Saturday, September 27, 2008
Ucapan Selamat Hari raya
Mesej Bergambar di Sini
Disini, afifzahrah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri( Salam Fitrah 1429H ) buat ibunda yang tersayang, tercinta dan dirindui di kampung, adik-beradik dan anak-anak saudara yang mula ramai, jiran-jiran tetangga, saudara-saudara sebelah emak dan abah, guru-guru yang pernah mendidik anak murid ini, kawan-kawan sekolah dari sekolah menengah sehingga menengah tinggi, kawan-kawan satu universiti, kawan-kawan di Egypt ini sama ada di d Cairo, Mansurah, Syibin El-kom, Zaqziq, Tanta, Dumyat, Iskandariyyah dan Dasuq. Kawan-kawan dari negara rantau Melayu seperti Indonesia Acheh, Jawa barat, Medan ,Padang, Singapura, Brunei, Thailand ,Patani Burma dan Afrika hatta negara dari seantro dunia.Kawan-kawan dari bangsa Arab Mesir dan kenalan-kenalan daku di kampung selatan Mesir di Asyut.
Buat ibunda dan ayahnda angkat di Selangor (Petling Jaya), kawan istimewa yang sedang belajar di UIAM. Kawan-kawan satu ribatan muzakarah berkelompok. Anak-ank murid di yang pernah mengajar di Maahdsas Jengka pada tahun 2005 dulu. Anak-anak murid yang pernah daku didik dalam bulan 4 tempoh hari di Iskandariyah dan di Kaherah. Adik2 angkat daku di sini yang masih lagi di tahun satu. Roomate di bilik D503 di srama Indera Mahkota Hayyu Asyir. Kepada mawar berduri yang dikatakan naqibnya.
Tidak dilupakan kepada Syeikh ana Syeikh Muhammad Najmuddin bin Syeikh Biha'uddin bin Syeikh Amin Al-Kurdi annaqsyabandiah was-syafieiyyah dan kepada semua warga PMRAM dan semua warga hli-ahli BKMIP yang dikasihi dan disayangi.Begitu juga Syeik Muhammad Nuruddin Abdullah Marbu Al-Banjar Al-Makki. Beliau dianggap murabbi mursyid dalam mebimbing anak-anak Malaysia khususnya Azhari dan menganggap Beliau Azhar kedua selepas Azhar.
Andai Ku Tahu Fitrah Kali Ini Kali Terakhir Buatku, nescaya daku memohon kemaafan dari kalian-kalian semua. Diri ini tidak tahu bila nyawa ini akan ditarik oleh Allah SWT dalam menemui DIA. Semoga Hari Raya ini ini daku dapat membersihkan segala kesilapan dan kesalahan yang sengaja mahupun tidak. Halalkan segala makan dn minum yang mana pernah terambil tanpa pengetahuan kalian. Minta dihalalkan segala makan dan minum.
Semoga dengan bulan Raya ini akan memberikan satu momentum dalam memberikan kita kekuatan dalam beribadah dan menjadi titik bidayah agar memperkuatkan ubudiyyah dalam menghadapi bulan-bulan yang lain dan tidak sekadar bulan Puasa sahaja.
Semoga kita akan kembali kepada FITRAH yang bakal ketemu nanti dan apa yang ALLAH ganjarkan kepada kita ini dapat lebih berwaspada dan lebih bertaqwa dalam menghadapi segala kesilapan dan kesalahan tingkah lakuagr tidak terlnjur dalam maksiat dan dosa-dosa.
Hendaklah kita berasa bertuhan dan selagi kita berasa kita bertuhan nescaya itulah selayaknya kita dipanggil hamba dalam ketaatan kepada Allah dan layak untuk memasuki syurganyamudah-mudahan, amin ya Rabbalalamin...
Mesej Bergambar di Sini
Tuesday, September 16, 2008
SEHENING DINIHARI
Sekadar Gambar Hiasan
SEHENING DINIHARI
Apakah persis malam itu?
Berasa kelainan di malam-malam yang lain,
Daku menggagahi untuk bangun,
Setelah sedar daripada kesunyian,
Dinihari yang sayup menusuk qalbu,
Memenuhi dua pertiga malam,
Sedangkan yang lain diulit mimpi kesyahduan.
Ketika itu,
Awan redup di sebalik bulan,
Angin sepoi-sepoi bahasa,
menerejah tubuh dengan kelembutan,
Kedengaran di luar sahutan ayam,
Memecah hening keindahan malam,
Tidak kurang unggas bertenggek di dalam kegelapan,
Sedangkan pungguk bertalu-talu merindui bulan,
Namun binatang yang lain turut berperanan,
Apakah semuanya itu?
Namun ku tahu itulah bentuk persembahan,
Tanda Ubudiyyah kepada Ar-Rahman,
Sedangkan manusia dalam kealpaan.
Nung malam itu,
Tubuhku dijirusi dengan wuduk,
Dilakukan dengan penuh kesempurnaan,
Dengan cermat dan tertib,
Bagi perapian untuk Al-Khaliq.
Dihamparkan tikar sejadah,
Daku persembahkan solat tahajjud,
Diiringi solat Hajat dan Istikharah,
Sememangnya solat Tasbih,
Diiringi Wirid dan Zikir
Ditutupi dengan solat Witir.
Malam itu,
Daku berasa sungguh bertuah,
Rasa menebal kesyukuran di hati ini,
Kerana dijemput menjadi tetamu yang agung,
Sememangnya daku seorang hamba,
Linangan airmata di muara kelopak,
Tidak mampu menahan sebak dan sesak,
Mengingatkan dosa nan silam,
Hati, jiwa dan tubuh luluh longlai,
Berpadu untuk dipersembahkan dan dinilai.
Ya Rabbi!
Daku memohon keampunan,
Daku mengharapkan kebaikan Mu,
Kerana apa yang ku tahu,
Daku tidak layak untuk menjamah Syurga Mu,
Namun tidak pula daku sanggup menanggung
seksaaan Neraka Mu.
Ya Rahman! Ya Rahim!,
terimalah cintaku,
Janganlah cintaku tidak dibalas,
Kerana ku tahu, Engkau menerimaku
Daku tidak akan putus mengharap,
Selagi daku bertuhan,
Selagi itulah diaju harapan.
Alunan zikir tetap diteruskan,
Jari jemari terus mengerakkan bijian tasbih,
Mata terpejam, hati bertafakur,
Sehinggalah fajar sidiq membutuh
sehening dinihari.
Hasil nukilan:-
afifzahrah
15 Ramadhan 1429H / 15 September 2008M
Rumah Pahang Hayyu Asyir, Nasr City,Cairo, Egypt.
http://www.imamazhari.blogspot.com
Hak Cipta Terpelihara
Wallpaper Message Here
SEHENING DINIHARI
Apakah persis malam itu?
Berasa kelainan di malam-malam yang lain,
Daku menggagahi untuk bangun,
Setelah sedar daripada kesunyian,
Dinihari yang sayup menusuk qalbu,
Memenuhi dua pertiga malam,
Sedangkan yang lain diulit mimpi kesyahduan.
Ketika itu,
Awan redup di sebalik bulan,
Angin sepoi-sepoi bahasa,
menerejah tubuh dengan kelembutan,
Kedengaran di luar sahutan ayam,
Memecah hening keindahan malam,
Tidak kurang unggas bertenggek di dalam kegelapan,
Sedangkan pungguk bertalu-talu merindui bulan,
Namun binatang yang lain turut berperanan,
Apakah semuanya itu?
Namun ku tahu itulah bentuk persembahan,
Tanda Ubudiyyah kepada Ar-Rahman,
Sedangkan manusia dalam kealpaan.
Nung malam itu,
Tubuhku dijirusi dengan wuduk,
Dilakukan dengan penuh kesempurnaan,
Dengan cermat dan tertib,
Bagi perapian untuk Al-Khaliq.
Dihamparkan tikar sejadah,
Daku persembahkan solat tahajjud,
Diiringi solat Hajat dan Istikharah,
Sememangnya solat Tasbih,
Diiringi Wirid dan Zikir
Ditutupi dengan solat Witir.
Malam itu,
Daku berasa sungguh bertuah,
Rasa menebal kesyukuran di hati ini,
Kerana dijemput menjadi tetamu yang agung,
Sememangnya daku seorang hamba,
Linangan airmata di muara kelopak,
Tidak mampu menahan sebak dan sesak,
Mengingatkan dosa nan silam,
Hati, jiwa dan tubuh luluh longlai,
Berpadu untuk dipersembahkan dan dinilai.
Ya Rabbi!
Daku memohon keampunan,
Daku mengharapkan kebaikan Mu,
Kerana apa yang ku tahu,
Daku tidak layak untuk menjamah Syurga Mu,
Namun tidak pula daku sanggup menanggung
seksaaan Neraka Mu.
Ya Rahman! Ya Rahim!,
terimalah cintaku,
Janganlah cintaku tidak dibalas,
Kerana ku tahu, Engkau menerimaku
Daku tidak akan putus mengharap,
Selagi daku bertuhan,
Selagi itulah diaju harapan.
Alunan zikir tetap diteruskan,
Jari jemari terus mengerakkan bijian tasbih,
Mata terpejam, hati bertafakur,
Sehinggalah fajar sidiq membutuh
sehening dinihari.
Hasil nukilan:-
afifzahrah
15 Ramadhan 1429H / 15 September 2008M
Rumah Pahang Hayyu Asyir, Nasr City,Cairo, Egypt.
http://www.imamazhari.blogspot.com
Hak Cipta Terpelihara
Wallpaper Message Here
Sunday, September 14, 2008
Ucapan Selamat Berpuasa
Messgage Here
Disini, afifzahrah ingin mengucapkan Selamat Berpuasa ( Salam Ramadhan 1429H ) buat ibunda yang tersayang, tercinta dan dirindui di kampung, adik-beradik dan anak-anak saudara yang mula ramai, jiran-jiran tetangga, saudara-saudara sebelah emak dan abah, guru-guru yang pernah mendidik anak murid ini, kawan-kawan sekolah dari sekolah menengah sehingga menengah tinggi, kawan-kawan satu universiti, kawan-kawan di Egypt ini sama ada di d Cairo, Mansurah, Syibin El-kom, Zaqziq, Tanta, Dumyat, Iskandariyyah dan Dasuq. Kawan-kawan dari negara rantau Melayu seperti Indonesia Acheh, Jawa barat, Medan ,Padang, Singapura, Brunei, Thailand ,Patani Burma dan Afrika hatta negara dari seantro dunia.Kawan-kawan dari bangsa Arab Mesir dan kenalan-kenalan daku di kampung selatan Mesir di Asyut.
Buat ibunda dan ayahnda angkat di Selangor (Petling Jaya), kawan istimewa yang sedang belajar di UIAM. Kawan-kawan satu ribatan muzakarah berkelompok. Anak-ank murid di yang pernah mengajar di Maahdsas Jengka pada tahun 2005 dulu. Anak-anak murid yang pernah daku didik dalam bulan 4 tempoh hari di Iskandariyah dan di Kaherah. Adik2 angkat daku di sini yang masih lagi di tahun satu. Roomate di bilik D503 di srama Indera Mahkota Hayyu Asyir. Kepada mawar berduri yang dikatakan naqibnya.
Tidak dilupakan kepada Syeikh ana Syeikh Muhammad Najmuddin bin Syeikh Biha'uddin bin Syeikh Amin Al-Kurdi annaqsyabandiah was-syafieiyyah dan kepada semua warga PMRAM dan semua warga hli-ahli BKMIP yang dikasihi dan disayangi.
Andai Ku Tahu Ramadhhan Kali Ini Kali Terakhir Buatku, nescaya daku memohon kemaafan dari kalian-kalian semua. Diri ini tidak tahu bila nyawa ini akan ditarik oleh Allah SWT dalam menemui DIA. Semoga Ramadhan ini daku dapat membersihkan segala kesilapan dan kesalahan yang sengaja mahupun tidak. Halalkan segala makan dn minum yang mana pernah terambil tanpa pengetahuan kalian. Minta dihalalkan segala makan dan minum.
Semoga dengan bulan Ramdhan ini akan memberikan satu momentum dalam memberikan kita kekuatan dalam beribadah dan menjadi titik bidayah agar memperkuatkan ubudiyyah dalam menghadapi bulan-bulan yang lain dan tidak sekadar bulan Puasa sahaja.
Semoga kita akan kembali kepada FITRAH yang bakal ketemu nanti dan apa yang ALLAH ganjarkan kepada kita ini dapat lebih berwaspada dan lebih bertaqwa dalam menghadapi segala kesilapan dan kesalahan tingkah lakuagr tidak terlnjur dlm mksiat dan dosa-dosa.
Hendaklah kita berasa bertuhan dan selagi kita berasa kita bertuhan nescaya itulah selayaknya kita dipanggil hamba dalam ketaatan kepada Allah dan layak untuk memasuki syurganyamudah-mudahan, amin ya Rabbalalamin...
Saturday, September 13, 2008
Anwar dan politik angan - angan...
Wallpaper Message Here
Jika perkiraan matematik Anwar Ibrahim digunapakai, hanya tinggal beberapa hari saja lagi tampuk pemerintahan kerajaan akan bertukar tangan.
Dengan memerlukan sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen kerajaan ‘melompat parti’, ada kalanya impian Anwar ini dilihat seakan-akan ‘angan-angan Mat Jenin’.
Biarpun sesekali di pandang sinis oleh sesetengah pihak, beliau begitu optimis mengatakan peralihan kuasa tetap ‘on track’.
Bersandarkan kepada hubungan baiknya dengan ahli parlimen Sabah terutamaya ketika mana beliau menjadi TPM , Anwar merasakan bahawa ‘kemungkinan’ itu tetap ada.
Keyakinan beliau itu ditambah lagi dengan scenario politik negara yang tidak menentu setelah memasuki bulan September. Berdasarkan kepada perkembangan politik mutakhir, yang akan dinyatakan di bawah ini, berkemungkinan kita dapat merumuskan apa yang bakal berlaku datangnya 16/9 nanti.
1. Dakwaan Ketua Penerangan PKR Terengganu yang mengatakan sejumlah 43 orang ahli parlimen BN akan melompat parti.
2. Dakwaan beliau dikuatkan lagi dengan dapatan Ketua Penerangan PKR Sarawak yang amat meyakini tiba masanya ahli parlimen BN khususnya di Sarawak akan menyertai parti-parti Pakatan Rakyat.
3. Keengganan sebilangan ahli parlimen BN untuk menandatangani perjanjian taat setia kepada kepimpinan sekarang. Menurut mereka, perjanjian ini seolah menghina dan merendahkan martabat mereka.
4. Perdana Menteri dengan tidak semena-mena mengadap YDP Agong dan terus membuat kenyataan bahawa baginda berpuas hati dengan pemerintahan sekarang. Mengapa tiba-tiba sahaja mengadap Agong dan mengeluarkan kenyataan sedemikian.
5. MCA dan Gerakan yang bersedia mengkaji semula kerjasama politik mereka di dalam Barisan Nasional sekiranya usaha-usaha ‘repackaging’ BN tidak dijalankan.
6. Polemik ‘Cina menumpang’ yang di utarakan oleh Ketua Umno Bahagia Bukit Bendera yang masih belum selesai. Komponen-komponen BN seperti Gerakan dan MCA masih tidak berpuas hati dan memugkinkan sesuatu terjadi.
7. Hubungan dan tawaran lumayan Anwar kepada penduduk Sabah dan Sarawak jika beliau menjadi PM nanti. Bermungkinan kaum-kaum Iban dan Kadazan-Dusun akan dapat melihat Ketua Menteri di kalangan mereka. Sesuatu yang gagal di lakukan oleh PM dan Mantan PM sebelum ini.
8. Paling terkini, ‘lawatan sambil belajar’ secara tergesa-gesa kelab penyokong kerajaan (BNBCC) ke luara negara untuk menimba ilmu pertanian moden. Pelbagai soalan bermain di di kotak fikiran rakyat. Kenapa sekarang baru terfikir nak menimba ilmu??!! Tidakkah ini di namakan tindakan golongan desperado.
9. BN terus menerima tamparan hebat apabila bekas ketua Parti Gerakan Wilayah Persekutuan telah mengisytiharkan diri menyertai PKR. Beliau merupakan bekas ahli parlimen Segambut selama 3 penggal dan pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi.
Perkembangan politik terkini yang diutarakan di atas, boleh dilihat sebagai hujah bahawa dakwaan Anwar tidak boleh dipandang enteng dan sepi.
Justeru itu, pihak kerajaan perlu mengambil langkah-langkah terancang untuk mengembalikan keyakinan rakyat. Saranan Tan Sri Muhyidin Yasin supaya BN perlu menjalani proses ‘repackaging’ adalah amat bertepatan sekali dengan kehendak masyarakat.
Namun pun begitu, impian masih belum menjadi kenyataan. Apakah yang bakal berlaku pada 16/9 masih belum diketahui lagi samada Anwar akan menjadi PM Malaysia yang ke-6, ataupun impiannya seolah-olah seperti ‘ menunggu ayam jantan bertelur’.
'Barakallah Hummalana Fi Syahri Ramadhan Ya Allah'
Thursday, September 04, 2008
Andai aku tahu Ramadhan ini kali terakhir
Wallpapaer Message Here
Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi
Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali
Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian...adalah sesuatu yang pasti.....
Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya aku sibuk berzikir
"a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"
[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]
Biarpun anak tekakku kering kehausan air
Tentu aku tak akan jemu melagukan syair
Rindu mendayu..
Merayu...
Kepada-NYA Tuhanku yang satu...
Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatku dikerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai...
Sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil...
Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]
Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkan
Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu aku sibukkan dengan
Berterawih.. .
Berqiamullail. ..
Bertahajjud. ..
Mengadu...
Merintih...
Meminta belas kasih....
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi. ..aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
Oleh itu duhai Ilahi...
Kasihanilah daku hamba-MU yang...
Hina..
Dhaif..
Jahil..
Lagi Banyak Dosa ini..
Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya..
Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU..
Moga ku istiqamah di ramadhan ini..
ANDAI AKU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR………
More RAMADHAN graphics
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Pengalaman mengerjakan amalan Puasa di Bumi Mesir Di sini penulis akan menyorot sedikit tentang pengalaman dan suasana dalam kedua-dua buah ...
-
Contoh Penulisan Impak dan Refleksi Penulisan impak dan refleksi kadang kala agak merumitkan disebabkan ketandusan idea. Biasanya k...