soalan2 PTD

Diskripsi Prima Tiada Jawapan Disediakan Untuk Soalan Di dalam Diskripsi Prima Tujuan soalan diberikan untuk menerangkan pecahan setiap seksyen.
Untuk Soalan dan Jawapan, rujuk kepada naskhah "Contoh Soalan dan Jawapan setiap Seksyen" Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 2 FAktor kegagalan Utama Calon Utamakan ke'berkat'an dalam ilmu.
Jika anda mendapatkan naskhah ini secara 'haram' maka apa bakal terjadi dengan ilmu dan usaha anda? Fikir-fikirkan =) Legal Notice · Ebook ini adalah hakmilik sepenuhnya www.tipsptd.com · Sebarang aktiviti pengedaran semula atau menjual semula naskhah ini adalah DILARANG sama sekali dan ianya menyalahi Akta Hakcipta. ·
Jika anda memperolehi Ebook ini bukan dari laman web www.tipsptd.com, sila laporkan kepada kami melalui email tipsptd@gmail.com dan ganjaran sewajarnya akan diberikan kepada anda · Sebagai pembeli yang sah, anda layak menerima tip-tip penting untuk Assessment Center dan Temuduga di masa hadapan Disclaimer Seluruh kandungan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik ini adalah hakmilik di bawah tanggungjawab Team Tips PTD dari www.tipsptd.com. Ianya diterbitkan untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Pakej ini tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua maklumat dalam Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik ini adalah tepat pada masa ianya diterbitkan. Team Tips PTD, Mei 2012 Edisi Pertama Januari 2010 1st revision: Mac 2010 (Gred 41) 2nd revision Oktober 2010 (PTD) 3rd revision Julai 2011 (PTD) 4th revision November 2011 (Pegawai Antidadah) 5th revision Januari 2012 (Penguasa Kastam) 6th revison Februari 2012 (Juruaudit) 7th revision Mei 2012 (PTD) Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 3 Update: Mei 2012 Untuk tahun 2012, tidak seperti tahun 2010 yang mana peperiksaan bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik disekalikan dengan peperiksaan bertulis 13 jawatan Gred 41 yang lain.
Pada 4 sesi peperiksaan SPA yang lepas (PTD Julai 2011, Dadah November 2011, Penguasa Kastam Februari 2012 dan Juruaudit Mac 2012) tiada soalan khusus berkaitan SEJARAH dikeluarkan. Tetapi ini tidak bermakna persediaan berkaitan sejarah harus diabaikan kerana tidak mustahil ianya akan ditanya untuk sesi kali ini. Luangkan sedikit masa untuk membuat rujukan pantas berkaitan sejarah (tidak perlu terlalu tumpu) Soalan berkaitan 1Malaysia dan transformasi kerajaan menjadi tonggak penting soalan tambahan untuk 4 sesi ini.
Rujuk semula nota Khas GTP (komponen bersama rujukan kali ini) dan harapnya nota tersebut menjadi senjata anda untuk peperiksaan 12 Mei 2012. Selepas peperiksaan 12 MEI 2012, rujukan ini tidak berguna lagi dan selaku pembeli sah anda akan mendapat UPDATE PERCUMA selepas ini. Abaikan rujukan ini selepas 12 MEI 2012 kerana ianya pasti sudah 'obsolete' Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 4 Pendahuluan UPDATE: VERSI INI SESUAI DAN RELEVAN UNTUK sesi peperiksaan 12 MEI 2012 sahaja Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis PTD ini adalah tambahan kepada ebook versi lama yang kali terakhir digunakan pada Febrauri 2012 yang lepas. Beberapa perubahan menyebabkan naskhah ini perlu kepada proses kemaskini.
Selepas peperiksaan 12 Mei ini, naskhah ini pasti akan ada perubahan dan anda boleh abaikan naskhah ini dan dapatkan versi update selepas ini.
Pakej rujukan ini diterbitkan atas dasar memberikan satu maklumat yang komprehensif sebagai wadah untuk semua calon melakukan persediaan yang rapi.
Untuk peperiksaan PTD sebelum ini, setiap tahun secara kasarnya terdapat 2 kali peperiksaan bertulis tetapi tahun ini hanya sekali (12 Mei ini). Setiap sesi peperiksaan, puluhan ribu calon yang mengambil peperiksaan ini di seluruh negara. Tiadanya rujukan khusus yang boleh dijadikan persediaan sebelum menduduki peperiksaan adalah antara faktor kenapa calon GAGAL dalam peperiksaan ini dan betapa peningnya mendapat maklumat yang bercampur-baur dari internet. Kami yakin anda turut mengalaminya dan anda harus bersyukur kerana menjumpai laman tipsptd.com yang bakal mengenengahkan kepada anda bagaimana nak melakukan persediaan yang rapid an sekaligus LULUS dengan jayanya peperiksaan bertulis PTD ini nanti.
Sekali lagi terima kasih dan tahniah untuk anda yang memilih untuk memiliki PRPBGred41 ini, dan jadikanlah http://tipsptd.com/blog sebagai rujukan utama untuk kerjaya sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam. Pembelian anda ialah sebahagian dari sumbangan dalam memastikan kesinambungan maklumat percuma di blog tipsptd dan anda boleh jadikan blog tersebut sebagai rujukan masa-masa genting anda untuk Assessment Center dan temuduga nanti.
Diharapkan juga Pakej Rujukan ini bakal membantu persediaan anda untuk LULUS dan melayakkan diri ke sesi yang seterusnya nanti.
Penghargaan kepada semua Team Tips PTD dan juga editor, saudari Afraha Baiti binti Arif yang bertungkus lumus menyiapkan Pakej Rujukan ini. Mudah-mudahan usaha ini dapat menyumbang kepada keputusan yang bagus anda semua dalam peperiksaan bertulis nanti. Anda boleh menulis dan berkongsi maklumat atau sebarang pertanyaan dengan kami melalui email tipsptd@gmail.com dan kami amat mengalu-alukan feedback dari anda.
Salam kejayaan untuk anda dan selamat menduduki Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir dan Diplomatik! Pastikan anda membaca setiap helaian pakej ini kerana banyak tips dan strategi yang bakal anda ketahui.
Jangan lupa, mulakan dengan bahagian “Apa Yang Bakal ANDA Perolehi” Team Tips PTD Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 5 Apa Yang Bakal anda Perolehi Sebelum memulakan langkah persediaan anda, suka untuk kami ringkaskan apa yang bakal anda perolehi dari Pakej Rujukan ini.
Ianya akan diringkaskan seperti di bawah; Kenapa GAGAL? Pelan Tindakan Penutup & Doa Senarai Semak Penerangan Seksyen Penerangan Format Pecahan Soalan Strategi Persediaan Contoh Soalan Penerangan Format, Strategi Persediaan dan Contoh Soalan bagi Setiap Seksyen adalah PERKARA penting yang kami DEDAH kan kepada anda. Anda akan tahu bentuk soalan dan bagaimana untuk anda bersedia. Link khas disediakan untuk rujukan.
Sebab itu ia dinamakan DISKRIPSI PRIMA Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 6 Isi Kandungan Tajuk Mukasurat Kenapa GAGAL 7 Perincian, Strategi dan Contoh Soalan Bahagian 1: Seksyen A v Pecahan 1 v Pecahan 2 v Pecahan 3 v Pecahan 4 v Pecahan 5 v Pecahan 6 v Pecahan 7 10 13 16 18 19 22 25 27 Perincian, Strategi dan Contoh Soalan Bahagian 1: Seksyen B v Pecahan 1 v Pecahan 2 v Pecahan 3 v Pecahan 4 28 30 33 34 37 Perincian, Strategi dan Contoh Soalan Bahagian 1: Seksyen C v Contoh Teks Bahasa Melayu v Contoh Teks Bahasa Inggeris 41 42 45 Perincian, Strategi dan Contoh Soalan Bahagian 1: Seksyen D v Contoh Soalan 47 48 Perincian, Strategi dan Contoh Soalan Bahagian 1: Seksyen E v Contoh Soalan 50 51 Tips Khas: Bagaimana Menulis Esei Dengan Baik v Isu-isu yang perlu diberi perhatian dalam Seksyen D dan E 53 54 Perincian, Strategi dan Contoh Soalan Bahagian 11: Seksyen A v Sahsiah Diri 56 57 Ringkasan Keseluruhan seksyen 59 Senarai Semak 60 Kit Persediaan 61 Senarai Isi Kandungan buku “Malaysia Kita” 62 Penutup dan Doa 64 Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 7 Kenapa GAGAL? Ada beberapa sebab yang menyumbang kepada kegagalan calon-calon ujian bertulis ini tak kiralah PTD atau skim-skim yang lain. Anda boleh rujuk dalam ebook PERCUMA “27 Sebab kenapa Calon GAGAL Ujian PTD” yang diedarkan secara percuma di blog http://tipsptd.com/blog Kenalpasti sebab gagal dan anda cuba pastikan ianya tidak berlaku pada anda. Anda harus baca ebook tersebut! Untuk tindakan pantas, kami senaraikan beberapa sebab penting yang mana antara lainnya, calon gagal sebab terlalu gemuruh! Apabila terlalu gemuruh, maklumat yang ada di kepala anda hilang dan tidak keluar. Anda mungkin memandang remeh isu ini tetapi inilah hakikat yang berlaku. Seringkali ada sahaja calon yang berpeluh satu badan dan tak senang duduk semasa exam lantas pulang awal sebab tak mampu lagi meneruskan exam tersebut. Kenapa mereka gemuruh? Kalau ianya memang satu symptom kebiasaan anda, anda perlu kepada ubat. Ada beberapa ubat penenang yang anda boleh dapatkan di farmasi untuk tindakan pantas. Tapi untuk jangkamasa panjang, kami sarankan anda mengambil ubat penenang yang merupakan ‘tissue salt’ dari klinik perubatan homeopathy. Perubatan homeopathy memberikan tindakbalas yang sedikit lambat, tapi jika anda mengalami masalah gemuruh, eloklah mengamalkannya dan ianya selamat serta tiada kesan sampingan berbanding ubat penenang yang dijual di farmasi. Sebab lain yang menyumbang kepada gemuruh ini ialah disebabkan kecuaian calon tersebut. Calon tersesat dan tak jumpa jalan ke tempat peperiksaan ataupun tersekat dalam traffic jam lalu lewat ke tempat peperiksaan. Ada juga lupa peralatan yang diperlukan termasuk IC dan lain-lain, tersilap masuk dewan peperiksaan, berada ditempat yang salah dan lain-lain. Semua ini perkara remeh dan tak sepatutnya berlaku kepada anda. Siapkan diri anda awal-awal, ini adalah persediaan fizikal yang perlu diselesaikan awal. Kalau boleh anda pergi melihat tempat peperiksaan sehari awal atau sebelum peperiksaan, jadi anda tak gelabah tersesat dan sebagainya.
Tolong ambil perhatian perkara ini kerana ianya penting dan selalu diabaikan. Pastikan semua kelengkapan alat tulis ada, IC dan surat panggilan juga ada. Cuba tiba awal di pusat peperiksaan dan biarkan diri anda ber’asimilasi’ dengan suasana pusat peperiksaan tersebut.
Amik nafas dalam-dalam dan cuba bermeditasi seketika. Bacalah doa-doa yang Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 8 anda belajar untuk menenangkan diri.
Kami ada kongsikan doa di blog tipsptd untuk anda amalkan sebelum peperiksaan. Faktor kegagalan yang lain ialah anda terperanjat dengan soalan yang ditanya. Soalan terlalu banyak, diluar jangkaan, masa terhad dan sebagainya. Dalam kata lain ianya disimpulkan sebagai calon gagal sebab tak tahu format dan bentuk soalan yang bakal ditanya. Kami yakin setelah anda membaca nota ‘Diskripsi Prima’ ini, masalah ‘terkejut’ ini sudah tiada harapnya sebab anda tahu apa yang bakal anda lalui. Fahami dan tahu apa skop yang bakal ditanya juga jumlah soalannya supaya anda dapat ‘bajet’ masa anda untuk peperiksaan ini. Jangan ambil ringan isu ini, walaupun anda lulusan universiti, tetapi itu tidak menjamin anda tenang setelah melihat soalan-soalan yang bakal ditanya. Jadi bersedialah lebih awal, tahu format, tahu skop yang bakal ditanya dan harapnya kejayaan menanti anda. Tiada persediaan rapi adalah faktor umum kegagalan anda dalam apa bidang sekalipun. Terlalu yakin atau sekadar pergi mencuba nasib merupakan attitude yang berbeza tapi menyumbang ke satu natijah yang sama iaitu KEGAGALAN. Satu fakta yang anda kena tahu ialah, jumlah calon yang layak menduduki peperiksaan bertulis untuk skim PTD sahaja setiap tahun ialah lebih kurang antara 70 ribu ke 80 ribu orang dan calon yang dipanggil ke sesi PAC adalah sekitar 6 ribu ke 7 ribu calon sahaja. Jadi soalan yang dirangka ialah untuk menyingkirkan hampir 90% calon yang menduduki peperiksaan!! Anda akan dapati ada soalan yang tak masuk akal langsung seperti pengatahuan tentang jenis gendang kaum Penan dan sebagainya. Apa yang kami cuba sampaikan ialah tidak kiralah anda graduan kelas pertama ke kelas ketiga ke, anda tiada kelebihan masa itu. Anda perlu bersaing dengan semua orang yang dipanggil ke peperiksaan tersebut. Kebanyakan calon terlalu yakin dan pergi tanpa persediaan yang rapi. Kenapa anda harus jadi seperti mereka? Buat persediaan rapi, siapkan diri anda dengan maklumat yang diperlukan, hampir pasti anda bakal berada dalam kelompok yang bakal dipanggil ke PAC. Sekali lagi kami suka tegaskan, anda perlu bersedia, jangan pergi untuk sekadar mengambil peperiksaan sahaja, tapi pergi dengan persediaan yang rapi, ilmu penuh di dada dan untuk berjaya, bukan untuk menjadi ‘calon kebanyakan’! Faktor lain ialah, sangkut pada ujian Matematik. Tentang ujian Matematik, untuk graduan aliran Sains, tidak menjadi masalah utama, tapi untuk graduan aliran Sastera, ada sedikit masalah. Soalan bahagian ini sebenarnya tidak memerlukan anda memiliki kemahiran matematik yang tinggi, silibus nya Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 9 hanya sekadar matematik tingkatan 5 yang anda lulus dengan cemerlang 5-10 tahun yang lalu. Itu yang dinyatakan oleh pihak SPA, tapi bagi kami soalan hanya mencakupi silibus tingkatan 3, (campur, tolak, darab, bahagi, pecahan) dan tambahan kepada skil penyelesaian masalah. Yang selebihnya adalah ‘analytical’ yang tak memerlukan anda membuat pengiraan langsung. Tak usah gelabah, anda baca soalan matematik tersebut dengan sedikit teliti dan kami pasti anda boleh menjawabnya. Jawab soalan dibahagian IQ dengan pantas dan luangkan lebih masa untuk bahagian matematik. Buatlah satu dua set ujian peperiksaan PMR dan cari beberapa soalan analitikal penyelesaian masalah dari internet. Tak susah, percayalah! Faktor lain ialah gagal menjawab soalan esei. Ini faktor kritikal, anda harus tahu isu semasa untuk menjawab soalan esei ini. Banyakkan membaca akhbar dan ambil peduli tentang isu-isu nasional sekarang. Luangkan masa menonton berita setiap malam mulai sekarang. Penting untuk anda mengetahui isu semasa, jangan main hentam sahaja dan akhirnya anda memberikan satu gambaran yang salah tentang isu tersebut. Sebolehnya kami tak nak membebel tentang isu ini, anda seorang graduan universiti, jadi anda harus tahu apa yang perlu anda lakukan untuk memperkayakan diri anda dengan maklumat-maklumat ini. Dalam ‘Diskripsi Prima’ ini dilampirkan juga bagaimana menulis esei dengan baik dan senarai tajuk-tajuk yang telah diperincikan mengikut kumpulan tertentu dan semua ini terserahlah kepada anda untuk ambil tindakan. Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 10 “Penerangan Format, Strategi Persediaan dan Contoh Soalan bagi Setiap Seksyen” BAHAGIAN I Seksyen A: Pengetahuan Am Mengenai Malaysia Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 11 Seksyen A: Pengetahuan Am Mengenai Malaysia Penerangan Format Ianya adalah seksyen pertama dalam kertas penilaian dan merupakan seksyen yang mempunyai paling banyak soalan. Anda diberikan masa 45 minit untuk menjawab 60 soalan. Ianya tertakluk kepada perubahan. Tapi secara umumnya itu adalah format yang digunapakai sehingga tahun seperti yang telah dinyatakan dalam edaran umum SPA tahun 2012. Sedikit berbeza dengan peperiksaan bertulis jawatan lain sebelum ini (40 minit/50 soalan). Sekali lagi formatnya; · Tempoh: 45 minit · Jumlah Soalan: 60 soalan Soalan yang tercangkum dalam bahagian ini meliputi skop yang sangat luas dan seringkali berada di luar jangkaan. Ianya menuntut anda mempunyai pengetahuan asas yang luas dan sebenarnya ianya berpaksikan kepada sejauh mana anda peka dengan persekitaran. Itu adalah satu criteria sebenarnya yang diuji dalam bahagian ini, bagaimana anda peka dan sensitif kepada isu-isu penting lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu nasional. Tetapi melalui analisis yang mendalam, sebenarnya soalan-soalan mencakupi beberapa bahagian yang penting yang menjadi paksi kepada pembahagian soalan-soalan dalam bahagian ini. Kita akan menganalisis satu persatu bahagian yang dikemukakan soalan dalam seksyen A ini. Antara skop pengkhususan soalan dalam bahagian ini ialah; ü Sejarah Malaysia ü Struktur Pentadbiran Negeri dan Pusat ü Skop Tugasan Badan dan Perjawatan ü Isu Nasional ü Dasar Pentadbiran Negara ü Tarikh dan Fakta Penting ü Lain-lain di luar skop Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 12 Ianya adalah pecahan berdasarkan pemerhatian dan ‘feedback’ yang diterima oleh kami di tipsptd.com/blog sepanjang menyalurkan maklumat kepada pembaca-pembaca yang dahagakan maklumat mengenai peperiksaan PTD. Pecahan itu adalah sebagai panduan umum untuk memudahkan anda melakukan rujukan dan persediaan rapi dalam peperiksaan peringkat ini.
Ianya bukanlah sesuatu yang rasmi, tetapi lebih kepada gambaran umum kepada anda. Dengan pembahagian ini, seharusnya anda akan jadi lebih jelas dan terarah dalam melakukan persediaan sebelum menghadapi peperiksaan bertulis.
Ramai yang menyatakan seksyen A ini adalah satu seksyen yang sengaja diadakan untuk memerangkap calon dan ianya sama-sekali tidak masuk akal kerana skop yang dirangkumi oleh seksyen ini terlalu luas.
Bahkan dalam penghuraian seksyen ini oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sendiri mereka menyatakan yang tiada rujukan khusus untuk persediaan seksyen ini. Dalam hebahan umum SPA menyatakan; “Di dalam kertas peperiksaan ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkaraperkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan perkara-perkara lain berkenaan dengan politik, ekonomi, sosial, sains, teknologi, sastera, kebudayaan, kesenian, muzik, sukan dan lain-lain perkembangan di seluruh dunia pada amnya dan khususnya yang ada kena mengena dengan Malaysia. Perkara ini terlalu umum dan tidak ada buku-buku teks yang tertentu untuk dibaca dan soalan-soalan akan disediakan begitu meluas. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda di dalam aneka lapangan akademik. Siswazahsiswazah yang selama ini mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan mudah menjawab soalan-soalan ini. Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.” Tapi kami tetap berusaha untuk memudahkan anda dan kami akan tunjukkan melalui pemerhatian yang dibuat bagaimana soalan-soalan ini dibentuk sebenarnya dan bagaimana menyediakan diri anda untuk menjawab soalan-soalan seksyen A ini.
Kami akan huraikan satu persatu pecahan bahagian yang telah dinyatakan sebelum ini beserta contoh-contoh soalan yang menggambarkan pecahan tersebut. Dan sekali lagi diingatkan yang pecahan itu merupakan hasil pemerhatian kepada soalan-soalan yang lepas. Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 13 Huraian Seksyen A: Pecahan 1- “Sejarah Malaysia” Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pada 4 sesi peperiksaan SPA yang lepas (PTD Julai 2011, Dadah November 2011, Penguasa Kastam Februari 2012 dan Juruaudit Mac 2012) tiada soalan khusus berkaitan SEJARAH dikeluarkan.
Tetapi ini tidak bermakna persediaan berkaitan sejarah harus diabaikan kerana tidak mustahil ianya akan ditanya untuk sesi kali ini. Luangkan sedikit masa untuk membuat rujukan pantas berkaitan sejarah (tidak perlu terlalu tumpu) JIKA DITANYA untuk bahagian Sejarah Malaysia, persediaan anda, ABAIKAN bab-bab yang berhubungkait dengan isu-isu antarabangsa.
Fokus kepada yang menjurus kepada yang berkaitan dengan Sejarah Malaysia. Boleh juga mendapatkan buku Sejarah Malaysia atau Malaysia Kita untuk memantapkan persediaan anda. Anda tak perlu risau sangat kerana semuanya sebenarnya sudah ada dalam benak fikiran anda kerana kita pernah melaluinya zaman persekolahan dahulu dan maklumat itu sebenarnya sudah pun tersimpan dalam memori kita. Apa yang kita perlukan ialah sedikit bacaan yang boleh mengingatkan kita semula. Jadi ianya tidaklah sesusah kita mengambil peperiksaan dahulu kerana semua itu adalah baru bagi kita ketika itu. Sebab itu anda perlu ‘smart’ dalam persediaan kali ini. Cari buku-buku rujukan yang ringkas (point system) yang hanya menekankan isi-isi penting sahaja. Jangan membaca rujukan yang seperti buku teks kerana ianya disediakan untuk menghuraikan dan memahamkan pembaca yang membaca untuk mengetahui fakta buat kali pertama. Situasi ini lain dengan anda, anda Cuma nak mengingat kembali apa yang pernah anda faham dan tahu satu ketika dahulu. Jadi jimatkan masa dan tenaga anda, hanya cari nota-nota yang bercirikan point form dan sudah barangtentu ianya akan menjimatkan masa anda. Jadi bagaimanakah soalan yang selalu ditanya yang berkaitan dengan Sejarah Malaysia? Ini adalah sebahagian soalan yang berkaitan; Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 14 1. Berikut adalah syarat-syarat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 yang ditandatangani oleh Francis Light setelah meneliti tawaran dari Sultan Abdullah kecuali? a. Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) harus melindungi Kedah b. SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah c. SHTI hendaklah membayar 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada Sultan Kedah sebagai pampasan d. SHTI hendaklah membantu Kedah sekiranya diserang musuh e. SHTI boleh mengambil sebahagian kawasan lombong jajahan Kedah 2. Ketika Sultan Abdullah menyerang untuk mengambil semula Pulau Pinang, baginda mendapat bantuan dari banyak pihak seperti; a. Temasek b. Acheh c. Riau d. Raja Thai e. British 3. Kenapa Kedah menjadi tarikan UTAMA British? a. Kedudukan strategik Kedah di laluan antara timur dan barat b. Sebagai tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun untuk perdagangan dengan China c. Banyak barang dagangan di negeri Kedah yang dibawa dari Negara luar Seperti China d. Perkembangan Kuala Kedah sebagai pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu e. Untuk dijadikan Pelabuhan persinggahan dan Pengkalan tentera 4. Penentangan Mat Salleh di Sabah pada tahun 1897 adalah rentetan peristiwa percubaan berunding pada tahun 1897 dengan Gabenor Beaufort, C.V.Creagh mengenai masalah; Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 15 a. Cukai yang tidak wajar b. Pembahagian kuasa jajahan daerah yang tidak adil c. Pengambilan hak penduduk keturunan Bajau dan Suluk d. Penindasan dan kekerasan pegawai SBUB e. Penguatkuasaan lesen perhutanan yang membebankan penduduk 5. Penentangan Dato’ Bahaman adalah disebabkan faktor.. a. Perlucutan gelaran oleh Hugh Clifford yang menjatuhkan maruah beliau sebagai orang besar jajahan b. Larangan mengutip cukai di daerah Temerloh c. Pembinaan Balai Polis di Lubuk Teruap yang merupakan kawasan Dato’ Bahaman d. Konflik kesetiaan kepada Raja e. Sultan Ahmad seperti dikuasai oleh British dan meminta bantuan Dato’ Bahaman 6. Apakah yang dimaksudkan dengan semangat Kebangsaan? 7. Perjuangan menuntut kemerdekaan melalui mata pena juga merupakan satu firqah yang berkesan yang menyumbang kepada kebangkitan rakyat. Bagaimana ianya bermula? 8. Apakah yang diperjuangkan oleh Kesatuan Melayu Muda pimpinan Ibrahim Haji Yaakob yang akhirnya menyebabkan mereka tersisih dalam pembentukan Tanah Melayu? Semua 10 soalan tersebut adalah soalan contoh yang merangkumi pecahan Sejarah Malaysia dalam Seksyen A. Harus diingatkan anda diberi pilihan jawapan yang hampir dan anda perlu berhati-hati dalam memilih jawapan. Pilihan jawapan selalunya 5 (a-e) berdasarkan format terdahulu, tetapi untuk kali ini tidak mustahil ada parubahan. Anda harus cepat dan pantas menjawab soalan-soalan ini. Jadi sebolehnya anda sediakan diri anda dengan pengetahuan yang komprehensif meliputi Sejarah Malaysia. Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 16 Huraian Seksyen A: Pecahan 2 - “Struktur Pentadbiran Negeri dan Pusat” Soalan pecahan ini ditanya dalam peperiksaan sebelum ini dan ada kemungkinan soalan pecahan Struktur Pentadbiran Negeri dan Pusat juga akan ditanya dalam peperiksaan kali ini Bahagian ini menuntut anda memahami secara umum tentang bagaimana pembahagian tugas peringkat negeri dan pusat. Pengetahuan bagaimana struktur jabatan-jabatan negeri dan bagaimana perhubungannya dengan kerajaan pusat. Di samping itu pengetahun tentang perlembagaan, bagaimana undang-undang dibuat dan proses parlimen, pengesahan dari badan eksekutif. Jika boleh diperincikan, ianya juga mencakupi sistem pemerintahan dan pentadbiran Negara. Rujukan yang sesuai ialah buku Sejarah Tingkatan 5, buku Malaysia Kita dan rujukan Pengajian Am Tingkatan 6. Anda boleh rujuk manamana yang mudah diperolehi atau sumber sedia ada. Berikut adalah contoh soalan dalam bahagian ini; 1. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang Ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan dia mestilah seorang yang a. Beragama Islam b. Pernah menjadi Menteri Kabinet c. Keturunan Melayu d. Menjadi warganegara mengikut operasi undand-undang e. Menjadi warganegara secara masukan 2. Pembahagian jabatan-jabatan di peringkat negeri secara umumnya ada dua bahagian dan ianya adalah; a. Jabatan Pusat dan Jabatan Negeri b. Jabatan Negeri dan Jabatan Daerah c. Jabatan Negeri dan Kementerian d. Jabatan Negeri dan Jabatan Persekutuan e. Jabatan Jabatan Negeri dan Cawangan Jabatan Persekutuan Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 17 3. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai: a. Penubuhan ASEAN b. Penubuhan kawasan aman, bebas, dan berkecuali di Asia Tenggara c. Penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN d. Keputusan Filipina berkenaan dengan pengguguran tuntutan Kerajaan mereka ke atas Sabah e. Penubuhan pakatan Ketenteraan di antara Negara-negara ASEAN 4. Perlembagaan boleh dipinda dengan syarat tertentu yang antaranya sokongan 2/3 ahli dewan rakyat. Antara kepentingan pindaan Perlembagaan yang harus dihayati: a. Mengikut kesesuaian idealogi kerajaan semasa b. Membuang mana-mana perlembagaan yang dianggap berat sebelah c. Membentuk satu pembaharuan yang menyeluruh d. Melindungi kepentingan rakyat e. Supaya tiada percanggahan dengan dasar dan polisi baru 5. Bidang pentadbiran Negara adalah yang berikut kecuali: a. Ekonomi b. Sosial c. Agama d. Keselamatan e. Pendidikan 6. Setiap kementerian di kerajaan Pusat mempunyai agensi-agensi yang mempunyai bidang kerja di bawah skop kerajaan pusat. Bagaimana pulak keadaan agensi di negeri-negeri? 7. Berikut adalah langkah carta alir dalam perlaksanaan Pilihanraya Umum yang betul. Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 18 8. Yang manakah antara berikut merupakan tunjuk arah yang betul dalam penyusunan hierarki kuasa dalam badan perundangan Negara? 9. Kerajaan Negeri dan Pusat mempunyai peranan yang berbeza dalam beberapa aspek tetapi juga mempunyai senarai tugasan bersama. Manakah antara berikut termasuk dalam senarai tugasan bersama? 10. Komanwel ditubuhkan berdasarkan idea yang dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang dianggotai oleh Negara-negara Dunia Ketiga dan tujuan utamanya ialah: Jangan lupa juga untuk melihat kembali struktur kementerian yang dirangka di bawah pentadbiran Dato’ Seri Najib beserta menteri-menteri yang bertanggungjawab. Di samping itu beri perhatian yang lebih mengenai jabatan-jabatan negeri dan juga tugasan kerajaan tempatan. Apakah bidang tugas kerajaan negeri dan apakah hak eksklusif kerajaan negeri yang tidak boleh ada campur tangan dari kerajaan pusat secara umumnya. Untuk bahagian pentadbiran kerajaan pusat, ambil maklum tentang perjalanan Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan bagaimana fungsi kedua-dua dewan dalam melancarkan pentadbiran. Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 19 Huraian Seksyen A: Pecahan 3 - “Skop Tugasan Badan dan Perjawatan” Dalam bahagian ini sebenarnya rujukannya adalah sama dengan pecahan ‘struktur pentadbiran Negeri dan Pusat’, cuma ianya lebih berfokus kepada fungsi jabatan dan jawatan tertentu. Atau lebih mudah, soalannya terus mengenai tugas jawatan dan jabatan. Tipsnya ialah ambil tahu tugas-tugas umum jabatan kerajaan dan jawatan yang penting dalam gagasan pentadbiran kerajaan. Berikut adalah antara soalan-soalan yang akan membuatkan anda lebih faham apa yang dimaksudkan dengan pecahan bahagian ini. 1. Berikut adalah skop tugasan kawal selia yang dijalankan bersama diperingkat negeri dan pusat kecuali: a. Perkhidmatan tempatan b. Cuti negeri c. Undang-undang negeri d. Parit dan tali air e. Tanah 2. Skop tugasan Suruhanjaya Pilihanraya mencakupi semua di bawah kecuali: a. Penetapan tarikh penamaan calon b. Semakan Manifesto parti bertanding c. Pembatalan keputusan pilihanraya d. Pengumuman keputusan pilihanraya e. Sebagai badan yang memerintah sementara 3. Organization of the Islamic Conference (OIC) ditubuhkan selepas kegagalan Liga Bangsa. Apakah tujuan utama OIC ditubuhkan? 4. Apakah peranan yang dimainkan oleh Raja-raja Melayu dalam sistem peperintahan Negara? 5. Bagaimana seorang Pegawai Daerah memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dilaporkan melalui Penghulu Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 20 Huraian Seksyen A: Pecahan 4 - “Isu Nasional” Dalam bahagian ini sebenarnya strategi persediaan tidaklah begitu spesifik. Ianya lebih berfokuskan sejauh mana anda sensitif dengan isu-isu dalam negara seperti isu kenaikan harga gula, bencana alam dan sebagainya dan bagaimana kerajaan mengambil langkah proaktif dalam menanganinya. Jika anda seorang yang peka dan membaca akhbar secara rutin, bukanlah menjadi satu masalah untuk anda menjawab soalan berbentuk seperti ini. Jadi umumnya, persediaan untuk seksyen ini ialah, banyakkan membaca akhbar dan lazimi diri anda dengan mendengar berita setiap hari. Antara soalan yang sempat kami kumpul berkait dengan pecahan Isu Nasional ini adalah seperti di bawah; 1. Tahun 2009 menyaksikan keadaan ekonomi yang global yang berada dalam peringkat pemulihan sekaligus menyaksikan kenaikan harga barangan secara keseluruhannya. Antara yang menyumbang ke arah peningkatan harga barang adalah perkara di bawah kecuali: a. Keadaan keamanan dunia secara keseluruhannya b. Kenaikan harga minyak dunia c. Bencana alam di Negara-negara pengeluar barangan d. Kejatuhan matawang Amerika Syarikat e. Situasi inflasi dunia 2. Kenaikan harga minyak dunia memberi kesan kepada pelan subsidi minyak oleh kerajaan. Apakah langkah utama yang diambil oleh kerajaan dalam mengukuhkan sistem subsidi minyak? a. Memansuhkan subsidi terus kepada minyak tetapi membayar rebat b. Memperkenalkan penggunaan minyak RON’95 sebagai penggunaan prima c. Memperkuatkan kawalan penyeludupan minyak oleh Negara jiran d. Mengkaji semula kaedah pemberian subsidi minyak Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 21 e. Menggalakkan penggunaan NGV sebagai alternatif bahan bakar 3. Isu graduan menganggur adalah sesuatu yang dipandang serius oleh kerajaan bahkan kerajaan telah merangka dan melancarkan pelbagai pelan dalam menangani masalah ini. Antara berikut yang manakah bukan langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menangani masalah pengangguran: a. Gesaan kepada industri supaya mewujudkan skim latihan sementara untuk meningkatkan kualiti modal insan b. Latihan keusahawanan kepada graduan c. Menggalakkan graduan menyertai industri kecil melalui peruntukan melalui agensi-agensi seperti MARA dan TEKUN d. Mengkaji semula silibus universiti supaya melahirkan graduan yang diperlukan oleh industri e. Menyediakan medium penambahan nilai melalui kursus-kursus kemahiran 4. Apakah tujuan utama Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 10 Mac 2009 yang lalu? 5. Antara perkara penting yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi ialah Pembiayaan Pengajian Ijazah Lanjutan. Apakah pakej lain yang diperkenalkan yang bersangkutan dengan pendidikan Negara? 6. Isu H1N1 yang melanda Negara ditangani dengan baik dan dalam kawalan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagaimanakah tindakan Malaysia dalam menangani masalah ini? Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 22 Huraian Seksyen A: Pecahan 5 - “Dasar Pentadbiran Negara” Soalan yang kami klasifikasikan dalam pecahan ini merangkumi dasar-dasar kerajaan dan bagaimana kerajaan pusat khususnya menangani isu-isu dalam Negara mahupun luar Negara. Di samping itu, ianya juga memfokuskan tentang dasar-dasar baru kerajaan yang merangkumi slogan kerajaan, apa yang hendak dicapai contohnya dalam isu KPI dan sebagainya. Untuk persediaan dalam pecahan ini sebenarnya ia sama dengan persediaan pecahan Isu Semasa sebelum ini. Anda perlu peka dengan berita dan dasar-dasar baru kerajaan. Rujukan utama yang boleh disarankan ialah portal kerajaan di www.malaysia.gov.my yang mana merekodkan segala dasar-dasar baru kerajaan dan sewajarnya menjadi rujukan utama anda. Berikut adalah contoh soalan yang kami golongkan dalam pecahan ‘Dasar Pentadbiran Negara’; 1. Zon bebas di bawah Akta Zon Bebas 1990 menggariskan semua di bawah perkara yang perlu dikaji terlebih dahulu sebelum pengisytiharan zon bebas kecuali: a. Kesesuaian kawasan b. Penyediaan kemudahan infrastruktur c. Populasi penduduk d. Langkah-langkah keselamatan bagi membenteras pelarian cukai e. Menentukan Pihak Berkuasa Zon dan keperluan berkaitan 2. Pengagihan anggaran perbelanjaan persekutuan 2009 dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu tanggungan sebanyak 11.6%, pembangunan sebanyak 25.9% dan bekalan sebanyak 62.5%. Berapakah sebenarnya angka yang dianggarkan untuk urusan ini: a. RM207,899 juta b. RM107,899 juta c. RM307,899 juta Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 23 d. RM97,899 juta e. RM407.899 juta 3. Menteri Kewangan mempunyai bidang kuasa menambah dan mengeluarkan lebih peruntukan di bawah akta perbekalan, tetapi kebiasaannya peruntukan awal sudah memadai bagi setiap kementerian. Antara senarai kementerian di bawah, yang manakah mendapat peruntukan yang paling tinggi pada 2009? a. Kementerian Kesihatan b. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan c. Kementerian Pelajaran d. Kementerian Pengajian Tinggi e. Kementerian Pertahanan 4. Dasar Bioteknologi Negara yang diperkenalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi masih diteruskan oleh Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak dan ianya memfokuskan 9 Inisiatif Utama. Yang manakah antara berikut tidak termasuk dalam 9 Perkara tersebut: a. Pembangunan Bioteknologi Pertanian b. Pembangunan Penjagaan Kesihatan Bioteknologi c. Pembangunan Modal Insaniah d. Pembangunan Bioteknologi Perangkaan Molekular e. Pembangunan Bioteknologi Industri 5. Langkah mengukuhkan integriti pentadbiran Negara dilakukan dengan begitu proaktif antaranya mengekang dan membendung gejala rasuah. Antara langkah penting yang diambil kerajaan ialah: a. Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantikan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) b. Penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menilai tahap integriti Polis Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 24 c. Pelantikan anggota SPRM yang bebas dan telus yang dipersetujui oleh majoriti ahli Dewan Rakyat d. Mempercepatkan urusan siasatan yang melibatkan rasuah terutama yang berprofil tinggi e. Memberi jaminan keselamatan kepada pemberi maklumat 6. Belanjawan tahun 1998 dalam keadaan ekonomi dan politik yang kurang stabil telah mengemukakan 4 strategi utama. Manakah antara berikut tidak termasuk dalam strategi tersebut: a. Memperteguhkan asas ekonomi dan menstabilkan pasaran kewangan b. Mengekalkan pertumbuhan mapan c. Meneruskan proses deregulasi dan liberalisasi ekonomi d. Menghentikan sementara projek-projek yang menelan belanja besar e. Meneruskan agenda sosial bagi pembangunan yang lebih menyeluruh 7. Pelan Induk Perindustrian (PIP) 1986-1995 di bawah Dasar Perindustrian Negara menggariskan beberapa matlamat di bawah kecuali: a. Menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin pertumbuhan perindustrian Negara b. Menggalakkan sepenuhnya penggunaan sumber asli Negara c. Mengukuhkan tahap penyelidikan dan pembangunan d. Penubuhan dana khas untuk merancakkan perindustrian Negara e. Pembinaan asas tenaga mahir melalui R&D UPDATE 2012: Rujuk Contoh Soalan Seksyen A (1-20) Ianya adalah khusus untuk soalan berkaitan Government Transformation Program. Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 25 Huraian Seksyen A: Pecahan 6 - “Tarikh dan Fakta Penting” Pecahan seksyen ini merupakan satu faktor yang boleh menyebabkan anda tergelincir. Anda tidak boleh menggunakan logik akal dalam pecahan ini. Ianya merupakan fakta yang harus diketahui. Selalunya ianya bersangkutan dengan tarikh-tarikh peristiwa penting yang besar dan juga fakta penting dalam Negara. Persediaan untuk pecahan ini hanyalah melalui pembacaan dan pengetahuan umum anda. Mungkin anda boleh melihat sedikit sebanyak mengenai penganjuran sukan Komanwel dan Olimpik di mana dan tahun berapa; sekadar memberi cadangan. Terkini 2012 mungkin akan ditanya soalan berkaitan lokasi sukan Olimpik yang akan dilangsungkan tak lama lagi (Lee Chong Wei sebagai sasaran EMAS Pertama Negara). Berikut adalah antara soalan pecahan ini yang pernah ditanya dalam soalan-soalan sesi lepas; 1. Di manakah lokasi Piala Dunia 2010 bakal diadakan? a. Afrika Selatan b. Brazil c. Copenhagen d. Perancis e. England 2. Siapakah pemenang pingat Olimpik pertama Malaysia? a. Rabuan Pit b. Razif/Jalani Sidek c. Cheah Soon Kit/Yap Kim Hock d. Nicol Ann David e. Malek Noor 3. Antara berikut, siapakah yang tidak pernah menjawat jawatan Ketua Hakim Negara Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 26 a. Tun Mohamed Azmi Mohamed b. Tun Syed Sheikh Hassan Barakbah c. Tun Syed Ahmad Nasir d. Tun Abdul Hamid Omar e. Tun Abdul Hamid Mohamad 4. Bilakah Malaysia menjadi tuan rumah sukan Komanwel? a. Mei, 1998 b. Jun, 1998 c. Julai, 1998 d. Ogos, 1998 e. September, 1998 5. Di manakah ibu pejabat Sekretariat ASEAN? a. Jakarta, Indonesia b. Kuala Lumpur, Malaysia c. Singapura d. Bangkok, Tahiland e. Bandar Seri Begawan, Brunei 6. Singapura bersama Tanah Melayu pada tahun 1963 ketika gabungan Sabah dan Sarawak menjadi Malaysia tetapi selepas itu keluar dari Malaysia dan menjadi Negara Republik. Tahun berapakah peristiwa itu berlaku? a. 1964 b. 1965 c. 1966 d. 1963 e. 1968 Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 27 Huraian Seksyen A: Pecahan 7 - “Lain-lain di luar skop” Pecahan ini merupakan pecahan yang boleh dikategorikan sebagai ‘uncategorized’. Soalansoalan dalam pecahan ini banyak yang membuatkan calon-calon terkedu. Ianya boleh merangkumi sejarah, budaya, muzik, sastera, peribahasa dan lain-lain. Ianya lebih kepada hakikat ‘anda tahu, anda jawab’ atau ‘either you know or you don’t know’. Jadi tiada persediaan spesifik yang boleh dilakukan untuk proses ini. Jika anda tahu maka ianya adalah satu bonus buat anda. Contoh soalan yang berjaya kami kumpulkan dalam pecahan ini; 1. Di antara senarai rancangan yang disenaraikan di bawah, rancangan televisyen yang manakah yang mendapat senarai ranking antara yang tertinggi oleh berita harian bagi tahun 2005? 2. Sekiranya artis antarabangsa ingin mengadakan persembahan di dalam negara, agensi-agensi apakah yang terlibat? 3. ‘Sida adat’ adalah perkahwinan berlainan status sosial di kalangan masyarakat di Sarawak. Apakah istilah yang digunakan untuk perkahwinan sama status sosial oleh mereka? 4. Senarai di bawah menyatakan tentang filem Puteri Gunung Ledang. Pilih penyataan yg salah. 5. Maksud peribahasa “Paksa tekukur padi rebah, paksa tikus lengkiang terbuka..” 6. Berikut adalah tarian suku kaum dari Sabah kecuali: 7. Selain ‘berian’, apakah bahagian penting lain dalam ‘adat menuga’ 8. Undang Luak Johol, Undang Luak Jelebu dan Undang Luak Rembau adalah tiga dari Undang Empat di Negeri Sembilan. Kawasan manakah yang mempunyai Undang Luak yang keempat? 9. Maksud ‘panjang usus’ adalah.. Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 28 “Penerangan Format, Strategi Persediaan dan Contoh Soalan bagi Setiap Seksyen” BAHAGIAN 1 Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 29 Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah Penerangan Format Seksyen B pula adalah berkaitan dengan daya menyelesaikan masalah yang perlu dijawab dalam masa 45 minit, sebanyak 40 soalan. Kebanyakan calon mengeluh yang masa yang diberikan sama sekali tidak mencukupi. Secara umumnya format yang digunapakai tahun 2012 adalah sama dengan format tahun-tahun sebelum ini sejak tahun 2009 lagi. Sekali lagi, format tahun ini ialah; · Tempoh: 45 minit · Jumlah Soalan: 40 soalan Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, interpretasi dan analisis data serta konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam seksyen B ini kepada 4 bahagian utama iaitu; ü Penyelesaian Masalah ü Menginterpretasi Data ü Soalan Matematik ü Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test) Seperti pada huraian sekyen A, kita akan pergi kepada analisis yang lebih mendalam tentang bentuk soalan untuk setiap pecahan di atas dan setiap pecahan akan disertakan contoh dan tips bagaimana untuk anda melakukan persediaan. Ianya tidaklah sesusah yang disangka bahkan bagi kami, bahagian ini adalah satu bahagian yang paling menyeronokkan. Untuk sesi sehingga 2009 - 2012, anda tidak dibenarkan membawa kalkulator semasa peperiksaan ini, jadi kemahiran pengiraan cepat dan congak anda amat diperlukan di sini. Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 30 Huraian Seksyen B: Pecahan 1 – Penyelesaian Masalah Dalam bahagian ini, soalan yang diberikan merupakan satu teks yang mengelirukan. Anda mungkin perlu tulis isi penting dalam teks yang diberikan supaya tak cepat keliru. Baca dengan teliti dan cuba dengan pantas ‘grab’ apa yang disampaikan. Persediaan untuk bahagian ini ialah anda boleh cari set-set soalan yang khusus tentang penyelesaian masalah. Tapi secara umumnya ianya bukanlah susah, anda perlu sedikit masa dan proses ‘reasoning’ yang waras untuk menjawab soalan ini. Ianya menguji daya logik anda dan kemahiran menyelesaikan masalah. Contoh soalan dalam bahagian ini ialah; 1. Sila pilih kenyataan-kenyataan yang boleh dipercayai yang telah diberikan oleh individu berikut: Peguambela: “Yang dituduh tidak bersalah kerana dia tidak berada di tempat kejadian jenayah berlaku” Jururawat: “Jika anda makan ubat ini 3 kali sehari, anda akan sembuh dengan segera” Profesor Ekonomi: “Keadaan inflasi di Malaysia akan berkurangan dalam masa 2 tahun lagi memandangkan perkembangan ekonomi dunia sekarang Penganggur: “Saya sudah memohon kerja di lima buah tempat, tetapi semua memberi jawapan tidak ada kerja kosong a. Penguambela b. Jururawat c. Profesor ekonomi d. Penganggur e. Peguambela dan Jururawat Jawapan: D Rasional: Kenyataan peguambela tidak boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataan sahaja, yang mungkin tidak berbukti, yang Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 31 memutuskan secara muktamad adalah hakim. Tambahan pula, peguambela sudah pasti menyebelahi anak guamnya. Kenyataan jururawat juga tidak boleh diterima kena jururawat tidak dapat menjamin penyakit boleh sembuh.Kenyataan profesor ekonomi pula lebih kepada spekulasi atau ramalan sahaja. Hanya kenyataan penganggur sahaja yang boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataan yang benar-benar berlaku padanya 2. Mengikut undang-undang perbuatan mencuri adalah mengambil harta orang lain dengan tujuan melarikan harta itu daripada yang mempunyainya. Pada suatu hari Y telah pergi ke kedai dan mengambil sebungkus coklat dengan tidak membayar dan telah memakan coklat tersebut. Sehari kemudian Y berperasaan kesal dan telah balik ke kedai tersebut dan membuat pengakuan bahawa dia telah mengambil coklat itu. Dia juga meminta maaf dan sanggup membayar balik harga coklat itu. Tuan punya kedai itu tidak mahu menerima bayaran tetapi sebaliknya telah membuat laporan kepada Polis. Dalam keadaan ini mengikut petikan Undang-undang seperti di atas, Y adalah: a. Tidak bersalah kerana dia sanggup membayar coklat tersebut. b. Bersalah kerana tuan punya kedai tidak memaafkannya. c. Bersalah kerana mengambil coklat itu tanpa bayaran d. Tidak bersalah kerana dia telah membuat pengakuan dia mengambil coklat itu dengan sengaja. e. Tidak bersalah kerana dia telah meminta maaf. Jawapan: C Rasional: Persoalan pokok di sini ialah sama ada perbuatan Y itu dianggap sebagai mencuri atau tidak disisi Undang-undang. Nyata sekali Y telah mengambil coklat itu dan memakannya dan dengan itu, ”melarikan harta itu daripada yang mempunyainya”. Dengan itu Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 32 Y adalah bersalah. Oleh yang demikian jawapan yang boleh diterima ialah di antara B dan C. Y bersalah bukan kerana tidak dimaafkan oleh tuan punya kedai tetapi Y bersalah kerana telah mengambil coklat itu tanpa bayaran. Soal sama ada tuan kedai memaafkannya atau tidak, tidak timbul. Oleh yang demikian jawapan yang paling tepat ialah C. 3. Ali perlu menyiapkan tugasan sekolahnya. Ali menjadikan Pak Mat sebagai responden. Pak Mat memelihara kambing, ayam, arnab dan lembu. Ali: Pak Mat, berapa ekor binatang peliharaan Pak Mat? Pak Mat: Tak banyak..Adala 60 kaki kambing, 20 kaki ayam, 40 kaki arnab, 80 kaki lembu. Berapa ekorkah binatang peliharaan Pak Mat? 4. Terdapat 4 profesyen; pemaju perumahan, pengedar, pengilang dan peruncit. Terdapat 4 nama, yang setiap satunya tidak berturutan dengan profesyen tadi: Jamal, Jamil, Mazlan, Razali. Jamal dan pengedar adalah tidak sehaluan dgn peruncit. Mazlan dan pengilang adalah sehaluan dengan Razali. Peruncit dan Jamil adalah adik beradik kepada pemaju perumahan. Soalan: Siapakah Razali? Agak mengelirukan bukan? Sekali lagi, tip yang penting ialah anda garis atau tulis semula isi penting semasa membaca soalan. Ianya penting kerana anda tak punya masa yang panjang untuk berfikir. Kami sarankan anda mencuba set soalan melalui laman web di bawah. Ianya dalam bahasa Inggeris tetapi amat berguna untuk menajamkan potensi pemikiran pantas anda. Soalan-soalan di dalam web tersebut ringkas tetapi cukup membuatkan anda untuk berfikir. Jadi objektif latihan ini ialah mengaktifkan daya pemikiran logik anda semula. Layari; Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 33 http://www.scribd.com/doc/17020656/IQ-Test Huraian Seksyen B: Pecahan 2 – Menginterpretasi Data Interpretasi data atau menafsirkan data yang diberikan merupakan aktiviti di mana anda diberikan data seperti jadual, graf, plot dan pernyataan yang kemudiannya disusuli dengan soalan yang menghendaki anda menganalisis data yang diberikan untuk mendapat jawapannya. Apa yang membezakannya dengan pecahan ‘penyelesaian masalah’ ialah dalam pecahan tersebut anda menggunakan logik dan kecekapan menyerap informasi manakala dalam bahagian ini ianya adalah fakta semata-mata yang mana tiada unsur logik yang perlu dinilai. Kebiasaannya, ianya mencakupi pengiraan, congakan dan unjuran melalui data yang diberikan. Contohnya, anda diberikan satu situasi pembayaran cukai tahun ini berserta peratusan yang perlu dibayar dan anda disuruh mengira berapa jumlah yang harus dibayar untuk tahun seterusnya pula. Untuk memudahkan pemahaman anda, di sini disertakan antara contoh soalan dalam bahagian ini yang menguji aspek bagaimana anda ‘menginterpretasi data’; Sila gunakan jadual berikut untuk menjawab soalan-soalan berikutnya :- Kadar cukai Di Malaysia 0 - 5000 2,500 @ 6% = 150 + 2,500 @ 9% = 225 5,000 - 7,500 5,000 = 375 + 2,500 12% = 300 7,500 - 10,000 7,500 = 675 + 2,500 15% = 375 10,000 - 15,000 10,000 = 1,050 + 5,000 20% = 1,000 15,000 - 20,000 15,000 = 2,050 + 5,000 25% = 1,250 20,000 - 25,000 20,000 = 3,350 + 5,000 30% = 1,500 25,000 - 35,000 25,000 = 4,800 + 10,000 35% = 3,500 35,000 - 50,000 35,000 = 8,300 + 15,000 40% = 6,000 Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 34 50,000 - 75,000 50,000 = 14,300 + 25,000 45% = 11,250 75,000 - 100,000 75,000 = 22,500 + 25,000 50% = 12,500 1. Jumlah cukai yang dibayar bagi pendapatan bercukai yang berjumlah RM 8,500 ialah A. RM 815 B. RM 825 C. RM 820 D. RM 1,050 Jawapan - B 2. Pendapatan bercukai anda tahun ini ialah RM 20,000 dan pada tahun hadapan anda akan mendapat pendapatan bercukai sebanyak RM 23,000. Berapakah jumlah cukai tambahan yang harus anda bayar bagi tahun hadapan? A. RM 200 B. RM 300 C. RM 900 D. RM 1,500 E. RM 2,400 Jawapan - C 3. Jika anda membayar cukai RM 240 bagi tahun 1996 berapakah pendapatan bercukai anda bagi tahun tersebut? A. RM 3,000 B. RM 5,000 C. RM 3,500 D. RM 4,500 E. RM 4,750 Jawapan - C Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 35 Contoh soalan di atas ialah soalan yang diedarkan oleh pihak SPA dan bertujuan memberikan gambaran awal bagaimana sebenarnya ianya disoal. Jadi bagaimana dengan anda sekarang? Sudah bersedia? Huraian Seksyen B: Pecahan 3 – Soalan Matematik Soalan-soalan dalam seksyen B juga menerapkan masalah-masalah Matematik. Ianya mencakupi sehingga silibus Sijil Pelajaran Malaysia dan tidak lebih dari itu. Jadi adalah menjadi satu kelebihan jika anda sempat buat beberapa set soalan Matematik PMR dan SPM sebagai persediaan sebelum menduduki peperiksaan bertulis ini. Jika anda memilih untuk memiliki PAKEJ GOLD/PLATINUM, satu kelebihan untuk anda. Manfaatkan 180++ Soalan Matematik yang dibekalkan. Ianya bukanlah soalansoalan yang kompleks kerana anda harus ingat yang anda tidak dibenarkan membawa kalkulator, jadi ianya disesuaikan dengan keadaan anda yang tiada kemudahan kalkulator. Ianya lebih kepada asas Matematik dan logik dan diulangi sekali lagi dalam semua seksyen, anda harus pantas. Jangan luang terlalu banyak masa untuk satu soalan. Bagi bahagian matematik ini, mengikut 'feedback' yang diterima kebiasaannya soalan di bahagian tengah adalah soalan yang agak sukar atau agak melengahkan masa. Anda hanya akan membazirkan masa jika bersungguh-sungguh ingin menyelesaikan semua soalan mengikut turutan. Sebaiknya, selesaikan semua soalan yang ringkas dan mudah terlebih dahulu. Kami yakin yang anda tidak akan kesuntukan masa namun jika ini berlaku, operasi ‘tembakan rawak’ boleh dijalankan. Tapi biarlah ianya menjadi senjata terakhir anda! Apa yang penting untuk seksyen ini ialah minda anda haruslah cekap mengira. Berikut adalah contoh soalan dalam pecahan ‘soalan matematik’ bagi seksyen B; 1. Dalam satu pertandingan Bola Sepak sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain), berapakah jumlah perlawanan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut a. 28 b. 49 c. 56 d. 62 e. 64 Jawapan: A Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 36 Pengiraan: Ada 8 pasukan yang mengambil bahagian. Tiap-tiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu tiap-tiap pasukan mesti bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8 x 7) permainan, tetapi satu pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali. Oleh itu untuk mengelakkan pengiraan dua kali permainan maka jumlah permainan ialah 8x7/2 = 28 2. Di dalam sebuah kelas ada 40 orang penuntut. 90% daripada mereka mengambil peperiksaan; 3/4 daripada yang mengambil peperiksaan itu telah lulus. Berapakah jumlah penuntut yang lulus? a. 27 b. 30 c. 33 d. 36 e. 37 Jawapan: A 3. Guru-guru dan ibubapa di SMKA Arau mengutip derma kilat untuk mangsa gempa bumi Indonesia mengikut nisbah 5:9. Ibubapa telah mengutip sebanyak RM4500. Kirakan jumlah derma yang dikutip. a. RM2000 b. RM2500 c. RM5000 d. RM7000 e. RM9000 4. Jarak antara pekan M dengan pekan N ialah 200KM. Sebuah bas meninggalkan pekan M dan tiba di pekan N pada jam 11.20 a.m dengan laju purata 80km/j. Pada pukul berapakah bas itu meninggalkan pekan M? a. 8.30 a.m b. 8.50 a.m c. 9.30 a.m d. 9.50 a.m e. 10.10 a.m 5. Cari median bagi taburan nombor ini: |23|25|23|23|24|25|24|25| a. 23.5 b. 24 c. 24.5 d. 25 e. 25.5 Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 37 6. Cari markah min dari jadual di bawah a. 28 b. 31 c. 32 d. 33 e. 35 7. Jadual di bawah menunjukkan nilai pembolehubah x dan y untuk fungsi y=2x2 – 3x - 2. Carikan nilai p a. -2 b. 1 c. 2 d. 3 e. 0 8. x(x-2y)-(y-x)2 = a. –y2 b. 2x2-y2 c. 2xy-y2 d. -2xy-y2 e. y2-x 9. Husna mempunyai 5 gulung tali. Panjang setiap gulung tapi adalah 3.5 meter. Dia menggunakan 3 gulung tali dan 145 cm daripada satu gulung yang lain. Cari panjang dalam meter, baki tali yang belum digunakan. a. 2.05 b. 5.55 c. 8.45 d. 10.55 e. 9.65 10. Bundarkan 309628 kepada ribu yang hampir a. 309000 b. 309600 c. 310000 d. 310600 e. 310028 Tak susah bukan? Kebanyakannya boleh dicongak dengan mudah dan sebahagiannya memerlukan anda melakukan sedikit pengiraan dan selebihnya berkaitan konsep matematik yang asas. Markah 20 25 30 35 40 Kekerapan 3 6 4 7 5 x -1 0 1 2 y P -2 -3 0 Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 38 Sekali lagi disarankan, anda cuba set-set soalan matematik PMR dan SPM bukan untuk belajar semula, tetapi mengasah balik kecekapan anda dalam matematik. Benda seperti ini bila ditinggalkan dan kita pula selalu dengan penggunaan kalkulator akan membuatkan daya congakan kita sedikit tumpul. Jadi tajamkan semula dengan melihat set-set soalan peperiksaan. Huraian Seksyen B: Pecahan 4 Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test) Dalam pecahan ini sebenarnya anda dikehendaki menggunakan kepintaran anda dalam memerhati dan berfikir. Anda akan diberikan pelbagai masalah yang mencakupi gambarajah dan soalansoalan berbentuk penyelesaian fikiran. Ianya kadang lebih kepada logik berfikir anda sendiri. Untuk persediaan bahagian ini kami akan sertakan link untuk anda buat latihan sendiri. T
api sebelum itu, antara contoh soalan yang mencakupi pecahan ini ialah; 1. Manakah antara lima binatang di bawah sangat berbeza dari empat ekor yang lain? a. Kuda b. Rusa c. Kangaroo d. Lembu e. Monyet 2. Apakah nombor yang seterusnya selepas susunan ini: |144|121|200|81|64| a. 17 b. 19 c. 36 d. 49 e. 50 Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 39 3. Afraha suka 400 tetapi tidak suka 300; dia suka 100 tetapi tidak suka 99; dia suka 3600 tetapi tidak suka 3700. Yang mana satu dia suka? a. 900 b. 1000 c. 1100 d. 1200 e. 800 4. Soalan berikut diambil dari tickle.com 5. Soalan berikut diambil dari tickle.com Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 40 6.
Soalan berikut diambil dari tickle.com 7. Soalan berikut diambil dari tickle.com Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 41 Harap anda dapat gambaran bagaimana soalan dalam pecahan terakhir seksyen B iaitu ‘Pemerhatian dan Logik.
Anda boleh lakukan sedikit latihan untuk jenis soalan ini di website di bawah. Luangkan sedikit masa anda untuk lakukan latihan; http://www.iqtestforfree.com/ http://www.quickiqtest.net/ “Penerangan Format, Strategi Persediaan dan Contoh Soalan bagi Setiap Seksyen” Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 42 Bahagian 1: Seksyen C: Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Seksyen C: Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Penerangan Format Seksyen ini sedikit berbeza dengan peperiksaan sebelum ini. Sebelum ini ianya dinamakan "Seksyen C: Pengertian dan Kefahaman Esei-esei". Ianya adalah seksyen ketiga dalam kertas penilaian dan merupakan seksyen yang mudah atau seperti bahagian bonus dalam keseluruhan kertas Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 43 peperiksaan. Untuk format 2010, soalan ditambah dari 20 soalan menjadi 40 soalan. Untuk kali ini, ianya dijadikan 20 soalan sahaja. Anda diberikan masa 35 minit untuk menjawab soalan-soalan dalam seksyen ini. Sekali lagi formatnya untuk tahun 2012 seperti yang dimaklumkan oleh pihak SPA; · Tempoh: 35 minit ·
Jumlah Soalan: 20 soalan Dalam bahagian ini anda akan diberikan petikan esei dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. S
etiap esei pula kebiasaannya mengandungi antara 300 – 400 patah perkataan. Untuk yang sebelum ini, pembahagian soalan adalah soalan pengertian esei dan pemindahan maklumat manakali baki soalan adalah mengenai kemahiran tatabahasa dan kosa kata. Semua soalan adalah berpandukan esei yang diberikan dan jangan sesekali menggunakan logik akal anda dalam bahagian ini. Untuk memudahkan anda, kami cerakinkan apa yang perlu anda ‘grab’ semasa membaca esei tersebut; 1. Objektif esei tersebut 2. Penerangan atau buah fikiran penulis yang berkait terus dengan tajuk esei tersebut 3. Kandungan esei tersebut secara kolektif sama ada merujuk kepada sesuatu isu dan dinyatakan dengan sinis 4. Pendirian penulis dalam mengolah tajuk tersebut 5. Isi penting yang dinyatakan secara khusus melalui perenggan Seksyen C: Contoh soalan untuk Bahasa Melayu dan Inggeris Esei Bahasa Melayu Takhta juga menjadi pemerintah atau kerajaan. Raja mempunyai kata pemutus mengenai sesuatu perkara.
Baginda kadang-kadang mewakilkan kuasa itu kepada Memanda Menteri atau Bendahara dan kadangkala menjalankan tugas pemerintahan itu oleh baginda sendiri. Di sini timbulnya istilah Kerajaan yang berasal dari konsep ”raja yang bekerja”. Takhta juga menjalankan peranan sebagai bahan pengadilan, tempat tiap-tiap kes itu dijalankan di hadapan raja di dalam istana, dan rajalah yang menjadi hakim dan memberi kata putus.
Sejarah Melayu telah menunjukkan bahawa Hang Tuah telah dihukum bunuh oleh Sultan Melaka atas sifat baginda sebagai hakim. Kemudian, Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 44 baginda menyesal di atas hukuman itu. Nasib Hang Tuah tidak dibunuh, tetapi hanya disembunyikan oleh Bendahara. Oleh kerana ketiga-tiga tugas yang amat berat itu tidak dilaksanakan secara berkesan oleh seseorang raja, maka tugas itu telah diserahkan dan diwakilkan kepada orang lain untuk menjalankannya.
Dalam konteks moden, ketiga-tiga tugas itu dijalankan oleh Parlimen sebagai badan membuat undang-undang pemerintah atau Kerajaan sebagai badan yang melaksanakan undang-undang dan badan kehakiman sebagai badan pengadilan.
Di negara kita, takhta masih kekal sebagai satu simbol lambang perpaduan, sebagai tempat memohon belas kasihan dan pengampunan, dan sebagai gedung pengurniaan bintang-bintang kehormatan. Sejarah telah menunjukkan juga bahawa setengah-setengah negara, takhta telah dialihkan dari istana dan ditempatkan di muzium untuk dijadikan bahan sejarah budaya. Pada awal abad kesembilan belas, ada lebih daripada 900 buah takhta dalam dunia ini, tetapi bilangan ini telah turun satu demi satu – kepada 240 buah dalam abad ke dua puluh – hanya terdapat sebanyak 40 buah takhta. Takhta Merak Kayangan di Iran dari istana ke muzium sejarah kerana rakyat Iran tidak lagi memberi kepercayaan dan taat setia kepada takhta, kononnya Takhta Merak Pahlavi tidak melebihi kuasa yang ada padanya. Sejarah telah menunjukkan bahawa takhta yang dialihkan dari istana ke muzium sejarah adalah hasil daripada salah nasihat yang diberikan oleh penasihat-penasihat istana yang tidak bertanggungjawab kepada rakyat. Sebenarnya penasihat-penasihat istana ini adalah terdiri daripada mereka yang mencari keuntungan jangka pendek bagi kepentingan diri mereka tanpa memikirkan kepentingan rakyat dan negara. Apabila keadaan ini berlaku, maka lambat laun rakyat akan memberontak dan takhta akan tergugat. Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis rahsia atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tidak satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata.
Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemaraan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat dimakbulkan Allah, maka berpindahlah takhta dari istana ke muzium seni dan budaya. 1.Mengikut penulis : A. Raja-raja pemerintah harus diberi kuasa penuh. B. Raja-raja pemerintah patut dihapuskan. C. Raja-raja pemerintah patut menyerah balik kuasa. D. Raja-raja pemerintah patut hanya bertugas sebagai penaung dan pemerintah dibuat oleh rakyat sendiri. Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 45 E. Raja-raja pemerintah patut berkecuali. Jawapan - D 2.Mengikut pendapat penulis, Hang Tuah telah dihukum bunuh oleh Sultan Melaka kerana A. Sultan mempunyai kuasa yang penuh. B. Sultan juga bertindak sebagai hakim. C. Hang Tuah telah melakukan kesalahan. D. Hang Tuah mencemar Sultan. E. Hang Tuah telah menderhaka. Jawapan - B 3.Mengikut pendapat penulis, kejatuhan institusi Raja-raja pemerintah adalah disebabkan A. Raja yang zalim. B. Raja tidak mendengar kata rakyat. C. Raja yang tidak peka. D. Raja tidak tahu memerintah. E. Raja telah diberi salah nasihat oleh penasihat-penasihat istana. Jawapan - E Esei Bahasa Inggeris Wanted urgently : a national energy policy. An Inventory of Malaysia’s resource, both conventional and non conventional. A projection of national energy needs for the century. Energy is one of the major issues of the moment – and will continue to be for a long time vet – particularly for the developing countries, Malaysia included. The country’s known oil reserves are estimated at only about a billion barrels. It is expected, therefore, to become a net oil importer in about six or seven year. The fact that a Cabinet Committee on energy exists to deal with policy issues in this area surfaced again recently. In fact the committee was set up in 1978 but it has operated in such a low key that it is scarcely heard of or from. Likewise the second tier committee of officials which is charged with making recommendations to Ministers and to oversee the implementation of their decisions seem to have led an equally shadowy existence. This suggest the status of energy has yet to be raised to that of a major policy concern, even though pronouncements by top leaders such as The Prime Minister fully reflect their awareness of the seriousness Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 46 of the problems that loom ahead. Take the Fourth Malaysia Plan for example. After pouring over the 400 – odd pages document, the reader will find it difficult to resist the conclusion that the energy dimension has not been given an adequate treatment, although it is obvious that no country in today’s circumstances can set out a framework for development without it. The long discussion on an appropriate economic strategy for the 1980s does not refer to energy even in passing while the chapter under which energy has been dumped together with utilities is silent about plans diversifying the energy base. If one is looking for specific details about the four-fuel strategy announced by The Prime Minister several months ago and reiterated by A Cabinet Minister more recently, one will be disappointed. Nothing is said about a master plan for the use of gas in the country, expected to be prepared by World Bank by World Bank experts.
Nor about the prospects for using local coals for power generation and what of the progress of the studies undertaken by West German consultants in Sarawak? These were aimed at determining the feasibility of harnessing the vast hydro potential the Pelagus rapids and the Balui river and the feasibility of a submarine cable system for transmitting power to Peninsular Malaysia 600 or so miles across the South China Sea. 4.In this passage the author : A. Is optimistic that Malaysia can solve its future energy problem. B. Is pessimistic about Malaysia’s future energy situation. C. Is of the opinion that the government is not very concerned with future energy problem. D. Feels that there must be a greater effort by the government to study the future energy supply and demand. E. Is pessimistic about the capability of Malaysia to solve its energy problem. Correct Answer - D 5.According to the author as, as far as future needs of energy are concerned, the immediated step to be taken by the government is : A. To drill more oil. B. To use hydro power from Pelagus and Balui. C. To carry out a national energy resources survey. D. To use the coal resources. E. To use oil resources. Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 47 Correct Answer - C 6. According to the author of one is interested to know details about Malaysia’s future energy situation A. One must read the Fourth Malaysia Plan. B. One must read the Prime Minister’s recent announcement. C. One cannot find detail anywhere. D. One has to see the Cabinet Committee Report. E. One has to see the Annual Economic Report. Correct Answer – C Contoh doalan diatas adalah soalan yang merangkumi 'kemahiran memindahkan maklumat dan kefahaman esei. Ianya sebenarnya menguji kemahiran anda memahami esei tersebut dan memindahkan maklumat dengan betul. Ianya lebih kepada skill ‘baca dan paham’. Anda tidak akan menghadapi masalah dalam seksyen ini, apa yang perlu ialah baca dengan teliti dan jawab dengan cepat. Ada calon yang leka membaca dan akhirnya masa tidak mencukupi. Cepatkan pembacaan anda! Untuk bahagian kosa kata dan tatabahasa, soalan-soalan asas kemahiran 'grammar' dan lain-lain merangkumi baki soalan dan rasanya ianya bukanlah satu masalah besar untuk graduan universiti seperti anda! Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 48 “Penerangan Format, Strategi Persediaan dan Contoh Soalan bagi Setiap Seksyen” Bahagian 1 Seksyen D: Esei Bahasa Melayu Seksyen D: Esei Bahasa Melayu Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 49 Penerangan Format Seksyen ini menghendaki anda mengarang sebuah esei dari 3 tajuk pilihan yang diberikan. Anda hanya perlu pilih satu sahaja. Anda diberikan masa 60 minit untuk menyiapkan esei tersebut dan ianya tertakluk kepada perubahan. Tapi secara umumnya itu adalah format yang digunapakai sejak tahun 2009. Sekali lagi formatnya untuk Mei 2012 ini; · Tempoh: 60 minit ·
Jumlah Soalan: 3 soalan Pilih 1 sahaja · Panjang esei: 300 hingga 500 perkataan sahaja Seksyen ini menguji penguasaan Bahasa Melayu anda dan tujuan utama ialah melihat bagaimana anda melontarkan idea. Tajuk-tajuk yang diberikan selalunya menggalakkan anda memberi pandangan dan pemikiran terhadap masalah atau isu yang ditimbulkan. Selain itu ianya juga menguji kepekaan anda terhadap sesuatu isu ataupun lebih senang dikatakan ianya berkaitan dengan isu semasa. Jika anda tahu isu yang dinyatakan, anda akan lebih mudah merangka dan mula mengarang. Sedikit tip dari kami, menulislah dengan menggunakan idea yang anda dapat dari pembacaan sumbersumber prima ataupun yang selari dengan kehendak pemerintah. Anda boleh melakukan ‘counter argument’ jika nak, tapi sebaiknya susunlah isi-isi anda dengan penuh tersusun dan ianya melambangkan kebijakan dan bukan emosi anda. Antara contoh soalan esei yang PERNAH KELUAR; · Kesesakan lalulintas di Malaysia terutama di Bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur sentiasa menjadi masalah kepada penduduk. Bincangkan cara-cara menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas. · Wabak H1N1 yang melanda Negara ketika ini mencetuskan satu fenomena yang mencemaskan. Bagaimana membendung penularan wabak penyakit berjangkit seperti? ·
Cadangkan langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan pemuliharaan khazanah Negara yang menjadi nadi dan identiti Malaysia terutama dalam industri Pelancongan. Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 50 · Bioteknologi merupakan cabang baru yang mampu membina ekonomi Negara seperti yang dibuktikan oleh Netherland. Dengan kepercayaan dan potensi itu, bagaimana Dasar Bioteknologi yang dilancarkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan diteruskan oleh Dato’ Seri Najib dapat menyumbang ke arah peningkatan ekonomi Malaysia? · Apakah kesan Bajet 2008 kepada pembangunan modal insan Negara? · Antara peranan penting yang dimainkan oleh media ialah untuk memupuk integrasi nasional. Bincangkan bagaimanakah unsur-unsur integrasi nasional ini dizahirkan dalam rancangan di media elektronik dan beri contoh yang sewajarnya. · Peningkatan kadar jenayah di Malaysia amat membimbangkan. Bincangkan cara-cara mengurangkan kadar jenayah di Malaysia. · Konsep e-kerajaan dibangunkan selari dengan perkembangan dan pelancaran Multimedia Super Coridor (MSC). Bagaimana membina kesedaran rakyat tentang kemudahan ini dan bagaimana ianya menyumbang kepada keberkesanan perkihidmatan ini kepada rakyat. · Dengan perkembangan pesat bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), internet dan e-mel bukan sahaja dapat diakses melalui komputer tetapi juga melalui telefon bimbit dan televisyen. Hal ini meningkatkan nilai komersil internet dan emel dalam perniagaan siber. Bincangkan kesan-kesan penggunaan internet dan e-mel secara meluas ini. Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 51 “Penerangan Format, Strategi Persediaan dan Contoh Soalan bagi Setiap Seksyen” Bahagian 1 Seksyen E: Esei Bahasa Inggeris Seksyen E: Esei Bahasa Inggeris Penerangan Format Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 52 Seksyen ini menghendaki anda mengarang sebuah esei dalam Bahasa Inggeris dari 3 tajuk pilihan yang diberikan. Anda hanya perlu pilih satu sahaja. Anda diberikan masa 60 minit untuk menyiapkan esei tersebut. Yang membezakannya dari Esei Bahasa Melayu ialah jumlah perkataannya kurang sedikit dari esei Bahasa Melayu. Ringkasan formatnya; · Tempoh: 60 minit · J
umlah Soalan: 3 soalan Pilih 1 sahaja · Panjang esei: 200 hingga 300 perkataan sahaja Objektif utama selain apa yang disebut dalam seksyen esei Bahasa Melayu ialah ianya untuk menguji kemahiran Bahasa Inggeris anda kerana itu adalah satu kekuatan yang perlu ada kepada seorang pegawai Perkhidmatan Awam lebih-lebih lagi Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Tip bagaimana menulis dan ‘generate’ idea akan diterangkan selepas ini. Apa yang penting ialah anda cuba tulis dan tunjukkan kemahiran menulis dalam berbahasa Inggeris anda berada pada tahap yang baik. Jangan lupa etika melontarkan idea dan seperti yang telah disebutkan, biarkan idea itu selari dengan hasrat kerajaan dan jangan melawan arus. Satu point ‘contradiction’ mungkin boleh dimasukkan dalam perenggan ‘counter argument’ untuk menunjukkan yang anda sentiasa terbuka. Contoh soalan esei Bahasa Inggeris adalah seperti berikut; · The Government is taking the problem of corruption seriously and they are taking steps to eradicate it. Discuss the measures the Government has taken to deal with this problem. Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 53 ·
What preventive measures have the Government taken with regard to natural disasters such as landslides and flooding? · The stimulus package announced by the Government has had a positive effect on the country. How has this made an impact on our country's Human Capital development? ·
The standard of sport in the country is unsatisfactory. Discuss on what are the measures that can be taken to improve the standard? · The Malaysian governmenrt is tackling the problem of unemployment by introducing various schemes and programmes for unemployed graduates. What else do you think that can be done to tackle this problem? Tips Khas: Bagaimana Menulis Esei Dengan Baik? Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 54 Untuk menulis esei dengan baik, anda harus merancang bagaimana ‘flow’ esei anda. Tapi terlebih dahulu, anda kena faham dan tahu tajuk yang anda pilih berdasarkan isu yang anda sendiri pernah baca dan maklumi. Pilih tajuk berdasarkan apa yang anda tahu dan bukan apa yang anda suka. Kemudian mulalah merancang penulisan anda. Mulakan dengan sesi ‘brainstorming’ menggunakan teknik ‘5 Wives, 1 Husband’ iaitu What, Why, Where, Who, When, dan How. Kami perincikan ianya seperti di bawah; Contoh soalan; Bagaimana anda melihat isu penderaan pembantu rumah yang hangat diperkatakan pertengahan tahun ini yang melibatkan hubungan Malaysia- Indonesia? Bincangkan. · What : Apakah masalah sebenarnya, contoh kes (Nirmala Bonat etc) · Where: Di mana ianya berlaku? · When: Bila masalah ini berbangkit? · Who: Melibatkan siapa? Menteri luar? · Why: Punca Masalah penderaan ini, salah agensi? Majikan? · How: Penyelesaian Masalah penderaan ini, perlu kepada akta baru? Setelah itu rancang pemerengganan esei anda. Hal ini sangat penting dan ianya menunjukkan yang anda seorang yang kemas dan teratur. Jika boleh dicadangkan sistem pemerengganan yang ideal; ü Perenggan 1: Pendahuluan ü Perenggan 2-4: Isi dan huraian + contoh ü Perenggan 5: Counter argument ü Perenggan 6: Penutup Peruntukkan 10 minit awal untuk merangka esei anda supaya ianya kemas dan teratur. Tunjukkan kematangan anda semasa melontarkan idea dalam perenggan ‘counter-argument’ dalam perenggan khas sebelum penutup yang menunjukkan anda terbuka untuk perbincangan dan rasional dalam menerima pendapat.
Isu-isu yang perlu diberi perhatian dalam seksyen D dan E p/s Ini bukan soalan BOCOR/RAMALAN. Sekadar idea untuk persediaan anda Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 55 Kalau nak dibicarakan isu-isu yang perlu diberi perhatian, boleh dikatakan tidak mampu untuk disenaraikan, terlalu banyak dan terlalu umum. Anda harus berusaha sendiri ke arah itu. Tapi diharapkan supaya penyenaraian ini memberikan sedikit impak terhadap persediaan anda. ü Isu Sukan o Mutu bolasepak o Pingat Emas Olimpik (Pingat Emas Pertama Malaysia) o Piala Thomas o Masalah kewangan persatuan sukan ü Isu Pendidikan o NKRA Pendidikan o Jumlah subjek SPM o Bantuan Kewangan untuk pelajar (di bawah GTP) ü Isu Politik o Perhimpunan haram o Kesepaduan kerajaan pusat dan negeri o Pemansuhan ISA ü Isu Kesihatan o Selsema burung o Selsema babi o Kawalan kemasukan pintu sempadan o Mutu perkhidmatan kesihatan ü Isu Sosial o Along o Isu perkauman o Masalah remaja o Rokok tegar o Penderaan pembantu rumah ü Isu Nasional o Mutu pengangkutan awam o Masalah banjir o Kesesakan trafik o Isu kadar tambang bas dan teksi o Isu minyak o Kenaikan harga barang o 1Malaysia Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 56 ü Isu Dasar luar o Keamanan di Indonesia o Pelancongan lumpuh kerana H1N1 o Dasar luar Amerika di bawah Barack Obama ü Isu ekonomi o
Pakej rangsangan ekonomi o Bajet untuk GTP o Keadaan ekonomi serantau ü Isu alam sekitar o Jerebu o Pencemaran alam sekitar o Pencemaran sungai o Peruntukan khas kempen ‘Recycle’ Ini adalah antara isu-isu yang yang boleh diberi perhatian. Semudahnya anda lakukan penyenaraian mengikut kategori seperti di atas, jadi pembacaan suratkhabar dan berita anda akan menjadi lebih spesifik dan pengumpulan maklumat anda akan menjadi lebih tersusun. Satu lagi pastikan yang esei anda nanti berdasarkan sumber-sumber prima yang selari dengan hasrat kerajaan. Anda boleh membaca pendapat umum dari ‘bloggers’ tapi anda harus ingat yang pendapat dalam esei lebih kepada fakta dan huraian yang berpadanan dengan polisi dan kehendak kerajaan. Anda boleh rujuk dari sumber-sumber di bawah untuk isu-isu nasional; http://www.iim.com.my/index.php (Integriti Malaysia) http://www.malaysia.gov.my/ (Semua isu penting Negara, Bioteknologi etc) http://www.pmo.gov.my/ (Koleksi ucapan, dasar, menteri etc) http://www.1malaysia.com.my (Laman web integrasi 1Malaysia) Kami telah memilih beberapa tajuk penting dan nota disediakan untuk anda bersama Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik yang anda miliki ini. Mudah-mudahan ianya memudahkan persediaan anda. Tetapi oleh sebab isu semasa ini satu skop yang luas, kami sarankan agar anda membuat sedikit homework atau cuba baca akhbar setiap hari mulai sekarang. Masih belum terlambat untuk anda memulakan langkah ini! Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 57 “Penerangan Format, Strategi Persediaan dan Contoh Soalan bagi Setiap Seksyen” Bahagian ii Seksyen A: Sahsiah Diri Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 58 Bahagian ii Seksyen A: Sahsiah Diri UPDATE 2012: Untuk tahun 2011, seksyen ini dibawa ke sesi Assessment Center. Anda boleh abaikan persediaan seksyen ini, tetapi jika anda ada masa lebih luangkan sedikit masa, MUNGKIN soalan ini diselitkan nanti untuk Mei 2012, siapa tahu! Bahagian ini disusun bertujuan untuk mengukur kesesuaian sahsiah calon untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Dalam seksyen ini calon dikehendaki menjawab kesemua soalan aneka pilihan. Calon perlu menjawab dengan jujur, berdasarkan kepada diri. Calon dinasihatkan agar tidak berfikir terlalu lama untuk menjawab sesuatu soalan. Format soalan pula tidak terikat dan selalunya 40 minit untuk anda habiskan 200 soalan! Contoh Soalan: 1. Saya merasa terganggu apabila orang lain mengganggu kerja saya. A. Sangat Kerap B. Kerap C. Tidak Pasti D. Kadang-Kadang E. Tidak Pernah 2. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun. A. Sangat Setuju B. Setuju C. Tidak Pasti D. Tidak Setuju Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 59 E. Sangat Tidak Setuju Bagi kertas sahsiah diri, soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan situasi di mana sahsiah atau personaliti diri anda akan dinilai. Saya selalu katakan dan banyak kali juga diutarakan oleh penulis Team Tips PTD yang anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda.
Apa tidaknya, soalan ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda. Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten. Terdapat sejumlah soalan yang hampir sama bertujuan untuk memerangkap calon-calon yang berpendirian seperti lalang. Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 60 Ringkasan Keseluruhan Seksyen Seksyen Jumlah Soalan/ Masa Perincian Soalan Rujukan Persediaan -APengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling 60 soalan 45 minit ü Sejarah Malaysia (mungkin?) ü Struktur Pentadbiran Negeri dan Pusat ü Skop Tugasan Badan dan Perjawatan ü Isu Nasional ü Dasar Pentadbiran Negara ü Tarikh dan Fakta Penting ü Lain-lain di luar skop Buku sejarah PMR & SPM Buku Malaysia Kita Pengajian AM Akhbar http://www.malaysia.gov.my/ -BDaya Menyelesaikan Masalah 45 soalan 40 minit ü Penyelesaian masalah ü Menginterpretasi Data ü Soalan Matematik ü Pemerhatian dan logik Set soalan Matematik PMR & SPM http://www.iqtestforfree.com/ http://www.quickiqtest.net/ http://www.scribd.com/doc/17020656/IQ-Test -CPengertian dan Kefahaman Terhadap Esei 20 soalan 35 minit ü Objektif Esei ü Penerangan atau buah fikiran penulis yang berkait terus dgn esei ü Kandungan esei secara kolektif merujuk kepada sesuatu isu secara sinis ü Pendirian penulis ü Isi khusus melalui perenggan -DEsei Bahasa Melayu 3 pilih 1 60 minit Akhbar dan Berita Nota Esei dalam Pakej ini -EEsei Bahasa Inggeris 3 pilih 1 60 minit Akhbar dan Berita Nota Esei dalam Pakej ini Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 61 Sahsiah & Minat 200 Soalan. 40 minit. Ujian Sahsiah Diri Senarai Semak Anda perlu semak semua kelengkapan anda untuk menduduki peperiksaan yang penting ini untuk mengelakkan sebarang masalah nanti. 1. Pastikan anda bawa kad pengenalan dan surat panggilan peperiksaan 2. Pastikan pensel, pen dan pemadam yang dibawa adalah betul-betul mencukupi untuk keseluruhan peperiksaan pada hari tersebut. Jangan berharap agar calon lain akan meminjamkan alat tulis mereka kepada anda. Bawa juga kelengkapan lain yang dirasakan perlu. 3. Kelengkapan peribadi anda seperti pakaian solat dan lain-lain menadangkan ianya akan dilakukan sepanjang hari dari pagi sehingga petang 4. Bekal makanan supaya anda tidak kalut mencari makanan tengah hari. Tiada makanan dari pihak SPA dan kemungkinan cafe/kantin sesak dan anda akan buang masa sekiranya anda menunggu lama untuk membeli makanan disamping menambahkan kekalutan anda. 5. ‘Survey’ dahulu di mana letaknya pusat peperiksaan anda (jikalau boleh sebelum hari peperiksaan) dan pastikan anda sampai 15 - 20 minit sebelum peperiksaan bermula bagi mengelakkan sebarang kelewatan. 6. Gunakan masa untuk memenuhkan butiran diri serta hitamkan butiran diri pada kertas OMR bagi memastikan anda punya lebih banyak masa terluang selepas itu. 7. Mengikut pengalaman yang lepas, anda tidak boleh menggunakan kalkulator, jadi bersedialah untuk itu. Beri perhatian kepada 7 perkara ini dan mudah-mudahan anda tidak tertinggal barang penting dan menjawab soalan dengan tenang dan yakin tanpa gangguan yang menyebabkan anda ‘kalah sebelum bersilat’. Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 62 Kit Persediaan v Antara tujuan utama diperincikan setiap seksyen adalah memudahkan anda membuat persediaan. Contohnya seksyen A, jika anda membuat persediaan membuta tuli, anda tak akan dapat ‘cover’ semua jenis soalan dan mungkin anda akan tertinggal bahagian-bahagian yang penting. Sama juga untuk setiap seksyen yang lain. v Sebagai tindakan segera, dapatkan buku Malaysia Kita atau rujukan Pengajian Am untuk menyiapkan diri anda dengan soalan seksyen A. v Jika anda gagal mendapatkan buku itu di pasaran, kami senaraikan tajuk-tajuk yang terkandung dalam buku tersebut di mukasurat seterusnya dengan tujuan anda tahu maklumat apa yang perlu anda cari sama ada melalui internet atau buku-buku yang lain yang ada dalam simpanan anda. v Jadikan jadual Ringkasan pada mukasurat 59 itu sebagai rujukan dalam anda menyiapkan diri anda untuk menjawab soalan kertas peperiksaan ini. v Jangan lupa layari semua link yang telah diberi untuk rujukan tambahan. v Dalam pakej ini disertakan nota-nota isu semasa yang komprehensif mencakupi 4 sektor utama. Baca dan ambil tahu semua maklumat itu. Tiada jaminan soalan mengenai isu itu akan ditanya, tapi sedikit sebanyak akan membantu sekiranya ada soalan-soalan yang berkaitan. Ianya dirangka dengan memilih tajuk-tajuk spesifik yang anda tak boleh guna logik akal, bahkan memerlukan fakta. Jadi penuhkan benak kepala anda dengan fakta-fakta yang diberikan. v Kami yakin anda akan tersenyum bila melihat soalan-soalan nanti dan percayalah, rasa cuak, ‘nervous’ anda akan hilang sama sekali di dewan nanti kerana anda dah tahu bagaimana formatnya, anda dah sediakan diri anda dengan rapi dan terperinci atau dengan kata lain, anda tahu apa yang calon lain tidak tahu! Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 63 Isi Kandungan buku “Malaysia Kita” Buku “Malaysia Kita” adalah rujukan yang diakui memainkan peranan penting dalam penstrukturan soalan peperiksaan bertulis SPA. Dari feedback yang diterima, kebanyakan calon beranggapan cukuplah sekadar membaca buku ini untuk lulus dalam ujian bertulis ini.
Buku ini telah diulang cetak beberapa kali kerana ianya menjadi sumber rujukan primer untuk semua peperiksaan penilaian. Anda boleh dapatkannya di kedai-kedai buku utama. Ada kemungkinan ianya habis dijual di waktui-waktu puncak dan kami memilih untuk menyenaraikan tajuk-tajuk yang terkandung dalam buku tersebut. Tujuannya hanya satu, supaya anda teliti dan cuba cari maklumat yang berkaitan dengan kandungan buku ini sekiranya anda gagal mendapatkannya di pasaran. Seeloknya anda cuba dapatkannya dan ini adalah satu pelaburan penting anda sepanjang sekiranya anda menjawat jawatan kerajaan kerana anda pasti akan menggunakannya semula nanti. Senarai tajuk ini adalah versi Buku Malaysia kita yang agak lama sedikit, tapi yang penting ialah anda pastikan yang anda ada maklumat dari bab 1 hingga bab 4. Bab 1: Sejarah Tanah Melayu - Pertempatan Awal di gugusan Tanah Melayu - Kerajaan-kerajaan awal - Kesultanan Melayu Melaka - Kerajaan-kerajaan Melayu Tua - Kedatangan Islam di Tanah Melayu - Kejatuhan Empayar Melaka - Kerajaan-kerajaan Melayu Baru - Hubungan negeri-negeri Melayu dengan kuasa luar - Kegiatan ekonomi negeri-negeri Melayu Bab 2: Sejarah Persekutuan Tanah Melayu - Pengaruh Inggeris di Negeri-negeri Melayu - Sistem pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu - Perkembangan ekonomi di zaman penjajahan Inggeris - Kebangkitan semangat Nasionalisme - Ke arah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu Bab 3: Sejarah Negara Malaysia - Ke arah penubuhan Negara Malaysia - Sejarah negeri Sarawak dan kemasukannya ke dalam Malaysia - Sejarah negeri Sabah dan kemasukannya ke dalam Malaysia - Politik dan kerajaan - Sistem politik Malaysia - Sejarah masyarakat Malaysia Bab 4: Sistem Pemerintahan dan pentadbiran Malaysia Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 64 - Sistem pemerintahan Malaysia - Sistem kerajaan berparlimen - Susunan jentera pentadbiran kerajaan persekutuan - Sistem pentadbiran kerajaan negeri - Agensi-agensi kerajaan - Perlaksanaan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan - Kaedah kecemerlangan mutu perkhidmatan awam - Tatatertib dalam perkhidmatan awam - Etika perkhidmatan awam Malaysia - Pembaharuan pentadbiran untuk pembangunan negara Bab 5: Pengurusan ekonomi Malaysia - Struktur ekonomi Malaysia - Perkembangan ekonomi negara selepas merdeka - Dasar ekonomi baru - Strategi ekonomi selepas tahun 1990 - Sistem dan dasar belanjawan negara Malaysia - Cabaran semasa ekonomi Malaysia - Ekonomi Malaysia tahun 1999 Bab 6: Rancangan pembangunan negara dan dasar-dasar utama negara Malaysia - Rancangan pembangunan Malaysia lima tahun - Dasar pembangunan nasional - Dasar perindustrian negara - Dasar pensyarikatan Malaysia - Dasar penswastaan - Dasar pertanian negara Bab 7: Sistem pendidikan dan perpaduan negara Malaysia - Sejarah pendidikan negara Malaysia - Dasar pendidikan kebangsaan - Struktur dan falsafah pendidikan negara - Konsep perpaduan dan integrasi nasional - Masalah perpaduan di Malaysia - Mengekalkan perpaduan Bab 8 : Dasar luar negara Malaysia - Pertahanan dan keselamatan negara Malaysia - Ancaman terhadap keselamatan negara - Langkah-langkah keselamatan - Dasar luar negara Malaysia - Malaysia dan hubungan serantau - Malaysia dan politik antarabangsa - Dimensi baru dasar luar Malaysia Bab 9 : Negara Malaysia hari ini - Malaysia di bawah kepimpinan Dr. Mahathir - Malaysia melangkah ke hadapan - Malaysia menuju ke era teknologi maklumat - Malaysia dalam arena antarabangsa - Ekonomi Malaysia hari ini - Malaysia pada ambang globalisasi - Malaysia pada tahun 1998 Jadi untuk yang tidak memiliki buku ini, semak pengetahuan anda melalui tajuk-tajuk ini, sekiranya anda tidak tahu, cari di internet tentang maklumat yang berkaitan! Pencarian anda semestinya lebih terarah dengan adanya tajuk-tajuk yang disenaraikan tadi. Salam kejayaan untuk anda! Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 65 Penutup Mudah-mudahan perkongsian ini memberikan anda lebih keyakinan untuk menduduki peperiksaan bertulis kemasukan Pegawai Tadbir Diplomatik pada 12 Mei 2012 nanti. Ambil tindakan dan mulakan langkah anda secepat mungkin. Lagi cepat anda bermula, lagi cepat anda yakin pada diri anda. Gunakan sepenuhnya semua sumber rujukan yang diberikan dan yakinlah dengan melakukan itu anda sudah SERATUS LANGKAH melebihi calon-calon yang lain! Akhir sekali untuk yang beragama Islam, percaya pada rezeki yang dikurniakan olehNya kerana kadangkala usaha yang bersungguh-sungguh tanpa tawakkal dan percaya pada kurniaanNya pun, tidak akan membawa apa-apa makna. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh dan penuh harapan.
Cubalah sebaik mungkin dan semoga berjaya! Jangan lupa juga tawakal dan berserah kepada Tuhan. Anda harus sedar semuanya datang dari Allah dan yang penting sepanjang peperiksaan bertulis ini ialah ketenangan, kelancaran dan buah fikiran yang datang mencurah-curah. Bacalah doa-doa dan ayat quran terpilih untuk tujuan itu.
Antara amalan biasa yang selalu dibaca untuk menenangkan diri dan bersesuaian dengan peperiksaan ini ialah; · Surah Al-Inshirah · Doa dipermudahkan “Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki” Salam kejayaan untuk anda semua!! Sukses selalu dari Team Tips PTD. Layarikan blog tipsptd di http://tipsptd.com/blog untuk perkongsian terbaru dan berkongsi pengalaman dan pendapat dengan rakan-rakan yang lain. Kami menanti anda di sana!

Popular Posts