Sunday, July 14, 2013
Petua Penjagaan Kaki Untuk Pesakit Diabetes
Friday, July 12, 2013
PESANAN ROH PADA MANUSIA
Thursday, July 11, 2013
Petua Untuk Berbuka dan Bersahur Secara Berkesan
Petua Untuk Berbuka dan Bersahur Secara Berkesan
1. Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).
2. Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan.
3. Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
4. Kurangkan kadar makanan dari biasa.
5 Jangan minum air sambil makan. Minum air suam atau teh herba atau minuman yang mengandungi buah kembang semangkuk dan biji selasih, sebanyak yang terminum. Waktu sahur elok makan buah-buahan dan susu atau sebarang makanan cecair.
Tuesday, July 09, 2013
[ Terkini Isu Semasa Mesir ]
Monday, July 08, 2013
Petua Menggunakan Coklat Untuk Kulit Sihat dan Gebu
b. Bagi penyediaan pupur wajah pula, coklat boleh digabungkan bersama teh hijau kerana kedua-duanya mempunyai antioksidan tinggi yang baik untuk kulit. Ia boleh dihasilkan dengan cara mencampurkan koko, madu dan susu krim sehingga sebati dan sapukan pada kulit. Biarkan selama 10 minit sebelum dicuci dengan air suam. Gabungan koko, madu dan minyak badam yang digaul sehingga pekat serta disapu pada kulit wajah dan badan mampu membantu menjadikan kulit lebih lembut serta berseriseri.
c. Gel mandian coklat juga boleh dihasilkan sendiri dengan cara mendidih gelatin kosong bersama syampu badan sehingga kedua-duanya sebati sebelum serbuk koko atau minyak koko ditambah ke dalam bahan tersebut. Kemudian, sejukkan di dalam peti ais selama empat jam sebelum digunakan.
Sunday, July 07, 2013
petua Remaja Mengatasi Masalah Rambut Beruban
Saturday, July 06, 2013
Petua Untuk Gadis Yang Bakal Menjadi Isteri
4. Jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila anda mengengkari perintahnya, bererti anda melukai hatinya. Apabila anda membuka rahsianya bermakna anda tidak akan selamat daripada pengkhianatannya.
5. Janganlah anda bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia berseronok.
6. Jadilkanlah diri anda seorang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
7. Jadikanlah diri anda seorang yang selalu sekata dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
(Pesanan isteri ‘Auf bin Muslim Ashaibani kepada puterinya yang bakal berkahwin dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. “Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan panduan bagi orang yang menggunakan akal. Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk wanita. Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baharu.)
Thursday, July 04, 2013
tulisan menarik tentang Dosa-dosa Presiden Mesir DR Muhammad Mursi
- Dosa Mursi itu adalah kerana dia boleh mengantarkan Mesir dalam setahun ke arah kemajuan. Yang dulu zaman mubarak gandum hanya boleh dihasilkan dalam negeri sebanyak 20% paling banyak, sekarang sudah melampai 60%. Dulu perlu mengimport ke Amerika, sekarang Mursi mengimport dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat. Keadaan ini dapat menjimatkan belanja negara sampai jutaan dollar pertahun sekaligus meningkatkan ekonomi petani.
- Dosa Mursi adalah kerana membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan wang sebanyak 5.6 bilion dollar pertahun, akan meningkat 100 bilion dollar pertahun.
- Dosa Mursi adalah menaikkan gaji PNS dan pesara sebanyak 200% lebih, sementara harga-harga barang boleh dipertahankan tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.
-Dosa Mursi adalah membina kilang samsung terbesar di Arab di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.
-Dosa Mursi adalah membuat kilang kereta sendiri sehingga untuk tahun-tahun ke depan tidak perlu lagi mengimport kereta.
-Dosa Mursi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata rongsokan dari Amerika.
-Dosa Mursi adalah membuat kilang Innar (sejenis tablet / ipad), sehingga seluruh rakyat nanti boleh merasai enaknya memakai barang elektronik bermutu dengan harga yang berpatutan. Anak-anak sekolah boleh belajar pakai alat canggih.
-Dosa Mursi adalah mampu mempertahankan, bahkan menambah rizab pertukaran asing Mesir yang sebelumnya sudah di ambang kebankrapan.
-Dosa Mursi terbesar adalah dia selalu solat berjemaah di masjid, hafal al Qur’an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.
-Dosa Mursi adalah menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar.
-Dosa Mursi yang tidak kalah parahnya mengeluarkan Mesir dari kuasa tentera dalam 40 hari, di mana Erdogan perlukan bertahun-tahun untuk melakukan itu.
-Dosa Mursi meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan dunia. Hingga Mesir jadi negara yang dipandang dunia.
-Dosa Mursi adalah berusaha membangunkan tenaga nuklear dan tenaga matahari sebagai tenaga alternatif di Mesir.
-Dosa Mursi adalah kerana dia mampu menarik pelabur luar negeri dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.
-Dosa Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara akan meningkat.
-Dosa Mursi adalah mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih orang pengangguran.
-Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan minions.
-Dosa Mursi adalah menegakkan kehakiman yang sebenarnya.
-Dan banyak lagi ‘dosa-dosanya’ yang tidak boleh kita sebutkan satu persatu yang membuatkan lawan politik, terutama Amerika dan Israel jadi marah.
Kerana ‘dosa-dosa’ itulah maka Mursi akan digulingkan oleh sisa-sisa pengikut Mubarak, liberas, sekular, komunis, dan Kristian Koptik serta syiah. Mereka memandang Mursi sudah gagal mengantarkan Mesir ke arah kehancuran.
Itulah logik yang ada dalam kehidupan sekarang.
[Dari seorang mahasiswa Mesir via Ria Syamil yuliasari]
Diterjemah dari : Bersamadakwah.com
Read more: http://www.nescafeais.com/dosa-dosa-presiden-mesir-dr-muhammad-mursi/#ixzz2Y3UsOETh
Wednesday, July 03, 2013
Petua Untuk Orang Perempuan Mudah Mendapat Jodoh
3. Ikhtiar. Ini amat penting. Kalau boleh, amalkan mandi bunga supaya terserlah keserian wajah.
4. Jika bercakap dengan lelaki jangan kasar dan jangan lembut sangat. Orang lelaki paling tak suka kalau perempuan cakap kasar.
5. Mempunyai perasaan sayang dan perihatin terhadap orang lain. Jangan bersikap jaga kepentingan diri sendiri sahaja.
Tuesday, July 02, 2013
HALAL MEMAKAN KETAM NIPAH - MAJLIS FATWA KEBANGSAAN.
Monday, July 01, 2013
Mesir : Bila Sekular Tergugat
Hari ini, Mesir berdepan dengan satu lagi krisis ciptaan golongan sekular yang enggan mengaku kalah di gelanggang demokrasi. Demokrasi ialah ciptaan Barat, ia bukan ciptaan Islam, tetapi nilai-nilai demokrasi diterima dan diiktiraf sebahagiannya oleh Islam. Sayangnya, apabila tiba saat rakyat membuat pilihan menolak pemimpin yang pro-Barat, pada masa itulah demokrasi dinafikan dan sekular akan mengeluarkan pedangnya yang sebenar untuk memancung demokrasi.
Di Mesir, Mursi menang melalui pilihanraya yang bersih. Tanpa penipuan dakwat kekal, tanpa blackout dan tanpa senarai pengundi yang diragui, Mursi ditabalkan menjadi Presiden sekalipun disambut sinis oleh Israel yang bimbang pengaruhnya terhakis. Namun, kerana sekular menjarah begitu lama di bumi ambiya’ ini, bukan satu kerja yang senang untuk membebaskan Mesir dan belenggu sekular. Inilah masalah sebenar Mursi, iaitu membebaskan Mesir dari perhambaan sekular yang sudah berdekad-dekad memenjara rakyat Mesir.
Ini bukan sejarah baru di Mesir, bahkan ia telah berlaku ribuan tahun yang lampau pada saat Nabi Musa alaihissalam mahu membebaskan Bani Israel dari kezaliman Firaun. Mereka dibantu oleh mukjizat yang tidak kecil daripada Allah SWT. Baca sahaja di dalam al-Quran, kita akan dapati peristiwa laut terbelah, tongkat yang menjadi ular, batu mengeluarkan air, turunnya makanan dan minuman dari langit dan banyak lagi peristiwa besar yang berlaku sepanjang dakwah Nabi Musa alaihissalam. Namun, al-Quran merakamkan perangai Bani Israel yang seringkali enggan untuk berubah. Degil dan keras kepala ialah lambang Bani Israel yang digambarkan di dalam al-Quran.
Warisan sikap Bani Israel wujud di Mesir sekarang. Sekalipun sebahagian besar rakyat Mesir kelihatan menyokong Mursi, namun anak cucu Bani Israel yang mewarisi perangai datuk nenek mereka tetap melakukan kekacauan di bumi Ambiya. Inilah natijahnya apabila sekular dijadikan kiblat, bila demokrasi yang bersih menghadiahkan trofi kemenangan kepada musuh politik mereka, mereka tidak akan berdiam diri. Ini juga yang berlaku di Turki dan Gaza.
Di Malaysia, saudara mara sekular juga nampak berminat mengikut langkah yang sama. Kekalahan di dalam pilihanraya membawa kepada dasar penindasan dan penafian hak. Ditubuhkan kerajaan di dalam kerajaan, dinafikan bantuan kepada golongan yang memerlukan dan dinafikan hak ke atas hasil mahsul bumi merupakan buah-buah yang lahir dari pohon-pohon sekular yang tidak kenal sempadan dosa dan pahala.
Untuk Mesir ini, kita sama-sama menadah tangan supaya pemimpin yang bersendikan Islam sebagai akidah perjuangan diberikan kekuatan oleh Allah SWT. Gunakanlah peluang di bulan Ramadhan untuk merayu dan merintih kepada Allah SWT. Dialah Pemilik kepada segala kerajaan.
Salam hormat.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh : 22 Syaaban 1434H bersamaan 1 Julai 2013M
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Setulus Cinta Nabi Muhammad Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap, Rasulullah s.a.w...