Tuesday, May 21, 2013

nasiHat kaT anaK


Wahai anakku, Ketika ditanya waktu kecil berumur 6 tahun, apakah benda paling ringan di dunia, engkau menjawab kapas. Abah tersenyum. Wahai anakku, Ketika engkau berumur 13 tahun, sekali lagi soalan ditanya apakah benda paling ringan di dunia, engkau menjawab kertas dan kapas. Abah tersenyum lagi. Wahai anakku, Ketika engkau berumahtangga, abah bertanya lagi soalan yang sama apakah benda paling ringan di dunia, engkau menjawab pelbagai jenis jawapan sains – atom, elektron dan sebagainya. Maklumlah engkau jurutera, abah tersenyum. Wahai anakku, Ketika anak engkau berbuat nakal, engkau datang pada abah. Engkau bertanya, “Ingat tak abah selalu bertanya apakah benda paling ringan di dunia ini? Anakanda dah tahu.” “Apa dia?” “Meninggalkan solat. Setelah melihat anakku yang kecil terlupa solat ketika alpa bermain di depan komputer baru-baru ini, baru anakanda tersedar, itulah perkara yang paling ringan di dunia dan bukannya jawapan kebendaan yang anakanda beri selama ini.” Abah tersenyum lagi, kali ini senyuman kepuasan. Senyum