Mustajab

MUSTAJAB

Hikmah


Di atas tikar sejadah itu,
Mulut berkumit
Seraya tangan dipanjatkan
Mata terpenjam
Hati bertafakur
Alunan seQudus Doa
Di dalam seHening Dinihari
Seiring Al-fatihah pembuka bicara
Selawat dan Salam buat Hadrat Junjungan
Rasul Khairul Mujtaba
Kali ini apakah doaku diterima?

* Ya ALLAH!!
Ya Rahman Ya Rahim!!
Ampunilah dosaku
Ampunilah dosa kedua ibu bapaku
Ampunilah dosa seluruh umat Islam
Terimalah amalanku
Panjangkanlah umurku dengan amalan yang soleh
Berkatilah hidupku
Jadilah daku hamba yang soleh
Matikanlah daku dalam iman dan taqwa
Berikanlah kebaikan untuk aku di Dunia dan Akhirat
Ya Basit, Ya Wahhab, Ya Razzak!!

Apakah laungan doaku tidak didengari lagi?
Meskipun daku tahu penangguhannya
Di sana terbentang Saujana Hikmah Tuhan
Menguji sifat hambaNya

Sudut kesabaran yang ampuh
Segi keimanan yang tulus
Penjuru ketaqwaan yang teguh
Berbekalkan dek ilmu
Beralaskan oleh azam
Bertatahkan nan istiqamah

Tuntas mencari di manakah
"masdar' mustajabnya
ekoran peristiwa
seorang arab badawi dari perjalanan yang jauh berdoa
dengan pakaian yang haram
makanan yang haram
wang yang haram
tanpa segan silu menadah tangan
seraya melaungkan ya Robb!! ya Rob!!

Sebersih pakaianku litupanku,
Seberkat makanan keperluanku,
Sesuci harta simpananku,
Elok memelihara perapiannya
Nescaya daku tahu
Tuhan Maha Pemurah
Sangkaan Dia di atas sangkaan hambaNya

Hati Nurani terus merintih
Tuhan pernah melafazkan kalamNya
Tatkala Tuhan memerintahkan
Minta mohonlah daripadaku
Nescaya daku perkenankan

Sememangnya daku tahu,
Tuhan bukanlah menzalimi,
Kerna ku Yakini,
Suatu hari nanti,
Janji Rabbul IzZati
Pasti tidak dimungkiri.



hasil nukilan,
Arena Hikmah:-

*afifzahrah*

Rumah Warisan Pahang
El-Abbas El-Aqqad
Cairo Egypt.
12 Jamadil Akhir 1431H
25.5.2010

________________________

Glosari:-

Qudus _ Suci
Al-fatihah - surah Al-fatihah
masdar - sumber
istiqamah - berterusan (konsisten)
khairul mujtaba - sebaik2 pilihan
Rabbul izzati - Allah Yang Maha Mulia

Popular Posts