Thursday, May 09, 2013

Cara Menjadi Lelaki (Suami) Romantik


Cara Menjadi Lelaki (Suami) Romantik : . 1) Beri Bunga Biasakan memberi bunga pada pasangan, tak perlu tunggu hari lahir, atau ulangtahun perkahwenan, berilah hari-hari biasa pon takpe, janganlah bagi sampai sejambak, bagi sekuntum pon dah boleh membuatkan pasangan anda berasa di awang-awangan. Pasti senyum memanjang. . 2) Ungkapkan Ucapan Sayang Jangan pernah bosan untuk ungkapkan kata-kata sayang atau cinta atau rindu pada pasangan. Kalau tak dapat ungkapkan face to face pon takpe, masih boleh sms, atau paling manis tulis saja di atas kertas, atau tisu dan letakkan saje di atas meja solek ke, tepi katil ke, atas bantal ke… Tak ke romantik tu namanya… . 3) Pandang Mata Pasangan Jika sedang berbual atau bercakap dengan pasangan, pandanglah tepat ke anak matanya. Tapi janganlah pandang macam nak makan pula, pandang lah dengan penuh kasih sayang. . 4) Bicara Dengan Lembut Berbicaralah dengan pasangan dengan kata-kata dan bahasa yang lembut. Dan dengan nada yang rendah. Jangan mentang-mentang anda tu lelaki, sekali cakap satu kampung boleh dengar, maka anda main lepas je nak cakap apa-apa. Tolong control emosi ketika berbicara ok. . 5) Berpimpin Tangan Pimpinlah tangan pasangan semasa jalan beriringan agar pasangan berasa selamat ketika jalan bersama.(suami isteri) . 6) Sentiasa senyum Sentiasalah mengukir senyum kepada pasangan. Berilah senyuman seikhlas dan semanis yang boleh. Kalau pasangan nak marah pon tak jadi bila tengok anda memberi senyuman manis memikat. . 7) Pakaian sedondon Biasakan memakai pakaian sedondon dengan pasangan. Biasanya pakaian sedondon ni seperti t-shirt. Tapi ada pasangan yang tak gemar memakai t-shirt, jadi anda boleh memakai pakaian yang warnanya seakan sama dengan warna pakaian pasangan anda. Contoh, jika pasangan memakai warna biru, anda juga mengenakan t-shirt biru. Jika ada anak pon, pakaikanlah anak juga baju warna biru. Aduh, Sweetnya… . 8 )Kunjungi Tempat Yang Romantik Sesekali membawa pasangan pergi ke tempat-tempat peranginan pon apa salahnya. Contoh seperti di tepi pantai, atau di cameron highland ke… Bila tiba anniversary, apa salahnya anda membawa pasangan bercuti untuk honeymoon sekali lagi. . 9) Memberi Kejutan Berilah kejutan kepada pasangan terutamanya pada hari lahir atau ulang tahun perkahwinan. Contohnya anda telah menempah satu tempat makan ekslusif untuk pasangan manakala pasangan tidak tahu menahu tentang hal itu. Tiba-tiba anda membawanya ke situ dan di atas meja telah tersedia hadiah istimewa untuk pasangan. Mesti menangis terharu pasangan anda kerana tidak menyangka yang anda begitu romantik. . 10) Memujuk Pandai-pandailah anda memujuk pasangan jika dia merajuk yea. Janganlah bila pasangan merajuk, anda buat tak tau je, tiba-tiba esok jumpa buat macam takde apa-apa berlaku. Tak patut macam tu. Pujuklah dengan kata-kata yang lembut. Pasti pasangan anda cair dibuatnya. Silakan LIKE ( Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim) untuk TIPS/PETUA/DOA SUAMI ISTERI &RUMAHTANGGA SILAKAN SHARE

Blog Archive