Hari ini 19 November mengingatkan Isa akan peristiwa hitam yang berlaku 23 tahun dahulu di negara kita. Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Kedah, telah menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air, yang berkesudahan dengan terkorbannya 13 nyawa bersama Asy-Syahid Ibrahim Mahmud @ Ustaz Ibrahim Libya.
Sewaktu itu Mahathir Mohamad menyalahkan Musa Hitam, dan Musa Hitam menuding kepada Mahathir. Apa yang nyata Peristiwa Memali adalah angkara kezaliman Umno. Manakala media perdana pula memainkan peranan memutar-belitkan cerita bagi menutup kekejaman tindakan kerajaan Barisan Nasional ketika itu.
Pada hari ini kita menikmati kemenangan daripada pengorbanan orang terdahulu yang tidak sempat untuk dilihat hasil perjuangan mereka. Perjuangan membela mangsa Memali telah melalui suatu tempoh yang cukup panjang. Setelah berpuluh orang mangsa kezaliman Memali selaku saksi-saksi utama telah kembali ke rahmatullah, akhirnya selepas dua puluh tahun, Mahkamah Tinggi Alor Star memutuskan tindakan polis menyerang dan membunuh penduduk Memali adalah tindakan yang salah. Kerajaan juga telah di arahkan untuk membayar sejumlah ganti rugi kepada mangsa kekejaman tersebut.
Kata-kata Kenangan Kepada Yang Syahid:
"Janganlah kamu mengira bahawa orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki."
Akhir kata marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada para syuhada yang berjuang dan terkorban di jalan ALLAH. Al-Fatihah...