Thursday, January 14, 2010

pejuangkah aku

pejuangkah aku?
(Didiklamasi dalami Majlis Baca Puisi Dewan Persuratan Melayu Pahang Kawasan Raub di Medan Selera Jalan Tengku Abdul Samad, Raub. Disember 2007)

Pejuangkah aku,
hadir dalam majlis baca puisimu,
dengan cuma bertengkolok lusuh lalu
membaca puisi ini,
untuk santapan minda Pak Menteri,
yang khabarnya cukup perihatin
lalu membiayai majlis santai puisimu.

Pejuangkah aku?
Berdiri hadir melontar kata,
dari sekuntum puisi keramat cuma berkerawang
di minda usangku,
dan dicetak jauh di lubuk hatiku.
Sarat temanya sesarat kemanusiaan yang terkandung
seperti kasih Adam kepada Hawa
seperti kasih Hawa kepada Adam.
Puisiku hanya sebutir mutiara ingin kusepuh
laksana kasih Nabi mendakap umat.

Pejuangkah aku?
Tatkala tamat baca puisiku
guruh-gemuruh tepukan penonton
gamat sehebat sambutan baca puisimu
penyair besar
yang dibayar cukup lumayan
sejumlah rutin sebulan makan
nenekku di kampung yang
membahagiakan cucu-cucunya yang kurang upaya.
nyempe

Pejuangkah aku?
menerima ole-ole cuma
seteguk tea dan tambang balik pergi ke majlis santai puisimu
sedangkan belum kulihat
keinsafan berbunga di wajah penontonku
yang tadinya tepukan bersipong memecah alam
yang tadinya mutiara jernih berguguran simpati.

Pejuangkah aku?
Hanya kerana bacaan di majlis baca puisimu
lalu berpotret di sampingmu Penyair Besar
dan Pak Mentari mengundangku ke majlis lain
untuk kulacur baca puisi yang merobek
nilai manusiaku sendiri.

Raub
Mac 2007

Sajak ini diterbitkan dalam antologi ' Hijrah Musafir' sajak-sajak penulis Pahang 2008.

dipetik drpd FaceBook cikgu Mohd Hasanuddin bin Md Isa

arena Hikmah
afifzahrah