Wednesday, May 25, 2011
KEWUJUDAN SYAITAN ITU MEMESONGKAN KITA
JANGAN SEKALIPUN LUPA TENTANG KEWUJUDAN SYAITAN ITU MEMESONGKAN KITA. Ingatlah, syaitan menghendaki kita menjadi angkuh, sombong dan derhaka kepada Allah seperti dirinya. Dia mengarahkan kita berbuat jahat, melakukan sesuatu yang dimurkai Allah dan b...erkata sesuatu tentang Allah tanpa ilmu. Dia cuba menghalang kita daripada memahami kebesaran dan kekuasaan Allah yang sebenarnya. Allah menerangkan tentang bahaya ini didalam al-Qur'an seperti berikut: " Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu bebruat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui. " (Surah al-Baqara: 168-169) Usaha utamanya ialah untuk menakutkan manusia dengan kemiskinan, iaitu matlamat yang boleh dicapai sekiranya dia boleh membuatkan manusia lupa tentang hari kiamat. " Syaitan menjanjikan (menakut–nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir), sedang Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Baqara: 268) Taktik utama syaitan ialah melalui tipu daya. Allah menerangkan tentang tipu daya ini “... dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikan (kejahatan) ke dalam dada manusia.” (Surah an-Nas: 4-5) Ingatlah bahawa syaitan akan menggunakan cara yang berbeza untuk manusia yang berbeza dan dia akan mensasarkan kelemahan kita untuk menyesatkan kita. Mukmin yang patuh kepada Allah, yang mengingati-Nya siang dan malam, yang sentiasa sedar bahawa semua yang berlaku adalah di bawah kawalan-Nya, dan yang kembali kepada Allah dengan ikhlas, adalah kurang terdedah dengan pengaruh syaitan. " Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itu golongan syaitan. Ketahuilah bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugi." (Surah al-Mujadala: 19) Jangan sesekali lupa bahawa syaitan yang menimbulkan kebencian dan permusuhan antara manusia. Sejak dahulu lagi, “provokasi syaitan” mendasari semua perang, konflik, pertikaian dan penipuan. " Tidakkah kamu lihat, bahawasanya Kami telah mengirim syaitan-syaitan itu kepada orang-orang kafir untuk menghasut mereka berbuat maksiat dengan bersungguh-sungguh? " (Surah Maryam: 83) Orang-orang yang tidak beriman adalah manusia yang telah mengambil syaitan sebagai kawan mereka dan mereka mengikut caranya. Dengan cara pemikiran seperti itu, kepatuhan kepada syaitan dan kebencian dan permusuhan yang mereka ada di antara manusia tidak akan dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, syaitan juga berusaha untuk membangkitkan kebencian di kalangan orang yang beriman. Dalam melakukannya, dia cuba untuk melemahkan niat orang-orang yang beriman dan menghalang mereka daripada mematuhi Allah. Allah telah memberi amaran kepada hamba-Nya daripada bahaya ini dan menunjukkan mereka cara untuk mengatasinya: " Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu: Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesunguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia." (Surah al-Isra': 53) Jangan sesekali lupa yang syaitan akan berusaha untuk membuatkan kita lupa kebenaran yang kita perlu sentiasa ingat. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, salah satu cara yang efektif yang selalu digunakan syaitan untuk menyesatkan manusia ialah dengan membuatkan mereka “lupa”. Strategi utama syaitan ialah untuk membuatkan manusia lupa tentang tanggungjawab mereka kepada Allah. Dia berusaha untuk menyekat manusia daripada melakukan amalan baik dengan membuatkan kita lupa bahawa Allah yang menguasai kita daripada segala sudut dan kita adalah subjek terhadap takdir-Nya dan kita akan mati dan perlu bertanggungjawab terhadap semua perbuatan kita di hadapan Allah nanti. Syaitan tidak mahu manusia bersyukur kepada Allah. Oleh sebab itu, dia berusaha untuk membuatkan mereka lupa bahawa semua benda di sekeliling kita ialah nikmat daripada Allah. Dengan membuatkan kita terpesona dengan kehidupan dunia dan lupa tentang kehidupan akhirat, dia berusaha untuk memperdaya manusia. Dia bekerja keras untuk melupakan manusia bahawa terdapat hikmah terhadap semua yang berlaku terutamanya sesuatu yang tidak diduga. Realiti takdir dan meletakkan kepercayaan kita sepenuhnya kepada Allah adalah faktor-faktor utama yang dia mahu manusia lupa. Orang-orang beriman tidak mengendahkan godaan syaitan tetapi dengan cepat memohon perlindungan Allah sebagaimana yang diarahkan di dalam al-Qur'an: " Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah Fussilat: 36) Jangan sesekali lupa bahawa syaitan sangat licik; dia akan meninggalkan pengikut-pengikutnya pada Hari Kiamat. Pada saat-saat terakhir kehidupan kita di muka bumi ini, syaitan akan membiarkan pengikut-pengikutnya sambil memberitahu mereka bahawa dia telah memperdayakan mereka. Perkara ini dinyatakan di dalam al-Qur'an. “ Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan akupun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku melanggarnya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamupun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu." Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih. (Surah Ibrahim: 22)
-
Pengalaman mengerjakan amalan Puasa di Bumi Mesir Di sini penulis akan menyorot sedikit tentang pengalaman dan suasana dalam kedua-dua buah ...
-
Contoh Penulisan Impak dan Refleksi Penulisan impak dan refleksi kadang kala agak merumitkan disebabkan ketandusan idea. Biasanya k...