Michel de Nostredame (1503-1566)
Mungkin aku agak terlewat menonton filem 2012 ini. Tapi ini merupakan sebuah filem yang sangat-sangat aku nantikan sejak 3 bulan lepas sebaik sahaja menonton iklannya. Bagi aku, ia merupakan sebuah filem yang wajib aku tonton di panggung wayang dan bukannya download di internet. Aku ingin rasai sendiri gegarannya di paggung wayang. Disebabkan kesibukan melampau, baru petang tadi aku berkesempatan untuk pergi ke Galaxy Ampang untuk menonton filem ini bersama-sama Ryehanna dan Yasha. Thanks to Ryehanna sebab belanja aku wayang :P . Macam tau-tau je aku tengah sengkek ni.
Sebaik pulang dari rumah, aku mula memikirkan masalah 2012 ini. Filem ini memberi sedikit impak kepada diri aku. Membuat aku berfikir sebentar. Dahulu masa di sekolah menengah aku banyak membaca dan mengkaji tentang hari kiamat, Imam Mahdi dan Nostradamus kerana bagi aku isu ini amat menarik untuk di kaji, ianya tentang masa depan! Semua orang ingin tahu bagaimana masa depan. Selain dari membina mesin masa, ramalan dan hadis terdahulu juga dapat membantu kita ‘melihat’ masa depan. Aku telah menghabiskan ratusan ringgit semasa itu untuk membeli buku-buku berkaitan kiamat dan yang paling mahal sekali adalah buku ramalan Nostradamus. Seriusly, aku memang minat gila dengan Nostradamus ini kerana hampir semua ramalannya mengena!
Lepas habis SPM, aku terus mengabaikan semua buku-buku tu sebab terlalu asyik dengan kenikmatan dunia. Dan sejak akhir-akhir ini, ingatan aku kepada Nostradamus berbangkit semula apabila 2012 mula ditayangkan. Ramai yang bertanyakan tentang ramalan Nostradamus mengenai tahun 2012. Yang menjadi persoalannya, benarkah tarikh 21 Disember 2012 merupakan hari kiamat? Aku berasa sedikit cuak kerana ianya hanya lebih kurang 3 tahun dari sekarang. Terlalu singkat untuk kita bersedia!
Setelah membuat sedikit sebanyak kajian di internet, aku dapat simpulkan yang kiamat kemungkinan besar tidak akan berlaku pada 20 Disember 2012 kerana 3 sebab di bawah:
1. Kalender Kaum Maya merupakan sebuah kalendar bukan sebuah ramalan.
* Kalendar Kaum Maya yang menjadi teras kepada filem 2012 berakhir pada 2012. Ianya bukan petunjuk bumi kita akan berakhir juga pada 2012. Jika kaum Maya masih hidup hingga ke zaman ini, sudah pasti mereka akan menyambung kalender mereka. Kemungkinan besar, apa yang akan berlaku pada 2012 hanyalah satu peristiwa besar cuma kita sahaja yang tidak tahu. Dibawah merupakan beberapa andaian yang mungkin berlaku pada 2012:
1. Berhentinya waktu (bumi berhenti berputar).
2. Peralihan dari Zaman Pisces ke Aquarius.
3. Peralihan dari Abad Silver ke Abad keemasan.
4. Akan ada sebuah galactic Wave yang besar, yang memberhentikan semua kegiatan di muka bumi ini, termasuk kemusnahan manusia.
5. Perubahan dari dimensi 3 ke dimensi 4, bahkan 5.
6. Kehidupan manusia meningkat dari level dimensi 3, ke 4, DNA manusia meningkat dari strain 2 ke 12, sehingga manusia dapat menggunakan telepati.
7. Ada yang menyatakan tidak akan terjadi apa-apa.
8. Ditemukannya mesin masa dan stargate.
9. Manusia sudah dapat melakukan transportasi ke galaxy lain, melalui stargate.
10. Bangkitnya Messiah, yang akan menyelamatkan manusia dari kehancuran.
11. Kebangkitan Isa AS / Jesus.
12. Buat pertama kalinya peradaban manusia berhubung dengan Alien/UFO.
2. Dalam buku ramalan Nostradamus, beliau menulis ramalan dari abad ke-16 hingga tahun 3797.
* Jika Nostradamus menulis ramalan hingga tahun 3797, sudah pasti dia tidak meramalkan kiamat adalah pada 2012 kerana membazir sahajalah dia menulis ramalannya sehingga 3797. Nostradamus menulis ramalannya dalam bentuk syair Perancis yang diterjemahkan ke Inggeris menyebabkan ramai orang sukar untuk memahaminya. Namun, beliau ada meramalkan sesuatu yang besar akan berlaku pada tahun 2012 tetapi tidak dapat diterjemahkan dengan tepat. Sebagaimana beliau meramalkan Obama sebagai Presiden kulit hitam Amerika yang akan membawa perubahan seperti ayat di bawah:
Born of obscure and dark family,
Of white and black of the two intermixed.
The dark one biding his time,
Before the Empire changes.
* Jika kita membaca sepintas lalu, kita tidak dapat membayangkan bahawa ramalannya ini ditujukan kepada Obama. Setelah Obama menang dalam pilihanraya, barulah pengkaji tahu yang perenggan ini ditujukan kepada Obama. Begitu juga dengan peristiwa 2012. Kemungkinan besar ayat di bawah MUNGKIN ada kaitan dengan 2012:
At the place where HIERON has his ship built,
there will be such a great sudden flood,
that one will not have a place nor land to fall upon,
the waters mount to the Olympic Fesulan.
3. Tiada satu pun ramalan kiamat sebelum ini betul.
* Sudah terlalu banyak ramalan sebelum ini yang menyatakan tarikh tentang hari kiamat tidak menjadi. Antaranya, ada ramalan yang menyatakan kiamat akan berakhir selepas 6000 tahun Nabi Adam diwujudkan, iaitu 500 setelah masihi namun tidak terjadi. Pada tahun 989, komet helley melalui ruang angkasa bumi dikatakan akan menghentam bumi, namun tidak jua berlaku. Pada tahun 1666 disebutkan sebagai Year of the Beast dimana bumi akan hancur, namun apa yang terjadi hanya kejadian kota London mengalami kebakaran yang amat dahsyat. Dan yang terakhir sekali, orang meramal tahun 1999 berdasarkan ramalan Nostradamus juga tidak terjadi. Ramalan beliau adalah seperti di bawah:
The year 1999, seventh month,
From the sky will come a great King of Terror.
To bring back to life the great King of the Mongols,
Before and after Mars to reign by good luck.
* Ketika itu, ramai yang mengandaikan tahun 1999 adalah tahun terakhir untuk bumi namun setelah masa berlalu sebenarnya ramalan ini merujuk kepada peristiwa lain. Berdasarkan ramalan-ramalan terdahulu yang popular tetapi tidak menjadi, kemungkinan besar kiamat juga tidak akan terjadi pada 2012. Wallahualam.
Kesimpulannya 3 sebab ini merupakan faktor 2012 bukanlah hari kiamat. Dan 3 sebab ini merupakan pandangan peribadi aku melalui pembacaan di internet dan buku. Maafkan jika ianya tidak tepat atau menyinggung sensitiviti sesetengah pihak. Sesungguhnya, hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui bilakah hari kiamat yang sebenar mengikut ayat Al-Quran di bawah:
يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ رَبِّي لاَ يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلاَّ هُوَ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ لاَ تَأْتِيكُمْ إِلاَّ بَغْتَةً يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ اللّهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُونَ
Artinya : “Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. kiamat itu Amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba”. mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak Mengetahui”. (QS. Al A’raf : 187)
P/s – Jika aku nak ramalkan 2012 sebagai hari kiamat, aku akan ambil tarikh 20 Disember 2012 (20.12.2012). Smart sikit nombor berbanding dengan 21 Disember 2012 (21.12.2012).