MENGENALI TAFSIR FI ZILALIL-QURAN - SAYYED QUTB Sesuatu yang sangat istimewa untuk dihidangkan kepada umat Islam ialah panduan terus Allah kepada manusia iaitu al-Quran. Demikian yang dilakukan oleh Sayyed Qutb untuk menerangi jalan-jalan menuju rahmat ...Allah. Beliau menggarap Fizilalil Quran dengan meletakkan pergantungan manusia itu kuat kukuh kepada Allah.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Tafsir Fi Zilalil-Qur’an berbeza dari tafsir-tafsir yang lain apabila beliau menggunakan satu methodologi pentafsiran yang membersihkan pentafsiran al-Quran dari pembicaraan-pembicaraan sampingan dan selingan yang tidak disarankan oleh nas-nas al-Quran.tafsirnya dari perbahasan-perbahasan bahasa dan tata bahasa, perbahasanperbahasan ilmu al-kalam dan ilmu fiqah dan dari cerita-cerita dongeng israeliyat yang lumrah dalam kebanyakan tafsir termasuk tafsir-tafsir yang terkenal sebagai sumber-sumber rujukan. Di samping itu beliau juga menjauhkan tafsirnya dari menundukkan nas-nas al-Qur’an kepada penemuan-penemuan dan pendapat-pendapat sains yang sering dilakukan oleh orang-orang yang terlalu ghairah untuk mendampingkan pentafsiran al-Qur’an dengan pentafsiran sains, sedangkan sumber kedua-dua tafsir itu adalah berlainan iaitu al-Qur’an bersumberkan wahyu dari Allah pencipta yang mengetahui segala sesuatu sementara sains bersumberkan intelektual manusia yang tidak syumul, tidak mantap dan sering berubah-ubah. Beliau telah menyifatkan perbahasan-perbahasan sampingan itu sebagai campuraduk yang merosakkan jalan penyampaian al-Qur’an yang indah, lurus dan jelas dan seterusnya menyifatkan perbahasan-perbahasan itu sebagai halangan-halangan “yang melindungkan al-Qur’an dari jiwa saya dan melindungkan jiwa saya dari al-Qur’an.” Walaupun tafsir Fi Zilalil-Qur’an telah selesai ditulis dan walaupun masih meringkuk di dalam penjara, namun beliau masih belum puas menimba lautan kalamullah. Ufuk-ufuk pemikirannya yang meluas, gagasan gagasan Islamiyah yang segar dan baru, pandangan-pandangan dan perasaan-perasaan kesedarannya yang lebih halus merangsangkan hati dan jiwanya, justeru itu pada awal tahun 1960 beliau sekali lagi tampil dengan penuh dedikasi mengemaskinikan tafsir Fi Zilalil-Qur’an dengan menokokkan huraian-huraian tambahan yang baru dan penghalusan penghalusan yang perlu untuk menjadikan tafsir itu sebuah tafsir haraki yang sempurna. Usaha ke arah itu menjadi lebih lancar apabila beliau dibebaskan dari penjara dengan campurtangan Presiden Republik Iraq Abdul Salam ‘Arif pada masa itu. Dalam kesempatan ini beliau telah berjaya membuat pembaharuan tafsir itu hingga ke juzu’ yang ketiga belas di mana tamatnya Surah Ibrahim, tetapi beliau tidak sempat mengemaskinikan juzu yang baki, kerana beliau tiba-tiba ditangkap kembali atas tuduhan-tuduhan yang palsu dan zalim. Setelah diundang ke alam para syuhada’ tafsir Fi Zilalil-Qur’an merupakan satu-satunya tafsir yang paling luas tersebar di seluruh dunia Islampadai zaman ini, di samping menjadi bahan-bahan kajian dan rujukan utama para ulama’ dan para mufassirin. Ujar Dr. Hasan Farahat: “Tafsir Fi Zilalil-Quran” telah menjadi begitu terkenal dengan sebab Sayyid Qutb (Rahimahullah) telah menulis tafsir ini sebanyak dua kali; kali pertama ia menulis dengan tinta seorang alim dan kali kedua dia menulis dengan darah syuhada’. Ujar Yusof al-‘Azym” “Tafsir Fi Zilalil-Qur’an” adalah wajar dianggap sebagai suatu pembukaan Rabbani yang diilhamkan Allah kepada penulisnya. Beliau telah dianugerahkan matahati yang peka yang mampu menanggap pengertian-pengertian, gagasan-gagasan dan fikiran yang halus yang belum dicapai oleh mana-mana penulis tafsir yang lain. Adalah jelas sekali bahawa keimanan beliau yang tulen, pembacaan beliau yang luas,