tambahan, mesyuarat dan berbagai lagi.
4). Kejaya guru memang banyak ditawarkan tetapi pemohon melebihi 800 peratus.
5). Gaji permulaan yang baik tetapi guru sering berkorban wang sendiri untuk menyediakan kemudahan diri, murid dan sekolah.
6). Peluang belajar ke peringkat lebih tinggi seperti sarjana dan Phd memang ada tetapi sekadar dapat ilmu tetapi tiada keistimewaan dari segi gaji dan gred jawatan dalam KPM (Phd ada la sikit)
7). Anda mungkin ditempatkan di mana-mana sahaja mengikut keperluan semasa. Jika anda tidak sanggup meninggalkan kampung halaman, fikirkanlah semula.
8). Disiplin murid yang meruncing adalah tanggungjawab anda. Jika anda tidak endahkan masalah disiplin ini maka anda akan disoal di akhirat namun jika anda silap langkah menangani maka anda akan berdepan dengan undang-undang.
Jadi fikir-fikirkan dan tanyalah dengan yang pakar.
Jika anda jenis yang mengabaikan tugas maka kerjaya gurulah yang paling mudah, rileks dan selesa, namun jika anda benar-benar komited maka anda dapat rasakan bahawa kerjaya guru adalah kerja yang paling mencabar.