Tuesday, July 30, 2013
[Nukilan wartawan Mahmud Murad untuk Dr Muhammad Mursi
Monday, July 29, 2013
Apabila Kita Banyak Mengkritik
b. Sebuta-buta orang ialah mereka yang tidak boleh menangkap cahaya kebenaran. Sekali anda gembira kerana menemui sebutir debu kesalahan orang lain, anda akan tergoda untuk mendapatkan yang sebesar kerikil. Begitulah seterusnya, sehingga tanpa disedari anda telah mencipta segunung kesalahan orang. Orang tidak akan suka memakai kacamata atau cermin yang memantulkan kekurangan wajahnya. Oleh itu, janganlah anda menjadi bayangan ke atas kesalahan orang lain. Bantulah mereka mencari sudut positif dari diri mereka. Di saat itu, orang lain pula akan memantulkan sudut baik dari diri anda sendiri.
Sunday, July 28, 2013
Untukmu Ibu
Saturday, July 27, 2013
Petua Untuk Mengurangkan Kehausan Ketika Berpuasa
Friday, July 26, 2013
Khasiat Genggam Fatimah
Peringatan:
1. Setengah orang mungkin berasa pening ketika baru mengambil air rebusan Genggam Fatimah. Ini mungkin kerana bahan berkenaan sedang membetulkan atau menyingkirkan toksin dalam badan.
2. Wanita yang sedang hamil dilarang mengambil herba ini.
3. Jangan minum terlalu banyak air rebusan Genggam Fatimah kerana boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur.
Thursday, July 25, 2013
Petua Untuk Wanita Badan Sentiasa Kelihatan Menarik
2. Bersenam selalu semestinya ia baik untuk jasmani dan rohani. Berjalan di sekitar rumah pun merupakan suatu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas untuk bersenam.
3. Selepas bangun tidur, disiplinkan diri anda untuk melakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.
4. Jangan merokok kerana merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.
5. Cukup tidur dan jangan selalu berjaga malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.
6. Makan jangan berlebihan. Anda perlu makan tetapi jangan berlebihan. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan tetapi pastikan ia makanan sihat. — with Tilat Arfafi.
Tuesday, July 23, 2013
Petua Untuk Muda dan Menawan
Monday, July 22, 2013
Koleksi Petua Untuk Resdung
Petua 2:
Mencegah Resdung
1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab.
2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
(Untuk hasil yang lebih baik, cuci sarung bantal, cadar dan selimut dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.)
3. Selalulah membersihkan karpet atau permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.
4. Jika anda ingin mengemas rumas, pakai penutup hidung.
5. Minum air suam atau mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
6. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.
7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), jangan makan makanan tersebut.
Petua 3:
1. Masukkan air ke dalam hidung anda dengan cara menyedut.
2. Seterusnya picit sebelah bahagian hidung anda dan hembus dengan kuat.
3. Lakukannya untuk kedua-dua bahagian hidung anda secara berulang kali.
4. Seterusnya basuh muka anda dengan air sebersih-bersihnya.
Saturday, July 20, 2013
Petua Untuk Gadis Yang Bakal Menjadi Isteri
4. Jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila anda mengengkari perintahnya, bererti anda melukai hatinya. Apabila anda membuka rahsianya bermakna anda tidak akan selamat daripada pengkhianatannya.
5. Janganlah anda bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia berseronok.
6. Jadilkanlah diri anda seorang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
7. Jadikanlah diri anda seorang yang selalu sekata dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Friday, July 19, 2013
Pintu Sempadan Dibuka
Tambah beliau dalam temubual bersama Siaran Rusia Hari Ini, “Sesungguhnya kami telah menghubungi rakan-rakan di Mesir dan pihak Mesir telah pun bersetuju untuk tidak mendatangkan apa- apa kemudharatan terhadap Gaza serta tidak mengganggu kelangsungan bekalan-bekalan barangan asasi untuk sampai ke rakyat Palestin".
Beliau menjelaskan bahawa perbincangan telah pun dijalankan dengan pihak Mesir dan beliau faham akan krisis dalaman yang berlaku di Mesir baru-baru ini sedikit sebanyak menggugat keselamatan negara Mesir yang menyebabkan pengawalan keluar masuk diperketatkan. Namun dalam masa yang sama beliau berharap agar pihak Mesir dapat faham akan keperluan semasa rakyat Palestin.
Beliau menegaskan kembali, bahawa rakyat Palestin terpaksa bergantung kepada terowong-terowong ini kerana wujudnya sekatan udara, daratan, dan lautan yang dikenakan ke atas Gaza.
Oleh yang demikian, terowong-terowong inilah yang menjadi nadi bagi rakyat Palestin di Gaza untuk meneruskan kehidupan.
Katanya lagi,”Jika pun ia harus ditutup, maka pihak Mesir perlulah menyediakan beberapa alternatif lain seperti pembukaan pintu sempadan Rafah untuk kemasukan barang-barang perniagaan dan lalu lintas”.
Sumber : Rassd
#mesirkini
Thursday, July 18, 2013
Mengapa Yahudi Bijak?
Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.
Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?
Beliau menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan.
Menurut beliau ini adalah adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan bua- buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab).
Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah…… tekalah sendiri..!)Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.
Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan.
Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini?
Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.
Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.
Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70 !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja.
Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Esei nya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato!'Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Ringan-ringankan jari anda ( ♥ Klik SHARE ♥)
Wednesday, July 17, 2013
Hari ini dalam sejarah Ramadan
Pernah dipenjarakan selama 2 bulan, kemudian 2 tahun, kemudian 9 tahun.
Dikenali sebagai seorang pendakwah yang lemah lembut, peramah, mesra, tidak lekang dari senyuman dan banyak menyelesaikan masalah masyarakat.
Diceritakan pada suatu hari dia terpijak kaki seorang pemuda, maka marah permuda tersebut lalu berkata : "Engkau Keldai ?!"
lalu beliau membalas : "Tak, Aku Abbas Sisi" tergelak si pemuda dan mereka mula berkenalan..
Beliau sentiasa mengingatkan para pendakwah agar tidak terjebak ke dalam kancah kafir mengkafir menghukum manusia jahil dan melampau.
Beliau juga selalu menitikberatkan dakwah di atas kasih sayang dan cinta, berlemah lembut dalam mengajak.
Antara buku hasil tulisan beliau yang popular ialah :
"Jalan menuju Hati"
Antara kalam beliau yang masyhur :
"Dakwah kepada Allah adalah seni, sabar di jalannya adalah Jihad"
"Agama ini tidak dimulakan dengan menggunakan kekuatan otot, dan kekasaran perkataan, mahupun pertembungan dan ancaman, tetapi ia dimulakan dengan perkataan yang baik, dan dengan rasa sayang"
Sumber :
IkhwanWiki
Monday, July 15, 2013
Petua dan Cara Berpantang Selepas Bersalin
3. Bertangas - Rawatan ini bertujuan membuang angin meroyan, menyihatkan peranakan, membetulkan kedudukan salur peranakan dan mengecutkan rahim. Ini penting untuk menyembuhkan luka dan jahitan segera. Biasanya rawatan ini perlu dijalankan selama setengah jam setiap kali bagi tempoh seminggu sekali bagi tempoh seminggu sekali sepanjang tempoh berpantang.
4. Berbengkung - Rawatan ini tidak seharusnya ditinggalkan. Untuk mendapatkan bentuk tubuhyang ramping, berbengkung adalah jawapan yang tepat. Anda perlu memakai bengkung setiap hari sehingga habis berpantang terutamanya ketka waktu makan. Selain dapat mengelakkan masalah perut buncit, ia turut berfungsi untuk mengembalikan kedudukan peranakan.
5. Mandi Rempah Ratus - Anda digalakkan mandi dengan menggunakan air rebusan daun atau akar kayu. Air mandian tersebut berupaya mengeluarkan angin dan menghaluskan kulit. Amalan mandi biasanya dilakukan pda hari ketiga dan akan terus mandi dengan air rebusan tersebut sekurang-kurangnya tujuh hari berturut-turut. Antara jenis daun herba yang digunakan ialah jambu batu, lengkuas merah, pandan, serai wangi, halia bara, tamu pauh dan temulawak. Selain daripada itu isi halia dan lengkuas turut digunakan. Antara lain anda juga juga perlu mandi bunga supaya dapat mengekalkan kesegaran tubuh dan menaikkan seri wajah.
6. Memakai Param dan Pilis - Rawatan luar juga perlu dititikberatkan selain daripada rawatan dalaman. Ini dapat dilakukan dengan memakai param ke seluruh badan dan menyapu pilis di dahi. Tujuan pemakaiannya ialah untuk mengelakkan pening dan mata rabun. Kebaikan memakai param pula ialah dapat menghaluskan kulit dan menghindarkan angin. Pemakaian herba dapat mengurangkan pitam dan tekanan darah rendah.
7. Minum Jamu - Amalan ini dapat membantu anda memanaskan badan agar mampu kelihatan bermaya sepanjang masa. Jamu juga dapat membantu mempercepatkan pengecutan rahim, melancarkan pengaliran darah, mengetatkan alat sulit, malawas pembuangan air besar, menghindarkan keputihan yang berlebihan seterusnya menyegarkan tubuh.
Sunday, July 14, 2013
Petua Penjagaan Kaki Untuk Pesakit Diabetes
Friday, July 12, 2013
PESANAN ROH PADA MANUSIA
Thursday, July 11, 2013
Petua Untuk Berbuka dan Bersahur Secara Berkesan
Petua Untuk Berbuka dan Bersahur Secara Berkesan
1. Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).
2. Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan.
3. Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
4. Kurangkan kadar makanan dari biasa.
5 Jangan minum air sambil makan. Minum air suam atau teh herba atau minuman yang mengandungi buah kembang semangkuk dan biji selasih, sebanyak yang terminum. Waktu sahur elok makan buah-buahan dan susu atau sebarang makanan cecair.
Tuesday, July 09, 2013
[ Terkini Isu Semasa Mesir ]
Monday, July 08, 2013
Petua Menggunakan Coklat Untuk Kulit Sihat dan Gebu
b. Bagi penyediaan pupur wajah pula, coklat boleh digabungkan bersama teh hijau kerana kedua-duanya mempunyai antioksidan tinggi yang baik untuk kulit. Ia boleh dihasilkan dengan cara mencampurkan koko, madu dan susu krim sehingga sebati dan sapukan pada kulit. Biarkan selama 10 minit sebelum dicuci dengan air suam. Gabungan koko, madu dan minyak badam yang digaul sehingga pekat serta disapu pada kulit wajah dan badan mampu membantu menjadikan kulit lebih lembut serta berseriseri.
c. Gel mandian coklat juga boleh dihasilkan sendiri dengan cara mendidih gelatin kosong bersama syampu badan sehingga kedua-duanya sebati sebelum serbuk koko atau minyak koko ditambah ke dalam bahan tersebut. Kemudian, sejukkan di dalam peti ais selama empat jam sebelum digunakan.
Sunday, July 07, 2013
petua Remaja Mengatasi Masalah Rambut Beruban
Saturday, July 06, 2013
Petua Untuk Gadis Yang Bakal Menjadi Isteri
4. Jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila anda mengengkari perintahnya, bererti anda melukai hatinya. Apabila anda membuka rahsianya bermakna anda tidak akan selamat daripada pengkhianatannya.
5. Janganlah anda bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia berseronok.
6. Jadilkanlah diri anda seorang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
7. Jadikanlah diri anda seorang yang selalu sekata dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
(Pesanan isteri ‘Auf bin Muslim Ashaibani kepada puterinya yang bakal berkahwin dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. “Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan panduan bagi orang yang menggunakan akal. Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk wanita. Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baharu.)
Thursday, July 04, 2013
tulisan menarik tentang Dosa-dosa Presiden Mesir DR Muhammad Mursi
- Dosa Mursi itu adalah kerana dia boleh mengantarkan Mesir dalam setahun ke arah kemajuan. Yang dulu zaman mubarak gandum hanya boleh dihasilkan dalam negeri sebanyak 20% paling banyak, sekarang sudah melampai 60%. Dulu perlu mengimport ke Amerika, sekarang Mursi mengimport dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat. Keadaan ini dapat menjimatkan belanja negara sampai jutaan dollar pertahun sekaligus meningkatkan ekonomi petani.
- Dosa Mursi adalah kerana membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan wang sebanyak 5.6 bilion dollar pertahun, akan meningkat 100 bilion dollar pertahun.
- Dosa Mursi adalah menaikkan gaji PNS dan pesara sebanyak 200% lebih, sementara harga-harga barang boleh dipertahankan tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.
-Dosa Mursi adalah membina kilang samsung terbesar di Arab di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.
-Dosa Mursi adalah membuat kilang kereta sendiri sehingga untuk tahun-tahun ke depan tidak perlu lagi mengimport kereta.
-Dosa Mursi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata rongsokan dari Amerika.
-Dosa Mursi adalah membuat kilang Innar (sejenis tablet / ipad), sehingga seluruh rakyat nanti boleh merasai enaknya memakai barang elektronik bermutu dengan harga yang berpatutan. Anak-anak sekolah boleh belajar pakai alat canggih.
-Dosa Mursi adalah mampu mempertahankan, bahkan menambah rizab pertukaran asing Mesir yang sebelumnya sudah di ambang kebankrapan.
-Dosa Mursi terbesar adalah dia selalu solat berjemaah di masjid, hafal al Qur’an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.
-Dosa Mursi adalah menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar.
-Dosa Mursi yang tidak kalah parahnya mengeluarkan Mesir dari kuasa tentera dalam 40 hari, di mana Erdogan perlukan bertahun-tahun untuk melakukan itu.
-Dosa Mursi meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan dunia. Hingga Mesir jadi negara yang dipandang dunia.
-Dosa Mursi adalah berusaha membangunkan tenaga nuklear dan tenaga matahari sebagai tenaga alternatif di Mesir.
-Dosa Mursi adalah kerana dia mampu menarik pelabur luar negeri dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.
-Dosa Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara akan meningkat.
-Dosa Mursi adalah mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih orang pengangguran.
-Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan minions.
-Dosa Mursi adalah menegakkan kehakiman yang sebenarnya.
-Dan banyak lagi ‘dosa-dosanya’ yang tidak boleh kita sebutkan satu persatu yang membuatkan lawan politik, terutama Amerika dan Israel jadi marah.
Kerana ‘dosa-dosa’ itulah maka Mursi akan digulingkan oleh sisa-sisa pengikut Mubarak, liberas, sekular, komunis, dan Kristian Koptik serta syiah. Mereka memandang Mursi sudah gagal mengantarkan Mesir ke arah kehancuran.
Itulah logik yang ada dalam kehidupan sekarang.
[Dari seorang mahasiswa Mesir via Ria Syamil yuliasari]
Diterjemah dari : Bersamadakwah.com
Read more: http://www.nescafeais.com/dosa-dosa-presiden-mesir-dr-muhammad-mursi/#ixzz2Y3UsOETh
Wednesday, July 03, 2013
Petua Untuk Orang Perempuan Mudah Mendapat Jodoh
3. Ikhtiar. Ini amat penting. Kalau boleh, amalkan mandi bunga supaya terserlah keserian wajah.
4. Jika bercakap dengan lelaki jangan kasar dan jangan lembut sangat. Orang lelaki paling tak suka kalau perempuan cakap kasar.
5. Mempunyai perasaan sayang dan perihatin terhadap orang lain. Jangan bersikap jaga kepentingan diri sendiri sahaja.
Tuesday, July 02, 2013
HALAL MEMAKAN KETAM NIPAH - MAJLIS FATWA KEBANGSAAN.
Monday, July 01, 2013
Mesir : Bila Sekular Tergugat
Hari ini, Mesir berdepan dengan satu lagi krisis ciptaan golongan sekular yang enggan mengaku kalah di gelanggang demokrasi. Demokrasi ialah ciptaan Barat, ia bukan ciptaan Islam, tetapi nilai-nilai demokrasi diterima dan diiktiraf sebahagiannya oleh Islam. Sayangnya, apabila tiba saat rakyat membuat pilihan menolak pemimpin yang pro-Barat, pada masa itulah demokrasi dinafikan dan sekular akan mengeluarkan pedangnya yang sebenar untuk memancung demokrasi.
Di Mesir, Mursi menang melalui pilihanraya yang bersih. Tanpa penipuan dakwat kekal, tanpa blackout dan tanpa senarai pengundi yang diragui, Mursi ditabalkan menjadi Presiden sekalipun disambut sinis oleh Israel yang bimbang pengaruhnya terhakis. Namun, kerana sekular menjarah begitu lama di bumi ambiya’ ini, bukan satu kerja yang senang untuk membebaskan Mesir dan belenggu sekular. Inilah masalah sebenar Mursi, iaitu membebaskan Mesir dari perhambaan sekular yang sudah berdekad-dekad memenjara rakyat Mesir.
Ini bukan sejarah baru di Mesir, bahkan ia telah berlaku ribuan tahun yang lampau pada saat Nabi Musa alaihissalam mahu membebaskan Bani Israel dari kezaliman Firaun. Mereka dibantu oleh mukjizat yang tidak kecil daripada Allah SWT. Baca sahaja di dalam al-Quran, kita akan dapati peristiwa laut terbelah, tongkat yang menjadi ular, batu mengeluarkan air, turunnya makanan dan minuman dari langit dan banyak lagi peristiwa besar yang berlaku sepanjang dakwah Nabi Musa alaihissalam. Namun, al-Quran merakamkan perangai Bani Israel yang seringkali enggan untuk berubah. Degil dan keras kepala ialah lambang Bani Israel yang digambarkan di dalam al-Quran.
Warisan sikap Bani Israel wujud di Mesir sekarang. Sekalipun sebahagian besar rakyat Mesir kelihatan menyokong Mursi, namun anak cucu Bani Israel yang mewarisi perangai datuk nenek mereka tetap melakukan kekacauan di bumi Ambiya. Inilah natijahnya apabila sekular dijadikan kiblat, bila demokrasi yang bersih menghadiahkan trofi kemenangan kepada musuh politik mereka, mereka tidak akan berdiam diri. Ini juga yang berlaku di Turki dan Gaza.
Di Malaysia, saudara mara sekular juga nampak berminat mengikut langkah yang sama. Kekalahan di dalam pilihanraya membawa kepada dasar penindasan dan penafian hak. Ditubuhkan kerajaan di dalam kerajaan, dinafikan bantuan kepada golongan yang memerlukan dan dinafikan hak ke atas hasil mahsul bumi merupakan buah-buah yang lahir dari pohon-pohon sekular yang tidak kenal sempadan dosa dan pahala.
Untuk Mesir ini, kita sama-sama menadah tangan supaya pemimpin yang bersendikan Islam sebagai akidah perjuangan diberikan kekuatan oleh Allah SWT. Gunakanlah peluang di bulan Ramadhan untuk merayu dan merintih kepada Allah SWT. Dialah Pemilik kepada segala kerajaan.
Salam hormat.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh : 22 Syaaban 1434H bersamaan 1 Julai 2013M
Subscribe to:
Comments (Atom)
-
Pengalaman mengerjakan amalan Puasa di Bumi Mesir Di sini penulis akan menyorot sedikit tentang pengalaman dan suasana dalam kedua-dua buah ...