Friday, May 31, 2013

Petua Rawatan Lemah Tenaga Batin


Petua Rawatan Lemah Tenaga Batin Untuk mengatasi masalah impotensi atau lemah tenaga batin amat mencabar bagi anda dan pasangan anda. Jika seorang lelaki mengalami masalah impotensi atau lemah tenaga batin atau disfungsi ereksi, kejantanannya amat tercabar dan mungkin pasangan anda akan terasa diabaikan atau tidak disayangi. Impotensi melibatkan pemasalahan kedua-dua pasangan. Anda dan pasangan wajib menguruskannya bersama-sama. Tanpa pemahaman kedua pihak mengenai kenapa terjadi disfungsin ereksi dan kesan-kesannya, anda tidak akan menyelesaikan masalah lemah tenaga batin.Kaedah paling berkesan utk mengatasi kesan-kesan disfungsi ereksi ialah berkomunikasi secara efektif dengan pasangan anda. Tahap 1 - Kenal pasti masalah disfungsi ereksi. Berbincang, memotivasikan pasangan anda, beri sokongan emosi dan fizikal Tahap 2 - Setelah kenalpasti masalah lemah tenaga batin, pelajari dengan membaca buku,majalah atau sumber internet yang dipercayai. Berikan masa untuk anda mempelajari kenapa, bagaimana dan apa rawatan lemah tenaga batin yang ada.Anda dan pasangan diwajibkan berkerjasama dalam perkara ini. Tahap 3 - Buat temu janji dengan doktor anda. Doktor anda akan membuat pemeriksaan fizikal asas dan adakalanya ujian-ujian darah tertentu. Rawatan impoten atau disfungsi ereksi berbeza-beza antara anda dan orang lain.Kemungkinan doktor anda akan gunakan kaedah yang berlainan atau ubat-ubatan berlainan semasa rawatan. Tahap 4 - Perasaan rendah diri, ketidaksempurnaan kejantaan anda, wajib anda atasi. Hindarkan perasaan ketidaksempurnaan ini. Oleh itu jika anda ingin memulakan hubungan seksual, pastikan anda di dalam mood "ïntimate", selesa dan romantik. Tahap 5 - Tidak berjaya bukan semestinya anda gagal seterusnya. Biasanya rawatan asas permulaan, doktor anda mungkin mencadangkan ubat lemah tenaga batin seperti Viagra, Cialis atau Levitra. Anda wajib berterus-terang dengan doktor anda tentang kesan baik atau kesan sampingan ubat-ubatan ini. Dos yang dicadangkan oleh doktor anda mungkin berlainan. Jangan berputus-asa jika anda gagal buat kali pertama.Kejayaan memerlukan anda dan pasangan terus mencuba dengan nasihat doktor anda.Anggapkan proses rawatan lemah tenaga batin sebagai proses berterusan dan menceriakan serta melucukan. Akhirnya anda akan menemui kejayaan jua. Petua Melayu Untuk Merawat Lemah Tenaga Batin 1. Car beberapa biji buah delima yang sudah kecut. 2. Tumbuk buah delima kecut tersebut untuk mendapatkan airnya. 3. Kemudian, campurkan air delima itu dengan sedikit gula pasir. 4. Didihkan air tersebut sampai pekat. 5. Amalkan meminum air rebusan ini beberapa kali sehingga anda berpuashati dengan hasilnya.

Thursday, May 30, 2013

Sayang


~ FAHAMILAH ~ Sayang... melukaimu bukan bermakna tak menyayangi cukuplah dengan apa yang terjadi kau ingkari janji sumpahmu tak lagi berarti hati ini sudah terlalu tersakiti Sayang... Menyakitimu bukan bermaksud membenci tapi cukuplah sampai di sini ku tak betah begini lagi terusan mengharap kasih yang tak pasti Sayang... aku berdiam diri bukan bererti melupakanmu malah demi kebaikanmu yang mungkin takan pernah mengerti walau diluahkan kata berulang kali Rasailah...fahamilah aku yang selalu kau biarkan sendiri biarlah sampai di sini ternoktahnya kasih kita biarlah aku redha andai itu bisa membuatmu bahagia walau aku terpaksa melepasmu dengan rela

Wednesday, May 29, 2013

QIRADH (MUDHARABAH)


QIRADH (MUDHARABAH) LANDASAN HUKUM a. Al Qur’an Ayat-ayat yang berkenaan denan mudharabah antara lain: “Dan orang-orang yang berjalan dimuka bumi mencari sebahagian kurniaan Allah” (QS.Al Mujammil:20) “Tidak ada dosa bagimu untuk mencari karunia (Rezeki hasil perniagaan) dari Tuhanmu”. (QS.Al Baqarah: 198) b. As Sunnah Diantara hadits yang berkaitan dengan mudharabah adalah hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Syuhaib bahwa Nabi SAW bersabda: “Tiga perkara yang mengandung berkah adalah jual beli yang ditangguhkan melakukan qiradh (memberi modal kepada orang lain) dan yang mencampurkan gandum dengan jelas untuk keluarga, bukan untuk diperjual belikan” (HR. Ibnu Majah dan Shuhaib) Dalam hadits yang lain diriwayatkan oleh Tabrani dan Ibnu Abbas bahwa Abbas Ibn Muthalib jika memberikan harta untuk mudarabah, dia mensyaratkan kepada pengusaha untuk tidak melewati lautan, menuruni jurang dan membeli hati yang lembab. Jika melanggar persyaratan tersebut ia harus menanggungnya. Persyaratan tersebut disampaikan kepada Rasulullah SAW dan beliau memperbolehkannya. Rukun a. Pemilik dan penerima modal b. Modal c. Pekerjaan d. Keuntungan

Tuesday, May 28, 2013

KHASIAT ANGGUR


19 Foto by: sabunherbalhawa ANGGUR merupakan buah dengan ciri berbentuk bulat agak lonjong berukuran kecil seperti kelereng namun ada juga yang ukurannya agak besar, buah ini umumnya berwarna hijau, merah kehitaman/ungu, hitam, dan biru kehitaman. Anggur adalah tanaman buah berupa perdu merambat yang termasuk ke dalam keluarga Vitaceae. Buah ini biasanya digunakan untuk membuat jus anggur, jelly, minuman anggur, minyak biji anggur dan kismis, atau dimakan langsung. Tapi, taukah Anda apa kandungan dan manfaat dari buah anggur sendiri? mungkin Anda belum mengetahuinya, ternyata selain enak dan segar buah anggur juga mempunyai banyak khasiat dan manfaat untuk kesehatan tubuh kita di antaranya: 1. Antibakteri Anggur merah memiliki kandungan antibakterial dan antivirus yang kuat, sehingga dapat melindungi tubuh dari infeksi. 2. Asma Anggur memiliki kekuatan assimilatory yang dapat meningkatkan kadar air dalam paru-paru. Hal ini sangat baik bagi penderita asma karena dapat mengurangi masalah sesak napas. 3. Mencegah katarak Anggur mengandung flavonoid yang kaya antioksidan, yang dapat mengurangi dan melawan kerusakan yang disebabkan oleh radikal bebas seperti katarak. 4. Kanker payudara Penelitian juga menunjukkan bahwa jus anggur yang berwarna ungu membantu dalam mencegah kanker payudara yang secara signifikan mengurangi massa tumor pada payudara. 5. Sembelit Anggur mengandung asam organik, gula, selulosa yang dikenal sebagai pencahar. Manfaat ini sangat baik untuk mengatasi keluhan sembelit atau susah buang air besar. 6. Penyakit jantung Tingkat oksida nitrat dalam darah akan meningkat ketika Anda mengonsumsi buah anggur, yang bermanfaat untuk mencegah pembekuan dan mengurangi risiko penyakit jantung. Antioksidannya juga dapat menghentikan oksidasi kolesterol LDL yang menghambat pembuluh darah. 7. Migrain Minum jus anggur murni tanpa campuran air di setiap pagi dapat menyembuhkan penyakit migrain atau sakit kepala sebelah. 8. Pencernaan Bila Anda menderita gangguan pencernaan, ada baiknya Anda mengonsumsi anggur. Anggur juga baik untuk mengatasi masalah perut lainnya. 9. Gangguan ginjal Anggur dapat membantu menyingkirkan asam pada ginjal. Hal ini berarti mengurangi gangguan pada tekanan ginjal. 10. Kolesterol darah Anggur mengandung senyawa yang disebut pterostilbene, yang memiliki kapasitas untuk menurunkan tingkat kolesterol. Saponin yang terdapat pada kulit anggur juga dapat mencegah penyerapan kolesterol.

Saturday, May 25, 2013

perasaan cinta yg tinggi pada Rasulullah?


''Ada manusia yg tahu byk tentang Nabi ,namun belum dikurniai rasa.Ada yang kurang tahu,namun ALLAH memberikan rasa cinta dan rindu yg amat pada Rasulullah saw.'' Kerana peribadinya aku terpesonaKerana budinya aku jatuh cintaRindu ku padanya tiada terkataNantikanlah daku di taman syurga Ditanya oleh sahabat kecintaan,bagaimana nak suburkan perasaan cinta yg tinggi pada Rasulullah? Kami baru belajar bercinta-cinta dengan Rasulullah? Malu rasanya mengatakan cintaKepada dia kekasih AllahKerana dia insan muliaSedangkan diriku insan biasa Rasa tidak layak untuk menjawab soalan itu,melainkan moga2 perkongsian sedikit tips al faqirah yg kerdil ini moga2 sahabat jua mendapat manfaatnya. Ku pujuk jua hati dan jiwaMeluahkan rasa cinta membaraDidalam pujian ucapan selawatTanda penghargaan seorang umat Cara yang paling pantas adalah dengan memperbanyakkan selawat.Percayalah,insyaALLAH,banyakkan selawat dan baca sirah-sirah Nabi saw.Paling kurang satu hari baca satu hadis tentang Syamail Muhammadiyah. Ya rasul… ya rasul! ku rindu padamu…. syafaatkan dakuYa rasul… ya rasul! syafaat kan daku…. ku rindu padamu InsyaALLAH ,perasaan itu lama-lama akan hadir.

Thursday, May 23, 2013

DENTING HIDUP


DENTING HIDUP Tangannya tak lepas memetik irama dari hati: tentang tenang dan gelisah tentang setia dan khianat tentang rindu dan pertemuan dalam lirik-lirik larit dalam suara-suara terpingir sambil merenung hujan di bawah gedung kota berlindung nafas dan dingin. Wajahnya bukan asing lagi yang melelapkan lelah di kaki lima atau rumah tumpangan angan di bawah jejambat: itu paling indah sambil melihat senja di kota yang tak pernah sunyi malamnya antara bingit enjin dan hon kereta dengan dengun kepak nyamuk yang tak pernah belas membenarkan mata lena sempurna. Hatinya tak pernah tenteram memikirkan peluang esok: sentiasa diragui dan perhati menjadi denyut jantung berkocak sering kacau fikir dalam mimpi ngeri sesal masa lampau kian peduli kesaktian bukan di tangannya terus-terusan mengunyah payah dalam jamuan jenuh yang tak minta. Memandang jarum jam dan dengar dentingnya dalam nyanyian di padang merdeka mewah limpah cahaya dan pikat kerlipnya seperti hidupnya terang memandang dalam gelap menggemis kasih Tuhannya dan bendera hidup terus berkibar di tiang harap. -Ahmad Sirajuddin Mohd Tahir, (Nur Addin), Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan.

Wednesday, May 22, 2013

CINTA JANGAN PERGI


CINTA JANGAN PERGI Kata mu cinta jangan pergi saat rindu mewangi seharum kemboja gugur menaburi damainya dipusara Kata mu cinta tiada dosanya kerana itulah anugerah memutik sesuci rasa mencipta sewarna indah mewarnai antara dua jiwa Kata mu hadir ku mengutus riang tika cinta memeluk bayang hilang ku mengirim sendu bertapa disempadan rindu selamanya engkau terasa Kata ku ada cinta untuk mu ada rindu setia bertamu biar hanya bayang mu mengulit mimpi resah ku dipenghujung rindu ini Kata mu Cinta jangan terusir pergi Kata ku Rindu ku hanya untuk mu...

Tuesday, May 21, 2013

nasiHat kaT anaK


Wahai anakku, Ketika ditanya waktu kecil berumur 6 tahun, apakah benda paling ringan di dunia, engkau menjawab kapas. Abah tersenyum. Wahai anakku, Ketika engkau berumur 13 tahun, sekali lagi soalan ditanya apakah benda paling ringan di dunia, engkau menjawab kertas dan kapas. Abah tersenyum lagi. Wahai anakku, Ketika engkau berumahtangga, abah bertanya lagi soalan yang sama apakah benda paling ringan di dunia, engkau menjawab pelbagai jenis jawapan sains – atom, elektron dan sebagainya. Maklumlah engkau jurutera, abah tersenyum. Wahai anakku, Ketika anak engkau berbuat nakal, engkau datang pada abah. Engkau bertanya, “Ingat tak abah selalu bertanya apakah benda paling ringan di dunia ini? Anakanda dah tahu.” “Apa dia?” “Meninggalkan solat. Setelah melihat anakku yang kecil terlupa solat ketika alpa bermain di depan komputer baru-baru ini, baru anakanda tersedar, itulah perkara yang paling ringan di dunia dan bukannya jawapan kebendaan yang anakanda beri selama ini.” Abah tersenyum lagi, kali ini senyuman kepuasan. Senyum

Monday, May 20, 2013

~ PoWer iStiGhFar ~


~ power istighFar ~ " TUJUH RAHSIA ISTIGHFAR " ~SHARING IS CARING~ ❥ Istighfar adalah memohon ampun kepada ALLAH Subhanahu Wata'ala dengan kalimat: Astaghfirullaahal'adzhiim atau dengan kalimat lain yang semakna.. Permohonan Ampun ini dilakukan dengan hati yang tulus dan diiringi dengan penyesalan atas...See more❥ 1 : MENDATANGKAN AMPUNAN ALLAH.. Maka aku berkata (kepada mereka) Mohon-lah ampun kepada RABB-mu sesungguhnya DIA adalah Maha Pengampun.. (QS. Nuh :10).. ❥ 2 : MENGATASI KESULITAN DAN TERBUKA NYA PINTU REZEKI Barangsiapa beristighfar secara rutin, pasti ALLAH memberinya jalan keluar dalam kesempitan dan memberi rizki yang tiada terhingga padanya.. (HR. Abu Daud).. ❥ 3 : MENAMBAH KEKUATAN.. Dan (Hud berkata): Hai kaum-ku, mohon-lah Ampunan kepada RABB-mu lalu bertaubat-lah kepada-NYA, Niscaya DIA akan menurunkan hujan yang sangat deras dan DIA akan menambahkan kekuatan diatas kekuatan mu.. (QS. Hud :52) ❥ 4 : MEMPEROLEH BANYAK KENIKMATAN.. Dan hendak-lah kamu memohon Ampun kepada RABB-mu dan bertaubat kepada-NYA, Niscaya DIA akan memberi kenikmatan yang baik kepada-mu sampai kepada waktu yang telah di tentukan... (QS. Hud :3)... ❥ 5 : TURUN NYA RAHMAT... Hendak-lah kamu memohon ampun kepada ALLAH, agar kamu mendapat rahmat... (QS. An-Naml :46)... ❥ 6 : SEBAGAI KAFARATUL MAJLIS... Barangsiapa yang duduk dalam satu Majlis (perkumpulan orang) lalu di dalamnya banyak perkataan sia-sianya atau (perdebatan) kemudian sebelum ia bangkit dari Majlis membaca (Istighfar): Subhaanakallahumm...See more❥ 7 : TERHINDAR DARI AZAB ALLAH... Dan tidak-lah (pula) ALLAH akan mengadzab mereka, sedang mereka masih memohon ampun(Istighfar) (QS. Al-Anfal :33)

Sunday, May 19, 2013

7 perkara positif setiap hari


perkara positif setiap hari Pesanan Prof Dr Muhaya... 7 perkara positif setiap hari 1. Cakap positif pada diri 2. Imej positif ttg diri 3. Orang positif 4. Makanan minda positif dgn ilmu bukan berita 5. Perkembangan diri positif dgn seminar dan latihan 6. Tabiat kesihatan positif 7. Jangkaan positif