Friday, May 31, 2013

Petua Rawatan Lemah Tenaga Batin


Petua Rawatan Lemah Tenaga Batin Untuk mengatasi masalah impotensi atau lemah tenaga batin amat mencabar bagi anda dan pasangan anda. Jika seorang lelaki mengalami masalah impotensi atau lemah tenaga batin atau disfungsi ereksi, kejantanannya amat tercabar dan mungkin pasangan anda akan terasa diabaikan atau tidak disayangi. Impotensi melibatkan pemasalahan kedua-dua pasangan. Anda dan pasangan wajib menguruskannya bersama-sama. Tanpa pemahaman kedua pihak mengenai kenapa terjadi disfungsin ereksi dan kesan-kesannya, anda tidak akan menyelesaikan masalah lemah tenaga batin.Kaedah paling berkesan utk mengatasi kesan-kesan disfungsi ereksi ialah berkomunikasi secara efektif dengan pasangan anda. Tahap 1 - Kenal pasti masalah disfungsi ereksi. Berbincang, memotivasikan pasangan anda, beri sokongan emosi dan fizikal Tahap 2 - Setelah kenalpasti masalah lemah tenaga batin, pelajari dengan membaca buku,majalah atau sumber internet yang dipercayai. Berikan masa untuk anda mempelajari kenapa, bagaimana dan apa rawatan lemah tenaga batin yang ada.Anda dan pasangan diwajibkan berkerjasama dalam perkara ini. Tahap 3 - Buat temu janji dengan doktor anda. Doktor anda akan membuat pemeriksaan fizikal asas dan adakalanya ujian-ujian darah tertentu. Rawatan impoten atau disfungsi ereksi berbeza-beza antara anda dan orang lain.Kemungkinan doktor anda akan gunakan kaedah yang berlainan atau ubat-ubatan berlainan semasa rawatan. Tahap 4 - Perasaan rendah diri, ketidaksempurnaan kejantaan anda, wajib anda atasi. Hindarkan perasaan ketidaksempurnaan ini. Oleh itu jika anda ingin memulakan hubungan seksual, pastikan anda di dalam mood "ïntimate", selesa dan romantik. Tahap 5 - Tidak berjaya bukan semestinya anda gagal seterusnya. Biasanya rawatan asas permulaan, doktor anda mungkin mencadangkan ubat lemah tenaga batin seperti Viagra, Cialis atau Levitra. Anda wajib berterus-terang dengan doktor anda tentang kesan baik atau kesan sampingan ubat-ubatan ini. Dos yang dicadangkan oleh doktor anda mungkin berlainan. Jangan berputus-asa jika anda gagal buat kali pertama.Kejayaan memerlukan anda dan pasangan terus mencuba dengan nasihat doktor anda.Anggapkan proses rawatan lemah tenaga batin sebagai proses berterusan dan menceriakan serta melucukan. Akhirnya anda akan menemui kejayaan jua. Petua Melayu Untuk Merawat Lemah Tenaga Batin 1. Car beberapa biji buah delima yang sudah kecut. 2. Tumbuk buah delima kecut tersebut untuk mendapatkan airnya. 3. Kemudian, campurkan air delima itu dengan sedikit gula pasir. 4. Didihkan air tersebut sampai pekat. 5. Amalkan meminum air rebusan ini beberapa kali sehingga anda berpuashati dengan hasilnya.

Thursday, May 30, 2013

Sayang


~ FAHAMILAH ~ Sayang... melukaimu bukan bermakna tak menyayangi cukuplah dengan apa yang terjadi kau ingkari janji sumpahmu tak lagi berarti hati ini sudah terlalu tersakiti Sayang... Menyakitimu bukan bermaksud membenci tapi cukuplah sampai di sini ku tak betah begini lagi terusan mengharap kasih yang tak pasti Sayang... aku berdiam diri bukan bererti melupakanmu malah demi kebaikanmu yang mungkin takan pernah mengerti walau diluahkan kata berulang kali Rasailah...fahamilah aku yang selalu kau biarkan sendiri biarlah sampai di sini ternoktahnya kasih kita biarlah aku redha andai itu bisa membuatmu bahagia walau aku terpaksa melepasmu dengan rela

Wednesday, May 29, 2013

QIRADH (MUDHARABAH)


QIRADH (MUDHARABAH) LANDASAN HUKUM a. Al Qur’an Ayat-ayat yang berkenaan denan mudharabah antara lain: “Dan orang-orang yang berjalan dimuka bumi mencari sebahagian kurniaan Allah” (QS.Al Mujammil:20) “Tidak ada dosa bagimu untuk mencari karunia (Rezeki hasil perniagaan) dari Tuhanmu”. (QS.Al Baqarah: 198) b. As Sunnah Diantara hadits yang berkaitan dengan mudharabah adalah hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Syuhaib bahwa Nabi SAW bersabda: “Tiga perkara yang mengandung berkah adalah jual beli yang ditangguhkan melakukan qiradh (memberi modal kepada orang lain) dan yang mencampurkan gandum dengan jelas untuk keluarga, bukan untuk diperjual belikan” (HR. Ibnu Majah dan Shuhaib) Dalam hadits yang lain diriwayatkan oleh Tabrani dan Ibnu Abbas bahwa Abbas Ibn Muthalib jika memberikan harta untuk mudarabah, dia mensyaratkan kepada pengusaha untuk tidak melewati lautan, menuruni jurang dan membeli hati yang lembab. Jika melanggar persyaratan tersebut ia harus menanggungnya. Persyaratan tersebut disampaikan kepada Rasulullah SAW dan beliau memperbolehkannya. Rukun a. Pemilik dan penerima modal b. Modal c. Pekerjaan d. Keuntungan

Tuesday, May 28, 2013

KHASIAT ANGGUR


19 Foto by: sabunherbalhawa ANGGUR merupakan buah dengan ciri berbentuk bulat agak lonjong berukuran kecil seperti kelereng namun ada juga yang ukurannya agak besar, buah ini umumnya berwarna hijau, merah kehitaman/ungu, hitam, dan biru kehitaman. Anggur adalah tanaman buah berupa perdu merambat yang termasuk ke dalam keluarga Vitaceae. Buah ini biasanya digunakan untuk membuat jus anggur, jelly, minuman anggur, minyak biji anggur dan kismis, atau dimakan langsung. Tapi, taukah Anda apa kandungan dan manfaat dari buah anggur sendiri? mungkin Anda belum mengetahuinya, ternyata selain enak dan segar buah anggur juga mempunyai banyak khasiat dan manfaat untuk kesehatan tubuh kita di antaranya: 1. Antibakteri Anggur merah memiliki kandungan antibakterial dan antivirus yang kuat, sehingga dapat melindungi tubuh dari infeksi. 2. Asma Anggur memiliki kekuatan assimilatory yang dapat meningkatkan kadar air dalam paru-paru. Hal ini sangat baik bagi penderita asma karena dapat mengurangi masalah sesak napas. 3. Mencegah katarak Anggur mengandung flavonoid yang kaya antioksidan, yang dapat mengurangi dan melawan kerusakan yang disebabkan oleh radikal bebas seperti katarak. 4. Kanker payudara Penelitian juga menunjukkan bahwa jus anggur yang berwarna ungu membantu dalam mencegah kanker payudara yang secara signifikan mengurangi massa tumor pada payudara. 5. Sembelit Anggur mengandung asam organik, gula, selulosa yang dikenal sebagai pencahar. Manfaat ini sangat baik untuk mengatasi keluhan sembelit atau susah buang air besar. 6. Penyakit jantung Tingkat oksida nitrat dalam darah akan meningkat ketika Anda mengonsumsi buah anggur, yang bermanfaat untuk mencegah pembekuan dan mengurangi risiko penyakit jantung. Antioksidannya juga dapat menghentikan oksidasi kolesterol LDL yang menghambat pembuluh darah. 7. Migrain Minum jus anggur murni tanpa campuran air di setiap pagi dapat menyembuhkan penyakit migrain atau sakit kepala sebelah. 8. Pencernaan Bila Anda menderita gangguan pencernaan, ada baiknya Anda mengonsumsi anggur. Anggur juga baik untuk mengatasi masalah perut lainnya. 9. Gangguan ginjal Anggur dapat membantu menyingkirkan asam pada ginjal. Hal ini berarti mengurangi gangguan pada tekanan ginjal. 10. Kolesterol darah Anggur mengandung senyawa yang disebut pterostilbene, yang memiliki kapasitas untuk menurunkan tingkat kolesterol. Saponin yang terdapat pada kulit anggur juga dapat mencegah penyerapan kolesterol.

Saturday, May 25, 2013

perasaan cinta yg tinggi pada Rasulullah?


''Ada manusia yg tahu byk tentang Nabi ,namun belum dikurniai rasa.Ada yang kurang tahu,namun ALLAH memberikan rasa cinta dan rindu yg amat pada Rasulullah saw.'' Kerana peribadinya aku terpesonaKerana budinya aku jatuh cintaRindu ku padanya tiada terkataNantikanlah daku di taman syurga Ditanya oleh sahabat kecintaan,bagaimana nak suburkan perasaan cinta yg tinggi pada Rasulullah? Kami baru belajar bercinta-cinta dengan Rasulullah? Malu rasanya mengatakan cintaKepada dia kekasih AllahKerana dia insan muliaSedangkan diriku insan biasa Rasa tidak layak untuk menjawab soalan itu,melainkan moga2 perkongsian sedikit tips al faqirah yg kerdil ini moga2 sahabat jua mendapat manfaatnya. Ku pujuk jua hati dan jiwaMeluahkan rasa cinta membaraDidalam pujian ucapan selawatTanda penghargaan seorang umat Cara yang paling pantas adalah dengan memperbanyakkan selawat.Percayalah,insyaALLAH,banyakkan selawat dan baca sirah-sirah Nabi saw.Paling kurang satu hari baca satu hadis tentang Syamail Muhammadiyah. Ya rasul… ya rasul! ku rindu padamu…. syafaatkan dakuYa rasul… ya rasul! syafaat kan daku…. ku rindu padamu InsyaALLAH ,perasaan itu lama-lama akan hadir.

Thursday, May 23, 2013

DENTING HIDUP


DENTING HIDUP Tangannya tak lepas memetik irama dari hati: tentang tenang dan gelisah tentang setia dan khianat tentang rindu dan pertemuan dalam lirik-lirik larit dalam suara-suara terpingir sambil merenung hujan di bawah gedung kota berlindung nafas dan dingin. Wajahnya bukan asing lagi yang melelapkan lelah di kaki lima atau rumah tumpangan angan di bawah jejambat: itu paling indah sambil melihat senja di kota yang tak pernah sunyi malamnya antara bingit enjin dan hon kereta dengan dengun kepak nyamuk yang tak pernah belas membenarkan mata lena sempurna. Hatinya tak pernah tenteram memikirkan peluang esok: sentiasa diragui dan perhati menjadi denyut jantung berkocak sering kacau fikir dalam mimpi ngeri sesal masa lampau kian peduli kesaktian bukan di tangannya terus-terusan mengunyah payah dalam jamuan jenuh yang tak minta. Memandang jarum jam dan dengar dentingnya dalam nyanyian di padang merdeka mewah limpah cahaya dan pikat kerlipnya seperti hidupnya terang memandang dalam gelap menggemis kasih Tuhannya dan bendera hidup terus berkibar di tiang harap. -Ahmad Sirajuddin Mohd Tahir, (Nur Addin), Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan.

Wednesday, May 22, 2013

CINTA JANGAN PERGI


CINTA JANGAN PERGI Kata mu cinta jangan pergi saat rindu mewangi seharum kemboja gugur menaburi damainya dipusara Kata mu cinta tiada dosanya kerana itulah anugerah memutik sesuci rasa mencipta sewarna indah mewarnai antara dua jiwa Kata mu hadir ku mengutus riang tika cinta memeluk bayang hilang ku mengirim sendu bertapa disempadan rindu selamanya engkau terasa Kata ku ada cinta untuk mu ada rindu setia bertamu biar hanya bayang mu mengulit mimpi resah ku dipenghujung rindu ini Kata mu Cinta jangan terusir pergi Kata ku Rindu ku hanya untuk mu...

Tuesday, May 21, 2013

nasiHat kaT anaK


Wahai anakku, Ketika ditanya waktu kecil berumur 6 tahun, apakah benda paling ringan di dunia, engkau menjawab kapas. Abah tersenyum. Wahai anakku, Ketika engkau berumur 13 tahun, sekali lagi soalan ditanya apakah benda paling ringan di dunia, engkau menjawab kertas dan kapas. Abah tersenyum lagi. Wahai anakku, Ketika engkau berumahtangga, abah bertanya lagi soalan yang sama apakah benda paling ringan di dunia, engkau menjawab pelbagai jenis jawapan sains – atom, elektron dan sebagainya. Maklumlah engkau jurutera, abah tersenyum. Wahai anakku, Ketika anak engkau berbuat nakal, engkau datang pada abah. Engkau bertanya, “Ingat tak abah selalu bertanya apakah benda paling ringan di dunia ini? Anakanda dah tahu.” “Apa dia?” “Meninggalkan solat. Setelah melihat anakku yang kecil terlupa solat ketika alpa bermain di depan komputer baru-baru ini, baru anakanda tersedar, itulah perkara yang paling ringan di dunia dan bukannya jawapan kebendaan yang anakanda beri selama ini.” Abah tersenyum lagi, kali ini senyuman kepuasan. Senyum

Monday, May 20, 2013

~ PoWer iStiGhFar ~


~ power istighFar ~ " TUJUH RAHSIA ISTIGHFAR " ~SHARING IS CARING~ ❥ Istighfar adalah memohon ampun kepada ALLAH Subhanahu Wata'ala dengan kalimat: Astaghfirullaahal'adzhiim atau dengan kalimat lain yang semakna.. Permohonan Ampun ini dilakukan dengan hati yang tulus dan diiringi dengan penyesalan atas...See more❥ 1 : MENDATANGKAN AMPUNAN ALLAH.. Maka aku berkata (kepada mereka) Mohon-lah ampun kepada RABB-mu sesungguhnya DIA adalah Maha Pengampun.. (QS. Nuh :10).. ❥ 2 : MENGATASI KESULITAN DAN TERBUKA NYA PINTU REZEKI Barangsiapa beristighfar secara rutin, pasti ALLAH memberinya jalan keluar dalam kesempitan dan memberi rizki yang tiada terhingga padanya.. (HR. Abu Daud).. ❥ 3 : MENAMBAH KEKUATAN.. Dan (Hud berkata): Hai kaum-ku, mohon-lah Ampunan kepada RABB-mu lalu bertaubat-lah kepada-NYA, Niscaya DIA akan menurunkan hujan yang sangat deras dan DIA akan menambahkan kekuatan diatas kekuatan mu.. (QS. Hud :52) ❥ 4 : MEMPEROLEH BANYAK KENIKMATAN.. Dan hendak-lah kamu memohon Ampun kepada RABB-mu dan bertaubat kepada-NYA, Niscaya DIA akan memberi kenikmatan yang baik kepada-mu sampai kepada waktu yang telah di tentukan... (QS. Hud :3)... ❥ 5 : TURUN NYA RAHMAT... Hendak-lah kamu memohon ampun kepada ALLAH, agar kamu mendapat rahmat... (QS. An-Naml :46)... ❥ 6 : SEBAGAI KAFARATUL MAJLIS... Barangsiapa yang duduk dalam satu Majlis (perkumpulan orang) lalu di dalamnya banyak perkataan sia-sianya atau (perdebatan) kemudian sebelum ia bangkit dari Majlis membaca (Istighfar): Subhaanakallahumm...See more❥ 7 : TERHINDAR DARI AZAB ALLAH... Dan tidak-lah (pula) ALLAH akan mengadzab mereka, sedang mereka masih memohon ampun(Istighfar) (QS. Al-Anfal :33)

Sunday, May 19, 2013

7 perkara positif setiap hari


perkara positif setiap hari Pesanan Prof Dr Muhaya... 7 perkara positif setiap hari 1. Cakap positif pada diri 2. Imej positif ttg diri 3. Orang positif 4. Makanan minda positif dgn ilmu bukan berita 5. Perkembangan diri positif dgn seminar dan latihan 6. Tabiat kesihatan positif 7. Jangkaan positif

Saturday, May 18, 2013

halifah Muawiyah kepada Amr al-As


pesanan Khalifah Muawiyah kepada Amr al-As tatkala dilantiknya sebagai pemimpin utk dihantar ke Mesir: اُنْظُرْ فَاقَةَ الْأَحْرَار فَاعْمَلْ فِي سَدِّهَا ، وَطُغْيَان السَّفَلَة فَاعْمَلْ فِي قَمْعِهَا ، وَاسْتَوْحِشْ مِنْ الْكَرِيم الْجَائِع وَاللَّئِيم الشَّبْعَانِ ، فَإِنَّمَا يَصُول الْكَرِيم إذَا جَاعَ ، وَاللَّئِيمُ إذَا شَبِعَ "Perhatikanlah setiap keperluan rakyat dan berusahalah untuk menunaikannya. Perhatikanlah kepada sikap pelampauan puak yg hina dan berusahalah utk menghapuskannya. Takutlah kepada org baik yg lapar dan org jahat yg kenyang. Sesungguhnya yg akan bangkit memberontak ialah org baik apabila dia lapar dan orang jahat apabila dia kenyang".

Thursday, May 16, 2013

Peranan guru


Peranan guru adalah untuk memakmurkan bumi Allah dengan cara mendidik manusia dengan akhlak yang baik dan mendidik manusia untuk memajukan muka bumi ini dengan pembangunan yang tidak merosakkan. Menurut Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Datuk Ustaz Abdu Bakar Chik, Hari Guru adalah hari kebanggaan buat semua kerana jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh para guru sebagaimana contoh yang ditunjukkan oleh guru yang paling agung, iaitu Nabi Muhammad SAW. "Hai Guru adalah merupakan hari kebanggaan untuk semua kerana peranan para guru, oleh itu pada hari yang mulia ini saya suka mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di seluruh negara, "RasuluLlah SAW adalah tokoh yang paling agung di kalangan para guru, yang mempunyai contoh terbaik untuk diikuti oleh semua manusia,"ujarnya. Beliau berkata demikian pada sidang medianya semalam, selepas majlis makan malam bersama bekas-bekas guru dalam meraikan sambutan Hari Guru yang disambut di seluruh negara pada hari ini, Khamis 16 Mei. [Lihat Video] Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ahli Parlimen Kuala Nerus yang juga Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali, Timbalan ketua dewan Ualamak PAS Terengganu Ustaz Abu Bakar Abdullah dan Pengerusi Lajnah Pendidikan yang juga Bendahari PAS terengganu, Cikgu M. Shukrimun Shamsuddin. Namun begitu, katanya, peranan sebagai pendidik itu sedang dilemahkan oleh sistem pendidikan sekarang dengan bidang tugas guru yang terlalu berat dan tidak menentu. Beliau berkata perlaksanaan sistem Peperiksaan Berasaskan Sekolah (PBS) adalah diragui kerana prasarana yang lemah dan penglibatan maklumat yang begitu terperinci. "Bean tugas tidak menentu dan terlalu berat dalam Peperiksaan Berasaskan Sekolah (PBS) menjadi suatu tanda tanya, sejauh mana keupayaan pihak kerajaan menanganinya dengan prasarana yang begitu lemah di semua peringkat dan juga dengan maklumat yang begitu 'detail' (terperinci), "orientasi terbaru ini akan melemahkan peranan guru sebagai pendidik dan melemahkan guru sebagai pembina akhlak pelajar dan melemahkan guru sebagai pembantu kepada masyarakat,"tegasnya. Beliau menambah, guru akan menjadi pekerja dan robot yang mesti melaksanakan tugas sedangkan matlamat guru yang lebih besar bukanlah semata-mata untuk mencapai kecemerlangan akademik. Justeru beliau menyeru supaya pihak-pihak yang berkenaan mengkaji semula sistem peperiksaan tersebut bagi memastikan peranan asas guru sebagai pembina syaksiah dan intelek terpelihara.

Wednesday, May 15, 2013

Kisah pakar matemaktik mengakui kehebatan alQuran



Kisah pakar matemaktik mengakui kehebatan alQuran :) Dr. Gary Miller merupakan seorang pendakwah yang sangat aktif dan sangat berpengetahuan tentang kitab Bibble. Dia mempunyai pengetahuan akan ilmu matematik yang bagus, itulah sebabnya dia suka berfikiran logik. Pada suatu hari, beliau memutuskan untuk membaca al-Quran untuk cuba mencari apa-apa kesilapan yang boleh dicari untuk dijadikan asbab untuk mengajak umat Islam untuk menukar keimanan kepada agama Kristian. Beliau menjangka Al-Quran untuk menjadi sebuah buku lama bertulis 14 abad yang lalu, sebuah buku yang bercakap tentang padang pasir dan sebagainya. Beliau kagum daripada apa yang dia dijumpai. Dr. Gary Miller menemukan bahawa Al-Quran ini mempunyai sesuatu apa yang kitab-kitab lain tidak punyai di dunia ini. Beliau menjangkakan untuk mencari cerita-cerita tentang masa yang sukar Nabi Muhammad (saw) telah hadapi, seperti kematian Khadijah isteri baginda atau kematian anak-anak baginda. Walau bagaimanapun, beliau tidak menjumpai apa-apa seperti itu dan apa yang membuat Dr. Gary lebih keliru adalah bahawa dia menemukan surah di dalam Al-Quran yang dinamakan "Mary" ( Surah Al-Maryam ) yang mengandungi banyak berkenaan dengan Maryam yang tidak ada walaupun di dalam Kitab yang ditulis oleh orang Kristian atau di dalam Bible. Dia tidak menjumpai surah dinamakan sempena "Fatimah" (anak nabi) atau "Aishah" (isteri Rasulullah saw), Beliau juga mendapati bahawa nama Isa (a.s) juga telah disebut di dalam Al-Quran 25 kali manakala nama "Muhammad" (saw) hanya disebut sebanyak 4 kali sahaja, dan ini membuat Dr.Gary menjadi lebih keliru. Dia mula membaca Al-Quran dengan lebih teliti dengan harapan untuk mencari kesilapan tetapi dia terkejut apabila dia membaca ayat yang Agung ayat ke 82 dalam Surah Al-Nisa'a (Wanita) yang bermaksud: “…Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak didalamnya…” ( An Nisa : 82 ) Dr Miller berkata tentang ayat ini: "…Salah satu prinsip saintifik yang terbaik adalah prinsip mencari kesilapan atau mencari kesilapan didalam teori sehingga ia terbukti benar (Ujian Pemalsuan). Apa yang menakjubkan ialah Al-Quran meminta orang Islam dan bukan Islam untuk cuba mencari kesalahan dalam buku ini dan ia memberitahu mereka bahawa mereka tidak akan menjumpai kesilapannya di mana-mana ... “ Beliau juga berkata tentang ayat ini: "…Tidak ada penulis di dunia mempunyai keberanian untuk menulis buku dan mengatakan bahawa ia adalah sifar dari kesilapan, tetapi al-Quran, sebaliknya, memberitahu kita semua bahawa Ia tidak mempunyai kesalahan dan meminta kita untuk mencuba untuk mencari dan pasti kita tidak akan menjumpainya…” Satu lagi ayat yang ditunjukkan untuk masa yang panjang adalah ayat 30 dalam Surah "Al-Anbiya '(Nabi-nabi): “..Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?..” ( Al-Anbiya : 30 ) Dia berkata: "Ayat ini merupakan teras utama penyelidikan saintifik yang memenangi Hadiah Noble pada tahun 1973 mengenai teori" Great Explosion ". Menurut teori ini, alam semesta adalah hasil daripada suatu letupan yang besar yang membawa kepada pembentukan alam semesta yang mempunyai langit dan planet-planet Dr Miller berkata: "Sekarang kita sampai kepada apa yang menakjubkan tentang Nabi Muhammad (SAW) dan ura-ura mengenai sang syaitan membantunya dalam menghasilkan Al-Quran, Allah swt berfirman.. “ Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan. Dan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya. Sesungguhnya mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh Malaikat “ ( Asy-Syura: 210-212 ) Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam. ( An-Nahl :98) Tidakkah anda melihat? Adakah ini caranya syaitan menulis sesebuah kitab? Bagaimana Baginda boleh menulis Al Quran kemudian memberitahu ummatnya untuk meminta kepada Tuhan untuk perlindungan dari syaitan sebelum membaca Al Quran? Ini adalah ayat-ayat ajaib dalam kitab yang ajaib! dan Ia mempunyai jawapan yang logik untuk orang-orang yang berfikir secara sambilewa bahawa Ia adalah dari syaitan .." Dan di antara cerita-cerita yang membuatkan kekaguman Dr Miller adalah kisah Nabi (SAW) dengan Abu Lahab. Dr Miller berkata: " …Dia (Abu Lahab) yang sangat membenci Islam akan pergi kepada Nabi di mana sahaja Baginda pergi untuk memalukan baginda. Jika dia melihat Nabi bercakap dengan orang yang tidak dikenali, dia akan menunggu sehingga baginda selesai dan kemudian bertanya kepada mereka: Apa yang Muhammad memberitahu anda? Jika baginda berkata ia putih maka ia adalah hitam dan jika beliau berkata ia adalah malam maka ia adalah siang. Dia bertujuan untuk memalsukan semua apa yang Nabi kata dan untuk membuat orang yang curiga kepada baginda. Dan 10 tahun sebelum kematian Abu Lahab, sebuah surah telah diilhamkan kepada Nabi, yang dinamakan "Al-Masad". Surah ini menceritakan bahawa Abu Lahab akan masuk neraka, dalam erti kata lain, Ia mengatakan bahawa Abu Lahab tidak akan memeluk agama Islam. Selama 10 tahun, Abu Lahab boleh berkata: "Muhammad mengatakan bahawa saya tidak akan menjadi seorang Muslim dan saya akan pergi ke neraka, tetapi saya memberitahu anda sekarang bahawa saya mahu menukar kepada Islam dan menjadi seorang Muslim. Apa yang anda fikir mengenai Muhammad ini? Adakah dia( baginda s.a.w )mengatakan kebenaran atau tidak? Adakah surah ini datang dari Allah? ". Tetapi Abu Lahab tidak berbuat demikian ( memeluk Islam ) walaupun dia mengingkari Nabi di dalam semua perkara, tetapi tidak dalam perkara ini ( kekafiran Abu Lahab di dalam surah Al Masad ). Dalam erti kata lain, baginda telah memberi Abu Lahab peluang untuk membuktikan baginda salah! Tetapi Abu Lahab tidak melakukan apa-apa sepanjang 10 tahun! Dia tidak memeluk agama Islam dan tidak juga berpura-pura menjadi seorang Muslim! Sepanjang 10 tahun, dia mempunyai peluang untuk menghancurkan Islam dalam satu minit! Tetapi ini tidak berlaku kerana ini(Al Quran) bukanlah kata-kata Muhammad (SAW), tetapi kata-kata Tuhan yang Mengetahui apa yang tersembunyi dan Mengetahui bahawa Abu Lahab tidak akan menjadi seorang Muslim. “Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal “ ( Al Masad: 1-5 ) Dr Miller berkata tentang ayat yang membuatkan dia kagum kepada Al Quran “.. Salah satu keajaiban dalam Al-Quran adalah sesuatu yang mencabar masa depan dengan perkara-perkara yang manusia tidak boleh ramalkan dan "Ujian Pemalsuan" digunakan , ujian ini terdiri daripada mencari kesilapan sehingga perkara yang sedang diuji terbukti betul. Sebagai contoh, mari kita lihat apa kata al-Quran mengenai hubungan antara orang Islam dan Yahudi. Al-Quran mengatakan bahawa orang Yahudi adalah musuh utama bagi umat Islam dan ini adalah benar. Sehingga kini ,musuh utama umat Islam adalah orang-orang Yahudi. Dr Miller meneruskan: “.. Ini dianggap satu cabaran yang besar kerana orang-orang Yahudi mempunyai peluang untuk merosakkan Islam hanya dengan bergaul dengan orang Islam dengan cara yang mesra untuk beberapa tahun dan kemudian berkata: di sini kita bergaul dengan anda sebagai kawan dan Al-Quran mengatakan bahawa kita adalah musuh,Al-Quran ini salah! Tetapi ini tidak berlaku pada 1400 tahun! dan ia tidak akan berlaku kerana ini adalah firman dari Tuhan Yang Esa yang Maha Mengetahui bukannya kata-kata manusia. Dr Miller meneruskan: “..Bolehkah anda melihat bagaimana ayat yang menceritakan akan permusuhan antara orang Islam dan orang-orang Yahudi merupakan satu cabaran kepada minda manusia?..” “..Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani”. Yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendeta-pendeta dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong...." "...Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w). Dan tidak ada sebab bagi kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran (Al-Quran) yang sampai kepada kami, padahal kami ingin (dengan sepenuh-penuh harapan), supaya Tuhan kami memasukkan kami (ke dalam Syurga) bersama-sama orang-orang yang soleh..." Ayat ini menyentuh hati Dr Miller kerana dia merupakan seorang Kristian tetapi apabila dia mengetahui kebenaran, dia beriman dan memeluk agama Islam lalu menjadi tumpuan . Semoga Allah merahmati beliau. Dr Miller berkata tentang gaya unik al-Quran yang dia dapati adalah sangat indah. Tidak syak lagi ada sesuatu yang unik lagi mengagumkan di dalam al-Quran yang tidak wujud di mana-mana sahaja, kerana al-Quran memberikan anda maklumat khusus dan memberitahu anda bahawa anda sesuatu yang tidak anda ketahui. Sebagai contoh Demikianlah dari berita¬-berita ghaib yang kami wahyukan kepada engkau (wahai Muhammad ), dan tidaklah engkau beserta mereka seketika mereka membuang undi tentang siapa diantara mereka yang akan mengasuh Maryam, dan tidak ada engkau di dekat mereka seketika mereka berbantah . ( Ali-Imran : 44 ) (Kisah Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahikan kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. ( Surah Hud: 49 ) (Kisah Nabi Yusuf) yang demikian ialah dari berita- berita yang ghaib yang Kami wahikan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka semasa mereka sekata mengambil keputusan (hendak membuang Yusuf ke dalam perigi), dan semasa mereka menjalankan rancangan jahat (terhadapnya untuk membinasakannya). (Surah Yusuf: 102 ) Dr Miller meneruskan: "Tidak ada kitab suci lain yang menggunakan kaedah ini, semua kitab-kitab yang lain terdiri daripada maklumat yang memberitahu anda di mana maklumat ini datang. Sebagai contoh, apabila Bible menceritakan kisah-kisah daripada negara-negara purba, Ia memberitahu anda bahawa raja ini tinggal di tempat ini dan seorang pemimpin yang berjuang dalam peperangan itu, dan bahawa orang tertentu mempunyai beberapa kanak-kanak dan nama-nama mereka. Tetapi buku ini (Bible) sentiasa memberitahu anda bahawa jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, anda boleh membaca buku tertentu kerana maklumat itu datang dari buku tertentu ". Dr Garry Miller meneruskan: "Ini adalah bertentangan dengan Al-Quran yang memberi anda maklumat dan memberitahu anda bahawa ia adalah baru! Dan apa yang menakjubkan adalah orang-orang Mekah pada masa itu tidak pernah mendengar ayat-ayat ini dan ia menjadi cabaran bahawa isi di dalam ayat-ayat ini baru dan tidak diketahui oleh Muhammad (SAW) atau oleh orang-orang cerdik pandai ketika masa itu, dan walaupun demikian, mereka tidak pernah berkata: “.. Kita tahu ini dan ia bukanlah sesuatu yang baru, dan mereka tidak mengatakan: Kita tahu dari mana Muhammad datang dengan ayat-ayat ini..” Ini tidak pernah berlaku, tetapi apa yang berlaku adalah tiada siapa yang berani untuk mengatakan bahawa baginda telah berbohong kepada mereka kerana mereka meyakini ini ialah sesuatu yang baru, tidak datang dari minda manusia tetapi dari Allah yang Mengetahui yang Ghaib pada masa lalu, masa kini dan masa depan. Download Dr Gary Miller (Now Dr Abdul Ahad) work "The Amazing Quran" dari link ini http://www.thetruecall.com/downloads/AmazingQuran.pdf Boleh baca dengan lebih lanjut ataupun dengarkan kuliahnya di.. http://www.discoveringislam.org/dr_gary_miller.htm Like · · Share · 73 · 24 minutes ago ·

Tuesday, May 14, 2013

20 Fakta Penipuan SPR, Konspirasi BN Dalam PRU 13


20 Fakta Penipuan SPR, Konspirasi BN Dalam PRU 13 1- Kenderaan yang membawa peti undi tiba-tiba lari daripada jalan asal ke pusat pengumpulan undi. Menghilang. Kemudiannya muncul balik. 2- Tong peti undi ditukar di pertengahan jalan. Ada juga tong yang hilang. 3- Pada saat-saat akhir, tong yang hilang, tiba-tiba sampai di pusat penjumlahan undi. 4- Di saat kiraan undi yang menunjukkan PR sedang mendahului BN, tiba-tiba blackout. 5- Di saat-saat akhir, BN membantah pengiraan undi yang didahului PR menyebabkan undi terpaksa dikira semula. 6- Beberapa buah teksi berpenumpang daripada luar masuk ke tempat pengundian tanpa ada sebarang sekatan daripada polis sedangkan hanya kenderaan petugas & yang berkenaan dibenarkan masuk itupun sebelum pusat pengundian dibuka. Pengundi hantu? 7- Mat-mat Bangla yang tidak kenal siapakah PM Malaysia dibenarkan untuk mengundi. Polis biar je. Alasannya dia ada IC. Saya tanya anda jujur, anda boleh beza tak seorang bangla dengan seorang mamak? Tengok slang cakap pun dah tahu kan. 8- Orang yang sama mengundi lebih daripada satu pusat mengundi. Macamana tu? 9- Dakwat yang dikatakan kekal sehingga masa 5-6 hari boleh hilang dalam masa 5-6 minit. 10- Seorang yang masih belum mengundi tetapi bila tiba di pusat mengundi, dia direkodkan sudah mengundi. Siapa yang undi untuk dia? 11- Pengundi yang kurang upaya atau uzur, undi mereka dipangkah oleh petugas spr. Bila nak tengok apa yang dipangkahnya, petugas itu tidak membenarkan malah terus memasukkannya dalam peti undi. Mana hak sebagai seorang pengundi? 12- Pegawai SPR yang bertugas di pusat mengundi tidak mahu menandatangani Borang 14 walaupun sudah dikira jelas di pusat itu kemenangan berpihak kepada PR. 13- Di pusat penjumlahan undi, tong dibawa ke sana menaiki teksi ikut jalan belakang? Mana perginya kenderaan rasmi SPR? Kenapa jalan belakang? 14- Undi Awal disimpan di balai polis sebelum 5 Mei tanpa ada seorang pun wakil parti politik dibenarkan untuk mengawasinya? 15- Undi Pos semuanya berpihak kepada BN? 16- Pensel turut disediakan kepada pengundi ketika ingin memangkah? Kenapa tidak bagi hanya pen? Untuk memudahkan usaha memadamnya kah? 17- Sesetengah tempat undi rosak lebih tinggi, daripada undi majoriti. Kenapa? 18- Van berlogo BN masuk... 19. Kertas undi yg telah dipangkah dijumpai di kawasan perumahan (Trengganu) 20. Ada pihak mendakwa telah mengundi sebanyak 2 kali... INI KALILAH...

Monday, May 13, 2013

Kenapa Dunia Islam Menjadi Sasaran Pemusnahan


Kenapa Dunia Islam Menjadi Sasaran Pemusnahan Ertinya: Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orangorang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak". (H.R. Bukhari Muslimi)

Saturday, May 11, 2013

6 perkara Allah sembunyikan


6 perkara Allah sembunyikan~~ ''Menangis saya bila baca , meremang bulu roma :') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Korang Baca jangan tak baca . 6 perkara Allah sembunyikan Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: 'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.' Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak' Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.' Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?' Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...' Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: 'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ' Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .' Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu : 1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. 2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. 3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. 4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. 5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). 6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari. #wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah...

Friday, May 10, 2013

MUHASABAH: DINDING RATAPAN.

WAJIB BACA!!! SAUDARAKU ... Tahukah anda apa makna WALL? Yup. . Ia bermakna DINDING. Lalu kenapa dengan dinding? Saya teruskan. . Siapakah yang membuat FB? Mark Zuckerberg seorang berbangsa YAHUDI. Apa kaitannya WALL & YAHUDI? Kaitan kedua-duanya sangat erat. DINDING RATAPAN. Didinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka, meluahkan harapan, ratapan dan segalanya. Itulah tujuan mereka membuat FB. Dan tanpa kita sedari, kita lebih banyak mengadu masalah di FB daripada mengadu kepada ALLAH SWT, lebih mengutamakan update status daripada solat dan zikir kepada ALLAH SWT. Hati-hatilah sahabat, boleh-boleh kita nanti menjadi'' Tassyabuh'' atau menyerupai kaum lain (Yahudi). Nabi melarang dalam sabdanya:'' Barang siapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dalam golongannya. " Oleh kerana itu, jangan jadikan WALL FB sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka. Tapi jadikanlah ia sebagai tempat membahagikan ilmu dan nasihat kebaikan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Walaupun hanya kepada 1 orang. Jadikan Wall FB sebagai media untuk menyebarkan dakwah. Jika anda belum percaya sila buka Google dan Search:'' Wailing Wall Of Israel''. Mari kita renungkan. '' Sungguh kamu akan mengikuti langkah2 orang2 sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta. Bahkan seandainya mereka masuk lubang biawakpun nescaya kalian ikut masuk pula ke dalamnya. Para sahabat bertanya: 'Siapakan mereka itu Ya Rasulullah?'. Beliau menjawab:'' Ahli Kitab (Nasrani & Yahudi). ! Siapa lagi kalau bukan mereka? "[HR. Imam Bukhari] Jadi postkanlah kata2 hikmah / nasihat / ayat Al-Quran, Hadis, Ulama terdahulu tentang agama Islam. Gunakan peluang Yahudi / Nasrani yang akan merosakkan umat Islam dengan membangunkan agama Islam melalui platform mereka. Ini ilmu baru. JOM kita amalkan dan share dengan rakan-rakan yang lain. Mari kita jalani kehidupan ini dengam ilmu dan iman. Semoga Allah Ridho .... (Disadur dari fb: Pendidikan Quran Habiburahman) Kalau rasa Bermanfaat klik SHARE . Insya Allah jika niat kita baik, hasilnya pun akan baik

Thursday, May 09, 2013

Cara Menjadi Lelaki (Suami) Romantik


Cara Menjadi Lelaki (Suami) Romantik : . 1) Beri Bunga Biasakan memberi bunga pada pasangan, tak perlu tunggu hari lahir, atau ulangtahun perkahwenan, berilah hari-hari biasa pon takpe, janganlah bagi sampai sejambak, bagi sekuntum pon dah boleh membuatkan pasangan anda berasa di awang-awangan. Pasti senyum memanjang. . 2) Ungkapkan Ucapan Sayang Jangan pernah bosan untuk ungkapkan kata-kata sayang atau cinta atau rindu pada pasangan. Kalau tak dapat ungkapkan face to face pon takpe, masih boleh sms, atau paling manis tulis saja di atas kertas, atau tisu dan letakkan saje di atas meja solek ke, tepi katil ke, atas bantal ke… Tak ke romantik tu namanya… . 3) Pandang Mata Pasangan Jika sedang berbual atau bercakap dengan pasangan, pandanglah tepat ke anak matanya. Tapi janganlah pandang macam nak makan pula, pandang lah dengan penuh kasih sayang. . 4) Bicara Dengan Lembut Berbicaralah dengan pasangan dengan kata-kata dan bahasa yang lembut. Dan dengan nada yang rendah. Jangan mentang-mentang anda tu lelaki, sekali cakap satu kampung boleh dengar, maka anda main lepas je nak cakap apa-apa. Tolong control emosi ketika berbicara ok. . 5) Berpimpin Tangan Pimpinlah tangan pasangan semasa jalan beriringan agar pasangan berasa selamat ketika jalan bersama.(suami isteri) . 6) Sentiasa senyum Sentiasalah mengukir senyum kepada pasangan. Berilah senyuman seikhlas dan semanis yang boleh. Kalau pasangan nak marah pon tak jadi bila tengok anda memberi senyuman manis memikat. . 7) Pakaian sedondon Biasakan memakai pakaian sedondon dengan pasangan. Biasanya pakaian sedondon ni seperti t-shirt. Tapi ada pasangan yang tak gemar memakai t-shirt, jadi anda boleh memakai pakaian yang warnanya seakan sama dengan warna pakaian pasangan anda. Contoh, jika pasangan memakai warna biru, anda juga mengenakan t-shirt biru. Jika ada anak pon, pakaikanlah anak juga baju warna biru. Aduh, Sweetnya… . 8 )Kunjungi Tempat Yang Romantik Sesekali membawa pasangan pergi ke tempat-tempat peranginan pon apa salahnya. Contoh seperti di tepi pantai, atau di cameron highland ke… Bila tiba anniversary, apa salahnya anda membawa pasangan bercuti untuk honeymoon sekali lagi. . 9) Memberi Kejutan Berilah kejutan kepada pasangan terutamanya pada hari lahir atau ulang tahun perkahwinan. Contohnya anda telah menempah satu tempat makan ekslusif untuk pasangan manakala pasangan tidak tahu menahu tentang hal itu. Tiba-tiba anda membawanya ke situ dan di atas meja telah tersedia hadiah istimewa untuk pasangan. Mesti menangis terharu pasangan anda kerana tidak menyangka yang anda begitu romantik. . 10) Memujuk Pandai-pandailah anda memujuk pasangan jika dia merajuk yea. Janganlah bila pasangan merajuk, anda buat tak tau je, tiba-tiba esok jumpa buat macam takde apa-apa berlaku. Tak patut macam tu. Pujuklah dengan kata-kata yang lembut. Pasti pasangan anda cair dibuatnya. Silakan LIKE ( Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim) untuk TIPS/PETUA/DOA SUAMI ISTERI &RUMAHTANGGA SILAKAN SHARE

Wednesday, May 08, 2013

Rasulullah SAW menangis.


Suatu hari Rasulullah SAW menangis. Para sahabat bertanya: "Apa yang membuatmu menangis ya Rasulullah?" Rasul menjawab: "Aku rindu kepada kekasihku" Sahabat berkata: "Bukankah kami ini kekasihmu ya Rasulullah?" Rasul menjawab: "Bukan. Kalian adalah sahabatku. Kekasihku adalah mereka yang hidup pada zaman setelahku, mereka beriman kepadaku walaupun mereka belum pernah melihatku." Allah, Allah, Allah ( Hadis Riwayat Bukhari )

Tuesday, May 07, 2013

Nama yang x Elok


Nama yang x Elok ..........WAJIB BACA.......... Bismillahirrahmanirrahim.. [Gabungan Nama] Memang ramai yang suka menggabungkan nama suami dan isteri tetapi adakah ia menghasilkan makna yang baik? Ketahuilah nama juga merupakan gambaran bagi sifat, gaya hidup dan pemikiran kedua ibu bapa seseorang. Nama seperti Rozana, Suzana atau yang menggunakan nama ‘zana’, bunyinya sedap sekali tapi maknanya ‘berzina’ atau pun nama ‘wati’ yang bererti ‘bersetubuh’. Jadi elakkanlah menggunakan nama-nama tersebut. Di dalam perawatan Islam juga terdapat beberapa nama yang sebaiknya dielakkan untuk diberikan kepada putera-puteri anda kerana maknanya yang tidak elok, buruk dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari. Hindarilah agar tidak bertembung dengan nama-nama jin. Contohnya; 1. Balqis – ketua jin 2. Qistina/Kistina – penghulu jin 3. Najwa – bisikan 4. Zaqwan/Zaquan – anak jin 5. Haikal/Haiqal – tengkorak 6. Badrisha/Badlisha/Herisha Anak-anak ini bermungkinan akan menimbulkan banyak masalah, seperti sering sakit, berpenyakit ‘berat’ dan kronik, degil, kerap menangis, memberontak, hiperaktif dan sebagainya. ________________________________________________________________ [Nama-Nama Yang Dilarang Dalam Islam] Berikut adalah sebahagian daripada nama-nama lain dalam Islam yang harus dielakkan dan dihindari bagi menamakan bayi anda: A Abiqah Hamba yang lari dari tuannya Abkam Tidak celik, buta Afinah Yang bodoh Amah Hamba suruhan perempuan Asiah Wanita yang derhaka Asyar Paling jahat Asyirah Yang tidak bersyukur atas nikmat Aznie Aku berzina B Baghiah Yang zalim, jahat Bahimah Binatang Bakiah Yang menangis, merengek Balidah Yang bodoh, bebal Baqarah Lembu Betina Batilah Yang batil, tidak benar D Dabbah Binatang Dahisyah Goncang, stress Dahriyah Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya Dami’ah Yang mengalir air matanya Daniyah Yang lemah dan hina Darakah Kedudukan yang rendah F Faji’ah Kecelakaan Fajirah Yang jahat, yang berdosa Fasidah Yang rosak, yang binasa Fasiqah Yang jahat, si fasik Fasyilah Gagal, kalah G Ghafilah Yang lalai, yang leka Ghaibah Hilang Ghailah Kecelakaan, bencana Ghamitah Yang tidak mensyukuri nikmat Ghasibah Perampas, perompak Ghawiah Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu H Haqidah Yang dengki Hasidah Yang hasad Hazinah Yang sedih Huzn Kesedihan J Jafiah Yang tidak suka berkawan Jariah Hamba suruhan perempuan K Kafirah Yang kafir, yang ingkar Kaibah Yang sedih Kamidah Yang hiba, yang sangat berduka Kazibah Pendusta, pembohong Khabithah Yang jahat, yang keji Khali’ah Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu Khamrah Arak Khasirah Yang rugi Khati’ah Yang bersalah, yang berdosa L Laghiah Sia-sia, tidak berfaedah Lahab Bara api Lahifah Yang sedih, menyesal dan dizalimi La’imah Yang tercela Lainah Yang terkutuk M Majinah Yang bergurau senda tanpa perasaan malu Majusiah Agama menyembah api atau matahari Maridah Yang menderhaka Munafikah Yang munafik Musibah Celaka, bencana, kemalangan N Najisah Yang najis dan kotor Nariah Api Nasyizah Yang menderhaka dan melawan suami Q Qabihah Yang buruk, hodoh Qasitah Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran Qatilah Pembunuh Qazurah Kejahatan, perzinaan R Rajimah Yang direjam, yang dilaknat Razani Kepala zakar lelaki Razi’ah Kecelakaan, musibah Razilah Yang keji dan hina S Safih Insan Manusia bodoh Safilah Yang rendah dan hina Sahiah Yang pelupa Sharrul / Sharru Jahat Sakirah Pemabuk Sakitah Yang jatuh, yang hina, yang jahat Syafihah Yang bodoh Syani’ah Yang buruk Syaqiyah Yang menderita Syaridah Yang diusir Syariqah Pencuri Syarisah Yang buruk akhlak Syarrul Bariyyah Sejahat-jahat manusia Syatimah Maki hamun T Tafihah Karut Talifah Yang rosak, yang binasa Talihah Yang tidak baik Tarbiyah Yang papa kedana Tarikah Anak dara tua W Wahiah Yang lemah, yang jatuh, yang buruk Wahimah Yang lemah Wahinah Penakut Wailah Bencana, keburukan Wajilah Penakut Waqi’ah Pertempuran dalam peperangan, umpatan Waqihah Yang kurang sopan dan malu Wasikhah Yang kotor Wasyiah Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang Wati/Waty Nama Hindu/tiada makna Wathy / Wathi Bersetubuh Y Yabisah Yang kering, yang sedikit kebaikannya Yaisah Yang berputus asa Z Zalijah Kebinasaan Zalilah Yang hina Zalimah Yang zalim Zaniyah Penzina, pelacur Zufafah Racun pembunuh

Friday, May 03, 2013

Jangan Gadai Akhirat..


"Barisan Nasional sering gunakan slogan jangan gadai masa depan untuk menakut-nakutkan rakyat daripada mengundi Pakatan Rakyat. Saya nak ingatkan, masa depan kita yang sebenar ialah akhirat. Jika tidak ingin menggadai masa depan, ertinya hendaklah fikir tentang kepentingan akhirat. Amatlah tidak betul jika menyebut tentang masa depan tetapi dalam masa yang sama menggadaikan kepentingan akhirat." Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Pengkalan Chepa, 17 April 2011.

Wednesday, May 01, 2013

not Be EnD



I support BN and will vote BN, but I have some matter I don't understand and need help from BN, please enlighten me before I vote for you" : 1. PKFZ = RM12 billion 2. Submarine = RM500 million 3. Simedarby = RM964 million 4. Paya Indah Westland =RM88 million 5. Posmalaysia (transmile) = RM230 million lost 6. Eurocopter deal = RM1 billion waste? 7. Terengganu Stadium Collapsed = RM292 million 8. MRR2 repair cost = RM70 million 9. Maybank Overpay for BII = RM4 billion 10. Tourism -NYY kickback = RM10 million 11. 3 paintings bought by MAS = RM1.5 million 12. Overpayment by Sport Ministry = RM8.4 million 13. London ‘s white elephant sports complex = RM70 million 14. MRR2 Repairs = RM70 million (repeated) 15. MATRADE repairs = RM120 million 16. Cost of new plane used by PM = RM200 million 17. InventQ irrecoverable debt = RM228 million 18. Compensation for killing crooked bridge = RM257 million 20. Lost in selling Augusta = RM510 million 21. Worth of AP given out in a year = RM1.8 billion 22. Submarines (future Muzium Negara artifacts) = RM4.1 billion 23. PSC Naval dockyard = RM6.75 billion 24. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1 billion = RM3.2 billion in 2008 ringgit 25. The Maminco attempt to corner the world tin market in the 1980s isbelieved to have cost some US$500 million. = RM1.6 billion 26. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia = RM30 billion in the 1990s. 27. Perwaja Steel resulted in losses of US$800 million = RM2.56 billion. 28. Use of public funds in the Valuecap Sdn. Bhd. operation to shore up the stock market = RM10 billion 29. Bank Islam scandal = RM 700 million losses. 30. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of €75.99 million =RM348 million. 31. Wang Ehsan from oil royalty on Terengganu from 2004-2007 = RM7.4 billion. 32. For the past 10 years since Philharmonic Orchestra wasestablished, this orchestra has swallowed a total of RM500 million.Hiring a kwai-lo CEO with salary of more than RM1 million per annum !! 33. In Advisors Fees, Mahathir was paid RM180,000, Shahrizat AbdulJalil (women and social development affairs) RM404,726 and Abdul Hamid Othman (religious)RM549,675 per annum 34. The government has spent a total of RM3.2 billion in teaching Maths and Science in English over the past five years. Out of theamount, the government paid a whoppingRM2.21 billion for the purchaseof information and computer technology (ICT) equipments which it isunable to give a breakdown. Govt paid more than RM6k per notebook vsper market price of less than RM3k through some new consortiums thatsetup just to transact the notebook deal. There was no math &science content for the teachers and the notebooks are all with theteachers’ children now. 35. The commission paid for purchase of jets and submarines to twoprivate companies Perimeker Sdn Bhd and IMT Defence Sdn Bhd amounted toRM910 million 36. RM300 million to compensate Gerbang Perdana for the RM1.1 billion “Crooked Scenic Half-Bridge” 37. RM1.3 billion have been wasted building the white elephantCustoms, Immigration and Quarantine (CIQ) facilities on cancellation ofthe Malaysia-Singapore scenic bridge 38. RM100 million on renovation of Parliament building and leaks 39. National Astronaut Programme = RM 40 million 40. National Service Training Programme, yearly an estimate of RM 500 million 41. Eye on Malaysia = RM30 million and another RM5.7 million of free ticket 42. RM2.4 million on indelible ink 43. Samy announced in September 2006 that the government paid compensation amounting to RM38.5 billion to 20 highway companies. RM380 million windfalls for 9 toll concessionaires earned solely from the toll hike in 2008 alone 44. RM32 million timber export kickbacks involving companies connected to Sarawak Chief Minister and his family. 45. Two bailouts of Malaysia Airline System RM7.9 billion. At atime when MAS incurring losses every year, RM1.55 million used to buy three paintings to decorate its chairman’s office. 46. Putra transport system bailout which cost RM4.486 billion. 47. STAR-LRT bailout costing RM3.256 billion 48. National Sewerage System bailout costing RM192.54 million. 49. Seremban-Port Dickson Highway bailout costing RM142 million. 50. Kuching Prison bailout costing RM135 million 51. Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam bailout costing RM8.3 million. 52. Le Tour de Langkawi bailout costing RM3.5 million 53. Wholesale distribution of tens of millions of shares in BursaMalaysia under guise of NEP to cronies, children and relatives of BNleaders and Ministers worth billions of ringgits 54. Alienation of tens of thousands of hectares of commercial landsand forestry concessions to children and relatives of BN leaders and Ministers worth tens of billions of ringgits 55. Since 1997, Petronas has handed out a staggering RM30 billion in natural gas subsidies to IPPs who were making huge profits.In addition, there were much wastages and forward trading of Petronasoil in the 1990s based on the low price of oil then. Since the accountsof Petronas are for the eyes of Prime Minister only, we have absolutelyno idea of the amount. 56. RM5700 for a car jack worth RM50 57. Government-owned vehicle consumed a tank of petrol worth RM113 within a few minutes 58. A pole platform that cost RM990 was bought for RM30,000 59. A thumbdrive that cost RM90 was bought for RM480 60. A cabinet that cost RM1,500 was bought for RM13,500 61. A flashlight that cost RM35 was bought for RM143 62. Expenses for 1 Malaysia campaign paid to APCO worth of RM77million? 63. RM17 billion subsidy to IPP 64. Scandal NFC Cow and Condo RM250 juta, Sharizat ‘s husband is paid RM100K per month