Thursday, January 22, 2009

Aduhai Persis Jodoh...


Mesej Bergambar


JODOH

Apakah persis maknanya,
Apa tafsiran yang boleh diertikan,
Bagaimana gambaran yang boleh diterjemahkan,
Agak sukar untuk diertikan,
Dan memang susah untuk diperkatakan,
Apatah lagi untuk dipertemukan
Tidak dijangkau pemikiran insan,
Semuanya kerja–kerja Tuhan.

Ada orang kata,
Jodoh dan maut di tangan Tuhan,
Mari kita buktikan kebenaran,
Polemik yang tidak disangka-sangkakan,
Merentasi akal yang berbatasan,
Melangkaui minda yang mapan,
Sama ada pemikiran mahupun penafsiran,
Hanya semua berdasarkan kesesuaian
Berserahlah kepada urusan Tuhan.

Marilah kita saksikannya lagi,
Ia bukan khayalan dan fantasi,
Bukan sekadar impian dan isi hati,
Bukan angan-angan yang menjadi realiti,
Tidak kurang daripada angan-angan yang dipaksi,
Tidak sekadar cita-cita-yang bersungguh,
Tetapi memerlukan kesungguhan yang ampuh,
Memang memerlukan perancangan yang utuh,
Sebaliknya juga tidak ada perancangan,
Bahkan di tepi jalanan,
Kadang-kadang di dalam sembarangan.
Ia juga memerlukan ikatan,
Yang lahir dari persis percintaan,
Gerangan daripada rindu-rinduan,
Malah tumbuh daripada berkasih-kasihan,
Tidak kurang daripada buah kesayangan,
Semuanya ada dalam benak fikiran,
Namun ianya terbukti dalam hati dan perasaan.
Diingatkan bukan cinta menjadi kekuasaan,
Dan bukan jodoh menjadi cinta korban,
Tanggapan salah yang mengatakannya korban percintaaan,
Selazimnya cinta membawa penjodohan,
Diingatkan, tidak semestinya lahir daripada percintaan.

Walhasil lahir daripada pertemuan singkat,
Kadang-kadang hanya sekadar sesaat,
Ibarat sekelip pandangan,
Bahkan ada yang ber jam-jam,
Ada yang berhari-hari,
Namun ada berminggu-mingu,
Tidak kurang ada berbulan-bulan,
Sungguh pun ada ada yang bertahun-tahun,
Itulah masa jodoh dipertemukan.

Itulah gerangan Jodoh,
Bukan menegenal isi dan rupa,
Tidak mengenal kepercayaan dan agama,
Namun juga ras dan bangsa,
Apatah lagi kulit dan warna,
Baik juga umur dan usia,
Begitu jua kedudukan dan harta,
Apatah lagi sempadan dan batasan kota,
Jangkaan waktu sama ada baru atau pun lama,
Antara kekal mahupun sementara,
Tidak terjangkau dek aqal manusia,
Itulah Keagungan Yang Maha Esa.


Bagaimana sebenar untuk diperkatakan,
Malah manusia menjadi tidak ketahuan,
Di antara ada yang bahagia,
Sebaliknya ada yang sengsara,
Ia lahir dari persis pilihan sendiri,
Namun di sana ada yang bukan kendiri,
Tidak semua citarasa dipenuhi,
Tidak kurang kehendak didapati,
Tidak lebih keinginan dihajati,
Tidak sehebat kemahuan dinikmati,
Memang itulah Kuasa Rabbul Izzati.

Bahkan di sana ada pilihan,
Yang pasti mengikut keadaan,
Bahkan ada dalam paksaan,
Sebahagian ada yang berkenan,
Namun ada yang enggan,
Ia sudah menjadi ketentuan,
Setelah mendapat persetujuan,
Daripada campur tangan ,
Bahkan ada yang tidak disangka-sangkakan,
Lantaran tidak ada perikatan,
Kesinambungan tidak ada persamaan, (kufuuah)
Namun di sana tidak ada penolakan dan penerimaan,
Terimalah segala kekurangan,
Begitulah sehebatnya perancangan ar-Rahman
Bukan sewenang-wenangnya dari insan.


E-card NasyidFM


Itulah jodoh yang kita perkatakan,
Bukan senang untuk untuk dibicarakan,
Malah manusia sudah tidak kehaluan,
Lantaran tidak menerima keredhaan,
Sebaliknya ada yang aman,
Setelah qanaah dengan pemberian,
Ada yang untung dan ada yang kerugian,
Semuanya telah menjadi suratan,
Sejak zaman– berzaman
Permulaan Azali itulah Hak Tuhan,
Marilah kita pasrahkan,
Sebulat usaha sequdus doa pilihan,
Untuk menetapkan hati keimanan,
Apa yang terbaik menjadi tetamu Ar-Rahman,
Siapa yang ingkar terkeluar daripada Syurga Adnan,
Nauzubillah...kita doakan segala kemungkinan,
Jadilah hamba yang teguh Iman,
Namun di sana semestinya perbuatan Tuhan,
Apakah kita masih enggan?
Waspada dan insaflah segala ancaman,
Tawakkal seafdalnya menjadi keputusan…
Wallahua’lam

____________________________
Glosari:-

Ampuh -kuat
Utuh -kukuh
Kendiri -kendalian diri sendiri
Kufuah -persamaan taraf

afifzahrah
14 Ramadhan 1429 H/ 14 September 2008 M 11.27 malam
Rumah Pahang Hayyu Asyir,Nasr City, Cairo, EGYPT.

( http://www.imamazhari.blogspot.com )


E-card NasyidFM

Sunday, January 18, 2009

Palestine in Heart of Muslim

Ingat ....Palestin ini adalah lambang aqidah Umat Islamiah

Tiada bicara buatmu Palestin....namun,percayalah bisunya aku di medan ini bukan kerana lalainya aku pada kepedihan yang ditanggung olehmu...tetapi,aku memilih untuk merenung melalui kaca mata ini akan penderitaan yang cuba kau sampaikan...maafkan aku Palestin kerana terlalu lemah untuk bersama2 denganmu menamatkan riwayat makhluk yang dila'nat Allah itu...

saksikan penderitaanya

“ Dan janganlah kamu menyangka bahawa orang2 yang telah terbunuh di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya serta diberi rezeki.”

“ Mereka bersuka ria dengan kurnia yang dilimpahkan kepada mereka, lagi mendapat khabar gembira tentang orang2 yang belum menyusul mereka dari belakangnya ( belum mati ), bahawa tiada ketakutan atas mereka dan tidak mereka berdukacita.”

“ Mereka bersuka ria dengan ni’mat Allah dan kurniaNya dan sesungguhnya Allah tidak mensia2kan pahala orang2 yang beriman.”

Sempat mentauhidkan Allah Rabbul Izzati

“ Orang2 yang menyahut seruan Allah dan Rasul, sesudah mereka mendapat luka2, untuk orang2 yang berbuat baik di antara mereka itu, juga orang yang bertaqwa, pahala yang besar, mendapat rezeki dan kepuasan rohani.”

“ ( Iaitu ) orang2 ( yang mentaati Allah dan Rasul ), yang kepada mereka ada orang2 yang mengatakan ; ‘ Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka’ ,maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab ; ‘ Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik2 Pelindung.”

“ Maka mereka kembali dengan ni’mat dan kurnia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa2, mereka mengikuti keredhaan Allah, dan Allah mempunyai keredhaan yang besar.”

“ Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalah syaitan yang menakut-nakuti (kamu) dengan kawan2nya (orang2 Musyrik Quraisy) , kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku, jika kamu benar2 orang2 yang beriman.”

“ Janganlah kamu disedihkan oleh orang2 yang segera menjadi kafir, sesungguhnya mereka tidak sekali2 dapat memberi mudharat kepada Allah sedikitpun, Allah berkehendak tidak akan memberi sesuatu bahagian (dari pahala) kepada mereka di hari Akhirat, dan bagi mereka azab yang pedih.”

“ Sesungguhnya orang2 yang menukar iman dengan kekafiran, sekali2 mereka tidak dapat memberi mudharat kepada Allah sedikitpun, dan bagi mereka azab yang pedih.”

“ Dan janganlah sekali2 orang2 kafir menyangka bahawa pemberian tangguh Kami kepada mereka adalah lebih baik bagi mereka, sesungguhnya Kami memberi tangguh kepada mereka hanyalah supaya bertambah2 dosa mereka, dan bagi mereka azab yang menghinakan.”

“ Allah sekali2 tidak akan membiarkan orang2 yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafiq) dengan yang baik (Mukmin), dan Allah sekali2 tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal2 yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendaki-Nya di antara Rasul2-Nya, kerana itu berimanlah kepada Allah dan Rasul2-Nya, dan jika kamu beriman dan bertaqwa, maka bagimu pahala yang besar.”

“ Sekali2 janganlah orang2 yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurnia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka, sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka, harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya pada hari kiamat, dan kepunyaan Allahlah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi, dan Allah Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

“ Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang2 yang mengatakan ; ‘ Sesungguhnya Allah miskin dan kami kaya’, Kami akan mencatat perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi2 tanpa alasan yang benar, dan Kami akan mengatakan (kepada mereka) ; ‘ Rasakanlah olehmu azab yang membakar’ “

“ ( Azab) yang demikian itu adalah disebabkan perbuatan tangan kamu sendiri. Dan bahawasanya Allah sekali2 tidak menganiaya hamba2-Nya.”

“ ( Iaitu ) orang2 (yahudi) yang mengatakan ; ‘ Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada kami supaya kami jangan beriman kepada seorang Rasul, sebelum dia mendatangkan kepada kami korban yang dimakan api’, katakanlah ; ‘ Sesungguhnya telah datang kepada kamu beberapa orang Rasul sebelumku, membawa keterangan2 yang nyata dan membawa apa yang kamu sebutkan, maka mengapa kamu membunuh mereka jika kamu adalah orang2 yang benar.”

“ Jika mereka mendustakan kamu, maka sesungguhnya Rasul2 sebelum kamu pun telah didustakan (pula), mereka membawa mu’jizat2 yang nyata, Zabur dan kitab yang memberi penjelasan dengan sempurna.”

“ Tiap2 yang bernyawa akan merasakan mati, dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu, sesiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah berjaya, kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”

“ Kamu sungguh2 akan diuji terhadap hartamu dan dirimu, dan (juga) kamu sungguh2 akan mendengar dari orang2 yang diberi Kitab sebelum kamu dan dari orang2 yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati, jika kamu bersabar dan bertaqwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.”

Alangkah indahnya Syahid!!!

“ Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil janji dari orang2 yang telah diberi Kitab (iaitu) ; ‘Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada manusia, dan janganlah kamu menyembunyikannya’, lalu mereka melemparkan janji itu ke belakang punggung mereka dan mereka menukarkannya dengan harga yang sedikit, amatlah buruknya tukaran yang mereka terima.”

“ Janganlah sekali2 kamu menyangka, bahawa orang2 yang gembira dengan apa yang telah mereka kerjakan dan mereka suka supaya dipuji terhadap perbuatan yang belum mereka kerjakan, janganlah kamu menyangka bahawa mereka terlepas dari seksa, dan bagi mereka seksa yang pedih.”

“ Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi, dan Allah Maha Perkasa atas segala sesuatu.”

“ Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda2 bagi orang2 yang ber’aqal.”

“ (Iaitu) orang2 yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi ( seraya berkata ) ; ‘Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia2, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka.”

Ya Tuhan kami, sesungguhnya siapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh telah Engkau hinakan ia, dan tidak ada bagi orang2 zalim seorang penolong pun."

Mayat-mayat dikumpulkan

“ Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar ( seruan) yang menyeru kepada iman (iaitu) ; ‘Berimanlah kamu kepada Tuhanmu’, maka kami pun beriman, Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa2 kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan2 kami, dan wafatkanlah kami beserta orang2 yang banyak berbuat bakti.”

kami perindu syahid
“ Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan Rasul2 Engkau, dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat, sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji.”

“ Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman) ; ‘Sesungguhnya Aku tidak mensia2kan amal orang2 yang ber’amal di antara kamu, baik lelaki atau perempuan, (kerana) sebahagian kamu adalah turunan dari sebahagian yang lain, maka orang2 yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Kuhapuskan kesalahan2 mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungai2 di bawahnya, sebagai pahala di sisi Allah, dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik.”

"Janganlah sekali2 kamu terpedaya oleh kebebasan orang2 kafir bergerak di dalam negeri.”

Bangunan-bangunan banyak musnah

“ Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah Jahannam, dan Jahannam itu adalah tempat yang seburuk2nya.”

darah harum semerbak harumana kasturi tertumpah di bumi Al-Quds

“ Akan tetapi orang2 yang bertaqwa kepada Tuhannya, bagi mereka syurga yang mengalir sungai2 di dalamnya, sedang mereka kekal di dalamnya sebagai tempat tinggal (anugerah) dari sisi Allah, dan apa yang di sisi Allah adalah lebih baik bagi orang2 yang berbakti.”

“ Dan sesungguhnya di antara ahli kitab ada orang yang beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kamu dan yang diturunkan kepada mereka sedang mereka berendah hati kepada Allah dan mereka tidak menukarkan ayat2 Allah dengan harga yang sedikit, mereka memperoleh pahala di sisi Tuhannya, sesungguhnya Allah amat cepat perhitungan-Nya.”

mayat-mayat yang tidak berdosa

"Hai orang2 yang beriman,bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu dan tetaplah bersiap sedia ( di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.

~~ ayat2 Allah dipetik dari surah Al-Imran...dari ayat 169 sehingga 200...bacalah ayat2 ini,fahamilah maksudnya dan hayatilah apa yang Allah ingin sampaikan kepada kita...~~

Saksikanlah gambar-gambar yang sangat dahsyat ini...

Abang! Pergilah berjihad
Seronoknya di syurga
Ramai yang syahid...Di mana harapan dan pandangan dunia
Allah lah Tuhan yang sebenar

Kami sudah syahid

Kanak-kanak yang tidak berdosa


Tolonglah! Dengarlah rintihan ini!
mahmoud abbas retorik
Bilakah aku dipanggil syahid
Bolehkah manusia hanya melihatya sahaja

Kepala tertanam @ tertimbus
Mayat ibu yang tidak berdosa
ya allah inilah dia kezaliman yahudi
saksikanlah ini
Abang! Saya dah dapat syahid
Abah! tolong saya
Zalimnya Yahudi Zionis Laknatullah ini.
indahnya Syahid
Rumah-rumah berkecai
Bolehkah kamu berkejar-kejaran dengan yahudi Laknatullah ini
sayahid di dunia dan di akhirat

Inilah dia lagak pemimpin Islam dengan sekutu laknatullah
Siapakah yang mendengar tangisan ini
Tangisan adik yang tidak berdosa
Kami perindu Syahid

QUNUT NAZILAH

YA ALLAH
Sesungguhnya kami meletakkan-MU di batang-batang leher musuh-musuh kami
dan kami berlindung dengan-MU daripada kejahatan-kejahatan mereka

YA ALLAH...
LEBURKANLAH kumpulan-kumpulan mereka..
PECAH-BELAHKANLAH dan KACAU-BILAUKANKANLAH persatuan mereka...
GONCANGKAN pendirian mereka..
Dan HANTARKANLAH ANJING-ANJING-MU kepada mereka..

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa..
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum...
Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka...

YA ALLAH...
YA ALLAH...
YA ALLAH...

Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran...
Wahai Tuhan yang menggerakkan awan...
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab...

Kalahkan mereka...
Kalahkan mereka...
Kalahkan mereka...
Dan menangkan kami atas mereka.....
Ameen...

Saturday, January 03, 2009

Buadaya Hedonistik

Bahaya sangat budaya hedonistik ini

Budaya Hedonistik menjalar dalam suasana masyarakat Melayu di Malaysia...


E-card NasyidFM


Salam sejahtera kepada pembaca-pembaca budiman yang aku sayangi. Kali ini entry aku kali ini adalah mungkin
kesinambungan daripada isi terakhir yang lepas dan apa yang aku tuliskan ini adalah cetusan kerisauan sekali gus memberi gambaran sebenar polemik, 'environmental' dan keadaan sebenar masyarakat kita khususnya bangsa ku sendiri melayu yang mana aku rasakan dan wajarlah aku membuat perkiraan diriku. Mungkin orang tertanya mengapa aku ini asyik hanya menjuruskan kepada bangsa Melayu sahaja. Apakah yang kurangnya, apa yang tidak kenanya dan mengapa asyik mencari kesalahan sahaja seolah-olah membuka pekung dan terpalit kepada batang hidung sendiri...Itu adalah polemik dan prasangka yang tidak sudah-sudah.
Apa yang aku nak nyatakan di sini, adalah juga rentetan daripada apa yang aku baca dan setelah sekarang sudah banyak memahami dan memang sekarang aku sudah berada di bumi tanahair apa yang aku alami sendiri...:(
Tajuk aku kali ini adalah 'Budaya Hedonistik' menjalar dalam suasana masyarakat Melayu di Malaysia"..Mungkin Boleh dikatakan masayrakat Melayu kita memang sukakan hiburan, berhibur, bersukan, berseronok-seronok dan seangkatan dengannya. Bukan tidaklah boleh berhibur langsung. Jangan aku keluarkan fatwa tidak boleh berhibur dan bersuka bahkan ada perbatasan hukum dan adat resamnya kita selaku Muslim dan orang Melayu yang kaya dengan adat resam dan ciri-ciri ketimuran. Apa yang aku tahu ini semenjak dari dahulu lagi sebelum aku berhijrah ke Egypt dalam kembara menuntut ilmu dan setelah aku pulang dari Mesir memang masyarakat menjadi-jadi.
Mungkin di sini, kita ceritakan sinopsis persis kecenderungan masyarakat kita semenjak daripada sekitar tahun 60 an, yang mana semasa itu sudah mula ada lakon layar dan bintang terkenal masa tu Allahyarham P.Ramlee sudah mula mencorakkn masyarakat Melayu dengan hiburan serta lakon layar dalam filem-filem. Memang diakui filem-filemnya tidak jemu untuk melihatnya waluapun beratus kali dan diputarkan namun mutu dan "gizi dan zat' filem nya tidak pernah lekang dan pudar dalam arus pemodenan ini bak "tak lekang dek panas dan tidak reput dek hujan"..Ini ditambah juga dengan lagu-lagunya yang asyik -masyuk dan tidak kurang juga dengan artis-artis pada zaman tersebut.
Selanjutnya pada zaman era 70an sehinggalah pada zaman 2008 ini dalam abad 21 ini.Hampir 50 tahun kita dicorakkan dengan muzik dan hiburan. Kelahiran daripada artis-artis pada tahun tersebut juga bercambah dari semasa ke semasa dan meningkat dengan mendadak sekali.
Apa yang aku nak nyatakan di sini, bukan apa sehingga mentalitii masyarakat, suasana kehidupan, rentak hidup bahkan tarbiyyah kehidupan masyarakat Melayu pada zaman kita ini banyk tercenderung kepada budaya hedonistik sehingga aku meletakkan sasaran 75% di pengaruhi dengan media massa ini dan media elektronik. Ini termasuklah televisyen, radio, suratkhabar, majalah,komputer dan internet. Suka aku menyatakan bahawa salah satu perngkap samar ,"ghazwatul fikri" serangan pemikiran yang dibuat oleh Barat setelah kalah dengan Islam dan dipaksi atas kuasa Zionis iaitu "Song" membawa maksud hiburan. Tak kiralah saluran dan proksi dan medium yang digunakan. Mereka akan membacuh dengan ramuan-ramuan yang menggiurkan, melalaikan dan menghanyutkan misinya adalah untuk menjahannamkan semua umat-umat Islam. Di sini aku ingin nyatakan dalam pementasan dan pertumbuhan saluran media kita seperti TV1,TV2 TV3, TV7, TV8, TV9 malah kemunculan Astro. Bayangkan sahabatbt-sahabat pertumbuhan bercambah bahkan pada tahun ini. Kelahiran artis-artis tidak kurang juga bertambah dari setahun ke setahun bahkan berkumpulnya artis-artis dari dahulu sehingga sekarang sama ada pelakon-pelakon, penyanyi-penyayi dan bermacam-macam lagi. Anugerah menjadi pemankin semangat berkorban dari artis-aris seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), Anugerah Juara Lagu, Anugerah Planet Muzik, Anugerah Skrin dan macam-macam lagi.
Tidak kurang juga proses kelahiran bakat-bakat baru seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol, MyStarzLG,Gengstarz, Bintang RTM, Bintang Si Kecil dan lain-lain lagi.Bahkan kemunculan bakat untuk humor seperti Raja Lawak Astro dan sekarang musim ke-tiga.Akademi Al-Quran hanyalah sebagai kosmetik sahaja…
Jadi...begitulah saudara-saudara. Saya bentang ini bukan sahaja kerana setiapa hari memang kita didedahkan dengan perakara sebegini.”Masakan pokok bergoyang jika tidak ada angin yang meniupnya”..
So ..apa yang kita perlu buat. Takkan kita tahu mengkritik. Cuma untuk memperjelaskan bahawa selayaknya pihak yang berwajib dan semua memainkan peranan memikirkan masa depan kita sebagai umat Islam dan umat Melayu..Mungkin inilah satu wacana untuk kita kongsi dalam tahun baru Islam ini sekaligus tahun di era globaisasi..
Fikir-fikirkanlah wahai umat Melayu...

Thursday, November 27, 2008

Putus Bangsa Kerana Leka


Mesej Bergambar

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamu'alaikum WBT. Dengan rasa kasih sayang saya hadiahkan Al-Fatihah buat diri sendiri, keluarga tercinta dan juga pejuang-pejuang nilai diri (agama) sama ada yang masih hidup mahu pun yang telah 'pergi'.

Setelah beberapa hari saya berkursus, dalam terpaksa dan memaksa, dalam jemu lagi keliru, antara sedar dan tidak, masa berlalu begitu cepat sekali. Biar pun badan terasa penat bersama hati yang hiba. Namun, pemikiran saya tentang pejuangan semakin terbuka. Walau pun tidak banyak diperolehi, saya tetap pulang bersama pengisian yang jernih lagi nyata. Syukur kerana saya ditakdirkan lahir sebagai bangsa Melayu di bumi bertuah, Malaysia. Banyak rahsia serta keistimewaan bangsa sendiri mula disedari tatkala saya belajar mengenal dan memahami sejarah negara.

Sayang sekali masih ramai bangsa sendiri yang tidak berminat untuk mengenali jati diri bangsa Melayu. Alangkah ruginya jika kita tidak mahu memahami sejarah negara sendiri. Sehingga sanggup berpecah membawa haluan masing-masing demi memperjuangkan matlamat yang kabur ibarat fatamorgana. Adakah keadaan ini disebabkan kerana bangsa kita terbuai leka di bawah minda yang masih belum terbuka? Atau mungkinkah juga kerana kita ini bangsa yang degil. Sengaja mempertahankan hati kecil yang tidak mahu menerima bisikan sejati?

Teringat saya bait sajak nukilan Usman Awang.

"Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah tergadai..."

Alahai Melayuku, kita ini bukan bangsa yang ditakdirkan untuk sentiasa terleka dan ditipu. Tidak sedarkah kita yang bangsa asing sedang mengintai peluang. Cercaan 'Melayu bodoh' sudah menjadi doa mereka. Dimana jati diri bangsa kita? Tidak ada iktibarkah keruntuhan orang-orang Arab ditangan ketenteraan Israel? Kemenangan Israel dalam sengketanya melawan negara-negara Arab adalah dek kerana kesukaan bangsa Arab ini yang leka hanya kerana 'tidur'. Fikirlah siapa kita yang sudah menjadi Melayu lupa diri. Pilihan ada di tangan kita. Sama ada mahu menjadi petualang atau pejuang bangsa?

Semoga hati-hati bangsa kita akan menyatu bersama nafas pejuang. Sudi-sudikanlah diri kita menjadi Melayu Islam sejati yang akan mengambil dan meneruskan peranan kita dalam memperjuangan maruah agama dan bangsa Melayu. Hak keamanan dan kesejahteraan yang ada pada hari ini perlu dipertahankan agar tidak tergugah dan tergadai. Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi? Tiada persoalan bangsa yang ingin saya provokasikan di sini. Sekadar membuka minda kita bangsa-bangsa Melayu ISLAM. Janganlah hanya kerana leka, putus bangsa, punah AGAMA kita!

HATI by Siti Nurhaliza [1957-Hati Malaya OST]

Janji hati suara cinta sakti
Cinta agung dari jiwa ternyala
Janji tanah lahir aku cintai
Aku rela sama membela

[chorus]
Pengorbanan jangan diluka
Khianat janji hilang jasa
Ku mencari hati mulia
Aku sanjung pecinta bangsa

Usah rajuk jauh hati rindu
Nafas lain haluan seketika
Aku rayu wira hati sayangku
Kini bukan mainan cinta

[chorus]
Pengorbanan jangan diluka
Khianat janji hilang jasa
Ku mencari hati mulia
Aku sanjung pecinta bangsa
Janji janji cinta...

[chorus]
Pengorbanan jangan diluka
Khianat janji hilang jasa
Ku mencari hati mulia
Aku sanjung pecinta bangsa

Bila janji terlukis indah
Usah lagi kau buru cinta
Aku serahkan hadir asmara ku
Kini bebas hati bersatu
Oh hati...

Petikan ini diambil daripada ihumaira.
Terima kasih kepada penulis. Moga penulisan ini bermanfaat untuk semua.


Mesej Bergambar

Thursday, November 06, 2008

KEMBALIKAN PERJUANGAN...

KEMBALIKAN PERJUANGAN...


Wallpaper Message Here


SALAM AIDILFITRI UNTUKKU UCAPKAN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM YANG BERADA DI MUKA BUMI INI. MESTI ORANG AKAN BERTANYA,
MENGAPA KAU WAT RINGKAS JE UCAPAN TU?, MUDAH SAHAJA DAN TIDAK DIKHUSUSKAN KEPADA ORANG-ORANG YANG TERTENTU SAMA ADA KELUARGA KE, SANAK SAUDARA KER,
KAWAN-KAWAN KE, BUAH HATI KE, ORANG YANG TERSAYANG KE @ SAPA-SAPA SAHAJA YANG KIRA NAK BERI UCAPAN...
ENTAHLAH BAGIKU...AKU ADALAH PENILAIAN DAN PRINSIP YANG AKU PEGANG, LANTARAN DENGAN ILMU YANG SIKIT INI UNTUK DIKONGSI DAN SEMEMAGNYA AKU YANG SUKA KEPADA
YANG "SIMPLE-SIMPLE" AJA..
DAN APA YANG AKU RASAKAN AKU SUDAH MENYELAMI PERASAAN UMAT ISLAM KERANA APA YANG AKU 'WISH' ADALAH JUST UNTUK UMAT ISLAM DAN TIDAK KIRA SAMA ADA UMAT ISLAM YANG LAMA
ATAUPUN YANG BARU SAHAJA MASUK ISLAM.MEREKA SAMA ADA BERADA DI BARAT, TIMUR, UTARA MAHUPUN SELATAN BAHKAN DI SELURUH SEANTERO DUNIA..UMAT ISLAM DAH MENJADI DOMINASI PENDUDUK DALAM DUNIA INI
BAHKAN UMAT ISLAM SUDAH PUN RAMAI DAN DALAM KAJIANNYA ISLAM ADALAH AGAMA YANG SETIAP DETIK DAN WAKTU TELAH SUDAH MENJADI PEGANGAN KEPADA PENGIKUT DI SERATA DUNIA..
ALHAMDULILLAH..HIKMAHNYA KEHEBATAN (ISLAM)
JADI HIKMAHNYA..AKU KIRA"FAIR'LAH ...KERANA AKU DAH MEMAYUNGI HATI DAN SENSITIVITI UMAT ISLAM SEKALIGUS MENYOKONG DAN MENDOKONG AGAMA ALLAH INI..INSYAALLAH
ITULAH SEDIKIT COLETEH AKU UNTUK MUQADDIMAH DALAM MENERUSKAN PENULISAN "MAYA" INI SETELAH SEKIAN LAMA JUGA TIDAK 'UP-TO-DATE' BLOG KERANA "KESIBUKAN-KESIBUKAN"
KESIBUKAN APA TU? SIBUK SANGAT KER? ATAU BUAT-BUAT SIBUK.
JADI MEMANG DENGAN PERSIAPAN INI AKU BERIKAN TAJUK "KEMBALIKAN PERJUANGAN"
TAMBAHAN LAGI..HEHE.. YERLAH AKU PUN TERHARU DAN KEMBANG HATI KU INI SEBAB "ADA" JUGA YANG APPROVE DAN MENANYAKAN MENGAPA BLOG TIDAK DI UPDATE KAN..
WAH..GHUPE-GHUPENYA BLOG AKU MENJADI PERHATIAN ORANG JUGA...
WELL...THANK 4 ALL THE VISITOR. I ALWAYAS WAIT FOR ALL YOUR VIEW AND CRITIC TO STAND UP MY WRITING..
INI DIKATAKAN SATU ANJAKAN PARADIGMA YANG BETUL-BETUL MEMBUATKAN AKU LEBIH BERSEMANGAT UNTUK MENULIS, MENULIS DAN MENULIS DEMI HIKMAHNYA UNTUK ISLAM..INSYAALAH
SEBENARNYA BLOG INI DIKATAKAN PENULISAN DIARI..SEBELUM INI PENULISAN AKU BANYAK MENYENTUH TENTANG PANDANGAN-PANDANGAN, ARTIKEL-ARTIKEL ILMIAH, BICARA-BICARA AGAMA, DAN BANYAK LAGI.
ITULAH..TIBA-TIBA SAHAJA AKU MAHUKAN PENULISAN AKU KALI INI LEBIH MENYENTUH KEPADA SANTAI-SANTAI SAHAJA SEBAB KADANG-KADANG CITARASA KITA BERUBAH-UBAH..INGAT CITARASA AJA JER BERUBAH-UBAH DAN BUKANNYA AQIDAH,
PRINSIP, MATLAMAT DAN MISI KITA BERUBAH...EMM..MBANYAK PULAK MENGARUT INI.
NAMPAKNYA AKU INI TIDAK MASUK KEPADA ISI LAGI INI. MUNGKIN YANG MEMBACA DAN MENANYAKAN UNTUK MENGETAHUI APA SEBENARNYA YANG AKU NAK LUAHKAN DARI LAFAZ YANG TERPENDAM INI..
HEHE..SAJA AMBIL AYAT TU. DAN APAKAH "HIKMAH' TAJUK POSTING AKU KALI INI..
APAKAH TERSURAT DAN TERSIRAT UNTUK DIGALI, DIGEMBUR SERTA DITABURKAN UNTUK DIKONGSI BERSAMA.
PERGH...!AKU NI MEMANG BANYAK BERCELOTEH. MEMANG PUN, KALU AKU DAPAT MIC PUN, AKU MEMANG PANTANG DAPAT MIC.SEKALI AKU DAPAT EMMMM..TAHU AJALAH YERQ.
BAIKLAH...SEKEMBALINYA AKU DI MUARA TANAH AIRKU INI, AKU BERASA SUNGGUH GEMBIRA DAN BERSYUKUR SEKALI KERANA DAPAT PULANG KE KAMAPUNG HALAMAN..WAH MEMANG TERUBAT SEGALA RINDU DENDAM YANG SELAMA INI
MENJADI IGAUAN DAKU DI MESIR LAGI..SETELAH AKU SAMPAI SAHAJA AKU TELAH MELIHAT BANYAK "SEKALI' PERUBAHAN YANG AKU KIRA BANYAK SEKALI..
AKU DI SINI MALAS NAK MENCERITAKAN SUSUR GALUR KEPULANGAN AKU INI...AKU KIRA CUKUPLAH UNTUK AKU CERITAKAN SEDIKIT PENGALAMAN DAN PERASAAN AKU INI SAHAJA..
MUNGKIN KALAU RAJIN NANTI AKU AKAN MENULISNYA LAGI..TUNGGU YER DAN JANGAN LUPER UNTUK SENTIASA BUKA BLOG AKU..HEHEH .SAJA WAT PROMOTE
O.K, MASA AKU BELI HARIAN METRO DAN ADA YANG AKU BACA YANG LEPAS-LEPAS, "MACAM-MACAM ADA" BAB KATA DALAM ASTRO"...
MUNGKIN AKU KATAKAN INI, POLEMIK YANG ORANG KATA ...ALAH BARU TAHU, ATAU MUNGKIN DIKATAKAN ALAH SAJA NAK WAT KECOH-KECOH, ATAU MUNGKIN ADA YANG KATAKAN SAJA NAK CARI GLAMOUR ATAU APA-SAHAJA YANG NAK DIPERKATAKAN.
TETAPI..TETAPI BETULLAH BAB KATA DR MAHATHIR DALAM VISIONNYA YANG DIA MAHUKAN SEMUA ORANG MALAYSIA BOLEH..
AKU BOLEH KaTAKAN DI SINI, UMAT ISLAM KHUSUSNYA BANGSA MELAYU, RAS MELAYU, KAUM MELAYU YANG MENJADI DOMINASI DENGAN ISLAM MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BANYAK BERTENTANGAN DENGAN AGAMA, ADAT, TATACARA, DAN KESOPANAN SERTA KESUSILAAN MELAYU ITU SENDIRI..
KES TERBARU..BAYI YANG BERSELIMUT DIJUMPAI DI BAWAH POKOK. MUKA BABY TU, MASYAALAH CANTIK DAN COMELNYA..KALU BAGI KAT AKU, AKU SANGGUP JAGA BABY TU..APALAH SALAH DAN DOSA BABY TU.BUDAK TU DALAM
LINGUNGAN HAMPIR TIGA BULAN LEBIH, SEMPURNA ANGGOTA DAN SEMPURNA DENGAN PAKAIANYA DILETAKKAN DI BAWAH POKOK ITU SAHAJA..MUJURLAH MANUSIA YANG MENJUMPAINYA,
CUBA BAYANGKAN PAK JING YANG JUMPA TAU SAPA,,,ANJING KE ATAU BINATANG BUAS KE .TERGAMAK DEPE MEMBUAT KERJA-KEJA ITU..SEDIHNYA HATI KU NI.
SEBELUM ITU, KITA PERNAH DIGEMPARKAN DI TERENGGANU BARU-BARU INI YANG MANA BAYI JUGA DIJUMPAI DI MASJID LAGI TU, DI MASJID SULTAN ZAINAL ABIDIN, TERENGGANU BESTARI.
PASTU ADA LAGI CERITA LAIN..AKU ADA BACA TENTANG BUDAK BARU BERUSIA 8 TAHUN DAN BUDAK 12 TAHUN YANG BAWAH 12 TAHUN LAH NI.NAK TAHU APA. MEREKA TELAH MELAKUKAN SEKS ORAL YANG MANA
YANG UMUR 8 TAHUN TU, BUDAK PEREMPUAN DAN BUDAK 12 TAHUN TU LELAKI MEREKA SAMA-SAMA PAKAI BAJU SEKOLAH DAN DI DALAM SEMAK MEREKA TELAH MELAKUKAN SEKS ORAL. INI BARU DI BAWAH UMUR, BELUM LAGI YANG LEBIH UMUR
ATAU SAMPAI UMUR, TERLEBIH UMUR DAN SUBSIDI UMUR..LU PIKIRLAH SENDIRI.BAB NABIL KATA NABILLAH..
EMM..SEBENARNYA RAMAI ORNG NAK TAHU APA KAITAN AKU MENULIS ARTIKEL INI..AKU SAJA MEMBUKA PERSEPSI, POLEMIK DAN PANDANGAN-PANDANGN SAUDARA-SAUDARA UNTUK BERKONGSI DI SINI..
APA YANG DAPAT AKU BUAT SEDIKIT RUMUSAN INI..AKU MELIHATKAN "BUDAYA HEDONISME" DI KALANGAN MASYARAKAT KITA KHUSUSNYA DI BUMI MALAYSIA RATA-RATA KITA AMAT-AMAT DAN LEBIH CENDERUNG KEPADA HIBURAN DAN SUKA KEPADA KEGEMBERIAAN DAN KESERONAKAN
YANG TIDAK SUDAH-SUDAH. APA YANG AKU NAK LUAHKAN KAT SINI, PERANAN MEDIA MASSA MENJADI PENGARUH YANG CUKUP BESAR BAHKAN DIKATAKAN 'SIFOO' DALAM MENDIDIDIK MASYARAKAT KITA KHUSUSNYA KEPADA BANGSA MELAYU.
SETIAP HARI KITA DIHIDANGKAN DALAM TELEVESYEN DENGAN MENU HIBURAN YANG MELAMPAU-LAMPAU DAN KETERLALUAN, DENGAN RAMUAN-RAMUAN HIBURAN LAKON LAYAR, REMPAH-REMPAH LAGU, PERENCAH-PERENCAH MUZIK, PERISA-PERISA FILEM, BAHAN-BAHAN IKLAN
BOMBASTIK DAN TIDAK MASUK AKAL DAN BANYAK2 LAGI..DI SINI TIDAK PERLU AKU NAK WAT CONTOH BERIYA-IYA..
YANG AKU KIRA SATU SET UP HIDANGAN YANG CUKUP LENGKAP DALAM MENGENYANGKAN DAN MELAZATKAN SERTA MENYELERAKAN DAN SEHINGGA BOLEH MENUMBUHKAN GIZI PERTUMBUHAN DAN PENDIDIKAN DALAM PEMBENTUKAN INDIVIDU MUSLIM..
SO..APA MASALAHNYA?..INI MUNGKIN PERSOLANNYA.
HA..INILAH NAK CUBA UNTUK MENGETENGAHKAN PENYELESAIANNYA..
BOLEH TAK SAUDARA BERSETUJU DENGAN PENDAPAT SAYA BAHAWA MENTALITI DAN BUDAYA HIDUP MASYARAKAT LEBIH KURANG (75%) MELAYU DIPENGARUHI DENGAN BUDAYA HEDONISME DAN TERPENGARUH DENGAN MEDIA MASSA
DAN SATU PERSOLANNYA..MAMPU KAH KITA MENGUBAHANYA..TERINGAT AKU DENGAN IKLAN KESELAMATAN JALAN RAYA, YANG MANA TERTARIK DENGAN KATA-KATANYA DAN PINJAM SEKETIKA UNTUK LALUAN DALAM BICARA INI
"IAITU.."ANDA MAMPU MENGUBANHYA'..
JADI...JADINYA...INILAH PERJUANGAN OLEH ORANG-ORANG AGAMAWAN TERDIRI DARIPADA ULAMA-ULAMA', TOK-TOK GURU, USTAZ-USTAZ, USTAZAH-USTAZAH, TOK-TOK IMAM DAN BILAL..
SEBENARNYA BUKAN DEPE AJA YANG MEMAINKAN PERANAN..SEMUA ORNG PATUT MEMAINKAN PERANAN..MEMANG PATUT DARI KELUARGA LAGI .TAK SALAH IBU BAPA YANG MENGANDUNG DAN DIDIKAN MEREKA..BAHKAN
SEMUA PERINGKAT SAMA ADA DARI KERAJAAN, MASYARAKAT, ORANG RAMAI, INDIVIDU-INDIVIDU DAN PERSATUAN-PERSATUAN BAHKAN SEMUANYA MEMAINKAN PERANAN..
SO APA KESUDAHANNYA?...ITULAH KEMABALIKAN PERJUANGAN YANG NAK AKU LONTARKAN..
MUNGKIN INILAH CETUSAN HATI AKU..TETAPI INILAH REALITI YANG AKU TEMPUHI KERANA AKU MENGETAHUI KEADAAN ITU DAN JANGAN INGAT AKU HANYUT DENGAN KEINDAHAN FATAMORGANA YANG MELEKAKAN DAN PENUH TIPU DAYA ITU SEMUA.NAUZUBILLLAH MIN ZA LIK.
OKAYLAH...MUNGKIN INILAH WADI PERJUANGAN DI BUMI AKU INI..AYUHLAH! MARI KITA BERGANDING BAHU DEMI ISLAM TANPA MEMIKIRKAN SEMPADAN DAN FAHAMAN PARTI POLITIK KALAU KITA NAK MELIHAT ANAK-ANAK KITA
TIDAK TERUS HANYUT DALAM ARUS PEMODENAN DAN SEKALIGUS HANCUR LULUH AGAMA KITA INI, NAUZUBILLAH MIN ZA LIK..
BUAT AKHIRNYA SEDIKIT UNTUK KU KONGSI BERSAMA DAN AKU PETIK AYAT DARI SEORANG TEMAN KU YANG SEMPAT MENGINGATKAN AKU TATKALA AKU BERADA DI QARYAH AKU INI,
"DI MANA-MANA ADA PERJUANGAN, ADA JIHAD YANG BERTERUSAN..DAN SUKA AKU MENAMBAHNYA..DI MANA-MANA ADA LAPANGAN, ADA SURATANNYA DAN DI SITU ADA HIKMAH YANG BERKEKALAN...
WASSALAM...SELAMAT MEMBACA DAN BERJIHAD..

Monday, October 13, 2008

SUNNAH ORANG BERJUANG..


Wallpaper Message Here



SUNNAH ORANG BERJUANG..

Dimana bumiku berpijak, disitulah Islam dijunjung...

Hayatilah bait-bait lagu ni...

*Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid

Dibuang dia berkelana
Dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi Allah dan Rasul-Nya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Diiring serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang..

P/s:-Lagu ini khas ditujukan kepada teman yeng baru dikenali (humaira).
Semoga dengan lagu ini menguatkan lagi ribatan ukhuwwah yang bersemadi dan memancarkan sinar Islam yang unggul.

Saturday, September 27, 2008

Ucapan Selamat Hari raya


Mesej Bergambar di Sini


Disini, afifzahrah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri( Salam Fitrah 1429H ) buat ibunda yang tersayang, tercinta dan dirindui di kampung, adik-beradik dan anak-anak saudara yang mula ramai, jiran-jiran tetangga, saudara-saudara sebelah emak dan abah, guru-guru yang pernah mendidik anak murid ini, kawan-kawan sekolah dari sekolah menengah sehingga menengah tinggi, kawan-kawan satu universiti, kawan-kawan di Egypt ini sama ada di d Cairo, Mansurah, Syibin El-kom, Zaqziq, Tanta, Dumyat, Iskandariyyah dan Dasuq. Kawan-kawan dari negara rantau Melayu seperti Indonesia Acheh, Jawa barat, Medan ,Padang, Singapura, Brunei, Thailand ,Patani Burma dan Afrika hatta negara dari seantro dunia.Kawan-kawan dari bangsa Arab Mesir dan kenalan-kenalan daku di kampung selatan Mesir di Asyut.
Buat ibunda dan ayahnda angkat di Selangor (Petling Jaya), kawan istimewa yang sedang belajar di UIAM. Kawan-kawan satu ribatan muzakarah berkelompok. Anak-ank murid di yang pernah mengajar di Maahdsas Jengka pada tahun 2005 dulu. Anak-anak murid yang pernah daku didik dalam bulan 4 tempoh hari di Iskandariyah dan di Kaherah. Adik2 angkat daku di sini yang masih lagi di tahun satu. Roomate di bilik D503 di srama Indera Mahkota Hayyu Asyir. Kepada mawar berduri yang dikatakan naqibnya.
Tidak dilupakan kepada Syeikh ana Syeikh Muhammad Najmuddin bin Syeikh Biha'uddin bin Syeikh Amin Al-Kurdi annaqsyabandiah was-syafieiyyah dan kepada semua warga PMRAM dan semua warga hli-ahli BKMIP yang dikasihi dan disayangi.Begitu juga Syeik Muhammad Nuruddin Abdullah Marbu Al-Banjar Al-Makki. Beliau dianggap murabbi mursyid dalam mebimbing anak-anak Malaysia khususnya Azhari dan menganggap Beliau Azhar kedua selepas Azhar.
Andai Ku Tahu Fitrah Kali Ini Kali Terakhir Buatku, nescaya daku memohon kemaafan dari kalian-kalian semua. Diri ini tidak tahu bila nyawa ini akan ditarik oleh Allah SWT dalam menemui DIA. Semoga Hari Raya ini ini daku dapat membersihkan segala kesilapan dan kesalahan yang sengaja mahupun tidak. Halalkan segala makan dn minum yang mana pernah terambil tanpa pengetahuan kalian. Minta dihalalkan segala makan dan minum.
Semoga dengan bulan Raya ini akan memberikan satu momentum dalam memberikan kita kekuatan dalam beribadah dan menjadi titik bidayah agar memperkuatkan ubudiyyah dalam menghadapi bulan-bulan yang lain dan tidak sekadar bulan Puasa sahaja.
Semoga kita akan kembali kepada FITRAH yang bakal ketemu nanti dan apa yang ALLAH ganjarkan kepada kita ini dapat lebih berwaspada dan lebih bertaqwa dalam menghadapi segala kesilapan dan kesalahan tingkah lakuagr tidak terlnjur dalam maksiat dan dosa-dosa.
Hendaklah kita berasa bertuhan dan selagi kita berasa kita bertuhan nescaya itulah selayaknya kita dipanggil hamba dalam ketaatan kepada Allah dan layak untuk memasuki syurganyamudah-mudahan, amin ya Rabbalalamin...



Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, September 16, 2008

SEHENING DINIHARI

Sekadar Gambar Hiasan

SEHENING DINIHARI

Apakah persis malam itu?

Berasa kelainan di malam-malam yang lain,

Daku menggagahi untuk bangun,

Setelah sedar daripada kesunyian,

Dinihari yang sayup menusuk qalbu,

Memenuhi dua pertiga malam,

Sedangkan yang lain diulit mimpi kesyahduan.



Ketika itu,

Awan redup di sebalik bulan,

Angin sepoi-sepoi bahasa,

menerejah tubuh dengan kelembutan,

Kedengaran di luar sahutan ayam,

Memecah hening keindahan malam,

Tidak kurang unggas bertenggek di dalam kegelapan,

Sedangkan pungguk bertalu-talu merindui bulan,

Namun binatang yang lain turut berperanan,

Apakah semuanya itu?

Namun ku tahu itulah bentuk persembahan,

Tanda Ubudiyyah kepada Ar-Rahman,

Sedangkan manusia dalam kealpaan.


Nung malam itu,

Tubuhku dijirusi dengan wuduk,

Dilakukan dengan penuh kesempurnaan,

Dengan cermat dan tertib,

Bagi perapian untuk Al-Khaliq.

Dihamparkan tikar sejadah,

Daku persembahkan solat tahajjud,

Diiringi solat Hajat dan Istikharah,

Sememangnya solat Tasbih,

Diiringi Wirid dan Zikir

Ditutupi dengan solat Witir.


Malam itu,

Daku berasa sungguh bertuah,

Rasa menebal kesyukuran di hati ini,

Kerana dijemput menjadi tetamu yang agung,

Sememangnya daku seorang hamba,

Linangan airmata di muara kelopak,

Tidak mampu menahan sebak dan sesak,

Mengingatkan dosa nan silam,

Hati, jiwa dan tubuh luluh longlai,

Berpadu untuk dipersembahkan dan dinilai.

Ya Rabbi!

Daku memohon keampunan,

Daku mengharapkan kebaikan Mu,

Kerana apa yang ku tahu,

Daku tidak layak untuk menjamah Syurga Mu,

Namun tidak pula daku sanggup menanggung

seksaaan Neraka Mu.


Ya Rahman! Ya Rahim!,

terimalah cintaku,

Janganlah cintaku tidak dibalas,

Kerana ku tahu, Engkau menerimaku

Daku tidak akan putus mengharap,

Selagi daku bertuhan,

Selagi itulah diaju harapan.


Alunan zikir tetap diteruskan,

Jari jemari terus mengerakkan bijian tasbih,

Mata terpejam, hati bertafakur,

Sehinggalah fajar sidiq membutuh

sehening dinihari.


Hasil nukilan:-
afifzahrah

15 Ramadhan 1429H / 15 September 2008M
Rumah Pahang Hayyu Asyir, Nasr City,Cairo, Egypt.
http://www.imamazhari.blogspot.com

Hak Cipta Terpelihara


Wallpaper Message Here

Sunday, September 14, 2008

Ucapan Selamat Berpuasa


Messgage Here


Disini, afifzahrah ingin mengucapkan Selamat Berpuasa ( Salam Ramadhan 1429H ) buat ibunda yang tersayang, tercinta dan dirindui di kampung, adik-beradik dan anak-anak saudara yang mula ramai, jiran-jiran tetangga, saudara-saudara sebelah emak dan abah, guru-guru yang pernah mendidik anak murid ini, kawan-kawan sekolah dari sekolah menengah sehingga menengah tinggi, kawan-kawan satu universiti, kawan-kawan di Egypt ini sama ada di d Cairo, Mansurah, Syibin El-kom, Zaqziq, Tanta, Dumyat, Iskandariyyah dan Dasuq. Kawan-kawan dari negara rantau Melayu seperti Indonesia Acheh, Jawa barat, Medan ,Padang, Singapura, Brunei, Thailand ,Patani Burma dan Afrika hatta negara dari seantro dunia.Kawan-kawan dari bangsa Arab Mesir dan kenalan-kenalan daku di kampung selatan Mesir di Asyut.
Buat ibunda dan ayahnda angkat di Selangor (Petling Jaya), kawan istimewa yang sedang belajar di UIAM. Kawan-kawan satu ribatan muzakarah berkelompok. Anak-ank murid di yang pernah mengajar di Maahdsas Jengka pada tahun 2005 dulu. Anak-anak murid yang pernah daku didik dalam bulan 4 tempoh hari di Iskandariyah dan di Kaherah. Adik2 angkat daku di sini yang masih lagi di tahun satu. Roomate di bilik D503 di srama Indera Mahkota Hayyu Asyir. Kepada mawar berduri yang dikatakan naqibnya.
Tidak dilupakan kepada Syeikh ana Syeikh Muhammad Najmuddin bin Syeikh Biha'uddin bin Syeikh Amin Al-Kurdi annaqsyabandiah was-syafieiyyah dan kepada semua warga PMRAM dan semua warga hli-ahli BKMIP yang dikasihi dan disayangi.
Andai Ku Tahu Ramadhhan Kali Ini Kali Terakhir Buatku, nescaya daku memohon kemaafan dari kalian-kalian semua. Diri ini tidak tahu bila nyawa ini akan ditarik oleh Allah SWT dalam menemui DIA. Semoga Ramadhan ini daku dapat membersihkan segala kesilapan dan kesalahan yang sengaja mahupun tidak. Halalkan segala makan dn minum yang mana pernah terambil tanpa pengetahuan kalian. Minta dihalalkan segala makan dan minum.
Semoga dengan bulan Ramdhan ini akan memberikan satu momentum dalam memberikan kita kekuatan dalam beribadah dan menjadi titik bidayah agar memperkuatkan ubudiyyah dalam menghadapi bulan-bulan yang lain dan tidak sekadar bulan Puasa sahaja.
Semoga kita akan kembali kepada FITRAH yang bakal ketemu nanti dan apa yang ALLAH ganjarkan kepada kita ini dapat lebih berwaspada dan lebih bertaqwa dalam menghadapi segala kesilapan dan kesalahan tingkah lakuagr tidak terlnjur dlm mksiat dan dosa-dosa.
Hendaklah kita berasa bertuhan dan selagi kita berasa kita bertuhan nescaya itulah selayaknya kita dipanggil hamba dalam ketaatan kepada Allah dan layak untuk memasuki syurganyamudah-mudahan, amin ya Rabbalalamin...

Saturday, September 13, 2008

Anwar dan politik angan - angan...


Wallpaper Message Here


Jika perkiraan matematik Anwar Ibrahim digunapakai, hanya tinggal beberapa hari saja lagi tampuk pemerintahan kerajaan akan bertukar tangan.

Dengan memerlukan sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen kerajaan ‘melompat parti’, ada kalanya impian Anwar ini dilihat seakan-akan ‘angan-angan Mat Jenin’.

Biarpun sesekali di pandang sinis oleh sesetengah pihak, beliau begitu optimis mengatakan peralihan kuasa tetap ‘on track’.

Bersandarkan kepada hubungan baiknya dengan ahli parlimen Sabah terutamaya ketika mana beliau menjadi TPM , Anwar merasakan bahawa ‘kemungkinan’ itu tetap ada.

Keyakinan beliau itu ditambah lagi dengan scenario politik negara yang tidak menentu setelah memasuki bulan September. Berdasarkan kepada perkembangan politik mutakhir, yang akan dinyatakan di bawah ini, berkemungkinan kita dapat merumuskan apa yang bakal berlaku datangnya 16/9 nanti.

1. Dakwaan Ketua Penerangan PKR Terengganu yang mengatakan sejumlah 43 orang ahli parlimen BN akan melompat parti.

2. Dakwaan beliau dikuatkan lagi dengan dapatan Ketua Penerangan PKR Sarawak yang amat meyakini tiba masanya ahli parlimen BN khususnya di Sarawak akan menyertai parti-parti Pakatan Rakyat.

3. Keengganan sebilangan ahli parlimen BN untuk menandatangani perjanjian taat setia kepada kepimpinan sekarang. Menurut mereka, perjanjian ini seolah menghina dan merendahkan martabat mereka.

4. Perdana Menteri dengan tidak semena-mena mengadap YDP Agong dan terus membuat kenyataan bahawa baginda berpuas hati dengan pemerintahan sekarang. Mengapa tiba-tiba sahaja mengadap Agong dan mengeluarkan kenyataan sedemikian.

5. MCA dan Gerakan yang bersedia mengkaji semula kerjasama politik mereka di dalam Barisan Nasional sekiranya usaha-usaha ‘repackaging’ BN tidak dijalankan.

6. Polemik ‘Cina menumpang’ yang di utarakan oleh Ketua Umno Bahagia Bukit Bendera yang masih belum selesai. Komponen-komponen BN seperti Gerakan dan MCA masih tidak berpuas hati dan memugkinkan sesuatu terjadi.

7. Hubungan dan tawaran lumayan Anwar kepada penduduk Sabah dan Sarawak jika beliau menjadi PM nanti. Bermungkinan kaum-kaum Iban dan Kadazan-Dusun akan dapat melihat Ketua Menteri di kalangan mereka. Sesuatu yang gagal di lakukan oleh PM dan Mantan PM sebelum ini.

8. Paling terkini, ‘lawatan sambil belajar’ secara tergesa-gesa kelab penyokong kerajaan (BNBCC) ke luara negara untuk menimba ilmu pertanian moden. Pelbagai soalan bermain di di kotak fikiran rakyat. Kenapa sekarang baru terfikir nak menimba ilmu??!! Tidakkah ini di namakan tindakan golongan desperado.
9. BN terus menerima tamparan hebat apabila bekas ketua Parti Gerakan Wilayah Persekutuan telah mengisytiharkan diri menyertai PKR. Beliau merupakan bekas ahli parlimen Segambut selama 3 penggal dan pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi.
Perkembangan politik terkini yang diutarakan di atas, boleh dilihat sebagai hujah bahawa dakwaan Anwar tidak boleh dipandang enteng dan sepi.

Justeru itu, pihak kerajaan perlu mengambil langkah-langkah terancang untuk mengembalikan keyakinan rakyat. Saranan Tan Sri Muhyidin Yasin supaya BN perlu menjalani proses ‘repackaging’ adalah amat bertepatan sekali dengan kehendak masyarakat.

Namun pun begitu, impian masih belum menjadi kenyataan. Apakah yang bakal berlaku pada 16/9 masih belum diketahui lagi samada Anwar akan menjadi PM Malaysia yang ke-6, ataupun impiannya seolah-olah seperti ‘ menunggu ayam jantan bertelur’.
'Barakallah Hummalana Fi Syahri Ramadhan Ya Allah'

Thursday, September 04, 2008

Andai aku tahu Ramadhan ini kali terakhir


Wallpapaer Message Here



Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi

Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali
Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian...adalah sesuatu yang pasti.....

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya aku sibuk berzikir
"a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"
[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]
Biarpun anak tekakku kering kehausan air
Tentu aku tak akan jemu melagukan syair
Rindu mendayu..
Merayu...
Kepada-NYA Tuhanku yang satu...

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatku dikerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai...
Sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil...
Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkan

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu aku sibukkan dengan
Berterawih.. .
Berqiamullail. ..
Bertahajjud. ..
Mengadu...
Merintih...
Meminta belas kasih....
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi. ..aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Oleh itu duhai Ilahi...
Kasihanilah daku hamba-MU yang...
Hina..
Dhaif..
Jahil..
Lagi Banyak Dosa ini..
Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya..
Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU..
Moga ku istiqamah di ramadhan ini..

ANDAI AKU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR………

More RAMADHAN graphics