Wednesday, July 17, 2013

Hari ini dalam sejarah Ramadan


Hari ini dalam sejarah Ramadan Tahukah anda ? 8 Ramadhan 1425 H / 22 Oktober 2004 Seorang tokoh dakwah terkenal Abbas bin Hasan As-Sisi telah meninggal dunia pada tarikh ini. Beliau merupakan generasi awal dakwah Ikhwan Muslimun di Mesir. Mula mengikuti Ikhwan Muslimun pada tahun 1936 bersama Imam Hasan Al-Banna yang merupakan pengasas bagi jemaah Ikhwan. Beliau diberi nasihat oleh As-Syahid Hasan Al-Banna supaya memasuki tentera, dan beliau memasuki kolej pembuatan jentera perang. Pernah dipenjarakan selama 2 bulan, kemudian 2 tahun, kemudian 9 tahun. Dikenali sebagai seorang pendakwah yang lemah lembut, peramah, mesra, tidak lekang dari senyuman dan banyak menyelesaikan masalah masyarakat. Diceritakan pada suatu hari dia terpijak kaki seorang pemuda, maka marah permuda tersebut lalu berkata : "Engkau Keldai ?!" lalu beliau membalas : "Tak, Aku Abbas Sisi" tergelak si pemuda dan mereka mula berkenalan.. Beliau sentiasa mengingatkan para pendakwah agar tidak terjebak ke dalam kancah kafir mengkafir menghukum manusia jahil dan melampau. Beliau juga selalu menitikberatkan dakwah di atas kasih sayang dan cinta, berlemah lembut dalam mengajak. Antara buku hasil tulisan beliau yang popular ialah : "Jalan menuju Hati" Antara kalam beliau yang masyhur : "Dakwah kepada Allah adalah seni, sabar di jalannya adalah Jihad" "Agama ini tidak dimulakan dengan menggunakan kekuatan otot, dan kekasaran perkataan, mahupun pertembungan dan ancaman, tetapi ia dimulakan dengan perkataan yang baik, dan dengan rasa sayang" Sumber : IkhwanWiki

Blog Archive