Monday, December 31, 2012

Cerita TeLadan

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya di lahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama Kawan-kawan tetapi gagal. Sayaterpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa, tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal di seksyen 14,Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang) .
Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk & gt; sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia.Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi Pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia. Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru.Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia, Singapura dan orang Filipina. Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar $60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan. Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit $1 ,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak. Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan Membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat. Jumlah Kristian seram! ai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Para hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher Hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari $60.00). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza. Cara-cara berdakwah: Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal (asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum-1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja $12.6 juta, sumber dari Sabah, Serawak,Filipina dan Singapura. Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail Orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk. Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar $165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar) 1982. Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian: 1. Desakan hidup 2. Kurang agama Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian. Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling ! banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka. Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan) Beliau beri penerangan kepada 1. Polis Bukit Aman 2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam) Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah di dalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat: 1. Tidak boleh hisap rokok 2. Tidak boleh minum arak 3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah 4. Tidak boleh kahwin. Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu, Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan. > > > > >> > PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN KPD ORANG ISLAM KITA "Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah Memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al- Ahzab:71) — with Sheikh Naseem, Ahli Kubur, Kelab Antii Anwar Ibrahim III, Yanny Lee, Lata Mangeskar, Llxkglx Runners II and Adinda Nur Lailatul Jannah.

Saturday, December 29, 2012

::: TIP DAN CARA MENGECILKAN PERUT BUNCIT :::

::: TIP DAN CARA MENGECILKAN PERUT BUNCIT ::: Bagi anda yang sedang mengalami perut lebar dan ingin mengecilkan dengan cepat, dibawah anda bisa menemukan tips dan cara yang dapat mewujudkan hal tersebut menjadi kenyataan. As Dream Comes True. Sebelumnya anda harus tahu Cara mengecilkan perut buncit dengan tidak melakukan kebiasaan kebiasaan buruk
* Hindari melewatkan makan, jadi Anda harus makan minimal 3x sehari, tapi tentu saja dengan kalori rendah tapi penuh dengan nutrisi. *Hindari minum minuman beralkohol, jika Anda kesulitan, kurangin konsumi minuman beralkohol Anda *Jangan diet dengan berpantang mengkonsumsi protein. *Jangan makan (makan malam ataupun makanan ringan) kurang dari 3 jam sebelum anda tidur, jadi jika jam tidur anda adalah jam 22, maka makan makan anda maksimal adalah jam 19. *Tidur yang cukup,kurang tidur termasuk kebiasaan yang bertentangan dengan tips mengecilkan perut , tiap hari orang dewasa memerlukan waktu 6-7 jam tidur untuk beristirahat setelah seharian beraktifitas. Berikut ini beberapa cara untuk menghilangkan perut buncit baik pada pria maupun wanita: 1. Minum air yang banyak Jika kepenuhan perut disebabkan oleh penyimpanan air, Anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi empedu efektif untuk mengeluarkan produk sampah. Jangan merubah konsumsi air saat diet karena banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung. 2. Makan perlahan-lahan Hindari makan cepat, karena ketika Anda menelan terlalu cepat, setidaknya udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat memicu penggelembungan perut. Selalu duduk saat makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bagian-bagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan. 3. Mengurangi konsumsi garam Terlalu banyak garam dalam diet menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung. 4. Konsumsi serat yang tepat dalam jumlah cukup Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti apel dan pear yang memiliki banyak kandungan air. 5. Awasi pengobatan Perut yang mengembang adalah efek samping dari konsumsi obat. Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang memicu sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi. 6. Hindari sembelit Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Sebagai akibat perut terasa menambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan konsumsi serat dari buah-buahan dan sayuran, lakukan secara gradual untuk menghindari fermentasi dan produksi gas yang berlebihan. 7. Olahraga Olahraga memang salah satu cara yang wajib ditempuh untuk menghilangkan si perut buncit. Olahraga akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dilkeluarkan sebagai keringat atau dibawa ke empedu untuk dikeluarkan sebagai urine. Olahraga yang disarankan antara lain aerobik. Tips maupun Cara untuk mengecilkan perut buncit dengan pola makan 1. Makan sarapan sekitar 200 kalori. Hal ini dapat terdiri dari sepotong roti panggang dengan sedikit selai, satu butir telur dadar dan setengah gelas susu. 2. Makan makanan ringan yang menyehatkan, buah buahan segar, serat yang ada pada buah buahan segar akan membikin Anda lebih lama kenyang. 3. Makan siang sekitar 400 kalori. kira kira seukuran setengah dari rata rata porsi orang orang indonesia ketika makan siang. 4. Jika setelah 2 atau 3 jam dari makan siang tersebut Anda sudah merasa lapar kembali maka silakan anda ambil buah buahan segar sebagai snack Anda. 5. Makan malam cukup 400 kalori saja. Ini biasanya makanan yang paling sulit untuk menjaga 400 kalori, terutama jika Anda makan diluar, segera ingatlah anda sedang mencoba cara mengecilkan perut buncit Cara mengecilkan perut yang dapat dicoba adalah Anda harus tetap makan 3X sehari dengan porsi kecil. Anda tetap memerlukan makan untuk menjaga agar metabolisme tidak melambat karena anda mengurangi asupan makanan secara drastis.(Dikutip dari berbagai sumber) *** Bagi Sahabat Yang Menyukai Artikel Kesehatan Mari Kita bergabung di https://www.facebook.com/indonesia.health.care.club See translation

Friday, December 28, 2012

Cintakan Sesuatu Karena Allah

Bismillaahirrahmaanirrahiim Kenapa? Kenapa manusia jarang menangis karena Allah? Kenapa manusia jarang menangis karena membaca sejarah Nabi? Kenapa manusia jarang menangis karena melihat kesengsaraan palestin? Alangkah... Alangkah baiknya kalau tangisan itu bercucuran ketika engkau sujud kepada Allah. Alangkah baiknya kalau tangisan itu bercucuran ketika engkau mengingati perjuangan para Nabi & Rasul demi menegakkan kalimah Allah. Alangkah baiknya kalau tangisan itu bercucuran karena engkau tidak mampu membantu saudaramu yg di aniaya oleh Yahudi.
Tidakkah... Tidakkah engkau takut akan siksa dan azab Allah. Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: "Sesungguhnya seringan-ringan siksaan-siksaan penghuni Neraka pada hari Qiamat ialah seseorang yg diletakkan dibawah dua telapak kakinya dua bara api neraka sehingga mendidih otak yg ada di kepalanya (dari sebab panasnya kedua bara api neraka tersebut) Dia mengira bahwa tidak ada orang lain yg lebih dahsyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yg paling ringan siksaannya". (HR. Bukhari & Muslim). "Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang-orang zalim itu Neraka, dg gejolaknya yg menampung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minumg dg air seperti besi yg mendidih yg menghanguskan muka. Itulah minuman yg paling buruk dan tempat istirahat yg paling jelek". (Al-Kahfi 29). Bertaubatlah Ya Allah, inikah diriku? Yang menjalankan perintahMU hanya karena sesuatu? Ya Allah, inikah diriku? Yg selalu terselip kemunafikan dikala menghadapMU? Ya Allah, inikah diriku? Yg akan merasa takut karena nerakaMU? Ya Allah, ampunilah aku... Yg belum penuh cinta dan khusyu padaMU.. Ya Allah, ampunilah aku... Jangan jadikan aku di dalam golongan munafiqun... Ya Allah, ampunilah aku.. Tunjukanlah, ßimbinglah diriku, Agar termasuk orang2 yg sabar dan ikhlas padaMU... Aamiin Yaa Rabbal'aalamiin

Thursday, December 27, 2012

Beliaulah Menteri Besar Kelantan Darul Naim iaitu Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat .

ari mengenali ulama yang menjadi pemimpin masyarakat Beliau Berumur 81 Tahun... Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan). Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya. Beliau sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya. Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.
Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims". Politik Beliau Yang Menarik yang Perlu Anda Semua Mengetauinya. Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Beliau (PAS) sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut. Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249. Beliaulah Menteri Besar Kelantan Darul Naim iaitu Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat . "SHARE" Jika Anda Kagum dengan Pentadbiran Tok Guru Kito ♥ "ISLAM DIJUNJUNG, KELANTAN TERSOHOR"

Wednesday, December 26, 2012

INDAH PADA WAKTUNYA

INDAH PADA WAKTUNYA Tak peduli seberapa pahitnya kehidupan kita dimasa lalu,.. Kita bisa memulainya lagi dengan HARI INI ... Karena hari ini adalah LEMBARAN BARU ... Orang yang HEBAT bukanlah orang yang sukses dalam segala hal, tapi mereka yang mampu mengoptimalkan hari ini dengan apa yang ada ditangannya, .. dan .. SELALU MENGUCAP SYUKUR ..
Ketika kerja kita tidak dihargai, .. saat itulah kita belajar tentang KETULUSAN ... Ketika usaha kita dinilai tidak penting, .. saat itulah kita belajar tentang KEIKHLASAN ... Ketika hati kita terluka sangat dalam, .. saat itulah kita belajar tentang MEMA'AFKAN ... Ketika kita harus lelah dan kecewa, .. saat itulah kita belajar tentang KESUNGGUHAN ... Ketika kita merasa sepi dan sendiri .. saat itulah kita belajar tentang KETANGGUHAN ... Ketika kita harus membayar biaya yg sebenarnya tidak perlu kita tanggung, .. saat itulah kita sedang belajar tentang BERMURAH HATI. Tetaplah sabar .. Teruslah bersemangat ..!! Selalulah tersenyum! Teruslah belajar dari pengalaman, .. karena kita sedang ... menimba ILMU KEHIDUPAN ..! ALLAH Subhanallahu wa ta’ala menaruh kita ditempat kita sekarang ini bukan karena Kebetulan ..!! Akan tetapi DIA punya maksud yang TERINDAH untuk kita ... Aku minta kepada Allah setangkai bunga segar, .. Allah memberiku kaktus berduri .. Aku minta kepada Allah hewan mungil nan cantik, .. Allah memberiku ulat berbulu .. Aku sedih, kecewa dan bertanya tanya .. Betapa tidak adilnya Allah kepadaku ... Namun seiring dengan berjalannya waktu .. Kaktus itu berbunga indah .. bahkan sangat indah ... Dan ulat berbulu itu tumbuh dan berubah, menjadi kupu kupu yang amat cantik .. Inilah jalan Allah .. Semua indah pada waktunya .. Allah tidak memberi apa yang kita inginkan, .. Tapi Allah memberi apa yang kita butuhkan.. Subhanallah. ... "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.?" .... Subhanallah .. ALLAH tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru ... Bunga selalu mekar dan mentari selalu bersinar .... Tapi ketahuilah bahwa ALLAH .. selalu memberi pelangi disetiap badai ... Senyum di setiap air mata, .. berkah disetiap cobaan dan jawaban di setiap do'a ... Janganlah pernah menyerah .... teruslah berjuang ...... Hidup bukanlah satu tujuan, .. melainkan perjalanan ..... Nikmatilah .......... (FP:Islamic Motivation)

Tuesday, December 25, 2012

NILAI & AKHLAK .. UNTUK KEBANGKITAN MASYARAKAT

NILAI & AKHLAK .. UNTUK KEBANGKITAN MASYARAKAT ::: Surat dari : Dr. Muhammad Badi`, Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin. الحمد لله حمدًا كثيرًا مباركًا فيه، والصلاة والسلام على سيدنا رسول الله وعلى آله وصحبه وسلم، وبعد.. Islam adalah agama Allah dan agama kesemua Nabi dan Rasul. Ia akan terus menjadi penyelamat sebenar buat manusia. Islam telah menghadapi pelbagai cabaran besar sejak beberapa tahun dahulu. Antara sokongan yang paling penting dalam merealisasikan kebangkitan ialah : Nilai dan akhlak yang termaktub didalam jiwa, lalu ia menggerakkan tubuh badan. Maka nilai dan akhlak itu akan bercakap dengan amal kerja, dan terjadilah cita-cita besar yang diinginkan, yang dahulunya hanya satu angan-angan.
Asas-asas gambaran praktikalnya telah ditunjukkan oleh didikan Rasulullah saw kepada para sahabatnya. Rasulullah menanamkan akhlak dalam jiwa mereka, lalu terbukalah dunia (dibawah pemerintahan Islam). Mereka itu adalah teladan yang terbaik di atas muka bumi ini. Nabi saw mengajar mereka dengan katanya : “Bahawasanya aku ini diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak”[Hadis sahih direkod oleh Malik] Begitu juga apa yang kita temui bahawa Al-Quran dan As-Sunnah Nabawiah telah menekankan berulang kali akan kepentingan praktikal amali atas kesinambungan iman da kepercayaan. Iman itu di aplikasi dalam alam realiti manusia. Ini diajar dengan jelas dalam petikan kata-kata sahabat: “Iman adalah apa yang mendiami dalam hati, dan dibenarkan dengan amalan” Para ulama telah mendefinasikan akhlak dengan : “Kumpulan perkara-perkara mulia dan tingkah laku yang diungkapkan”. Dengan itu, pembinaan kebangkitan dalam erti kata sebenar mestilah membangkitkan sokongan akhlak yang sebenar, sepertimana yang diajarkan Islam kepada kita. Pembinaan kebangkitan atas asas kebendaan semata-mata hanya akan merosakkan dan tidak menguatkan. Ia akan membawa faktor-faktor kemusnahan. Tiada bukti dari sejarah silam dan hari ini yang mengatakan pembinaan kebangkitan atas asas kebendaan semata-mata akan menguatkan daya kebangkitan. Tiada bukti dan hujah sejarah. Apa yang kita lihat berlaku pada hari ini dalam masyarakat kita, masyarakat arab dan masyarakat Islam. Berlakunya pelbagai cabaran, pertembungan dan permasalahan yang menghendaki kita untuk menimbang semula untuk kembali kepada jalan yang benar. Kembali membina semula apa yang telah dirosakkan oleh sistem zalim yang telah berlarutan dalam beberapa tahun ini. Jalan yang dibina itu hendaklah menepati kaedah nabawi yang mulia. Kebebasan Islam telah menjamin kebebasan sejak dari awal lagi. Kebebasan inilah yang membentuk kemodenan-kemodenan. Islam telah memberikan kebebasan akal dan jiwa sebelum membebaskan tubuh badan. Lantas, terbitlah kemampuan yang berpotensi dari jiwa untuk pembinaan dan kebangkitan yang sebenar. Allah Taala telah menciptakan manusia pada asalnya sebagai bebas merdeka. Amirul Mukminin Umar bin AlKhattab pernah berkata : “Sejak bila kamu (dibenar) memperhambakan manusia, sedang mereka dilahirkan ibu mereka dalam keadaan merdeka?”.Kebebasan itu telah wujud pada diri manusia sebelum mereka baligh dan dipertanggungjawabkan lagi, supaya mereka mampu memilih setelah itu, bukan sebelumnya. Sepertimana manusia diberikan hak kemahuan, kehendak, dan pilihan supaya mereka dapat menilainya. Islam datang dan mengistiharkan kebebasan diri manusia di zaman manusia ketika itu diperhambakan. Hamba dari segi pemikiran, politik, masyarakat, agama, dan ekonomi. Islam datang dan memperkenalkan kebebasan: Kebebasan pegangan akidah, kebebasan berfikir, kebebasan berkata-kata (bersuara) dan kebebasan mengkritik. Kata Allah : “Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekelian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?” [Yunus: 99] Islam menjamin kebebasan berfikir, kebebesan ilmu, kebebasan berpandangan, bersuara, dan mengkritik. Juga kebebasan pegangan akidah dan slogan-slogan amalan agama bagi pengikut risalah samawi. Diizinkan kebebasan ini bagi membangunkan kebangkitan yang sebenar. Demikian juga, Islam mengakui kebebasan bertindak selagimana tidak menyakiti orang lain. Ini bertepatan dengan kaedah umum dalam Islam : “Tidak mudarat dan memudaratkan”. Justeru, apa jua kebebasan yang membawa kepada kemudaratan diri atau orang lain adalah dihalang. Terikat dalam kaedah ini, bahawa kebebasan anda berakhir apabila bermulanya kebebasan orang lain. Ini bagi memperluaskan keamanan dan memberi peluang pembinaan kecemerlangan dalam erti kata sebenar. Kesatuan Kekuatan kita adalah pada kesatuan dan perpaduan kita. Manakala kelemahan kita adalah pada pepecahan kita. Allah berkata : “Dan berpegang teguhlah kamu sekelian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.” [Ali Imraan : 103] Antara keistimewaan paling besar dalam umat ini adalah; ia merupakan sebuah umat yang bersatu. Kata Allah : “Dan sesungguhnya agama Islam ini adalah agama kamu – agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaku” [Al-Mukminun : 52] Hendaklah kita bersatu padu bagi membina negara ini dan memberikan kebaikan terbaik atas permasalahan peribadi. Ini bertujuan kembali membina apa yang telah dihancurkan oleh si zalim. Allah telah menghancurkan mereka untuk kita. Perpecahan dan perselisihan tidak akan memberi manfaat kepada kita, melainkan memberi manfaat kepada musuh kita. Hendaklah kita berpegang teguh dengan kata Allah : “Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantah; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bersabar.” [Al-Anfaal : 46] Adab Berdebat Tujuan berdebat ialah untuk mencapai kebenaran, bukannya untuk memenangkan pendapat. Kebenaran itu adalah objektif yang dikehendaki dan tinggalan yang diingini. Antara kata-kata popular Imam Asy-Syafie, beliau pernah berkata : “Aku tidak pernah berdebat melainkan aku tidak peduli; samada Allah menjelaskan kebenaran itu dari lidahku, atau lidahnya” Berdialog dengan buruk dan tidak berdebat gaya terbaik akan menyempitkan dada, memecahkan hati-hati, serta menaburkan tenaga dan usaha. Apabila telah jelas kebenaran dari pihak lawan, dan kuat pula buktinya, hendaklah pendebat mengikutinya dan mengakui kesalahannya. Bahkan lagi, hendaklah dia berterima kasih kerana telah mendapat penjelasan kebenaran dari pihak lawannya. Kebenaran itu hendaklah diikuti, manakala kebatilan hendaklah dijauhi. Jangan sesekali dia fanatik dengan pandangannya dan berkeras pula memenangkan pandangan tersebut sekalipun ia salah. Allah telah memberi amaran kepada kita dengan kataNya: “Dan katakanlah (Wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya syitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentangnya). [Al-Israa`: 53] Fiqh Berbeza Pendapat Al-Quran telah mengakui wujudnya perbezaan pendapat. “Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus menerus berselisih.” [Hud: 118] Ayat tersebut menjelaskan bahawa atas kehendak Allah, maka Dia menjadikan manusia itu berselisih. Wajiblah bagi kita menjadikan perselisihan itu sebagai titik mula pembinaan bukan pilihan kehancuran. Kita hendaklah menjadikan perselisihan yang mambantu (Ikhtilaf Tanawwu`) yang membina pandangan, bukannya perselisihan menentang (Ikhtilaf Tudhad) yang menyelerakkan kesungguhan dan kemampuan. Hendaklah kita menghormati orang lain, serta janganlah berburuk sangka. Jangan juga kita mengumpat dan mencari-cari kesalahan orang lain. Hendaklah kita berkomunikasi dengan positif, insaf, terbuka, dan berkomunikasi yang terbaik dengannya. Negara kita menghendaki dari kita kesungguhguhan total untuk melakukan pembinaan yang telah diruntuhkan dari kita. Bagaimana kita dapat membinanya sekiranya kesungguhan kita masih berselerak dan hati-hati kita masih berpecah belah, setiap orang mencari-cari kesalahan dan kekurangan saudaranya untuk menjatuhkannya. Hendaklah kita meletakkan diri pada tempat saudara kita kerana iman itu tidak akan menjadi sempurna melainkan jika kita mengasihi saudara kita sepertimana kita mencintai diri sendiri. Keadilan Mengembalikan keadilan merupakan asas penting Islam yang membangunkan kebangkitan, memajukan masyarakat, serta merealisasikan kebahagiaan individu dan kumpulan. “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang dari melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangannya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.” [An-Nahl: 90] Ibnu Qayyim berkata : “Sesungguhnya Allah swt mengutuskan rasul-RasulNya, menurunkan kitab-kitabNya, bagi memberi keadilan kepada manusia. Ia adalah kebenaran yang mendirikan bumi dan langit. Apabila kamu melihat tanda-tanda keadilan dimana saja sekalipun, maka ianya adalah syariat Allah dan agamanya.” Keadilan itu hendaklah diberikan kepada orang yang menyokong dan orang yang menentang. Kata Allah “Dan janganlah sesekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa.” [Al-Maidah: 8] Masyarakat hendaklah merealisasikan keadilan di muka bumi, dan membina seluruh kehidupannya atas asas dan kaedah-kaedah keadilan sehingga ia mampu untuk hidup dengan kehidupan yang bebas mulia. Setiap individu pula gembira berada dalam naungan kebebasannya, bagi mencipta, melahirkan, dan menyebarkan kebaikan untuk semua. Menghormati Kehendak rakyat Revolusi ‘Musim Bunga’ Tanah Arab telah mengakhirkan penghambaan dan autokrasi dalam negara dan rakyat. Autokrasi itu mencuri kekayaan negara dan memalsukan kehendak rakyat. Zaman “Firaun berkata : Aku tidak mengesyorkan kepada kamu melainkan dengan apa yang aku pandang (elok dijalankan), dan aku tidak menunjukkan kepada kamu melainkan jalan yang benar”[Al-Mukmin: 29] Telah berakhir. Pandangan rakyat kini diangkat tinggi sehingga mereka menjadi ketua akan keputusannya. Imam kita, Asy-Syahid Hasan Al-Banna telah melakarkan batasan bagi pembinaan kebangkitan dan menjulang rakyatnya. Beliau berkata: “Sesungguhnya pembentukan masyarakat, pendidikan rakyat, realisasi cita-cita, dan kemenangan prinsip.. menagih dari masyarakat akan kekuatan besar yang meliputi beberapa perkara: (1) Kemahuan yang kuat, yang tidak terpukul oleh kelemahan (2) Keteguhan yang tidak dikalahkan oleh pengkhianatan (3) Pengorbanan yang murni, yang tidak dihalangi oleh sifat tamak dan kedekut (4) Mengenali prinsip dan meyakininya serta menghargainya, terlindung dari kesalahan di dalamnya, tidak ada penyimpangan dan tawar-menawar serta penipuan padanya” Tumpahnya darah syuhadak membuktikan kehendak rakyat, lantas membangkitlah pohon kebebasan. Janganlah kita memperkecilkan kehendak rakyat, tetapi hendaklah kita memberi jalan padanya, dan bergerak dengan suasananya. Dan janganlah cuba memutar belitkan keadaan- sekalipun dia merasa mampu untuk menghadapi masyarakat. Persaingan dalam cara kebangkitan di negara kita, melaksanakan program yang berfaedah, dan kesalingan kita untu membantu kemajuan merupakan persaingan yang mulia. Jauh dari perlawanan yang keji yang hanya menyempitkan dada, dan menghentikan kemajuan. Hendaklah kita memandang (kehendak) Allah kemudian rakyat kita dari diri kita sendiri bagi menjelaskan praktikal cinta kita kepada mereka. Ia dilihat dari tindakan praktikal dalam kebangkitan yang sebenar yang mengembalikan hak kedudukan antara masyarakat. Semua rakyat diseluruh penjuru dunia telah bersepakat untuk berganti kepada pemerintahan demokrasi atas undian, barangsiapa yang mengajak pada selain dari itu, maka dia tidak bersetuju dengan dirinya sendiri. Kehendak rakyat adalah yang mendominasi. Ianya kekal dan sangat kuat dengan izin Allah. Ia diatas segala kekuatan dan pemerintahan. Maka semua orang hendaklah menghormatinya dan janganlah memperkecilkannya bagi kemajuan negara untuk masyarakat. Awas Dengan Khabar Angin Awas dengan khabar angin. Ianya senjata yang membawa maut. Ia digunakan oleh musuh untuk menentang. Dulunya ia digunakan ketika perang. Malangnya, kini ia digunakan oleh orang yang saling bersaing dalam politik antara mereka tanpa mengetahui akan bahayanya terhadap negara dan rakyat. Mereka terlupa akan kata Allah : “Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan (atau perbuatan yang dilakukan) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” [Qaaf: 18] “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan tentangnya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” [Al-Israa: 36] Sebahagian dari media bacaan, tontonan, dan yang didengar tidak memberikan kebenaran. Lantas ia membantu mewujudkan kekeliruan dan keraguan. Ia cenderung kepada satu individu atau kelompok. Lalu tersebarlah kabar angin, cerita tidak benar, dan analisis salah. Ia dinyatakan seolah-olah ia satu kebenaran (sedangkan ia tidak). Sesungguhnya kabar angina hanya menghancurkan, tidak membina. Tidak mungkin terjadi kebangkitan atas sokongan kaedah kabar angin. Jadikanlah kaedah kita sepertimana kata Allah : “Wahai orang yang beriman, apabila datang kepada kamu satu berita maka selidiklah terlebih dahulu kebenarannya. Supaya kamu tidak menimpakan satu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” [Al-hujurat : 6] Maka awasilah khabar angin dan bahaya menyebarkannya atau memberi saham dalam menyebarkannya. “Cukuplah dikatakan seorang itu sebagai pendusta apabila dia berbicara tentang apa sahaja yang dia dengar” – Hadis Sahih dalam rekod Muslim. Wahai umat Islam.. wahai manusia keseluruhannya.. Sesungguhnya umat kita sekarang ini dalam peringkat kebangkitan. Ia menagih dari kita semua untuk bersatu padu dengan kekuatan dan kesungguhan. Kita bergerak secara bersama dalam satu arah yang sama bagi pembinaan negara kita, kebangkitannya, dan kesatuannya. Hendaklah kita memperbanyakkan kerja baik bagi merealisasikan kemajuan yang sebenar. Ini tidak akan berhasil melainkan dengan penampilan akhlak dan nilai yang telah ditanamkan Islam dalam jiwa. Akhlak yang dianggap penyelamat umat manusia jika ia dilaksanakan dalam diri dan kehidupan kita sekarang ini. Kata Allah : “Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantah.; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan bersabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bersabar.” [Al-Anfaal: 46] (وصلى اللهم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم.. _____________________ Allah Maha Besar, dan bagi Allah segala bentuk pujian. Kaherah, 22 Muharram 1434H. Bersamaan 6 Disember 2012 Penterjemah : Syihabudin Ahmad Sumber asal berbahasa Arab : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=415756975163022&set=a.392330860838967.87974.384587744946612&type=1&relevant_count=1

Monday, December 24, 2012

WANITA DAN ANDALUSIA

GEJALA wanita terpelajar lewat berkahwin di Malaysia tetap menjadi topik hangat masyarakat meskipun zaman sudah berubah dan keadaan itu tidak menggentarkan kelompok terbabit. Stigma digelar anak dara tua atau lebih kerap disebut sebagai andartu dan kumpulan lebih nakal mengelompokkan mereka ini dengan istilah andalusia bermaksud anak dara lanjut usia, seolah-olah tidak menghantui diri mereka sama sekali. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, enam tahun lalu, menyarankan agar Program Bertemu Jodoh diadakan, sekiranya masalah itu semakin meruncing. Program yang bertujuan membantu kelompok terbabit, khususnya yang berpendidikan tinggi dan berkerjaya memuaskan cenderung berkahwin pada usia lanjut dengan sesetengah daripada mereka ini menamatkan zaman bujang mereka pada usia pertengahan 30-an. Persoalan timbul, apakah kecenderungan ini dipengaruhi perubahan struktur penduduk, keadaan dan keperluan wanita seperti melanjutkan pelajaran, bekerja membantu keluarga; kesukaran mendapat pasangan sesuai atau sepadan; alasan ekonomi atau masalah peribadi? Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Abdul Samad Kechot, melihat gejala lelaki dan wanita berkahwin lewat sebagai masalah sepunya masyarakat dan bukannya individu. Kepesatan pembangunan, khususnya dalam bidang sosioekonomi dan pendidikan, mempengaruhi pembabitan wanita dalam sektor pekerjaan apalagi yang memegang jawatan profesional, menggalakkan keadaan ini untuk terus berlaku,” katanya pada pertemuan dengan Sastera di Bangi, baru-baru ini. Justeru, beliau berharap masyarakat tidak memandang rendah kepada wanita yang lambat berkahwin kerana ia bukan perkara baru, tanpa menafikan hadirnya pandangan negatif masyarakat seperti dipandang serong dan menjejaskan tahap kesuburan wanita. Selain itu, beliau bimbang sekiranya kelompok terbabit terpengaruh dengan budaya masyarakat barat seperti di Amerika Syarikat yang menolak konsep perkahwinan dan menghalalkan seks bebas sekali gus menyebabkan akidah tergelincir dan peningkatan masalah sosial masyarakat Melayu. Sebagai umat Islam dan orang Melayu, kita perlu bersandarkan nilai agama dan budaya orang timur. Agama menuntut umat Islam berkahwin awal bagi menghindarkan maksiat. Bagaimanapun, tidak salah sekiranya belum sampai jodoh atau ada tanggungjawab berat terhadap keluarga,” ujarnya. Justeru, Dr Abdul Samad mengingatkan wanita berkerjaya agar sedar bahawa perkahwinan adalah satu syariat dan tuntutan dalam membina masyarakat yang unggul. Kahwin pada usia lewat tanpa alasan kukuh hanya akan memberi kesan buruk kepada individu dan orang sekeliling mereka. Beliau memetik daripada kitab al-Ihya Ulumuddin oleh Imam al-Ghazali yang menekankan perkahwinan adalah perkara penting kepada setiap individu bagi menghasilkan keturunan agar dunia tidak kepupusan makhluk daripada bangsa manusia. Kitab ini turut menekankan perkahwinan dapat menghilangkan tekanan nafsu syahwat yang sentiasa mengganggu dalam ibadat manusia, menenangkan gangguan hati dalam urusan rumah tangga dan menggembirakan hati seseorang melalui perhubungan suami isteri,” ujarnya.’ Beliau mencadangkan syarat berpoligami dilonggarkan dalam usaha mengatasi masalah wanita berkahwin lambat kerana Islam membenarkan perkara terbabit, tetapi sukar diterima wanita yang sering melihatnya sebagai perkara negatif. Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Norazirawati Ahmad, menerusi pengalaman peribadinya menegaskan isu kahwin lewat sebenarnya sesuatu yang sangat subjektif. Saya sendiri, baru berkahwin pada 3 Oktober lalu pada usia 35 tahun, manakala suami pula berusia 41 tahun. Perkenalan kami hanya berusia sebulan dan diusahakan oleh kalangan teman kami yang ingin melihat kami melalui kehidupan berkeluarga,” ujarnya. Beliau turut menegaskan faktor utama wanita berkahwin lewat bukanlah disebabkan terlalu taksub dengan kerjaya, tetapi tidak menganggap perkahwinan sebagai cita-cita yang perlu dipenuhi terlebih dulu berbanding perkara lain. Seperti pengalaman saya, tahun ini baru terfikir dengan serius untuk berkahwin sedangkan sebelum ini tidak terlintas langsung selain tiada desakan daripada keluarga dan teman rapat sehingga ia tidak dirasakan sebagai suatu bebanan,” jelasnya. Norazirawati yang mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Sheikh Muhamad Hizam Sheikh Khairuddin, menggalakkan mereka yang serius memikirkan soal jodoh untuk mendekatkan diri kepada Tuhan kerana ia faktor utama membawa seseorang itu bertemu jodoh sebenar.
Bila kita serius memikirkan untuk melangkah ke alam perkahwinan, kita perlu menyediakan diri dan minda ke arah itu serta mendekatkan diri kepada Tuhan seperti melakukan sembahyang Tahajud. Paling penting sokongan daripada keluarga terutama ibu dan teman rapat ,” katanya. Beliau mengakui banyak berikhtiar secara rohaniah dengan mendekatkan diri kepada Allah sepanjang pencarian saya terhadap jodoh itu malah, selain saya dan ibu melakukan solat sunat pada tengah malam, saya turut membaca Yassin serta mempelajari ilmu rumah tangga seperti memasak,” jelasnya.
Norazirawati juga berasa semua perkara berkaitan dengan jodoh sudah ditetapkan Allah SWT sejak azali, tetapi manusia perlu berusaha terutama memohon petunjuk daripada Ilahi agar memudahkan jalan untuk bertemu jodoh yang diimpikan. Yang penting, jangan berputus asa. Malahan, sekiranya bertemu dengan sesiapa saja yang berniat untuk mengenali kita, maka hendaklah memberi peluang dan jangan terlalu mengharapkan bakal pasangan sempurna kerana diri sendiri juga belum tentu sesempurna untuk pasangan kita,” tegasnya

Sunday, December 23, 2012

BILA ROH MENINGGALKAN TUBUH

~Dari Sahabat Untuk Sahabat~ BILA ROH MENINGGALKAN TUBUH Bismillahir-Rahmaanir-Rahim ... Sekujur tubuh terbaring, muka pucat, sejuk, beku dan kaku tidak bermaya. Tapi nun di satu sudut, rohnya masih berada di sisi jasad memperhatikan saja tubuhnya di perlakukan orang. Sewaktu semua perhiasan dan pakaian yang dibanggakan dulu ditanggalkan, maka terdengarlah roh menjerit-jerit, merintih dan merayu. Semua makhluk mendengar jeritan kecuali jin dan manusia.
“Wahai orang yang memandikanku..Aku minta kepadamu karena Allah, supaya melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan. Sebab pada saat ini aku baru saja beristirahat daripada seretan malaikat maut …!” Oleh karena itu, ketika hendak menanggalkan pakaian-pakaian saudara kita yang yang telah meninggal sebaiknya dilakukan dengan perlahan. Jika susah untuk dibuka, gunting saja pakaian tersebut. Orang yang meninggal dunia (yakni ketika roh di cabut oleh malaikat maut), sakitnya seperti di tikam 300 kali. Walaupun pada lahirnya tubuhnya masih sempurna tapi pada hakikatnya tubuh tersebut telah hancur luluh. Begitu juga waktu dimandikan, dikafankan, dan seterusnya sewaktu di usung ke kubur, roh sentiasa merintih mengharapkan pembelaan daripada manusia. Sewaktu air disiramkan ke badannya ia berteriak: “Wahai orang yang memandikan roh, Demi Allah, janganlah engkau menuangkan air mu dalam keaadaan panas. Dan jangan pula terlalu sejuk. Sebab tubuhku terbakar dengan keluarnya roh.” Dan ketika mereka memandikannya, berkatalah roh: “Demi Allah, Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menggosok aku dengan kuat. Sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya rohku.” Sewaktu dimandikan dan dibersihkan najis kepada kemaluan, janganlah dibiarkan mayat tersebut terbuka hingga menampakkan auratnya, sudah tentu roh berasa malu dan menangis bila auratnya di pertunjukkan pada orang. Sedangkan ketika hidup sangat di jaga auratnya itu. Begitulah seterusnya, mayat merasa sakit sekiranya tubuhnya di perlakukan dengan kasar. Untuk mengatasi masalah ini, keluarga dan juga para tetamu yang datang janganlah cuma menangis dan bersedih. Sebaliknya berikanlah bantuan dengan menghadiahkan bacaan Ya’asin ataun sekurang-kurangnya sedekahkanlah Al Fatihah. Rasulullah sendiri melarang berbincang bincang hal-hal dunia di hadapan mayat. Apalagi mengumpat dan menceritakan keburukannya semasa hidup. Begitu juga dengan memasak dan makan-minum di rumah yang di dalamnya ada mayat. Usahakanlah memberi bantuan kepada kaum keluarga yang telah ditinggalkan oleh saudara mereka. Sewaktu mayat dikeluarkan dari rumah, roh pun merayu: “Demi Allah, wahai jemaahku, Aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anak ku telah menjadi yatim, maka janganlah kalian menyakiti mereka .. Sesungguhnya pada hari ini aku dikeluarkan dari rumahku dan aku tidak akan kembali selamanya.” Perkara-perkara yang perlu di tekankan di sini untuk umat Islam: Jangan di sediakan makan dan minum di rumah yang ada mayat kerana pernah saya menghadiri pengkebumian saudara-saudara kita dan masih ramai malah mereka dengan tidak sedar menyediakan makan minum kepada para tetamu yang datang melawat orang yang meninggal kerana mereka sebenarnya tidak tahu (jahil). Asingkanlah tempat untuk di mandikan mayat tadi dari pandangan orang dan setidaknya di tiraikan kain atau tempat khusus untuk menjaga keaiban pada mayat tadi. Dan yang paling harus diingat, Jangan membongkar keaiban orang yang sudah meninggal tadi selepas kita mandikan mayatnya. Najis keaiban itu adalah suatu dosa yang paling besar!!!! Naudzubillah..!! Oleh sebab itu di tekankan di sini, sebaik baiknya orang yang akan sama-sama memandikan mayat biarlah dari kaum keluarga yang paling dekat sekali terutama anak-anak dan cucu-cucu. Untuk menjaga keaiban keluarganya yang telah pergi, Semoga di berkati oleh Allah adanya. Jangan berdiam diri saja atau berbincang -bincang dalam soal keduniaan apabila kita melawat orang yang meninggal karena mayat tersebut sesungguhnya berada dalam keaadan kesakitan samapai di kuburkan. Sebaik-baiknya bacalah Yaasin dan sedekahkanlah Al Fatihah untuk orang yang telah meninngal dunia. Penghantaran ke kuburan, sebaik-baiknya kaum keluarga yang terdekat sekali terutama anak –anak dan cucu-cucu mengusung dan menguburkan mayat sehingga akhir, ke liang Lahad kerana mereka lebih mengetahui, lebih memahami, lebih mengenal, lebih terasa akan kehalusan persaudaraan dalam aspek menjaga, mengawal dan menentukan mayat sampai selesai dari saat menghembuskan nafas terakhir sehingga di kuburkan ... Dalam suatu riwayat di sebutkan: Sewaktu roh terpisah dari tubuh, ia di panggil dari langit dengan tiga kali jeritan: Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan.. • – Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu? ... • – Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu? ... • – Apakah Kau Yang Telah Mendatangi Dunia, Atau Dunia Yang Telah Mendatangimu? ... • – Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu?’ ... KETIKA MAYAT MENGGELETAK AKAN DIMANDIKAN .. Terdengar Dari Langit Suara Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan … • – Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah? ... • – Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara? ... • – Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa? ... • – Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Ghaib Tak Bersuara? ... KETIKA MAYAT SIAP DIKAFANKAN ... Suara Dari Langit Terdengar Memekik,’Wahai Fulan Anak Si Fulan • – Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Redha Allah .. • – Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah .. • – Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal .. • – Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya .. • – Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.’ ... KETIKA JENAZAH DI USUNG ... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan.. • – Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan ... • – Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat .. • – Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.’ ... KETIKA MAYAT SIAP DISOLATKAN ... Terdengar dari Langit Suara Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan.. • – Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat .. • – Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik .. • – Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.’ .. KETIKA MAYAT DIBARINGKAN DI LIANG LAHAD ... Terdengar Suara Memekik Dari Langit,’Wahai Fulan Anak Si Fulan… • Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gelita Di Sini ... Wahai Fulan Anak Si Fulan… • – Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis .. • – Dahulu Kau Bergembira, Kini Dalam Perutku Kau Berduka ... • – Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.’ .. KETIKA SEMUA MANUSIA MENINGGALKANNYA SENDIRIAN ... Setelah para manusia pulang meninggalkan mayat yang sudah dikuburkan itu lalu Allah SWT berfirman: "Wahai hamba-Ku, kamu tetap terpencil dan sendirian, para manusia sudah pergi dan pulang meninggalkanmu dalam kegelapan kubur. Padahal kamu telah berbuat maksiat kepadaKu karena para manusia, karena isteri dan karena anak. Namun aku sangat kasihan kepada mu pada hari ini dengan limpahan rahmat, yang dengannya para makhluk sama kagum. Dan Aku lebih kasihan kepada mu daripada kasih ibu kepada anaknya." Allah Berkata Kepadanya, ‘Wahai Hamba-Ku …. . • Kini Kau Tinggal Seorang Diri ... • Tiada Teman Dan Tiada Kerabat ... • Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap ... • Mereka Pergi Meninggalkanmu. … Seorang Diri ... • Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar PerintahKu .... • Hari Ini, …. Akan Kutunjukan Kepadamu ... • Kasih Sayang-Ku ... • Yang Akan Takjub Seisi Alam .. • Aku Akan Menyayangimu ... • Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya’ ... Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman , ‘Wahai Jiwa Yang Tenang • Kembalilah Kepada Tuhanmu .. • Dengan Hati Yang Puas Lagi Diredhai-Nya ... • Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba-Ku .. • Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku’ ... Demikianlah keterangan dalam suatu riwayat mengenai beberapa ucapan dan jeritan serta teriakan yang di tujukan kepada mayat, sejak rohnya lepas dari tubuhnya sehingga mayat ditutup tanah dalam kubur. Subhanallah ...... Semoga kita dapat mengambil pengetahuan yang bermanfaat dan bernilai ibadah. .. AAMIIN .. Wallahu’alam bishshawab, .. Wabillahi Taufik Wal Hidayah, ... Salam Terkasih .. Dari Sahabat Untuk Sahabat Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita yang telah lama terkunci ..

Saturday, December 22, 2012

falling in love

Once in a life time An angel sweeps u off your feet And everything I'm about Disappears before my eyes You're taking me higher when I hear u speak to me It feels so familiar that I'm caught up in this fantasy Now I can't seem to fight myself Oh I can't seem to ease my mind Oh I think I'm falling, I'm falling And I can't stop falling, I'm falling in love with you When I look into your eyes I see your love that comforts me Every now when I go to sleep I wait to see u in my dreams You're taking me higher When I hear u say my name I'm trying to tell u That I never want to let u go Now I can't seem to fight myself Oh I can't seem to ease my mind Oh I think I'm falling, I'm falling And I can't stop falling, I'm falling in love with you
Over and over again It plays out in my mind, I can see it clearly You've given me something new to believe in Come take me away Oohhh (Come take me away) Away Come take me away Away (Come take me away) Away, away (2x) Now I can't seem to fight myself Oh I can't seem to ease my mind Oh I think I'm falling, I'm falling And I can't stop falling, I'm falling in love with you I'm falling in love(3x) Love love...with you.

Friday, December 21, 2012

Padamu ku berserah

Denganmu aku hidup Denganmu aku mati Hanyalah padamu hanyalah untukmu Hidupkan dijalani
Padamu ku berserah Padamu ku berpasrah Hanyalah padamu Hanyalah untukmu Hidup kan dijalani Engkau Allah yang Maha Mendengar Engkau Allah yang Maha Penyayang Engkau yang mengampuni Engkau yang memaafkan Engkau Allah Allahurrahman Allahurrahim Allahul malikul kuddusussalam Allahul mukmin allahul muhaymin Allahul azzizul jabbarrul muttaqabbir

Wednesday, December 19, 2012

Kenapa Hasan Al Banna diBunuh

Kenapa Hasan Al Banna di bunuh Pada 14 Mei 1948 David Ben-Gurion telah mengisytiharkan wujudnya Negara Israel yang merdeka lalu diiktiraf oleh Soviet Union dan Amerika Syarikat. IKhwan Muslimin telah mengadakan mesyuarat dan mereka telah mendesak Mesir dan negara-negara Arab lain supaya mengisytihar jihad terhadap Israel serta menggunakan apa sahaja cara yang mungkin untuk menyelamatkan Palestin daripada kehancuran. Ekoran dari itu berlaku Perang Arab-Israel1948.
Ikhwan Muslimin telah menghantar 10,000 mujahidin, kemudian diikuti beberapa Negara Arab yang lain antaranya Mesir, Syria, Iraq, Jordan,Lubnan dan beberapa Negara arab lagi sehingga jumlah mereka seramai 47500 orang. Mujahidin yang dihantar Ikhwan Muslimin berjuang di barisan hadapan dengan semangat jihad yang kental yang ditanam oleh Imam Hasan Al Banna. Mereka berjuang dengan gagah berani sehingga setiap kali pertempuran mereka beroleh kemenangan. Mereka terus mara sehingga sampai ke pinggir Tel Aviv. British, Amerika Syarikat dan sekutunya yang menyokong Israel berasa bimbang jika Negara haram yahudi itu dikalahkan tentera Arab. Mereka mendesak kedutaan masing-masing yang berada di Mesir mendesak Perdana Menteri Mesir Nuqrasyi Pasya supaya menarik pasukan tenteranya dan bertindak ke atas Ikhwan Muslimin yang kononnya pertubuhan itu sedang merancang hendak merampas kuasa. Perdana Menteri Mesir memanggil pulang tentera Mesir dan tentera al-Ikhwan yang berjuang di Palestin. Kepulangan mereka bukan disambut sebagai pahlawan tetapi mereka ditangkap, dipenjarakan malah ramai yang dibunuh. Pada 10 Jun 1948 diadakan gencatan senjata. Tetapi itu hanya helah Israel untuk memusnahkan tentera Arab. Apabila tentera Mesir dan Mujahidin Ikhwan Muslimin pulang maka tentera Arab yang lain berasa lemah semangat untuk berperang. Gencatan senjata itu hanya helah Israel dan sekutunya. Semasa gencatan senjata Israel menerima senjata dari Amerika, Britain dan sekutunya. Kemudian Israel menyerang semula lalu mengalahkan pasukan Arab. Hasan Al Banna dibunuh kerana menghantar 10 ribu pejuang ke Palestin dan berjaya menyatukan Negara Arab supaya menentang Israel. Mereka tidak mahu wujud tokoh yang mengikut jejak Salahuddin Al Ayubi yang berjaya menyatukan Negara Arab sebelum menakluk Jerusalem.

Tuesday, December 18, 2012

Kerajaan Melayu - Kisahnya Yang Panjang....

Kerajaan Melayu - Kisahnya Yang Panjang.... Bermulanya Kisah Asalnya Melayu -Rumpun Melayu dan Pribumi Sabah Sarawak Salah faham mengenai rumpun ini masih lagi berleluasa mungkin kerana kurangnya pembacaan dan pendedahan di kalangan rakyat kita. Yang paling sedih sekali ialah ada individu yang menyangka bahawa BUGIS, BANJAR, BAJAU, SULUK, CHAM, KERINCHI, ACHEH, AMBON, MINANG, JAWA dan sebagainya sebagai bukan salah satu daripada rumpun melayu.
Kelihatannya salah faham yang wujud di sini semakin melebar. Mereka menyempitkan fahaman bangsa itu dalam suku bangsa. Hal ini sangat-sangat menyedihkan. Sedangkan orang cina dari pelbagai suku seperti Han, Min, Wu, Tanka dan Hui boleh bersatu di bawah rumpun cina(Sino-Tibetian). Ya, ada sebahagian suku kaum yang berasal daripada suku Sino-Tibetian ini seperti Viet (orang vietnam), Thai (bukan siam kerana siam berbeza dengan Thai) yang tidak mengaku asal-usul mereka daripada Sino-Tibetian ini kerana proses semangat KENEGARAAN seperti mana yang berlaku di Indonesia untuk kategori RUMPUN MELAYU A.K.A AUSTRONESIAN ini. Kalau orang India pula, suku seperti Tamil, Telegu, Malayam ialah sebahagian daripada rumpun India. Suku bangsa Aryan yang selalunya menduduki kasta tertinggi dalam masyarakat India terasing daripada suku bangsa itu kerana mereka lebih kepada bangsa Indo-Eropah. Itu sekadar pengenalan kepada BANGSA dan SUKU BANGSA agar kita tidak salah faham. Namun, yang ingin disentuh di sini ialah salah faham yang melibatkan MELAYU itu. Salah faham ini timbul apabila di KEPULAUAN MELAYU ini, bangsa ini terpecah kepada tiga buah negara iaitu MALAYSIA, INDONESIA dan FILIPINA. Ada juga sebahagian daripada orang melayu yang terdiri daripada suku Siam terperangkap di selatan Thai. Orang melayu siam ini ialah pembina kerajaan melayu di Thailand seperti Sri Dharmaraja. Berbeza dengan orang Thai yang merupakan pendatang dari China yang lari daripada peperangan di sana lalu menubuhkan Kerajaan Ayutthayya di Indochina. Asal Usul Melayu Fantasi Yunnan masih menjadi pegangan mereka yang bertuankan teori bahawa melayu itu asalnya daripada Yunnan. Mengikut perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu , Melayu ditakrifkan sebagai orang di Tanah Melayu yang mengamalkan kebudayaan Melayu danberagama Islam. Takrif ini bukan sahaja kabur, tetapi juga menyempitkan makna Melayu yang asalnya bukan sahaja merujuk kepada orang Melayu di Tanah Melayu,tetapi juga orang Melayu serumpun di luar Tanah Melayu. Orang yang serumpun dengan orang Melayu di tanah melayu dan berada di tanah, tetapi bukan Islam dengan serta-mertamenjadi orang bukan Melayu sehingga istilah Bumiputera diperkenalkan bagi merangkumi Melayu yang tidak Islam, seperti orang asli. Perlembagaan ini diperluaskan kepada Perlembagaan Malaysia apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bercantum dengan tanah melayu menjadi Malaysia pada 1963, dengan mengusutkan lagi makna Melayu. Mungkin ini yang menjadi punca kenapa suku kaum pribumi Sabah dan Sarawak hilang asal-usulnya.
Apa yang ingin ditekankan di sini ialah benarkah Melayu itu asalnya daripada Yunnan? Pendapat ini sesuai dengan pandangan evolusi kononnya orang tertua ialah ‘Orang Peking’. Pandangan ini tersangkal apabila diketahui fosil ‘Orang Peking’ itu adalah palsu. Dari segi bahasa juga terdapat perbezaan ketara antara bahasa Melayu Purba dengan bahasa Yunan sehingga teori ini tidak dapat dipertahankan lagi. Bahasa Melayu tidak ada kesamaan langsung dengan bahasa Yunan tetapi lebih dekat dengan bahasa penduduk kepulauan Pasifik dan Pribumi Sabah dan Sarawak. Malah ada yang mendakwa bahawa Bahasa Melayu dekat dengan Bahasa Sanskrit, bahasa penduduk Aryan yang datang daripada Iran ke utara India untuk menyebarkan agama Hindu. Kalau ditelusuri dengan lebih dalam, Ibnu Khaldun dengan beraninya mengangkat Melayu ini datangnya daripada keturunan Nabi Ibrahim, daripada isterinya Keturah. Daripada keturunan Keturah ini juga diketahui bahawa lahirnya bangsa pembina tamadun hebat seperti bangsa Median. Jika mahu mengupas topik ini, ia pastinya mengambil sebuah lagi artikel kerana sejarah yang melibatkan orang melayu dan Nabi Ibrahim sangat panjang. Melayu dan Austronesia Berdasarkan buku kajian Walace, seorang pakar Antropologi dan Sejarah dunia daripada Universiti Oxford (1863), bukunya yang bertajuk The Malay Archipelago, beliau menakrifkan penduduk gugusan Kepulauan Melayu sebagai rantau Asia Tenggara yang hampir-hampir berbentuk segi tiga, bermula di Pulau Nikobar di Timur Laut ke Pulau Solomon di Tenggara, dan dari Luzon di Utara ke Rotti dekat pulau Timor di Selatan. Kawasan yang luas itu dibahaginya kepada lima kumpulan: Kepulauan Indo-Malaya, Kepulauan Timor, Kepulauan Maluku dan Kepulauan Papua. Walace berpendapat melalui kajiannya, bangsa-bangsa yang mendiami kawasan itu berkongsi keluarga bahasa yang sama, berkongsi budaya yang sama, berkongsi warna kulit yang hampir sama. Dia mengulas lagi di dalam bukunya, rumpun bangsa ini samalah seperti bangsa Causasians di eropah dan amerika yang pada asalnya terdiri daripada tiga jenis suku iaitu, Aryan, Semitic dan Hamitic. Daripada tiga suku ini lahirlah seperti Saxon, Anglo, Teuton dan sebagainya. Hal ini juga telah disokong oleh Parlimen Hawaii di Honolulu pada tahun 1879. Dengan usaha Maharaja Abu-Bakar pada waktu itu, parlimen Hawaii telah membincangkan mengenai penyatuan dunia melayu di bawah satu nama Pan-Malaysia and "Malaysia Irredenta".
Peta Benua Melayu yang dicadangkan Sembilan tahun kemudian, (1898) Apolinario Mabini di Manila mencadangkan “Federation Malaya” dengan gagasan yang sama. Pada waktu itu juga munculnya Jose Rizal, yang diberi jolokan oleh orang filipina sebagai "The Pride of the Malay Race” atau “The Great Malayan”. Dalam bukunyam Jose Rizal menulis bahawa seharusnya filipina dimasukkan dalam rancangan menggabungkan Tanah Melayu dan Indonesia memandangkan mereka juga di bawah rumpun yang sama. Wancelao Vinzons , pengikut Jose Rizal pernah menyampaikan pidato bersejarah “Malaysia Irredenta” yang memaparkan mimpi penyatuan seluruh bangsa Melayu - Polinesia. Waktu itu beliau berusia 22 tahun dan seorang pemuja Rizal. Beliau selanjutnya mengarang buku mengenai “History and civilization of Southeast Asian countries belonging to the Malay race” Pada asalnya, nama untuk rumpun melayu ini dalam bahasa saintfiknya ialah Polynesian, tetapi penemuan terbaru yang menemui bahawa penduduk asli di Taiwan itu juga termasuk dalam rumpun melayu, (suku Farmosa) termasuk dalam rumpun melayu, maka nama Polynesian itu terpaksa ditukar kepada Autronesian. Kerajaan-Kerajaan Melayu Melayu sememangnya terkenal dengan pembinaan kerajan-kerajaan agung mereka. Sriwijaya misalnya telah berjaya menyatukan seluruh alam melayu ini daripada Madagascar hingga ke selatan Taiwan berdasarkan catatan Nehru (1963) yang merupakan seorang sejarahwan India. Hanya Majapahit yang diperintah oleh suku Jawa sahaja merupakan kerajaan melayu yang terasing daripada empayar Sriwijaya. Namun, jatuh sahaja empayar Sriwijaya, Majaphit menuntut hampir 1/3 empayar Sriwijaya yang pernah terbentang luas. Champa dan Funan di Indochina misalnya merupakan kerajaan Melayu yang pernah menguasai wilayah itu sebelum orang Viet, Khmer dan Thai yang merupakan pelarian daripada selatan China datang dan menghambat mereka ini hingga ke tanah melayu. Oleh sebab itu, lahirlah teori bahawa orang Kelantan dan Jawa itu asalnya merupakan pendiri Kerajaan Champa. Oleh sebab itu juga, orang Kelantan dan Jawa berkongsi budaya melayu yang sama seperti BATIK dan WAYANG KULIT. Terdapat juga kerajaan melayu Purba lain yang tercatat dalam buku Cina, seperti Lang Ya Xiu (Fatani/Patani sekarang)pada abad ke-2 Masehi, Pan Pan (utara Segenting Kera) pada abad ke-5 Masehi,Senggora (Tanah Merah, sekarang di Thailand Selatan) dan Zhu Bo (Pulau Jawasekarang). Semuanya telah wujud sekurang-kurangnya pada abad ke-5 Masehi, manakala Dan Dan atau Tan Tan (Kelantan sekarang, yang juga disebut Ki-lantan oleh penulis Cina yang terkemudian) telah wujud sebelum abad ke-6 Masehi. Mengikut buku INTAN (1991), sumber Cina yang lain yang juga mencatat kebesaran kerajaan Ho-Lo-Tan atau Kuo-Lo-Tan di Semenanjung Malaysia pada kurun ke-5 Masehi itu juga ditafsirkan sebagai Kelantan sekarang. Kerajaan ini dikatakan pernah mengirim utusan dan ufti ke negeri China pada tahun 430, 433,436, 437 dan 452 Masehi. Mengikut catatan Dinasti Syui pada abad ke-6 Masehi, seperti yang diterjemahkan Liang Liji (1996), kerajaan Kelantan pada abad sebelumnya lagi, adalah seperti yang berikut: "Negeri Dan Dan sudah terkenal pada zaman Dinasti Syui lagi. Keluarga rajanya bernamaKsyatriya, namanya Raja Sri Linga, memerintah lebih daripada dua puluh ribu keluarga. Menterinya ada lapan orang, disebut Lapan Teras, dan Menteri Besarnya dipegang oleh seorang Brahmin. Tubuh raja dipupuri dengan bedak harum, bermahkota menjulang tinggi, berkalungkan ratna mutu maknikam, berpakaian warna-warni, berkasut kulit. Kalau berpergian; dekat naik kenderaan, jauh naik gajah. Ketika berperang orang meniup serunaidan memalu genderang. Hukumannya keras: pencuri tak pandang dosanya; besar kecil semuanya dibunuh." Tulisan Orang Melayu Pada hari ini, kita hanya mengetahui kewujudan tulisan orang melayu hanya jawi sahaja. Tetapi, tahukah jawi bukanlah satu-satunya tulisan yang pernah digunakan oleh orang kita. Rencong misalnya (lihat gambar). Tulisan Palavi juga merupakan tulisan yang digunakan oleh orang melayu. Berbeza dengan tulisan rencong yang dicipta sendiri oleh orang melayu, tulisan Palavi ini diadaptasikan daripada tulisan yang berasal dari selatan India, Kerajaan Palava. Di bawah ialah rentetan perkembangan tulisan Palavi oleh orang melayu. 1. Zaman aksara Palavi Awal, dari abad ke-4 hingga ke-7 Masihi, seperti yang tertulis pada prasasti di Kalimantan Timur, Jawa Barat, Kedah-P. Pinang (Bukit Meriam di Kuala Sg. Merbuk, Ceruk Tokun, Provins Wellesley dan Sungai Bujang yang tersebut tadi 2. Zaman aksara Palavi Kemudian, dari abad ke-7 hingga pertengahan abadke-8 Masehi, seperti yang dijumpai pada prasasti di Sumatera, Jawa Tengah,dan Semenanjung Malaysia 3. Aksara Kawi Awal atau Jawa Kuno, daripada pertengahan abad ke-8 Masehihingga awal abad ke-10 Masehi, dijumpai pada prasasti di Thai Selatan,Jawa Tengah, Jawa Timur, dan Semenanjung Malaysia 4. Aksara Kawi Kemudian, daripada awal abad ke-10 Masehi hinggapertengahan abad ke-13 Masehi, dijumpai pada prasasti di Jawa Timur,Airlangga, Kediri, Bali, Sunda, dan Sumatera Selatan) 5. Aksara Kawi zaman Majapahit, yang dijumpai pada prasasti di seluruh Alam Melayu ini sehingga kemasukan aksara Arab menerusi Islam. Ini tidak bermakna bahawa orang melayu tidak tahu menulis sebelum abad ketujuh apabila mengadaptasikan tulisan kawi atau mencipta tulisan rencong yang kemudiannya digunakan oleh Kerajaan Majapahit pada abad ke-14 walaupun usia tulisan Rencong sebenarnya jauh lebih awal daripada kewujudan tulisan Palavi. Tamadun Melayu Campa sudah meninggalkan 206 buah prasasti, yang terdiri daripada 98 buah prasast idalam bahasa Melayu Purba-Campa, 43 bahasa Sanskrit, 29 dwi-bahasa itu dan 36 lagi tidak diketahui bahasa atau aksaranya, kerana belum dikaji pakar. Pribumi Sabah dan Sarawak Suku kaum di Sabah dan Sarawak ini masih samar-samar kewujudan mereka. Dalam hukum antropologi, pribumi sabah dan sarawak yang juga dilabelkan sebagai Bumiputra Malaysia ini termasuk dalam rumpun melayu berdasarkan pandangan Walaces dalam bukunya menempatkan bahawa mereka dalam rumpun melayu dan menyamakan mereka dengan Deuro Malay . Mereka dipercayai berasal daripada suku Proto-Malay yang merupakan ras kepada ORANG ASLI di MALAYSIA. Manakala Owen Rutler dalam bukunya The Pagans Of North Borneo mengatakan bahawa suku kaum di Sabah dan Sarawak masih lagi samar asal-usulnya. Dari segi linguistik, bahasa yang dituturkan oleh penduduk asli di Sabah dan Sarawak masih lagi dalam kategori Keluarga Bahasa Melayu atau Austronesian Language. Sehingga hari ini, perkara ini masih didebatkan oleh para sejarahwan, antropologi dan lingusitik mengenai pribumi di Sabah dan Sarawak. Bukti-bukti yang ada pada hari ini menjuruskan mereka termasuk dalam rumpun Melayu (Austronesian). Rujukan: 1. Sulalatus Salatin 2. The Malay Archipelago 3. Kajian Shaharir Mohd Zain 4. Wikipedia: Search Melayu, Cina dan India 5. INTAN 6. http://lokalgenius.blogspot.com/ 7. http://rabiahhijrah.blogspot.com/2011/09/parlimen-hawaii-usul-penyatuan-dunia.html 8. The Pagans Of North Borneo 9. TAMADUN ALAM MELAYU oleh Tuan Aarof bin Ishak Sumber : https://www.facebook.com/notes/helmi-effendy/rumpun-melayu-dan-pribumi-sabah-sarawak/288291507890575

Monday, December 17, 2012

Dr. Muhammad Mursi merupakan Presiden Kelima bagi Republik Arab Mesir

Dr. Muhammad Mursi merupakan Presiden Kelima bagi Republik Arab Mesir setelah diistiharkan memenangi Pilihan Raya Presiden pusingan kedua pada 24 Jun 2012. Page ini bukanlah Page Rasmi Beliau, Tetapi ia adalah Page terjemahan dari Page Rasmi Beliau. Biography
Dr. Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah. Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana dan beragama, bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu ini. Difahamkan kelima-lima orang anaknya adalah hafiz dan hafizah al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga adalah hafiz/hafizah al-Quran. Pengajian tinggi Dr. Mursi apabila beliau berpindah ke Kaherah dengan melanjutkan pendidikannya di Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975. Selepas itu, beliau memperoleh Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti yang sama (Cairo) pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya memperoleh Sarjana Kedoktoran, memperolehnya pada tahun 1982 di Universiti Southern California.
Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof. di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali dari Amerika Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di Universiti Zaqaziq. Joined Facebook 26/06/2012 Location Kediaman Rasmi (Istana) Presiden Mesir Awards Presiden Mesir Kelima, Mantan Presiden Parti Kebebasan & Keadilan (FJP) Gender Male Personal information Dr. Mursi tidak hanya berkhidmat sebagai ahli akademik, malahan turut terjun ke gelanggang dakwah dan konsisten membela dan memperjuangkan keadilan dan kebebasan, menentang segala bentuk kezaliman dan kekejaman. Beliau yang aktif sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin ini, ikut bertarung dan terpilih sebagai ahli parlimen tempoh 2000-2005. Dan pada pilihanraya parlimen 2005, Dr...See more Contact info Phone Phone Email Emel Website http://www.facebook.com/FJParty.Official http://www.halaqahmaya.com

Sunday, December 16, 2012

Kenyataan dari BILIK OPERASI PARTI KEBEBASAN DAN KEADILAN (FJP)

Kenyataan dari BILIK OPERASI PARTI KEBEBASAN DAN KEADILAN (FJP): Setelah kiraan 99 peratus pusat pengundian di 10 wilayah terlibat, keputusan mengikut wilayah sepertimana berikut: ASWAN Setuju: 149,512 (76.4%) Tidak Setuju: 46,099 (23.6%) ASYUT Setuju: 450,773 (76.5%) Tidak Setuju: 138,472 (23.5%) ISKANDARIAH Setuju: 665,985 (55.6%) Tidak Setuju: 531,221 (44.4%) KAHERAH Setuju: 950,532 (43.1%) Tidak Setuju: 1,256,248 (56.9%) DAQAHLIYAH Setuju: 649,319 (55.1%) Tidak Setuju:528,678 (44.9%) GHARBIYAH Setuju: 468,242 (47.9%) Tidak Setuju: 509,939 (52.1%) SINAI UTARA: Setuju: 50,924 (78.3%) Tidak Setuju: 14,111 (21.7%) SINAI SELATAN Setuju: 12,165 (63.9%) Tidak Setuju: 6,866 (36.1%) SUHAG Setuju: 468,781 (78.8%) Tidak Setuju: 126,396 (21.2%) SYARQIYAH Setuju: 737,877 (65.9%) Tidak Setuju: 381,964 (34.1%)

Wednesday, December 12, 2012

TAHAJUD RASULULLAH SAW

TAHAJUD RASULULLAH SAW - Malu, sungguh malu rasanya bila mengingat Rasulullah saw yang selalu melakukan Qiyamul lail hingga kakinya bengkak, hanya karena ingin menjadi hamba yang bersyukur... Dalam sebuah riwayat Aisyah r.a bercerita, Pada suatu malam Rasulullah saw mendatangiku dan berkata,
“Biarkanlah aku menyembah Rabbku.” Maka beliau bangkit berwudhu dan shalat. Beliau menangis sampai air mata nya mengalir di dadanya, kemudian rukuk dan menangis, kemudian sujud dan menangis, kemudian mengangkat mukanya dan menangis. Dan beliau tetap dalam kondisi seperti itu sampai Bilal mengumandangkan adzan Shalat. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, apa yang membuat Engkau menangis padahal Allah sudah mengampuni dosa yang lalu dan yang akan datang?” Rasulullah saw lantas berkata, “Tidak bolehkah aku menjadi hamba Allah yang bersyukur?”

Tuesday, December 11, 2012

Sahabat Hikmahku

Sahabat Hikmahku.. Tak ada kejadian kebetulan Tak ada kejadian sia-sia Semua hanya bisa terjadi dengan izin-Nya dan pasti selalu baik serta bermanfaat bagi orang yang beriman. semua kejadian pasti terkandung ilmu dan hikmah yg amat besar
"Allah memberikan hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang diberi hikmah maka sungguh telah diberi kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang berakal" ( QS Al Baqoroh;269 ) Mari kita bersungguh-sungguh menafakuri kejadian apapun, mintalah pertolongan-Nya agar dibuka pintu hikmah agar dapat menyikapi kejadian apapun dengan sikap terbaik yang disukai-Nya (KH. Abdullah Gymnastiar)

Monday, December 10, 2012

DI HATI ADA CINTA

DI HATI ADA CINTA Bila di hati ada cinta Indahnya berbunga-bunga Dalam hati terukir namanya melekat di hati bertahta di jiwa... Bila di hati ada cinta Jagailah dengan sesungguhnya kerana cinta bukan mainan bukan juga barang dagangan..
Bila di hati ada rasa cinta Cintalah dia kerana budinya Usah dipandang rupa dan harta Kerana cinta itu suci mulia, Kurniaan Allah yang Esa.... Ahh.. !!! indah nian, Bila di hati ada cinta... Memori Kasih

Saturday, December 08, 2012

Al-Azhar and Saudi Awqaf work to combat spread of Shiaism

Al-Azhar and Saudi Awqaf work to combat spread of Shiaism Islamonline.net-Cairo A statement from an official source within Al-Azhar stated on Monday October 10th that an agreement had been reached between Al-Azhar and the Saudi Ministry of Awqaf and Islamic Affairs to combat Shia advocacy efforts, sectarianism, and foreign interventions meant to disrupt the social and political stability of Sunni Muslims. The source stated to “Islam Online” that the agreement is meant to be implemented through religious advocacy collaborations to protect the Sunni society from any internal or external attempts to destabilize their society or doctrine. The agreement was reached during the meeting between Dr. Ahmed Al-Tayeb, Sheikh of Al-Azhar and his guest, Dr. Saleh Al-Sheikh, Minister of Awqaf and Islamic Affairs in Saudi Arabia, in Cairo on Sunday. They also emphasized during the meeting the need to spread the moderate Islamic ideology.
Communication and dialogue The source also asserted to “Islam Online” that the two parties agreed to maintain coordination, communication, and understanding in order to reinforce the Islamic stance based on the moderate ideology exhorted by Al-Azhar and Saudi scholars. In addition to that, Dr. Al-Tayeb and Dr. Al-Sheikh also expressed the importance of dialogue with Shiites in the Gulf on the basis of nationalism, not on the basis of the delegations of sectarian foreign agendas. At the same time, Al-Tayeb disclosed his condemnation of the events taking place in some Gulf countries, which are perpetrated by Shiite individuals—the events that threaten the unity of the Arab world. Dr. Saleh Al-Sheikh ensured that the ties between the scholars of Egypt and Saudi are strong due to the common grounds they share in supporting Islam and maintaining unity between Muslims. Islamic reference “We appreciate the invitation of Al-Azhar Sheikh and assure that Saudi and its scholars look towards Al-Azhar as a prominent source of reference of the Sunni people and the Sunni ideology, both religiously and politically,” Al-Sheikh assured. “We noticed the concern the Sheikh of Al-Azhar had regarding the welfare of Islam and Muslims. We appreciate the Sheikh’s concern for unity and cooperation between Muslims, and from here, I would to make it known that the scholars of Saudi fully approve of Al-Azhar’s program in bringing about unity, and appreciate its long history. We fully support this historical establishment and its effect on Muslims worldwide.” He continued: “for these reasons we are keen on strengthening our relationship and understanding with Egypt; it being the largest Arab and Islamic country possessing scholars, politicians, writers, thinkers, and influencers. Egypt is a vital country to Muslims and their stability and welfare.”

Friday, December 07, 2012

harGa kereTa @ MaLaySia

MALAYSIA NEGARA NO 1 DI DUNIA KENAKAN CUKAI EKSAIS PALING TINGGI UTK KERETA.... Tahukah anda, selain Nicol David meletakkan Malaysia sebagai pemain nombor satu skuasy wanita dunia, Malaysia juga terpilih sebagai negara yg menduduki rangking nombor satu mengenakan cukai kereta PALING TINGGI kpd rakyatnya. Jika anda membeli MyV dgn harga RM 46 k, hanya RM 23 k masuk ke kantong Perodua dan 23 k lagi masuk ke kantong kerajaan. Berbillion keuntungan cukai itu pula digunakan pula kroni2 utk mengkayakan adik beradik, suami, isteri-isteri mereka. Yg kita tukar bayar harga cukai eksais yg sgt tinggi. Saya teringin nak pakai kereta Alphard tapi apakan daya kereta 2 yg ada pun ada yg sangkut utk dibayar....heeeee. Mengikut seorang pakar ekonomi, kalau cukai dikurangkan kereta Alphard boleh dimiliki sekitar harga antara RM 130 k hingga RM 170 k sahaja. Kereta Proton akn jatuh di paras bawah RM 30 ribu. Manakala yg berangan nak miliki kereta Toyota dan Honda kereta tersebut akn berada di paras harga RM 50 k sahaja. Jadi pilihan ada di tgn anda? Percaya atau tidak Motor BMW G650GS iaitu BMW termurah dijual di Malaysia harganya sekitar RM 65k. Di Amerika yg rakyat berpendapatan jauh lebih tinggi, kereta jenama yg serupa hanya dijual sekitar RM 24, 437 ringgit sahaja. 3 kali ganda lebih rendah. Bayangkan kerajaan nak duit dari kita sekitar RM 40 ribu. Pada-padalah kerajaan kalau nak duit kita RM 10 ribu cukuplah.
Begitu juga tentu ramai di pembeli di Malaysia tahu bahawa jenama Toyota adalah terbaik kerana ia tahan lama. Jika tanpa cukai nanti Toyota Altis 1.6E (C-segment cars) harga berharga hanya RM 67k (FREE TAX), Proton Preve 1.6 Exec (C-segment cars) RM 63k (with TAX). Maksud Altis hanya harga lebih kurang Proton Preve jika dihapuskan cukai. Kenderaan jenis Toyota yg dijual di Langkawi contohnya, Toyota Camry 2.0G (D-segment cars) RM 158,XXX (harga Tanah Besar) RM 104,XXX (Pulau Langkawi) Toyota Vios 1.5E (B-segment cars) RM 82,XXX (harga tanah besar) RM 62,XXX di Tanah Besar. Pada 2003 ketika berkunjung Bangkok, saya terkejut teksi mereka menggunakan Toyota Altis berbanding kereta tin milo (Proton Iswara) kita. Saya tanya berapa harga jualan Altis tersebut, kata pemandu teksi hanya sekitar RM 75 k sahaja. Saya ini pembeli dan pengundi. Kalau Tesco 'offer' terbaik, saya pergi beli di sana. Kalau Giant 'offer' lebih baik saya pg Giant. Begitu juga dgn politik saya kena jadi pembeli dan pengundi yg bijak. Sb BN tak bertolak ansur dgn rakyat utk turunkan cukai kereta...Ini kali lah!!!...:)

Thursday, December 06, 2012

Agenda Kristian Untuk Malaysia Terbongkar Di Jerusalem..”

Universiti Kehidupan 233 – “Agenda Kristian Untuk Malaysia Terbongkar Di Jerusalem..” Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012. Seperti biasa, hari pertama kami sampai ke Jerusalem, kami akan masuk ke dalam hotel, berehat sebentar dan kami akan terus ke masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Maghrib dan Isyak di al-Aqsa. Pulang waktu Isyak, kami akan makan malam di kafe hotel. Mahmood, pemandu pelancong yang biasa dengan saya mencuit bahu saya dan mengajak saya ke satu sudut. “Muhammad, mari sini” katanya. “Kenapa?” tanya saya agak kehairanan kenana wajahnya agak serius, nada suaranya, agak perlahan seolah-olah ada rahsia yang ingin dibisikan pada saya. “Tinggal bersama kamu di hotel ini satu rombongan dari Malaysia” terang Mahmood. “Oh ye ke!” saya agak gembira mendengar berita itu.
“Tapi mereka rombongan Kristian” kata Mahmood lagi. “Ye ke, ah, di sinikan banyak tempat penting buat Kristian, tentu mereka nak ziarah” kata saya. “Sepanjang perjalanan dari border Jordan-Israel, mereka memang mengutuk Islam dan sangat tidak puas hati dengan orang Islam di Malaysia, mereka memang anti Islam” Mahmood Menambah. “Mereka tak tahu aku Islam, mereka ingat aku Kristian” Mahmood semakin rancak berbual dengan saya di satu sudut di bahagian tangga. “Memang bukan Islam di mana-mana pun tak suka Islam” kata saya tenang. “Tak, mereka ini lain, mereka memang anti Islam di Malaysia” terang Mahmood bersungguh-sungguh. Perbualan malam pertama itu habis dengan rasa tidak puas hati Mahmood terhadap rombongan Kristian dari Malaysia ini. Selama berhari-hari kami di hotel yang sama, berselisih di dewan makan, memang rombongan ini tidak menegur kami sedangkan mereka dari Malaysia, duduk di Malaysia. Tidak ada sepatah pun bahasa Melayu yang keluar dari mulut mereka sedangkan kami saling mengetahui, sama-sama dari Malaysia. Ada juga kami ingin menegur siapa, tetapi tidak di jawab atau jawapan yang sangat dingin. Saya tidak tahu, apakah tujuan mereka datang, sama ada untuk lawatan atau ada apa-apa persidangan Kristian yang mereka hadiri. Saya tidak mengambil perhatian apa yang berlalu walaupun pada tiap-tiap malam, Mahmood akan menceritakan pada saya mengenai ketidak puasan hati mereka pada Islam di Malaysia. Mahmood memarahi saya… “Apa dah jadi pada kamu orang Islam di Malaysia hingga hilang sensitviti dalam mempertahankan hak kamu?” Apa yang mampu saya jawab hanyalah… “berpecah, dan ramai yang berpecah…” Jawapan yang sangat tidak bersemangat dan seolah-oleh maksudnya, “apa nak jadi, jadilah…” Ya, kurang rasa sensitiviti…. Allah ingin menunjukkan pada saya sesuatu terhadap jawapan di atas…… 1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin… Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock. Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya. Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini. Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu. Tulisan itu berbunyi.. Decree For Malaysia “We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in seding missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..” Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu. Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka. Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini. Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong. Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai ahli politik yang punyai kepentingan. Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka. Ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan:- 1. Bagi pendakyah Kristian, jangan pandang rendah kemampuan pendakwah Islam yang tidak berkepentingan di Malaysia. Kami para pendakwah dan orang-orang yang ikhlas akan tetap mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia sama ada menang atau kami mati di dalam usaha ini. 2. Malaysia bukan milik orang politik yang ada kepentingan yang menyokong tindakan kamu kerana harapkan sokongan, Malaysia di dokong oleh ramai pejuang agama Islam, bangsa muslim dan tanah air umat Islam. Kalau orang politik sibuk dengan perpecahan mereka, maka perjuangan itu tetap dibahu oleh umat Islam dari bidang lain. 3. Bagi umat Islam di Malaysia, ini bukan gimik popular, saya bukan ahli politik yang inginkan popular, Biarkan ahli politik bergaduh sesama mereka, yang boleh kita damaikan, kita damaikan atau sedarkan dengan apa cara sekalipun. Perpecahan ini satu yang sangat merugikan. Orang Kristian berbincang hingga ke luar negara merancang untuk mengkristiankan Malaysia, kita hanya menafikan dan hilang sensitiviti. 4. Bagi sahabat-sahabat dari Jabatan Agama Islam, anjurkanlah banyak program-program untuk menjaga dan mengawal umat Islam di Malaysia, bahagian zakat jangan berbangga dengan jumlah kutipan, tetapi usahakan untuk kepentingan umat Islam melalui lapan asnaf seperti yang disebut dalam al-Quran. 5. Bagi semua penguatkuasa agama. Jangan percaya dengan zon selesa yang dibisikkan dan penafian yang dicanangkan oleh orang berkepentingan. Jalankan pemantauan dan penguatkuasaan menurut enakmen yang telah diputuskan. 6. Bagi orang kaya, tolong infak harta untuk menganjurkan program-program keagamaan, semoga Allah sentiasa bersama anda sekelian. 7. Bagi sekelian yang membaca, kita umat Islam terlau beriya-iya ingin menjaga hati orang bukan Islam, adakah orang bukan Islam menghormati dan menjaga sensitiviti kita? Jalankanlah tugasan masing-masing di dalam ruang lingkup kemampuan anda semua, semoga Allah membantu usaha kita. Semoga pendedahan ini memberi inspirasi pada saya untuk terus membahu Islam, yang ingin bersama mari, yang mahu mencebek dan tidak percaya silakan, yang mahu berfikir, renungkan dan yang mahu mendokan, doakan semua umat Islam di Malaysia agar terpelihara dari agenda global orang kafir. “Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat” al-Faqir Ila Rabbihi Muhamad bin Abdullah Putra Heights 6 Disember 2012 jam 1.15 pagi Patah sayap bertongkat paruh, Imemperjuangkan dan mempertahakan Islam akan tetap menjadi keutamaan di dalam hidupku, biar berputih tulang, jangan berputih mata… al-Fatihah untuk seluruh pejuang Islam terdahulu, tuan-tuan guru kita terdahulu dah pahlawan Islam Nusantara yang telah mendahului kita di dalam tugasan mereka. Hari ini tugasan itu diwariskan pada kita, semoga kita dapat menyambungnya, amin…

Wednesday, December 05, 2012

KerJaya PTD

Terkini, lengkap dan relevan sebagai panduan kerjaya serta rujukan para guru, kaunselor, pelajar dan ibu bapa.

“Bacaan wajib untuk mereka yang berminat menyertai kor perkhidmatan elit ini.”
-Muhammad Hazam bin Hajanan, Pegawai Tadbir dan Diplomatik-

Penghasilan buku ini bermula apabila ramai rakan taulan yang mengalami kesukaran memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang dianggap cukup berprestij dan elit.

Namun apa didapati oleh penulis adalah kekurangan maklumat tentang perkhidmatan ini. Untuk itu adalah diharapkan maklumat di dalam buku ini dapat membantu para pembaca yang berminat memasukinya.

Buku ini secara ringkasnya membicarakan PTD mengikut aspek-aspek seperti sejarah kerjaya, bidang tugas, kelayakan yang diperlukan, keistimewan-keistimewaannya dan tokoh-tokoh kerjaya.

Sebenarnya jasa dan sumbangan para pegawai Tadbir dan Diplomatik ini cukup banyak untuk diperkatakan. Malah ia kerap dirujuk dalam buku-buku teks sejarah. Oleh kerana buku-buku ini tidak menyebut secara spesifik jawatan pegawai awam tersebut, maka ramai yang tidak mengetahui skim perkhidmatan ini.

Malah dalam pengalaman penulis, kecemerlangan individu dalam perkhidmatan ini menyebabkan tenggelamnya nama perkhidmatan tersebut.

Sumbang bakti mereka hanya dapat dilihat di belakang tabir pentadbiran negara dan menyerahkan para pemimpin negara memainkan peranan di barisan hadapan kerajaan.Untuk itu buku ini mampu menerangkan kepada para pembaca sekalian berkaitan peranan Pegawai Tadbir dan Diplomatik di dalam sejarah Malaysia.

Selain itu buku ini juga akan memberi sedikit sebanyak maklumat berkaitan pendidikan yang diperlukan beserta bantuan-bantuan yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran.

Pendek kata ia akan membimbing para pembaca daripada peringkat sebelum memohon kerjaya ini hinggalah berjaya disahkan dalam perkhidmatan. Untuk itu buku ini sesuai kepada para pembaca yang masih di bangku sekolah hinggalah ke peringkat memohon kerjaya.
Isi Kandungan
Sekapur Sirih
Bahagian 1: Sejarah dan Pengenalan
Bab 1: Sejarah Kerjaya
Kronologi Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik
Catatan Diari PTD
Bab 2: Definisi dan Pengenalan Kerjaya
Bab 3: Pendapat Pakar
Bahagian 2: Kelayakan dan Institusi Berkaitan
Bab 4: Syarat dan Kelayakan
Syarat Pelantikan
Kriteria-kriteria Pilihan
Bab 5: Biasiswa dan Pinjaman
Direktorat Biasiswa/Pinjaman
Bab 6: Institusi Berkaitan
Kursus Berkaitan
Bab 7: Cara-Cara Memohon dan Tip
Bahagian 3: Peluang Kerjaya
Bab 8: Skim Perkhidmatan
Bab 9: Faedah dan Kelebihan
Bab 10 : Skala dan Syarat Kenaikan Gaji
Imbuhan, Elaun dan Kemudahan
Senarai Kemudahan
Penetapan Kelayakan Serta Kadar Elaun dan Kemudahan

Bahagian 4: Bidang Tugas PTD
Bab 11 : Bidang Tugas
Bahagian 5: Peperiksaan Khas
Bahagian 6: Organisasi Berkaitan
Bab 12: Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik
Bab 13: Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia
Bab 14: Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Bahagian 7: Penempatan PTD
Bahagian 8: Cabaran dan Isu PTD
Bab 15: Cabaran PTD 108
Bahagian 9: Maklumat Bonus
Bab 16: Sepuluh Tokoh – Tokoh Pilihan PTD
Bab 17: Agensi-Agensi Penempatan PTD
Bab 18: Waktu Bekerja
Bab 19: Suasana Pejabat
Bab 20: Pakaian
Bab 21: Jenis-Jenis Penghargaan
Bab 22 : Personaliti PTD
Bab 23: Latihan PTD
Bab 24: Pelan Latihan PTD
Bahagian 10: Harapan Pemimpin
Penutup Bicara
Appendik
Bibliografi