Monday, July 08, 2013

Petua Menggunakan Coklat Untuk Kulit Sihat dan Gebu


Petua Menggunakan Coklat Untuk Kulit Sihat dan Gebu a. Penggunaan coklat sebagai resipi kecantikan bagi mendapatkan kulit sihat dan gebu boleh dicuba sesiapa saja di rumah tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar. Antaranya membuat sendiri lulur coklat bersama kelapa bagi membuang sel kulit mati. Ia boleh dihasilkan dengan cara memanaskan gula dalam minyak kelapa kemudian masukkan serbuk koko ketika ia masih panas. Masukkan juga serbuk oat supaya ia mempunyai tekstur kasar yang boleh digunakan sebagai lulur. Semua bahan yang sudah sejuk itu kemudiannya digosok pada kulit dengan gerakan membulat untuk membersihkan tubuh daripada daki dan sel kulit mati. b. Bagi penyediaan pupur wajah pula, coklat boleh digabungkan bersama teh hijau kerana kedua-duanya mempunyai antioksidan tinggi yang baik untuk kulit. Ia boleh dihasilkan dengan cara mencampurkan koko, madu dan susu krim sehingga sebati dan sapukan pada kulit. Biarkan selama 10 minit sebelum dicuci dengan air suam. Gabungan koko, madu dan minyak badam yang digaul sehingga pekat serta disapu pada kulit wajah dan badan mampu membantu menjadikan kulit lebih lembut serta berseriseri. c. Gel mandian coklat juga boleh dihasilkan sendiri dengan cara mendidih gelatin kosong bersama syampu badan sehingga kedua-duanya sebati sebelum serbuk koko atau minyak koko ditambah ke dalam bahan tersebut. Kemudian, sejukkan di dalam peti ais selama empat jam sebelum digunakan.

Blog Archive