Tuesday, July 09, 2013

[ Terkini Isu Semasa Mesir ]


[ Terkini Isu Semasa Mesir ] Isnin | 08 Julai 2013 | 08.14 malam Syeikh Dr.Hassan as-Syafie , Penasihat Syiekhul Azhar : Komplot rampasan kuasa telah dirancang 30 jam sebelum ia berlaku secara teliti dan halus bahkan boleh dikatakan, perancangan sentiasa di buat sepanjang tempoh pemerintahan Dr.Muhammad Mursi. Saya menolak untuk menganggotai Suruhanjaya Perdamaian sejurus selepas mereka tumpahkan darah-darah saudara-saudaraku. Bagaimana saya ingin memohon kepada mereka untuk pulang dari seluruh dataran selepas kejadian yang berlaku ketika solat Subuh pagi tadi? Kami mendesak agar dikembalikan siaran televisyen Islamik dengan segera. Senjata yang kamu takuti dari medium penyiaran Islamik merupakan senjata pemikiran dan tekanan ke atas orang Islam tidak akan berjaya Revolusi 25 Januari 2011 tidak akan dibuang dan ditukar sama sekali kerana ianya telah terpahat di dalam hati orang-orang Mesir dan sesiapa yang menentang Revolusi tersebut maka merekalah golongan pengkhianat dan pelaku kezaliman. Satu keaiban bagi demostran untuk meletakkan diri mereka di bawah naungan penindas. Sekiranya ia berlaku, maka mereka telah memperjudikan masa depan mereka . Di mana jaminan keselamatan ke atas mereka yang berhimpun sebagaimana jaminan yang diberikan kepada pembangkang sebelum ini? Tiada alasan bagi tentera Mesir untuk terlibat dalam politik kerana tugas mereka ] hanya tertumpu pada menjaga keamanan negara sahaja. Kepada rakyat Mesir diharap supaya bersabar sekalipun seruan (jihad) ini dianggap hasutan. Janganlah berputus asa dari terus berharap kepada Allah Taala. Ketahuilah perbezaan antara yang betul , keganasan dan orang Islam di Mesir sekarang mereka bukanlah pengganas Tidak akan berterusan penindasan dan pencerobohan dengan menakut-nakutkan rakyat selepas mereka merasai kebebasan di zaman Dr.Muhammad Mursi . Saya tidak bersetuju dengan penahanan Dr.Muhammad Mursi selaku Presiden yang dipilih rakyat dan wajib mengembalikannya kepada keluarganya . Para wartawan menyebarkan berita bahawasanya demonstran mencuba memecah masuk bangunan Pengawal Republik dan dakwaan ini ternyata berbeza dengan berita yang sampai kepada saya . "Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Blog Archive