wanita yg sentiasa menjaga kehormatan diri(menutup aurat)
meninggalkan larangan Allah,..
Ecard NasyidFM Here
wanita solehah adalah..
mengamalkan suruhan Allah..
yg manis senyumannya di saat suka dan duka..
yang ringan tangannya bersedekah
yang sedikit tidurnya untuk berborak dgn Tuannya di sepertiga mlm..
yang ikhlas hatinya mencari redha Allah..
yang ringan tangannya membantu sahabat2 dan saudara mara..
yang menyambung silaturrahim..
yang menjadi hamlatul quran(pendokong kitab quran)
yang rajin amalkan sunnahnya..
yang sentiasa berpuasa sekurang2nya 3 hari setiap bln
tambahan sedikit....
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan
wajahnya ,
Kemanisan wanita solehah ,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang
mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada
kebijaksanaannya bermain lidah,
memujuk rayu ,
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada barang kemas atau perihal
orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan
martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan
paras rupa yang indah bak permata yang
menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas
kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu
serta
pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya
pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk
menilai.
Wahai wanita jangan dibangga dengan
kecantikan luaran ,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk
ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan
dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa
mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan
ilmu duniawi yang kau kuasai ,
kerana ada lagi manusia yang lebih
berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita
atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang
darimu ,
Wahai wanita solehah jangan dirisau
akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu
tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana
kecantikannya ,
Bersyukurlah di atas apa yang ada .
Serta berusaha demi keluarga ,bangsa
dan agama.