JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA"

JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA"


:: "JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.



Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL..
Posted by Afifzahrah at 1:25 AM No comments:
WEDNESDAY, JUNE 27, 2012
JBE bkmip
بسم الله الرحمن الوحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين, سبحانك لا علم لنا الا ما علمتنا انك أنت العليم الحكيم.
أما بعد..

قال الله تعالى :-
( ليس عليكم جناح أن تبتغوا فضلا من ربكم فاذآ أفضتم من عرفت فاذكروا الله عند المشعر الحرام واذكروه كما هدىكم وان كنتم من قبله لمن الضآلين )
Ertinya :
Tidak ada dosa bagi kamu mencari kurnia (rezeki berupa hasil perniagaan) dari Rabb mu. Maka apabila kamu telah bertolak dari Arafah , berzikirlah kepada Allah sebagaimana yang telah ditunjukkan olehNya kepadamu, dan (ketahuilah) sesungguhnya kamu sebelum itu benar-benar termasuk orang-orang yang sesat.

Sabda Baginda Nabi di dalam Hadith Sohih :-

Dari Al – Miqdam, dari Nabi s.a.w bersabda: Tiada makanan bagi individu yang lebih baik dari makanan hasil usaha sendiri & sesungguhnya Nabi Allah Daud a.s makan dari usahanya sendiri. ( Riwayat Bukhari )

Ayat Al- Quran dan hadis Nabi s.a.w ini jelas membuktikan kepentingan berekonomi. Islam sentiasa menggalakkan umatnya mempunyai kekuatan ekonomi demi untuk mengembangkan dakwah islamiah ke seluruh dunia.

Kekuatan kewangan adalah tunjang kepada sesebuah pertubuhan bagi melancarkan gerak kerja organisasi. Realitinya BKMIP (Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang) adalah sebuah organisasi yang tiada peruntukan khusus untuk bergerak dalam menghidupkan pelbagai aktiviti.

Oleh itu, JBE ( Jabatan Bertindak Ekonomi ) adalah satu wasilah daripada peninggalan ahli terdahulu yang telah ditubuhkan pada tahun 2008 di dalam usul MAT BKMIP ( Mesyuarat Agung Tahunan ) pada tahun 2007 oleh ahli yang amat prihatin dan cakna akan permasalahan ini.

Sekarang JBE amat memerlukan tenaga penggerak dalam membantu dan memepertingkatkan ekonomi BKMIP. Marilah sama-sama kita berganding bahu untuk meneruskan dan menyambung perjuangan mereka untuk ekonomi islam dengan menyibukkan diri dengan kerja-kerja islam.

Pepatah arab ada menyebut: Nafsu kamu jika tidak disibukkan dengan Allah (urusan kebenaran), maka ia akan menyibukkan kamu dengan urusan kebatilan.

Jadi saya selaku wakil dari BKMIP ingin mengucapkan Jazakumullahu khoiral jaza’ kepada semua ahli BKMIP khususnya kepada yang bertungkus lumus dalam membantu JBE.Moga Allah dapat membalas jasa baik, merahmati dan memberkati kalian dunia & akhirat.

Suka juga saya memetik kalam BP(Badan Pengurus) angkat kita Saudara Muhammad Syazwan bin Hamzah, yang menyatakan daripada Sheikh Imam Said Al Khurazi, Asas kekuatan ada 3 perkara :

Keikhlasan
Kesabaran
Kebenaran

Keikhlasan tidak sempurna tanpa kesabaran, kesabaran tidak sempurna tanpa kebenaran dan begitulah ke tiga-tiganya perlu ada untuk saling melengkapi yang mana ia akan memberi kekuatan pada kita dari sudut rohani dan jasmani.

Akhir kalam, majulah ekonomi untuk islam. Sempena imtihan yang baru sahaja berlalu, semoga kejayaan milik bersama.Setelah berusaha sehabis daya seterusnya diringi dengan tawakkal mudah-mudahan Allah membuka jalan yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Nur hanisah Che Ahmad
Bendahari Hewi 2011/2012

Popular Posts