Monday, October 01, 2012

Dari Kitab Hidayatul Salikin: Imam Al Ghazali

Dari Kitab Hidayatul Salikin: Imam Al Ghazali Bila teman kata berkawan dengan UMNO ini kalau nak berdakwah tak ape, kalau saja duduk kedai kopi sembang tak payah. Fuh melompat cai UMNO kata teman memecahkan umat Islam. Memang dia tak reti bab ini. Teman ada dalil Di dalam kitab Hidayatul Salikin, Imam Ghazali ada menyatakan: "Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat."
1. Orang yang berakal: Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan. 2. Baik dari segi peribadi dan akhlaknya: Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita. 3. Orang yang soleh: Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil. 4. Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia: Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya. .5. Orang yang benar perkataannya: Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang ..yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia