Dalam Qawaid Fiqhiyyah.."Ma La yadruku Kulluh La yatruku Julluh"..Maksudnya Tidak Boleh Buat Semua, Jangan Tinggal Semua..Renung2kanlah
serkap
Selagi allah memberi kita kekuatan, tenaga dan leluasa selagi itulah kita mampu untuk berusaha sedaya kita..
arena Hikmah:-
afifzahrah
Sunday, February 28, 2010
Saturday, February 27, 2010
أخوة فى الله
في هذه الأرض تقبلنا
واحد مواجها" واحد مجاهدا"
أخوة فى الله لا يفنى
عقيدة وممسكا"
رابطا" أساسها
أخوة فى الله لا يفنى
ولو ياتى أمواجا
رابطا راسخا لا يكسر
باسم الله ببيعتنا
تقبل وتفرقا
خالصا" لوجه
رضى الله بحثنا
عسى فى رحمة لنا
بتقديس النية
رجوعا" فى ميعاد
محبة خالصة حلوة
فيض رحيم منح ربه
تطلع النور فى القلب
النور من ربى
تودع الغرام فى الأرض
خصبا" بحقيقة
مجاهدة بدون تلوث
رضى الله نرجو أخوة فى الله
واحد مواجها" واحد مجاهدا"
أخوة فى الله لا يفنى
عقيدة وممسكا"
رابطا" أساسها
أخوة فى الله لا يفنى
ولو ياتى أمواجا
رابطا راسخا لا يكسر
باسم الله ببيعتنا
تقبل وتفرقا
خالصا" لوجه
رضى الله بحثنا
عسى فى رحمة لنا
بتقديس النية
رجوعا" فى ميعاد
محبة خالصة حلوة
فيض رحيم منح ربه
تطلع النور فى القلب
النور من ربى
تودع الغرام فى الأرض
خصبا" بحقيقة
مجاهدة بدون تلوث
رضى الله نرجو أخوة فى الله
Thursday, February 25, 2010
Pas penentu lanskap politik negara
PAS adalah Parti Dakwah yg membawa kepada Mardhotillah
"Semua sudah maklum selama ini momokan hanya umno BN yang mampu memerintah hanya tinggal dongeng dan hujah lapuk yang hanya timbul menjelang pilihanraya.
Di manakah penanda arasnya kebijaksanaan mereka jika dibandingkan dengan pemimpin parti lain di Malaysia. Jika sayangkan negara malah pimpinan Pas barangkali lebih layak digelar patriotik apabila tidak ada seorangpun yang didakwa sebagai PERASUAH dan dipersoalkan menyalahgunakan harta negara untuk kepentingan peribadi.
Taiwan , Korea , Singapura dan Jepun boleh maju walaupun tanpa ada satupun cawangan umno di sana! Maknanya di situ maju mundur sesebuah negara atau ketamadunan bukanlah terletak pada parti politik semata-mata tapi terasnya terletak kepada kepimpinan mereka. Sesiapa yang jujur dan amanah kepada jawatan yang dipangkunya sudah tentulah akan meletakkan kepentingan agama , masyarakat dan negaranya di depan lebih daripada kepentingan peribadi dan kaum keluarga. Siapakah di kalangan pimpinan umno yang berciri sebegini?
Justeru itu rakyat hari ini melihat tokoh kepimpinan yang boleh dipercayai itu ada di dalam kelompok `pembangkang’ seperti yang dilabelkan oleh media pencacai (Barangkali mereka tidak melihat Pakatan Rakyat itu sebahagian daripada kerajaan!).
Pas bermula dari Mursyidul Amnya , Presiden hinggalah ke saf bawah dibarisi oleh sekelompok pimpinan yang mendapat kepercayaan besar segenap lapisan masyarakat pelbagai kaum. Melayu , Cina , India ,Iban , Kadazan dan lain-lain bangsa tidak pernah risau harta kekayaan negara akan dibolot oleh pimpinan pas jika Pakatan Rakyat memerintah. Mereka Cuma masih belum faham seluruhnya tentang Islam yang diperjuangkan Pas.Itu saja. Dan jika tembok pemisah ini dapat dileraikan tidak mustahil Pas dan Pakatan Rakyat akan mengambil-alih teraju pemerintah.
Jika sekarang pun banyak mata yang memandang apa jua yang berlaku di dalam Pas dan mereka berminat untuk mengetahuinya kerana mereka tahu Pas mempunyai potensi yang besar sebagai Parti yang menunggu masa untuk membuat perubahan. Sebab itu tidak hairan jika setiap isu yang melanda, pimpinan Pas lah menjadi tempat rujuk masyarakat dan media massa. Seakan orang tua yang di minta nasihat.
Tapi yang agak terkebelakang ialah apabila melihat Pas sendiri seakan masih gagal memanipulasi keadaan ini untuk kepentingan parti dan rakyat. Lambat bertindak dalam sesetengah isu dan tidak mahu menjadi pemain utama menjadikan masyarakat melihat Pas dan PR sekadar `pembangkang,! Potensi yang ada masih gagal dimanfaatkan sepenuhnya untuk meraih keyakinan rakyat walaupun di barisi oleh cerdik-pandai.
Justeru masih belum terlambat untuk membuat anjakan dan perubahan langkah politik. Persefahaman dengan PR merupakan langkah bijak namun perlu melibatkan diri lebih ke tengah masyarakat. Pimpinan terutamanya perlu turun hingga ke akar umbi dan tidak hanya terhenti di cawangan-cawangan Pas.
Biarlah masyarakat melihat dan memesrai Pas itu melalui gerakerja yang berkesan dan menjuarai setiap permasalahan rakyat. Tidak sekadar bercakap di atas pentas tapi terus mempraktiskan contoh kepimpinan Islam ke tengah masyarakat.
oleh:-
jinbukitridan

Wednesday, February 24, 2010
Rahsia Misi Dajjal Di Timur Tengah
Rahsia Misi Dajjal Di Timur Tengah
Teori Konspirasi
oleh Ibnuyaacob
Majoriti masyarakat mengatakan tujuan Amerika menyerang Iraq, Afghanistan dan menguasai minyak negara-negara Islam lain adalah kerana mahukan minyak dan sumber kewangan.
Di sini ingin saya jelaskan TIDAK. Ia bukan faktor utama, tetapi saya bersetuju jika dikatakan tujuan ‘menyerang’ itu sebagai ’salah satu faktor’.
Benarkah Dajjal Perlukan Wang?
Dengan penguasaan penuh syarikat-syarikat gergasi Yahudi di seluruh dunia daripada pembuatan seluar dalam hinggalah kepada stesen angkasa lepas, adakah mungkin Dajjal masih memerlukan wang untuk meneruskan agenda ketuhanannya?
Harus diingat, matlamat akhir Dajjal adalah memastikan …
“Semua masyarakat dunia menyembahnya sebagai Tuhan”
Untuk meneruskan misi di atas ada 3 perkara yang menjadi faktor penghalang
1. Imam Mahdi
2. Nabi Isa a.s.
3. Agama Islam
Senario Sekarang VS Kemampuan Dajjal
Kita perlu memahami dua persoalan ini iaitu senario/situasi yang berlaku sekarang dengan kemampuan yang telah dikecapi Dajjal.
Adakah sesuatu yang logik, Dajjal yang telah dikurniakan Allah SWT pemikiran yang genius, umur yang panjang, mendapat pertolongan Iblis, Syaitan dan Jin serta tinggal di rumah Segitiga Bermuda yang kebal itu masih memerlukan wang masyarakat dunia?
Jika dibandingkan dengan situasi sekarang, media Islam dan antarabangsa melaporkan kerajaan-kerajaan Dajjal iaitu Amerika dan Britain melakuan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq untuk mendapatkan minyak.
Benarkah begitu?
Saya paling tidak setuju dengan kenyataan ‘mencuri minyak’ oleh media massa. Itu bukanlah faktor utama. Pasti ada misi tersembunyi yang mendokong misi Dajjal melancarkan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq.
Wang sudah tidak menjadi masalah dan bukan lagi suatu masalah kepada Dajjal, agen-agen Dajjal sudah pun menguasai minyak dunia sejak 400 tahun dahulu bermula dengan empayar keluarga Rothschild, Rockefeller dan Halliburton.
Misi Sebenar Dajjal
Teliti hadith-hadith ‘misi’ Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. yang disabdakan oleh Rasulullah SAW
Berdasarkan fakta-fakta hadith seperti di bawah, kita dapat ketahui suatu misi tersembunyi Dajjal yang telah pun dilaksanakannya sekarang.
“Al-Mahdi berasal dari keturunanku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung, ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagai mana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dia berumur tujuh tahun.”
(Riwayat Abu Daud dan Hakim)
“Kemudian kamu akan memerangi kaum Rom dan kamu akan mengalahkan mereka dengan izin Allah .”
(Riwayat Bukhari)
Semua perkataan yang dimerahkan adalah bermaksud misi Imam Mahdi selepas dibaiahkan oleh umat Islam. Apakah Dajjal tidak tahu akan misi ini? sudah pasti ia tahu.
Dajjal yang genius itu sudah pasti dapat membaca matlamat perjuangan Imam Mahdi melalui hadith ini. Dajjal tidak perlu menumpukan kepada teori-teori tempat kelahiran Nabi ISa a.s. kerana Dajjal tahu Nabi Isa akan ‘diturunkan’ dari kerajaan langit bukannya dilahirkan semula dari perut-perut wanita Islam.
Misi sebenar Dajjal ialah ….
“Mencari dan membunuh Imam Mahdi melalui pencerobohan dan peperangan di negara-negara Islam”
Dajjal mengetahui dan diberi pengetahuan bahawa kemunculan Imam Mahdi berbeza dengan kemunculan Nabi Isa a.s.
Imam Mahdi seperti yang disebutkan Rasulullah akan lahir dari keturunannya sendiri iaitu sebelah puterinya Fatimah. Manakala perwatakan Imam Mahdi dari segi fizikal dan zahiriah adalah hampir serupa.
Menyedari bahawa Imam Mahdi adalah bersifat manusia biasa yang ‘akan dilahirkan’ oleh seseorang di atas muka bumi ini, maka Dajjal memikirkan penting untuk mencari ‘individu-indiivdu’ yang dijangka melahirkan Imam Mahdi.
Teori Tentang Strategi Dajjal
Disini saya ingin membentangkan teori-teori tentang strategi Dajjal untuk mencari ibu-ibu yang bakal melahirkan Imam Mahdi.
Secara logiknya adalah sukar bagi Dajjal. Tetapi secara praktikalnya Dajjal mempunyai pilihan terbaik, iaitu ….
* Untuk mencari anak-anak kecil yang bakal menjadi Imam Mahdi, hadith-hadith Rasulullah dan pandangan-pandangan ulama’ harus diambil kira.
* Pandangan ulama’ perlu bagi Dajjal kerana Imam Mahdi adalah superhero untuk umat Islam, dan kelibatnya amat ditunggu-tunggu sehinggakan ada yang mengaku Imam Mahdi.
Jika kita mengambil maklumat dari hadith, ulama’ dan faktor sejarah, maka keputusan tentang kemunculan Imam Mahdi akan diperoleh seperti berikut :
#Teori 1 : Imam Mahdi di Iraq dan Iran
Rasulullah mengatakan Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Fatimah - maka Imam Mahdi adalah cucu-cicit dari keturunan Hassan dan Hussein kerana Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib.
“Al-Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah.”
(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)
Kaitannya dengan Iraq dan Iran, - Negara Iraq yang luas itu mempunyai jumlah majoriti penduduk Syiah 70% berbanding penduduk Sunni. Mengikut pandangan penganut Syiah, Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Hussein.
Penganut mazhab Syiah amat berpegang teguh dengan kepercayaan ini, mereka dengan penuh yakin mengatakan Imam Mahdi akan muncul dari kalangan Syiah, tambahan pula Iran sekarang semakin menghampiri tampuk negara kuasa utama dunia.
Maka adalah logik untuk Dajjal menyerang dan memporak perandakan kedua-dua negara ini kerana Imam Mahdi mungkin akan lahir dari penduduk Iran dan Iraq. Untuk mencari dan menyelidik setiap seorang adalah sukar, dengan menghapuskan wanita-wanita Islam dan kanak-kanak sekali gus lebih mudah.
Senario sekarang dilihat tentera PBB terus ditempatkan di Iraq, ianya sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga memerhati kemunculan Imam Mahdi.
Afghanistan adalah negara kecil yang kaya dengan minyak tetapi teramat kuat dari segi keimanan penduduknya walaupun terdapat pelbagai suku.
Semenjak kemenangan Mujahiddin ke atas Soviet Union, ia mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya terhadap para perancang perang Amerika dan Eropah
Apakah keistimewaan Mujahidin?
Memandangkan keturunan Saidina Hassan dan Hussein berselerakan di merata dunia, maka ramalan bahawa Mujahidin dipimpin oleh bakal-bakal Imam Mahdi kelihatan logik bagi Dajjal.
Dajjal tidak mengenali Imam Mahdi, jadi menyerang secara gerila negara kecil ini sudah memadai untuk melenyapkan Imam Mahdi.
Sehingga sekarang tentera PBB ditempatkan di Afganistan. Menurut Setiausaha Agong PBB ketika itu, Koffi Annan, ianya sebagai langkah mengawal keamanan. Tetapi bagi saya ianya sebenarnya sebagai langkah ‘berjaga-jaga’ menanti kemunculan Imam Mahdi.
Pernahkah kita terfikir?
Pernahkah kita terfikir, apa lagi yang diperlukan Amerika di Iraq selain minyak. Apakah tidak cukup minyak yang terdapat di Afghanistan. Atau ada faktor lain yang menyebabkan Amerika akan terus meletakkan tenteranya di situ.
Pada 8 Disember 2006, Al-Jazeera melaporkan 6 kanak-kanak dan 8 wanita telah di bunuh di kampung Ishaqi, 90km di utara Baghdad. Pembunuhan ini dilakukan oleh pasukan tentera udara Amerika yang menjatuhkan bom di dua buah kediaman orang awam.
Wartawan CNN sendiri iaitu Mike Mount, Jomana Karadsheh dan Barbara Starr pada 12 Oktober 2007 melaporkan, tentera Amerika dalam operasi terbarunya telah membunuh 15 kanak-kanak dan wanita sekali gus. Tiada lelaki yang maut dalam operasi itu.
Dan berpuluh-puluh lagi berita pembunuhan orag awam yang majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita yang berlaku.
Jadi, apakah kaitannya wanita dan kanak-kanak dalam operasi ini?
Adakah ianya kebetulan?
#Teori 2 : Imam Mahdi adalah orang kaya Muslim
“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya, dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungny a.”
(Riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim)
Kemungkinan Dajjal mengetahui akan maksud Rasulullah SAW ini, dan dia (Dajjal) tahu khalifah Islam itu adalah seorang kaya yang beriman. Dajjal mungkin tidak tahu siapa, tetapi dalam mengatur strategi adalah lebih baik membuat andaian bahawa:
“Semua orang kaya Muslim hendaklah dikawal atau pastikan tiada orang Muslim menjadi kaya.”
Jika strategi di atas diambil kira, kita boleh mengandaikan Dajjal telah bersedia menghadapi situasi ini untuk membendung kemunculan Imam Mahdi.
Lihat sahaja orang kaya Muslim di dunia, siapa paling kaya? Sudah pasti orang Arab terutamanya keturunan-keturunan kerabat Diraja Saudi, Kuwait dan UAE. Tetapi adakah mereka ini bebas.
Tidak! Mereka tidak bebas, mereka terikat dengan perjanjian-perjanji an konsesi minyak di negara mereka. Kekayaan mereka adalah dari pemberian syarikat-syarikat minyak Yahudi yang melombong di tempat mereka.
Bagi saya, Dajjal tahu perkara ini, tetapi Dajjal mengambil langkah lebih awal lagi agar mana-mana orang kaya Muslim yang menonjol keimanannya dapat diperhatikan, Dajjal bimbang sekiranya orang kaya tersebut adalah individu yang dimaksudkan dalam hadith di atas.
Kesimpulan
Pada pandangan peribadi, saya amat yakin tujuan sebenar Dajjal menakluk dan menguasai ekonomi negara bukan sahaja di atas faktor politik dan ekonomi, tetapi ianya sebenar dijadikan jalan pintas untuk meninjau dan membendung kelibat atau tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi yang dijanjikan Allah SWT.
Wallahu’alam.

Monday, February 22, 2010
Rindu kat Ibam
UKHWAH FILLAH
Di bumi ini kita ditemukan
Satu arah satu perjuangan
Satu aqidah satu pegangan
Asasnya terjalin ikatan
Ukhwah fillah tidak kan musnah
Walaupun ombak
Walau badai mendesak
Tautan erat tak mungkin patah
Dengan ismullah kita berbai’ah
Bertemu berpisah
Hanya kerana-Nya semata
Redha Allah kita cari
Moga-moga kita kan dirahmati
Dengan niat yang suci
Bertemu kembali di negeri abadi
kenangan mengajar anak-murid d SMA Ibam
Demikian manisnya mahabbah murni
Limpahan kasih anugerah Ilahi
Terpancar cahaya penuh di hati
An-Nur suci dari-Mu Rabbi
Lambaian kasih di bumi ini
Suburi dengan perjuangan hakiki
Bajai ia jangan dicemari
Redha Allah dipohoni
Ukhwah fillah
moga dengan lagu ni ku utuskan seluruh warga sekolah dan kampung Ibam yang mana telah ku coretkan memory yg indah d sana..

Saturday, February 20, 2010
Sister-In-Islam: Undang-undang Islam zalim, diskriminasi wanita, menindas
ister In Islam, NGO ultra feminis yang didalangi oleh anak-anak kepimpinan UMNO termasuk Tun Mahathir dan Pak Lah mengulangi serangan mereka ke atas undang-undang Islam dengan menyifatkannya sebagai zalim dan diskriminasi terhadap wanita.
Mengapa ahli dan blogger UMNO yang kononnnya marah dengan DAP relaks relaks sahaja bila berdepan dengan SIS? Kenyataan SIS disertakan.
Sisters in Islam pada 19 Rebruari 2010 mendakwa tindakan Jabatan Penjara pada 9 Februari lalu merotan tiga wanita Islam atas kesalahan mengadakan persetubuhan haram sebagai satu diskriminasi terhadap wanita.
lagak
Pertubuhan itu mendakwa tindakan merotan itu mencabuli hak sama rata dan tiada diskriminasi yang dijamin oleh Perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah.
Dalam kenyataan akhbarnya itu, Pengarah Eksekutif Sis, Hamidah Marican berkata, memandangkan beberapa isu syariah berhubung pelaksanaan hukuman seperti kes Kartika Sari yang masih belum selesai, tindakan kerajaan itu dipertikaikan.
UMNO jelas mengambil sikap yang tidak konsisten dalam isu Islam. Dalam kebenyakan waktu, UMNO memperleceh syariah Islam. Apabila sokongan kaum bukan Islam semakin hilang, UMNO tiba-tiba cuba membakar isu agama dan menonjolkan diri mereka sebagai tokoh Islam. Pada masa sama, NGO mereka membuat kenyataan-kenyataan anti-Islam.
PAS pernah mengesa Majlis Fatwa agar menyiasat samada SIS bercanggah dengan Islam dan mengeluarkan fatwa. Sayangnya, mufti-mufti kecuali Perak 'menggeletar lutut' bila berdepan dengan SIS. Sekalipun amarah di hati penulis berhubung isu Perak masih belum redha, penulis mengucapkan syabas kepada Harusssani dalam isu SIS.
Kepada UMNO, kuman diseberang laut boleh nampak, bangkai gajah dalam rumah sendiri korang tak nampak?
Bak kata tok Guru: Pergi jahanam dengan UMNO.
"

Friday, February 19, 2010
Mendedahkan Rahsia Jamaah
Respons Atas Komen-komen
Saya berterima kasih atas komen-komen yang diberikan oleh pengunjung blog saya dan beberapa blog lain yang membuat pautan kepada posting berkenaan. Khusus kepada mereka yang membuat komen bersetuju dan menyokong pandangan saya, diharapkan mereka dapat menyampaikan mesej seperti yang sewajarnya difahami oleh mereka yang dapat membaca apa yang tersirat di samping apa yang tersurat. Terima kasih dan syabas kepada mereka.
Saya terpanggil untuk memberikan respons, kerana sebahagian komen-komen berkenaan perlu diberikan jawapan dan penjelasan supaya tidak mengelirukan. Komen yang berupa kritikan peribadi tidak perlu saya jawab kerana saya percaya pengunjung blog ini boleh menilai sendiri apa yang saya tulis dalam posting berkenaan. Umpamanya ada yang mengatakan saya hendak menunjuk hebat, saya orang yang sudah pencen dalam jamaah dan sebagainya.
Sesetengah komen mengatakan posting berkenaan boleh membawa fitnah dan pecah belah di dalam jamaah kerana pandangan saya sebagai mantan anggota pimpinan jamaah didedahkan kepada umum, padahal saya boleh menyampaikannya melalui saluran dalaman. Bagi saya pendapat sedemikian lebih berupa andaian kerana pandangan yang saya berikan lebih bersifat tazkirah, bukan bersifat kritikan jauh sekali sebagai tohmahan. Apatah lagi pandangan tersebut diberikan setelah diketahui umum banyak suara yang kurang berpuas hati yang diluahkan terhadap keputusan Jawatankuasa Displin ke atas kes KS. Saya sendiri menerima panggilan telefon dan SMS yang menyatakan rasa terkejut mereka dengan penggantungan KS.
Saya tidak fikir dengan menyampaikan pandangan melalui blog semestinya boleh menimbulkan masalah kepada jamaah, selagi ianya tidak berupa fitnah atau tuduhan melulu ke atas mana-mana pihak dalam jamaah. Kepimpinan dan pendokong jamaah sudah lumrah mendengar pandangan bahkan kritikan terbuka dari ahli-ahli dari pelbagai peringkat terutamanya dalam setiap kali Muktamar Tahunan. Para perwakilan adakalanya mengkritik kepimpinan dengan pedasnya di khalayak ribuan yang hadir dan terbuka kepada media tanpa sebarang tapisan. Kalau realiti seperti ini boleh diterima, saya tak fikir menulis dalam blog dianggap boleh membawa pecah belah dan saya dengan mudah dituduh melakukan dosa besar. Memang agak aneh kalau yang mengkritik pimpinan secara terbuka dari kalangan anggota pimpinan sendiri, sedangkan saya tidak menduduki sebarang jawatan kepimpinan, bahkan setakat ini saya tidak lagi menjadi ahli Majlis Syura, kerana Majlis Syura belum terbentuk selepas pindaan perlembagaan parti yang terkini. Jadi saya hanya sebagai ahli biasa ketika membuat posting ini hingga kini.
Khusus respons kepada komen “Hamba”, didapati dari komen beliau mengenai displin ahli dalam parti, kelihatan bercanggah dengan sikap beliau sendiri. Dalam komen pertama beliau mengatakan, sebagai ahli kena terima dan patuh kepada keputusan parti, dan dalam konteks ini terima sahaja keputusan Jawatankuasa Displin tanpa mempersoalkannya. Akan tetapi dalam komen berikutnya beliau sendiri kelihatan mempersoalkan keputusan parti mengenai pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) bersama DAP (khasnya di Perak). Beliau juga mempersoalkan MOU PR yang didakwanya tidak disebut nama Allah. Bagi saya sekiranya beliau seorang ahli PAS, maka bererti beliau telah mempersoal/mempertikai keputusan kepimpinan. Bagaimanapun sekiranya beliau seorang ahli UMNO (hampir pasti pun), ianya tidak menjadi masalah.
Dalam komen seterusnya, “Hamba” bertanyakan kenapa PAS sanggup membenarkan DAP bersama menyerang AMNO (yang tepatnya UMNO) yang sebangsa dengan PAS, walhal Nabi s.a.w. tidak pernah membenarkan sekutu Pakatan Rakyat Madinahnya bersama-sama menentang musyrikin Makkah yang sebangsa dengan Nabi. Pertanyaan tersebut cuba menggambarkan seolah-olah perjuangan Rasulullah s.a.w. berdasarkan kaum atau bangsa. Fahaman seperti ini amat berbahaya dan bercanggah sekali dengan ajaran Islam kerana Islam tidak berdasarkan bangsa, bahkan menentang fahaman asobiah (perkauman). Musuh Islam terutama golongan orientalis sering mendakwa bahawa Rasulullah s.a.w. adalah seorang pemimpin agama yang memperjuangkan kebangsaan Arab bahkan menuduh kononnya ajaran Islam itu sendiri adalah warisan dari kepercayaan dan budaya bangsa Arab. Kalaupun “Hamba” terlalu bersemangat untuk menyokong UMNO janganlah cuba memesongkan ajaran Islam yang berdasarkan aqidah tauhid yang tidak ada kena mengena dengan satu-satu bangsa atau kaum.
Sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w., bahkan juga para rasul sebelumnya yang diutus kepada satu-satu kaum tidak pernah menganggap golongan sebangsanya yang menentang para rasul itu sebagai satu “bangsa” dengan mereka yang beriman, kerana yang memisahkan mereka ialah aqidah perjuangan. Tidak berbangkit sama sekali kononnya Rasulullah s.a.w. tidak membenarkan rakan sekutunya di Madinah untuk menyerang musyrikin Makkah yang sebangsa dengan baginda. Bukankah kaum Ansar yang terdiri dari bangsa Aus dan Khazraj sentiasa berganding bahu dengan kaum Muhajirin dari bangsa Quraisy dalam peperangan-peperangan menentang musyrikin Makkah sejak dari perang Badar hingga kempen pembukaan Makkah.
Berkenaan pertanyaan “Hamba” yang berbunyi: Adakah tercatat dalam sirah Nabi s.a.w. yang baginda pernah mengkhianati bangsa Arab kerana kuasa? Saya tegaskan sekali lagi, jangan cuba berhujah dengan fahaman perkauman untuk memesongkan sirah perjuangan Rasulullah s.a.w. Baginda Rasulullah s.a.w tidak boleh dikaitkan dengan pengkhianatan kepada bangsanya (Quraisy) kerana baginda memerangi kaum musyrikin Quraisy setelah berkuasa di Madinah, adalah semata-mata untuk menumbangkan kuasa jahiliyah/musyrikin yang menentang dakwah dan berusaha untuk menumbangkan kedaulatan Islam di Al-Madinah Al-Munawwarah.
Bersabit dengan dakwaan “Hamba” bahawa PAS berkempen lebih kepada memburukkan parti lawan dan bukannya mengajak orang beriman kepada Allah dan RasulNya, dakwaan tersebut sebenarnya tidak tepat dan boleh mengelirukan. Bagi saya kalau “Hamba” seorang penyokong PAS, tentu beliau sedia maklum bahawa PAS bukan semata-mata bergerak dengan ceramah/kempen, bahkan juga melaksanakan pelbagai aktiviti dakwah seperti kuliah-kuliah pengajian, usrah, liqa’ fiqr, dialog dan seumpamanya yang bertujuan untuk mengajak umat Islam khasnya untuk mendokong Islam dan menghayati ajarannya. Malangnya di negeri-negeri yang dikuasai UMNO/BN, gerakan dakwah dihalang, bahkan diugut dengan pelbagai tindakan. Di Selangor umpamanya semasa kerajaan UMNO/BN berkuasa terutama sekali semasa Khir Toyo menjadi Menteri Besar, kuliah-kuliah dan majlis-majlis ilmu di masjid dan surau-surau dikongkong dan ditekan dengan ganasnya. Alhamdulillah kini di negeri Selangor, masjid-masjid dan surau-surau dimakmurkan dengan majlis-majlis ilmu dan aktiviti dakwah dengan pelbagai program. Demikian juga di negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat yang lain termasuk Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP. Berkenaan dengan kempen atau ceramah politik, tidak dinafikan ia berbentuk serangan dan pendedahan akan keburukan parti lawan khususnya UMNO yang memegang tampuk pemerintahan lebih separuh abad, yang berterusan menyerang perjuangan PAS untuk mendaulatkan Islam. Maka wajarlah serangan UMNO itu dibalas dengan serangan.
Persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh “Hamba” mengenai Perjanjian Hudaibiyah, nampaknya tak habis-habis hujahnya berkisar sekitar asobiah kaum yang cuba dilabelkannya ke atas perjuangan Rasulullah s.a.w. Dalam konteks Hudaibiyah, memanglah Rasulullah s.a.w. membuat perjanjian damai dengan kaum Quraisy Makkah yang bermusuhan dan memerangi Islam. Ketika itu merekalah musuh utama Islam dan yang paling awal menentang Islam sebelum kaum lain. Apatah lagi bangsa Quraisy berkuasa memerintah di Makkah. Maka Perjanjian Hudaibiyah diutamakan oleh Rasulullah s.a.w. apabila kaum Quraisy bersedia untuk berdamai kerana dengan demikian ruang dakwah terbuka luas untuk baginda bergerak dengan bebasnya. Ia tidak kena mengena langsung dengan sebab bangsa atau kaum. Mengenai sebab mengapa PAS tidak membuat “perjanjian damai” (berpakat menubuh kerajaan) dengan UMNO, padahal PAS berlawan dengan UMNO, kepimpinan PAS sering menegaskan bahawa pengalaman PAS bersama dengan UMNO dalam kerajaan campuran dengan Perikatan yang kemudiannya membentuk BN (1973-1978) sudah cukup menjadi pengajaran buat PAS menolak tawaran untuk bergabung dengan UMNO bagi membentuk kerajaan selepas PRU 12 yang lalu. Ini belum lagi diambil kira amalan UMNO mengenepikan ulama’-ulama’ UMNO sendiri samada dalam kepimpinan parti mahupun dalam pentadbiran kerajaan.
Adapun mengenai sebab kesediaan PAS berpakat dengan DAP membentuk kerajaan PR (khasnya di Perak) yang saya kaitkan dengan iktibar Perjanjian Hudaibiyah itu, adalah bertujuan bagi melaksanakan dakwah kepada bukan Islam melalui saluran politik dengan mendekati DAP yang juga sebelumnya memusuhi PAS yang memperjuangkan Islam. PAS melihat DAP/bukan Muslim menentang perjuangan PAS sebahagiannya disebabkan oleh propaganda UMNO yang menakut-nakutkan orang bukan Islam terhadap PAS dan sekaligus terhadap Islam. Hakikat ini didedahkan sendiri oleh pimpinan DAP secara terbuka bahawa mereka dahulunya memusuhi PAS dan takut kepada Islam kerana UMNO selama tidak kurang dari 50 tahun, menakut-nakutkan orang bukan Islam sekiranya PAS berkuasa memerintah, hak-hak mereka akan terlucut dan mereka tidak bebas mengamalkan kepercayaan mereka. Kini semenjak PAS bersama DAP dan PKR dalam PR, ternyata tembok pemisah di antara PAS dengan orang bukan Islam sudah dapat dirobohkan dan mesej Islam semakin mudah disampaikan kepada mereka. Bahkan ternyata ruang dakwah lebih terbuka dengan luas seperti yang disaksikan di Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP sendiri.
Soal dendam PAS kepada UMNO seperti yang ditimbulkan oleh “Hamba”, ianya langsung tidak berbangkit. PAS menentang UMNO kerana perjuangannya menentang perjuangan Islam yang didokong PAS. Di sini tidak timbul soal dendam berdendam kecuali individu-individu tertentu, tapi bukanlah kerana ajaran PAS. Kepimpinan PAS dari pelbagai peringkat menunjukkan amalan dan pergaulan yang tidak bermusuh dengan orang-orang UMNO. Sebagai contohnya, bila berlaku kematian orang UMNO atau penyokongnya, pemimpin PAS atau penyokong-penyokong PAS hadir menyembahyangkan jenazah mereka, bahkan tidak jarang pula yang mengimamkan solat jenazah orang UMNO. Begitu juga orang PAS menghadiri majlis-majlis kenduri-kendara orang UMNO jika mereka dijemput. Saya sendiri berkali-kali pernah mengimamkan solat jenazah orang UMNO atau membaca doa selamat di majlis kenduri orang UMNO (yang menjemput saya). Namun yang jarang berlaku ialah pemimpin atau orang-orang PAS hadir di majlis-majlis ilmu anjuran UMNO kerana mereka jarang dijemput, apalagi untuk memberi ceramah. Tambahan pula UMNO sendiri pun jarang-jarang menganjurkan majlis-majlis ilmu (kuliah/pengajian) kecuali sempena hari-hari sambutan Islam.
Akhir sekali mengenai pertanyaan “Hamba”: Adakah Rasulullah s.a.w. pernah selepas peperangan, lalu hasil rampasan perang yang berupa kuasa diagihkan kepada puak musyrikin yang bersekutu dengan Nabi? Pertanyaan tersebut menunjukkan “Hamba” tidak faham erti “rampasan perang” yang disebut dalam istilah Islam sebagai al-ghanimah, al-fayi’ dan al-anfal. Ianya bermaksud hartabenda samada haiwan, tunggangan atau apa-apa juga harta milik musuh yang ditinggalkan setelah kalah dalam pertempuran atau yang ditinggalkan apabila mereka berundur sebelum pertempuran. Ia sama sekali tidak dimaksudkan dengan kuasa pemerintahan. Kuasa pemerintahan bukan sesuatu yang boleh dimiliki seperti hartabenda, bahkan ianya adalah amanah Allah S.W.T. Dalam konteks demokrasi berparlimen seperti yang diamalkan dalam sistem pemerintahan negara kita, kuasa diperoleh melalui kemenangan dalam pilihanraya. Parti-parti yang memenangi pilihanraya mendapat mandat rakyat untuk memerintah. Maka kuasa memerintah tidak boleh dijadikan seperti hartabenda yang boleh dimiliki, bahkan tidak boleh dirampas oleh mana-mana pihak. Perbuatan merampas kuasa yang diberi rakyat adalah perbuatan yang zalim seperti yang dilakukan oleh UMNO di bawah pimpinan Najib yang merampas kuasa pemerintahan kerajaan PR di Perak. Dalam konteks ini PAS bersama DAP dan PKR dalam PR cuba sedaya upaya mengambil iktibar dari sirah Rasulullah s.a.w. yang membentuk pemerintahan Islam di Madinah untuk melaksanakan keadilan dan melindungi hak-hak rakyat pelbagai kaum dan agama bagi melaksanakan tuntutan Islam sebagai satu-satunya agama Allah yang menjamin keadilan dan kesejahteraan selaras dengan perutusan Islam sebagai agama rahmatan lil ‘alamin.
Respons saya lebih tertumpu kepada ulasan “Hamba” kerana beliau cuba membawa kefahaman yang menyeleweng dengan menggunakan hujah-hujah yang begitu mengelirukan. “Hamba” cuba mentafsirkan sendiri peristiwa sirah Rasulullah s.a.w. terutama Perjanjian Hudaibiyah, Piagam Madinah (beliau ungkapkan sebagai Pakatan Rakyat Madinah), dan fat-hu Makkah (pembukaan Makkah) yang kesemuanya ditekankan kepada isu kaum atau bangsa. Untuk cuba meyakinkan kefahaman yang menyeleweng itu, “Hamba” menuduh saya kononnya menukilkan Perjanjian Hudaibiyah secara tidak jujur. Dengan penjelasan ini saya harap terpenuhlah hasrat sahabat-sahabat yang meminta saya memberi respons atas ulasan-ulasan mereka yang berkenaan kepada posting saya bersabit peristiwa Hatib bin Abi Balta‘ah yang dihubungkan dengan Jawatankuasa Displin PAS.

Thursday, February 18, 2010
ISLAM itu mudah
Ditulis oleh Ustadz Abdullah Hakam Shah, Lc
“Sesungguhnya Allah Swt. tidak mengutusku untuk mempersulit atau memperberat, melainkan sebagai seorang pengajar yang memudahkan.” (HR. Muslim, dari ‘Aisyah ra.)
Islam mempunyai karakter sebagai agama yang penuh kemudahan seperti telah ditegaskan langsung oleh Allah Swt. dalam firmanNya:-
Dapatkan Mesej
وماجعل عليكم في الدين من حرج
“…dan Dia tidak menjadikan kesukaran dalam agama atas diri kalian.”
Sementara dalam sebuah haditsnya, Nabi Saw. pun bersabda:
إن الله لم يبعثني معنتا ولامتعنتا ولكن بعثني معلما ميسرا

Visi Islam sebagai agama yang mudah dalam setiap syari’atnya. Sampai-sampai, Imam Ibn Qayyim menyatakan, “Hakikat ajaran Islam semuanya mengandung rahmah dan hikmah. Kalau ada yang keluar dari makna rahmah menjadi kekerasan, atau keluar dari makna hikmah menjadi kesia-siaan, berarti itu bukan termasuk ajaran Islam. Kalaupun dimasukkan oleh sebagian orang, maka itu adalah kesalahan"
Ada beberapa prinsip yang secara kuat mencerminkan betapa Islam merupakan agama yang mudah. Yaitu di antaranya:
Pertama, menjalankan syari’at Islam boleh secara bertahap. Dalam hal ini, seorang muslim tidak serta-merta diharuskan menjalankan kewajiban agama dan amalan-amalan sunnah secara serentak. Ada tahapan yang mesti dilalui: mulanya kita hanya diperintahkan untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban pokok agama. Setelah yang pokok-pokok berhasil dilakukan dengan baik dan rapi, kalau punya kekuatan dan kesempatan, maka dianjurkan untuk menambah dengan amalan-amalan sunnah.
Izin untuk mengamalkan syari’at Islam secara bertahap ini telah dicontohkan oleh RasululLah Saw. sendiri. Suatu hari, seorang Arab Badui yang belum lama masuk Islam datang kepada RasululLah Saw. Ia dengan terus-terang meminta izin untuk sementara menjalankan kewajiban-kewajiban Islam yang pokok saja, tidak lebih dan tidak kurang. Beberapa Sahabat Nabi menunjukkan kekurang-senanganny a karena menilai si Badui enggan mengamalkan yang sunnah. Tapi dengan tersenyum, Nabi Saw. mengiyakan permintaan orang Badui tersebut. Bahkan beliau bersabda: “Dia akan masuk surga kalau memang benar apa yang dikatakannya.”
Kedua, adanya anjuran untuk memanfaatkan aspek rukhshah (keringanan dalam praktik beragama). Aspek Rukhshah ini terdapat dalam semua praktik ibadah, khususnya bagi mereka yang lemah kondisi tubuhnya atau berada dalam situasi yang tidak leluasa. Bagi yang tidak kuat shalat berdiri, dianjurkan untuk shalat sambil duduk. Dan bagi yang tidak kuat sambil duduk, dianjurkan untuk shalat berbaring. Begitu pula, bagi yang tidak kuat berpuasa karena berada dalam perjalanan, maka diajurkan untuk berbuka dan mengganti puasanya di hari-hari yang lain.
Dalam sebuah hadits Qudsi Allah Swt. berfirman:
إن الله يحب أن تؤتي رخصه كما يكره أن تؤتي معصيته
“Sesungguhnya Allah suka kalau keringanan-keringan anNya dimanfaatkan, sebagaimana Dia benci kalau kemaksiatan terhadap perintah-perintahNy a dilakukan.” (HR. Ahmad, dari Ibn ‘Umar ra.)
Dalam sebuah perjalanan jauh, RasululLah Saw. pernah melihat seorang Sahabatnya nampak lesu, lemah, dan kepenatan. Beliau langsung bertanya apa sebabnya. Para Sahabat yang lain menjawab bahwa orang itu sedang berpuasa. Maka RasululLah Saw. langsung menegaskan: “Bukanlah termasuk kebajikan untuk berpuasa di dalam perjalanan (yang jauh).” (HR. Ibn Hibbân, dari Jâbir bin ‘AbdilLâh ra.)
Ketiga, Islam tidak mendukung praktik beragama yang menyulitkan. Disebutkan dalam sebuah riwayat, ketika sedang menjalankan ibadah haji, RasululLâh Saw. memperhatikan ada Sahabat beliau yang terlihat sangat penat, lemah dan menderita. Maka beliau pun bertanya apa sebabnya. Ternyata, menurut cerita para sahabat yang lain, orang tersebut bernazar akan naik haji dengan berjalan kaki dari Madinah ke Mekkah. Maka RasululLâh Saw. langsung memberitahukan, “Sesunguhnya Allah tidak memerlukan tindakan penyiksaan diri sendiri, seperti yang dilakukan oleh orang itu.” (HR. Bukhâri dan Muslim, dari Anas ra.)
Dapatkan Mesej
Demikianlah, Islam sebagai agama yang rahmatan lil’ ‘alamin secara kuat mencerminkan aspek hikmah dan kemudahan dalam ajaran-ajarannya. Dan kita sebagai kaum muslimin, telah dipilih oleh Allah Swt. untuk menikmati kemudahan-kemudahan tersebut. Diceritakan oleh ‘Aisyah ra. bahwa RasululLâh Saw. sendiri dalam kesehariaannya, ketika harus menentukan antara dua hal, beliau selalu memilih salah satunya yang lebih mudah, selama tidak termasuk dalam dosa. (HR. Bukhâri dan Muslim)
Akan tetapi, kemudahan dalam Islam bukan berarti media untuk meremehkan dan melalaikan kewajiban-kewajiban yang telah ditetapkan. Rukhshah tidak untuk dijadikan apologi, keringanan-keringan an dari Allah bagi kita jangan sampai membuat kita justru menjadi jauh dariNya. Islam sebagai agama yang mudah merupakan manifestasi nyata bahwa ajaran Islam bukanlah sekumpulan larangan yang menyusahkan, melainkan ajaran yang penuh kasih-sayang. Sehingga dengan demikian, ketika kita menjalankan ajaran-ajaran Islam, motivasinya bukan karena kita takut kepada Allah Swt., tapi lebih karena kita rindu dan ingin lebih dekat denganNya. Bukan karena kita ngeri akan nerakaNya, namun lebih karena kita ingin bersimpuh di haribaanNya di dalam surga yang abadi.
--------------------------------------------------------------------------------
arena hikmah:-

Sunday, February 14, 2010
TAREKAT TASAWUF*
TINJAUAN TERHADAP PERSOALAN
AMALAN TAREKAT TASAWUF*
Mukadimah
Dalam konteks masyarakat Muslim Malaysia istilah tarekat tasawuf bukanlah sesuatu yang asing, ia diguna dan terungkap dalam pelbagai kesempatan, di samping ia juga ditemui dengan pelbagai jenama sebagai sesuatau yang diamalkan oleh sebahagian ahli masyarakat kita. Jenama-jenama tarekat yang diamalkan oleh masyarakat Muslim Malaysia, sebagaimana dicatatkan oleh Syed Naquib al-Attas dalam tulisan beliau, ialah berjumlah sembilan buah tarekat kesemuanya, iaitu Tarekat Qadiriyyah, Naqshabandiyah, Rifa'iyyah, Shadhillyah, Chistiyyah, Shattariyyah, Ahmadiyyah, Tijaniyyah dan 'Alawiyyah (al-Attas, 1963, 32). Namun semua itu tidak menjanjikan bahawa anggota masyarakat termasuk kalangan yang terlibat secara langsung dalam urusan keagamaan seumpama imam dan guru sekolah agama juga faham dengan baik selok-belok dan isi kandungan istilah tersebut. Hal ini, misalnya dapat dibuktikan menerusi satu penyelidikan ilmiah yang penulis lakukan di Kelantan beberapa tahun yang lepas yang mendedahkan bahawa sememangnya terdapat sejumlah ahli masyarakat Muslim, termasuk kalangan yang mempunyai fungsi kepimpinan dalam bidang keagamaan, tidak memahami selok-belok ilmu tasawuf (Zakaria 1993 (i), 167-190).
Maka itu, dalam tulisan ringkas ini akan cuba disorot dan dianalisis beberapa aspek yang terhubung secara langsung dengan subject-matter institusi tarekat tasawuf. Di antara perkara yang dianggap penting diberikan penjelasan ialah mengenai bagaimana hubung kait di antara tarekat dengan tasawuf, institusi syeikh dan kepentingannya, konsep murid serta beberapa konsep lain yang merupakan part and parcel kepada institusi tarekat tasawuf. Bagaimanapun, adalah perlu dicatatkan dalam mukadimah ini bahawa tulisan ini tidak akan menyorot konsep-konsep berdasarkan jenama tarekat tertentu seumpama Naqshabandiyyah, Qadiriyyah dan sebagainya, walaupun tentunya konsep-konsep berkenaan merupakan perkara asasi dalam pelbagai jenama tarekat tersebut.
gigih
I
Kalau sudut pandangan al-Shacrani, sebagaimana tercatat dalam tulisan beliau al-Tabaqat al-Kubra diberi mandat untuk menjelaskan kepada kita mengenai ilmu tasawuf, maka kita diberi tahu (al-Shacrani 1954, i:4):
"Ketahuilah saudara-saudaraku .......bahawa ilmu tasawuf itu merupakan suatu penjelasan mengenai ilmu yang terhasil atau muncul di hati para awliya' ketika mana hati tersebut digilap dengan amalan yang terkandung dalam al-Kitab dan al-Sunnah. Maka setiap orang yang mengerjakan amalan [suruhan] al-Kitab dan al-Sunnah, terhasillah baginya berdasarkan amalan tersebut pelbagai ilmu, adab, rahsia dan hakikat yang lidah lemah dan kurang upaya untuk menjelaskannya".
Penjelasan al-Shacrani di atas membolehkan kita membuat beberapa rumusan mengenai tabii ilmu tasawuf, iaitu: (a) ia merupakan jenis ilmu yang berpusat di hati seseorang manusia; (b) ia terhasil berdasarkan kerja atau amalan; (c) kerja atau amalan itu dilakukan untuk mengilap dan membersihkan hati supaya ia layak menjadi tempat berlabuhnya ilmu; (d) isi kandungan amalan yang dikerjakan itu ialah segala suruhan yang terkandung dalam al-Qur'an dan al-Sunnah; (e) isi kandungan ilmu tasawuf tersebut berupa pelbagai adab, pelbagai rahsia dan pelbagai hakikat dan (f) ia merupakan sejenis ilmu yang bersifat rasaan atau kecapan rohani (dhawq), kerana itu lidah menjadi kurang berupaya untuk menjelaskannya. Dalam kata lian, ilmu tasawuf merupakan sejenis ilmu yang turun ke dalam hati, apabila hati itu disediakan dengan cara ia dibersih dan digilap dengan pelbagai amalan yang diwajib dan digesa oleh al-Qur'an dan al-Sunnah supaya diamalkan oleh umat manusia.
Jadi, jelas kepada kita bahawa metodologi penghasilan ilmu tasawuf tertumpu kepada key word "amalan", bukannya pembelajaran seperti yang biasa terjadi kepada ilmu-ilmu lain. Ilmu tasawuf tidak mungkin terhasil dari kegiatan-kegiatan keilmuan biasa seumpama pembacaan, kehadiran ke kelas-kelas tertentu, penyediaan soal selidik dan sebagainya. Pengalaman al-Ghazali sebagaimana dicatatkan dalam tulisan beliau al-Munqidh min al-Dalal mengesahkan perihal ini. Dalam autobiografi tersebut al-Ghazali memerihalkan bahawa di peringkat awal usaha beliau untuk memasuki alam kesufian beliau telah membaca dan memahami secara tepat isi kandungan pelbagai hasil karya golongan sufi yang boleh didapati pada zamannya, seumpama tulisan-tulisan Abu Talib al-Makki, al-Muhasibi, al-Junayd al-Baghdadi, al-Shibli, Abu Yazid al-Bistami dan lain-lain. Namun semua usaha itu masih juga tidak dapat menjadikan beliau seorang ahli sufi (al-Ghazali 1979, 123); cuma boleh menjadikan beliau tidak lebih dari seorang yang memahami ilmu tasawuf. Justeru itu, secara tegas beliau mengungkapkan (al-Ghazali 1979, 123, 124):
Telah nayata kepadaku bahawa keistemewaan mereka [golongan al-sufiyyah] yang cukup khusus ialah apa yang tidak mungkin dicapai [oleh orang lain akan apa yang telah dicapai oleh mereka] menerusi pengajian atau penyelidikan, malah mesti dicapai menerusi al-dhawq, al-hal serta perubahan pelbagai sifat akhlak [dari tercela kepada terpuji] dan apa yang boleh diperolehi menerusi cara belajar telahpun aku perolehi. Cuma yang masih belum aku perolehi ialah apa yang tidak boleh dicapai menerusi pendengaran dan pengajian, malahan mesti melalui al-dhawq dan al-suluk.
Seterusnya, oleh kerana ilmu tasawuf sudah terbentuk menjadi satu disiplin ilmu Islam yang khusus dan telah mencapai tahap kematangannya pada kurun ketiga Hijrah (Qasim Ghani 1972, 71), maka proses pelaksanaan "amalan" yang boleh menghasilkan ilmu itu juga didekati dan disusun secara khusus, sesuai dengan tarafnya sebagai satu disiplin ilmu yang sudah mapan dan mantap. Lalu di sinilah munculnya apa yang diistilahkan sebagai tarekat untuk menghulurkan khidmatnya bagi memenuhi kehendak disiplin ilmu berkenaan.
Perkataan "tarekat" itu, dari aspek etimologinya, merujuk kepada "jalan", sama dengan pengertian kepada perkataan-perkataan "sharicah", "sabil", "sirat" dan "manhaj", di mana dalam hal ini yang dimaksudkan ialah jalan menuju kepada Allah guna mendapatkan keredaan-Nya dengan cara mentaati segala ajaran-Nya (Nurcholish Madjid 1995, 109). Bagaimanapun, dari aspek teknikal, istilah tarekat itu, pada asasnya, merujuk kepada sirah atau jalan kerohanian khusus yang dilalui oleh orang-orang yang berjalan (al-salikun) menuju kepada Allah, di mana dalam perjalanan tersebut mereka perlu merentasi pelbagai rintangan dan mengalami pelbagai peningkatan kerohanian dalam pelbagai maqam (al-Jurjani 1938, 123).
Catatan-catatan di atas memberikan kita kefahaman bahawa "amalan" yang perlu dilaksanakan bagi beroleh kejayaan dalam mencapai ilmu tasawuf itu diolah dan diusahakan dengan penuh kesungguhan dalam lingkungan tarekat. Jadi, tarekat, dalam hubungan ini, merupakan wasilah yang disediakan bagi mencapai matlamat yang terkandung dalam ilmu tasawuf. Maka itu, di sinilah terjalinnya hubungan di antara tasawuf dan tarekat; iaitu suatu hubungan erat di antara wasilah dan ghayah.
Sesuai dengan taraf dan fungsinya sebagai laluan penyaluran kepada "amalam-amalan" yang akan menentukan pencapaian ilmu yang menjadi isi kandungan kepada ilmu tasawuf, maka tarekat itu diasas dan dikembangkan oleh masyarakat Muslim dalam tamadun mereka menjadi suatu institusi khusus dengan diberikan ciri, kaedah dan peraturan yang tersendiri. Maka itu, dari perspektif ia sebagai satu institusi khusus tersebut, tarekat perlu difahami sebagai himpunan sejumlah pegangan, tingkah laku serta adab yang diasas dan ditetapkan oleh kumpulan sufi, atau secara yang lebih teknikal lagi istilah ini merujuk kepada metode memberi panduan dan tunjuk ajar akhlak dan kejiwaan yang digunakan oleh seseorang syeikh dalam usaha mendidik para muridnya (al-Taftazani 1969, 309). Dan dalam konteks ini akan boleh kita temui kumpulan-kumpulan para murid yang mula berhimpun menggelilingi seseorang syeikh yang terkenal untuk mendapat tunjuk ajar dan latihan, lalu dengan itu menjadi mucnul pula suatu bentuk persaudaraan kesufian (sufi brotherhood) di kalangan mereka (Trimingham 1973, 4; Nurcholish Majid 1995, 110).
Jadi, secara keseluruhannya, istilah tarekat itu boleh dirujukkan kepada cara, kaedah atau peraturan-peraturan khusus yang diikuti dan dihayati kehendak-kehendaknya oleh seseorang murid di bawah naungan satu kumpulan kesufian yang mengikuti panduan daripada seseorang syeikh terkemuka. Atau istilah ini juga boleh dirujukkan kepada kumpulan individu dari kalangan para murid yang mengasosiasikan diri mereka dengan seseorang syeikh tertentu dan tunduk patuh kepada peraturan-peraturan yang cukup ketat dalam hubungan dengan suluk kerohanian (Zakaria 1995, 70-71).
Bagaimanapun, dari perspektif sejarah adalah perlu difahami bahawa tarekat sebagai satu institusi yang mempunyai peraturan tersendiri tidak muncul bersama-sama kemunculan ilmu tasawuf itu sendiri. Malahan, kita dapati kehidupan bertasawuf dalam Islam telah bermula dalam bentuk perseorangan, di mana tiap seorang daripada kalangan yang terlibat dalam kehidupan tersebut menggunakan cara-cara atau jalan-jalan tersendiri dalam melaksanakan pelbagai amalan ibadah dan mujahadah masing-masing. Dan hanya mulai pertengahan kedua kurun ketiga Hijrah barulah golongan sufi mula membentuk dan menyusun kumpulan-kumpulan atau tarekat-tarekat tertentu, di mana setiap kumpulan mula tunduk dan patuh kepada peraturan-peraturan tertentu. Walaupun begitu, di peringkat awal perkembangan tarekat, aktiviti dan kegiatan mereka didapati berpusat di masjid-masjid; dan hanya setelah beberapa waktu selepas itu, barulah aktiviti mereka berpusat di zawiyah, ribat dan khanaqah yang tersendiri (Zakaria 1993 (ii), 7).
Selanjutnya, seperkara lagi yang perlu dicatatkan berhubung dengan persoalan tarekat ini ialah perihal hubungannya dengan syariat Islam. Dalam konteks ini bolehlah dijelaskan bahawa pada asasnya tarekat itu merupakan lorong atau "jalan kecil" yang dilalui oleh golongan orang yang terlibat dalam dunia kesufian. "Jalan kecil" tersebut merupakan satu lorong yang tercabang daripada "jalan besar" atau "lebuh raya" Syariat. Ini bermakna bahawa tarekat itu merupakan cabangan daripada keseluruhan Syariat Islam; yang juga memaknakan bahawa ia adalah lebih sempit dan lebih sukar untuk dilalui berbanding dengan "jalan besar" atau "lebuh raya" Syariat yang biasa dilalui oleh kalangan awam umat Islam. Dalam hubungan dengan tamsil ini, sebagaimana tidak akan ada lorong atau "jalan kecil" tanpa adanya "jalan besar" yang menjadi asas atau sumber kepada kemunculan atau tercabangnya "jalan kecil" berkenaan, maka demikian jugalah halnya di mana pengalaman kesufian tidak akan mungkin terhayat tanpa terasas kepada, atau terlebih dahulu terhayatnya, suruhan-suruhan yang terkandung dalam Syariat Islam itu sendiri. Dalam kata lain, hubungan di antara tarekat dan syariat itu adalah cukup rapat dan tidak sekali-kali dapat dipisahkan; malah perpisahan dalam kes ini akan bermakna kehancuran dan kemusnahan (Zakaria 1993 (ii), 8).
Hubung kait di antara tasawuf dan tarekat, dan malahan hubung kait di antara tarekat dengan Syariat Islam itu sendiri menjadi jelas berdasarkan catatan-catatan yang dibuat setakat ini. Cakupan istilah tarekat juga sama ada daripada aspek mekanisme atau organisasi asasnya sudah boleh difahami dengan baik. Adalah jelas berdasarkan catatan-catatan yang dibuat setakat ini bahawa sesebuah institusi tarekat itu semestinya tertegap dengan wujud di dalamnya dua kompenan utama: Syeikh dan murid yang menggerakkan organisasi tersebut dengan menggunakan satu set mekanisme berbentuk peraturan dan syarat yang perlu dipatuhi dan dimiliki oleh kedua-dua kompenan utama berkenaan. Berdasarkan komitmen kedua-dua belah pihak, maka organisasi tarekat berjaya meneruskan hayat dan survivalnya di celah-celah perjalanan waktu sepanjang sejarah tamadun Islam.
II
Dalam konteks sesebuah tarekat, syeikh sesungguhnya merupakan focal point utama yang segala kegiatan organisasi berkenaan tertakluk dan berpusat secara mutlak kepada kehadirannya. Maka itu dalam tulisan ini sorotan khusus institusi syeikh ini yang menyangkut aspek-aspek kepentinganya, syarat-syarat serta adab-adab tertentu akan cuba dibuat.
Dalam penggunaan golongan sufi istilah syeikh dirujukkan kepada seorang penunjuk jalan atau pembimbing kerohanian yang menjalani jalan kebenaran dan mengenali secara tepat batas-batas serta perkara-perkara bahaya dan perlu ditakuti. Lalu berasaskan ketepatan pengenalan tersebut dia memandu dan menunjukkan kepada murid perkara-perkara yang boleh memberi manfaat serta mengelak daripada perkara-perkara yang boleh mendatangkan mudarat, sehingga dengan petunjuk tersebut kalangan murid boleh sampai dan menjadi hampir dengan Allah. Atau diungkapkan juga istilah ini kepada seorang yang berperanan memapankan agama dan syariat ke dalam hati para murid dan para penuntut (al-Hafni 1980, 143; Zaydan 1991, 44).
Jadi, syeikh itu merupakan seorang yang dirinya sendiri sudah begitu mantap dan benar dalam hal-hal keagamaan serta bertanggungjawab menunjuk ajar serta mendidik golongan yang digelarkan sebagai murid, sehingga para murid berkenaan selamat beroleh kemantapan dalam beragama dan menjadi hampir dengan Allah sebagaimana yang sewajarnya dikehendaki.
Dalam perspektif golongan sufi, sebagaimana yang terungkap dalam pelbagai tulisan mereka, syeikh merupakan satu ciri yang terpenting dalam tarekat, bahkan kelahiran tarekat itu sendiri, dalam pengertiannya yang khusus, adalah disebabkan oleh wujudnya syeikh (Zakaria 1989, 54). Kerana itu kita dapati setiap tarekat yang muncul dalam sejarah tamadun umat Islam akan diberi nama berasaskan nama syeikh asal yang mengasaskan sesebuah tarekat berkenaan. Contohnya al-Saqatiyyah yang dinisbahksn kepada Sari al-Saqati, al-Tayfuriyyah yang dinisbahkan kepada Abu Yazid al-Bistami dan lain-lain (Hilmi, 1970, 111). Sandaran teori kepada konsep syeikh dalam tarekat ini, khususnya dalam konteks hubungan syeikh dengan para murid, adalah mengambil teladan daripada hubungan di antara Nabi SAW dengan para Sahabat Baginda (al-Suhrawardi 1966, 403). Dalam kata lain, seolahnya kedudukan syeikh itu dalam hubungan dengan para murid adalah bagaikan kedudukan Rasulullah SAW dalam hubungan dengan para Sahabat.
Isyarat perbandingan hubungan syeikh-murid adalah bagaikan hubungan Rasulullah-sahabat seperti di atas menggambarkan perihal maha pentingnya syeikh dalam institusi tarekat. Lebih jauh lagi, perihal kepentingan syeikh ini tergambar dengan jelas berdasarkan perakuan disiplin ilmu ini bahawa para murid tidak akan berjaya secara sempurna dalam perjalanan menuju Allah tanpa bimbimgan dan panduan syeikh. Hal ini dapat difahami dengan baik bila mana kita membaca ungkapan-ungkapan tinggalan para tokoh besar sufi yang memperkatakan tentang perkara ini. Al-Imam al-Qushayri misalnya, dalam tulisan beliau al-Risalah al-Qushayruyyah mengungkapkan perihal syeikh ini sebagai berikut (1972, i:201):
Kemudian wajiblah ke atas seorang murid supaya dia dididik oleh syeikh, kalau sekiranya dia tidak ada guru (yang membimbingnya), selamanya dia tidak akan berjaya (dalam perjalanannya menuju Allah).
Ternampak dengan jelas kepentingan syeikh sebagaimana yang dicatatkan oleh al-Qushayri di atas, di mana kepentingannya itu menyentuh persoalan yang cukup asas, iaitu berjaya atau tidaknya seseorang murid dalam perjalanannya menuju ke matlamat yang dituju. Maka itu, sehubungan dengan inilah kita dapati tradisi ini menganggap syeikh itu bagaikan petugas yang ditugaskan menutup pintu al-Haq Ta’ala; iaitu dalam pengertian bahawa “pintu” itu tidak mungkin dibuka lalu orang lain tidak akan boleh memasuki untuk sampai kepada al-Haq Ta’ala melainkan melalui jasa baik “petugas” berkenaan (Zaydan 1991, 46).
Kemudian, al-Imam al-Ghazali dalam Ihya' 'Ulum al-Din mengungkapkan pandangan beliau mengenai syeikh sebagai berikut (al-Taftazani 1976, 286):
Maka demikianlah seorang murid itu memerlukan seorang syeikh dan guru yang semestinya dia ikuti untuk dia mendapat panduan ke arah jalan yang betul. Sesungguhnya jalan agama itu cukup sukar sekali, sedangkan jalan-jalan syaitan amat banyak pula; oleh itu barang siapa yang tidak ada syeikh yang menunjukan arah kepadanya, maka syaitan akan memandu ke arah jalannya (jalan syaitan).
Hal yang lebih kurang sama dengan ungkapan al-Ghazali di atas dicatatkan juga oleh Syeikh ‘Abd al-Qadir al-Jilani dalam tulisan beliau al-Fath al-Rabbani:
Maka seseorang murid itu apabila kemahuannya [kemahuan untuk mejalani hidup secara bertasawuf] telah tiba dan fikirannya telah putus [untuk memulakan perjalan secara tasawuf], tetapi dia tidak mengikuti seseorang syeikh, maka dia akan sesat dan syaitan akan menjadi pemandu dan menjadi syeikh kepadanya (Zaydan 1991, 45).
Seterusnya, Abu 'Ali al-Daqqaq, sebagaimana yang dicatatkan oleh al-Qushayri dalam al-Risalah menjelaskan pandangan beliau tentang kepentingan seorang syeikh dengan katanya: "......apabila seseorang murid itu tidak ada guru yang akan membimbing perjalanannya nafas demi nafas [maqam demi maqam], maka dia akan menjadi hamba kepada nafsunya, yang dia tidak mungkin berjaya [melepaskan diri daripadanya]" (al-Qushayri 1972, ii, 435).
Jadi, ternyata sekali bahawa kepentingan syeikh, dalam perspektif golongan sufi, terletak pada keupayaan seseorang syeikh itu membimbing para murid ke arah jalan yang betul dan mengelak mereka dari terkena jerangkap samar yang sentiasa dipasang oleh para syaitan yang muncul atau terjelma dalam berbagai bentuk, termasuk dalam bentuk nafsu para murid itu sendiri. Hal ini menjadi demikian, kerana dalam pandangan tradisi ini, kesan atau pengaruh syeikh ke atas diri para murid atau salik adalah cukup mendalam sekali, kerana batin para salik itu dilihat misalnya oleh al-Suhrawardi dalam ‘Awarif al-Ma’arifnya bagaikan lilin lembut yang boleh menerima apa juga bentuk lorekan atau lukisan (Zaydan 1991, 46).
Oleh kerana institusi ini memberikan kedudukan dan taraf yang begitu penting kepada golongan syeikh, sehingga mereka sewajibnya diikuti oleh kalangan ummah yang mahukan kejayaan dalam kehidupan kerohanian mereka, maka kita dapati kalangan sufi mengenakan kriteria-kriteria yang cukup ketat yang perlu ada para diri seseorang bagi melayakkan dirinya menjadi syeikh untuk membimbing para murid. Dalam tulisan-tulisan mereka, para sufi meletakkan pelbagai kemestian atau syarat wajib yang mesti ada pada sahsiah seseorang syeikh. Dalam hubungan ini, rumusan syarat-syarat syeikh yang dicatatkan oleh Shah Wali Allah al-Dahlawi dalam tulisan beliau Qawl al-Jamil fi bayan sawa' al-Sabil (1980, 10-21) dan tentunya boleh pula diadun dan ditambah dengan syarat yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam Khulasat al-Tasanif fi al-Tasawwuf (1986, 145-146) serta catatan yang dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Amin al-Kurdi dalam Kitab Tanwir al-Qulub fi Mu’amalah ‘Allam al-Ghuyub (1377H., 524-525) adalah cukup menarik untuk diberikan perhatian. Syarat-syarat syeikh berkenaan, antara lain-lain, adalah seperti berikut:
1. Mempunyai ilmu pengetahuan iaitu alim khususnya tentang isi kandungan kitab al-Qur'an dan al-Sunnah serta ilmu Fiqh dan ilmu Akidah, sehingga dengan itu syeikh akan dapat menyelesaikan permasalahan murid.
2. Mempunyai bakat dan ketokohan dari segi kepimpinan.
3. Hendaklah syeikh itu benar-benar arif tentang pelbagai sifat kesempurnaan hati, adab sopannya, pelbagai kerosakan dan penyakitnya serta juga bagaimana cara untuk memelihara dan menyeimbangkannya.
4. Mempunyai sifat adil dan takwa.
5. Mestilah mempunyai sifat zuhud dari kemewahan dunia dan sangat cinta pula kepada kehidupan akhirat.
6. Hendaklah dia memiliki sifat sentiasa suka menyuruh dan mengajak kepada makruf dan mencegah perkara munkar; sangat tegas dengan fikirannya, mempunyai pendapat dan pandangan sendiri dan tidak mudah terikut-ikut, tidak menyeleweng, mempunyai maruah dan kekuatan akal yang sempurna.
7. Dalam sejarah kerohaniannya, syeikh itu mestilah telah pernah bergaul, bersahabat dan berguru dengan syeikh-syeikh kerohanian dalam suatu tempoh yang agak panjang.
Jadi, seseorang syeikh itu semestinya seorang Muslim yang memiliki pengalaman kerohanian yang luas serta kehebatan personaliti dan keluasan ilmu yang terhasil dari acuan dan adunan kefahaman yang mendalam mengenai syariat Islam secara sepadu. Dan selaras dengan hal inilah kita dapati al-Qashani dalam Istilahat al-Sufiyyah menjelaskan:
Syeikh itu merupakan seorang insan yang sempurna dalam pelbagai ilmu syariat, tarekat dan hakikat; iaitu merupakan seorang yang sampai ke tahap kukuh sempurna dalam ilmu-ilmu berkenaan. Ini ialah kerana seseorang syeikh itu memiliki ilmu mengenai perkara-perkara yang boleh membinasakan al-nufus, mengenali pelbagai penyakit serta jenis penyakit al-nufus. Dia juga mengenali secara tepat ubat untuk penyakit al-nufus, dan berupaya pula menyembuhkan penyakit al-nufus serta boleh melaksanakan tugas menunjuk ajar al-nufus, sekiranya al-nufus tersebut disedia dan diselaraskan untuk menerima tunjuk ajar berkenaan (Zaydan 1991, 44-45).
Hanya dengan wujudnya kriteria-kriteria yang antara lain-lain kita catatkan di sini sahaja seseorang syeikh itu akan dapat berperanan dengan baik untuk membimbing dan menangani persoalan-persoalan yang berkaitan dengan seseorang murid yang berada di bawah bimbingannya. Sebagai contoh, renungkan dengan teliti betapa perlunya seseorang syeikh memiliki pengetahuan yang jelas mengenai isi kandunga al-Qur`an dan al-Sunnah bilamana, misalnya, dia berdepan dengan persoalan-persoalan sebagaimana dicatatkan oleh tokoh-tokoh sufi tersohor seperti berikut:
al-Syeikh Abu al-Hasan al-Shadhili berpesan: “Apabila kashf engkau [yang engkau perolehi] bertentangan dengan al-Qur`an dan al-Sunnah, maka hendaklah engkau berpegang kepada al-Qur`an dan al-Sunnah dan tinggalkan kashf tersebut. Dan katakan kepada diri engkau: Sesungguhnya Allah telah menjamin kepadaku kemaksuman kandungan al-Qur`an dan al-Sunnah, tetapi tidak begitu halnya dengan kandungan al-kashf, al-ilham dan al-mushahadah, melainkan setelah [semua itu] dipadankan dengan [semanagat kandungan] al-Qur`an dan al-Sunnah [lalu didapati tidak bertentangan dengan semangat isi kandungan kedua-dua sumber berautoriti tersebut]” (‘Abd al-Halim Mahmud 1972, 247).
Sahl b. ‘Abd Allah al-Tustari menjelaskan: “Setiap pengalaman wajd yang tidak dipersaksikan [kebenarannya] oleh al-Qur`an dan al-Sunnah adalah terbatal” (Badawi 1978, 57).
Sesungguhnya pengalaman-pengalaman seumpama al-kashf, al-ilham, al-wajd dan al-mushahadah merupakan di antara perkara yang kerap mendatangi diri kalangan orang yang terlibat dalam kehidupan bertasawuf. Persoalannya di sini ialah bagaimanakah seseorang syeikh yang mengalami secara peribadi pengalaman-pengalaman seumpama di atas, atau yang terpaksa menyelesaikan masalah yang diadu oleh para muridnya yang mengalami perkara tersebut, dapat membuat padanan dan seterusnya membuat kesimpulan sama ada roh isi kandungan al-Qur`an dan al-Sunnah bertentangan ataupun tidak bertentangan dengan isi kandungan pengalaman peribadinya atau pengalaman para muridnya, kalau syeikh itu sendiri tidak memiliki pengetahuan yang mencukupi berhubung dengan roh kandungan al-Qur`an dan al-Sunnah. Jelaslah bahawa seseorang syeikh itu sewajibnya memiliki pengetahuan yang mencukupi berhubung dengan isi kandungan al-Qur`an dan al-Sunnah. Kalau tidak demikian, maka syeikh dan para muridnya akan terdedah luas untuk terjerumus ke lembah penyelewengan.
Demikian pula perihal perlunya seseorang syeikh itu memiliki sifat-sifat zuhud, adil, takwa, suka menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sesungguhnya cukup sukar untuk kita gambarkan kemungkinan berupayanya seseorang syeikh itu berperanan dengan sempurna dalam kerja pendidikan dan bimbingannya tanpa sifat-sifat berkenaan, kerana dia, sebenarnya, akan berdepan dengan para murid yang dimestikan oleh institusi ini supaya mentaati syeikh tanpa syarat serta meyerahkan segala apa yang ada pada dirinya untuk dididik dan dibimbing oleh syeikh. Kuasa syeikh yang diberikan oleh institusi ini dalam urusan pentadbiran diri dan masa depan para murid adalah amat luas sekali. Dan tentunya syeikh akan terdedah luas, dan malahan akan cukup mudah terperangkap, kepada desakan dan kemahuan hawa nafsunya kalau dia tidak memiliki serta berakhlak dengan sifat-sifat yang disebutkan di atas.
Kes-kes yang kerap kita dengar terjadi dalam lingkungan apa yang diistilahkan sebagai “ajaran salah” atau “ajaran sesat” di tanah air kita, di mana guru memperalatkan murid, termasuk dalam hal yang berhubung dengan kepuasan seks, adalah sebenarnya berpunca daripada kesilapan memilih syeikh atau guru yang tidak cukup syarat. Oleh sebab itu, golongan sufi memberikan perhatian serius terhadap syarat-syarat syeikh dan mereka menyenaraikan syarat-syarat tersebut demi untuk keselamatan saudara-saudara mereka dari kalangan umat Islam seperti yang dijelaskan oleh al-Ghazali:
Dan bagi seseorang [syeikh] murshid itu banyak tanda-tanda [syarat-syarat yang mesti dimilikinya]. Dan kami menjelaskan kepada engkau secara ringkas supaya tidaklah boleh sebarang orang mengaku dirinya sebagai [syeikh] murshid secara sewenag-wenang. Dan kejayaan seumpama ini [hasil pimpinan murshid sejati] adalah amat jarang, khususnya pada zaman ini [pada zaman al-Ghazali]. Sesungguhnya ramai orang yang mengaku diri mereka sebagai murshid, sedangkan mereka pada hakikatnya mengajak manusia ke arah kelalaian dan kekosongan semata-mata. Malah kebanyakan golongan mulhidin itu pun mengaku sebagai murshid juga, sedang [tindak tanduk mereka] bertentangan dengan syariat [secara terang-terang] (al-Ghazali 1986, 146).
Di samping syarat-syarat ketat yang dikenakan oleh institusi tarekat tasawuf kepada kalangan orang yang layak menjadi syeikh, institusi ini juga menginstitusikan pula sejumlah adab yang mesti dipatuhi oleh kalangan para syeikh. Apabila kita telah literatur tulisan para sufi akan kita temui pelbagai adab yang mesti dihayati oleh seseorang syeikh bagi menjamin kesempurnaan kerja bimbingannya serta bagi menjaga reputasi dan nama baik institusi tarekat tasawuf. Rumusan adab syeikh yang dicatat oleh ‘Abd al-Qahir b. ‘Abd Allah al-Suhrawardi dalam Kitab ‘Awarif al-Ma’arif (1966, 415-421) serta juga catatan mengenai adab syeikh yang dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Amin al-Kurdi dalam Kitab Tanwir al-Qulub fi Mu’amalah ‘Allam al-Ghuyub (1377H., 524-527) akan digunakan dalam tulisan ini bagi membolehkan kita memahami perkara ini. Sebagaimana tercatat dalam kedua-dua kitab tersebut, adab-adab yang perlu dihayati oleh seseorang syeikh adalah seperti berikut:
Pertama: Seseorang syeikh sekali-kali tidak boleh mempromosi diri menerusi apa cara sekalipun dengan tujuan untuk mencari pengikut. Malahan, kedatangan seseorang murid untuk berguru dengannya hendaklah diterima dengan penuh rasa sedar dan awas bahawa ada kemungkinan itu merupakan satu unsur ibtila’ atau ujian daripada Allah. Maka itu, setiap patah percakapan yang diungkapkannya kepada muridnya hendaklah dianggap sebagai nasihat ikhlas seorang ayah kepada anaknya demi kepentingan anak tersebut, bukan dengan maksud untuk menarik minat murid kepada dirinya. Atas asas ini, kalangan sufi mahukan supaya setiap syeikh itu bercakap dengan muridnya dalam keadaan hatinya sentiasa memohon hidayah daripada Allah agar percakapannya adalah hanya dalam perkara yang benar sahaja. Ini ialah kerana, dalam perspektif golongan sufi, satu perkataan daripada seorang syeikh yang jatuh ke telinga seseorang murid itu adalah bagaikan sebiji benih yang jatuh ke tanah; biji benih yang rosak boleh menyebabkan kebinasaan, bukannya menghasilkan tumbuhan. Dan dalam hubungan ini, biji benih yang rosak itu ialah percakapan atau kata-kata yang berasaskan hawa nafsu, yang di dalamnya mengandungi dua matlamat: (a) cuba memancing kegemaran orang; (b) cintakan kemasyhuran dan mahukan keramaian pengikut.
Kedua: Hendaklah seseorang syeikh itu menguntukkan masa yang khusus untuk melakukan khalwah. Dan jangan sekali-kali dia mendakwa dirinya memiliki kekuatan kerohanian yang luar biasa sehingga menyangkakan bahawa kesentiasaan bergaul dengan orang ramai serta berbual dengan mereka tidak akan memberi apa-apa kesan buruk kepada keadaan kerohaniannya, lalu dia tidak lagi memerlukan khalwah; sedangkan Rasulullah SAW sendiri, bersama dengan kesempurnaan halnya, masih terus melakukan qiyam al-layl dan melakukan khalwah dalam proses qiyam al-layl tersebut. Apa yang cukup penting dalam hal ini ialah perlunya seseorang syeikh itu mengesahkan bahawa jalwahnya sentiasa berada di bawah naungan khalwah, sehingga kegiatan jalwahnya itu boleh menjadi tambahan dan pengukuhan kepada khalwah dirinya.
Ketiga: Seseorang syeikh hendaklah menyesuaikan dirinya dengan sanggup turun ke tahap hal para muridnya dengan cara berlembut dan cara yang boleh menyenangkan mereka. Syeikh juga hendaklah sentiasa berlapang dada dan bersikap bertolak ansur mengenai hak dirinya sendiri. Tidaklah boleh dia menekankan dan menunjukkan kehebatan serta kemuliaan dirinya sahaja. Seseorang syeikh juga tidak boleh menyusahkan para muridnya hingga ke tahap mereka tidak dapat melaksanakannya, semata-mata didorong oleh kehendak dirinya sahaja.
Keempat: Seseorang syeikh itu hendaklah bersikap belas kasihan terhadap orang-orang Islam yang terdiri dari kalangan para sahabatnya, khususnya lagi terhadap para muridnya sendiri. Dia mestilah menunaikan hak mereka sama ada semasa mereka dalam keadaan sihat atau sakit. Apabila seseorang syeikh itu mendapati ada di antara murid-muridnya yang tidak berupaya melawan nafsu dan sukar untuk meninggalkan pelbagai kebiasaan hidup, maka hendaklah dia memberikan nasihat secara lembut, memberikan rukhsah kepada murid berkenaan, dia mesti banyak bersabar serta sanggup memaafkannya. Janganlah dia tergesa-gesa menyekat murid tersebut daripada meneruskan perjalanannya. Malahan, dengan penuh lemah lembut hendaklah dia terus memberikan bimbingan sehinggalah murid berkenaan mendapat hidayah Allah.
Kelima: Seseorang syeikh itu, dengan apa cara sekalipun, mestilah membersihkan dirinya dari harta benda para muridnya. Demikian juga dia perlu membersihkan dirinya daripada sebarang khidmat dan apa juga bentuk faedah yang disumbangkan oleh para muridnya. Ini ialah kerana kedatangan seseorang murid kepadanya, merupakan suatu hantaran Allah, maka itu tunjuk ajar yang disumbangkan itu mestilah diberikan dengan penuh keikhlasan demi kerana Allah. Malahan, seseorang syeikh mestilah menganggap apa yang diberikan kepada murid itu sebagai suatu bentuk sedekah yang disumbangkan demi kerana Allah.
Keenam: Seseorang syeikh itu hendaklah merahsiakan apa juga rahsia dan keaiban muridnya yang telah dapat diketahuinya. Oleh itu, apabila seseorang syeikh melihat perkara yang tidak patut dilakukan oleh sebahagian murid, atau dia mengetahui hal yang tidak betul terjadi pada sesetengah murid, atau juga dia melihat ada unsur ‘ujud dalam diri murid-murid tertentu, maka syeikh berkenaan janganlah menuding secara terus terang kepada murid yang terlibat. Malahan, dia hendaklah membincangkan perkara-perkara tersebut secara umum dalam kumpulan ramai, sambil mengisyaratkan kepada perkara yang tidak diingini tersebut supaya segera ditinggalkan. Pendekatan seumpama ini akan dapat memberi manfaat tidak cuma kepada kalangan yang terlibat, tetapi juga kepada murid-murid yang lain.
Ketujuh: Apabila seseorang murid menceritakan ru’yah yang dialaminya, atau mukashafah yang terbuka di hatinya, atau mushahadah yang tershuhud kepadanya, yang di dalam semuanya itu terdapat perkara-perkara yang istimewa, maka seseorang syeikh itu hendaklah mendimkan diri sahaja, tanpa banyak bercakap mengnai perkara-perkara tersebut. Sebaliknya, syeikh hendaklah memberikan amalan-amalan tambahan kepada murid berkenaan; iaitu amalan-amalan yang boleh menolak sesuatu yang tidak baik yang mungkin timbul dari pengalamannya itu, sambil dapat pula meningkatkan lagi derjatnya ke tahap yang lebih tinggi dan lebih mulia. Sekiranya seseorang syeikh mengulas panjang mengenai apa yang telah diceritakan oleh muridnya, sambil menerangkan tentang kebaikan dan kehebatan pengalaman murid berkenaan, itu bermakna bahawa syeikh itu telah mengkhianati hak murid tersebut, kerana murid berkenaan akan merasakan dirinya telah mencapai ketinggian dari pengalamannya itu, sedangkan perasaan sedemikian akan menjatuhkan darjatnya sendiri.
Demikianlah adab-adab utama yang perlu dihayati oleh kalangan para syeikh sebagaimana yang terdapat dalam dua kitab yang kita sebutkan di atas. Apa yang jelas kepada kita, berdasarkan pelbagai syarat serta adab yang diinstitusikan oleh institusi tarekat tasawuf, ialah bahawa institusi ini sebenarnya mahu mengesahkan supaya para syeikh dapat memainkan pernananya dengan tepat dan para murid pula akan beroleh manfaat yang maksimum hasil dari penglibatan mereka dalam dunia tasawuf. Tanpa syarat dan adab, atau tanpa penghayatan sempurna terhadap syarat dan adab, syeikh tentunya akan kecundang di pertengahan jalan, dan syaitanlah yang akan mengambil alih tugas syeikh untuk memimpin murid menuju ke destinasi yang murid itu sendiri tidak mahu pergi. Namun, apa yang lebih menarik, institusi tarekat tasawuf ini dari masa ke semasa telah menunjukkan bukti kejayaannya yang tersendiri di sepanjang perjalanan sejarah tamadun umat Islam.
III
Komponen seterusnya yang cukup asas dalam institusi tarekat ialah apa yang diistilahkan sebagai murid. Walaupun komponan murid ini tentunya tidaklah sepenting syeikh dalam institusi tarekat, namun tanpa murid syeikh tidak akan dapat menjadi syeikh. Dalam penggunaan golongan sufi istilah ini, pada asasnya, dirujukkan kepada seseorang yang sudah bebas daripada memiliki sebarang bentuk iradat atau kehendak diri sendiri; iaitu dalam pengertian sama ada: (a) Seperti yang dijelaskan oleh Muhyi al-Din al-‘Arabi-seseorang yang menumpukan sepenuh perhatian dirinya kepada Allah apabila dia sudah mengetahui bahawa segala apa yang berlaku dalam kewujudan ini adalah atas kehendak atau iradat Allah jua, lalu dia memfanakan iradat dirinya ke dalam iradat Allah, dan dengan itu dia menjadi tidak menghendaki sesuatu selain daripada apa yang dikehendaki oleh Allah (al-Jurjani 1985, 269-270); atau (b) seseorang murid itu mesti menyerahkan seluruh kehendak dan kepercayaan kepada syeikhnya, dan dengan itu dia mesti mentaati semua perintah syeikhnya secara mutlak sekalipun perintah tersebut kelihatan semacam menyalahi zahir syarak (‘Afifi 1963, 267).
Dalam kedua-dua keadaan di atas, seseorang yang bergelar murid itu sudah tidak memiliki kehendak dirinya sendiri lagi, dan hanya dalam keadaan sedemikianlah baru seseorang itu benar-benar sedang bersedia dengan sepenuh hati untuk ditadbirkan pendidikan dirinya, lalu dengan itu dirinya menjadi mudah untuk dididik dan disempurnakan kemantapan kerohaniannya. Dalam kata lain, seseorang murid itu ialah orang yang sudah mempersiapkan sepenuh dirinya untuk dibimbing ke arah mendekatkan diri kepada Allah. Dan dalam konteks inilah, secara lebih khusus, istilah murid itu merujuk kepada seseorang yang telah mula menceburkan diri dalam sesebuah tarekat tertentu dan diperakui oleh syeikh tentang kebenaran kehendak dan azamnya untuk mendekatkan diri dengan Allah (Istilah 1991, s.v. “al-murid"). Dengan itu berlangsunglah suatu proses di mana syeikh bertidak sebagai “pembimbing” dan murid pula menjadi “orang yang dibimbing”.
Dalam usaha untuk memudah dan melicinkan kerja-kerja bimbingan, institusi tarekat telah merumuskan beberapa syarat yang perlu dipenuhi oleh seseorang yang bertaraf murid. Syarat-syarat berkenaan adalah seperti berikut (al-Muntawa 1972, ii:52-53):
1. Seseorang murid itu mestilah membersihkan diri dari sifat-sifat tercela seumpama hasad, ghibah, engkar, penipu, bohong, sombong dan buruk sangka
2. Mesti menerima ijazah tarekat yang sebenar dan bersungguh-sungguh mengamalkannya. Seseorang murid juga mesti menjauhkan diri dari masyarakat ramai yang boleh melalaikan ingatannya kepada Allah dan menyebabkan berlakunya perkara dosa. Sentiasa mengawal diri dengan sentiasa berpuasa, berjaga malam, berkekalan dalam dhikr Allah serta menjadi pesuruh yang setia kepada syeikh.
3. Kuat azam untuk mematuhi segala perintah Allah serta perintah syeikh. Bahkan kuat beramal untuk menyingkap pelbagai hakikat yang tersembunyi.
4. Hati murid mestilah sentiasa sibuk dengan rasa cinta terhadap syeikh yang merupakan seorang hamba Allah sejati, kerana syeikh seumpama itu sangat mencintai Allah.
5. Seseorang murid mestilah berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuan selaras dengan firman Allah yang memerintahkan Rasulullah SAW supaya berdoa: [Maksudnya] “Katakanlah wahai Muhammad, Tuhanku tambahkanlah aku ilmu” (al-Qur`an, Taha, 20:114).
6. Sentiasa berada dalam ruang lingkup peraturan syariat agar tercapai hakikat yang sebenar, mujahadah yang kuat, sabar dalam semua keadaan dan sentiasa beradab pada setiap waktu dan tempat.
Demikianlah di antara syarat-syarat yang perlu dimiliki oleh seseorang murid, di mana tujuan ia diketengahkan oleh institusi tarekat ialah untuk maksud memudahkan para murid memenuhi segala tuntutan dan kehendak-kehendak dalam kehidupan bertarekat. Maka itu, setiap murid, dalam pandangan institusi ini, perlu menghayati syarat-syarat ini agar segala kewajipan bertarekat dapat ditunaikan dengan baik dan sempurna.
Selanjutnya, kalau kita perhatikan tulisan-tulisan para sufi berhubung dengan subjek murid ini, maka kita dapati mereka banyak sekali memberikan tumpuan pembicaraan kepada adab-adab yang mesti dihayati setepatnya oleh seseorang murid, khususnya dalam hubungan seseorang murid itu dengan syeikh tarekat yang diikutinya. Malahan institusi ini menganggap bahawa aspek adab murid terhadap syeikh ini merupakan satu aspek maha penting yang menyangkut perihal boleh berjaya atau tidaknya seseorang murid itu dalam kehidupan bertasawuf. Dan untuk memberikan kekuatan kepada landasan teori mereka dalam perkara ini mereka mengatakan bahawa adab hubungan murid-syeikh yang mereka rumuskan adalah diambil teladan dan ikutan daripada adab serta gaya hubungan yang berlangsung di antara Nabi SAW dengan para sahabat berasaskan arahan dan gesaan al-Qur`an sendiri (al-Suhrawardi 1966, 403).
Secara umumnya, berdasarkan pelbagai literatur dalam bidang ini, maka adab murid dalam hubungan dengan syeikh ini, antara lain-lain, bolehlah dicatatkan seperti berikut:
Pertama: Perkara yang paling utama dituntut daripada seseorang murid ialah agar dia memberikan kepercayaan serta keyakinan penuh dan mutlak kepada syeikhnya. Dia mestilah merasa puas secara sepenuhnya--tanpa sebarang soal dan tanpa sebarang ungkitan-bahawa syeikhnya itu merupakan orang yang paling berupaya membimbing serta mendidiknya. Dengan itu seseorang murid mestilah menyerahkan diri sepenuhnya kepada syeikh; sentiasa taat dan reda terhadap segala apa yang dibuat oleh syeikh tanpa menentang atau menolaknya, sekalipun pada zahirnya kelihatan semacam bertentangan dengan syarak. Kalangan sufi menyandarkan rumusan adab ini kepada firman Allah yang memerihalkan mengenai Khidir a.s. dan Musa a.s. dalam Surah al-Kahf (18:70): [Maksudnya] “Ia menjawab: `Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu”. Maka itu, berdasarkan kepada kisah di antara Khidhir AS dan Musa AS ini jugalah institusi ini menyarankan kepada kalangan murid yang mungkin timbul rasa musykil mengenai sesuatu yang dilakukan atau disuruh oleh syeikh, hendaklah murid berkenaan mengingati atau merujuk kepada kisah al-Qur`an ini. Golongan sufi melihat, kemungkinan timbulnya rasa curiga atau rasa ingin membantah atau mengengkari dari pihak murid terhadap syeikh adalah berpunca daripada kecetekan ilmu murid berkenaan mengenai keluasan hakikat ilmu yang dimiliki oleh syeikh.
Selaras dengan rumusan adab inilah, maka terungkap dan tersimpul kemas dalam pegangan golongan sufi bahawa sesiapa juga dari kalangan murid yang mengatakan “tidak” kepada suruhan atau arahan syeikhnya, maka murid berkenaan selama-lamanya tidak akan berjaya dalam perjalanan kerohaniannya. Juga berdasarkan rumasan adab ini, maka al-Junayd berkata kepada sebahagian para murid beliau yang bertanyakan masalah kepada beliau, tetapi mereka tidak dapat menerima jawapan yang diberikan oleh beliau: “Jika kamu tidak percaya kepadaku, maka hendaklah kamu meninggalkan aku”. Demikian pula intisari pandangan al-Ghazali dalam Ihya’ ‘Ulum al-Din yang menjelaskan: “Dan hendaklah dia [murid] berpegang [percaya sepenuhnya] kepada syeikhnya, sebagaimana seorang buta berpegang kepada pemandunya semasa dia berjalan di tepi sungai; iaitu dia menyerahkan kesemua sekali urusan dirinya kepada syeikhnya, dan tidak akan membantah [apa-apa yang dilakukan oleh syeikhnya]”.
Seterusnya, ungkapan-ungkapan tersohor di kalangan sufi sebagaimana di bawah kerap kita temui berhubung dengan perihal ini:
Engkau di depan syeikh seperti mayat di depan orang yang memandikannya;
Sentiasa taat dibalik-balikkan mengikut sekehendak hatinya;
Jangan engkau menentang perintahnya
yang engkau tidak mengetahuinya;
Sebab menentang begitu bererti engkau mencabarnya;
Biarkanlah segala perbuatannya yang engkau lihat,
meskipun brlainan dengan syariat;
Cukuplah sebagai contoh kisah Khidir membunuh anak desa;
Bagaimana Musa bersungguh-sungguh menghalangnya;
Bila rahsia Khidir jelas terbongkar;
Musa tidak dapat berkata lagi;
Dan cuban meminta maaf daripada Khidir;
Begitulah ada yang menakjubkan ilmu orang sufi.
(al-Suhrawardi 1966, 409-410; al-Kurdi 1377H., 528; Rushdi 1993, 122; dan al-Taftazani 1976, 205).
Kedua: Murid mestilah menegatifkan atau menghilangkan sama sekali ikhtiar dirinya sendiri semata-mata kerana berasa cukup dengan ikhtiar sheikhnya. Maka itu, murid hendaklah jangan menguruskan perihal diri dan hartanya, kecuali setelah merundingi syeikhnya. Dan termasuk juga dalam kategori adab ini di mana murid dikehendaki supaya sentiasa diam dan mengunci mulut dengan gaya sopan yang sentiasa bersedia untuk mendengar pandangan syeikh mengenai apa-apa pun juga yang baik untuk dirinya. Maka itu, dikatakan bahawa seorang murid yang setia dan benar itu ialah jenis murid yang kalau disuruh oleh syeikhnya masuk ke dalam dapur api sekalipun akan dilakukan olehnya.
Menurut pandangan golongan sufi, adab ini dirumus berdasarkan gesaan dan arahan al-Qur`an dalam Surah al-Hujarat (49:1): [Maksudnya] “Wahai orang-orang yang berimana! Janganlah kamu memandai-mandai [melakukan sesuatu perkara] sebelum [mendapat hukum atau kebenaran] Allah dan Rasul-Nya; dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui”. Menurut tafsiran, perkataan “la tuqddimu - janganlah kamu memandi-mandai” itu ditafsirkan oleh Ibn ‘Abbas sebagai “janganlah kamu bercakap atau memulakan cakap sebelum Rasulullah SAW memulakan cakapnya”. Dan al-Kalbi pula mentafsirkan perkataan tersebut sebagai “janganlah kamu mendahului Rasulullah SAW mengungkapkan kata-kata atau melakukan sesuatu perbuatan, sehinggalah Baginda menyuruh kamu bercakap atau melakukan sesuatu perbuatan tersebut”. Oleh kerana landasan teori adab dalam institusi tarekat ini didasarkan kepada hubungan di antara Rasulullah SAW dengan para sahabat, seperti yang telah kita jelaskan sebelum ini, maka kehendak dan gesaan ayat 49:1 ini diambil kira oleh golongan sufi (al-Suhrawardi 1966, 403; al-Kurdi 1377H., 528; dan Rushdi 1993, 122).
Ketiga: Seseorang murid sewajarnya tidak bercakap dengan suara lantang mengatasi suara syeikh; tidak juga dibenarkan murid banyak ketawa dan banyak cakap, melainkan apabila diberi peluang oleh syeikh. Dalam keadaan diberi peluang itupun, kalangan murid digesa supaya bercakap dengan penuh beradab dan sekadar yang diperlukan sahaja. Adab ini dirumus berdasarkan gesaan al-Qur`an kepada para sahabat menerusi ayat 2 Surah al-Hujarat (49:2): [Maksudnya] “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu mayaringkan suara [dengan lantang] semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengah yang lain ...”
Berdasarkan rumusan adab inilah, Sahl ada menjelaskan: “Janganlah kamu [para murid] bercakap-cakap dengan syeikh, kecuali untuk bertanyakan sesuatu yang tidak difahami”. Dan Abu Bakr b. Tahir pula menjelaskan: “Jangan sekali-kali kamu [para murid] memulakan percakapan dengan syeikh dan jangan juga kamu memberi respons kepada [pertanyaan] syeikh, kecuali dengan cara terhormat” (al-Suhrawardi 1966, 405-407; al-Kurdi 1377H., 530; dan Rushdi 1993, 123).
Keempat: Apabila seseorang murid ada keperluan untuk masuk berjumpa dengan syeikh, maka janganlah dia tergesa-gesa berbuat demikian sehingga boleh menampakkan seolah-olah murid berkenaan mahu segera mendedahkan masalah yang dihadapinya kepada syeikh. Sebaliknya, murid perlulah menunggu dan bersabar sehingga kelihatan bahawa syeikh sudah berada dalam keadaan bersedia untuk berjumpa dan bercakap dengan murid. Hal ini perlu dilakukan sedemikain oleh murid, kerana ada kemungkinan syeikh sedang berkhalwah dan tidak boleh diganggu, malah sewajarnya murid bersabar menunggu sehinggalah syeikh keluar daripada tempat khalwahnya. Adab ini dirumus berdasarkan firman Allah (al-Hujarat, 49:5) yang bermaksud: “Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka” (al-Suhrawardi 1966, 408-409; dan Rushdi 1993, 123).
Kelima: Seseorang murid tidak boleh menyembunyikan dari pengetahuan syeikh sesuatu yang berhubung dengan berbagai-bagai ahwal, pelbagai khawatir, kejadian-kejadian, pelbagai kashf serta pelbagai kekeramatan yang dikurniakan oleh Allah kepada beliau semasa beliau berada di bawah asuhan dan pimpinan syeikhnya itu. Dalam pandangan golongan sufi, sesungguhnya seseorang murid itu, bilamana disembunyikan sesuatu di dalam hati kecilnya tanpa didedahkan kepada syeikh, maka itu akan menjadi satu masalah yang kompleks dalam dirinya. Masalah itu akan hilang dan dapat diselesaikan bilamana murid meluahkannya kepada syeikh. (al-Kurdi 1377H., 529; dan al-Suhrawardi 1966, 411).
Keenam: Seseorang murid tidak boleh meminta lebih banyak daripada apa yang diberikan oleh syeikh kepadanya. Malah, murid dalam kedudukannya berhubung dengan syeikh adalah bagaikan keadaan atau suasana seseorang yang duduk di tepi pantai menanti rezeki bergerak datang atau dicampakkan kepadanya. Maka itu, murid dalam hubungan ini mestilah menunggu pelbagai waridat Ilahiyyah dan futuhat Rabaniyyah yang datang kepada syeikh, lalu dia hanya mengambil apa yang diberi atau dihulur oleh syeikh kepadanya, tanpa boleh meminta lebih daripada yang diberikan (Rushdi 1993, 124; dan al-Suhrawardi 1966, 404).
Ketujuh: Seseorang murid tidak boleh mencari-cari atau membuat tafsiran tertentu secara sendiri tanpa merujuk kepada syeikh mengenai berbagai-bagai kejadian, mimpi dan perkara-perkara yang terkashf kepada dirinya. Seandainya jelas kepadanya tafsiran perihal-perihal tersebut, sewajarnya murid berkenaan tidak berpegang kepada tafsiran berkenaan; malah dia perlu merujuk terlebih dahulu perkara tersebut kepada syeikh. Ini ialah kerana ilmu yang dimiliki oleh syeikh adalah jauh lebih luas dan lebih mendalam daripada ilmu murid; demikian juga pintu hati syeikh jauh lebih luas terbuka ke arah Allah daripada pintu hati murid (al-Kurdi 1377H., 529; dan al-Suhrawardi 1966, 412).
Demikianlah antara adab-adab utama yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid dalam hubungan dan muamalah dengan syeikh yang bertugas sebagai pembimbing dan penujuk jalan dalam perjalanan kerohanian menuju Allah. Gambaran yang tertayang kepada kita berasaskan catatan-catatan di atas ialah tentang betapa luasnya bidang kuasa yang diberikan oleh institusi tarekat tasawuf kepada seseorang syeikh dalam menentukan untung nasib dan masa depan-malahan menentukan segala sesuatu-seseorang yang berstatus murid. Syeikh dalam konteks ini, seolahnya dibenarkan untuk mencorak warna murid mengikut kemahuan dan idamannya. Murid perlu bersikap seratus peratus pasif serta perlu memberikan penghormatan yang maha tinggi kepada seseorang syeikh yang dia pilih untuk menjadi pembimbingnya.
IV
Konsep utama selanjutnya yang amat perlu difahami dalam hubungan dengan institusi tarekat tasawuf ini ialah apa yang diistilah sebagai silsilah. Konsep ini sebenarnya terhubung secara amat rapat dengan syeikh, kerana itu konsep ini juga kadang-kadang disebut sebagai silsilah syeikh. Pada dasarnya, oleh kerana institusi tarekat tasawuf mengaku bahawa dasar-dasar doktrin dan pengamalan sesebuah tarekat itu berasal dari Rasulullah SAW sendiri, maka para pengamal sesebuah tarekat menganggap maha penting sekali urut-urutan nama para syeikh atau guru yang telah mengajar dan mengamalkan dasar-dasar tarekat itu secara turun temurun. Garis para mashayikh atau keguruan yang turun temurun dari satu generasi ke satu generasi itulah yang dinamakan sebagai silsilah (Bruinessen 1992, 48-49). Setiap seorang syeikh yang memimpin sesebuah tarekat dengan penuh hati-hati menjaga silsilah yang boleh menunjuk dan membuktikan siapakah syeikhnya dan siapa pula para mashayikh sebelum dia, turun temurun sampai kepada Rasulullah SAW, kerana ini boleh menjadi perakuan tentang kesahihan tarekat yang dipimpinnya. Maka itu, secara praktikalnya dapat dijelaskan bahawa silsilah itu bagaikan catatan senarai nama para mashayikh sampai kepada Rasulullah SAW yang boleh menjadi asas legitimasi seseorang syeikh serta boleh menunjukkan ke cabang tarekat mana dia termasuk dan bagaimana hubungannya dengan para syeikh tarekat lain. Secara umumnya juga silsilah seseorang syeikh yang hidup di abad kedua puluh ini biasanya tercantum antara 30 hingga 40 nama para syeikh yang secara idealnya, setiap syeikh yang tercantum dalam rantaian silsilah ini mestilah merupakan murid langsung kepada syeikh yang sebelumnya, turun temurun sampai kepada Rasulullah SAW
Di samping itu, dari sudut lain konsep silsilah ini juga mempunyai kaitan rapat pula dengan satu lagi konsep lain yang dikenali sebagai al-barakah atau keberkatan. Menurut perspektif golongan sufi al-barakah merupakan syarat yang cukup asas dalam institusi tarekat. Al-barakah ini dalam peristilahan golongan sufi dikenali juga sebagai "kesan rohani" (Mahmud 1972, 237). Dalam pandangan golongan sufi, al-barakah atau "kesan rohani" ini tidak akan diperolehi oleh murid yang menjalani program latihan dalam sesebuah tarekat melainkan melalui syeikh yang murshid yang mempunyai syarat yang cukup untuk memainkan peranan sebagai syeikh di dalam sesebuah tarekat tertentu. Syeikh yang murshid itu, menurut golongan sufi lagi, pada dasarnya menerima atau mewarisi keberkatan (al-barakah) dari Rasulullah SAW melalui para mashayikh yang sebelumnya, yang setiap seorang daripada mereka itu telah mengizinkan kepada murid yang mempunyai persediaan yang cukup untuk menjadi pengganti dan penyambung fungsi syeikh bagi meneruskan tradisi perjalanan sesebuah tarekat. Jadi, dalam pandangan golongan sufi sebagai yang dihuraikan di sini, secara koseptualnya para mashayikh adalah berfungsi sebagai rantai-rantai pemindah dan penyambung keberkatan Rasulullah SAW tanpa sebarang pemutusan. Perpindahan barakah dari seorang syeikh kepada seorang syeikh yang lain, sambung bersambung tanpa terputus itulah lahirnya apa yang diistilahkan sebagai silsilah (Zakaria 1989, 54).
Oleh kerana golongan sufi melihat begitu pentingnya "kesan rohani" atau al-barakah ini dalam institusi tarekat tasawuf, maka silsilah telah dijadikan salah satu syaratnya yang cukup asas. Setiap seorang yang mempunyai persediaan rohani untuk menjalani hidup secara bertasawuf, menurut pandangan golongan sufi, perlulah mengambil atau memasuki sesebuah tarekat yang mempunyai syeikh yang memiliki silsilah yang sah. Dalam kata lain, seseorang syeikh tarekat yang menjadi pilihan untuk diikuti itu mestilah mempunyai silsilah yang sah sambung bersambung sampai kepada Rasulullah SAW.
Kemudian, berdasarkan penjelasan di atas, turutan yang tidak dapat dipisahkan dengan konsep-konsep utama dalam instutisi tarekat yang telah kita bicarakan sebelum ini, khususnya konsep syeikh dan silsilah, ialah satu lagi konsep lain yang digelarkan sebagai al-idhn atau keizinan. Konsep ini bermakna bahawa seseorang syeikh masa kini bagi sesebuah tarekat mestilah mendapat izin daripada syeikhnya untuk menyebar, mengajar, mentarbiyah ilmu tarekat kepada orang lain. Dalam konteks ini, perspektif sufi menjelaskan bahawa seseorang murid yang misalnya sudah selangkapnya ditarbiyah oleh seseorang syeikh, tetapi masih belum mendapat keizinan daripada syeikhnya itu untuk mentarbiayah orang lain, maka dia tidaklah boleh menjadi syeikh. Sekiranya terdapat seseorang murid yang bertindak sendiri dan memandai-mandai barlagak menjadi syeikh tanpa izin daripada syeikhnya, perspektif sufi melihat murid berkenaan sedang berdepan dengan bahaya besar untuk disesat dan diselewengkan oleh agen-agen syaitan (Jahid Sidik 1997, 115).
Seterusnya, dalam konteks institusi tarekat, adalah boleh diungkapkan bahawa hubungan di atnara silsilah dan keizinan merupakan suatu hubungan yang bersifat tabii, kerana tanpa keizinan bererti tidak ada silsilah, atau terputusnya rantai persambungan al-barakah daripada seorang syeikh kepada syeikh yang sebelumnya sambung bersambung sampai kepada Rasulullah SAW Juga boleh diperihalkan dalam hubungan ini bahawa sekiranya silsilah merupakan syarat yang lahir, maka "keizinan" merupakan syarat yang bersifat batin. Seseorang mungkin saja mengaku-aku diri sebagai seorang syeikh dengan mengemukakan syarat silsilah yang lengkap bertulis secara tipu atau palsu, tetapi seseorang itu tidak mempunyai kemungkinan untuk memalsukan atau menipu syarat "keizinan". Sesiapa pun juga yang cuba mengambil tugas seorang syeikh tanpa memiliki syarat-syarat asas yang tersebut di sini, maka lambat-laun pasti akan ternyata bukti penyelewengan dan penyesatannya (Zakaria 1989,53).
Kelihatannya al-silsilah dan al-idhn merupakan dua perkara yang perlu diselidik secara teliti dan mendalam bagi menentukan kebenaran sesebuah tarekat tasawuf. Tanpa penyelidikan perkara ini agak sukar untuk ditentukan dan pengamal atau pengikut sesebuah tarekat, tentunya tidak dapat mengelak daripada terdedah kepada bahaya penyelewengan.
V
Dengan mengambil kira konsep-konsep atau komponan-komponan asas yang mendasari institusi tarekat tasawuf sebagaimana yang telah kita huraikan dalam tulisan ini, maka kita dapat memerhatikan betapa rapuh atau fragilenya bidang kerohanian Islam ini, khususnya kepada kalangan orang yang bergelar murid. Ia secara umum kelihatan amat terdedah luas untuk dieksploit sesuka hati oleh golongan-golongan yang tidak bertanggung jawab dan cuba mencari keuntungan segera dalam kehidupan duniawi ini. Hal ini terutamanya terletak pada bidang kuasa yang demikian luas diberikan oleh institusi ini kepada seseorang syeikh untuk 'mempergunakan' sesuka hati keseluruhan diri dan segala apa yang dimiliki oleh para muridnya. Dan oleh kerana keluasan kuasa itulah, maka untuk mengimbanginya institusi ini juga melatakkan syarat, kriteria dan adab yang cukup ketat kepada kalangan yang boleh dianggap layak untuk menjadi syeikh sesebuah tarekat. Dengan segala syarat dan adab berkenaan, jelas kelihatan bahawa kuasa syeikh menjadi berimbang, di mana dia akan hanya berperanan dalam lingkungan bidang kuasa yang dibenarkan oleh adab dan susila jawatannya sahaja.
Namun, ia masih juga tetap bermakna bahawa kalau sekiranya seseoang murid itu tepat memilih syeikhnya, maka ia akan menuju ke destinasi selamat sejahtera. Tetapi, kalau yang berlaku adalah sebalik dari itu, memaknakan ia benar-benar berada dalam suasana yang cukup-cukup bahaya: bahaya kepada kehidupan duniawinya, dan yang lebih utama lagi bahaya kepaa kehidupan akhiratnya. Hakikat seumpama inilah yang dapat kita perhatikan berlaku kepada kumpulan-kumpulan tertentu yang terjerumus dalam kancah ajaran sesat atau ajaran salah di tanah air kita mereka dijerumuskan oleh pemilihan syeikh yang tidak tepat.
Rujukan
1. al-Attas, Syed Naquib. 1963. Some Aspects of Sufism as understood and practised among the Malays. Singapura: Malaysian Sociological Research Institute Ltd.
2. Trimingham, J. Spenceer. 1973. The Sufi orders in Islam. New York: Oxford University Press.
3. al-Shacrani, Abd al-Wahhab b. Ahmad. 1954. al-Tabaqat al-Kubra: al-Mussamat bi Lawaqih al-Anwar fi Tabaqat al-Akhyar. 2 vols. Misr: Matba'ah Mustafa al-Babi al Halabi.
4. Nurcholish Madjid. 1995. Islam Agama Peradaban: Membangun Makna dan Relevansi Dokrin Islam Dalam Sejarah. Jakarta: Penerbit Paramadina.
5. al-Jurjani, cAli b. Muhammad. 1938. al-Tacrifat. Misr: Matbacah Mustafa al-Babi al-Halabi. 1985. Kitab al-Ta’rifat. Ed. Ibrahim al-Abyari. Bayrut: Dar al-Kitab al-‘Arabi.
6. Zakaria Stapa. 1995. Akhlak & Tasawuf Islam. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd. 1993(i). "Kefahaman Tasawuf Di Kalangan Muslim Kelantan". Dalam Mohammed Yusoff Hussain etal (pyt.) Isu-isu Dalam Usuluddin dan Falsafah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 1993 (ii). "Beberapa Konsep Utama Dalam Tarekat Tasawuf: Satu Analisis. Kertas Kerja Bengkel Peningkatan Kefahaman Akidah Islamiah, anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, pada 5 - 7hb. Julai, 1993 di Langkawi. 1989. "Tasawuf dan Tariqat: Satu pendekatan pengenalan" Pengasuh. 500 (Sept. - Okt., 1989): 53-60.
7. al-Taftatani, Abu al-Wafa` al-Ghanimi. 1969. "al-Tariqah al-Akbariyyah". Dalam Ibrahim Madkur (ed.). al-Kitab al-Tidhkari Muhyi al-Din b. cArabi. Qahirah: Dar al-Kitab al-cArabi. 1976. Madkhal ila al-Tasawwuf al-Islami. Qahirah: Dar al-Thawafah.
8. Hilmi, Muhamad Mustafa. 1979. al-Hayat al-Ruhiyyah fi al-Islam, Misr: al-Hay'ah al-Misriyyah al-‘Ammah li al Ta'lif al-Nashr.
9. al-Hafni, cAbd al-Mun'im. 1980. Mucjam Mustalahat al-Sufiyyah. Bayrut: Dar al-Musayyarah.
10. al-Suhrawardi, cAbd al-Qahir cAbd Allah. 1966. cAwari f al- Macarif. Bayrut: Dar al-Kitab alcArabi.
11. al-Qushayri, Abu al-Qasim. 1972. al-Risalah al-Qushayriyyah. Ed. cAbd al-Halim Mahmud dan Mahmud al-Sharif. 2 volds. Qahirah: Dar al-Kutub al-Hadithah.
12. al-Dahlawi, Shah Wali Allah. 1980. Penawar Rohani. Terj. Abdul Aziz Ahmad b. Muhammad. Kota Bharu: Pustaka Aman press.
13. Istilah Usuluddin dan Falsafah. 1991. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
14. Mahmud, ‘Abd al-Halim. 1972. Abhath fi al-Tasawwuf wa Dirasat 'an al- Imam al-Ghazali. Qahirah: Dar al-Kutub al-Hadithah.
15. al-Kurdi, Syeikh Muhammad Amin. 1377H. Kitab Tanwir al-Qulub fi Mu’amalat ‘Allam al-Ghuyub. Misr: al-Makatib al-Shahirah.
16. al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad.1986. “Khulasat al-Tasanif fi al-Tasawwuf”. Dlm. Majmu’ah Rasa`il al-Imam al-Ghazali. No. 2. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
17. ________. 1972. “al-Munqidh min al-Dalal”. Dalam ‘Abd al-Halim Mahmud. Abhath fi al-Tasawwuf wa Dirasat ‘an al-Imam al-Ghazali. Qahirah: Dar al-Kutub al-Hadithah.
18. Zaydan, Yusuf Muhammad Taha. 1991. Al-Tariq al-Sufi wa Furu’ al-Qadiriyyah bi Misr. Beirut: Dar al-Jil.
19. Rushdi, Yasin. 1993. Al-Tasawwuf Ma Lahu wa Ma ‘Alayhi. Misr: Nahdah Misr li al-Tiba’ah wa al-Nashr wa al-Tawzi’.
20. Bruinessen, Martin van. 1992. Tarekat Naqsyabandiyah di Indonesia. Bandung: Penerbit Mizan.
21. Jahid Sidek. 1997. Shaikh Dalam Ilmu Tariqah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
22. al-Muntawa, Hasan Kamil. 1972. Al-Sufiyyah fi Ilhamihim. Jil. 2. Misr: Majlis al-A’la li Shu`un al-Islam.
23. ‘Afifi, Abu al-‘Ula.1963. Al-Tasawwuf: al-Tawrah al-Ruhiyyah fi al-Islam. Qahirah: Dar al-Ma’arif.
24. Badawi, ‘Abd al-Rahman. 1978. Tarikh al-Tasawwuf al-Islami: Min al-Bidayah hatta Nihayat al-Qarn al-Thani. Kuwait: Wikalat al-Matbu’at.
25. Ghani, Qasim. 1972. Tarikh al-Tasawwuf fi al-Islam. Terj. Sadiq Nash’at. Qahirah: Maktabat al-Nahdah.
Oleh:
Profesor Madya Zakaria Stapa
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
HAK CIPTA TERPELIHARA
TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN, MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.
©MANHAL PMRAM 2000

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Pengalaman mengerjakan amalan Puasa di Bumi Mesir Di sini penulis akan menyorot sedikit tentang pengalaman dan suasana dalam kedua-dua buah ...
-
Contoh Penulisan Impak dan Refleksi Penulisan impak dan refleksi kadang kala agak merumitkan disebabkan ketandusan idea. Biasanya k...