Wednesday, December 19, 2012
Kenapa Hasan Al Banna diBunuh
Kenapa Hasan Al Banna di bunuh
Pada 14 Mei 1948 David Ben-Gurion telah mengisytiharkan wujudnya Negara Israel yang merdeka lalu diiktiraf oleh Soviet Union dan Amerika Syarikat.
IKhwan Muslimin telah mengadakan mesyuarat dan mereka telah mendesak Mesir dan negara-negara Arab lain supaya mengisytihar jihad terhadap Israel serta menggunakan apa sahaja cara yang mungkin untuk menyelamatkan Palestin daripada kehancuran. Ekoran dari itu berlaku Perang Arab-Israel1948.
Ikhwan Muslimin telah menghantar 10,000 mujahidin, kemudian diikuti beberapa Negara Arab yang lain antaranya Mesir, Syria, Iraq, Jordan,Lubnan dan beberapa Negara arab lagi sehingga jumlah mereka seramai 47500 orang.
Mujahidin yang dihantar Ikhwan Muslimin berjuang di barisan hadapan dengan semangat jihad yang kental yang ditanam oleh Imam Hasan Al Banna. Mereka berjuang dengan gagah berani sehingga setiap kali pertempuran mereka beroleh kemenangan. Mereka terus mara sehingga sampai ke pinggir Tel Aviv.
British, Amerika Syarikat dan sekutunya yang menyokong Israel berasa bimbang jika Negara haram yahudi itu dikalahkan tentera Arab. Mereka mendesak kedutaan masing-masing yang berada di Mesir mendesak Perdana Menteri Mesir Nuqrasyi Pasya supaya menarik pasukan tenteranya dan bertindak ke atas Ikhwan Muslimin yang kononnya pertubuhan itu sedang merancang hendak merampas kuasa.
Perdana Menteri Mesir memanggil pulang tentera Mesir dan tentera al-Ikhwan yang berjuang di Palestin. Kepulangan mereka bukan disambut sebagai pahlawan tetapi mereka ditangkap, dipenjarakan malah ramai yang dibunuh.
Pada 10 Jun 1948 diadakan gencatan senjata. Tetapi itu hanya helah Israel untuk memusnahkan tentera Arab. Apabila tentera Mesir dan Mujahidin Ikhwan Muslimin pulang maka tentera Arab yang lain berasa lemah semangat untuk berperang.
Gencatan senjata itu hanya helah Israel dan sekutunya. Semasa gencatan senjata Israel menerima senjata dari Amerika, Britain dan sekutunya. Kemudian Israel menyerang semula lalu mengalahkan pasukan Arab.
Hasan Al Banna dibunuh kerana menghantar 10 ribu pejuang ke Palestin dan berjaya menyatukan Negara Arab supaya menentang Israel. Mereka tidak mahu wujud tokoh yang mengikut jejak Salahuddin Al Ayubi yang berjaya menyatukan Negara Arab sebelum menakluk Jerusalem.
Tuesday, December 18, 2012
Kerajaan Melayu - Kisahnya Yang Panjang....
Kerajaan Melayu - Kisahnya Yang Panjang....
Bermulanya Kisah Asalnya Melayu -Rumpun Melayu dan Pribumi Sabah Sarawak
Salah faham mengenai rumpun ini masih lagi berleluasa mungkin kerana kurangnya pembacaan dan pendedahan di kalangan rakyat kita. Yang paling sedih sekali ialah ada individu yang menyangka bahawa BUGIS, BANJAR, BAJAU, SULUK, CHAM, KERINCHI, ACHEH, AMBON, MINANG, JAWA dan sebagainya sebagai bukan salah satu daripada rumpun melayu.
Kelihatannya salah faham yang wujud di sini semakin melebar. Mereka menyempitkan fahaman bangsa itu dalam suku bangsa. Hal ini sangat-sangat menyedihkan. Sedangkan orang cina dari pelbagai suku seperti Han, Min, Wu, Tanka dan Hui boleh bersatu di bawah rumpun cina(Sino-Tibetian). Ya, ada sebahagian suku kaum yang berasal daripada suku Sino-Tibetian ini seperti Viet (orang vietnam), Thai (bukan siam kerana siam berbeza dengan Thai) yang tidak mengaku asal-usul mereka daripada Sino-Tibetian ini kerana proses semangat KENEGARAAN seperti mana yang berlaku di Indonesia untuk kategori RUMPUN MELAYU A.K.A AUSTRONESIAN ini.
Kalau orang India pula, suku seperti Tamil, Telegu, Malayam ialah sebahagian daripada rumpun India. Suku bangsa Aryan yang selalunya menduduki kasta tertinggi dalam masyarakat India terasing daripada suku bangsa itu kerana mereka lebih kepada bangsa Indo-Eropah. Itu sekadar pengenalan kepada BANGSA dan SUKU BANGSA agar kita tidak salah faham.
Namun, yang ingin disentuh di sini ialah salah faham yang melibatkan MELAYU itu. Salah faham ini timbul apabila di KEPULAUAN MELAYU ini, bangsa ini terpecah kepada tiga buah negara iaitu MALAYSIA, INDONESIA dan FILIPINA. Ada juga sebahagian daripada orang melayu yang terdiri daripada suku Siam terperangkap di selatan Thai. Orang melayu siam ini ialah pembina kerajaan melayu di Thailand seperti Sri Dharmaraja. Berbeza dengan orang Thai yang merupakan pendatang dari China yang lari daripada peperangan di sana lalu menubuhkan Kerajaan Ayutthayya di Indochina.
Asal Usul Melayu
Fantasi Yunnan masih menjadi pegangan mereka yang bertuankan teori bahawa melayu itu asalnya daripada Yunnan. Mengikut perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu , Melayu ditakrifkan sebagai orang di Tanah Melayu yang mengamalkan kebudayaan Melayu danberagama Islam. Takrif ini bukan sahaja kabur, tetapi juga menyempitkan makna Melayu yang asalnya bukan sahaja merujuk kepada orang Melayu di Tanah Melayu,tetapi juga orang Melayu serumpun di luar Tanah Melayu.
Orang yang serumpun dengan orang Melayu di tanah melayu dan berada di tanah, tetapi bukan Islam dengan serta-mertamenjadi orang bukan Melayu sehingga istilah Bumiputera diperkenalkan bagi merangkumi Melayu yang tidak Islam, seperti orang asli. Perlembagaan ini diperluaskan kepada Perlembagaan Malaysia apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bercantum dengan tanah melayu menjadi Malaysia pada 1963, dengan mengusutkan lagi makna Melayu. Mungkin ini yang menjadi punca kenapa suku kaum pribumi Sabah dan Sarawak hilang asal-usulnya.
Apa yang ingin ditekankan di sini ialah benarkah Melayu itu asalnya daripada Yunnan? Pendapat ini sesuai dengan pandangan evolusi kononnya orang tertua ialah ‘Orang Peking’. Pandangan ini tersangkal apabila diketahui fosil ‘Orang Peking’ itu adalah palsu. Dari segi bahasa juga terdapat perbezaan ketara antara bahasa Melayu Purba dengan bahasa Yunan sehingga teori ini tidak dapat dipertahankan lagi. Bahasa Melayu tidak ada kesamaan langsung dengan bahasa Yunan tetapi lebih dekat dengan bahasa penduduk kepulauan Pasifik dan Pribumi Sabah dan Sarawak. Malah ada yang mendakwa bahawa Bahasa Melayu dekat dengan Bahasa Sanskrit, bahasa penduduk Aryan yang datang daripada Iran ke utara India untuk menyebarkan agama Hindu.
Kalau ditelusuri dengan lebih dalam, Ibnu Khaldun dengan beraninya mengangkat Melayu ini datangnya daripada keturunan Nabi Ibrahim, daripada isterinya Keturah. Daripada keturunan Keturah ini juga diketahui bahawa lahirnya bangsa pembina tamadun hebat seperti bangsa Median. Jika mahu mengupas topik ini, ia pastinya mengambil sebuah lagi artikel kerana sejarah yang melibatkan orang melayu dan Nabi Ibrahim sangat panjang.
Melayu dan Austronesia
Berdasarkan buku kajian Walace, seorang pakar Antropologi dan Sejarah dunia daripada Universiti Oxford (1863), bukunya yang bertajuk The Malay Archipelago, beliau menakrifkan penduduk gugusan Kepulauan Melayu sebagai rantau Asia Tenggara yang hampir-hampir berbentuk segi tiga, bermula di Pulau Nikobar di Timur Laut ke Pulau Solomon di Tenggara, dan dari Luzon di Utara ke Rotti dekat pulau Timor di Selatan. Kawasan yang luas itu dibahaginya kepada lima kumpulan: Kepulauan Indo-Malaya, Kepulauan Timor, Kepulauan Maluku dan Kepulauan Papua.
Walace berpendapat melalui kajiannya, bangsa-bangsa yang mendiami kawasan itu berkongsi keluarga bahasa yang sama, berkongsi budaya yang sama, berkongsi warna kulit yang hampir sama. Dia mengulas lagi di dalam bukunya, rumpun bangsa ini samalah seperti bangsa Causasians di eropah dan amerika yang pada asalnya terdiri daripada tiga jenis suku iaitu, Aryan, Semitic dan Hamitic. Daripada tiga suku ini lahirlah seperti Saxon, Anglo, Teuton dan sebagainya. Hal ini juga telah disokong oleh Parlimen Hawaii di Honolulu pada tahun 1879. Dengan usaha Maharaja Abu-Bakar pada waktu itu, parlimen Hawaii telah membincangkan mengenai penyatuan dunia melayu di bawah satu nama Pan-Malaysia and "Malaysia Irredenta".
Peta Benua Melayu yang dicadangkan
Sembilan tahun kemudian, (1898) Apolinario Mabini di Manila mencadangkan “Federation Malaya” dengan gagasan yang sama. Pada waktu itu juga munculnya Jose Rizal, yang diberi jolokan oleh orang filipina sebagai "The Pride of the Malay Race” atau “The Great Malayan”. Dalam bukunyam Jose Rizal menulis bahawa seharusnya filipina dimasukkan dalam rancangan menggabungkan Tanah Melayu dan Indonesia memandangkan mereka juga di bawah rumpun yang sama.
Wancelao Vinzons , pengikut Jose Rizal pernah menyampaikan pidato bersejarah “Malaysia Irredenta” yang memaparkan mimpi penyatuan seluruh bangsa Melayu - Polinesia. Waktu itu beliau berusia 22 tahun dan seorang pemuja Rizal. Beliau selanjutnya mengarang buku mengenai “History and civilization of Southeast Asian countries belonging to the Malay race”
Pada asalnya, nama untuk rumpun melayu ini dalam bahasa saintfiknya ialah Polynesian, tetapi penemuan terbaru yang menemui bahawa penduduk asli di Taiwan itu juga termasuk dalam rumpun melayu, (suku Farmosa) termasuk dalam rumpun melayu, maka nama Polynesian itu terpaksa ditukar kepada Autronesian.
Kerajaan-Kerajaan Melayu
Melayu sememangnya terkenal dengan pembinaan kerajan-kerajaan agung mereka. Sriwijaya misalnya telah berjaya menyatukan seluruh alam melayu ini daripada Madagascar hingga ke selatan Taiwan berdasarkan catatan Nehru (1963) yang merupakan seorang sejarahwan India.
Hanya Majapahit yang diperintah oleh suku Jawa sahaja merupakan kerajaan melayu yang terasing daripada empayar Sriwijaya. Namun, jatuh sahaja empayar Sriwijaya, Majaphit menuntut hampir 1/3 empayar Sriwijaya yang pernah terbentang luas.
Champa dan Funan di Indochina misalnya merupakan kerajaan Melayu yang pernah menguasai wilayah itu sebelum orang Viet, Khmer dan Thai yang merupakan pelarian daripada selatan China datang dan menghambat mereka ini hingga ke tanah melayu. Oleh sebab itu, lahirlah teori bahawa orang Kelantan dan Jawa itu asalnya merupakan pendiri Kerajaan Champa. Oleh sebab itu juga, orang Kelantan dan Jawa berkongsi budaya melayu yang sama seperti BATIK dan WAYANG KULIT.
Terdapat juga kerajaan melayu Purba lain yang tercatat dalam buku Cina, seperti Lang Ya Xiu (Fatani/Patani sekarang)pada abad ke-2 Masehi, Pan Pan (utara Segenting Kera) pada abad ke-5 Masehi,Senggora (Tanah Merah, sekarang di Thailand Selatan) dan Zhu Bo (Pulau Jawasekarang). Semuanya telah wujud sekurang-kurangnya pada abad ke-5 Masehi, manakala Dan Dan atau Tan Tan (Kelantan sekarang, yang juga disebut Ki-lantan oleh penulis Cina yang terkemudian) telah wujud sebelum abad ke-6 Masehi.
Mengikut buku INTAN (1991), sumber Cina yang lain yang juga mencatat kebesaran kerajaan Ho-Lo-Tan atau Kuo-Lo-Tan di Semenanjung Malaysia pada kurun ke-5 Masehi itu juga ditafsirkan sebagai Kelantan sekarang. Kerajaan ini dikatakan pernah mengirim utusan dan ufti ke negeri China pada tahun 430, 433,436, 437 dan 452 Masehi. Mengikut catatan Dinasti Syui pada abad ke-6 Masehi, seperti yang diterjemahkan Liang Liji (1996), kerajaan Kelantan pada abad sebelumnya lagi, adalah seperti yang berikut:
"Negeri Dan Dan sudah terkenal pada zaman Dinasti Syui lagi. Keluarga rajanya bernamaKsyatriya, namanya Raja Sri Linga, memerintah lebih daripada dua puluh ribu keluarga. Menterinya ada lapan orang, disebut Lapan Teras, dan Menteri Besarnya dipegang oleh seorang Brahmin. Tubuh raja dipupuri dengan bedak harum, bermahkota menjulang tinggi, berkalungkan ratna mutu maknikam, berpakaian warna-warni, berkasut kulit. Kalau berpergian; dekat naik kenderaan, jauh naik gajah. Ketika berperang orang meniup serunaidan memalu genderang. Hukumannya keras: pencuri tak pandang dosanya; besar kecil semuanya dibunuh."
Tulisan Orang Melayu
Pada hari ini, kita hanya mengetahui kewujudan tulisan orang melayu hanya jawi sahaja. Tetapi, tahukah jawi bukanlah satu-satunya tulisan yang pernah digunakan oleh orang kita. Rencong misalnya (lihat gambar).
Tulisan Palavi juga merupakan tulisan yang digunakan oleh orang melayu. Berbeza dengan tulisan rencong yang dicipta sendiri oleh orang melayu, tulisan Palavi ini diadaptasikan daripada tulisan yang berasal dari selatan India, Kerajaan Palava. Di bawah ialah rentetan perkembangan tulisan Palavi oleh orang melayu.
1. Zaman aksara Palavi Awal, dari abad ke-4 hingga ke-7 Masihi, seperti yang tertulis pada prasasti di Kalimantan Timur, Jawa Barat, Kedah-P. Pinang (Bukit Meriam di Kuala Sg. Merbuk, Ceruk Tokun, Provins Wellesley dan Sungai Bujang yang tersebut tadi
2. Zaman aksara Palavi Kemudian, dari abad ke-7 hingga pertengahan abadke-8 Masehi, seperti yang dijumpai pada prasasti di Sumatera, Jawa Tengah,dan Semenanjung Malaysia
3. Aksara Kawi Awal atau Jawa Kuno, daripada pertengahan abad ke-8 Masehihingga awal abad ke-10 Masehi, dijumpai pada prasasti di Thai Selatan,Jawa Tengah, Jawa Timur, dan Semenanjung Malaysia
4. Aksara Kawi Kemudian, daripada awal abad ke-10 Masehi hinggapertengahan abad ke-13 Masehi, dijumpai pada prasasti di Jawa Timur,Airlangga, Kediri, Bali, Sunda, dan Sumatera Selatan)
5. Aksara Kawi zaman Majapahit, yang dijumpai pada prasasti di seluruh Alam Melayu ini sehingga kemasukan aksara Arab menerusi Islam.
Ini tidak bermakna bahawa orang melayu tidak tahu menulis sebelum abad ketujuh apabila mengadaptasikan tulisan kawi atau mencipta tulisan rencong yang kemudiannya digunakan oleh Kerajaan Majapahit pada abad ke-14 walaupun usia tulisan Rencong sebenarnya jauh lebih awal daripada kewujudan tulisan Palavi.
Tamadun Melayu Campa sudah meninggalkan 206 buah prasasti, yang terdiri daripada 98 buah prasast idalam bahasa Melayu Purba-Campa, 43 bahasa Sanskrit, 29 dwi-bahasa itu dan 36 lagi tidak diketahui bahasa atau aksaranya, kerana belum dikaji pakar.
Pribumi Sabah dan Sarawak
Suku kaum di Sabah dan Sarawak ini masih samar-samar kewujudan mereka. Dalam hukum antropologi, pribumi sabah dan sarawak yang juga dilabelkan sebagai Bumiputra Malaysia ini termasuk dalam rumpun melayu berdasarkan pandangan Walaces dalam bukunya menempatkan bahawa mereka dalam rumpun melayu dan menyamakan mereka dengan Deuro Malay . Mereka dipercayai berasal daripada suku Proto-Malay yang merupakan ras kepada ORANG ASLI di MALAYSIA.
Manakala Owen Rutler dalam bukunya The Pagans Of North Borneo mengatakan bahawa suku kaum di Sabah dan Sarawak masih lagi samar asal-usulnya. Dari segi linguistik, bahasa yang dituturkan oleh penduduk asli di Sabah dan Sarawak masih lagi dalam kategori Keluarga Bahasa Melayu atau Austronesian Language.
Sehingga hari ini, perkara ini masih didebatkan oleh para sejarahwan, antropologi dan lingusitik mengenai pribumi di Sabah dan Sarawak. Bukti-bukti yang ada pada hari ini menjuruskan mereka termasuk dalam rumpun Melayu (Austronesian).
Rujukan:
1. Sulalatus Salatin
2. The Malay Archipelago
3. Kajian Shaharir Mohd Zain
4. Wikipedia: Search Melayu, Cina dan India
5. INTAN
6. http://lokalgenius.blogspot.com/
7. http://rabiahhijrah.blogspot.com/2011/09/parlimen-hawaii-usul-penyatuan-dunia.html
8. The Pagans Of North Borneo
9. TAMADUN ALAM MELAYU oleh Tuan Aarof bin Ishak
Sumber : https://www.facebook.com/notes/helmi-effendy/rumpun-melayu-dan-pribumi-sabah-sarawak/288291507890575
Monday, December 17, 2012
Dr. Muhammad Mursi merupakan Presiden Kelima bagi Republik Arab Mesir
Dr. Muhammad Mursi merupakan Presiden Kelima bagi Republik Arab Mesir setelah diistiharkan memenangi Pilihan Raya Presiden pusingan kedua pada 24 Jun 2012. Page ini bukanlah Page Rasmi Beliau, Tetapi ia adalah Page terjemahan dari Page Rasmi Beliau.
Biography
Dr. Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah. Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana dan beragama, bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu ini. Difahamkan kelima-lima orang anaknya adalah hafiz dan hafizah al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga adalah hafiz/hafizah al-Quran.
Pengajian tinggi Dr. Mursi apabila beliau berpindah ke Kaherah dengan melanjutkan pendidikannya di Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975. Selepas itu, beliau memperoleh Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti yang sama (Cairo) pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya memperoleh Sarjana Kedoktoran, memperolehnya pada tahun 1982 di Universiti Southern California.
Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof. di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali dari Amerika Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di Universiti Zaqaziq.
Joined Facebook 26/06/2012
Location Kediaman Rasmi (Istana) Presiden Mesir
Awards Presiden Mesir Kelima, Mantan Presiden Parti Kebebasan & Keadilan (FJP)
Gender Male
Personal information Dr. Mursi tidak hanya berkhidmat sebagai ahli akademik, malahan turut terjun ke gelanggang dakwah dan konsisten membela dan memperjuangkan keadilan dan kebebasan, menentang segala bentuk kezaliman dan kekejaman. Beliau yang aktif sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin ini, ikut bertarung dan terpilih sebagai ahli parlimen tempoh 2000-2005. Dan pada pilihanraya parlimen 2005, Dr...See more
Contact info
Phone Phone
Email Emel
Website http://www.facebook.com/FJParty.Official
http://www.halaqahmaya.com
Sunday, December 16, 2012
Kenyataan dari BILIK OPERASI PARTI KEBEBASAN DAN KEADILAN (FJP)
Kenyataan dari BILIK OPERASI PARTI KEBEBASAN DAN KEADILAN (FJP):
Setelah kiraan 99 peratus pusat pengundian di 10 wilayah terlibat, keputusan mengikut wilayah sepertimana berikut:
ASWAN
Setuju: 149,512 (76.4%)
Tidak Setuju: 46,099 (23.6%)
ASYUT
Setuju: 450,773 (76.5%)
Tidak Setuju: 138,472 (23.5%)
ISKANDARIAH
Setuju: 665,985 (55.6%)
Tidak Setuju: 531,221 (44.4%)
KAHERAH
Setuju: 950,532 (43.1%)
Tidak Setuju: 1,256,248 (56.9%)
DAQAHLIYAH
Setuju: 649,319 (55.1%)
Tidak Setuju:528,678 (44.9%)
GHARBIYAH
Setuju: 468,242 (47.9%)
Tidak Setuju: 509,939 (52.1%)
SINAI UTARA:
Setuju: 50,924 (78.3%)
Tidak Setuju: 14,111 (21.7%)
SINAI SELATAN
Setuju: 12,165 (63.9%)
Tidak Setuju: 6,866 (36.1%)
SUHAG
Setuju: 468,781 (78.8%)
Tidak Setuju: 126,396 (21.2%)
SYARQIYAH
Setuju: 737,877 (65.9%)
Tidak Setuju: 381,964 (34.1%)
Wednesday, December 12, 2012
TAHAJUD RASULULLAH SAW
TAHAJUD RASULULLAH SAW - Malu, sungguh malu rasanya bila mengingat Rasulullah saw yang selalu melakukan Qiyamul lail hingga kakinya bengkak, hanya karena ingin menjadi hamba yang bersyukur... Dalam sebuah riwayat Aisyah r.a bercerita, Pada suatu malam Rasulullah saw mendatangiku dan berkata,
“Biarkanlah aku menyembah Rabbku.” Maka beliau bangkit berwudhu dan shalat. Beliau menangis sampai air mata
nya mengalir di dadanya, kemudian rukuk dan menangis, kemudian sujud dan menangis, kemudian mengangkat mukanya dan menangis. Dan beliau tetap dalam kondisi seperti itu sampai Bilal mengumandangkan adzan Shalat. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, apa yang membuat Engkau menangis padahal Allah sudah mengampuni dosa yang lalu dan yang akan datang?” Rasulullah saw lantas berkata, “Tidak bolehkah aku menjadi hamba Allah yang bersyukur?”
Tuesday, December 11, 2012
Sahabat Hikmahku
Sahabat Hikmahku..
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin-Nya dan pasti selalu baik serta bermanfaat bagi orang yang beriman.
semua kejadian pasti terkandung ilmu dan hikmah yg amat besar
"Allah memberikan hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang diberi hikmah maka sungguh telah diberi kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil
pelajaran melainkan orang-orang yang berakal" ( QS Al Baqoroh;269 )
Mari kita bersungguh-sungguh menafakuri kejadian apapun, mintalah pertolongan-Nya agar dibuka pintu hikmah agar dapat menyikapi kejadian apapun dengan sikap terbaik yang disukai-Nya
(KH. Abdullah Gymnastiar)
Monday, December 10, 2012
DI HATI ADA CINTA
DI HATI ADA CINTA
Bila di hati ada cinta
Indahnya berbunga-bunga
Dalam hati terukir namanya
melekat di hati bertahta di jiwa...
Bila di hati ada cinta
Jagailah dengan sesungguhnya
kerana cinta bukan mainan
bukan juga barang dagangan..
Bila di hati ada rasa cinta
Cintalah dia kerana budinya
Usah dipandang rupa dan harta
Kerana cinta itu suci mulia,
Kurniaan Allah yang Esa....
Ahh.. !!! indah nian,
Bila di hati ada cinta...
Memori Kasih
Saturday, December 08, 2012
Al-Azhar and Saudi Awqaf work to combat spread of Shiaism
Al-Azhar and Saudi Awqaf work to combat spread of Shiaism
Islamonline.net-Cairo
A statement from an official source within Al-Azhar stated on Monday October 10th that an agreement had been reached between Al-Azhar and the Saudi Ministry of Awqaf and Islamic Affairs to combat Shia advocacy efforts, sectarianism, and foreign interventions meant to disrupt the social and political stability of Sunni Muslims.
The source stated to “Islam Online” that the agreement is meant to be implemented through religious advocacy collaborations to protect the Sunni society from any internal or external attempts to destabilize their society or doctrine.
The agreement was reached during the meeting between Dr. Ahmed Al-Tayeb, Sheikh of Al-Azhar and his guest, Dr. Saleh Al-Sheikh, Minister of Awqaf and Islamic Affairs in Saudi Arabia, in Cairo on Sunday. They also emphasized during the meeting the need to spread the moderate Islamic ideology.
Communication and dialogue
The source also asserted to “Islam Online” that the two parties agreed to maintain coordination, communication, and understanding in order to reinforce the Islamic stance based on the moderate ideology exhorted by Al-Azhar and Saudi scholars.
In addition to that, Dr. Al-Tayeb and Dr. Al-Sheikh also expressed the importance of dialogue with Shiites in the Gulf on the basis of nationalism, not on the basis of the delegations of sectarian foreign agendas. At the same time, Al-Tayeb disclosed his condemnation of the events taking place in some Gulf countries, which are perpetrated by Shiite individuals—the events that threaten the unity of the Arab world.
Dr. Saleh Al-Sheikh ensured that the ties between the scholars of Egypt and Saudi are strong due to the common grounds they share in supporting Islam and maintaining unity between Muslims.
Islamic reference
“We appreciate the invitation of Al-Azhar Sheikh and assure that Saudi and its scholars look towards Al-Azhar as a prominent source of reference of the Sunni people and the Sunni ideology, both religiously and politically,” Al-Sheikh assured.
“We noticed the concern the Sheikh of Al-Azhar had regarding the welfare of Islam and Muslims. We appreciate the Sheikh’s concern for unity and cooperation between Muslims, and from here, I would to make it known that the scholars of Saudi fully approve of Al-Azhar’s program in bringing about unity, and appreciate its long history. We fully support this historical establishment and its effect on Muslims worldwide.”
He continued: “for these reasons we are keen on strengthening our relationship and understanding with Egypt; it being the largest Arab and Islamic country possessing scholars, politicians, writers, thinkers, and influencers. Egypt is a vital country to Muslims and their stability and welfare.”
Friday, December 07, 2012
harGa kereTa @ MaLaySia
MALAYSIA NEGARA NO 1 DI DUNIA KENAKAN CUKAI EKSAIS PALING TINGGI UTK KERETA....
Tahukah anda, selain Nicol David meletakkan Malaysia sebagai pemain nombor satu skuasy wanita dunia, Malaysia juga terpilih sebagai negara yg menduduki rangking nombor satu mengenakan cukai kereta PALING TINGGI kpd rakyatnya.
Jika anda membeli MyV dgn harga RM 46 k, hanya RM 23 k masuk ke kantong Perodua dan 23 k lagi masuk ke kantong kerajaan. Berbillion keuntungan cukai itu pula digunakan pula kroni2 utk mengkayakan adik beradik, suami, isteri-isteri mereka. Yg kita tukar bayar harga cukai eksais yg sgt tinggi.
Saya teringin nak pakai kereta Alphard tapi apakan daya kereta 2 yg ada pun ada yg sangkut utk dibayar....heeeee. Mengikut seorang pakar ekonomi, kalau cukai dikurangkan kereta Alphard boleh dimiliki sekitar harga antara RM 130 k hingga RM 170 k sahaja.
Kereta Proton akn jatuh di paras bawah RM 30 ribu. Manakala yg berangan nak miliki kereta Toyota dan Honda kereta tersebut akn berada di paras harga RM 50 k sahaja. Jadi pilihan ada di tgn anda?
Percaya atau tidak Motor BMW G650GS iaitu BMW termurah dijual di Malaysia harganya sekitar RM 65k. Di Amerika yg rakyat berpendapatan jauh lebih tinggi, kereta jenama yg serupa hanya dijual sekitar RM 24, 437 ringgit sahaja. 3 kali ganda lebih rendah. Bayangkan kerajaan nak duit dari kita sekitar RM 40 ribu. Pada-padalah kerajaan kalau nak duit kita RM 10 ribu cukuplah.
Begitu juga tentu ramai di pembeli di Malaysia tahu bahawa jenama Toyota adalah terbaik kerana ia tahan lama. Jika tanpa cukai nanti Toyota Altis 1.6E (C-segment cars)
harga berharga hanya RM 67k (FREE TAX), Proton Preve 1.6 Exec (C-segment cars)
RM 63k (with TAX). Maksud Altis hanya harga lebih kurang Proton Preve jika dihapuskan cukai.
Kenderaan jenis Toyota yg dijual di Langkawi contohnya, Toyota Camry 2.0G (D-segment cars) RM 158,XXX (harga Tanah Besar) RM 104,XXX (Pulau Langkawi)
Toyota Vios 1.5E (B-segment cars) RM 82,XXX (harga tanah besar) RM 62,XXX di Tanah Besar.
Pada 2003 ketika berkunjung Bangkok, saya terkejut teksi mereka menggunakan Toyota Altis berbanding kereta tin milo (Proton Iswara) kita. Saya tanya berapa harga jualan Altis tersebut, kata pemandu teksi hanya sekitar RM 75 k sahaja.
Saya ini pembeli dan pengundi. Kalau Tesco 'offer' terbaik, saya pergi beli di sana. Kalau Giant 'offer' lebih baik saya pg Giant. Begitu juga dgn politik saya kena jadi pembeli dan pengundi yg bijak. Sb BN tak bertolak ansur dgn rakyat utk turunkan cukai kereta...Ini kali lah!!!...:)
Thursday, December 06, 2012
Agenda Kristian Untuk Malaysia Terbongkar Di Jerusalem..”
Universiti Kehidupan 233 – “Agenda Kristian Untuk Malaysia Terbongkar Di Jerusalem..”
Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012.
Seperti biasa, hari pertama kami sampai ke Jerusalem, kami akan masuk ke dalam hotel, berehat sebentar dan kami akan terus ke masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Maghrib dan Isyak di al-Aqsa.
Pulang waktu Isyak, kami akan makan malam di kafe hotel.
Mahmood, pemandu pelancong yang biasa dengan saya mencuit bahu saya dan mengajak saya ke satu sudut.
“Muhammad, mari sini” katanya.
“Kenapa?” tanya saya agak kehairanan kenana wajahnya agak serius, nada suaranya, agak perlahan seolah-olah ada rahsia yang ingin dibisikan pada saya.
“Tinggal bersama kamu di hotel ini satu rombongan dari Malaysia” terang Mahmood.
“Oh ye ke!” saya agak gembira mendengar berita itu.
“Tapi mereka rombongan Kristian” kata Mahmood lagi.
“Ye ke, ah, di sinikan banyak tempat penting buat Kristian, tentu mereka nak ziarah” kata saya.
“Sepanjang perjalanan dari border Jordan-Israel, mereka memang mengutuk Islam dan sangat tidak puas hati dengan orang Islam di Malaysia, mereka memang anti Islam” Mahmood Menambah.
“Mereka tak tahu aku Islam, mereka ingat aku Kristian” Mahmood semakin rancak berbual dengan saya di satu sudut di bahagian tangga.
“Memang bukan Islam di mana-mana pun tak suka Islam” kata saya tenang.
“Tak, mereka ini lain, mereka memang anti Islam di Malaysia” terang Mahmood bersungguh-sungguh.
Perbualan malam pertama itu habis dengan rasa tidak puas hati Mahmood terhadap rombongan Kristian dari Malaysia ini.
Selama berhari-hari kami di hotel yang sama, berselisih di dewan makan, memang rombongan ini tidak menegur kami sedangkan mereka dari Malaysia, duduk di Malaysia.
Tidak ada sepatah pun bahasa Melayu yang keluar dari mulut mereka sedangkan kami saling mengetahui, sama-sama dari Malaysia.
Ada juga kami ingin menegur siapa, tetapi tidak di jawab atau jawapan yang sangat dingin.
Saya tidak tahu, apakah tujuan mereka datang, sama ada untuk lawatan atau ada apa-apa persidangan Kristian yang mereka hadiri.
Saya tidak mengambil perhatian apa yang berlalu walaupun pada tiap-tiap malam, Mahmood akan menceritakan pada saya mengenai ketidak puasan hati mereka pada Islam di Malaysia.
Mahmood memarahi saya…
“Apa dah jadi pada kamu orang Islam di Malaysia hingga hilang sensitviti dalam mempertahankan hak kamu?”
Apa yang mampu saya jawab hanyalah…
“berpecah, dan ramai yang berpecah…”
Jawapan yang sangat tidak bersemangat dan seolah-oleh maksudnya, “apa nak jadi, jadilah…”
Ya, kurang rasa sensitiviti….
Allah ingin menunjukkan pada saya sesuatu terhadap jawapan di atas……
1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin…
Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock.
Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya.
Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini.
Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu.
Tulisan itu berbunyi..
Decree For Malaysia
“We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in seding missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..”
Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu.
Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka.
Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini.
Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong.
Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai ahli politik yang punyai kepentingan.
Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka.
Ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan:-
1. Bagi pendakyah Kristian, jangan pandang rendah kemampuan pendakwah Islam yang tidak berkepentingan di Malaysia. Kami para pendakwah dan orang-orang yang ikhlas akan tetap mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia sama ada menang atau kami mati di dalam usaha ini.
2. Malaysia bukan milik orang politik yang ada kepentingan yang menyokong tindakan kamu kerana harapkan sokongan, Malaysia di dokong oleh ramai pejuang agama Islam, bangsa muslim dan tanah air umat Islam. Kalau orang politik sibuk dengan perpecahan mereka, maka perjuangan itu tetap dibahu oleh umat Islam dari bidang lain.
3. Bagi umat Islam di Malaysia, ini bukan gimik popular, saya bukan ahli politik yang inginkan popular, Biarkan ahli politik bergaduh sesama mereka, yang boleh kita damaikan, kita damaikan atau sedarkan dengan apa cara sekalipun. Perpecahan ini satu yang sangat merugikan. Orang Kristian berbincang hingga ke luar negara merancang untuk mengkristiankan Malaysia, kita hanya menafikan dan hilang sensitiviti.
4. Bagi sahabat-sahabat dari Jabatan Agama Islam, anjurkanlah banyak program-program untuk menjaga dan mengawal umat Islam di Malaysia, bahagian zakat jangan berbangga dengan jumlah kutipan, tetapi usahakan untuk kepentingan umat Islam melalui lapan asnaf seperti yang disebut dalam al-Quran.
5. Bagi semua penguatkuasa agama. Jangan percaya dengan zon selesa yang dibisikkan dan penafian yang dicanangkan oleh orang berkepentingan. Jalankan pemantauan dan penguatkuasaan menurut enakmen yang telah diputuskan.
6. Bagi orang kaya, tolong infak harta untuk menganjurkan program-program keagamaan, semoga Allah sentiasa bersama anda sekelian.
7. Bagi sekelian yang membaca, kita umat Islam terlau beriya-iya ingin menjaga hati orang bukan Islam, adakah orang bukan Islam menghormati dan menjaga sensitiviti kita? Jalankanlah tugasan masing-masing di dalam ruang lingkup kemampuan anda semua, semoga Allah membantu usaha kita.
Semoga pendedahan ini memberi inspirasi pada saya untuk terus membahu Islam, yang ingin bersama mari, yang mahu mencebek dan tidak percaya silakan, yang mahu berfikir, renungkan dan yang mahu mendokan, doakan semua umat Islam di Malaysia agar terpelihara dari agenda global orang kafir.
“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
6 Disember 2012 jam 1.15 pagi
Patah sayap bertongkat paruh, Imemperjuangkan dan mempertahakan Islam akan tetap menjadi keutamaan di dalam hidupku, biar berputih tulang, jangan berputih mata…
al-Fatihah untuk seluruh pejuang Islam terdahulu, tuan-tuan guru kita terdahulu dah pahlawan Islam Nusantara yang telah mendahului kita di dalam tugasan mereka. Hari ini tugasan itu diwariskan pada kita, semoga kita dapat menyambungnya, amin…
Wednesday, December 05, 2012
KerJaya PTD
Terkini, lengkap dan relevan sebagai panduan kerjaya serta rujukan para guru, kaunselor, pelajar dan ibu bapa.
“Bacaan wajib untuk mereka yang berminat menyertai kor perkhidmatan elit ini.”
-Muhammad Hazam bin Hajanan, Pegawai Tadbir dan Diplomatik-
Penghasilan buku ini bermula apabila ramai rakan taulan yang mengalami kesukaran memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang dianggap cukup berprestij dan elit.
Namun apa didapati oleh penulis adalah kekurangan maklumat tentang perkhidmatan ini. Untuk itu adalah diharapkan maklumat di dalam buku ini dapat membantu para pembaca yang berminat memasukinya.
Buku ini secara ringkasnya membicarakan PTD mengikut aspek-aspek seperti sejarah kerjaya, bidang tugas, kelayakan yang diperlukan, keistimewan-keistimewaannya dan tokoh-tokoh kerjaya.
Sebenarnya jasa dan sumbangan para pegawai Tadbir dan Diplomatik ini cukup banyak untuk diperkatakan. Malah ia kerap dirujuk dalam buku-buku teks sejarah. Oleh kerana buku-buku ini tidak menyebut secara spesifik jawatan pegawai awam tersebut, maka ramai yang tidak mengetahui skim perkhidmatan ini.
Malah dalam pengalaman penulis, kecemerlangan individu dalam perkhidmatan ini menyebabkan tenggelamnya nama perkhidmatan tersebut.
Sumbang bakti mereka hanya dapat dilihat di belakang tabir pentadbiran negara dan menyerahkan para pemimpin negara memainkan peranan di barisan hadapan kerajaan.Untuk itu buku ini mampu menerangkan kepada para pembaca sekalian berkaitan peranan Pegawai Tadbir dan Diplomatik di dalam sejarah Malaysia.
Selain itu buku ini juga akan memberi sedikit sebanyak maklumat berkaitan pendidikan yang diperlukan beserta bantuan-bantuan yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran.
Pendek kata ia akan membimbing para pembaca daripada peringkat sebelum memohon kerjaya ini hinggalah berjaya disahkan dalam perkhidmatan. Untuk itu buku ini sesuai kepada para pembaca yang masih di bangku sekolah hinggalah ke peringkat memohon kerjaya.
Isi Kandungan
Sekapur Sirih
Bahagian 1: Sejarah dan Pengenalan
Bab 1: Sejarah Kerjaya
Kronologi Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik
Catatan Diari PTD
Bab 2: Definisi dan Pengenalan Kerjaya
Bab 3: Pendapat Pakar
Bahagian 2: Kelayakan dan Institusi Berkaitan
Bab 4: Syarat dan Kelayakan
Syarat Pelantikan
Kriteria-kriteria Pilihan
Bab 5: Biasiswa dan Pinjaman
Direktorat Biasiswa/Pinjaman
Bab 6: Institusi Berkaitan
Kursus Berkaitan
Bab 7: Cara-Cara Memohon dan Tip
Bahagian 3: Peluang Kerjaya
Bab 8: Skim Perkhidmatan
Bab 9: Faedah dan Kelebihan
Bab 10 : Skala dan Syarat Kenaikan Gaji
Imbuhan, Elaun dan Kemudahan
Senarai Kemudahan
Penetapan Kelayakan Serta Kadar Elaun dan Kemudahan
Bahagian 4: Bidang Tugas PTD
Bab 11 : Bidang Tugas
Bahagian 5: Peperiksaan Khas
Bahagian 6: Organisasi Berkaitan
Bab 12: Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik
Bab 13: Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia
Bab 14: Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik
Bahagian 7: Penempatan PTD
Bahagian 8: Cabaran dan Isu PTD
Bab 15: Cabaran PTD 108
Bahagian 9: Maklumat Bonus
Bab 16: Sepuluh Tokoh – Tokoh Pilihan PTD
Bab 17: Agensi-Agensi Penempatan PTD
Bab 18: Waktu Bekerja
Bab 19: Suasana Pejabat
Bab 20: Pakaian
Bab 21: Jenis-Jenis Penghargaan
Bab 22 : Personaliti PTD
Bab 23: Latihan PTD
Bab 24: Pelan Latihan PTD
Bahagian 10: Harapan Pemimpin
Penutup Bicara
Appendik
Bibliografi
“Bacaan wajib untuk mereka yang berminat menyertai kor perkhidmatan elit ini.”
-Muhammad Hazam bin Hajanan, Pegawai Tadbir dan Diplomatik-
Penghasilan buku ini bermula apabila ramai rakan taulan yang mengalami kesukaran memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang dianggap cukup berprestij dan elit.
Namun apa didapati oleh penulis adalah kekurangan maklumat tentang perkhidmatan ini. Untuk itu adalah diharapkan maklumat di dalam buku ini dapat membantu para pembaca yang berminat memasukinya.
Buku ini secara ringkasnya membicarakan PTD mengikut aspek-aspek seperti sejarah kerjaya, bidang tugas, kelayakan yang diperlukan, keistimewan-keistimewaannya dan tokoh-tokoh kerjaya.
Sebenarnya jasa dan sumbangan para pegawai Tadbir dan Diplomatik ini cukup banyak untuk diperkatakan. Malah ia kerap dirujuk dalam buku-buku teks sejarah. Oleh kerana buku-buku ini tidak menyebut secara spesifik jawatan pegawai awam tersebut, maka ramai yang tidak mengetahui skim perkhidmatan ini.
Malah dalam pengalaman penulis, kecemerlangan individu dalam perkhidmatan ini menyebabkan tenggelamnya nama perkhidmatan tersebut.
Sumbang bakti mereka hanya dapat dilihat di belakang tabir pentadbiran negara dan menyerahkan para pemimpin negara memainkan peranan di barisan hadapan kerajaan.Untuk itu buku ini mampu menerangkan kepada para pembaca sekalian berkaitan peranan Pegawai Tadbir dan Diplomatik di dalam sejarah Malaysia.
Selain itu buku ini juga akan memberi sedikit sebanyak maklumat berkaitan pendidikan yang diperlukan beserta bantuan-bantuan yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran.
Pendek kata ia akan membimbing para pembaca daripada peringkat sebelum memohon kerjaya ini hinggalah berjaya disahkan dalam perkhidmatan. Untuk itu buku ini sesuai kepada para pembaca yang masih di bangku sekolah hinggalah ke peringkat memohon kerjaya.
Isi Kandungan
Sekapur Sirih
Bahagian 1: Sejarah dan Pengenalan
Bab 1: Sejarah Kerjaya
Kronologi Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik
Catatan Diari PTD
Bab 2: Definisi dan Pengenalan Kerjaya
Bab 3: Pendapat Pakar
Bahagian 2: Kelayakan dan Institusi Berkaitan
Bab 4: Syarat dan Kelayakan
Syarat Pelantikan
Kriteria-kriteria Pilihan
Bab 5: Biasiswa dan Pinjaman
Direktorat Biasiswa/Pinjaman
Bab 6: Institusi Berkaitan
Kursus Berkaitan
Bab 7: Cara-Cara Memohon dan Tip
Bahagian 3: Peluang Kerjaya
Bab 8: Skim Perkhidmatan
Bab 9: Faedah dan Kelebihan
Bab 10 : Skala dan Syarat Kenaikan Gaji
Imbuhan, Elaun dan Kemudahan
Senarai Kemudahan
Penetapan Kelayakan Serta Kadar Elaun dan Kemudahan
Bahagian 4: Bidang Tugas PTD
Bab 11 : Bidang Tugas
Bahagian 5: Peperiksaan Khas
Bahagian 6: Organisasi Berkaitan
Bab 12: Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik
Bab 13: Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia
Bab 14: Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik
Bahagian 7: Penempatan PTD
Bahagian 8: Cabaran dan Isu PTD
Bab 15: Cabaran PTD 108
Bahagian 9: Maklumat Bonus
Bab 16: Sepuluh Tokoh – Tokoh Pilihan PTD
Bab 17: Agensi-Agensi Penempatan PTD
Bab 18: Waktu Bekerja
Bab 19: Suasana Pejabat
Bab 20: Pakaian
Bab 21: Jenis-Jenis Penghargaan
Bab 22 : Personaliti PTD
Bab 23: Latihan PTD
Bab 24: Pelan Latihan PTD
Bahagian 10: Harapan Pemimpin
Penutup Bicara
Appendik
Bibliografi
Subscribe to:
Posts (Atom)

-
Pengalaman mengerjakan amalan Puasa di Bumi Mesir Di sini penulis akan menyorot sedikit tentang pengalaman dan suasana dalam kedua-dua buah ...