Monday, November 01, 2010

hi-tea kutub sittah

tempat
KAHERAH, 21 Oktober - Satu majlis Hi-Tea bersama Masyaikh Al-Azhar akan diadakan pada 1 November, hari Isnin. Majlis Hi-Tea tersebut diadakan khusus kepada semua mahasiswa/wi tahun akhir yang telah berdaftar untuk program Kutub Sittah Siri II dalam pakej istimewa.

Sehingga kini, pendaftaran yang membabitkan mahasiswa/wi tahun akhir mencecah 170 peserta.

"Ia merupakan satu benda membanggakan," - Ujar Timbalan Pengarah Kutub Sittah II, Saudara Syeikh Mujahid Sikh Nawawi.

Menurut beliau lagi bahawa Majlis Hi-Tea yang dirancangkan ini merupakan hadiah yang berharga buat mahasiswa/wi tahun akhir bagi meraikan kejayaan yang diperolehi sebelum pulang ke Malaysia. Ia juga merupakan sebagai majlis penghormatan kepada 'bakal-bakal ulama' yang akan pulang ke tanah air Malaysia kelak bagi menyampaikan risalah Islam sebagaimana yang dipelajari daripada Universiti Al-Azhar dan apa yang diperolehi sepanjang bersama PMRAM.

Timbalan Presiden PMRAM, Saudara Zuhaili Saiman mengulas bahawa Majlis Hi-Tea ini merupakan program yang julung-julung kali diadakan di peringkat mahasiswa/wi Islam di Mesir. Ia khusus bagi mereka tahun akhir sebagai satu penghormatan daripada pihak PMRAM sebelum pulang ke Malaysia.

Menurut pihak pengurusan Kutub Sittah Siri II berkata, setakat ini persiapan sedang dijalankan dengan sepenuhnya, cuma berkenaan lokasi bagi Majlis Hi-Tea bersama Masyaikh Al-Azhar akan dimaklumkan kemudian dari masa ke semasa.