Tuesday, December 18, 2012

Kerajaan Melayu - Kisahnya Yang Panjang....

Kerajaan Melayu - Kisahnya Yang Panjang.... Bermulanya Kisah Asalnya Melayu -Rumpun Melayu dan Pribumi Sabah Sarawak Salah faham mengenai rumpun ini masih lagi berleluasa mungkin kerana kurangnya pembacaan dan pendedahan di kalangan rakyat kita. Yang paling sedih sekali ialah ada individu yang menyangka bahawa BUGIS, BANJAR, BAJAU, SULUK, CHAM, KERINCHI, ACHEH, AMBON, MINANG, JAWA dan sebagainya sebagai bukan salah satu daripada rumpun melayu.
Kelihatannya salah faham yang wujud di sini semakin melebar. Mereka menyempitkan fahaman bangsa itu dalam suku bangsa. Hal ini sangat-sangat menyedihkan. Sedangkan orang cina dari pelbagai suku seperti Han, Min, Wu, Tanka dan Hui boleh bersatu di bawah rumpun cina(Sino-Tibetian). Ya, ada sebahagian suku kaum yang berasal daripada suku Sino-Tibetian ini seperti Viet (orang vietnam), Thai (bukan siam kerana siam berbeza dengan Thai) yang tidak mengaku asal-usul mereka daripada Sino-Tibetian ini kerana proses semangat KENEGARAAN seperti mana yang berlaku di Indonesia untuk kategori RUMPUN MELAYU A.K.A AUSTRONESIAN ini. Kalau orang India pula, suku seperti Tamil, Telegu, Malayam ialah sebahagian daripada rumpun India. Suku bangsa Aryan yang selalunya menduduki kasta tertinggi dalam masyarakat India terasing daripada suku bangsa itu kerana mereka lebih kepada bangsa Indo-Eropah. Itu sekadar pengenalan kepada BANGSA dan SUKU BANGSA agar kita tidak salah faham. Namun, yang ingin disentuh di sini ialah salah faham yang melibatkan MELAYU itu. Salah faham ini timbul apabila di KEPULAUAN MELAYU ini, bangsa ini terpecah kepada tiga buah negara iaitu MALAYSIA, INDONESIA dan FILIPINA. Ada juga sebahagian daripada orang melayu yang terdiri daripada suku Siam terperangkap di selatan Thai. Orang melayu siam ini ialah pembina kerajaan melayu di Thailand seperti Sri Dharmaraja. Berbeza dengan orang Thai yang merupakan pendatang dari China yang lari daripada peperangan di sana lalu menubuhkan Kerajaan Ayutthayya di Indochina. Asal Usul Melayu Fantasi Yunnan masih menjadi pegangan mereka yang bertuankan teori bahawa melayu itu asalnya daripada Yunnan. Mengikut perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu , Melayu ditakrifkan sebagai orang di Tanah Melayu yang mengamalkan kebudayaan Melayu danberagama Islam. Takrif ini bukan sahaja kabur, tetapi juga menyempitkan makna Melayu yang asalnya bukan sahaja merujuk kepada orang Melayu di Tanah Melayu,tetapi juga orang Melayu serumpun di luar Tanah Melayu. Orang yang serumpun dengan orang Melayu di tanah melayu dan berada di tanah, tetapi bukan Islam dengan serta-mertamenjadi orang bukan Melayu sehingga istilah Bumiputera diperkenalkan bagi merangkumi Melayu yang tidak Islam, seperti orang asli. Perlembagaan ini diperluaskan kepada Perlembagaan Malaysia apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bercantum dengan tanah melayu menjadi Malaysia pada 1963, dengan mengusutkan lagi makna Melayu. Mungkin ini yang menjadi punca kenapa suku kaum pribumi Sabah dan Sarawak hilang asal-usulnya.
Apa yang ingin ditekankan di sini ialah benarkah Melayu itu asalnya daripada Yunnan? Pendapat ini sesuai dengan pandangan evolusi kononnya orang tertua ialah ‘Orang Peking’. Pandangan ini tersangkal apabila diketahui fosil ‘Orang Peking’ itu adalah palsu. Dari segi bahasa juga terdapat perbezaan ketara antara bahasa Melayu Purba dengan bahasa Yunan sehingga teori ini tidak dapat dipertahankan lagi. Bahasa Melayu tidak ada kesamaan langsung dengan bahasa Yunan tetapi lebih dekat dengan bahasa penduduk kepulauan Pasifik dan Pribumi Sabah dan Sarawak. Malah ada yang mendakwa bahawa Bahasa Melayu dekat dengan Bahasa Sanskrit, bahasa penduduk Aryan yang datang daripada Iran ke utara India untuk menyebarkan agama Hindu. Kalau ditelusuri dengan lebih dalam, Ibnu Khaldun dengan beraninya mengangkat Melayu ini datangnya daripada keturunan Nabi Ibrahim, daripada isterinya Keturah. Daripada keturunan Keturah ini juga diketahui bahawa lahirnya bangsa pembina tamadun hebat seperti bangsa Median. Jika mahu mengupas topik ini, ia pastinya mengambil sebuah lagi artikel kerana sejarah yang melibatkan orang melayu dan Nabi Ibrahim sangat panjang. Melayu dan Austronesia Berdasarkan buku kajian Walace, seorang pakar Antropologi dan Sejarah dunia daripada Universiti Oxford (1863), bukunya yang bertajuk The Malay Archipelago, beliau menakrifkan penduduk gugusan Kepulauan Melayu sebagai rantau Asia Tenggara yang hampir-hampir berbentuk segi tiga, bermula di Pulau Nikobar di Timur Laut ke Pulau Solomon di Tenggara, dan dari Luzon di Utara ke Rotti dekat pulau Timor di Selatan. Kawasan yang luas itu dibahaginya kepada lima kumpulan: Kepulauan Indo-Malaya, Kepulauan Timor, Kepulauan Maluku dan Kepulauan Papua. Walace berpendapat melalui kajiannya, bangsa-bangsa yang mendiami kawasan itu berkongsi keluarga bahasa yang sama, berkongsi budaya yang sama, berkongsi warna kulit yang hampir sama. Dia mengulas lagi di dalam bukunya, rumpun bangsa ini samalah seperti bangsa Causasians di eropah dan amerika yang pada asalnya terdiri daripada tiga jenis suku iaitu, Aryan, Semitic dan Hamitic. Daripada tiga suku ini lahirlah seperti Saxon, Anglo, Teuton dan sebagainya. Hal ini juga telah disokong oleh Parlimen Hawaii di Honolulu pada tahun 1879. Dengan usaha Maharaja Abu-Bakar pada waktu itu, parlimen Hawaii telah membincangkan mengenai penyatuan dunia melayu di bawah satu nama Pan-Malaysia and "Malaysia Irredenta".
Peta Benua Melayu yang dicadangkan Sembilan tahun kemudian, (1898) Apolinario Mabini di Manila mencadangkan “Federation Malaya” dengan gagasan yang sama. Pada waktu itu juga munculnya Jose Rizal, yang diberi jolokan oleh orang filipina sebagai "The Pride of the Malay Race” atau “The Great Malayan”. Dalam bukunyam Jose Rizal menulis bahawa seharusnya filipina dimasukkan dalam rancangan menggabungkan Tanah Melayu dan Indonesia memandangkan mereka juga di bawah rumpun yang sama. Wancelao Vinzons , pengikut Jose Rizal pernah menyampaikan pidato bersejarah “Malaysia Irredenta” yang memaparkan mimpi penyatuan seluruh bangsa Melayu - Polinesia. Waktu itu beliau berusia 22 tahun dan seorang pemuja Rizal. Beliau selanjutnya mengarang buku mengenai “History and civilization of Southeast Asian countries belonging to the Malay race” Pada asalnya, nama untuk rumpun melayu ini dalam bahasa saintfiknya ialah Polynesian, tetapi penemuan terbaru yang menemui bahawa penduduk asli di Taiwan itu juga termasuk dalam rumpun melayu, (suku Farmosa) termasuk dalam rumpun melayu, maka nama Polynesian itu terpaksa ditukar kepada Autronesian. Kerajaan-Kerajaan Melayu Melayu sememangnya terkenal dengan pembinaan kerajan-kerajaan agung mereka. Sriwijaya misalnya telah berjaya menyatukan seluruh alam melayu ini daripada Madagascar hingga ke selatan Taiwan berdasarkan catatan Nehru (1963) yang merupakan seorang sejarahwan India. Hanya Majapahit yang diperintah oleh suku Jawa sahaja merupakan kerajaan melayu yang terasing daripada empayar Sriwijaya. Namun, jatuh sahaja empayar Sriwijaya, Majaphit menuntut hampir 1/3 empayar Sriwijaya yang pernah terbentang luas. Champa dan Funan di Indochina misalnya merupakan kerajaan Melayu yang pernah menguasai wilayah itu sebelum orang Viet, Khmer dan Thai yang merupakan pelarian daripada selatan China datang dan menghambat mereka ini hingga ke tanah melayu. Oleh sebab itu, lahirlah teori bahawa orang Kelantan dan Jawa itu asalnya merupakan pendiri Kerajaan Champa. Oleh sebab itu juga, orang Kelantan dan Jawa berkongsi budaya melayu yang sama seperti BATIK dan WAYANG KULIT. Terdapat juga kerajaan melayu Purba lain yang tercatat dalam buku Cina, seperti Lang Ya Xiu (Fatani/Patani sekarang)pada abad ke-2 Masehi, Pan Pan (utara Segenting Kera) pada abad ke-5 Masehi,Senggora (Tanah Merah, sekarang di Thailand Selatan) dan Zhu Bo (Pulau Jawasekarang). Semuanya telah wujud sekurang-kurangnya pada abad ke-5 Masehi, manakala Dan Dan atau Tan Tan (Kelantan sekarang, yang juga disebut Ki-lantan oleh penulis Cina yang terkemudian) telah wujud sebelum abad ke-6 Masehi. Mengikut buku INTAN (1991), sumber Cina yang lain yang juga mencatat kebesaran kerajaan Ho-Lo-Tan atau Kuo-Lo-Tan di Semenanjung Malaysia pada kurun ke-5 Masehi itu juga ditafsirkan sebagai Kelantan sekarang. Kerajaan ini dikatakan pernah mengirim utusan dan ufti ke negeri China pada tahun 430, 433,436, 437 dan 452 Masehi. Mengikut catatan Dinasti Syui pada abad ke-6 Masehi, seperti yang diterjemahkan Liang Liji (1996), kerajaan Kelantan pada abad sebelumnya lagi, adalah seperti yang berikut: "Negeri Dan Dan sudah terkenal pada zaman Dinasti Syui lagi. Keluarga rajanya bernamaKsyatriya, namanya Raja Sri Linga, memerintah lebih daripada dua puluh ribu keluarga. Menterinya ada lapan orang, disebut Lapan Teras, dan Menteri Besarnya dipegang oleh seorang Brahmin. Tubuh raja dipupuri dengan bedak harum, bermahkota menjulang tinggi, berkalungkan ratna mutu maknikam, berpakaian warna-warni, berkasut kulit. Kalau berpergian; dekat naik kenderaan, jauh naik gajah. Ketika berperang orang meniup serunaidan memalu genderang. Hukumannya keras: pencuri tak pandang dosanya; besar kecil semuanya dibunuh." Tulisan Orang Melayu Pada hari ini, kita hanya mengetahui kewujudan tulisan orang melayu hanya jawi sahaja. Tetapi, tahukah jawi bukanlah satu-satunya tulisan yang pernah digunakan oleh orang kita. Rencong misalnya (lihat gambar). Tulisan Palavi juga merupakan tulisan yang digunakan oleh orang melayu. Berbeza dengan tulisan rencong yang dicipta sendiri oleh orang melayu, tulisan Palavi ini diadaptasikan daripada tulisan yang berasal dari selatan India, Kerajaan Palava. Di bawah ialah rentetan perkembangan tulisan Palavi oleh orang melayu. 1. Zaman aksara Palavi Awal, dari abad ke-4 hingga ke-7 Masihi, seperti yang tertulis pada prasasti di Kalimantan Timur, Jawa Barat, Kedah-P. Pinang (Bukit Meriam di Kuala Sg. Merbuk, Ceruk Tokun, Provins Wellesley dan Sungai Bujang yang tersebut tadi 2. Zaman aksara Palavi Kemudian, dari abad ke-7 hingga pertengahan abadke-8 Masehi, seperti yang dijumpai pada prasasti di Sumatera, Jawa Tengah,dan Semenanjung Malaysia 3. Aksara Kawi Awal atau Jawa Kuno, daripada pertengahan abad ke-8 Masehihingga awal abad ke-10 Masehi, dijumpai pada prasasti di Thai Selatan,Jawa Tengah, Jawa Timur, dan Semenanjung Malaysia 4. Aksara Kawi Kemudian, daripada awal abad ke-10 Masehi hinggapertengahan abad ke-13 Masehi, dijumpai pada prasasti di Jawa Timur,Airlangga, Kediri, Bali, Sunda, dan Sumatera Selatan) 5. Aksara Kawi zaman Majapahit, yang dijumpai pada prasasti di seluruh Alam Melayu ini sehingga kemasukan aksara Arab menerusi Islam. Ini tidak bermakna bahawa orang melayu tidak tahu menulis sebelum abad ketujuh apabila mengadaptasikan tulisan kawi atau mencipta tulisan rencong yang kemudiannya digunakan oleh Kerajaan Majapahit pada abad ke-14 walaupun usia tulisan Rencong sebenarnya jauh lebih awal daripada kewujudan tulisan Palavi. Tamadun Melayu Campa sudah meninggalkan 206 buah prasasti, yang terdiri daripada 98 buah prasast idalam bahasa Melayu Purba-Campa, 43 bahasa Sanskrit, 29 dwi-bahasa itu dan 36 lagi tidak diketahui bahasa atau aksaranya, kerana belum dikaji pakar. Pribumi Sabah dan Sarawak Suku kaum di Sabah dan Sarawak ini masih samar-samar kewujudan mereka. Dalam hukum antropologi, pribumi sabah dan sarawak yang juga dilabelkan sebagai Bumiputra Malaysia ini termasuk dalam rumpun melayu berdasarkan pandangan Walaces dalam bukunya menempatkan bahawa mereka dalam rumpun melayu dan menyamakan mereka dengan Deuro Malay . Mereka dipercayai berasal daripada suku Proto-Malay yang merupakan ras kepada ORANG ASLI di MALAYSIA. Manakala Owen Rutler dalam bukunya The Pagans Of North Borneo mengatakan bahawa suku kaum di Sabah dan Sarawak masih lagi samar asal-usulnya. Dari segi linguistik, bahasa yang dituturkan oleh penduduk asli di Sabah dan Sarawak masih lagi dalam kategori Keluarga Bahasa Melayu atau Austronesian Language. Sehingga hari ini, perkara ini masih didebatkan oleh para sejarahwan, antropologi dan lingusitik mengenai pribumi di Sabah dan Sarawak. Bukti-bukti yang ada pada hari ini menjuruskan mereka termasuk dalam rumpun Melayu (Austronesian). Rujukan: 1. Sulalatus Salatin 2. The Malay Archipelago 3. Kajian Shaharir Mohd Zain 4. Wikipedia: Search Melayu, Cina dan India 5. INTAN 6. http://lokalgenius.blogspot.com/ 7. http://rabiahhijrah.blogspot.com/2011/09/parlimen-hawaii-usul-penyatuan-dunia.html 8. The Pagans Of North Borneo 9. TAMADUN ALAM MELAYU oleh Tuan Aarof bin Ishak Sumber : https://www.facebook.com/notes/helmi-effendy/rumpun-melayu-dan-pribumi-sabah-sarawak/288291507890575