Wednesday, May 09, 2012

HAK2 ANAK TERHADAP IBUBAPANYA

HAK2 ANAK TERHADAP IBUBAPANYA - kalam Guru Mulia Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki Kalau hak seorang ayah ialah mereka bertanggungjawab memberi nafkah kepada anak2 mereka, mendidik, dan menjaga mereka daripada sikap yang sebaliknya(keji) serta beri nama yang elok untuk mereka dan carikan ibu yang baik(solehah) dari keluarga yang baik2.
Seterusnya, kenapa kira2 kita boleh buat baik kepada sahabat2 kita, kita mampu kirimkan ucapan untuk teman2 kita tapi kenapa tidak kepada kedua ibubapa kita, sepatutnya lebih utama kita buat begitu kepada ibubapa kita. Sedangkan sahabat2 kita tidak ada hubungan apa2 pun dengan kita, tapi ibubapa kita ada hubungan darah dengan kita, bahkan merekalah yang melahirkan dan membesarkan kita. Maka perlu sekali kita menjaga hati kedua orang tua kita. Kita semua tahu mengenai kisah Handzolah dan Al-Qamah yang tidak jaga hubungan dengan kedua orang tua mereka. Al-Qamah tidak dapat mengucap saat kematiannya sedangkan dia hanya melakukan perkara yang kecil sahaja tapi terguris hati ibunya. Kita kena jaga, itu mereka, mereka itu sahabat Nabi, hidup di zaman Nabi, dalam suasana yang baik dan berada di zaman terbaik. Ingatlah bahawa tidak ada orang yang paling berjasa dalam kehidupan kita berbanding kedua orang tua kita. Mereka sanggup korbankan apa2 sahaja untuk kita, sanggup berjaga malam dan mencari nafkah(keperluan) untuk kita, kira2 apakah kita sanggup buat begitu terhadap mereka sebagaimana mereka lakukan untuk kita?-sama2 renungakan...

Blog Archive