sebahagian peserta
Berita dari blog : Komuniti HPA Kaherah, terima kasih penaja :)
Pada 26 Oktober 2010, Selasa, program "Kelas Diagnos Saraf Tapak Tangan" telah diadakan di Dewan Soleh Al-Masri, Rumah Pulau Pinang, Hayyu Sabi'. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12 tengah hari. Program ini merupakan anjuran bersama antara Komuniti HPA Kaherah dan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir.
Alhamdulillah, sambutan yang diberikan oleh para peserta adalah amat menggalakkan. Bilangan peserta yang pada awalnya dihadkan hanya untuk 30 orang terpaksa dibuka untuk 50 orang. Bukan sekadar orang Malaysia, bahkan pelajar daripada Brunei, Thailand dan Indonesia turut mengambil bahagian dalam program ini.
Sokongan dan dokongan daripada peserta seperti yang ditunjukkan dalam program ini amatlah dihargai dan diharapkan, sokongan sebeginilah yang akan memantapkan perjuangan untuk menyebarkan ilmu dan perawatan demi kesejahteraan masyarakat.
bergambar
Kelas tersebut bermula dengan ucapan perasmian oleh pengarah program dan diteruskan dengan pembentangan "Asas Diagnos Saraf Tapak Tangan" yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Sabri bin Yamin.
Berikut disertakan beberapa gambar sepanjang program, terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung...