Petua Untuk Menaikkan Seri Wajah
Dapatkan kunyit muda yang segar, bersih dan potongkan nipis-nipis. Jadikan ia ulam sewaktu anda makan nasi. Sekiranya anda tidak biasa dengan baunya yang mentah, anda boleh mengambil ulam lain sebagai sampingan. Jika anda rajin mengamalkannya, wajah pasti akan berseri dan menawan.